TERKINI :

Friday, May 11, 2012

Pakatan Rakyat dakwa sedia hadapi PRU, BN pula risau tewas

May 08, 2012


SHAH ALAM, 8 Mei — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pakatan pembangkang itu tidak pernah takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya mendakwa Barisan Nasional (BN) pula bimbang dengan kebangkitan mereka dengan sokongan yang ada sekarang.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, bekas Perdana Menteri itu hanyalah satu manifestasi terhadap kebimbangan Umno dan BN menjelang PRU13.

“Mahathir telah menyatakan kami tak yakin menang dalam PRU13 akan datang adalah satu tanggapan yang salah dan itu hanya ingin menutup kerisauan pada ahli Umno dan BN sendiri,” kata Salahuddin (gambar) lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dr Mahathir sebelum ini dipetik berkata, pembangkang tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam PRU13 menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.

Mantan perdana menteri itu turut berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.

“Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.

“Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal,” katanya.

Umno ibu segala kesesatan di Malaysia

Oleh SUHAIMI TAIB

PAS dituduh parti ajaran sesat, merupakan satu lagu lama diputarkan semula bertujuan untuk mengekalkan pemisah antara kelompok PAS dan Umno agar terus berpanjangan terutama di negeri Terengganu dan Kelantan.

Umno merasa tergugat dengan tidak adanya isu kukuh untuk mempertahankan kedudukannya sebagai parti pemerintah buat masa ini

. Justeru, parti itu perlu menarik perhatian ahlinya supaya tidak berganjak dengan memberi sokongan kepada Umno untuk terus menerajui negara.

Ia juga bertujuan supaya ahlinya tidak terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan Pakatan Rakyat terhadap Umno. Itu hasrat Umno untuk memanjangkan hayat pemerintahannya.

Jika ahlinya beralih arah, tidak lagi memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, ini yang amat ditakuti Umno di saat sokongan hanya dipertaruhkan kepada orang Melayu dan golongan atas pagar. Umno tidak lagi mendapat sokongan padu orang Cina dan India.

Parti itu mesti menampakkan Pakatan terutamanya PAS sebagai satu parti yang amat buruk dalam semua aspek kerana parti itu adalah parti teras Pakatan.

Awas ulama jahat yang bijak bermadah

Oleh Ustaz Idris Ahmad

ULAMA adalah pewaris nabi dan memegang amanah agama setelah ketiadaan para rasul. Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir, maka tidak ada lagi rasul yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan oleh para ulama.

Ulama adalah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum Tafsir, Akhlak, Feqah, Usul Feqh, Tafsir, Tarikh Tashrik, Qawaid Feqhiah, ilmu balaghah dan memahami isu semasa.

Seorang ulama wajib takut hanya kepada Allah SWT sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada manusia maka ia bukan digolong sebagai ulama.

Ulama mesti beramal dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi.

KEMAS UMNO Kelantan kencing dengan nak duduk free atas tanah milik ahli dia..!!

33 pelajar Tadika Kemas hilang tempat belajar

(Kelas Tadika Kemas Kubang Chenok)

PASIR MAS: Ketika Umno menyambut ulangtahun ke-66 hari ini, seramai 33 pelajar kelas Tadika Kemas di Kampung Kubang Chenok hilang tempat belajar gara-gara Kemas enggan membayar sewa kepada pemilik bangunan.

Tunggakan sewa sebanyak RM16,800 gagal dijelaskan kepada pemilik bangunan dan tanah sejak 1 Januari 2008 sehingga sekarang.

Lebih memeranjatkan lagi perjanjian baru yang cuba diajukan kepada pemilik premis terbabit, Hanifah Jusoh, 54 (gambar) ternyata berat sebelah.

Antaranya pemilik premis perlu membayar bil air dan elektrik setiap bulan, mengecat bangunan, membaik pulih, melakukan kerja-kerja pembersihan dan menginsuranskan bangunan.

Tadika Kemas Haji Wan Fuad itu dibina pada 1995 dan memulakan sesi pengajian pada awal Januari 1996.

