TERKINI :

Friday, May 4, 2012

Warga Kilang : XPDC Hari Buruh menjejak 40 keluarga

oleh JJMK Wargakilang: Hari Buruh 2012 
Inilah longgokan brg-brg untuk 40 keluarga hasil 
sumbangan rakan-rakan yg tersebut di atas
Alhamdulillah, JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang pada cuti Hari Buruh 1 Mei 2012, dlm expedisi membantu masyarakat terpinggir di sekitar Penaga Penang dan Pulau Sayak, Kedah berjalan lancar.

Kesemua sekali ada lebih kurang 30 buah kenderaan kecil besar yang mengikuti expedisi JJMK Wargakilang kali ini.

Antara yang turut serta ialah Team dari Surau Kilang NAZA, Gurun Kedah yang turun mai dengan sebuah VAN sarat dengan brg2 sumbangan untuk 40 keluarga.

Juga, sebuah Van dari kilang EUNOMEDICAL Sungai Petani turut memuatkan quantity barang dlm jumlah yang sama. Terima kasih juga kepada seorang individu, FB nickname Din Stongkol dari Sungai Petani, turun mai dengan dua buah kenderaan bersama sanak saudaranya membawa brg2 juga dlm jumlah yg lebih kurang sama.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seorang Individu yang enggan dikenali, tak join sekali, tapi turun mai di tempat perhimpunan di parking lot Masjid Bertam, Kepala Batas ini bersama-sama dengan sebuah LORI sarat dengan brg2 untuk 40 keluarga. Juga sekalung penghargaan buat NGO PEMBELA, lengkap beruniform biru-putih yg dianggotai oleh sekumpulan anak-anak muda dari Sungai Petani, turun dengan 6 buah kereta/4WD bersama barang muatan, bersama-sama dengan seorang individu yang saya dengar dipanggil mereka sebagai “Ayah”, yg saya rasakan merupakan seseorang yang berpangkat AYAHANDA dalam perkumpulan mereka.

Politik mafia di sana Mafia di sini


Jarang kita jumpa orang yang tidak suka kepada filem The Godfather. Bahagian pertama siri adaptasi novel-novel Mario Puzo arahan Francis Ford Coppola ini adalah epitome filem mafia sepanjang zaman. Hanya mungkin digugat kursinya itu oleh filem lain seperti Scarface, yang juga dibintangi oleh Al Pacino.

The Godfather, jika dibaca tulisan asal Puzo adalah dokumentasi keluarga-keluarga mafia Sicily yang membuka gerai operasinya di kota New York lewat tahun 40-an. Sicily sebuah pulau yang kalau dilihat pada peta Itali seakan ditendang keluar oleh keseluruhan negara itu yang bentuk topografinya seakan kasut but. Di sini ada himpunan bangsa-bangsa Eropah yang mendiam di kota-kota Palermo dan Corleone setelah berhijrah dari Turki dan Greek melalui jalan laut.

Struktur ‘keluarga’ mafia Itali berdiri atas paksi ukhwah. Bunyinya agak tidak enak, untuk menggabungkan ukhwah dan mafia dalam satu ayat, tetapi itulah dia asimilasi budaya assabiyah Arab ke dalam organisasi mafia, hatta undang-undang besar menyimpan rahsianya yang disebut omerta itu lahir daripada konsep Qurani yang menyuruh supaya tetap teguh seperti apa yang telah diperintahkan.

Muka Pakistan.. IC kod Thailand.. Tapi Warganegara Malaysia... punggahhhhh..!!!


kami taulah IC ni IC palsu ke @ tak sebab nak kata palsu data ini wujud didalam SPR. Kod yang digunakan adalah 67 dan mengikut JPN

Kod negara kelahiran mengikut rekod JPN :
Indonesia : 61
India :75
Vietnam :68
Thailand : 67
Bangladesh : 79
Filipina : 65
China : 74
Myanmmar : 64

melihat kepada rupanya tak de pun rupa thailand....itu tak pe lagi dan menurut alamatnya dia menduduki rumah PPR..macam mana PR boleh dapat rumah disitu...

Buat Sahabat di Media Arus Perdana.. Hangpa Tak Rasa berdosakan cari rezeki macam nie..???

Nak komen sket betapa bias nya berita media arus perdana.

tak rasa berdosakah 'kaka' baca berita macam nie
Ketika skandal gambar seks azmin ali tersebar, tv3 dan utusan masing2 pakat siar dalam berita masing2. Macam tv3, selepas beberapa jam isu tue kecoh, malam nya terus masuk berita dan esoknya terus keluar pelbagai respon.

