TERKINI :

Sunday, May 6, 2012

Anggaplah pilihan raya bila-bila masa sahaja


KOTA BHARU, 6 Mei: Umno masih menyebarkan ‘ajaran salah’ pada rakyat di negara ini apabila mendakwa hanya parti mereka yang boleh memberi pembangunan, kemajuan dan berbagai lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, memberitahu kerana ‘tamak’ kuasa Umno sanggup mencanangkan fahaman itu, seolah-olah mereka pemberi rezeki pada rakyat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa Ke-40, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, di sini tengah hari tadi.

“Umno masih menipu rakyat dan terus mendabik dada seolah merekalah pemberi rezeki pada semua rakyat dengan mengatakan…”hanya Umnolah yang boleh membantu rakyat..hanya Umno sajalah yang boleh memberikan pembangunan pada rakyat” dan lain-lain lagi,”  ujar Tuan Guru.

Turut hadir pada mesyuarat agung itu, Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar serta rombongan PAS Kuala Kangsar Perak.

Kata Tuan Guru lagi, kerajaan Malaysia yang dikuasai Umno semakin hilang sokongan kerana rakyat sedar dan inginkan perubahan.

Aduhai NAJIB dah kena penyakit 'NYANYOK'..!!!

Guling kerajaan: Najib lupa rampasan kuasa di Perak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak perlu menipu rakyat dengan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 lalu merupakan cubaan menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata, rakyat masih tidak boleh melupakan bagaimana kerajaan Umno BN memperlakukan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang juga dipilih secara sah melalui pilihan raya.

"Peristiwa rampasan kerajaan Perak pada tahun 2009 yang lalu masih segar dalam ingatan semua rakyat Malaysia.

"Ianya adalah jelas merupakan suatu tindakan di luar pilihanraya dan pengecut. Bagaimana beliau boleh mencabar kejantanan orang lain sedangkan diri sendiri sudah hilang kejantanannya awal-awal lagi," soal beliau.

Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa rakyat yang hadir menyertai himpunan aman Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Demikianlah lagak ustaz anjing....!!!

Siapa Makan Cili, Dia Yang Merasa Pedas

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama," katanya di sini

"Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.

Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.

Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri." (Surah al-'Aaraaf 7 : 175-177)

Fatwa sempit yang memundurkan

NONEMinggu lepas saya tidak menulis. Saya agak sibuk melayan rombongan Ahli Majlis Fatwa Perlis yang melawat UK dan Sepanyol. Rombongan disertai SS mufti negeri dan beberapa ahli fatwa yang lain. DYTM Raja Muda Perlis sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) mengetuai delegasi.

Sebagai bekas mufti Perlis dan masih menjadi ahli MAIPs. Saya yang berada di UK ini mengambil peranan bersama rombongan di sini dan Sepanyol. Seperti biasa, Raja Muda Perlis akan mengenakan jadual yang agak ketat kepada ahli-ahli rombongan beliau. Lawatan, perjumpaan dan perbincangan di sana dan sini.

Setiap ahli diberikan tugasan menganalisa tempat yang dilawati ataupun perjumpaan yang diadakan. Kemudian dibentangkan. Saya melihat banyak manfaat yang jika dihayati akan berperanan dalam pembentukan fatwa.

Mengapa Najib takut pilihan raya adil, bersih?

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu takutkan pilihan raya yang adil dan bersih sehingga sanggup menjadikan dirinya dilihat begitu bodoh, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar).

"Asalkan dapat mengelakkan pilihan raya yang bersih dan adil, Najib sanggup hina dirinya sehingga beliau nampak bodoh sungguh," katanya.

Beliau juga tidak sangka Najib sanggup bercakap merapu dan menuduh rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih mahu menggulingkan kerajaan.

Mohamad juga mempersoalkan, Najib terancam dengan siapa sebenarnya?

Siapa mahu guling kerajaan, Bersih atau pesaing-pesaingnya di dalam Umno, tanya beliau lagi.

"Dakwaan Najib mengenai percubaan hendak guling kerajaannya itu ditujukan kepada siapa?

"Ditujukan kepada desakan-desakan dalam Umno sendiri termasuk dari godfather mereka atau kepada Bersih?

"Kalau ditujukan kepada Bersih, dia salah alamat," katanya.

Artis dapat hadiah mewah, sasterawan bagaimana?

Oleh RAYUSA

KEPUTUSAN Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 pada 8 April lalu mencetuskan kontroversi apabila Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dalam mengatakan dia lebih berbangga kalau artis Malaysia yang menang.

