TERKINI :

Sunday, April 15, 2012

Johari Abdul - Bersih 3.0 : Hantu Altantuya Sudah Tiba



TERBUKTI - ISA baru lebih ZALIM...

Undang-undang ganti ISA tak hadkan kuasa polis
Undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan menghadkan kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein PDRM berpuas hati mengenainya dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

NONE"Sememangnya akta baru itu tidak boleh dibentang sekiranya polis sebagai 'end user' yang memastikan keselamatan negara sendiri tidak selesa dengan akta baru berkenaan.

"Jadi saya bagi jaminan hari ini, PDRM maklumkan apa yang akan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak esok, mereka (PDRM) yakin mereka dapat jamin keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita, di Kluang hari ini.

Beliau berkata kabinet juga bersetuju untuk memperkasakan PDRM bagi meningkatkan keupayaan pasukan daripada segi menjalankan siasatan, perundangan, risikan, pemantauan dan hubungan dua hala dengan negara jiran.

Apa punya lahanat punya ADUN BN UMNO nie.. Elektrik pun dia curi..!!

Kantoi! Adun Umno Curi Elektrik !

Kecuh pasal ada Adun BN sudah kena tangkap kerana curi elektrik di Pulau Pinang! Ada 11 Adun BN di Pulau Pinang dan kesemuanya mereka adalah dari Umno – Orang Melayu!

Bikin malu dengan orang Cina dan India! Nak buat macam mana? Umno sudah busuk dari kepala lagi hingga ke usus!

Najib tak boleh marah.Muhyiddin pun tak boleh marah. Apatah lagi Mahathir! Kerana mereka semua adalah sifu kepada orang yang mencuri elektrik ini.

Kalau mereka marah pun adalah kerana pencuri leterik ini buat kerja ala kadar sahaja.

”Apasal tak buat kerja betul-betul macam Kak Fidah atau Kak Ijat?” sergah mereka kepadanya.

Siapakah Adun BN yang curi letrik di Pulau Pinang Itu? 11 Adun BN itu adalah kesemuanya adalah dari Umno – Orang Melayu!

Nak tahu Melayu Umno mana yang curi elekterik itu? Melarat dan bangsat sangatkah sampai jadi penyangak macam ini? Jom kita tengok rumah mereka :

Definasi "SESAT" dimata UMNO...!!

 

Jadi Fikir2kanlah wahai sahabat..

Jika SESAT kenapah pihak berkuasa tidak ambil tindakan...
cuba bayangkan seandainya sesat berapa ramai rakyat Malaysia
yang tersesat ikutan mereka...

jadi pihak berkuasa sepatutnya kena selamatkan akhidah
pengikut PAS yang dikatakan sesat ini... jika tidak nanti
ALLAH SWT akan tanya semua kenapa tidak bertindak
menhalang kesesatan itu terus berleluasa di bumi MALAYSIA...

AYAH PIN & AL ARQAM boleh diambil tindakan...

Kerana Fikirkan Kekalahan,Umno Tidak Ghairah Cari Calon MB

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ghalibnya menjelang pilihan raya umum UBN sudah mengira-ngira siapakah tokoh atau orang bakal dilantik menjadi MB atau Ketua Menteri. Lobi melobi untuk menjadi MB juga biasanya sudah kencang sebelum parlimen dibubarkan. Kerana sebaik parlimen dibubarkan Umno akan mengatur calon-calonnya, terutamnya orang yang akan menjadi Menteri Besar.

Memilih tokoh MB atau KM yang tepat dan berkelayakan penting untuk kemajuan negeri dan kesenimbungan kuasa.

Seperti mana Umno Kelantan telah mengatur awal-awal untuk meletakan Awang Adek Hussein sebagai calon MB Kelantan pada pilihan raya 2008. Pengerusi Umno Kelantan ketika itu Annuar Musa telah mengumumkan awal-awal nama Awang Adek semasa himpunan Anak-anak Kelantan di Bukit Jalil. Tetapi tindakan mengatur calon seperti itu tidak berlaku untuk kali ini. Kenapa?

Bukan saja untuk Kelantan tetapi di negeri-negeri lain juga. Kenapa? Jawabannya Umno tidak ghairah untuk bebuat begitu kerana lebih memikirkan apakah untung nasibnya dalam pilihan raya akan datang. Umno sendiri masih menggeletar dan cemas rimas apakah UBN akan masih kekal menjadi kerajaan ataupun akan tumbang bertukar menjadi pembangkang.

