TERKINI :

Friday, April 20, 2012

Terbalik Kuang di KEDAH... Pusat Hutang K'jaan Negeri lebih RM200juta..!!




Tu dia aihhh Jika tidak tentu kita boleh buat macam-macam dengan 200juta lebih tuuu.... Ingatkan kita ja hutang depa rupa-rupanya depa hutang kita pulak....punggah.....

Bukti VIDEO Adun & Anak dia buat projek pindah alamat..!!!

'Bukti' paksa, pujuk siswa pindah undi didedah

DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

NONEAdun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu.

Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.

"Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN.

3 Sebab Kenapa Orang Umno Tolak Pendidikan Percuma


Orang yang menolak idea pendidikan percuma boleh saya ibaratkan seperti seorang yang otaknya disaluti tahi lembu. Otak adalah satu organ badan manusia, untuk berfikir dan jika disaluti dengan tahi yang keluar dari dubur lembu, tentulah ia otak itu lebih rendah martabatnya daripada otak lembu.

Isu hari ini, kenapa UMNO tolak pendidikan percuma? Mari gunakan akal logik:-

Jom Warm Up Pakai Kuning di Dataran Merdeka Esok..!!!


'3 khemah saja ketika konsert diraja, kata DBKL'
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran mendirikan tiga khemah ketika konsert diraja esok, kata kumpulan itu.

NONEJurucakap Mahasiswa Bangkit Mohd Syahid Zaini berkata, khemah itu akan digunakan untuk menyimpan keperluan dan derma yang diterima mereka setelah tujuh hari berkhemah di situ.

Bagaimanapun, katanya, mereka akan menuruti syarat itu sebagai menghormati konsert yang diadakan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti pada Sabtu ini.

Konsert diraja itu terbuka kepada umum.

Guru yang cerdik pun tak dapat terima hujah dan fakta yang rasional...

Nasib guru, polis berbeza di bawah BN

KUALA LUMPUR: Kelab Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) menyokong penuh usaha yang akan dilakukan oleh Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran ‘Duduk & Bantah’ di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Pengerusinya, Dr Ghazali Hasbullah berkata, salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 3.0 adalah mengukuhkan institusi awam.
 
Tambahnya, tidak dinafikan bahawa para penjawat awam dan institusi awam adalah nadi kepada pembangunan negara.

Justeru, katanya jatuh bangunnya penjawat awam dan institusi tersebut boleh mencerminkan kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.

Menurut fakta dari Jabatan Perkhidmatan Awam, penjawat awam kini mencecah 1.4 juta orang.

Dari jumlah tersebut, 42.9 peratus terdiri dari polis dan guru.

BN kekal berkuasa, tanah Melayu tergadai

Oleh TOK JANGGUT

UMNO seolah-olah sudah kehabisan modal untuk menarik sokong orang Melayu supaya menyokong mereka dalam PRU13 kelak. Berbagai isu direkacipta antanya ialah jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat, maka kuasa orang Melayu akan hilang.Apakah Umno sudah lupa bahawa kuasa orang Melayu sebenarnya sudah lama hilang?

Sebahagian besar tanah rizab Melayu sudah hilang dan menjadi hak milik bangsa asing.

Angkara siapa ini? MCA dan Gerakan begitu berani menghina hak orang Melayu dan menghina syariat Allah dan Umno kecut perut sehingga tidak berani menegur sahabatnya itu, angkara siapa ini? Angkara Pakatan Rakyat?

Sebenarnya Umno sudah gelabah kerana sokongan orang Melayu terhadap Umno kini sudah tidak sampai 30% lagi. Jadi mereka bagi mykad kepada warga asing seperti bangsa Indonesia, Myamar, Bangladesh dan tidak mustahil juga kepada bangsa Nigeria supaya boleh mengundi Umno pada PRU13 kelak.

PTPTN Dari Kacamata Penjual Pulut Panggang

"Isu PTPTN begitu hangat diperkatakan pada masa kini. Semenjak DS Anwar menawarkan pendidikan percuma dengan pemansuhan PTPTN sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13, maka pelbagai ulasan diberi oleh golongan kerajaan, professor-professor dan terkini ulama-ulama pun bercakap isu yang sama.

Seperti biasa, TV3 dan RTM akan hanya memaparkan pandangan yang pro kepada kerajaan sahaja berbanding dengan pelbagai lagi ulasan yang pro kepada pembangkang.