“Saya selaku pemilik tanah menandatangani perjanjian dengan Kemas untuk membolehkan bangunan tadika dibina di atas tanah tersebut.

Dari 1270 peguam yang hadir EGM.. ada 16 orang peguam mangkok hayun..!!!

Hanya 16 peguam tolak usul kutuk keganasan polis

NONEMajlis Peguam Malaysia hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Badan peguam dengan keahlian lebih 14,000 anggota itu meluluskan usul tersebut yang diajukan presidennya, Lim Chee Wee pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) petang tadi.

"Majlis Peguam Malaysia memandang serius dan mengutuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, salah, dan tanpa had terhadap peserta himpunan," kata Lim Chee Wee sewaktu membacakan sebahagian petikan daripada usul itu selepas selesai mesyuarat.

Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut.

Lim berkata berbeza dengan polis, peserta BERSIH yang menuju ke arah Dataran Merdeka bersurai secara aman walaupun selepas polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap mereka.

Najib tak mampu buat salah...hahahaha

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan dirinya bahan ketawa apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walaupun satu keputusan yang salah, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Kasihan sungguh Najib, sehari sebelum Umno pimpinannya berhimpun besar-besaran menyambut ulang tahun ke-66, beliau sendiri yang menjadikan dirinya bahan ketawa dan bahan persendaan umum apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walau satu pun keputusan yang salah.

"Bila dia kata begitu, orang terus teringat cara beliau mengendalikan perhimpunan Bersih, orang terus teringat kisah MAS dan Air Asia nak bergabung dan orang terus teringat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Tidak perlu tengok jauh-jauh, semua itu berlaku tahun ini," katanya.

Dalam temubualnya Sinar FM dengannya semalam, Najib mendakwa, kalau beliau perlu membuat sepuluh keputusan, semuanya mesti betul.

Kalau sembilan keputusan betul dan hanya satu sahaja yang salah, kata Perdana Menteri, satu keputusan yang salah itu akan menjadi isu yang menyebabkan kepimpinannya dipersoallkan.

Madrasah Salihiah: Badan bertindak buat 3 laporan polis

Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) di Alor Setar membuat tiga laporan polis berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu meneruskan usaha merobohkan madrasah itu sedangkan permohonan injunksi bagi menghalang perobohan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
  
Pengerusinya Mansor Ahmad berkata kenyataan Azizan itu seolah-olah satu ugutan kerana beliau telah membelakangkan tindakan mahkamah.
  
"Saya amat kecewa dengan tindakan Azizan kerana kenyataannya itu bersifat provokasi. Walaupun beliau Menteri Besar, tetapi beliau juga terikat dengan undang-undang dan tidak dikecualikan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.
    

Nak bagi siasat macamana..penyiasat pun orang dah tak percaya..!!!

'Siapa tak sokong Hanif angkat tangan'

Ribuan mengangkat tangan tanda menentang pelantikan Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel siasatan berhubung dakwaan kekasaran polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Dalam ceramah di Subang Jaya malam tadi, kira-kira 2,000 orang berbuat demikian selepas ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang menyoal siapa yang menentang pelantikan bekas ketua polis negara itu.

Ditanya kenapa mereka hadir dalam program jelajah PKR di seluruh negara pasca-BERSIH, mereka menjawab kerana tidak percaya pada Hanif.

Lim berkata, selepas apa diucapkannya sebelum ini, Hanif sepatutnya menjadi saksi dan bukannya pengerusi panel siasatan itu.

BERSIH 4.0 [ Duduk dan Debat ]

Gambar Hiasan Sahaja
1. Fokus BERSIH samada edisi 1.0, 2.0 dan juga 3.0 adalah menuntut keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara kita, ekoran terlalu banyak kesangsian, kekeliruan serta ruang yang terdedah kepada manipulasi dalam sistem peraturan, pengurusan dan pengendaliannya.