Sama juga dengan utusan, tak agak2 terus terkeluar seme gambar dalam paper. Mereka sudah semestinya bagi alasan sebagai pengamal media, mereka bertanggungjawab melapor. Oke, itu bukan isu langsung. Tapi kalau nak melapor atau apa, amek dari kedua belah pihak. Jangan lapor sebelah pihak je.

Contohnya, isu azmin ali saman utusan. Ada tv3 lapor tadi? Takde kan? Mereka melaporkan berita terpilih sedangkan saman azmin ke atas utusan juga merupakan satu berita malahan satu sumber yang sangat sahih berbanding apa yang tersiar di blog papa gomo dan parpu kari.

Bukan mahu menegakkan azmin sebagai betul atau salah, apa yang ingin ditekankan ialah konsep pemberitaan yang adil. Sebagai pengamal media jangan sesekali meletakkan seseorang itu bersalah jika belum terbukti dan begitu juga sebaliknya.

Kes kapal Selam : Mahkamah dalam Malaysia boleh la hangpa berlagak...!!!

Mahkamah Paris boleh keluar waran tangkap jika tolak sepina

NONEWaran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.

Menurut peguam Perancis, Joseph Breham (kanan), yang mewakili NGO Suaram dalam aduan awam berhubung dakwaan membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

"Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah.

"Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu," katanya.

Projek Aman Central adalah projek swasta, bukan kerajaan negeri

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 3 Mei –  Projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta di sini merupakan projek swasta.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah berkata, syarikat pemaju iaitu Kumpulan Belleview (Belleview) yang datang menemui Kerajaan Negeri untuk projek  itu.

“Pemaju berkenaan telah diberikan tender itu kerana mereka mempunyai pengalaman dalam menyelamatkan projek-projek terbengkalai,” ujarnya.

Betulkah Pengadil Separuh Akhir PIALA FA antara KEDAH lawan KELANTAN didapati terima rasuah..???

oleh AnakKedah007

BERSIH...BERSIH....BERSIH...BERSIH.... rasanya ungkapan ini masih terngiang dalam kepala otak ini walaupun sudah beberapa hari ianya berlalu... bila balik Kedah pulak laungan ini pula yang di laungakan.... KEDAH.... KEDAH...KEDAH.... laungan ini bergema sewaktu perlawanan Separuh Akhir Piala FA tempohari....
Dalam separuh masa pertama bukan main bersemangat melaungakan sokongan walaupun keadaan stadium yang bising dek bunyi haram bejadah si vuvuzela [betoi dak tak tau gua ejanya] sampai bingit dalam telinga dok melayan bunyi tersebut.... walaupun sokongan penuh semangat dan dengan mendahului 2-0 di separuh masa pertama masa itu bukan main bangga dan sudah terbayang rombongan ke Bukit Jalil sudah berada di depan mata... namun langit tidak selalunya cerah apabila di separuh masa kedua Kelantan kembali menjaringkan gol penyamaan..dah akhirnya Kedah tumpas dek kiraan gol di tempat lawan.....

Status pemilikan tanah jirat Cina Sungai Kob telah dipindah milik sejak 1926

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Tanah projek pembinaan jirat Cina di Sungai Kob, Kulim adalah tanah milik persendirian, seorang pemilik Cina yang telah membelinya pada 18 April 1926 dan tidak pernah dipindahmilik kepada orang Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, sebelum tertubuhnya Akta Tanah 1933, tanah rizab Melayu boleh dijual kepada sesiapa sahaja samada Melayu, Cina mahupun India.

Tanah tersebut disahkan sebagai Tanah Rizab Melayu dan diisytiharkan pada 4 April 1933, namun pemiliknya adalah Cina, yang berhak ke atas tanah tersebut.

“Asal tanah tersebut adalah tanah orang Melayu, tetapi sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan, pemilik tanah telah menjualnya kepada orang Cina, jadi pemilik baru itu berkuasa ke atas tanah tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi.

Tambah beliau, projek pembinaan jirat Cina di Sungai Kob, Kulim telah diluluskan pada 2007 dan bantahan projek turut dibangkitkan oleh penduduk setempat pada tahun tersebut.

Namun, ianya tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan terdahulu yang memerintah negeri Kedah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...