TERKINI :

Thursday, May 3, 2012

Bersih 3.0 The Movie


by malaysiakini

BERSIH 3.0 : Ini baru 1Malaysia.. yang mana BN boleh meroyan bila tengoknya...!!

Padan muka kerana provokasi polis?

Kebanyakan orang dipercayai akan mengutuk tindakan polis membedil gas pemedih mata dan meriam air berkimia terhadap peserta BERSIH 3.0.  Namun terdapat sesetengah juga yang menganggap bahawa polis tidak boleh dipersalahkan, kerana peserta yang memprovokasi polis.  Jadi, padan mukalah.

Namun, tindakan sebagaimana yang boleh ditafsir sebagai "provokasi"?  Di manakah sempadan kesabaran yang digariskan oleh kedua-dua pihak?  Saya menganggap inilah persoalan yang perlu diperjelaskan segera dalam negara yang kini sedang dalam proses belajar bagaimana untuk menyatakan tuntutan melalui kebebasan berhimpun.

Hari ini, iaitu pada 28 April, saya berada di tepi Agro Bank, jambatan yang menuju ke Dataran Merdeka.  Di situ juga sekatan polis ditempatkan untuk menutup Dataran Merdeka.  Saya boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku pada ketika itu dari situ.  Saya rasa, saya layak untuk berkongsi pandangan saya.

"DUIT" merupakan talian nyawa terakhir UMNO...!!!

Hanya 'duit' selamatkan Umno dari 'bungkus'

(Abdul Fatah berucap di majlis makan malam NGO Kelantan)

KOTA BAHRU: Hanya ‘duit’ talian hayat akhir Umno bagi meneruskan hayat politiknya di negara ini setelah kehabisan modal untuk memancangi rakyat.

Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, jika diukur dari  pretasi, kedudukan parti itu semakin teruk pada kacamata rakyat.

“Kalau tak ada duit, menipu, lama dah Umno ‘bungkus’ di Malaysia ni,” katanya yang juga Adun Bukit Panau.

Menurut Fatah lagi, Umno hanya pandai ‘mengula-gulakan rakyat’  dengan kebendaan apa lagi bila semakin hampir dengan pilihanraya.

Al Fatihah - Bob Kuman meninggal 4.38 petang ini


PETALING JAYA, 3 Mei: Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

Elehh NST !!.. setakat berani dalam negara jaa.. mai kena gejut dengan mat salah cepat melutut mintak maaf..!!

NST minta maaf kepada Senator Australia

The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.

NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.

Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta.

Lucah: Azmin tuntut Utusan bayar RM100 juta

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.

Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.

“Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

“Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.

Najib dan AS$1Billion....!!!


Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar
 
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

[BERSIH 3.0] Kepada Abang Polis - Pukul Ramai-Ramai Boleh La Tunjuk Hebat..!!!

'Ini baju kuning tangkap'
Dr Abdul Aziz Bari
   
Saya ditahan sekitar jam 3.50 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. 
Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".
Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.
Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?
Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."
Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"
Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

BERSIH 3.0 - Penangan 'media baru' buat UMNO BN kancing gigi...!!!

BERSIH 3.0: "Mukjizat" media baru

Semasa program sembang santai blogger dan wartawan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ulu Yam, Selangor, petang Ahad lalu, sehari selepas himpunan BERSIH 3.0, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menekankan soal "keajaiban" dan sumbangan besar media baru.

Suatu waktu dahulu, ketika berdepan asakan dan serangan berterusan media yang dikawal mutlak elit pemerintah, parti-parti pembangkang yang dinafikan hak untuk "bermain di atas padang sama rata" terasa begitu perit sekali.  Tiada langsung peluang untuk menjawab segala tohmahan.

Namun, dalam suasana langit terbuka dan penemuan gajet baru yang lebih sofistikated, proses pendemokrasian semakin mudah untuk menjadi lebih matang, teruji dan menyeluruh.  Setiap pihak mempunyai ruang untuk berbicara mengemukakan hujah, menjelaskan kekeliruan, sekali gus menyanggah fitnah.

