TERKINI :

Wednesday, May 9, 2012

Cerita Syarip Dol, samseng Kampung Dusun


Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kampung Dusun.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.

Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, nanya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Bunyi guruhnya kuat, hujannya renyai-renyai

Aspan Alias, 09 Mei 2012

Saya telah mendengar secara rasminya pengumuman PM Najib tentang ‘durian runtuh’ seperti yang heboh diperkatakan sejak hampir setahun yang lalu. Saya yang bukan peneroka ini pun tertunggu-tunggu pengumuman ‘durian runtuh’ ini kerana ia telah mendapat liputan media yang meluas kerana ia berkait rapat dengan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada bulan Jun yang akan datang ini.

Dengan skala publisiti yang meluas ini saya beranggapan yang ‘durian runtuh’ yang diperkatakan oleh pucuk pimpinan kita itu akan melebihi RM100,000 (satu ratus ribu) seorang untuk diseimbangkan dengan publisiti yang teramat meluas sejak berbulan-bulan dahulu. Cara PM Najib bercerita tentang ‘durian runtuh’ itu, seolah-olah jumlah yang akan diterima oleh peneroka itu tidak boleh kurang dari RM100,000 dan dibayar serentak kepada setiap orang peneroka yang telah meneroka hutan belantara untuk dijadikan perladangan yang terbesar di dunia.

Rupa-rupanya jumlahnya hanyalah RM15,000 (lima belas ribu) sahaja dan akan diberikan dalam tiga peringkat selama tiga bulan. Kalau dikomplain, nanti dikatannya peneroka tidak bersyukur. Kalau tak komplain pula, ia sangat tidak berbaloi dengan publisiti yang meluas berterusan sejak beberapa bulan yang lalu.

Hari tu hangpa tutuh bersidang sampai jam 3.00pagi dan luluskan undang-undang nie buat apa..??

K'jaan tarik balik RUU pindaan kesalahan p'raya

NONEMenteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di Dewan Negara esok.

Menurutnya, keputusan itu dibuat jemaah menteri selepas mengambilk kira maklum balas dan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.

Keputusan itu juga menurutnya dipersetujui pembangkang dan Suruhanjaya Pilihan Raya selepas satu pertemuan selama sepuluh minit hari ini.

Langkah itu juga diambil memandangkan Dewan Negara sedang membahaskan dua lagi pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas tiga pindaan di peringkat Dewan Rakyat sebelum ini, katanya.

"Kita lihat banyak penolakan (terhadap rang undang-undang itu). Ia jadi berserabut (dengan dua lagi cadangan pindaan di peringkat Dewan Negara).

Utusan, Kosmo akan di saman oleh Khalid Ismath

Aktivis siswa mahu saman Utusan, Kosmo!
 
Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.

Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.

"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

Rakyat sudah matang, bila pula pemimpin?

Lebih seminggu sudah, keluhan dan rintihan rakyat Malaysia di ibu kota Kuala Lumpur berlalu.  Namum kehangatan isu dan akronim BERSIH masih kedengaran di setiap lokasi awam serta persendirian di negara ini.  BERSIH menjadi juadah serta tatapan utama di semua muka surat pertama media massa, arus perdana mahupun alternatif.  Dari isu asal yang diketengahkan oleh BERSIH hingga ke isu penculikan "BERSIH" oleh pihak pembangkang, kerakusan polis, tangkapan terhadap peserta BERSIH hinggalah ke isu penggulingan kerajaan diutarakan.  Dinamika yang unik sedang mengambil tempat dalam masa yang begitu cepat dan pantas dalam sejarah sosio-politik negara ketika ini.

Lebih menarik dan heboh lagi ialah fenomena pasca BERSIH kini disusuli dengan pelbagai lagi siri demonstrasi oleh beberapa golongan berkepentingan tertentu serta pandangan mereka yang unik.  Harus dinyatakan di sini bahawa setiap demonstrasi ini ada sahaja warna merah dipaparkan.  Apakah itu?  Maafkan saya, tahap pemikiran kritis dan koheran saya amat cetek, anda sendiri yang interpretasikannya mengikut pemafaman anda.

