TERKINI :

Saturday, April 14, 2012

PAS jangan cemburu tapi kena bertindak

Tulisan ringkas Wan Nik Wan Yusuf yang mendedahkan taktik jahat Umno Kelantan untuk menjatuhkan Pas mengutir cuping hati saya untuk memberi sedikit respons. Apa didedahkan Wan Nik itu memang benar berlaku di Kelantan hari ini. Saya bersetuju tektik itu menyanggahi kemurnian demokrasi yang dijanji dan diharapkan.

Tiga perkara penting dilakukan UBN Kelantan. Pertama, ialah menggunakan Teknologi Maklumat (IT) sebagai senjata ampuhnya bagi menyerang Pas. Senjata ini adalah amalan pada hari ini. Menerusi senjata ini UBN menggerakkan seluruh ruang dalam IT untuk menghentam Pas.

Pemilikian lebih sembilan saluran tv dan ratusan media cetak seperti tidak mencukupi. UBN sedar kebebasan dan penggunaan IT oleh pembangkang dalam pilihan raya ke-12 lalu memberi kesan baik buat oposisi.

Langsung dari itu Umno telah menubuhkan pasukan penyangak cyber troopernya sendiri. Pertemuan Mustapa Mohmed dengan cyber toopers UBN itu menunjukkan kesungguhan BN manfaatkan dunia IT yang berleluasa hari ini dan juga keseriusan untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.

Anih sedikit oposisi yang menjadi pelopr dan perintis dalam menggunakan kemudahan ini nampaknya sikit ke belakangan mutakhir ini.

Kedua, ialah Umno menganjurkan ceramah, menggunaakan para ustaz jelmaan dan upahan yang janggut sejmput dan serna renyuk untuk mencaci Tok Guru Nik Aziz serta menuduh dengan tuduhan jelek. Mereka cuba merendahkan martabat Nik Aziz dan mendedahkan perkara-perkara buruk mengenainya termasuk mempersoalkan mazhab dan akidah Nik Aziz. Walhal apa yang perlu di persoalkan pegangan mereka sebelum ini.

Tidak cukup itu diupahkan ustaz untuk memburukkan watak dan batang tubuh para pemimpin Pas. Walaupun mereka tidak ada kredibiliti sebab orang Kelantan kena mereka, tahu sekuat mana hancingnya kencing mereka tetapi kehadirannya bagaikan biawak gila yang membelit di kaki.

Ketiga, menurut Wan Nik UBN menggunakan buku dan vd yang diedar kepada umum. Menerusi instrumen ini ia cuba memburukan watak (charater assassination) pemimpin Pas. Buku ini sudah lama beredar ia diedarkan bersama pemberian wang rakyat kepada rakyat baru-baru ini. Di dalam majlis-majlis pertemuan yang berselindung di sebalik program akdemik buku ini diberikan kepada guru-guru.

Berbaloikah KJ Menjadi Berani Disisi Najib Yang Penakut?

Oleh Shahbudin Husin 

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin seakan mahu menunjukkan sikap beraninya apabila bersedia menyahut dua cabaran berdebat sekaligus. Pertama, beliau akan berdebat dengan Pengerusi Bersih 2.0, S Ambiga mengenai pembaharuan sistem pilihanraya pada 25 April ini di Sime Darby Convention Centre yang akan dikendalikan oleh akhbar Malay Mail.

 Debat ini penting kerana ia mungkin mempengaruhi kehadiran Himpunan Bersih 3.0 yang hanya diadakan tiga hari selepas itu.

Kedua, KJ juga sedia berdebat dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung isu tabung pinjaman pendidikan PTPTN yang dijadualkan pada 3 Mei depan. Sehingga ini belum ada penganjur tetapi akhbar Sinar Harian bersedia menjadi penganjurnya.

Di satu sudut, KJ mahu menunjukkan keberanian dan kejantanannya sesuai dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya. Generasi muda tentunya amat bersetuju dengan sikap yang ditunjukkan KJ ini.

