FAM BANGSAT..!!
Oleh: MSK
Dari kecik aku tak minat bola. Mungkin sebab aku bersekolah sama dengan bintang-bintang hoki negara macam Poon Fook Loke, Foo Keat Seong, Abdul Rahim Hj. Ahmad..jadi semua orang lebih minat hoki dari bola. Malah, Perak lebih banyak menghasilkan bintang-bintang hoki berbanding bola.
Itu dulu. Sekarang mutu hoki kebangsaan sudah jauh merudum.
Walaubagaimanapun, belum ada reformasi dalam hoki. Dan aku tak rasa akan berlaku reform dalam hoki selagi kepala yang paling atas tak berubah. Kalau yang duduk dibawah saja berubah, tapi yang diatas masih lagi mengamalkan cara yang sama, sampai bila ia tak akan berubah.
Dalam bola pun macam tu jugak. Standard bola Malaysia makin lama makin jatuh. Dan aku tak nampak akan berlaku reform dalam bolasepak negara kalau kepala yang diatas masih orang yang sama.
Walaubagaimanapun, aku nampak akan berlaku perubahan dalam bolasepak. Dan perubahan itu bukan datang dari atas…tapi dari bawah.
Kalau dulu, tak ada sapa yang berani mengkritik kepimpinan FAM, sekarang bukan setakat mengkritik, malah sudah ada kumpulan yang berani menentang FAM secara yang lebih brutal. Brutal tu bukan la sampai nak berbunuh-bunuh, tapi kalau dilihat kepada luahan perasaan yang dihamburkan, ianya nampak radikal.
Cuba tengok video dibawah sekali.