2. Bertolak dari Daftar Pemilih yang tidak bersih malah masih dikotori dan berlumut dengan senarai pengundi yang tidak layak mengundi serta beberapa kekeliruan yang perlu kepada pemurnian awam oleh pihak SPR. Pelbagai peraturan dan undang - undang pilihanraya yang tidak konsisten, membuka peluang berlakunya penyelewengan dan manipulasi. Media yang tidak seimbang dan berat sebelah, dilagang pula dengan pelbagai fitnah yang jijik dan memualkan.

3. maka pihak BERSIH telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti laporan ke SUHAKAM, laporan PDRM, Laporan SPRM, Memorundum kepada Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agung dan Himpunan Aman. Malangnya,  sehingga kini pihak kerajaan dan SPR masih tidak memenuhi tuntutan BERSIH tersebut.

Karpal Singh Bodoh Nak Mampos.

 
 
Orang tua neh nyanyok. Bila dah nyanyok mula lah meroyan dan merapu depan press. Itulah masalahnya bila orang2 nyanyok masih lagi dianggap seseorang yang berkaliber untuk menjadi pemimpin parti hanya semata2 dia pernah berjasa pada parti dulu2. Sepatutnya dap nyahkan orang tua nyanyok neh daripada terus menerus duduk dalam parti dap.

Kalau nak tahu, disebabkan orang tua nyanyok neh larh, ramai orang2 islam dan melayu menolak dap. Kalau dap benar2 nak diterima oleh orang islam dan melayu dia kena bersikap terbuka dengan mencari tokoh2 yang tidak racist seperti lim guan eng dan hannah teo. Ini antara yang aku nampak. 
Banyak pemimpin2 dan wakil rakyat yang muda2 dalam dap tidak bersikap racist berbanding orang2 tua dalam dap sebenarnya. Singkirkan orang tua nyanyok tue secepat mungkin. Aku benci tengok. Siyes.

Petugas PAS Kedah 'serang' Parlimen Jerai esok..!!!

 
 
Alor Setar - Kira-kira 10 ribu petugas pilihanraya PAS Kedah dijangka akan berhimpun di Stadium Mini Guar Chempedak pada 12 Mei 2012 ini.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad, program yang dinamakan Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Kedah itu mengundang semua petugas pilihanraya bermula dari peringkat Unit Peti Undi (UPU), Majlis Tindakan DUN (MTD), Kawasan dan Dewan-dewan di semua peringkat.

"Program ini boleh dianggap sebagai himpunan pembakar semangat dan penyampaian amanat yang terbesar  di kalangan petugas pilihanraya PAS, mungkin juga menjadi himpunan terakhir petugas sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangkakan berlaku dalam tempoh terdekat," ujarnya.

UMNO - Hari ini dalam sejarah: diantara 'reality' dan 'fallacy' perjuangan dan kewujudannya

oleh Aspan Alias

 
Hari ini, pada tahun 1946, UMNO ditubuhkan dengan Presiden pertamanya Dato Onn Jaafar untuk menyatukan semua persatuan-persatuan dan pertubuhan yang mempunyai matlamat yang satu, iaitu untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu untuk menyambung usaha-usaha pejuang kemerdekaan sebelumnya. Parti UMNO wujud diatas penyatuan pertubuhan-pertubuhan yang bercambah semasa itu dan penubuhan UMNO ini merupakan lonjakkan kepada kekuatan rakyat Malaya khususnya orang Melayu untuk membuat persediaan bagi mencapai kemerdekaan negara dari pentadbiran penjajahan Inggeris.
Di rengkaskan sejarah, UMNO wujud diatas kesedaran yang negara tidak lagi dapat menahan keinginan untuk menerima  penjajahan Inggeris dan kesedaran untuk bersatu ini dirasakan lebih mendesak apabila Inggeris cuba untuk mewujudkan negara ‘unitary’ di Semenanjung Malaya ini dan di tadbir oleh Malayan Union (MU) dengan pusat pentadbirannya di Kuala Lumpur.
Dengan penubuhan UMNO itu, maka cita-cita Inggeris untuk menjadikan negara ini sebagai negara ‘unitary’ telah dapat dipatahkan dan digantikan dengan sebuah negara Persekutuan dengan Perjanjian Persekutuan pada 2hb Februari 1948 yang lalu. Maka penubuhan negara Persekutuan ini adalah hasil dari kerja keras dan perjuangan UMNO bersama dengan Raja-Raja Melayu yang telah berunding tidak berhenti-henti dengan pihak British sehingga wujudnya sebuah negara Persekutuan.

