TERKINI :

Thursday, April 19, 2012

Demi PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK GENERASI AKAN DATANG kami sanggup di kasari oleh samseng-samseng upahan tersebut

Mahasiswa: Kami sanggup dikasari dengan syarat...

KUALA LUMPUR: Kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sanggup berdepan apa sahaja risiko termasuk dikasari bagi menuntut pendidikan percuma.

Pengerusi Mahasiswa Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini (gambar) berkata, serangan sekumpulan samseng terhadap mereka awal pagi tadi tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berkhemah di situ sehingga 28 April dan sehingga tuntutan mereka didengari.

"Kami sanggup menghadapi pelbagai perkara, kami sanggup dikasari dan kami redha tapi semangat kami tak akan pudar untuk menuntut pendidik percuma.

"Kami buat semua ini bukan untuk kepentingan kami tapi demi kepentingan mahasiswa dan ibu bapa yang tidak berkemampuan. Lagipun kami yakin kami tidak membuat perkara yang bercanggah dengan undang-undang," kata beliau pada sidang media di Dataran Merdeka, hari ini.

Beliau juga memberitahu, sebanyak lima laporan polis telah dibuat pagi tadi berhubung insiden serangan itu.

Samseng tak kena gaya... Awat tak pie luku MELAYU dok lagho di Bukit Bintang sana...



kekadang tu terfikir jugak anak-anak melayu nie.... awat dengan kelaku sebegini hebat sangatkah bangsa kita nie... jika duduk tunjuk ajaran samseng sebegini maka nanti melayu akan dijulang....

Sudah-sudah la tuu.. baik pakat pergi serbu JALAN BUKIT BINTANG halau orang MELAYU yang dok buat maksiat kat sana pun bagus... TAK pun pie tengking mat dan minah couple di TAMAN TASIK TITIWANGSA tu lagi berfaedah kelakunya....TAK pun pie halau WARGA-WARGA ASING yang dok bongkak kat CHOW KIT sana....
Namun apakan daya...inilah generasi BANGSA yang kita ada..berbanggalah semua....



FAM kena perli tahap cipan hari nie.. Kadang-kadang untuk mengajar 'orang cerdik' kita perlu buat camnie...

Wakil KAFA dan Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan hadir ke Wisma FAM hari ini untuk menyerahkan duit syiling 10sen sebanyak RM2,170.

Perlu diingatkan, duit serahan ini adalah daripada tindakan susulan secara sukarela rakyat Kelantan dengan melancarkan kempen ' 5 sen untu Azuddin dan 5 sen untuk FAM ' beberapa minggu lepas. Kutipan derma tidak sampai 2jam pun telah mencukupi untuk membayar kos mesyuarat tersebut.

Kadang-kadang untuk mengajar 'orang cerdik' kita perlu gunakan cara yang paling halus dan paling hina untuk mengajarnya. Kalu guno caro lain, tok make saman. Yang pasti FAM lebih hina mengemis duit 10sen dari rakyat Kelantan, malah lebih hina dari peminta sedekah dikaki lima kerana mereka cukup sifat.

[BONGKAR] Samseng DATARAN rupanya budak Jalan Kebun yang di naungi oleh Ezam

Kronologi & Bongkar!! Samseng DATARAN diNAUNGI Ezam Mat Noor serta diNOBAT oleh Najib

INFO SAHIH.....kumpulan samseng yang mengganas merosakkan harta benda dan mencederakan seorang mahasiswi demo aman berkemah dan bantah mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka awal pagi tadi ialah kumpulan menggelarkan diri mereka Waris Malaya, penaungnya Ezam Mat Noor...

 

Nampaknya Kroni BN/UMNO buat duit melalui Saman Trafik Automatik

Saman auto: MCA tidak terlibat? Semestinya Umno yang menghisap darah rakyat - Zaid


Saman auto: MCA tidak terlibat? Semestinya Umno yang menghisap darah rakyat - ZaidKontroversi baru nampaknya sudah bersedia untuk membanjiri kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dicemari rasuah, kali ini dengan pembantu rapat Omar Mustapha dan bekas Timbalan Presiden MCA Chan Kong Choy yang dituduh mendapat manfaat daripada perjanjian saman trafik automatik.