Sebenarnya, tulisan Zed dalam twitternya bersifat umum kerana dia tidak menyebut nama artis negara luar yang mengungguli ABPBH 2011. Kategori pun tidak disebutkannya

Tetapi, disebabkan yang memenangi Bintang Paling Popular ABPBH 2011 adalah Aaron Aziz (juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular), peminat faham bahawa Zed tidak menyetujui kemenangan pelakon kelahiran Singapura itu. Biarpun pelakon itu berhujah memberi penjelasan, peminat tetap menuduh dia menolak kejayaan Aaron.

Sebenarnya, sia-sia sahaja para peminat dan wartawan hiburan berdebat soal ini, apatah lagi berminggu-minggu. Namun, ada seperkara yang wajar direnung. Zed dan Aaron tidak bersalah. Yang bersalah adalah Berita Harian.

Bersih 3.0 dan BN yang diterajui Gerakan

Menjelang perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 28 April lalu, pelbagai usaha dilakukan pihak-pihak tertentu khususnya BN untuk menggagalkan program rakyat itu.

Antara yang paling menonjol adalah percubaan memainkan sentimen kaum dan agama serta mengaitkan pengerusi Bersih 3.0 dengan LGBT bertujuan mengalihkan fokus dan tumpuan umum terhadap keperluan program duduk bantah itu diadakan.

Bersih 3.0 yang didukung 83 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan proses pilihan raya yang adil dan bersih.
 
Lapan tuntutan Bersih adalah daftar pengundi yang bersih; mereformasikan undi pos; penggunaan dakwat kekal; masa kempen minimum 21 hari; akses media yang bebas dan adil; mengukuhkan institusi awam; menghentikan rasuah; dan menghentikan politik kotor.

Daripada lapan tuntutan itu, tiada satu pun yang boleh ditakrif sebagai menyentuh sensitiviti agama dan kaum. Malah lapan tuntutan Bersih 3.0 itu adalah selari dengan semangat Islam yang memerintahkan umatnya supaya berlaku adil, amanah dan bersih. Jadi bagaimanakah ada seruan yang mahu umat Islam menjauhi Bersih 3.0 kerana kononnya ia dipimpin seorang bukan Islam yang menyokong ‘amalan seks songsang’?

Kita mungkin tidak sehaluan dengan pengerusi Bersih 3.0 dalam isu LGBT, tetapi menjadikan LGBT sebagai dalih mengetepikan tuntutan Bersih adalah hujah tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Hujah kononnya kumpulan pendesak itu diterajui seorang bukan Islam juga jauh meleset kerana seorang lagi Pengerusi Bersih 3.0 ialah Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said.

Sikap membisu media massa pro-BN terhadap peranan yang dimainkan Pak Samad sebagai Pengerusi Bersama Bersih 3.0 membuktikan wujud perancangan untuk menjauhkan Bersih 3.0 daripada orang Melayu Islam kerana kononnya gerakan itu diterajui seorang bukan Islam.

***

Ketika soal agama dan pendirian peneraju Bersih 3.0 terhadap golongan LGBT dimainkan media massa pro-BN, Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri mengumumkan perlantikan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi baru BN Pulau Pinang.

Perlantikan itu bagaimanapun tidak menjadikan negeri itu ‘porak peranda’ oleh tunjuk perasaan kumpulan pendesak Melayu dan Umno yang selama ini menggelarkan PAS sebagai ‘kuda tunggangan’ DAP.

Sikap membisu kumpulan ultra-Melayu dan Umno Pulau Pinang terhadap perlantikan Chang Yeow menghairankan walaupun bukan di luar kebiasaan, memandangkan Gerakan tidak memiliki walaupun satu kerusi di negeri itu.

Daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) PUlau Pinang, Pakatan Rakyat menguasai 29 kerusi Dun dengan 11 kerusi dikuasai Umno-BN.

Ini menggambarkan betapa lemahnya Umno ketika berhadapan dengan Gerakan di Pulau Pinang sungguhpun kelihatan ‘garang’ menghadapi DAP yang kononnya menindas orang Melayu di negeri itu. Sikap membisu dan akur Umno terhadap perlantikan pengerusi BN negeri ini juga mengesahkan siapakah sebenarnya yang menjadi ‘kuda tunggangan’ sepanjang 50 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

Dalam keadaan menjadi kelompok pembangkang yang besar di Dewan Undangan Negeri, Umno tidak berupaya menuntut kerusi Pengerusi BN negeri, apatah lagi jika ia menjadi kuasa minoriti di Dun Pulau Pinang.

