TERKINI :

Saturday, April 21, 2012

Pengakuan Ikhlas Zahid Mad Arib Mursidul Am TIBAI berkenaan keikhlasan beliau menyokong Najib



 Sabtu, 21 April 2012

Video Amanat MurSHIT Am `TIBAI' (TERBAIK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM)


Oleh:  WFAUZDIN NS

VIDEO di atas adalah ucapan atau `amanat' MurSHIT Am `TIBAI' (TERBAIK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM).  Ucapan di atas adalah rakaman sewaktu beliau belum `didera zahir dan batin'.  
Amat menyedihkan, kini beliau telah hilang ingatan dan menjadi kebodohan akibat didera.  Alhamdulillah, beliau sempat memberikan wasiat dan amanahnya sewaktu beliau masih sihat dan waras.  Bersamalah kita berdoa agar MurSHIT Am ini kembali pulih sebelum beliau dicabut nyawanya./wfauzdin.blogspot.com

SPR SIBUK PASAL BENDERA BUAT APA ? BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH ITU DAHULU

Oleh:  WFAUZDIN NS
DISAAT rakyat kecuh membincangkan soal Daftar Pemilih yang kotor, curang dan menjijikkan, SPR lebih suka bercakap pasal bendera parti.  Lebih memalukan, apabila bendera parti Umno/Bn dikibarkan di Stesyen Komuter sekitar Selangor, SPR mengulas dengan panjang lebar betapa SPR sekali lagi `tiada kuasa'.  Almaklumlah, yang berkibar itu bendera Umno/Bn maka tiadalah kuasa SPR.   
Pengerusi SPR menyatakan, " Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemasangan bendera BN di stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dibantah oleh PAS dan kumpulan NGO."  (Malaysiakini).  Kuasa yang ada pada SPR adalah memindahkan pengundi ke satu-satu kawasan sesuka hati walaupun tanpa persetujuan dan pengetahuan pengundi itu sendiri.  Kuasa SPR juga adalah menerima dan merekodkan nama pengundi yang pelik-pelik seperti nama "Balai Polis Kerinci", "Kampong Baru" bahkan nama yang tidak ada bin pun SPR punyai kuasa mengekalkannya.  SPR juga ada kuasa mengekalkan satu alamat dengan ratusan pengundi berbilang kaum.  Yang itu, SPR ada kuasa.

Lagi teknik jadi billionaire ala UMNO


Buat-buat terkejut pulak!
Kenapa rakyat semua perlu pangkah Umno/BN, sebabnya adalah kerana kerajaan Umno/BN telah buat jalanraya pada rakyatnya. Di sebabkan jalanraya itu maka ramailah rakyat yang boleh cari makan dengan berulang alik jual sayur dari kampung ke pekan. Rakyat bawa lori naik highway dengan laju dengan hasil sayur yang dijual di pekan.
Sayur yang rakyat tanam amat laku, hari-hari orang beli habis. Hasil jualan sayur rakyat untung RM25.00 bersih satu hari setelah ditolak kos benih yang terpaksa dibayar pada Ah Kau, kos baja juga pada Ah Kau, sewa pam air dan bahan-bahan lain buat sprinkler juga pada Ah kau, minyak lori, bayar pada stesen minyak abang Ah Kau, dan akhirnya tol highway yang kerajaan Umno/BN buat sampai membolehkan rakyat kampung meniaga sayur.

Berjaga sampai 3.21am untuk bagi ruang petugas SPR menipu?


Barung SPR
Macam posting aku pagi tadi, Sidang Dewan Parlimen jadi gila babi semalam, bersidang sampai pukul 3.22am untuk luluskan 8 RUU yang dijadualkan supaya diluluskan jugak dalam sessi yang berakhir semalam.

Antara yang diluluskan adalah Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012.

Pindaan ni antara lain menggugurkan subseksyen 26 A (2) dan (3) Akta 5 iaitu membenarkan wakil calon yang bertanding duduk sekali dengan SPR di barung SPR sebagai pemerhati.

SRP bagi alasan kononnya kehadiran wakil calon yang bertanding sebagai pemerhati tu "menyebabkan kesukaran kepada petugas pilihan raya" dan juga untuk " mengurangkan kesesakan di tempat mengundi."

Larang barong, ejen mudahkan penipuan

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 berpendirian kelulusan beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya oleh Parlimen semalam semalam akan memberikan kesan besar terhadap ketelusan pilihan raya akan datang.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, empat pindaan itu diluluskan dengan sangat pantas.

Empat pindaan itu ialah menghapuskan barong (pondok panas) pada hari mengundi, kebenaran mengeluarkan sebarang risalah bercetak tanpa perlu menyatakan siapa pengeluarnya, ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mereka tidak dibenarkan berada di barong untuk membantu pengundi menyemak nama mereka.

"Pindaan-pindaan kepada akta kesalahan pilihan raya 1954 telah diluluskan oleh Parlimen dengan kepantasan yang menakjubkan. Ia mengandungi pindaan-pindaan yang memberi kesan yang amat besar kepada ketelusan proses pilihan raya semasa hari mengundi nanti," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...