TERKINI :

Wednesday, May 2, 2012

Ulama Umno tenggelam dalam media LUCAH..!!!




Laporan lucah: Mana suara ulama Umno

Harakahdaily,     02 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mempersoal sikap membisu ulama Umno yang seolah-olah membiarkan sahaja media milik parti itu khususnya Utusan Malaysia membuat laporan berunsur lucah.

Terbaru laporan yang dipaparkan di muka hadapan akhbar itu menyiarkan fitnah gambar aksi lucah lelaki yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"DPPM mempersoalkan ke manakah perginya suara para ulamak dalam Umno dan para mufti yang hanya diam membatu melihat media melakukan kemungkaran secara terang-terangan?

"Mereka sepatutnya bangkit membantah tindakan keji seperti ini. Sudahlah menayangkan video lucah di hadapan rakyat, membuat pula fitnah yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat," tegas Ketua Penerangan DPMM Riduan Mohd Nor.

Menurut Riduan, media Umno menjadi hilang pedoman dan integriti apabila sanggup menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ dengan menyiarkan babak lucah ini tanpa sedar ia ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur.

Jom pie Stadium lagi malam ini... semalam layan bola malam nie kita layan ceramah pula..!!


Aduhai Siap Flying Kick lagi... Polis ka Bruce Lee..??

VIDEO - CHEGU BARD TIDAK SERIK WALAU DILANYAK SEPARUH MATI

Oleh:  WFAUZDIN NS


BENARKAH peserta-peserta BERSIH 3.0 sememangnya merancang untuk merempuh pasukan keselamatan di Dataran Merdeka pada 28 April baru-baru ini?  Jika ianya benar, aku merasakan perancangan oleh Penganjur BERSIH 3.0 pada hari tersebut ternyata amat lemah malahan perancangan paling bodoh walaupun pimpinan BERSIH serta para penyokong BERSIH mempunyai ratusan pakar-pakar strategi termasuk dari kalangan bekas-bekas pegawai tentera.
Inilah wajah Chegu Bard dan Sani (Ketua AMK Rembau) setelah dibelasah teruk
Lojikkah pada akal perancangan menggempur pihak keselamatan tidak dilaksanakan serentak, sedangkan pada waktu itu sekeliling Dataran Merdeka telah dikepung oleh peserta-peserta BERSIH?  Bayangkan jika gempuran dilakukan serentak di kiri kanan, depan dan belakang sekumpulan pasukan keselamatan dan trak-trak FRU.  Sudah tentu tragedi pada 28 April yang lalu menjadi satu sejarah paling pahit untuk dikenang oleh pihak keselamatan.

Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Bhd bimbang pro-komunis sertai BERSIH 3.0

Bekas IGP bimbang pro-komunis sertai BERSIH 3.0


Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Sabtu lepas di Kuala Lumpur yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.

"Saya dapat mengecam (mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an," katanya di Shah Alam.

PTPTN & KUIS - UMNO Selangor kena 'telanjang'

Skandal UMNO Selangor – UMNO Tanjong Karang Jual Tanah Kerajaan Negeri Kepada 2 Syarikat !
 
Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.

Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan UMNO yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa UMNO menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.

Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS.  Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.

[Video] Dr Asri bantai program BERSIH.. Siapa makan cili dia terasa pedasnya..!!!

Bodoh betul siapa sokong Bersih... Ambiga tu anti Islam.

 
A: Bodoh betul sape yang sokong si Ambiga tu dalam BERSIH!

B: Kenapa pulak?

A: Yela..dia kan pendukung IFC, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah bla..bla..bla..So, siapa yang sokong dia maknanya dia menyokong Ambiga!Siapa yg sokong si Ambiga memang x sayangkan ISLAM!

B: Oh..macam tu sekali ea..urm..nak tanya sikit boleh?

A: Hah! Tanya ape pulak ni??

B: Ko ade facebook x?Ko guna henpon jenis ape ek?Suka minum milo?Ada twitter x, aku nak add la..hehe..

A: Ape punya soalan la ko ni..memang la aku ada akaun facebook.Aku guna nokia dengan IPAD..canggih x aku?Milo tu memang la peberet aku la..Nanti aku PM fb ko aku punya akaun twitter ea..

B: Hah! Sah ko AHLI NERAKA!!!!

A: Aik?Kenapa lak ko ni?Jangan tuduh sembarangan!

B: Memang la..ko tau x fb tu milik Mark Zuckerberg?Dia tu kafir tau!Nokia dan IPAD pun org kafir yang punya.Twitter punya founder tu si Jack Dorsey tau!Dia pun kafir!Milo tu pun pemiliknya Nestle.Pun org kafir gak!

