TERKINI :

Saturday, May 5, 2012

Ulangtahun UMNO Ke 66 atau Baru Ke 24 tahun..?

Sampai bilakah UMNO hendak menipu rakyat jelata?

Setiap kali tiba 11hb Mei, mereka akan menyambut “ulangtahun penubuhan” mereka. Yang terbaru, mereka kata mereka sudahpun 66 tahun. Mungkin kebanyakan ahli UMNO sememangnya mudah lupa. Tetapi rakyat jelata masih ingat.

UMNO yang ditubuh pada 11 Mei 1946 sudah ditamatkan riwayatnya oleh mahkamah pada 4 Feb 1988. Sesuatu pertubuhan yang diistihar terbatal oleh mahkamah maka setakat itu sahajalah berakhirnya pertubuhan itu dan terpahatlah dalam sejarah tarikh mula dan tarikh akhirnya.

Apa yang berlaku selepas itu ialah manipulasi Mahathir. Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Orang yang kini menjawat Presiden adalah di antara orang yang sebelah pasukan yang menetang penubuhan UMNO Baru ketika itu. Malah ramai lagi yang kini di dalam UMNO Baru bersama menentang penubuhannya dulu.

Walaupun Shafie & Zahida sudah 'nafi' hubungan mereka... masih banyak lagi persoalan yang munculnya..!!!

ZAHIDA BOTOK Vs SHAFIE TOP-UP | (Pendedahan Terkini)

 
Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

WALAUPUN Ratu Botox, Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat Malaysia yakin bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar disangsikan.
 
Gaya hidup mewah Zahida berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput' (sedikit) tidak memungkinkan beliau menyara kehidupannya tanpa bantuan Shafie atau Datuk 'M' yang menggunakan Zahida sebagai 'Banker' dalam permainan 'Monopoly'.
Selama ini Zahida mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk menyara kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat masing-masing Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).
Paparazzi telah menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai keboleh upayaan Zahida menyara kehidupan mewahnya dengan menjalankan perniagaan yang kononnya mengaut keuntungan yang besar; dan bukannya ditaja oleh Menteri Top-Up.

Cukuplah lah tu BN 54 tahun menunggang kuasa...!!


Oleh SAFAR JUMAAT

AMBIL contoh seorang Menteri di Malaysia, cakapnya berdolakdalik. Dulu, kata Himpunan Bersih 2.0 haram, kini kata Himpunan Bersih 3.0 tidak mengganggu ketenteraman.

Sehingga Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa- Kuasa Khas) meminta afidavit lanjutan berhubung kenyataan menteri berkenaan.

Ini satu contoh dari ratusan contoh lagi, bahawa rakyat perlu secara total menolak BN dalam PRU13 – bukan sahaja kerana tawaran yang mahu diberikan Pakatan Rakyat, tetapi memperbaiki kerosakan yang sudah terlalu teruk dalam sistem pemerintahan negara ini.

Bayangkan, seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, di mana polis terletak di bawah bidang kuasanya, pun bercakap berdolak-dalik hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Apakah menteri yang membarisi kabinet hari ini tidak tahu bahawa “kata-kata mereka” akan menjadi dasar dan undangundang.

Tetapi kalau, sekali kata boleh dan sekali kata tidak, apakah undang-undang atau dasar di negara ini boleh berubah ikut cuaca?

Itulah sebabnya, rakyat kena mengikuti semua ini secara dekat. Mereka kena ubah.

Tanah Melayu tergadai dek kerana Di mana Umno kuat di situ Melayu merempat..!!

Tanah Melayu terhakis angkara Umno
Written by Idris Ahmad

Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara.

Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

BERSIH 3.0. dari catatan SEORANG UNIT AMAL KEDAH.

DENGAN NAMA ALLLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
   

Pada mulanya.saya tidak bercadang untuk hadir pada perhimpunan bersih di KL.Bagi saya sebagai rakyat Malaysia kebebasan bersuara telah lama hilang dari kehidupan rakyat Malaysia ini.Negara kita hanyalah sebuah Negara yang kuno di zaman ledakan teknologi komunikasi sedang berkembang dengan pesatnya di alam  ini.Apalah yang perlu saya perjuangkan kerana saya masih bujang dan tidak perlu memikirkan masa depan generasi mendatang  selain ibu saya yang masih hidup.Pengalaman dari BERSIH 2.0 telah mengajar saya bahawa suara rakyat seperti kami hanyalah gas pemedih mata,pukulan belantan dan sepak terajang dari robot2 syaitan yang bergerak dengan  berTUHANkan pangkat dan harta duniawi semata2.