Justeru UBN lebih memikirkan soal menang kalah daripada mencaturkan calon-calonnya untuk kerusi MB dan KM. Barang kali soal siapa MB dan KM duduk di urutan nombor 33. Pn begitu biarlah di sini saya memberi gambaran mengenai tokoh-tokoh akan dilantik menjadi MB serta kedudukan MB yang sedia ada. Huraian ini berdasarkan kepada cakap-cakap dalaman Umno dan penganalisa politik tempatan. Mudah-mudahan dengan huraian ini memberi cahaya kepada UBN yang sebam kini.

Di Kelantan, tampaknya Mustapa Mohamed adalah calon MB Kelantan sekiranya Umno menang. Pujian Najib Razak kepada Mustapa yang dianggap berlebihan menjadi signal untuk Umno Kelantan. Mustapa dijangka akan bertanding di dua kerusi seperti tahun 2008. Selain kerusi parlimen Jeli kerusi menjadi pilihannya di Dun ialah Air Lanas.

Jom Pakat Hulurkan Sumbangan Sekupang Dua Untuk Adik Ini..!!

Keluarga bayi hidap masalah paru-paru mohon bantuan


AHMAD Sufi Romi Agus Syumadi yang berusia 28 hari menjalani rawatan di Hospital Kanak-Kanak Westmead Sydney dengan kos RM9,000 sehari.


KUALA LUMPUR 12 April - Seorang chef warga Malaysia di Sydney, Australia, Romi Agus Syumadi Suhaimi, 34, berdepan dugaan hidup apabila bayi pertamanya, Ahmad Sufi yang baru berusia 28 hari mengalami masalah paru-paru yang kritikal.

Apa yang membimbangkan, walaupun doktor pakar sudah melakukan ujian biopsi terhadap paru-paru bayi itu, tidak banyak maklumat yang diperolehi kerana ia tergolong dalam kes terpencil.

Ahmad Sufi yang dilahirkan pada 12 Mac lalu, kini ditempatkan di Hospital Kanak-kanak Westmead Sydney dan terpaksa bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan dengan kos mencecah RM9,000 (AUS$3,000) sehari.

Ibu saudaranya, Juli Yanti Lidia Suhaimi, 31, yang mewakili keluarga Ahmad Sufi berkata, dia mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menderma untuk membolehkan anak saudaranya menjalani hidup dengan selesa.

"Saya meminta orang ramai supaya membantu anak saudara saya mendapatkan rawatan dengan sempurna serta menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Sekadar Teguran Untuk Adik-Adik Demo PTPTN Semalam...!!

Gambar panas aksi Mahasiswa ketika berdemo mahsuh PTPTN. 


Siang semalam ketika aku ditanda dalam gambar neh aku terus direct tanya ini adat sapa yang dorang ikut? Syukur gambar neh telah dipadam dari terus tersebar di facebook rakan2 tapi memadam gambar bukan bermaksud memadam perbuatan der.

Perkara di atas neh tetap berlaku samada gambar neh wujud ataupun tidak. Sabar dulu. Biar aku terangkan kenapa aku berpendapat cara korang salah. Ko boleh suka dan boleh tak suka tapi inilah pemikiran aku. Ko mungkin ada pemikiran yang lain tetapi terserah kerana setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeza2. Bukan memaksa orang menerima pemikiran kita tetapi cuma nak sampaikan apa yang kita fikirkan. 

Aku boleh cakap perbuatan kat atas neh sangat tidak patut. Maaf jika aku terlalu jujur dan berterus terang. Biar orang biadap dengan kita, bukan kita biadap dengan orang. Ada sesetengah perkara apabila kita marah kita akan lakukan apa2 tindakan ikut perasan. Tapi ikut perasan sekalipun tak semestinya kita akan menjadi biadap.

Contohnya, kita marah orang buang kek kita, so kita balas larh balik oitt bodoh napa ko lempar kek aku hah? Itu luahan kemarahan kita. Tapi kalau kita pergi bantai, terajang dan belasah dia, lepas tue curi duit dia then beli kek baru then makan depan2 dia, itu apa? Itu yang kita kata biadap. Maksudnya cara kita salurkan kemarahan tue walaupun atas niat yang betul tapi telah menggunakan cara yang kurang betul. Itu akan tetap dianggap salah.

Kerajaan tidak ikhlas tegak hak asasi manusia

RANG Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia malah terdapat unsur penipuan dalam proses transformasi yang diwar-warkan oleh Umno-BN.

Walaupun Perdana Menteri seringkali bangga dengan ‘tepati janji’, tetapi dengan pindaan Kanun Keseksaan yang masukkan kesalahan berhubung kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen serta pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang membenarkan pelajar berpolitik tetapi mengharamkan politik parti dalam kampus adalah usaha yang mengelirukan.

