TERKINI :

Tuesday, May 8, 2012

Durian runtuh: Sepatutnya antara RM25,000 hingga RM50,000

MRR, Anak peneroka Felda, 

 
  
Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh PM Datuk Seri Najib berkenaan durian runtuh Felda, saya cuba membuat anggaran berapa sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda.

Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion.

Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga.

Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada la kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818.

Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000.'

Haram jadah........berkumandang dalam FELDA.....

Sampai Hati Najib Panggil Peneroka Felda "Haram Jadah"
Oleh: JR


Masa kecil-kecil dulu dalam rumah saya ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya tak boleh mencarut (menyebut benda-benda yang ada dalam seluar dalam lelaki dan wanita), tak boleh menyebut beberapa perkataan yang "diharamkan" dalam rumah seperti "babi", "celaka" dan "haram jadah". Kerana peraturan itu, kami anak-anak bapa tak sekali pun pernah menyebut perkataan-perkataan yang "diharamkan" itu. Tak boleh dibayangkan jika anak-anak bapa menyebutnya, agaknya mungkin semua gigi akan tersepai keluar dari gusi kena penampar  bapa kami yang sangat garang itu.

Tapi pagi tadi kira-kira jam 11.00 pagi (lebih tepatnya jam 11.18) ketika kebetulan sedang tertonton TV3 di sebuah klinik, saya terkejut bukan main kerana ucapan "haram jadah" itu keluar dari seorang "bapa". "Bapa" itu bukan menyebutnya dalam lakonan drama TV tapi dia menyebutnya dalam satu majlis yang dihadiri ramai orang yang disiarkan secara langsung oleh TV3.

"Haram jadah mereka!” kata "bapa" di hadapan orang ramai yang nampak seperti beribu-ribu orang itu. Kalau tak silap saya dua kali "bapa" mengucap perkataan "haram jadah" itu. Dan kata-kata "haram jadah" bapa itu menerima tepukan  gemuruh dari khalayak di depannya.

Tangkap Pasal Berdih 3.0.. tapi soalan pasal sex dan facebook yahudi....!!!

PETALING JAYA, 8 Mei: Peguam, Latheefa Koya hari ini menyatakan rasa terkejut apabila soalan yang ditanya kepada dua peserta yang ditahan polis, Khalid Mohd Ismath, seorang mahasiswa dan Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah, R.Tangam hanya tertumpu kepada soalan seksual sahaja.
Beliau yang ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat PKR turut menyatakan tidak ada soalan yang ditanya berkaitan dengan perhimpunan Bersih pada 28 April lepas.

"Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh Khalid bahawa polis yang menyoal beliau hanya bertanya adakah beliau menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina (LGBT).

"Malah pihak polis turut menyoalkan beliau apakah beliau tidak tahu bahawa 'facebook' itu hak milik Yahudi dan setiap bulan bayaran bil internet boleh menyumbang kepada ekonomi Yahudi," jelasnya.

Tambah beliau, soalan-soalan tersebut adalah mirip kepada soalan-soalan yang pernah ditanya kepada tahanan Akta Tahanan Dalam Negeri (ISA).

Scorpene: Media dicabar siar skandal USD1 bilion

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar media arus perdana di Malaysia untuk menyiarkan berita dan maklumat mengenai skandal kapal selam Scorpene serta dakwaan rasuah USD1 bilion terhadap Perdana Menteri Malaysia yang sedang hangat dibicarakan di mahkamah Perancis.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, ini sekiranya media-media utama negara ini benar-benar bebas dari kongkongan Umno BN.

Bagi DPPM, ujarnya berita mengenai skandal ini lebih penting untuk difokus kerana ia melibatkan maruah pemimpin tertinggi negara.

“Maklumat dan berita ini amat berharga memandangkan faktanya diyakini benar kerana sedang dalam proses pendakwaan di mahkamah,” katanya lagi.