25.4.12-Saya menerima maklumat dari seorang sahabat yang menghantar anaknya yang berumur  15 tahun untuk dijaga oleh SAC 3 UNIT AMAL KEDAH diperhimpunan.Saya jadi serba  salah untuk tidak turut serta dengan membiarkan SAC3 menghadapi nya tanpa bantuan dari saya.Saya memohon tempat ke BERSIH 3.

UMNO - Parti yang salah sambut tarikh kelahiran disebab sejarah yang dikaburkan...

 
Pada 4 Februari 1988 Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur. UMNO itu sebenarnya halal sehingga pemilihan 1984 sahaja. UMNO yang ada sekarang ialah UMNO BARU.Noktah!
 
Utusan Malaysia 12 Feb 1988, berita berkenaan penubuhan UMNO Baru. 
Utusan Melayu 16 April 1988, Ku Li memberi kenyataan mempertahankan UMNO lama dan akhirnya membawa penubuhan parti Semangat 46.

Puak Pembangkang Salah DEMONTRASI.. Last terkulai layu depan MB Azizan..

Sepatutnya serang BN, kerana jirat itu mereka yang luluskan

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
(Petikan Nota Utara, Harakah)

Foto: Ehsan jurugambar Warta Darul Aman

Selang dua tiga hari selepas Himpunan Bersih 3.0, sekumpulan penduduk dari beberapa buah kampung di Mukim Karangan, Kulim mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. Mereka datang dengan empat buah bas yang membawa kanak-kanak (yang dipaksa ponteng sekolah), wanita, orang tua dan lain-lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan tanah perkuburan Cina (jirat) yang kononnya dibangunkan di atas tanah berstatus Simpanan Melayu.

Penulis tidak pasti benarkah mereka itu penduduk dari kawasan terbabit atau 'pemain import' dari kawasan lain sebab tidak kenal kesemuanya. Cuma sebahagian dari mereka yang dikenali adalah orang yang pernah mengaku sebagai ahli khariah Madrasah Salihiah Kanchut. Sewaktu demonstrasi membantah perobohan bangunan Salihiah dahulu mereka memegang hailer membelasah kerajaan negeri, sekarang pun orang yang sama juga yang menggalas hailer. Pelik juga ada manusia yang boleh bernaung di bawah dua buah khariah yang sama serentak, sedangkan antara Alor Setar dan Kulim jaraknya lebih dari 100 km.

(Kanak2 yg tidak berdosa dipaksa ponteng sekolah untuk berdemonstrasi secara haram, mujur polis tak tembak gas mokalau tidak teruklaa makcik2 tu selak kain buat lap muka)

Bersama-sama mereka juga adalah para lelaki yang memakai baju hitam ala Perkasa, duduk beramai-ramai di atas jalanraya di hadapan Wisma Darul Aman. Mereka turut menahan setiap kereta yang keluar dari Wisma Darul Aman, mengarahkan cermin kereta diturunkan kononnya untuk mempastikan supaya Menteri Besar tidak terlepas keluar. Lagaknya kira-kira macam samseng Kampung Dusun.

Belum habis gas pemedih ditembak, saya ditanya bila BERSIH 4.0?

Sungguhpun adegan polis membelasah peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang menyarat dalam laman internet amat menyayat hati ketika disaksikan, namun semangat di sebalik perjuangan ini cukup memberangsangkan.  Dalam satu forum semalam, Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH telah mengisahkan pengalamannya di situ, melihat bagaimana anak muda bangkit menentang penguasa.

Gambar disumbangkan Abah Anas.
Pada kira-kira jam 6.30 petang, Hishamuddin Rais bersama kawannya duduk di situ sambil memperhatikan bagaimana anak muda berkejaran dengan polis.  Apabila polis berundur, anak muda ini kejar dari belakang; dan apabila gas pemedih mata dilepaskan, anak muda itu pula melarikan diri.  Kerja-kerja yang suka dilakukan dirinya dahulu, akui Hishamuddin Rais.  Kemudian beliau menerima panggilan daripada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, yang memesan agar Hishamuddin Rais "menyuruh budak-budak ini balik".

"Masalah yang paling besar sekali untuk saya ialah memadamkan perjuangan anak-anak muda.  Saya tak berani.  Apabila tiba-tiba saya lalu situ ada satu budak datang.  Dia pandang muka saya.  Eh, abang Hisham ke?  Ya, betul.  Tu masih tembak-tembak (gas pemedih mata di sana).  Budak tu tanya, bang, BERSIH 4 bila?"