Aduhai KPN aku.. Antara Gambaq Super impose di Dataran Merdeka dan Buah-Buahan Tempatan..!!

Ketua Polis Negara memang hebat. Dia sangat ambil berat dengan gambar superimpose yang terang-terang boleh dikesan kepalsuannya. Gambar yang sekali pandang pun orang sudah tau kepalsuannya, dan tidak memerlukan penelitian pakar komputer untuk membuktikan kepalsuannya.

Kalau betul-betul nak tunjuk gambar superimpose silalah ambil dari blog-blog pro umno tu. Macam-macam gambar superimpose ada dan tunjukkan kepada media.

“Saya mendapat dua gambar, satu gambar menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning dan gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong, hanya perusuh di luar kawasan dataran. Ia telah disabotaj dan disebar menerusi Internet…ini memburukkan imej negara dan saya akan memantau keadaan ini juga,” katanya (Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar). – BERNAMA
Lihat berita di sini

Mak aii dasat ulasan KPN ni, Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning...perusuh berbaju kuning tuhh...prejudis betoi statement tu beb..patut la peserta bersih dibelasah oleh polis, KPN sendiri pun anggap peserta BERSIH sebagai perusuh...kah kah kah

Nak hujah isu BERSIH dah tak mampu UTUSEX keluar cerita LUCAH semula...

NONENik Aziz: Umno terdesak siar foto aksi lucah
 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk keras laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.

"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?
"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi halal," katanya di Facebook.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno 

ASTRO khianati pelanggangnya.. tu pun jangan dok langgang situ laa..!!!

Astro kata berhak tapis laporan BBC

NONEPenyiar TV berbayar Astro mengakui bahawa laporan oleh perkhidmatan penyiaran British, BBC ke atas perhimpunan BERSIH 3.0 yang disiarkannya ditapis demi "mematuhi garis panduan penyiaran kebangsaan."

Satu kenyataan Astro kepada laman Sarawak Report hari ini meyatakan bahawa stesen swasta itu berhak untuk menapis saluran antarabangsa yang disiarkannya.

Kenyataan yang memetik naib presiden operasi penyiaran Astro, Rohaizad Mohamed itu bagaimanapun tidak menjelaskan "garis panduan penyiaran kebangsaan" itu.

Sarawak Report dalam laporannya menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro.

“Duduk Bantah” Aman di Melbourne dan Seluruh Dunia... Semuanya AMAN tapi tidak di NEGARAKU.!!

Oleh: Mohd Azim bin Abdul Hamid
Bersih 3.0 Di Melbourne aman dan damai...

Ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Persekutuan (Federation Square) Melbourne untuk menzahirkan desakan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia. Kira-kira (hampir 1500)  1,250 warganegara hadir di dataran tersebut merupakan sebahagian yang terlibat dalam himpunan gerakan Global Bersih 3.0 yang dijalankan di seluruh dunia pada hari Sabtu lepas. Selain Melbourne, terdapat beberapa siri himpunan Bersih 3.0 yang lain, bermula di Auckland dan berakhir di San Francisco, dari serendah laut di Aceh sehingga setinggi ke gunung Everest, semuanya berkumpul memberi solidariti kepada kira-kira 250,000 warga pelbagai generasi yang turun di jalanan Kuala Lumpur bagi menunjuk bantahan kepada korupsi pilihanraya.

Di Melbourne, sorakan peserta yang berkumpul semakin kedengaran seawal jam 1 tengahari waktu tempatan. Antara yang turut bersama bukan sahaja dari kalangan pelajar seperti yang dijangka pihak penganjur, malah yang bekerja serta berkeluarga dari pelbagai generasi termasuk anak kecil hingga warga emas turut menjayakan himpunan aman tersebut. Suasana meriah dilahirkan dalam acara ‘Duduk Bantah’ dengan peserta turun memakai pakaian berwarna kuning, sambil memegang pelbagai sepanduk yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk meletakkan jawatan serta mengibarkan bendera Malaysia tercinta.
 

Benarkah Pemandu Kereta Polis SOGO Tidak Sedarkan Diri?

Mengikut pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH dalam satu temuramah:
Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:
1.0 Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2.0 Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3.0 Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri
Video yang dirujuk oleh Tulang Besi boleh dilihat di sini.
 Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:
1.0 Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:
KLIK IMEJ

Benarkah mangsa2 kekejaman BERSIH 3 akan diadili sepertimana POLIS juga...??

Ketua polis negara dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pendemo yang teraniaya ketika bersih 3 boleh mengadu kepada polis untuk mendapatkan pembelaan. Baik. Mari kita mulakan dengan posting neh terlebih dahulu untuk melihat samada benar atau tidak kata2 ketua polis negara tersebut.