Saya pun tidak mahu terkecuali dalam memberi pandangan dalam isu PTPTN ini tetapi  pandangan saya hanyalah dari kacamata seorang Penjual Pulut Panggang sahaja.

Congakkan saya berasaskan keputusan SPM 2012 yang baru sahaja keluar tempohari dengan jumlah 468,808 calon dengan  1,609 calon mendapat 9A yang pasti ditawarkan skim pelajar cemerlang dibawah tajaan MARA atau JPA . Maka jumlah calon berbaki  467,199.  Dari jumlah tersebut, kita tolak 10% jumlah pelajar yang tidak mahu menyambung pelajaran disebabkan tidak berminat atau pun gagal (istilah gagal sebenarnya tidak boleh digunakan kerana pelajar yang mendapat 1A pun kini layak untuk menyambung pelajaran) iaitu  46,720 orang menjadikan jumlah calon sebanyak 420,479 layak memohon PTPTN.

PRU 13, Umno terus bimbang sabotaj ahli

Oleh SiasahDaily

Satu kebimbangan utama Umno yang memimpin Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti ialah sabotaj ahli-ahli yang tidak berpuas hati.

Pemimpin-pemimpin Umno sejak sekurang-kurangnya setahun lalu telah berkali-kali mengingatkan ahli agar tidak mensabotaj calon parti dalam pilihan raya akan datang, yang kritikal kepada penerusan kedudukan Umno dan BN sebagai parti pemerintah.

Terbaharu, dilaporkan dalam Utusan Malaysia , ahli lembaga disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas memberi amaran kepada ahli Umno di 60 kawasan agar tidak mensabotaj calon yang dipilih.

Menurut Megat Najmuddin, 60 kawasan terbabit ialah kawasan yang Umno tewas atau menang tipis dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, rasa tidak puas hati yang berleluasa dalam kalangan ahli Umno dilihat sebagai menjadi salah satu punca sabotaj terhadap calon-calon pilihan parti, termasuk di Selangor yang menyaksikan Umno tewas dan kehilangan kepimpinan kerajaan negeri.

Sebut kata UMNO tu..kompom sokong sampai bawa rebah...w/pon tak betoi...

Sedangkan beruk pun takut memanjat pokok tua yang tinggi, takkanlah ....... 
Oleh Aspan Alias

Secara peribadi, saya menyokong tuntutan mahasiswa supaya PTPTN dimansuhkan. Saya telah menulis tentang isu ini sejak dua tahun yang lalu apabila kita semua nampak PTPTN ini sebenarnya merupakan satu perkara yang boleh membantutkan pembentukan ‘human capital’ seperti yang disebut-sebut oleh pemimpin kita. Setakat ini seramai 130,000 orang graduan telah disenaraihitamkan oleh PTPTN kerana gagal membayar balik pinjaman yang mereka terima dari PTPTN ini

Hari-hari saya terbaca pemimpin-pemimpin kita, baik menteri-menteri atau pun penyokong UMNO yang seperti biasa sentiasa menyebelahi pemimpin yang tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh graduan-graduan muda kita yang bermasalah ini. Setengah daripada penyokong membuta tuli dan pengampu UMNO sekarang ini menyokong kata-kata pemimpin untuk mendapat ‘point’ untuk termasuk ke dalam senarai ‘winnable candidate’ dalam pilihanraya yang semakin hampir ini. Menjadi calon adalah perkara yang ‘ultimate’ bagi ramai pemimpin UMNO sekarang ini.
.
Walaupun saya menyokong sepenuhnya tuntutan pelajar-pelajar ini, saya begitu ‘pessimistic’ tentang kejayaan tuntutan ini kerana PTPTN ini bukan setakat membiayai pelajar dengan memberikan pinjaman pembiayaan pelajaran. PTPTN ini wujud kerana ‘business’ besar kepada kroni-kroni besar dalam ‘industry’ pelajaran ini. Ratusan IPTS wujud di negara ini dan lesen IPTS-IPTS ini diperolehi oleh kroni-kroni besar dari IPTS-IPTS ini bergantung kepada PTPTN untuk mendapat sumber kewangan melalui pelajar-pelajar yang kehausan pendidikan ini.