Depa suruh Najib lantik JKKK dan Ketua bahagian UMNO bagi jadi Penel Bebas BERSIH 3.0

Panel bebas: Baik lantik AJK cawangan Umno

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad berpendapat, lebih baik panel bebas Bersih 3.0 yang dicadang kerajaan dipilih daripada ahli Umno sahaja supaya ianya menyebelahi pihak BN dan polis.

Menurutnya, tiada guna jika panel bebas membuat keputusan tidak menyebelahi BN dan polis kerana ia hanya akan dibakul sampah sahaja oleh kerajaan.

Katanya, berapa banyak pandangan ketiga mengenai keganasan polis dalam setiap perhimpunan tidak diambil peduli.

Ianya termasuk pendengaran awam yang dibuat oleh Suhakam ketika Bersih 2.0 yang juga tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan.

Selain itu, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam juga ujarnya telah menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya digunakan terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media.

"Pada hal Suhakam ialah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan, ia bukan Lembaga Disiplin Parti Islam Semalaysia PAS.

Bersih 3.0: Malapetaka perhubungan awam terbesar Najib

(Najib merenung Bersih 3.0 yang menjadi malapateka untuknya)
KUALA LUMPUR: Magnitud kerosakkan  perhubungan awam Bersih 3.0 jauh lebih besar berbanding Bersih 2.0 untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila kisah ngeri kekejaman polis dibongkarkan.

Demikian kata pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

"Sepertimana yang telah saya katakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas, memang terdapat banyak 'mangsa' terutamanya dari pihak Polis, petugas media arus perdana dan Suruhanjaya Pilihan Raya; tetapi tanpa sebarang keraguan, orang yang menanggung kekalahan paling teruk ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Keadaan ini lebih kelihatan pasca “duduk bantah” Bersih 3.0 Sabtu lepas pada 28 April lalu, kerana Bersih 3.0 merupakan satu malapetaka perhubungan awam untuk Najib berbanding Bersih 2.0.

BERSIH 3.0 : "Langgar penghadang tak tentang arahan mahkamah"


Tindakan melanggar penghadang polis di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut semasa perhimpunan BERSIH Sabtu lalu tidak menyalahi larangan mahkamah, kata Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan.

Syahredzan berkata, arahan mahkamah hanya melarang orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka dan bukan jalan sekitarnya.

"Saya rasa ia perangkap. Mereka pasang penghadang di kawasan berdekatan Kelab Diraja Selangor dan Jalan Raja walaupun tempat itu bukan dikira sebahagian daripada Dataran.

"Tetapi apa yang tidak boleh dilanggar? Arahan mahkamah apa? Arahan mahkamah hanya menyebut kamu tidak boleh melanggar ke Dataran, bukan penghadang," katanya dalam forum analisis pasca-BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur malam tadi.

Dosa Golongan Yang Membuat Fitnah


Dosa Fitnah oleh ust Sharil Long

Tu dia aihh... Dok Pendang Kedah pie sambut Najib di Gua Musang Kelantan.. patut laa ramai..!!


Najib beranggapan atau syok sendiri apabila mengatakan rakyat kembali menyokongnnya dan United Malays National Organisation (Umno). Tapi Addin tak percaya kerana dari dulu, kini dan selamanya United Malays National Organisation (Umno) nih kerana mereka selalunya menggunakan taktik memancing orang supaya datang ke programnya. Mereka tabur wang ringgit dan pelbagai insentif lagi untuk menarik rakyat untuk hadir ke program mereka nih. Ini terbukti apabila pendedahan yang di lakukan oleh Topeng Perak berkenaan program Najib di Kelantan semalam..

Program Najib di TEMAN, Wakaf Che' Yeh Dapat Sambutan 1Malaysia..!

Gua tak dapat sampai ke lokasi Program Pelancaran TEMAN oleh PM Najib sebab jalan terlalu sesak & gua pulak cuba nak tunjuk hebat pergi dengan kereta. Hahaha... Akhirnya gua terjelepok di tengah bendang Baruh Tunjung tempat Tapak Projek Padi Organik Kerajaan Negeri Kelantan. Dekat sana gua jumpa 2 orang brader yang datang jauh dari Pendang, Kedah. Masa gua sembang dengan brader tu gua dapat cerita bagus.

Mudahnya polisi bank....duit hilang dalam akaun haram tak mau bayaq balik..!!