Luahan Anak Felda Generasi ke 3 yang di herdik bila bertanya banyak bab 'durian runtuh'

 
saya generasi ke-3 Felda. hal ni bukan fitnah. ini mmg benar2 berlaku & itulah borang yg diberikan kepada kami.

kakak saya di antara waris yg enggan menurunkan tandatangan pada borang tersebut & telah dihalau balik kerana terlalu banyak bertanya semasa sessi penerangan tersebut berlangsung.

bukannya apa, sebab dia takut pakcik makcik yg tak tahu apa2 ni terpengaruh & terikut2 tak mau tandatangan sama. mmg terpaksa halau waris balik dulu la supaya lagi senang dia nk bt kerja, lagi mudah nak pengaruh pakcik makcik peneroka ni supaya setuju & turunkan tandatangan.

dalam sessi 'penerangan' yg berlangsung 3 jam itu, cerita yg diulang2 berpuluh kali hanyalah jumlah keuntungan yg bakal diterima sahaja sedangkan semua org tahu pasaran saham ini ada turun & naiknya. namun apabila ditanya bagaimana pula keadaannya bila saham jatuh? pegawai Felda mengelak2 untuk menjawab. lain ditanya, lain yg dijawab. sikit pun tak mahu disentuh & tidak diterangkan pula segala risiko yg bakal ditanggung oleh peneroka.

Peneroka bukan dapat Durian Runtuh tetapi Durian hempap kepala


Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal. Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda. Beberapa hari ini secara tergesa2, peeneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB.

'Lelaki Topi Jerami' di BERSIH 3.0 cetus sensasi

 
Seorang guru disambut sebagai seorang hero di sekolah ekoran tindakannya  ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu yang mencetus sensasi di laman video Youtube dan laman sosial Facebook.

Toh Chin Hong, 27, bagaimanapun tidak begitu menghiraukan populariti yang diraih.

"Fokus pada 28 April tidak boleh hanya pada satu orang. Ia akan menjejaskan tujuan utama kita iaitu penambahbaikan pilihan raya.

"Kita mesti ingat. Jika kita lupa, seluruh perhimpunan itu tidak bermakna," kata guru kimia itu dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Dalam perhimpunan itu, Toh dikejar oleh pasukan keselamatan yang bertindak ke atas kumpulan peserta perhimpunan di satu jalan di luar stesen LRT Masjid Jamek.

Cadangan PAS untuk jaga kredibiliti Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: PAS berpendapat  Majlis Fatwa Kebangsaan memerlukan saluran media sendiri atau memaklumkan fatwanya melalui sidang media agar penjelasan terperinci diberikan dalam sebarang fatwa yang dikeluarkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan ini boleh mengurangkan salah lapor kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis yang mempunyai kedudukan tinggi di kaca mata umat Islam itu.

Perkara ini perlu agar badan itu kekal berwibawa dan tidak dipertikaikan sebarang fatwanya.

Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan.

Cerita untuk direnungkan para peneroka....



Di sebuah kampung, Allah kurniakan tanah yang amat subur kepada penduduknya.

Segala yang ditanam akan menghasilkan buah dan pulangan. Walaupun tanah itu tidaklah besar, tapi hasil pertaniannya cukup untuk menyara sebuah kampung malah ada lebihan.

Pada satu hari, datang seorang ahli perniagaan kaya, yang berkata kepada penduduk, ada pelan untuk durian runtuh, dapat duit dengan cepat.

Pelannya begini:

Penduduk cagarkan tanah yang subur itu kepada peniaga - dengan 2 syarat:

1. peniaga akan bayar balik sejumlah wang dan

2. "batu istimewa" akan dijualkan kepada pengguna - "batu istimewa" ini dijamin peniaga akan meningkat nilai pasarannya buat selama-lamanya.


Penduduk kena membeli "batu istimewa" ini yang diwar-warkan sebagai telur emas, dengan pinjaman atau duit sendiri.

Bagaimana ucapan pimpinan UMNO dipercayai jika umurnya pun dipertikai?

Sejarah

Bagi seorang aktivis politik, tarikh adalah penting untuk diingati kerana ia menandakan peristiwa-peristiwa yang membangkitkan jiwa para pejuangnya untuk terus kekal berjuang.  Tarikh paling utama ialah penubuhannya kerana ia mengingatkan pewarisnya mengingati pahit maung yang dilalui oleh sesebuah perjuangan politik sepanjang keberadaannya.  Bagi mereka yang mempelajari sejarah tanahair tahun 1946 adalah tarikh yang mereka perlu hafal kerana tarikh itu adalah tarikh penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya PEKEMBAR.

4 April hingga 11 Mei 1946 adalah hari-hari yang telah membawa kepada lahirnya parti Melayu yang menggabungkan 41 Pertubuhan Melayu seluruh negara.  Signifikan tarikh ini juga adalah kerana cetusan membantah Malayan Union tajaan British oleh orang Melayu apabila Malayan Union akan memberikan kuasa yang lebih besar kepada British dan Raja Melayu akan hilang kuasa politiknya.  Orang Melayu bangkit dan penubuhan PEKEMBAR (UMNO, Bahasa Inggeris), mengiringi kebangkitan itu.

Adakah Najib akan mengaku kalah secara berhemah seperti Sarkozy?

