TERKINI :

Monday, May 7, 2012

SAMM serahkan senarai gambar Anggota POLIS yang mengganas di BERSIH 3.0

34 polis mengganas di Himpunan Bersih dikehendaki
 
KUALA LUMPUR 7 Mei: Badan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27 NGO lain menyerahkan memorandum mendesak polis yang terlibat jenayah keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk disiasat. Kumpulan itu yang hadir hanya 15 wakil bagaimanapun diganggu samseng Umno yang diketuai veteran-veteran tentera dengan laungan dan herdikan kepada NGO tersebut yang menjadi tontonan polis.

Dalam keadaan agak panas apabila kumpulan NGO dan kumpulan veteran itu bertembung, Pengerusi

 SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Asisten Supretendan (ASP) Karthik W.Selain mendesak polis terlibat dengan keganasan menyerah diri, kumpulan itu turut mahukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tampil memberi penjelasan dakwaan penyamaran polis sebagai peserta Bersih.

Laa mai kot mana orang SIAM joint UMNO nie..kena laung HIDUP SIAM laa pulak lepas nie...!!!

oleh AnakKedah007

 
nampaknya Laungan HIDUP MELAYU dah tak boleh pakai dah nie.. kena kongsi bersama dengan Masyarakat SIAM la pulak...

HIDUP MELAYU....
HIDUP SIAM.....
HIDUP MELAYU
HIDUP SIAM.....

Aduhai penyokong UMNO.. sedih tengok hangpa kena pemain lagu nie....dah la umuq pun tak ketahuan hala nak kira... nie pulak dok kongsi PERJUANGAN HIDUP MELAYU laa pulak.. kasian kasian...

Zaman Andriod dan Iphone buat Media UMNO Kelemasan..!!


Media rayakan kemungkaran media jahiliah

Salmiyah Harun@HarakahDaily.net


KUALA LUMPUR, 7 Mei: Media yang menganjurkan sikap merayakan kemungkaran dengan niat hiburan atau politik apatah dengan mengaibkan sesama Islam maka tentulah media tersebut menjadi media jahiliah, demikian tegas Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Tambahnya, media jahilian tidak memiliki fikiran dan perasaan terhadap peradaban dan tidak mentaati sikap Islam sebagai agama syumul yang mencahayakan kebenaran dan kebaikan buat umat manusia.

"Islam adalah agama rasmi negara ini, maka segala perilaku, perbuatan, pemikiran dan tindakan baik secara individu, apatah lagi sebagai institusi hendaklah menempatkan sikap menghormati cara Islam menguruskan penghidupan manusia. Tentulah media juga tidak lepas dari posisi ini," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas sikap media arus perdana yang keterlaluan dalam laporan mereka akhir-akhir ini, katanya, fungsi media sebagai pemacu pembentukan jasmani yang bersih, dan rohani yang mulia adalah gerakan yang mengatasi segala kepentingan, politik atau budaya.

Majlis Fatwa: Jangan berjalan sebelah kaki

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,    
07 Mei 2012

Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin tentang Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Saya setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram. Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak. Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini.

Saifuddin Dedah Punca Zul Nordin dan Zahrain Keluar PKR


Surat terbuka kepada Utusan daripada bekas wartawan Utusan

Saya telah dipecat dari Utusan Melayu (M) Berhad ketika bertugas di akhbar Utusan Malaysia pada 21 April dan ketika menerima berita pemecatan itu saya melakukan solat sunat memohon kepada hadrat Allah SWT memberi hidayah kepada rakan-rakan saya di Utusan Malaysia agar menjadi seorang mukmin dan muslimin yang mematuhi perintah Allah SWT supaya mereka akan dapat menikmati kelazatan hidup sebagai seorang Islam yang patuh kepada perintah Allah SWT dan suruhan Rasululullah.

Namun selepas setahun dipecat dari Utusan Melayu, nampaknya rakan-rakan saya dan juga Ketua Pengarang Utusan Melayu, Aziz Ishak yang saya anggap sebagai mentor dalam dunia kewartawanan tidak berubah langsung, nampaknya Allah SWT tidak memabulkan doa saya kerana membiarkan rakan-rakan saya terus bergelumang dengan dosa terutama terus membuat fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada sesama manusia, ingatlah rakan-rakanku fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhuatirkan Rasulullah saw.

Mai kot mana la Utusex Cedok Cerita Arab Saudi nak siasat puak BERSIH tempohari..!!

Konspirasi Utusan terhadap Arab Saudi, jemaah haji Malaysia dan BERSIH 3 terbongkar.

Sunday, May 6, 2012

Utusan Malaysia.

Ramai orang tak kenal akhbar neh. Kalau ko sebut utusan umno, cacing dalam tanah pun akan keluar dan bercakap oooo paper tue.. aku kenal. Selalu masuk dalam tanah kediaman aku neh hah. Sampai aku sendiri dah rasa bosan pasal bersepah orang buang paper tue. 

