TERKINI :

Wednesday, April 25, 2012

Zahid Hamidi akhir kecut jua..!!!

Kes Scorpene: Keengganan Zahid kerjasama dikesali

SHAH ALAM: Badrul Hisham Shahrin atau  Chegu Bard, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mengotakan kata-kata beliau sebelum ini yang mendakwa bersedia berkerjasama untuk menegakkan keadilan berhubung isu komisen kapal selam Scorpene.

“Dalam pertengahan tahun lepas bila isu Scorpene ini dibangkitkan, dia seolah-olah bongkak di dalam negara.

“Dia kata tak ada masalah kalau diperlukan di mana juga mahkamah, dia berikan kenyataan, 'sanggup beri kerjasama' kononnya tiada benda yang nak diselindungkan dan berikan mahkamah tegakan keadilan.

“Tetapi yang terbaru sekali, bila kes ini betul-betul disebut di mahkamah Perancis ternyata dia pulak takut dengan alasan tak ada sebab nak gunakan duit sendiri untuk pergi ke mahkamah Perancis.

“Kata mahu mahkamah tegakkan keadilan tetapi tak mahu beri kerjasama. Cakap apa ini, selalu nak putar belit,” kata  Chegubard ketika dihubungi  harakahdaily hari ini.

Semalam Zahid telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan hadir ke mahkamah di Perancis samada dibiayai kerajaan mahupun dengan menggunakan wang dari poket sendiri.

240 unit rumah kos rendah dilancar oleh Kjaan Negeri Kedah

UMNO Pulai Pinang KUDA tunggangan Parti GERAKAN

03 Jamadi al-Akhir 1433 bersamaan 24 April 2012


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang sinis pelantikan Teng Chang Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru. Bagi DPPM, pelantikan Tang Chang Yeow menunjukkan wajah sebenar UMNO yang begitu lantang sebelum ini membela nasib dan ketuanan Melayu di Pulau Pinang namun menjadi lembik dan terkulai apabila Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Pengerusi BN yang baharu.

Keputusan pelantikan Tan Chang Yeow tidak memeranjatkan namun ia memperlihatkan lemahnya pemimpin UMNO Pulau Pinang sehingga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut. DPPM merasa hairan kerana dalam keadaan Parti Gerakan yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN. Sebaliknya jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh UMNO, tetapi mereka ditolak ke tepi. Keadaan ini menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya ‘kuda tunggangan’ Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut.

Terima Kasih DBKL - Dengan Budak-Budak nie hari-hari hangpa 'ambush'..TAPI....

Terima Kasih DBKL.


Jutaan terima kasih diucapakn oleh DBKL yg penuh amanah berkerja seminggu dua ini. Pelbagai cara untuk menghalang aktiviti berkhemah di Dataran Merdeka. Tanpa bertanya tabir apa yg menyebab golongan ini memilih khemah daripada berada di rumah. Maka ramai masyarakat yg prihatin menyalahkan para aktivis ini kerana berkhemah kerana tanpa permit.

Cuma aku tertanya-tanya, sudah berpuluh tahun masalah pelacuran di Kuala Lumpur yg ada juga berhampiran dengan balai polis bergerak mengapa tidak diusahakan supaya aktiviti itu lenyap? Mengapa setelah hampir berdekad lamanya kita ditipu Merdeka tetapi masih ada aktiviti pelacuran itu,

APAKAH DBKL tiada arahan untuk menghentikan aktiviti itu? (Aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur?)

Jika Satu Malaysia nak buat macam nie pun bagus rasanya..!!!


Netizens jog around Dataran to thumb nose at DBKL
 
NONEDalam hujan lebat lewat petang semalam, sekumpulan pengguna Internet berpakaian kemeja-t Kuning berjoging sekitar Dataran Merdeka sebagai respons sinis kepada penegasan Datuk Bandar bahawa tempat itu hanya boleh digunakan untuk "acara nasional, sukan dan kebudayaan".

Penganjur Chong Kok Siong menguruskan acara itu melalui Facebook pada Isnin dan menerima akuan penyertaan daripada 49 orang dengan 36 lagi mempertimbangkan menyertainya.

[Admin] Apa faedahnya kami pro sana pro sini.....yg kami hendak ialah kerajaan PR terus tertegak di BUMI KEDAH ini...!!


kami datang hendak buat pencerahan diatas mengatakan kami menjadi budak suruhan untuk menjatuhkan MB AZIZAN RAZAK... untuk pengetahuan sahabat kami merupakan medium menyiarkan berita dan maklumat yg buat mana ada sahabat menulis berkaitan NEGERI KEDAH akan kami siarkan di samping dengan Isu-Isu semasa negara... bila artikal tersebut ada sahabat emailkan kepada kami maka menjadi kebiasaan kami untuk menyiarkannya di dalam kedahlanie.... selepas disiarkan kami kan memberi kebebasan kepada sahabat kedahlanie untuk mengomen akan sesuatu artikal yg keluar...

 jadi jika ada sahabat mendapati ada fakta dan input yg patut disanggah dengan artikal2 tersebut sila beri komen dan insya'allah kami siarkan komen2 anda itu....jadi beginilah kami ingin jadikan medium maklumat di kedahlanie...kami nak ada 2 way comunication....

jika sdr AA merasakah hujah artikal tersebut sampah dan menafikan kerja buat yg telah banyak MB lakukan ayuh berhujah semula... jangan sikit2 nak tuduh orang pro sana pro sini....apa faedahnya kami pro sana pro sini.....yg kami hendak ialah kerajaan PR terus tertegak di BUMI KEDAH ini...

ADMIN.