"Jadi pasti saman trafik tidak berkait dengan MCA? Kalau begitu mestilah Umno. Siapa lagi yang boleh menghisap darah daripada rakyat seperti yang mereka lakukan," bekas menteri Umno Zaid Ibrahim berkata di Twitter.

Komen Zaid mungkin nampak mengutuk tetapi ia tidak jauh dar iapa yang ramai orang fikir selepas membunuh tawaran perniagaan yang jelas memihak kepada kroni berkaitan Umno baru-baru ini.

Jika Himpunan Kecil Mereka berani Tunjuk Samseng.. Ayuhhh 28hb nanti kita gegarkan golongan samseng ini dengan suara rakyat

Harga Sebuah Perjuangan !

1. Sungguh kesal dan memalukan negara ! itulah realiti yang boleh diungkap apabila University of Dataran Merdeka terancam angkara perbuatan ganas dan tidak bertamadun dari sekumpulan samseng yang tidak bertanggungjawab.

2. Saya tidak tahu apakah sentimen yang membuatkan samseng itu mengganas melainkan ianya adalah episod malang yang menimpa iklim sosial negara kita. Ertinya negara kita tidak selamat untuk berkumpul dan berkhemah. Berkhemah di tempat terbuka seperti Dataran Merdeka pun tidak terlepas dari ancaman keganasan samseng, apa jaminan untuk rakyat selamat di ceruk kampung dan desa yang jauh dari balai polis dan ibu pejabatnya.

3. Tahap kesedaran demokrasi pada sebahagian anggota masyarakat masih terlalu rendah justeru kerajaan sendiri sebelum ini terlalu banyak menunjukkan tauladan buruk kepada masyarakat dalam perkara ini yang membawa kepada pencabulan demokrasi seperti menggunakan polis, FRU dan water canon untuk membelasah rakyat sendiri yang berhimpun secara aman. Saya tidak hairan apabila ada segelintir anggota masyarakat bertindak samseng ala - ala polis dan FRU menyurai perhimpunan aman anjuran Pakatan Rakyat sebelum ini.

Undang-undang ‘fatwa’ Kedah tidak ikut prinsip Islam, kata Mufti Perlis


Azizan berkata fungsi institusi mufti berbeza daripada badan perhakiman. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 19 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata enakmen terbaru digubal kerajaan negeri Kedah yang akan menghalang cabaran mahkamah terhadap aspek keagamaan (fatwa) adalah bertentangan dengan prinsip Islam.
Juanda bertanya sama ada pentadbiran negeri pimpinan PAS Kedah mahu menjadi sebuah kerajaan teokrasi atau konsep negara berkebajikan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

“Enakmen fatwa baru menunjukkan mereka sebenarnya menuju ke arah teokrasi dan bertujuan untuk memaksa penerimaan (orang ramai),” katanya kepada The Malaysian Insider.

Skandal Shafie Apdal & Zahida Terbongkar....pening lagi Najib jawabnya....

[MELETUP] Skandal Shafie Apdal & Zahida Terbongkar Dalam Laporan Polis Pemandu

Kuala Lumpur : Desas-desus mengenai hubungan intim Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dengan Zahida Rafik akhirnya terjawab apabila, pemandu peribadi selebriti itu mendedahkan skandal menteri itu dalam satu laporan polis.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan perkara itu melalui laporan polis pada 13 Mac lalu di Balai Polis Daerah Ampang Jaya.

Beliau membuat laporan itu terhadap Zahida yang didakwanya membuat laporan palsu kononnya beliau melarikan wang milik Zahida berjumlah RM200,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang Hafiz dan Raj.

KERAJAAN BN TAK HALANG BERSIH 3.0 SEBAB MEREKA YAKIN MENANG BESAR

dari blog sahabat...

Kalau semasa perhimpunan Bersih 2.0 dahulu, pihak berkuasa mengambil tindakan yang agresif dengan merampas baju bersih, menangkap aktivis bersih, membuat sekatan jalan raya serta mengeluarkan amaran setiap hari di media, kini untuk Bersih 3.0 ianya tidak berlaku sedemikian.