Tetapi masalah besar KJ ialah beliau berada dalam parti yang kini dikenali amat penakut dalam banyak perkara. UMNO sejak dipimpin Najib amat berlembut dan takut dalam banyak perkara terutamanya terhadap bukan Melayu dan bukan Islam. Banyak isu gagal ditangani dengan baik seperti dasar ekonomi, tuntutan MCA tentang kesamarataan, MIC dengan bantahan novel Interloknya, kitab Injil berbahasa Melayu dan sebagainya.

Dalam banyak hal, pemimpin UMNO juga mula jadi penakut. Mereka lebih gemar memilih sikap diplomatik dan mengalah daripada menyatakan kebenaran secara terbuka kerana bimbang kehilangan undi dan sokongan bukan Melayu.

Bersih 3.0@Jerai : Chegubard - Siapa kata MELAYU hilang bila PR berkuasa..???



dari http://TVjerai.blogspot.com

NGO: Arahan pasang bendera jadi bahan ketawa

Presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, arahan supaya pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera di stesen komuter merupakan tindakan "kebudak-budakan."

Katanya lagi, tindakan itu juga akan menjadi bahan ketawa pengamat politik luar kerana menunjukkan "kerendahan pemikiran parti politik menghina minda rakyat."

"Rakyat pasti tidak dapat menerima kegelojohan parti politik yang  memenuhi bendera ditempat awam bertujuan berkempen kerana ia seperti tindakan kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Azmi mengulas laporan Malaysiakini berhubung arahan yang dikatakan dikeluarkan pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu.

Mohd Zin yang juga merupakan koordinator BN Selangor dalam arahan itu turut dikatakan meminta supaya pegawai berkenaan memelihara bendera berkenaan daripada dibuang atau disabotaj.

Sungai Petani Berkata Tidak kepada LYNAS..!!!

Jumaat 13042012 ni, lokasi solat bertukar, dari tempat biasa ke Masjid Sultan Muzaffar , Masjid utama Banda Sungai Petani ni. Jarak dari rumah kami tak melebihi 2km.
Sekitar 1245 sudah memasuki Masjid, memang syahdu jika dapat berada awal didalam Rumah Allah ini.
Khutbah banyak menyentuh tentang Akidah dan hukum Hudud.

Sekitar pukul 215 petang , kami menapak ke Dataran Jam Besar, Sungai Petani.
Kami  dan antara yang medahului perarakan dari Masjid ini.
Sudah menanti rakan rakan Tionhua dan India di Dataran ini
&
SP Plaza

Eh, rakan Tionghua pun berarak sama dari Masjid.
Setiap ketua perwakilan dari PR berucap memberi kata kata protes tentang keburukan Lynas
Dalam seronok duk berceramah ini, gang gagak hitam pun datang.

Buku Jingga ancam keselesaan kuasa UMNO-BN

Oleh Hafiz Zainuddin

Apakah Barisan Nasional telah hilang pertimbangan waras atau semakin kecut apabila rakyat mla menuntut tekanan ekonomi ciptaan kerajaan dimansuh atau dikurangkan? 

Malaysia tidak akan bankrap jika memenuhi tuntutan kebajikan rakyat pelbagai kaum yang telah banyak berjasa negara dengan pembayaran cukai-cukai yang dikutip saban tahun. 

Apalagi ditambah pula dengan hasil bumi yang kaya seperti minyak dan sawit, sumber dari pelancongan, perindustrian dan sebagainya. 
 
Pemansuhan yang waras

Pemansuhan PTPTN dan kutipan tol lebuh raya serta memperkenalkan gaji minima adalah sebahagian daripada tawaran Pakatan Rakyat jika menerajui kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. Banyak lagi tawaran yang akan membahagiakan hidup kita.

Sebagai rakyat, kita akan lebih selesa, mewah dan  sangat bersyukur sekiranya ia dilaksanakan. Malah bukan tawaran ganjaran ekonomi sahaja, malah pembersihan sistem dan nilai yang semakin pupus di bawah pemerintahan UMNO-BN yang selama ini semakin terpisah daripada rakyat.

Nampaknya lawan Pakatan Rakyat semakin hilang kewarasan dan tak mampu berhujah dengan rasional..!!!

Kelije olang tatak baca....talak tamadunnn...punya olang...