Buat BERSIH kalut hangpa nak SAMAN.. nie Datuk Bandar DBKL tak buat kerja takan tak mau SAMAN..??

KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT BUKAN URUSAN KAMU DATUK BANDAR?


SIAPA NAK TANGGUNG KERUGIAN INI? (GAMBAR DARI KL POS)
 
Ya betul. KL sentiasa dilanda banjir kilat apabila hujan lebat. Tetapi sudah beberapa minggu Lembah Kelang dilanda panas terik, sesuai dengan berakhirnya musim tengkujuh dan bermula musim panas di negara tropika.
Tiba-tiba seluruh Lembah Kelang dilanda hujan lebat dan beberapa kawasan dilanda banjir. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata, banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter. Sehingga pagi ini tiada laporan terperinci tentang banjir ini dan gambar dari akhbar pencacai dalam edisi online mereka. Cuma petikan dari BERNAMA sahaja.

Kalih Isu - Bila tak terdaya nak berhujah Isu BERSIH 3.0 maka UMNO kembali ke asas KELUCAHAN mereka..!!

UMNO beralih kepada kepakaran fitnah bila rakyat bangkit dalam BERSIH 3.0

Parti Keadilan Rakyat mengutuk keras tindakan terbaru UMNO dan para pengendali laman-laman blog upahan mereka yang menjadikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamad Azmin Ali sebagai mangsa fitnah mereka.

Parti Keadilan Rakyat menggesa Presiden UMNO Najib Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap "baling batu sembunyi tangan".  Hakikat bahawa media kawalan UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu menyambung fitnah terhadap Mohamad Azmin Ali  (gambar kiri) sekadar mengesahkan peranan Najib Razak yang memberikan laluan lampu hijau.

Budaya politik kotor yang di luar batas adab dan akhlaq ini sewajarnya dihentikan.  Budaya fitnah ini amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Najib Razak dalam pemaknaan dan pengertian dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhamad saw melalui rentetan sirah.

Apakala UMNO berada dalam keadaan terdesak dek kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa terbaru BERSIH 3.0 di mana rakyat membebaskan diri dari perasaan takut untuk turun beramai-ramai, UMNO akan beralih kepada kepakaran sebenar mereka yakni mencipta fitnah.  Harapan UMNO rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat, SPR yang terus memanipulasikan pilihanraya dan propaganda media kawalan UMNO yang membuta tuli mempertahankan fitnah dan kezaliman mereka.

Mission Najib nak jadi segak semula dah berkecai dek kerana BERSIH 3.0...!!

Bersih 3.0: Usaha Najib pulih imej berkecai

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Tindakan ganas polis terhadap orang awam terutama para wartawan menjadikan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien amat tercalar teruk.

“Sukar bagi PM untuk menjawab dengan masyarakat antarabangsa yang mempersoalkan tindakan kerajaannya terhadap rakyat mereka sendiri.

“Amat payah bagi PM menafikan keganasan polis oleh mangsa yang mendakwanya, kerana semua itu telah dirakamkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Tambahnya, ternyata percaturan mereka dalam menguruskan Bersih 3.0 telah silap dan tersimpang jauh dari matlamatnya.

Sehubungan itu, ujarnya DPPM menganggap tindakan kerajaan yang melayan peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan kasar sebagai silap strategi.

Bagi DPPM, menurutnya PDRM telah menggagalkan semua hasrat Perdana Menteri yang mahu memulihkan imejnya di mata rakyat tetapi berkecai dalam sekelip mata semasa mengendalikan Bersih 3.0.

POSTER Kuliah Ust Azhar Idrus untuk di sebarkan..!!


[Klik Image @ Save As dan Print]
 
mai pakat2 print dan tempek di merata-rata kawasan dalam kedah nie...bukan senang ustaz nak mai kampung kita nie..guna kertas A4 pun OK dah..jika sorang 10 pun jika 100 org dah jadi 1000 dah..ala berapa kupang sangat fotostat 10 keping kertas A4..baru RM1....

Al Jazeera pula mintak penjelasan ASTRO..!!

Al Jazeera tuntut penjelasan penapisan Astro

toh ching hong tigongkia at bersih rally 3.0Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.

Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat
Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.

"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.

Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar "peraturan kandungan tempatan".

Rang Daftar Pemilih Tambahan terbaru paling kotor?

Rang Daftar Pemilih Tambahan rDPT
Hari ni Rang Daftar Pemilih Tambahan datang lagi. Kali ni untuk Suku Pertama tahun 2012 iaitu untuk tempoh 1 Januari hingga 31Mac 2012.

Rang Raftar Pemilih Tambahan kali ni dikatakan yang terakhir yang akan digunakan untuk PRU13 kalau PRU13 dijalankan dalam bulan Mei ini atau bulan bulan Jun depan.

Kalau PRU13 ditangguhkan lagi sampai ke bulan Ogos ke atas, besar kemungkinan akan digunakan Daftar Pemilih yang disahkan sampai ke suku kedua.

Tak kira la bila pun Najib nak bubarkan Parlimen dan adakan PRU13, kerja-kerja berkaitan dengan Rang Daftar Pemilih Tambahan ni nak kena dibuat jugak, takdak alasan untuk tak buat.
 
Tambahan pulak, rang tambahan kali ni disyaki adalah rang yang paling kotor yang mungkin dimanipulasi oleh 'si anjing Umno' terutama sekali yang ada dalam JPN dan SPR sendiri.

BERSIH 3.0 : Gagal atau berjaya dari segi mata blogger atau BERSIH 4.0 ataupun REVOLUSI

Oleh: MSK


Ramai yang bertanya soalan..”adakah Bersih 3.0 berjaya atau gagal?”. Ini soalan subjektif dan jawapan pun bergantung kepada sapa yang menjawab.

Dari segi meningkatkan kesedaran, yang tu aku kira berjaya. Jumlah kehadiran jauh lebih ramai malah melepasi jangkaan. (Aku faham, bila Bersih 3.0 menetapkan sasaran 500,00 orang, ia hanyalah sasaran saikologikal. Macam cakap Mat Sabu, “Bersih 4.0 akan menghimpunkan sejuta orang. Itu cuma cakap-cakap nak menaikkan semangat.). Hakikatnya, Bersih 3.0 dapat menarik hampir 400,000 orang diseluruh dunia untuk mengambil bahagian.

Ada yang kata, 400,000 orang itu hanyalah minoriti kalau dibandingkan dengan 13 juta pengundi dinegara ini. Majoriti daripada rakyat tak suka dengan demo macam ni. Terpulanglah kalau depa nak cakap macam tu.

Orang yg mai BERSIH 3.0 takan tak makan kot..??

BEBERAPA kerusi dan meja rosak menyebabkan peniaga menyediakan  meja tambahan   di Medan Selera Taman Sri Jaya, Bukit Gambir.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd. Ridzuan Abdullah mendakwa perhimpunan haram semalam menyebabkan peniaga kecil di sini kerugian kira-kira RM100 juta. 

Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur.

Katanya lagi perhimpunan itu melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil yang dianggarkan berjumlah RM10,000.00 sehari.

Adakah mereka ini cuba berbohong?

DEBAT PTPTN - Loooo tangguh La Pulak... pasai apanya...takut kaa..??

Debat PTPTN Khairy-Rafizi ditangguh
Wartawan Sinar Harian
2 Mei 2012
Debat
Debat ditangguh
 
SHAH ALAM - Debat terbuka PTPTN anjuran Sinar Harian yang sepatutnya berlangsung di sini malam esok telah ditangguhkan.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd. Jalil Ali berkata, pertemuan antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan diadakan pada satu tarikh lain.

“Kami tidak membatalkan debat yang menjadi tumpuan ramai ini, kami hanya tangguhkan ke satu masa yang akan ditetapkan, insya-ALLAH dalam masa terdekat,” katanya tanpa menyatakan tarikh sebenar.

Karangkraf sebagai penerbit harian popular itu yang sebelum ini telah menganjurkan 13 siri Wacana Sinar, memutuskan untuk menangguhkan debat, memandangkan suasana dan masa yang tidak beberapa sesuai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...