Umno sebenarnya menyedari tidak mudah untuk membentuk kerajaan di Pulau Mutiara tanpa sokongan bukan Melayu. Jika ditakdirkan menang di seluruh kerusi yang ditandinginya, Umno tidak akan mampu membentuk kerajaan tanpa sokongan partiparti bukan Melayu.

Inilah realiti yang cuba dinafikan pemimpin Umno di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Sedangkan tanpa sokongan rakyat daripada pelbagai latarbelakang agama dan bangsa, hampir mustahil untuk sesebuah parti politik membentuk kerajaan di sebuah negeri dan negara yang berciri majmuk seperti Malaysia. 

Editorial Harakah

Detik kemuncak regim dijatuhkan, apabila media kroni turut protes..

Oleh Lim Hong Siang 

Apabila media arus perdana yang dikuasai kroni pemerintah turut menyatakan protes mereka terhadap pemerintah, maka itu detik-detik kemuncak di mana sesebuah regim bakal dijatuhkan.  Melihat kepada reaksi wartawan media arus perdana selepas 28 April 2012, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengungkapkan kata-kata yang meraih tepukan gemuruh satu dewan, dalam forum semalam.

Gambar disumbangkan Abah Anas.
Mengisahkan bagaimana akhbar bahasa Cina utama menghitam-putihkan muka surat depannya sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, semalam, Fathi terus berkata, "Saya nak katakan, turning point, bagaimana dalam sejarah pergolakan revolusi dan kejatuhan regim-regim dunia ini akan berlaku saatnya perubahan seperti Sin Chew Jit Poh (Daily)."

Fathi menjelaskan, sewaktu Suharto (bekas Presiden Indonesia) mahu digulingkan, protes diadakan selama enam bulan, oleh mahasiswa dan orang ramai.  Media arus perdana tempatan mengkritik penguasa, dan korporat besar menggantung banner di bangunannya yang tinggi.  Kesemua ini "elit mobilisation", di mana elit merekah untuk menyokong parti politik berlainan, menjurus kepada kejatuhan regim Suharto pada akhirnya.

BERSIH 3.0 - Selain 8 tuntutan wajib..Kerajaan juga wajib jawab 8 persoalan wajib ini..!!

Selain 8 tuntutan BERSIH perlu di penuhi oleh Kerajaan.

8 persoalan wajib dijawab melalui penyiasatan penuh dan kredibel dalam keganasan BERSIH 3.0 atau "428":


(1) Mengapa keganasan dan kekerasan polis wujud sama ada dengan menembak gas pemedih mata, penyemburan air dengan bahan kimia atau keganasan fizikal dan brutaliti terhadap perserta perhimpunan aman selepas jam 3 petang, yang berlanjutan untuk tempoh 5 jam pada hari itu?

(2) Bagi yang telah menembusi sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja tetapi menghukum kesemua peserta yang lain yang berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman?

(3) Mengapa ada beberapa kakitangan polis yang tiada nombor pengenalan ataupun tag nama pengenalan?

(4) Mengapa wakil media dan wakil akhbar disasarkan dan diserang oleh pihak polis dengan rampasan kad memori kamera mereka dan pemecahan kamera mereka?

Bersih 3.0 sejarah baru "unjuk rasa" di Malaysia

Mohd Shubihi Muhamad Zain

Berbeza dua siri sebelumnya, Bersih 3.0 dirancang secara tergesa-gesa sejurus Dewan Rakyat pada 3 April yang lalu meluluskan dan menerima laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dengan penuh kontroversi.

Walaupun dalam tempoh masa yang singkat dan tanpa 'promosi hebat' media perdana seperti yang berlaku ketika Bersih 2.0, mesej berkaitan perhimpunan itu berjaya disampaikan hingga ke bawah.

Seperti ada tarikan besi berani apabila orang ramai samada pernah atau yang belum pernah menyertai siri-siri Bersih sebelum ini mula bercakap tentang keperluan hadir ke perhimpunan Duduk Bantah dan masing-masing berazam akan turun ke ibu kota pada masa yang ditetapkan.

Akhirnya, pada 28 April 2012 menyaksikan sebuah cacatan baru dalam sejarah 'unjuk rasa' di negara ini telah dilakarkan apabila hampir setengah juta rakyat turun ke jalan raya bagi menuntut perlaksanaan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Penulis bersama enam lagi rakan senegeri yang menyewa bilik-bilik hotel di sekitar KL Sentral memilih untuk berjalan kaki ke Masjid Negara iaitu lokasi berkumpul yang telah ditetapkan pihak penganjur.

