TERKINI :

Monday, April 23, 2012

2 soalan 'maut' bakal buat Najib 'kecut perut'

Mohd Sabri Said,     23 Apr 2012

PERMATANG PAUH: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dua soalan maut dari wartawan dalam dan luar negara apabila menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia nanti.

Soalan pertama adalah kenapa harga minyak boleh diturunkan apabila Pakatan Rakyat memerintah negara sedangkan ketika Barisan Nasional (BN), bukan hanya mustahil untuk diturunkan, malah berdepan kenaikan setiap tahun.

Soalan kedua kata Anwar, bakal ketua pembangkang itu akan ditanya adakah Malaysia akan bankrap selepas harga minyak diturunkan Pakatan Rakyat.

"Dua soalan itu pasti menjadi fokus utama takkala Najib menduduki kerusi Ketua Pembangkang.

"Wartawan seluruh dunia inginkan penjelasan Najib yang selama ini memberitahu rakyat bahawa kerajaan pimpinanya akan kekurangan wang ataupun boleh bankrap jika mengisytiharkan penurunan harga minyak, " kata Anwar.

Saya Akan Saman - Shafie Afdal

Dakwaan bayar Zahida: Shafie Apdal mahu saman
 
Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.

"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.

NONEBeliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin.
"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.

Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

BERSIH tak boleh SABTU ini - POLIS

Polis 'tak akan benar' protes BERSIH Sabtu ini
 
Pihak polis tidak akan membenarkan BERSIH mengadakan perhimpunan duduk bantah di Dataran Merdeka Sabtu ini, atas "sebab-sebab keselamatan".

Ketua Polis daerah Dang Wangi, Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, dalam suratnya kepada ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, merujuk kepada surat BERSIH bertarikh 16 dan 19 April 2012.

Salinan surat daripada pihak polis itu telah dimuatnaik ke halaman Facebook BERSIH yang merupakan gabungan untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Dari kacamata KCS - USTAZ AZIZAN YANG SAYA KENALI.......

28 Februari 2012
Putera Medical Centre..Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha

Antara keratan akhbar yang sempat saya kerat dan scan
menunjukkan betapa banyaknya ulasan-ulasan berkaitan
dengan isu dan krisis dengan YAB Ustaz Azizan...............
Kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.... itu adalah pepatah melayu yang memang tepat sekali kalau dikaitkan dengan penglibatan dengan orang politik.. 
 
Kalau tidak mahu dilanda gosip, kata mengata, tuduh menuduh, fitnah dan pelbagai perkara negatif.. janganlah cuba-cuba terjun masuk dalam bidang politik... buat dosapun banyak, buat pahalapun banyak. Tapi kalau tengok cara orang Malaysia berpolitik.. rasanya buat dosa lebih banyak dari buat pahala?...
Macam saya yang tahap stress agak tinggi... memang saya tidak mampu terlibat percaturan politik sebegini dan juga lain-lain isu yang melibatkan masalah-masalah yang agak berat......  Jadi sebab itulah bila membuat sesuatu menjadi kebiasaan saya  memikirkan segala implikasi yang mungkin berlaku atas tindakan yang dibuat itu... ini terbawa-bawa hingga kepada urusan kerja seharian... 
 

SADA dah jadi pejabat JKM nak habaq kat hangpa...


Hari nie kami nak habaq kat hangpa apa yg depa dok menyembang sehari dua nie kat kampung-kampung di Kedah sekarang nie... Hangpa tau dak lanie orang dok kata SADA nie dah jadi tempat 'welpare' seperti JKM iaitu dimana jika ada program kemasyarakatan mesti akan ada PENGERUSI dia si Azmi Din tuuuu....

Tengok dia tu ligat mengalahkan MB KEDAH & PENGERUSI UMNO KEDAH......jika setakad dok bagi meter ayaq ok lagi.... Nuuu dia siap buat rumah dan boh karan lagi....itu yg bestnya.... Dengaq kata si Azmi Din nie dia bakal jadi MB KEDAH nanti seandainya UMNO dapat tawan balik Kedah..... Seandainya je laa...jika gagal pakai coklat angin laa kesemua tuuu.....

Sidang DUN Kedah - Penjelasan Pindaan Enakmen Majlis Fatwa K'jaan Negeri Kedah


hangpa dengaq sendirilah penjelasan MB dalam DUN dimana benda niesudah diberikan penjelasan detail dah namun kenapa masih ada pihak-pihak yang sanggup membawa ENAKMEN ini ke Mahkamah.... 