Lihat gambar kat bawah neh dulu ;


Dah lihat? Oke. Perhatikan nama dia tue yang paling penting tue. Perhatikan juga muka2 mereka oke. Dan sekarang lihat pula video kat bawah neh ;

Pengakuan Sahabat yang membantu driver polis yang keretanya di terbalikan tuu...!!

Peserta bantu polis tersepit
IZWAN ROZLIN
2 Mei 2012
Peserta bantu polis tersepit


PETALING JAYA – Insiden kereta pegawai penyiasat polis diterbalikkan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu bukan disengajakan.

Seorang aktivis, Saiful Mokhtar, 33, mengakui dia yang berada di lokasi kejadian dapat mendengar dengan jelas beberapa orang mengarahkan kereta polis itu diterbalikkan kerana kononnya ada mangsa yang tersepit di dalamnya.

“Mereka yang mengangkat kereta itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang rata-ratanya berniat mahu menyelamatkan mangsa yang mungkin tersepit di bawah kereta dan bukan sengaja untuk membalas dendam terhadap anggota polis.

“Dalam keadaan kelam kabut kami cuba mengawal situasi namun terdapat dua atau tiga orang (bukan berpakaian kuning) bertindak menjerit dan cuba melakukan keganasan melampau malah kami cuba menghalang dan turut membelasah seorang daripada mereka yang cuba melarikan beg dari kereta polis itu,” katanya kepada Sinar Harian.

POLIS...Jangan Jadi Alat dan Pencacai UMNO....

Oleh : PUTERI BULAN

Demam Bersih 3.0 melanda...puluhan ribu rakyat berkumpul di Kuala Lumpur dan ribuan lagi di negeri-negeri lain. Rakyat bersatu tanpa mengira agama, bangsa, miskin, kaya, berjawatan tinggi, petani, nelayan, bahkan penganggur sekali pun semata-mata menuntut agar pilihanraya dijalankan secara bersih, telus, adil tanpa unsur-unsur rasuah lebih-lebih lagi campurtangan dari pemimpin-pemimpin parti pemerintah...

Setiap hati yang sanggup menggadaikan nyawa, masa dan wang ringgit, berjalan berbatu-batu, mengharungi rintangan....tiada sekelumit inginkan keganasan..apatah lagi sehingga menumpahkan darah....

Tapi..siapa tau...musuh sentiasa mencari jalan agar...imej Bersih 3.0 tercalar..provokasi murahan digasak ke telinga rakyat...kononnya peserta Bersih 3.0 menimbulkan keganasan dan hura-hara..Tapi siapa boleh menyangka ....kita manusia merancang...Allah juga merancang dan perancangan Allah lebih tersusun dan tepat.....dalam keghairahan...media massa dibawah telunjuk UMNO busuk menuding jari menuduh peserta Bersih 3.0 ganas dan agresif..tiba-tiba tak semena-mena terkeluar kenyataan dari Zaharin Mohd Yaasin, Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, yang membuat tindakan bodoh tetapi menguntungkan, apabila dengan bangganya memaklumkan di wall facebooknya terdapat 2 ribu polis menyamar menjadi peserta Bersih 3.0 atas. Sebagai pengenalan diri, semua mereka mempunyai lilitan kain kuning ditangan masing-masing...tujuan penyamaran itu untuk melakukan provokasi, mencetuskan keganasan, bertindak agresif, ganas dan melakukan aksi luar kawalan agar perhimpunan itu tercemar dan secara tidak langsung memberi pandangan buruk kepada penduduk Malaysia khususnya......himpunan Bersih mengancam keselamatan.

Apa Untung UTUSAN siarkan gambaq SEX Muka depan Untuk Agama Bangsa & Negara

Kedah Kecewa Jua Akhirnya...

PEMAIN Kedah, Vedran Gerc (kiri) melepasi pertahanan Kelantan pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam. - UTUSAN/Halim Khalid 
 
Di Stadium Darul Aman, impian Kedah untuk beraksi pada final Piala FA buat kali kelima tidak kesampaian apabila diikat 2-2 oleh Kelantan untuk kedudukan 3-3 secara agregat.

Ini bermakna skuad Bojan Hodak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Kota Bharu.

Kelebihan dua jaringan pada babak pertama menerusi jaringan penyerang licik, Mohd. Khyril Muhymeen Mohd. Zambri yang mampu memberi kelebihan kepada Kedah gagal dipertahankan sehingga wisel penamat.

Sebaliknya Kelantan bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Obinna Nwaneri dan penyerang, Mohamed Ghaddar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...