Begitulah reaksi cacing yang aku interview.  Tamat. Sebab respon cacing mengenai utusan semakin mencabar telinga orang2 umno. Sangat sukar untuk aku lepaskan di blog walaupun tak pernah aku buat apa2 tapisan selama neh. 
KAH KAH KAH

Jangan terkejut Jika nanti Ada Gambaq Porno TG Nik Aziz di Utusex..!!!

TAHUKAH ANDA SIAPA 'MANGSA' UTUSAN PORNO SELEPAS AZMIN?

Akhbar pencacai Umno iaitu Utusan Porno akan terus menggunakan taktik memfitnah pimpinan PR dengan tuduhan berzina, liwat dan sebagainya. Utusan ini akan meletakkan berita-berita fitnah ini di muka depan siap dengan gambar porno dan lucah.

Kalau sebelum Anwar dan Azmin menjadi mangsa Utusan Porno yang tidak tahu halal haram, siapa mangsa seterusnya.? Cuba teka. Ketua Pengarang dan Editor Utusan Porno tidak pernah gentar dan takut dengan fitnah walaupun mereka tahu membuat fitnah lebih bahaya dari membunuh. Fitnah dalam media lebih hebat kerana selagi fitnah itu menjalar dalam pemikiran pembaca selagi itulah mereka menanggung dosanya. Bayangkan berapa ramai yang membacanya. Bagaimana Ketua Pengarang, Editor dan orang yang terlibat dengan Utusan Porno ini hendak menjernihkan pemikiran pembaca yang telah termakan dan percaya dengan fitnah tersebut.

Hadi kata tak berhak ulas isu video mirip Azmin

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap semua pihak termasuk media memberi peluang kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali membersihkan nama berhubung rakaman video panas yang didakwa mirip dirinya (Azmin).

"Saya tak ada hak untuk bercakap tentang itu, biar dia sendiri yang cakap secara langsung....beri peluang (kepada Azmin membersihkan namanya)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa diminta mengulas rakaman video panas yang didakwa mirip Azmin bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, selepas menyampaikan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di Kuala Terengganu, hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa rakaman video berkenaan dibuat oleh orang dalam parti PKR sendiri, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas berdasarkan andaian atau dakwaan.

Jijiknya pemimpin peralat polis untuk kekal kuasa

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapati jelas kini polis terbawa- bawa dengan cara seluruh polis di dunia membelasah demonstran. Dari Barat hingga Timur, tidak ada beza polis dalam bertindak. Yang mereka tahu ialah membelasah, memukul dan menembak ke arah demonstran yang tidak bersenjata.

Di Malaysia tindakan polis sejak dari penjajah hingga 55 tahun selepas merdeka masih sama. Pokoknya polis yang melakukan tindakan masing-masing akan dipertahankan oleh ketua mereka. Paling tidak kerajaan akan tetap mempersalahkan demonstrasi rakyat kerana takut kuasa yang dipegang selama ini akan terlepas akibat kemarahan rakyat terhadap pelbagai kepincangan.

Tindakan ganas polis selalunya dijustifikasi oleh pihak atasan dan pemimpin parti politik pemerintah. Akhirnya rakyat jugalah yang dipersalahkan. Kadang-kadang menambahburukkan lagi polis yang berpakaian awam turut bertindak ganas membelasah dan menangkap orang ramai secara rambang. Di Malaysia hal inilah yang disaksikan setiapkali demonstrasi diadakan atas pelbagai isu.

Bersih 3 .0 memperlihatkan senario yang sama. Polis cuba mempertahankan sebuah bidang dataran yang kosong hanya kerana arahan kerajaan tidak mahu melihat rakyat berhimpun di lokasi paling ikonik di negara itu.

Laa Jika dah rasa BN tu kuat sangat awat takutnya nak bagi SPR BERSIH..!!!

Nik Aziz jawab Najib: ‘Kerajaan BN sah?
Fakhrurrazi Usuldin
6 Mei 2012
Nik Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat

SHAH ALAM – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang minggu lalu menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 satu cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di bandar I-City di sini malam, semalam.

“Bila timbul persoalan Bersih yang disebut oleh ketua kerajaan yang pergi Kelantan itu, bahawa Bersih ini nak guling kerajaan yang sah, sah sungguh Kerajaan (Pusat) ini?” soal beliau ketika menyampaikan ucapan dalam majlis itu.

Dakwa Mahathir Atas Tuduhan Menghasut!!


Semenjak pencen dari jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir dilihat banyak berehat dan rakyat sudah mula tidak ambil peduli dengan kehidupan beliau walaupun masih aktif dalam beberapa NGO yang beliau menjadi 'mastermind' nya.