Satu lagi mana dia menghina TUANKU SULATAN sebab BAB AGAMA ini berada bawah TUANKU jadi ini merupakah satu penghormatan tertinggi untuk TUANKU dimana tak ada mana-mana mahkamah yang boleh mempertikaikan FATWA  tersebut melainkan FATWA ini di bawa dan di rujuk sendiri kepada MAJLIS FATWA bersama dalil-dalil dan hujah alim ulamak kenapa FATWA yang di keluarkan oleh MAJLIS FATWA tersebut terpaksa di buat semula....itu yg sebaiknya....

POINT disini ialah setiap FATWA itu kena rujuk semula ke MAJLIS FATWA bukannya bawa ke MAHKAMAH....

[GEMPAR] Pengakuan MURSYIDUL AM TIBAI sebelum memegang jawatan tersebut

Rupa-rupanya Mursidul Am TIBAI nie dah buat penjelasan sebelum beliau buat SIDANG MEDIA MELANCARKAN NGO TIBAI... Jadi TUAN-TUAN & PUAN-PUAN fikir-fikirkan sebenarnya mereka ini telah di dera dan di paksa buat benda-benda nie semua..... 

Oleh itu rasanya anda boleh nilaikan sendiri apa yang MURSIDUL AM TIBAI nie sedang berkata ketika ini. Kesian dilihat nampaknya mental beliau telah di dera sedemikian rupa...

PAS Kedah tidak sedia elaun untuk ke Bersih 3.0

oleh KedahLa


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Sdr. Musodak Ahmad menjelaskan bahawa PAS Kedah tidak pernah menyediakan apa-apa elaun untuk rakyat negeri ini menyertai Bersoh di Kuala Lumpur 28 April 2012 ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran tersebarnya SMS dalam pelbagai versi kononnya PAS Kedah sedia menyumbang 'duit tambang' untuk peserta Bersih 3.0 yang membuat permohonan.

"PAS Kedah menyeru rakyat negeri ini hadir beramai-ramai ke Dataran Merdeka Sabtu ini tetapi seperti biasa menjadi tradisi dalam PAS ahli-ahli dan penyokong akan berkorban mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyertai program seperti ini.

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara - Felda Akan Dijual...!!!

'Kepentingan Felda dijual jika disenarai'
Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) di Bursa Saham Malaysia akan merugikan Felda kerana Koperasi Permodalan Felda (KPF) hilang kuasa atas asetnya.

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub berkata, 20 peratus kepentingan Felda dijual kepada syarikat luar negara.

“Penyenaraian FGVH tidak wajar, tetapi terpulang kepada peneroka bertindak menyelamatkan Felda dan masa hadapan generasi muda peneroka,” katanya ketika membentangkan kertas kerja FGVH: Untung dan Rugi Penyenaraian di Konvensyen Halatuju Felda di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Kakitangan SHELL, Hairul Nizam berkata, peneroka Felda seluruh negara perlu melakukan penambahbaikan bagi mantapkan operasi Felda dan KPF.

“KPF perlu mewujudkan Bank Koperasi Felda sendiri untuk memudahkan peneroka membuat pinjaman kewangan.

“KPF menyediakan skim pinjaman­ mikrokredit untuk kemudahan isteri dan anak peneroka untuk melakukan perniagaan yang dapat menjana ekonomi Felda,” katanya.

Bagi bekas Naib Presiden Felcra Berhad, Datuk Ramli Buyong mengesyorkan pasukan pemantau terdiri daripada generasi muda Felda untuk memantau operasi Felda.

Rupa-rupanya ada komplot nak perjatuhkan TS Annuar Musa dalam FAM....

Khalid Ali (kiri) ketika mewakili Malaysia dalam Piala Presiden Park Korea Selatan pada 1977.

Meskipun sudah hampir 3 minggu berlalu, nampaknya cakap-cakap mengenai isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa masih menjadi topic hangat yang dibualkan pengemar sukan bolasepak negara, termasuklah dari kalangan bekas pemain kebangsaan sendiri.

Khalid Ali, yang pernah menyarung jersi kebangsaan selama 9 tahun pada pertengahan tahun 70-an hingga 80-an, berkongsi rasa kecewa dan mendedahkan dia dan beberapa rakan lain tahu apa agenda sebenar di sebalik penggantungan TSAM, ketika ditemui SS di satu majlis ringkas yang dianjurkan untuk bekas atlet negara petang tadi.