Oleh : PUTERI BULAN


Macam nilah kerja orang tak bertamadun....dah tak ada modai....tak ada isu..billboard jadi mangsa...siap tulis perkataan tak sopan...mencaci..fuhhh..tara ni rupa-rupa tali perut-tali perut umno haprak yang dah hapak.

Apa kerja blogger-blogger UMNO..dok cari isu..tak jumpa..pemain isu..orang tak layan..last-last kena batang hidung sendiri....macam biasalah...no isue no fulus...agak-agak Puteri...binatang yang namanya monyet pun walau pun fe'elnya jahat tapi bertamadun juga...siapa kuat dialah ketua..dialah boleh bini banyak..tak dalah semborono terjah ikut dan...

Ini apa..kita nak kata....inilah hasil tarbiyyah UMNO haprak lagi hapak...bukan mengajar ahlinya menjadi baik, berakhlak, hormat orang lain....hah...itu agaknya yang UMNO/B-End yang nak..kalau gitu..tak payah dok canang di television...senyumlah..hormatilah orang tua..beradab sopan...bermoral tinggi...kalau hakikatnya budaya gengster jadi amalan.

Mungkin nanti orang kata..apa bukti Puteri menuduh kerja-kerja UMNO...hahahah..siapa lagikan..takkan orang Pakatan Rakyat nak buat macam tu dekat pemimpin mereka...kalau pun marah...mereka marah-marah sayang..takkan sesekali buat kerja bodoh macam tu....

Alhamdulillah Harga Minyak Turun...!!!

Minyak turun dalam masa 24 jam Selepas Pakatan Rakyat perintah

TIDAK termasuk dalam 10 perkara yang Buku Jingga yang Pakatan Rakyat akan laksanakan dalam masa 100 ia berkuasa iaitu untuk menurunkan harga minyak petrol dalam masa 24 jam ia mengambil.
 
Jika ditambah dengan menurunkan harga minyak ini, maka janji segera Buku Jingga itu menjadi 11 perkara.Maka menurunkan harga minyak itu yang pertama dan paling senang untuk dilaksanakan.

Anwar Ibrahim sebagai jurucakap  Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan baru-baru ini bahawa minyak akan diturunkan dalam masa 24 jam sebaik saja mengambil alih Putrajaya. Ia bukan penegasan Anwar yang pertama, malah telah ditegaskannya  sebelum Buku Jingga itu diterbitkan dua tahun lalu. Ketika harga runcit minyak melambung sebelum Pakatan Rakyat dibentuk banyak tahun dulu Anwar sudah mengumumkannya dia menguasai Putrajaya.
 
Bahkan ia telah didebatkannya dengan  Menteri Penerangan masa itu, Shabery Cheek melalui TV siaran langsung. Cara ia boleh diturunkan telah diterangkannya pada masa itu. Ia tidak dapat dicabar dan minyak turun selepas itu.

Buku Jingga hanya merakamkan tentang pemberian royalti minyak dari  5 peratus  saja kepada 20 peratas bagi negeri-negeri yang mengeluarkan minyak. Menaikkan royalti itu adalah nikmat untuk Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak  saja. Tetapi menurunkan harga minyak itu adalah nikmat kepada semua.
Tawaran Anwar itu tidak sekadar tawaran politik tetapi itulah tindakan politik yang betul sebagai negara yang menghasilkan minyak.

Media UMNO mula mengapikan berita yang masih lagi "Question Mark" aka "Telinga Kera"


MEMANG sudah menjadi rahsia umum bahawa 3 elemen propaganda media milik Regime Umno untuk terus berkuasa dan memperbodohkan rakyat Malaysia ialah memainkan sentimen 3R.

Sentimen 3R yang dimaksudkan ialah, sentimen Religion (Agama), Race (Bangsa) dan Royal (Raja). Tiga elemen ini berupaya mengapikan kemarahan rakyat terutama orang Melayu.

Kalau kita lihat, setiap isu yang ada elemen-elemen ini akan diputar siang, malam, pagi dan petang di media-media propaganda Regime Umno dan Barisan Nasional.

Begitu terdesaknya mereka mencari isu yang mengandungi elemen 3R ini untuk mengapikan kemarahan rakyat mengakibatkan berita-berita propaganda yang disebarkan mereka sering tampak lucu dan menjelekkan.

