TERKINI :

Saturday, May 12, 2012

Aduhai NAJIB.. kami jika kumpul di stadium nie ibarat buat Ceramah Berkelompok jee..!!!

Rasanya tak perlu kot kita sahut cabaran PM nie.... kita jika nak dok stadium nie ianya taraf biat ceramah dan solat hajat sahaja... tak boleh nak menampung ramai-ramai yg mai tuuu... jadi kita bagi depa sudah laa kot noo...

 nie kat stadium suka menanti alor setar

Peneroka hanya peroleh 25 peratus ‘durian runtuh’

Peneroka hanya peroleh 25 peratus ‘durian runtuh’ dari keuntungan Felda, kata PKR 



PETALING JAYA, 11 Mei — PKR hari ini mendedahkan pemberian durian runtuh yang diterima peneroka Felda hanyalah 25 peratus daripada keuntungan keseluruhan Felda selepas penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, jumlah RM15,000 yang dikatakan “durian runtuh” hanyalah 9 peratus daripada keuntungan penuh Felda melalui penyenaraian berjumlah RM18.7 bilion

“Berdasarkan analisa kami, jumlah RM15,000 itu hanyalah 9 peratus daripada keuntungan sebenar, dan baki 15 peratus yang bakal diterima peneroka adalah dari saham Syarikat Felda Aset Holding (FAHC).

“Pemberian itu menunjukkan kerajaan tidak ikhlas untuk membantu peneroka.

“Objektif utama Felda adalah supaya kaum peneroka dapat tingkatkan ekonomi, dan taraf hidup yang baik, kalau hanya beri 9 peratus, bagaimana kehidupan peneroka hendak maju?” soal Wong ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

UMNO Sendiri Lahir Dari Demonstrasi Jalanan

Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?
Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.

UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram

Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.

UMNO yang GAGAL matematik dari Dulu Kini & mungkin Selama-lamanya..!!!

MATEMATIK UMNO ( 2012 - 1988 = 66 )


Percayakah anda nasib baik kerusi warna merah boleh la coverline sikit-sikit tapi tang kerusi kuning tu yang buat Najib mengigau semalam...kahkahkah!!!!


Dah kerah segala pun tak penuh stadium jugak?? Tingkat atas sekali tu kerusi warna biru dan kuning tu ahli umngok jugak ke?

UTUSAN KANTOI : Penakut jugak rupanya bila orang luar nak saman...

Utusan akui salah, minta maaf pada senator Australia
 
nick xenophon 290412Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.

Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di  akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.

"Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik.

Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan ‘Islam'.

Pelawak jenakakan perhimpunan BERSIH

 
Ketika orang ramai cuba melupakan kepahitan insiden sekitar perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu, sekumpulan pelawak, antaranya Afdlin Shauki, cuba membuktikan bahawa ketawa masih ubat terbaik.

Jenaka berbentuk parodi itu bagaimanapun mungkin menimbulkan rasa tidak senang untuk segelintir orang.

Untuk itu, kumpulan yang menamakan diri mereka "Bangkang dari Longkang" mengingatkan:

"Komedi gelap ini dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk mengetawakan sekumpulan rakyat Malaysia.

Hallo UMNO.. DAP lawan 48 kerusi jaa.. macamana mau itu DAP perintah MALAYSIA..??!!??!?!

'48 kerusi DAP tak gugat Melayu'

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas dakwaan pihak tertentu bahawa kuasa Melayu akan tergugat sekiranya DAP - yang sinonim dengan kaum Cina - menguasai negara ini.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai "satu pembohongan dan tidak mempunyai asas" yang kukuh memandangkan DAP hanya bertanding 48 daripada 222 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya mereka menang semua 48 kerusi, mereka tidak perintah negara. Kalau rasa (Melayu) tergugat dengan 48 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, fakta itu tidak ada asas.

"Untuk menang membentuk kerajaan, sekurang-kurangnya menang 112 kerusi, tetapi mereka bertanding 48 kerusi... (Dakwaan) itu satu pembohongan," katanya.

PAS minta terima kajian secara positif

KUALA LUMPUR: PAS meminta semua organisasi di bawahnya menerima sebarang kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak secara yang positif.

Naib Presidennya, Salahudin Ayub (gambar) berkata, walaupun kajian itu tidak memihak kepada PAS, ia hendaklah diterima dengan positif.

"Mari kita jadikan kajian ini sebagai maklumat kepada kita untuk memperkukuhkan jentera kita bagi memastikan kita benar-benar berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin kajian mereka kurang tepat tetapi boleh jadi ianya benar. Jadi kita terimalah sebagai maklumat dan kita bertindak berdasarkan maklumat itu untuk benar-benar memenangkan kita," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Salahudin tidak berapa senang dengan tindakan beberapa sikap dan kenyataan pemimpin PAS yang bersikap mempertikaikan sebarang kajian yang dibuat oleh pihak lain seolah-olah PAS sentiasa betul.

Sorry.. Afdlin, harun, johan... hangpa kini hilang sorang peminat....


 
Afdlin dan harun Salim Bachik memang dah sah sah orang umno.... so... dulu dorang tak campur adukkan politik dengan melawak.... so oleh kerana depa pun dah mula campoq... aku boikot superspontan (produk company afdlin) dan johan! Sorry.. Afdlin, harun, johan... hangpa hanya hilang sorang peminat.... takpa... tak luak... punya...!! yarrrrgghhhhhhhhhhh tuih!

Majlis Peguam pulau panel, mahu wakil PBB

NONEMajlis Peguam tidak akan mengambil bahagian alam panel bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Badan yang mewakili 14,000 peguam itu sebaliknya mahu wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

"Ataupun, Majlis Peguam tidak akan turut serta," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee dalam sidang media selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mengutuk tindakan polis pada hari itu.

"Majlis Peguam lebih suka wakil khas PBB daripada luar negara mengendalikan panel itu dan jika ini dituruti Majlis Peguam akan pertimbangkan semula penyertaannya."

Seramai 1,270 anggota yang hadir dalam EGM itu mengutuk tindakan polis dan gagal memberikan masa cukup untuk peserta perhimpunan bersurai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...