“Pertama sekali saya nak tanya jawatan Timbalan itu lantikan atau undian? Kalau undian jangan cakap kepada saya bahawa Timbalan tidak mempunyai hak eksekutif untuk bersuara!! undang-undang negara mana digunapakai ni? Kalau TSAM menang jawatan timbalan melalui UNDIAN, dia mempunyai EXECUTIVE RIGHTS utk bersuara, kalau tak, tak perlulah dia pegang jawatan tu dan duduk dalam FAM, jawatan paling tinggi selepas presiden, tapi tidak boleh menegur apa-apa? Kelakarla sistem diorang ni, kenapa FAM begitu dengki dan tidak pernah memberi peluang kepada orang yang betul-betul PASSIONATE terhadap bolasepak untuk berbakti? Naik sikit, mereka cantas,”

Pindaan RUU Kesalahan Pilihan Raya untungkan BN?


KOTA BHARU: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 dianggap pengamal undang-undang lebih menguntungkan Barisan Nasional (BN).


Antara lain Peraturan 19(7), Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya yang mana sebelum ini memperuntukkan hanya “saudara” pengundi yang uzur boleh mengungi bagi pihaknya telah dipinda kepada seseorang yang “dipercayai”.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Pemuda PAS Kelantan, Mohd Abd Rashid Yah berkata, peraturan baru itu membuka ruang luas dimanipulasi kerana sesiapa sahaja boleh mengundi bagi pihak orang yang tidak berupaya.

Manakala Seksyen 26 (1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya pula menetapkan jarak 50 meter semasa hari pengundian telah dipinda kepada jarak 100 meter boleh membuka ruang berlakunya kecurangan dalam proses pilihan raya.

“Apatah lagi sekarang ketelusan SPR dalam mengendalikan proses pilihan raya diragui serta dipertikai rakyat. Menjadi pertanyaan rakyat mengenai asas-asas atau alasan pindaan itu dibuat,” katanya pada satu kenyataan di sini, hari ini.

Rakyat tidak lagi hanya angguk dan terima

Pemerintah lazimnya gemar rakyat yang mudah mempercaya, senang diperdaya, dan kurang mempersoal.  Pastinya, aktiviti pemerintahan lebih senang dilaksanakan apabila golongan yang diperintah suka turut perintah.  Siapa yang suka memerintah orang yang tidak ikut arahan dan selalu sahaja menyampuk apabila arahan diberikan?

Sama jugalah keadaannya di Malaysia di mana pemerintah sudah berkuasa lebih setengah abad.  UMNO-Barisan Nasional pastinya berharap rakyat menerima bulat-bulat segala cogan kata mereka.  Antara cogan kata yang lebih mudah diserapi ialah "Satu lagi projek Barisan Nasional".  Slogan ini boleh ditemui di mana-mana tapak projek pembangunan yang ditaja kerajaan dan rakyat umum pun sudah menerima sebagai hakikat bahawa "projek" itu semestinya "BN".  Kalau bukan BN, siapa lagi?

Walau bagaimanapun, keberkesanan cogan kata BN tersebut ada buruknya juga.  Projek kerajaan tidak semestinya berjaya dan ada kalanya gagal dan terpaksa dilupakan begitu sahaja.  Namun, berapa lama lagikah rakyat harus turut perintah UMNO supaya terus lupa dan leka?  Persoalannya, sudahkah tiba waktunya untuk rakyat membilang kembali kegagalan dan bangkit melawan kebobrokan yang sudah keterlaluan?

'Dasar PR tidak akan buat negara bankrap'

AMRULLAH ABDUL KARIM
23 April 2012
Anwar Ibrahim
SERENDAH – Barisan Nasional (BN) dibidas kerana sering mengatakan negara akan bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan harga minyak termasuk pendidikan percuma dilakukan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.

“Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.

“Anak pemimpin gaji ratusan ribu ringgit sebulan, gaji anak penternak lembu yang baru keluar universiti berusia 22 tahun dapat RM20,000 satu bulan, manakala anak orang kampung baik daripada Melayu, Cina, India atau Singh, kita nak bagi gaji minimum RM1,100 orang itu jawab negara bankrap, mana ada perasaan hati perut punya manusia,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk pada sambutan Perayaan Vasaikhi di Tampel Gurduara Singh di sini semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...