Pusat belum lulus peruntukan bina hospital Daerah Bandar Baharu dan Pendang

 
ALOR SETAR – Kerajaan negeri masih belum menerima kelulusan peruntukan bagi pembinaan Hospital Daerah Pendang dan Hospital Daerah Bandar Baharu.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah memohon peruntukan bagi melaksanakan projek Hospital Daerah Pendang dan Hospital Daerah Bandar Baharu.

“Projek pembinaan kedua-dua hospital ini merupakan projek keutamaan negeri kepada kerajaan persekutuan dalam Rancangan Malaysia ke-10, namun, hingga kini kerajaan negeri masih belum menerima kelulusan peruntukan bagi kedua-dua projek tersebut,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis yang diajukan oleh YB Yaakub Hussin (PAS – Bandar Baharu) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas.

Negeri belum terima peruntukan Kerajaan Tempatan

ALOR SETAR – Rancangan membina pasar awam baru di Jalan Teluk Wanjah telah diluluskan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan bagi menggantikan pasar lama sudah berusia lebih 40 tahun, namun sehingga kini kerajaan negeri masih belum menerima peruntukan yang diluluskan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan telah bersetuju memperuntukan RM6 juta untuk bina pasar baru di kawasan tersebut bagi menggantikan pasar lama yang dikenali sebagai pasar koboi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan YB Lee Guan Aik (DAP – Kota Darul Aman) pada Sidang Dewan Negeri bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas.

Al-Fatihah - Bekas Speaker Dun Perlis meninggal dunia


KANGAR -  Bekas Speaker Dewan Undangan negeri Perlis, Datuk Indera Jaya Mahmud Hashim, 89, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Darat, Beseri dekat sini malam tadi kerana sakit tua dan masalah saraf.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 11.45 malam di hadapan isterinya, Datin Argon Saad, 84, anak angkatnya, Abdul Manaf Kasa, 49 serta menantu angkatnya, Siti Jamaliah Zaini, 46.

Anak sulung allahyarham, Hakimi, 54 memberitahu, ayahnya yang mengalami sakit saraf sejak kira-kira tujuh tahun lalu dengan mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar, terlantar di rumahnya kerana terlalu uzur sejak empat tahun lalu.

Selepas bersara daripada perkhidmatan guru pada awal tahun tujuh puluhan beliau terbabit secara aktif dalam politik dan memenangi pilihan raya umum bagi kerusi dewan undangan negeri kawasan Paya pada 1974.

Allahyarham yang memenangi kerusi yang sama bagi penggal kedua pada 1978 dilantik menjadi speaker dewan undangan negeri Perlis sehingga 1982.

Vedran Gerc senjata Kedah di Kota Bharu

Vedran Gerc menjaringkan gol kedua Kedah ketika menentang Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, Selasa lalu.
ALOR SETAR – Kehilangan khidmat tiga tonggak tidak melunturkan semangat Kedah untuk mencipta peluang dengan sasaran sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV esok.

Selesa dengan status bukan pilihan, skuad Kenari bakal mempertaruhkan beberapa pemain berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen Zamri, Mohd. Fauzi Nan, Amar Rohidan, Mohd. Faizal Abu Bakar dan Sabree Abu untuk mengimbangi kekuatan Kelantan yang dilabelkan sebagai pasukan pilihan.

Kehadiran penyerang import dari Crotia, Vedran Gerc yang meledak dua gol pada penampilan sulungnya Selasa lalu, turut memberi keyakinan kepada pasukan Hijau Kuning apabila digandingkan bersama Mohd. Khyril Muhymeen untuk mencari jaringan sebagai bekalan untuk perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang sendiri kelak.

Kosong Dataran Merdeka hormati Konsert Diraja

KUALA LUMPUR: Perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidik percuma bersedia mengosongkan tapak mereka pada 21 April ini bagi menghormati Yang Di-Pertuan Agong sempena Konsert Diraja yang berlangsung di situ.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Malaysia Bangkit Mohd Syahid Mohd Zaini ketika dalam sidang media di lobi parlimen petang tadi.

"Kita akan tutup khemah dan kosongkan tempat berkenaan sebelum konsert itu bermula bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Bagaimanapun, katanya perkhemahan mahasiswa akan diteruskan semula selepas konsert tersebut sehinggalah Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Syahid yang bersama Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa turut menunjukkan rakaman video menunjukkan serangan samseng yang berpakaian serba hitam menyerang mahasiswa yang dirakam beberapa orang mahasiswa, kepada media.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...