Sejak akhir-akhir ini kelibat beliau dilihat semakin menyerlah dan kuat berbunyi untuk memberitahu dunia bahawa beliau masih ujud.

Apa yang membuatkan beliau semakin seakan kuat meroyan sekarang?

Beliau cukup faham bahawa selepas Abdullah Badawi, harapan beliau kepada Najib Altantuya dilihat semakin luntur di sebabkan pelbagai skandal yang tidak dapat selesai.

Aduhai cikgu oi.. Yang dok berkempen dengan budak tahun 6 buat apa..mai kempen kat bapak dia nie..!!

Cikgu Nih Kata Peserta Bersih 3.0 Orang Bodoh?

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, begitulah ibaratnya nasib guru-guru di tanahair ini pada jumaat 4 Mei 2012. Ini kerana seorang guru yang bertugas sebagai guru kunseling di Sekolah Kebangsaan Taman Palma Taiping terlalu taksub dengan fahaman politik kepada UMNO BN hinggakan sanggup melanggar etika seorang guru dengan mempolitikan isu BERSIH 3.0 kepada murid-murid disekolah tersebut. Aku dapat tahu cerita ini apabila seorang murid tahun 6 yang terlibat didalam program kepimpinan di sekolah yang melibatkan murid yang memengang jawatan Pegawas Sekolah dan Ketua Kelas menceritakan kepada ibubapanya (Bapa murid cerita kat aku).

Murid tersebut mendakwa bahawa seorang guru telah berkata “Orang yang ke Kuala Lumpur berbaju kuning pada 28 adalah orang bodoh” dan cikgu tersebut berkata kita jangan menyokong mereka yang bodoh itu.
“Siapa yang tak sokong baju kuning tu angkat tangan…” inilah antara kata-kata cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Najmi. Cikgu Najmi juga dipercayai admin kepada sebuah blog yang pro UMNO…tak silap aku blog Taipingmali( Gambar kiri dikatakan Wajah Cikgu Najmi seorang blogger upahan UMNO BN)

Bapa kepada murid tahun ini melahirkan rasa kecewa dengan sikap guru tesebut. Katanya seorang guru tidak wajar bersikap sedemikian dengan memasukan agenda kepolitian kepada murid-murid di sekolah kebangsaan .

Orang Pahang pun dah Mula Menyampah Dengan Najib

Panas : Orang Pahang pun dah Mula Menyampah Dengan Najib - Ni Dia Bukti


KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak (foto) itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Sepatutnya Fatwa Itu Berbunyi: Haram Hukumnya Mencetuskan Huru-Hara Dalam Demo...

fatwa ni betul,,namun Sepatutnya Fatwa Itu Berbunyi: Haram Hukumnya Mencetuskan Huru-Hara Dalam Demo...tak pun perincikan lagi LANGGAR UNDANG-UNDANG tu macamana... 

pengeluaran fatwa ini secara tidak langsung akan menjatuhkan kredibiliti majlis fatwa kebangsaan,,,orang ramai akan melihat majlis berat sebelah atas faktor politik,,,kami tak mahu umat islam terus berpecah belah..

Benda nie mudah sebenarnya....

1. Hukum asal sesuatu perkara adalah harus sehingga ada dalil jelas mengharamkannya.

2. Mudharat kecil harus jika boleh menghalang mudharat besar

Maka saya berpendapat BERSIH adalah harus kerana tidak ada dalil yang secara jelas dan terang mengharamkan demonstrasi,. Saya juga berpendapat kesemua 8 tuntutanBERSIH tidak bercanggah dengan syara’, sehingga terbukti sebaliknya.

BERSIH cuba mengelak mudharat yg lebih besar kpd rakyat & sistem kenegaraan jika pilihanraya dipenuhi penipuan.

Antara ulama yang mengharuskan demontrasi ialah Dr Yusuf Qaradawi & Khalid bin Mun’im ar-Rifa’ie

RM4.8 juta bina jambatan baru di Titi Haji Idris

LANGGAR – Kira-kira RM4.8 juta peruntukkan dicadangkan kepada kerajaan negeri untuk membaik pulih jambatan di Kampung Titi Haji Idris yang menjadi laluan utama untuk ke Alor Setar atau Pendang.

Demikian kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah ketika meninjau lokasi terbabit.

“Kita akan cuba memohon peruntukan dari kerajaan negeri kira-kira RM4.8 juta untuk membaik pulih jambatan berkenaan dan ianya mungkin proses baik pulih itu akan mengambil masa kira-kira setahun.

“Sepanjang tempoh jambatan tersebut dibaiki, pihak JKR akan membina laluan sementara di lokasi berdekatan yang bersesuaian untuk kegunaan pengguna,” jelas beliau.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...