Pelanggan kesal bank enggan ganti wang hilang

4 Mei 2012
Seorang pegawai teknologi maklumat sebuah syarikat swasta di sini mendakwa kerugian sebanyak RM4,923 apabila wang yang disimpan dalam akaun bank tempatan di sini dikeluarkan individu tidak dikenali pada Disember lepas.

Mangsa, Andrew Wong Lee Fong, 29, berkata sebanyak lima transaksi pengeluaran dilakukan melalui kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atas namanya bertarikh 13 hingga 27 Dis di Bangkok, Thailand.

Andrew berkata dalam tempoh itu, kad ATM miliknya tidak hilang dan dia juga tidak pernah melawat negara berkenaan.

"Saya telah mengemukakan segala bukti yang mengesahkan saya berada dalam negara sepanjang tempoh itu kepada bank dan menunggu lebih 90 hari untuk mendapat maklum balas daripada mereka.
 

Macam nie nak jadi MB KEDAH.. nak bercakap pun macam isu terlepas kepala keretapi saja...!!

oleh Anakkedah007

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ahmad-azmin-patut-saman-bukan-kecam-umno-1.45431
Inilah padahnya bila suka bercakap tapi akhirnya terserlah kesengalan dalam diri.. itu pun jangan ada hati nak jadi MB KEDAH... Orang jika nak cakap sesuatu isu kaji lah dulu...apa perkembangan terkini dengan isu tersebut...tapi bila main pediah nak cakap sahaja akhirnya diri sendiri yang kantoinya...

Aduhai Mat Bashah buat malu nama PEMBANGKAN kat KEDAH sahaja ko nie.... Isu yg ko bercakap nie sebenarnya sudah diambil tindakan awal dah pon... si AZMIN dah zaman UTUSAN sebab mengaitkan dirinya dengan gambaq lucah tersebut.....

Merungkai Persoalan Mengapa Pas tidak boleh bersama Umno?

Oleh Khalid Samad

Masih ada lagi yang bertanya, mengapa Pas tidak boleh bersama Umno sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.Jawapan saya berbentuk cerita.

Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, “Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!” Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, “Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!” Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, “Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!”

Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-B tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun di tangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.

Bersih perlukan tindakan susulan di seluruh negara

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

BN terus menerus buat pekak badak terhadap lapan tuntutan Bersih 3.0 sekalipun ratusan ribu rakyat Malaysia bangkit menyatakan bantahan terhadap ketidakadilan pilihan raya di Malaysia.

Seperti biasa, isu yang difokuskan oleh jentera propaganda kerajaan BN bukan kepada lapan tuntutan yang dibuat sebaliknya kepada persoalan remeh di sebalik tercetusnya demonstrasi.

Isu kononnya mata pencarian pemandu teksi dan peniaga tersekat, gangguan terhadap masyarakat awam dan imej negara yang didakwa tercemar.

Tidak kurang juga isu sampingan yang tiada kaitan dengan tuntutan dibangkitkan seperti hubungan Pengerusi Bersih 3.0 Datuk S Ambiga dengan kumpulan yang memperjuangkan LGBT dan profesion beliau di bidang guaman yang terbabit dengan pelbagai bentuk pembelaan.

Isu berkaitan peribadi Ambiga tiada kena mengena dengan tuntutan Bersih. Pengerusi bersama Bersih ialah Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said tapi mengapa Ambiga seorang yang dijadikan sasaran? Sebabnya bagi BN isu rasis adalah ramuan terbaik buat masa ini untuk menipu orang Melayu demi mempertahankan kuasa mereka.

Antara 20 Perkara Yang K'jaan BN membazir duit negara bilion-bilon...

Semua di bawah ni lebih rugi dari melupuskan pinjaman PTPTN:


duit
1. PKFZ RM12 billion
2. Submarine Commission RM500 million
3. Sime Darby RM964 million
4. Paya Indah Westland RM88 million
5. Pos Malaysia (Transmile) RM230 million lost
6. Eurocopter deal RM1 billion wasted
7. Terengganu Stadium collapse RM292 million
8. MRR2 repair cost RM70 million
9. Maybank overpaid BII RM4 billion
10. Tourism - NYY kickback RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry RM8.4 million
13. London’s white elephant sports complex RM70 million
14. MATRADE repairs RM120 million
15. Cost of new plane used by PM RM200 million
16. InventQ irrecoverable debt RM228 million
17. Compensation for killing crooked bridge RM257 million
18. Loss in selling Augusta RM 510 million
19. Worth of APs given out in a year RM1.8 billion
20. Submarines (future Muzium Negara artifacts) RM4.1 billion

POLIS - TugasMu Mulia.. Namun................

Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis - Dr MAZA

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,
Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.
Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...