Kerajaan BN seolah-olah membiarkan rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April. Tiada amaran keras, tiada rampasan baju bersih dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa kerajaan BN/Umno tidak takut kepada Bersih 3.0. Mereka tahu walau seramai mana pun yang akan berhimpun di Dataran Merdeka mereka tidak kisah kerana daftar pemilih dan undang-undang peraturan pilihanraya memihak kepada mereka.

Jerit dan launglah sekuat mana pun, daftar pemilih yang kotor dan bercelaru tetap memberikan kelebihan kepada BN. Manakan tidak ratusan ribu pengundi yang diragui telah didaftarkan dalam daftar pemilih. Malah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendedahkan ujudnya satu Task Force untuk mendaftarkan pendatang asing menjadi pengundi setelah mereka diberikan kad pengenalan. Jadi apa yang boleh Bersih 3.0 lakukan.....kita hanya sekadar berhimpun dan menjerit mahukan pilihanraya bersih sedangkan semasa perhimpunan tersebut mereka terus menjalankan kerja-kerja terkutuk mendaftarkan pengundi-pengundi baru untuk menjadi pengundi berdaftar.

Walaupun saya kurang bersetuju dengan perkhemahan itu namun Tindakan Samseng Merugikan Umno

oleh Mohd Sayuti Omar

Daku kurang bersetuju dengan tindakan mahasiswa yang memprotes PTPTN kemudian berkhemah di Dataran Merdeka yang bersikap kurang sopan tempoh hari dengan mengarakkan gambar perdana menteri dan menteri pengajian tinggi. Bagi saya tindakan itu tidak bersopan langsung dan diluar darjat perilaku mahasiswa.

Alasan saya protes atau perkhemahan itu tetap juga mendapat perhatian umum kalau pun tanpa mengarak gambar Najib dan Khalid Nordin seperti gambar cina mampos di mana perbuatan itu agak mengilankan bagi orang Melayu. Sesiapa pun tidak boleh melarang tindakan mahasiswa itu kerana ia adalah satu saluran membela diri mereka sendiri.

Sewajarnya mereka bukan saja bersikap begitu atau berkhemah, tetapi mereka menyenaraikan beberapa masalah atau beban yang terpikul dari PTPTN biar masayarakat di luar yang jahil mengenainya akan tahu. Selain itu mereka juga mengemukakan jalan keluar bagi mengatasinya. Kerana itulah sebaik-baik penyelesaian. Isu PTPTN adalah isu rakyat yang bukan saja menjadi milik Pakatan Rakyat tetapi ia juga menjadi milik UBN.

PRU13 hujung tahun, bukan Jun?

G MANIMARAN


LOGO PARLIMEN
AWAL bulan lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar antara lain berkata, jika hendak membubarkan adalah lebih baik dibubarkan hanya selepas istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 selesai. Istiadat disempurnakan Rabu lalu.

Minggu depan undang-undang yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibahaskan oleh Dewan Rakyat. Ia akan disusuli pindaan membabitkan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Ia sebahagian daripada pelan transformasi politik dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melihat kepada faktor-faktor itu, dan mengambil kira beberapa pertimbangan lain, setakat minggu lalu, ramai membuat spekulasi bahawa Najib, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN akan membubarkan Parlimen akhir bulan depan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 dipanggil menjelang pertengahan bulan Jun. Dalam tulisan pertama pun, penulis memetik cakap-cakap di luar dengan mengetengahkan minggu pertama atau kedua sebagai tarikh pengundian PRU13.

Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka

TUNTUTAN ANAK MUDA
 KENYATAAN SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.

Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. 

Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.

Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Samseng serang mahasiswa di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 19 April: Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi, lapor KeadilanDaily.

Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

(Kanan: Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur.)


Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

“Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar,” kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.

Pemerintah negara manipulasi subsidi tepung untuk kayakan kroni

DESAKAN KEPADA KERAJAAN AGAR MENGHAPUSKAN SUBSIDI BAGI TEPUNG GANDUM KEGUNAAN AM BUNGKUSAN 25KG YANG DIBERIKAN KEPADA PENGUSAHA & PENGIMPOT TEPUNG

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebentar tadi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) & gabungan NGO-NGO bersekutu telah menyerahkan Memorandum kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan berhubung Desakan Kepada Kerajaan Agar Menghapuskan Subsidi Bagi Tepung Gandum Kegunaan Am Bungkusan 25kg Yang Diberikan Kepada Pengusaha & Pengimpot Tepung.