Menurutnya, mustahil mahkamah Perancis mengambil fakta berbaur fitnah yang tidak ada nilai kerana mereka mempunyai kredibiliti yang perlu dijaga.

Beliau berkata, ia lebih baik daripada berita fitnah mengenai aksi lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

13 Aurat pada wanita

http://img64.imageshack.us/img64/1959/36119526.png

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

Apa fatwa akhbar siar fitnah lucah


KOTA BHARU, 8 Mei: Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menjelaskan dari sudut ‘hukum’  sebuah akhbar yang menyiarkan gambar tidak bermoral yang mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), berkata pelbagai lapisan masyarakat berbagai usia termasuk kanak-kanak dapat menyaksikan muka hadapan akhbar berkenaan yang menyiarkan adegan ‘lucah’ yang mengaitkan kononnya Azmin sebagai pelakunya.

“Malangnya Majlis Fatwa Kebangsaan membisu soal ini, bagaimana kedudukan dari segi hukum dan sebagainya kerana bertindak menyiarkan gambar yang tidak senonoh itu di muka hadapan.

“Kenapa mempertikaikan pula Bersih 3.0 yang disifatkan sebagai haram, tidak wajar dan sebagainya, sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu ditekankan termasuk akhbar yang tidak bermoral ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu politik semasa di Dun Salor, dekat sini malam tadi.

Kalau bukan SOP polis, SOP pemuda Umno?

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Tindakan pihak polis menyekat dan merampas peralatan media pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu tidak mengikut SOP polis, sebaliknya mungkin SOP Tahan Lasak Pemuda Umno.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Abdul Samad (gambar), mendakwa tindakan itu berkemungkinan besar atas arahan pihak pimpinan Umno memandangkan polis menyatakan ia bukan SOP polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebelum ini yang mengatakan tindakan polis merampas dan menghalang petugas media itu bukan SOP polis.

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata ia merupakan SOP biasa selepas ditanya wartawan berkaitan insiden beberapa jurugambar yang diambil kamera dan kad memori pada perhimpunan Bersih 3.0 itu.

PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH halang sekolah jangan terlibat MAJLIS PERTANDINGAN QAFA ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM


Jika main bola pertandingan menari menyanyi sajak hangpa bagi arahan suruh sekolah terlibat mai tang agama surh tak bagi pie....bagus laaa pengarah macam nie... hangpa pie tengok laman web tang nie...

Luahan Hati Seorang Anggota Polis

                                                                  Gambar Hiasan
 

"Saya seorang bekas polis.Saya telah menyertai bersih 1,2,3.Apa yang menyedihkan sikap polis dalam melaksanakan tugas..Saya pernah menghadiri latihan FRU.tatacara melerai, memukul, menembak gas nampaknya dah hilang.Kepada pegawai polis yang bertanggung jawap kepada tingkah laku dan tatacara bekerja tolong lah tengok2 ..kami dulu berperang kerana sayangkan malaysia

berada didalam hutan berbulan2..tinggal segala tilam empok..bini cantik.. bertemankan pacat dan senapang..malam tidur tak lena kerana takut kena bedil.. untuk apa ini..untuk malaysia..kepada adik2 polis yang baru masuk istilah kami cap jari belum kering..ingatlah kepada orang lama(bekas polis).. janganlah ikut rasa.. 

kami sertai bersih kerana kami sayang malaysia...

Nak guling kerajaan dengan garam..air mineral dan tuala tangan..?

Oleh : PUTERI BULAN

Hah....himpunan bersih 3.0 nak gulingkan kerajaan..? tersedak Puteri bila seorang kawan Puteri tiba-tiba telefon Puteri menceritakan sekian rupa....hai..entahlah.....

Arakian..Puteri pun tunggulah Berita Inggeris TV3 suku jam 12 tengah malam...Wah...bukan main melenting Pak Najib ...berantak-rantak...terpekik-pekik marahkan himpunan bersih 3.0....cubaan pembangkang nak gulingkan kerajaan...