UMNO Lebih Percaya Hanif Omar Berbanding PBB

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Frank William La Rue.

Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) itu, Nalini E, berkata ia membuktikan kerajaan Malaysia tidak ikhlas menganggotai PBB sebaliknya sekadar mencari populariti.

“Ini tanggungjawab sebagai anggota PBB. Kita mesti benarkan. Mereka sudah pasti pakar dalam bidang tersendiri. Jadi Malaysia tidak perlu takut.

“Kita mahu siasatan sewajarnya dijalankan PBB sebab pandangannya bebas dan seimbang,” katanya selepas sidang media NGO Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini semalam.

Sebelum ini, La Rue, seorang peguam dari Guatemala menawar diri bagi menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau yang pernah dicalon sebagai penerima Anugerah Keamanan Nobel dianggap paling sesuai kerana dapat memberi penilaian tanpa terikat kepada mana-mana pihak.

1MALAYSIA Kena KENCING LAGI...????

GAMBAR 1: KEPULAUAN SEYCHELLES
Sejak mutakhir ini kita sibuk dengan BERSIH 3.0. Ia berkait rapat dengan pilihanraya yang bersih dan penubuhan kerajaan yang bersih dan memerintah dengan cara yang bersih. Tapi mengapa BN menerusi SPR enggan menerima saranan BERSIH sedangkan ia untuk kebaikan sistem pemerintahan? 
 
 Oleh kerana mereka tidak mahu menerima saranan BERSIH, maka persepsi rakyat bahawa ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh BN kekal di hati mereka yang inginkan pilihanraya yang bersih. Penolakan saranan BERSIH seolah-olah BN ingin menang walaupun dengan cara yang tidak bersih. Apakah yang sedang disembunyikan?

Bekas Timb Pengarah Bank negara - 'Penyenaraian ibarat susukan kera di hutan'

NONEPersatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), satu NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat membidas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa penyenaraian FELDA merupakan 'perkongsian kemakmuran'.

Menurut Dr Rosli Yaakop yang merupakan bekas timbalan pengarah bank negara, (gambar bawah, kanan sekali) penasihat ekonomi ANAK, 'perkongsian kemakmuran' yang disebut Ahmad tidak tepat kerana sumber yang ada pada Felda seharusnya dimanfaatkan untuk generasi kedua Felda terlebih dahulu.

"Perkongsian kemakmuran yang dimaksudkan itu ibarat menyusukan kera di hutan anak sendiri ditinggalkan," katanya yang merupakan bekas timbalan pengarah Bank Negara.

Ahmad semalam menyifatkan penyenaraian saham Felda di Bursa Malaysia sebagai satu 'perkongsian kemakmuran' apabila pelanggan saham FGVH bakal memperolehi pulangan dalam bentuk dividen tahunan yang diagihkan kepada mereka.

Pendapatan berganda sebab telus dan tolak rasuah

LANGKAWI – Kira-kira seramai 103 orang menerima bantuan am dan 50 kanak-kanak menerima sumbangan basikal dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Langkawi.

Majlis sederhana tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali mendapat sambutan baik dari masyarakat setempat selain penerima-penerima sumbangan berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan, kejayaan kerajaan negeri melipat gandakan pendapatan negeri adalah berpunca dari sistem pentadbiran yang telus dan tidak mengamalkan rasuah.

“Peningkatan hasil balak sehingga RM80 juta pada penghujung tahun 2011, menunjukkan kepada kita sistem tender terbuka membawa keuntungan kepada negeri.

“Pendapatan sedemikian bukanlah untuk kerajaan sahaja malah ianya akan dikongsi bersama rakyat terutama untuk kebajikan kepada golongan-golongan yang memerlukan,” ujarnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...