Kesemua usaha tersebut adalah taktik politik retorik murahan untuk mengaut sokongan rakyat.

Dengan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang masih mengekalkan unsur-unsur kezaliman di mana tahanan tanpa bicara, serta memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah.

Blog KedahLanie kena gantung 2 tahun oleh FAM sebab kutuk depa..!!

FAM : Dari Harimau Malaya Terus Jadi Harimau Sarkas 


FIFA: Malaysia Di Tangga 156 Dunia - Sumber

Wa membaca berita tentang prestasi bolasepak negara kita sambil terkenangkan nostalgia betapa suatu masa dulu kita pernah bergelar gergasi Asia. Pernah sama tinggi dengan Jepun & Korea dan pernah digeruni oleh negara negara dari Timur Tengah. Pernah juga menjadikan perlawanan dengan negara negara ASEAN sebagai hanya permainan pemanas badan. 

Tapi apabila dibandingkan dengan masa sekarang, kita pula yang perlu melutut dan berdoa agar tidak dimalukan walaupun hanya pertemuan dengan negara seperti Laos dan Kemboja, atau mungkin tak lama lagi kita duduk sama level dengan pasukan Timor Leste malah mungkin juga mangsa ratahan dan itu sangat pasti jika tiada perubahan dalam karenah orang orang penting dalam FAM. Sangat Pasti.

Dengan fasiliti kelas pertama, stadium bertaraf mega, prasarana yang sentiasa ada penambahbaikan, latihan yang ekstensif, gaji dan saraan yang semakin tinggi, liga yang gah dan tidak lupa juga dengan pertambahan jumlah penonton, tapi kenapa kedudukan kita dalam senarai dunia makin merudum ? Apa yang tak kena dengan senario bolasepak kita ?

Hamidan awang import terbaru disingkir Kenari

ALOR SETAR - Kedah yang semakin tertekan dengan prestasi hambar dalam saingan Liga Super bertindak menyingkirkan penyerang import, Hamidan Mohammed selepas pasukan itu tewas 0-2 kepada Sarawak di Stadium Darul Aman kelmarin.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Hamidan menjadi awang import ketiga disingkirkan skuad Kenari musim ini selepas tindakan sama diambil ke atas dua pemain dari Brazil, Daniel Baroni dan Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo.

Jurulatih Kenari, Wan Jamak Wan Hassan berkata, Hamidan telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuan tetapi persembahan pemain Ghana itu gagal memikat barisan kejurulatihan dan pengurusan. 

''Hari ini (malam kelmarin) merupakan perlawanan terakhirnya dan kami mengucapkan terima kasih kepada Hamidan kerana memberi sumbangan yang baik kepada walaupun tidak membantu pasukan secara keseluruhan,'' kata Wan Jamak.

Jawapan kepada UMNO yang selalu ejek MB Kedah sebab beli kereta baru

Ini jawapannya dalam sidang DUN..sampai YB BN tak ada solan nak jawab bila diberikan jawapan...

Manusia sudah ketagih facebook

Facebook mampu undang ketagihan
Wartawan Sinar Harian
15 April 2012
Laman sosial dijadikan sebagai hidangan harian mereka.
STOCKHOLM - Laman sosial Fecebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan.

Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan.

Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini.

Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna.

Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari.

Siri Jelajah Munajat bersama Tn Guru Hj Salleh Musa

Siri Jelajah akan diteruskan sehingga parlimen dibubarkan. 

Pagi tadi didalam kulaih umum yang dihadiri lebih 3000 jemaah , Tn Guru Hj Salleh menyeru supaya seluruh jentera dan perjuang Islam bersiap sedia memperkukuhkan kerja-kerja dan merapatkan seluruh saf kepimpinan parti bagi menjamin kemenangan Islam di Seluruh negara yang kita cintai . 

Pagi tadi dan malam ini Tn Guru Hj Salleh sangat menekankan soal keikhlasan berjuang untuk Islam ,beliau memberi amaran untuk kepimpinan PAS supaya tiada yang berjuang untuk tujuan dunia , semua perlu betulkan niat untuk menjamin kemenangan untuk Islam . 

Tn Guru memberi amaran sekeras-kerasnya supaya jangan lari dari niat asal . 

Perjuangan Islam mesti dalam satu jemaah , jangan berpecah . Kita harus perkuatkan jentera menghadapi musuh . Sentiasa mengadakan perhimpunan untuk bermunajat bagi memastikan Islam berjaya . 

Malam ini lebih kurang 350 orang hadir di UPU Kampung Betong Sik , Insyallah siri Munajat akan diteruskan ke seluruh UPU daerah Sik dan diperingkat negeri Kedah .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...