Dalam pemilihan Presiden negara Perancis yang berlangsung pada hari Ahad lalu, calon penyandang Nicolas Sarkozy telah mengaku kalah sejurus selepas tamat pengundian, dan mengumumkan bahawa beliau telah mengucapkan tahniah kepada calon Sosialis Francois Hollande sebagai pemimpin baru negara tersebut.

Persoalan yang patut timbul di minda rakyat Malaysia adalah samada Najib Razak - yang telah mengumumkan azamnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai "sistem demokrasi yang terbaik di dunia" - akan mengaku kalah dengan berhemah seperti Sarkozy jika pengundi memutuskan demikian dalam pilihan raya umum yang akan datang?

Atau, adakah Najib (gambar kiri) akan masih menegakkan pendiriannya dalam ucapan yang amat dikesali dalam Perhimpunan Agung UMNO dua tahun yang lepas apabila beliau berjanji "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa" semasa menekankan kesediaan UMNO untuk mempertahankan kuasa dengan apa cara sekalipun di Putrajaya?

Adalah sangat dikesali apabila Najib mengeluarkan tuduhan melulu bahawa perhimpunan aman "duduk bantah" BERSIH 3.0 adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Antara Dataran Merdeka dengan Dataran Tahrir

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendiran bahawa tanggapan perhimpunan Bersih 3.0 adalah untuk menggulingkan kerajaan adalah suatu manipulasi fakta yang sangat menghina kematangan rakyat.

Adakah terdapat  perbezaan antara niat perhimpunan rakyat di Dataran Tahrir dan Dataran Merdeka?

Secara inti jelas tidak banyak beda. Iaitu intisarinya adalah untuk menuntut perubahan dari kezaliman regim yang menindas kebebasan rakyat kepada pemerintahan yang adil dari pemerintah yang terus mahu memegang kuasa dengan cara penipuan dan menekan rakyat secara mengguna kuasa polis dan tentera kepada sistem yang demokratik dari kepincangan salah guna kuasa untuk memperkayakan pemimpin dan kerabatnya kepada keadilan sosial untuk rakyat. Dari menyalahguna undang-undang untuk kelompok elit politik yang gila kuasa kepada mengembalikan kuasa rakyat untuk memileh pemimpin yang lebih beramanah.

Atas dasar itulah ulama di Mesir termasuk ulama berwibawa Dr Yusuf Qaradhawi menyertai perhimpunan. Adakah ulama tidak tahu bahawa mereka yang turun bersama jutaan rakyat di Dataran Tahrir bercambur baur antara pelbagai golongan yaitu yang Islamis yang sekular yang ateis yang kafir yang liberal ?

hangpa ingat banyak ka RM15k jika di tolak dengan apa 'jemuan' dapat..!!


PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000

Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja. 

 KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Tak perlu tender terbuka sebab bukan projek kerajaan negeri

ALOR SETAR – Projek Aman Central, iaitu usaha pembangunan semula Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai selama 30 tahun berjalan dengan lancar, dan kini segala proses telah selesai.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, proses undang-undang juga telah selesai, begitu juga dengan pampasan kepada pemilik tanah telah dijalankan.

Namun, terdapat sedikit masalah teknikal berhubung dengan Madrasah Salahiah, yang dicetuskan oleh pihak pembangkang.

“Aman Central dah clear semuanya, proses undang-undang dah selesai, pampasan yang kita bagi kepada tuan tanah dah selesai, dan sekarang Belleview dalam proses pengambilan tanah di kedai seberang sana.

“Cuma kita ada sedikit masalah teknikal berhubung Madrasah Salihiah, Majlis Fatwa benarkan setelah kita bagi penerangan kepada mereka tentang syarat-syarat yang kita nak buat, dan mereka bagi pandangan balik untuk kita bina surau di situ juga, bayar kepada Majlis Agama mengikut harga pasaran,” jelas beliau pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Aman.

Isu Insaniah - Menteri Besar jawab Mahdzir Khalid

ALOR SETAR – Pelarasan gaji baru sebanyak 13 peratus adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan dan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang hanya melibatkan kakitangan di sektor awam dan tempatan, bukannya swasta.

Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) merupakan institusi pengajian tinggi swasta, maka kakitangannya merupakan kakitangan swasta, yang tidak tertakluk dalam pekeliling tersebut.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, walaupun kerajaan negeri memberi sumbangan kepada INSANIAH, ianya masih dibawah sektor swasta.

“Kalau ianya institusi pengajian tinggi awam, tertakluk kepada pekeliling tersebut yang melibatkan pelarasan gaji baru 13 peratus.

“Tetapi INSANIAH merupakan institusi pengajian tinggi swasta, yang tak tertakluk kepada pekeliling tersebut, ianya bergantung kepada persetujuan ahli lembaga pengarah, begitu juga umur persaraan, yang mana kita tak tetapkan kepada 60 tahun,” jelas beliau.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...