'Pengusaha Bas" dah start diugut jangan bawa aktivis BERSIH

NONEPengusaha bas 'diberi amaran' jangan angkut aktivis Himpunan
 
Dengan tiga hari lagi menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, Himpunan Hijau menuduh Kementerian Pelancongan di belakang komplot untuk menghalang gerakan itu membawa penyokongnya dari Kuantan ke perhimpunan tersebut di Kuala Lumpur.

Presidennya, Wong Tack mendakwa pengusaha bas pelancongan di Kuantan menerima tekanan daripada kementerian tersebut untuk tidak menyewa sebarang bas kepada gerakan anti-Lynas itu.

Ekoran itu, Wong (kanan) mendakwa, lapan bas pelancong yang sepatutnya membawa penyokong Himpunan ke Kuala Lumpur, telah menarik diri.

Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya, tetapi Wong berkata pengusaha bas ada membayangkan perkara itu kepadanya.

Eishhh Hangpa ingat geng BERSIH nak pie main bola kaa dok suruh mintak stadium nie..???

TOLAK STADIUM - BERSIH BUKAN MAHU MAIN BOLA PADA 28 APRIL NANTI

Oleh:  WFAUZDIN NS



TINGGAL dua tiga hari saja lagi rakyat akan DUDUK DAN BANTAH di Dataran Merdeka.  Menteri awalnya kata, tiada masalah sebab perhimpunan itu dari pengalaman yang lalu tidak mengancam keselamatan negara.  Rakyat memang sudah lama berkata sedemikian kecuali beberapa golongan yang tidak bertamaddun akibat termakan dengan hasutan media berlidah Syaitan yang menjalankan propaganda kononnya negara ini bakal `kiamat' jika BERSIH berhimpun. 
Apa tujuan BERSIH, samada BERSIH 1.0, 2.0 dan bakal tiba BERSIH 3.0?  Tidak lain tidak bukan adalah untuk memulihkan kembali demokrasi dan sistem Pilihanraya di negara ini yang semakin `menjakunkan'.  Maka, sesiapa yang tidak suka BERSIH ertinya mereka suka kotor.  Yang suka pada kekotoran ini hanyalah hantu dan syaitan.  Sekarang ini, DBKL pula mengambil alih peranan PDRM sebelum ini di dalam isu BERSIH.  Tidak mustahil selepas ini RELA pula akan mengambil alih.  Dataran Merdeka hak rakyat, DBKL hanyalah amanah untuk menjaganya.  Jika BERSIH hadir untuk DUDUK DAN BANTAH tanpa merempit, tanpa konsert, tanpa perbarisan, tanpa lakukan maksiat, tanpa ada tarian tiang dan sebagaimana lazimnya di situ, apakah DBKL masih ragu-ragu dengan BERSIH?

TV3 dan UMNO BN sedang duk buat 'cerita sex' untuk tatapan semua Rakyat Malaysia

Kalau korang nak tahu buletin utama tue bukan berita, tapi drama. Drama dalam bentuk berita. Nak beri kelainan kepada penonton2 setia drama so tv3 bersama umno dan bn pun berusaha mewujudkan satu drama versi berita. Dan buletin utama itulah hasilnya. 

Dalam beberapa hari neh saja je aku perhatikan buletin utama sebab aku nak tahu macam mana depa nak mainkan isu bersih. Tapi aku tengok dorang tak berapa mainkan isu bersih melainkan sejak 2 hari kebelakangan neh baru mereka masuk jarum fitnah bagi memburuk2kan bersih.

Apa yang dorang buat dalam empat hari aku mengikuti drama swasta di buletin utama ialah dorang pergi tayangkan citer pasal peribadi dsai. Lebih tepat dorang jaja citer dsai dan shamsidar telah ber-asmara sehingga ada anak bersama. Ini, bagi pandangan aku adalah satu dakwaan keji.

Bukan aku nak bela dsai kat sini. Jangan salah faham. Aku pun tak kata aku percaya dan tak percaya kepada perkara2 tersebut cuma bagi aku kalau ko dah berani pongpang2 cakap pasal orang kenapa tidak ko buka peluang dan ruang untuk dengar pula jawapan balas dari pihak yang kena tuduh tue kan?

Kedah menyambut Sambutan Hari Buku setiap 23 April

ALOR SETAR – Pada 23 April setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku dan Hakcipta Sedunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Naib Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, YB. Haji Zuki Md Yusof berkata, UNESCO telah memilih tarikh itu bagi mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan juga menghormati hakcipta.

“Sambutan Hari Buku ini juga untuk meraikan kesinambungan ilmu yang telah ditinggalkan oleh para penulis yang bukan sahaja meninggal pada tarikh tersebut, malah kepada semua penulis atau ‘guru’ yang telah mengabdikan ilmu mereka ke dalam bentuk tulisan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2012 di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, di sini.

RM20 ribu sehektar di sediakan oleh Kjaan Negeri Kedah untuk pulih tanah terbiar

E-mail
JITRA - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi setiap hektar tanah untuk projek pemulihan tanah terbiar di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah, projek pemulihan tanah terbiar bagi Mukim Padang Perahu dalam Daerah Kubang Pasu turut dijalankan dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

“Tanah-tanah terbiar ini boleh diusahakan dengan tanaman jagung dan Pengerusi serta Setiausaha Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) boleh berjumpa dengan Pegawai Pertanian untuk berbincang dan memohon peruntukan bagi menjalankan projek berkenaan sebelum Kerajaan Negeri memproses permohonan itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Elaun Pengerusi dan Setiausaha MKK Daerah Kubang Pasu di Dewan Utama, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, di sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...