Menyangkal Pendapat Dhaif Mufti BERKENAAN ISU BERSIH..

By Naruto

Saya terpanggil untuk memberi ulasan saya terhadap kenyataan yang dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh pada 5 Julai 2011 iaitu MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ADALAH DOSA BESAR YANG BOLEH MENJEJASKAN IMAN yang di’spin'kan semula bagi memberi justifikasi kepada pemerintah untuk menghalalkan perbuatan mereka semasa Bersih 3.0 yang lepas.

Saya hanya akan menghadkan skop saya kepada kenyataan Mufti ini sahaja tanpa menyentuh ulasan-ulasan lain berkaitan kejadian pada 28 April yang lepas

Tuan Mufti ini memulakan argument’nya dengan menggunakan authority Surah An-Nisa ayat 59.  Saya perturunkan terjemahan lengkap Ayat 59 ini iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.  Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.  Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Bagi pelajar undang-undang, samada sivil ataupun syariah, mereka akan diajar iaitu untuk sesuatu peruntukan itu beroperasi, ianya perlu berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan.  Ianya dinamakan undang-undang teras dan undang-undang prosidur.

Dr Juanda: Melayu pecah kerana 'gila kuasa'

NORHASRAM MOHAMAD
5 Mei 2012
Dr Juanda Jaya
Dr Juanda Jaya

KOTA BHARU - Masyarakat Melayu perlu bersatu dalam apa jua keadaan yang mencabar, sebagaimana disaksikan sekarang tetapi sama sekali tidak boleh terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menjadikannya sebagai agenda politik.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, bersatu mesti diusahakan tetapi bebas daripada pengaruh politik kerana parti-parti politik mungkin menggunakan usaha itu untuk kepentingan masing-masing.

Katanya, perpecahan berlaku di mana-mana sahaja kerana ada kezaliman dari satu pihak yang mempunyai kuasa.

"Satu negeri tak diberi royalti, mesti ada pihak yang marah dan ini realitinya, zalim kepada saudara sendiri, puncanya ialah gila kuasa.

"Jangan terpengaruh dengan politik kerana kita semua tahu hala tuju apatah lagi kita ini orang Islam yang mempunyai ajaran yang jelas," kata beliau yang menjadi ahli panel Wacana D'Raja di Kelantan Trade Centre di sini malam tadi.

PRU13: Jangan ikut Pusat, Pas Kuala Kedah gesa Pakatan

ROSLINDA HASHIM
5 Mei 2012
 Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi

ALOR SETAR - Pas kawasan Kuala Kedah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah serentakjika Parlimen dibubarkan, selagi kerajaan tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0 terutama membabitkan daftar pemilih.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pas kawasan Kuala Kedah menyatakan pendirian itu setelah mendapat undian majoriti yang bersetuju dengan usul itu kerana berlaku pertambahan yang mendadak dalam senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012yang dibentangkan  Rabu lalu.

“Kita ambil serius isu ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir.

Bekas Ahli Parlimen UMNO Hantar 'Surat Cinta' Pada Najib

Oleh Shahbudin Husin 
 
Perdana Menteri Najib Tun Razak menerima satu lagi cabaran menjelang pilihanraya umum akan datang bilamana seorang bekas Ahli Parlimen UMNO, Tamrin Tun Ghafar tiba-tiba menulis sepucuk surat kepada beliau menggariskan beberapa isu yang perlu diselesaikan jika ingin memenangi pilihanraya ini.

Sebelum ini bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir turut mengkritik kepimpinan Najib dan beliau akhirnya mengambil keputusan keluar UMNO.

Dalam surat kepada Najib bertarikh 23 April itu, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka menyebut 15 isu yang perlu diselesaikan Najib iaitu isu lembu NFC, isu cincin US24 juta dan perbelanjaan mewah, isytihar harta, semangat Melayu dan dasar ekonomi, pinjaman PTPTN, campurtangan sistem kehakiman, pengundi hantu dan Bersih 3.0, hubungan dengan Israel, pemilihan calon pilihanraya, peningkatan kos sara hidup, dakwaan biadap wakil rakyat pembangkang, konsep 1Malaysia, bantuan rakyat, royalti minyak dan debat dengan Anwar Ibrahim.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...