Wah..wah..wah...statement bahaya tu Pak Najib..mau kang naik semangat orang-orang muda tu kan......tak merasa kau dok Putra Jaya.....

Kenapa Pak Najib takut sangat..? kenapa tidak mengambil tindakan himpunan tu secara rasional dan belajar menerima " kutukan" rakyat atas kesilapan pentadbiran diri sendiri.

Fitnah: Rahim diberi 24 jam tarik balik kenyataan

 
keratan NST

KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya “bapa kafir”.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar) berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.

“Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,” katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.

Respons fatwa Bersih 3.0... Antara Yang HALAL & HARAM..???

Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.
Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.
Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam.
Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Kemenangan apabila berdepan T-Team di Stadium Darulaman malam ini sebagai penawar kepada ribuan peminat setia

Oleh: Bashah Zainol Abidin


PENYERANG Vedran Gerc mahu membantu Kedah mencatat kemenangan apabila berdepan T-Team di Stadium Darulaman malam ini sebagai penawar kepada ribuan peminat setia yang kecewa ketika disingkirkan Kelantan daripada Piala FA, minggu lalu.

Menurutnya, kegagalan itu memang pahit untuk ditelan namun pasukan sudah kembali fokus menghadapi saingan Liga Super.

“Jika peminat kecewa, kami lebih daripada itu dan kini tidak ada jalan lain kecuali menewaskan T-Team.

“Walaupun menang 2-0 di Kuala Terengganu pada suku akhir Piala FA, T-Team kemudian bangkit untuk mengikat Kelantan di Kota Bharu pada saingan liga.

“Ini sepatutnya menjadi amaran kepada pemain untuk meningkatkan prestasi dan lebih agresif nanti,” tegasnya.

Senator Australia cadang turut saman Utusan

Senator Australia, Nick Xenophon berkata beliau sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia, kerana tersalah memetik ucapannya yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam.

nick xenophon 290412"Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Xenophon (kanan) merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang telah tersalah memetik  ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.

Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.

Buat ceramah orang takdak...mai pilihanraya depa menang jugak..!!!

Wow!! ramainya manusia membanjiri ceramah Zul Kulim dan Noh Omar. Dikhabarkan Ezam  Mohd Noor tidak dapat hadir pada ceramah malam tadi di Kg. Melayu Wira Damai, Batu Caves.
Dianggarkan kira-kira tidak lebih 100 orang yang sanggup mendengar pembohongan penceramah berkenaan yang bertemakan 'Sayangi Selangor'. 

Kalau menjerit sakit, dipukul lebih teruk lagi

SHAH ALAM, 8 Mei: "Sepanjang 300 meter perjalanan saya ke Kelab Diraja Selangor, saya dipukul oleh pihak polis tanpa ada perasaan belas kasihan, jelas mangsa kekejaman polis pada Himpunan Bersih 3.0, Nour Islam Niamat, 30.

Nour Islam yang juga merupakan aktivis NGO, Jingga 13 memberitahu beliau ditahan oleh pihak polis ketika berada hampir dengan pengadang jalan di Dataran Merdeka dan ketika itu beliau hanya meninjau keadaan di sana tanpa melakukan apa-apa provokasi.

"Ketika saya hampir di Dataran Merdeka lebih kurang pukul 5 petang, saya tidak mendengar pun arahan pihak polis meminta peserta Bersih bersurai malah mereka terus bertindak dengan menyembur air serta menembak gas pemedih mata.

"Dalam keadaan saya berada di barisan paling hadapan maka menyenangkan pihak polis menahan saya dan dalam keadaan saya baru ditahan tiba-tiba datang sembilan hingga sepuluh orang anggota polis ke arah saya dan telah bertindak memukul, menendang serta menumbuk saya," jelasnya.

Nour Islam yang menceritakan peristiwa tersebut memberitahu beliau telah berjalan hampir 300 meter dan melalui trak-trak polis yang dipenuhi anggota polis untuk ke Kelab Diraja Selangor




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...