Perkara ini dituntut sesuai kepada beberapa asas pertimbangan dan rasional seperti berikut:

1. Pemberian subsidi ini dilihat tidak menepati matlamat asalnya untuk meringankan bebanan rakyat sebaliknya menguntungkan pengusaha & pengimpot tepung terutamanya syarikat seperti FFM Berhad yang menerima lebih dari 50% keseluruhan subsidi yang bernilai RM 137,000,000.

2. Subsidi tepung gandum kegunaan am bungkusan 25 kilogram kepada pengguna sudah tidak lagi relavan memandangkan kebanyakkan pengguna kini memilih untuk membeli tepung gandum dalam pek 1 kilogram. Bermakna, subsidi yang bernilai kira-kira RM 82,000,000 ini dimanipulasi oleh pengusaha & pengimpot.

Kerajaan tunggu keputusan mahkamah isu tanah wakaf

ALOR SETAR – Kerja pembangunan akan dilaksanakan jika keputusan mahkamah memihak kepada Kerajaan Negeri, namun jika sebaliknya, ia akan mengemukakan rayuan mengikut prosedur perundangan.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Mahkamah Tinggi Alor Setar dijangka membuat keputusan itu pada 25 April ini.

“Kita tunggu keputusan mahkamah, kalau mahkamah kata boleh, kita teruskan (merobohkan bangunan madrasah), duit pun sudah ambil (daripada pemaju),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, kawasan tanah wakaf di Jalan Tambang Badak yang menempatkan bangunan Madrasah Salihiah, tidak akan diusik oleh Kerajaan Negeri jika mahkamah memutuskannya tidak boleh dirobohkan.

“Kalau mahkamah kata tidak boleh buat, nak buat macam mana, kena buat rayuan dan kita akan ikut proses biasa. Mereka (ahli jawatankuasa madrasah) juga boleh rayu (jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka),” ujarnya.

Terdahulu, ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah, Jamluddin Murad (plaintif), memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi menghalang madrasah berkenaan dirobohkan.

Bagaimanapun, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kedah melalui Peguam Persekutuan Negeri Kedah, Rafiah Yusof (mewakili defendan kedua dan ketiga iaitu Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan Kerajaan Negeri), memfailkan saman dan afidavit sokongan bagi membatalkan writ saman dan penyertaan tuntutan yang difailkan plaintif.

Keputusan fatwa tidak boleh dipertikai


ALOR SETAR - “Fatwa yang diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah”.

Itulah kata-kata Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas di Wisma Darul Aman, di sini.

Beliau memberitahu, mengikut seksyen baru 22A, fatwa tidak boleh dicabar walaupun dengan undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan.

“Fatwa mufti melibatkan ibadah dan hukum syarak, sekiranya berlaku kekeliruan perlu dirujuk kepada jawatankuasa fatwa,” ujarnya.

Import Kedah tunjuk belang


Vedran Gerc


ALOR SETAR - Pemain import baru Kedah, Vedran Gerc yang diturunkan buat pertama kali berjaya membuktikan sentuhan bisanya apabila meledak dua gol ketika membantu kemenangan 2-0 skuad Kenari ke atas Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin.

Jaringan pemain dari Crotia itu pada minit ke-55 dan ke-61 membantu skuad Hijau Kuning meraih tiga mata berharga bagi keluar dari kelompok tercorot liga.

Namun, kemenangan itu belum mampu memuaskan hati pengurusan pasukan yang melihat pemain berusia 26 tahun itu perlu meningkatkan lagi prestasinya dalam saingan baki liga yang masih panjang.

Pengurus pasukan, Datuk Khazali Din memberitahu, rakan sepasukan lain juga perlu mempamerkan aksi yang lebih baik bagi memastikan pasukan dapat memberi tentangan sengit kepada pasukan lain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...