Sebagai contoh, lihat berita hari ini di Utusan Malaysia.

Wahai UMNO BN...Tiada dendam antara kita....

PAKATAN RAKYAT TIADA DENDAM PADA UMNO-BN MESKIPUN TERUK DIZALIMI
21 Jamadi al-Awwal 1433 bersamaan 13 April 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meyakini akan berlaku kejutan dan perubahan dalam pemerintahan negara selepas PRU ke 13 nanti. Ini dapat dilihat melalui petunjuk daripada mood serta sokongan rakyat akhir-akhir ini kepada Pakatan Rakyat yang semakin meningkat mendadak. Ini juga menandakan bahawa era pemerintahan UMNO-BN bakal berakhir tidak lama lagi.

Justeru, DPPM meminta pemimpin UMNO-BN bersedia menerima kenyataan sekiranya rakyat menghukum dan menolak kepemimpinan mereka dalam Pru ke 13. Oleh itu, DPPM meminta supaya UMNO-BN tidak menggunakan taktik kotor dalam Pru ke 13 semata-mata mahu mengekalkan kuasa mereka. Bagi DPPM, cara ini adalah cara yang tidak beradab kerana menolak hak rakyat yang sebenar di negara ini.  Pemimpin UMNO-BN juga diminta berlapang dada dan berjiwa besar dengan tidak menggunakan taktik ganas seperti mengugut, memukul atau mencederakan mana-mana aktivis atau pemimpin PR.

Patutlah TNB Untung Besar..3X tipu rakyat Malaysia..!!!

Penulis: msa2012 



  1. BLOK PENGGUNAAN ELEKTRIK YANG MENINGKAT SECARA PROGRESIF 
  2. WUJUD ITEM BARU KUMPULAN TENAGA BOLEH BAHARU YANG DITANGGUNG RAKYAT? BILA BAGI TAU ? APA MAKNA ? TUJUAN APA? 
  3. SUBSIDI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN ? 
MASUK KAT TNB TU YANG YANG UNTUNG BESAR Dah la semalan umum TNB untung RM2.59 Bilion dan pada masa yang sama PETRONAS subsidi RM2Bilion harga gas dan minyak? Petronas itu kat hak RAKYAT MALAYSIA.

Bila Tun M pun sokong Tajudin Ramli...

KUALA LUMPUR, 14 April: Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad pun turut sama menyelamatkan Tan Sri Tajudin Ramli, Umno dan Barisan Nasional (BN) bertambah tidak selamat.

Demikian reaksi spontan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar atas)  apabila Dr Mahathir sekali lagi mengakui bahawa adalah sukar bagi BN untuk mendapat majoriti dua pertiga dan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak selamat jika tidak dapat memenangi kerusi yang lebih banyak bagi BN berbanding pilihan raya 2008.

"Tindakan kerajaan mengetepikan arahan mahkamah supaya Tajudin membayar hutangnya dan sebaliknya menghapuskira hutang Tajudin sebanyak RM589 juta menimbulkan kemarahan rakyat terutama para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diburu. Keluarga mereka juga marah.

"Kalau dalam kes pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) kita lihat Dr Mahathir memberikan komen yang tegas, tetapi komennya begitu lunak dalam kes Tajudin dan oleh sebab itulah dia juga dilihat turut selamatkan bekas pengerusi eksekutif MAS itu.

"Perbuatan Umno menyelamatkan Tajudin itu menjadikan Umno dan BN lebih tidak selamat kerana memarakkan lagi api kemarahan rakyat dan memang benar kata Dr Mahathir, parti pemerintah menghadapi masalah mendapatkan majoriti dua pertiga," katanya.

Peminat kecewa Kedah tumpas lagi malam tadi...

Terimalah hakikat bahawa permainan malam ini pada satu ketika sememangnya dibawah prestasi sebenar Kedah. Tiada siapa yang nafikan. Kekalahan kali kedua selepas Felda United menang keatas kita tiba pula malam tadi kita tumpas di tangan Sarawak 2-0.

Peminat kecewa? Ramai yang telah luahkan secara zahir pada malam ini dengan seawal minit ke 80 kebanyakan penyokong kelihatan telah mula meninggalkan stadium. itu belum lagi pekikan selepas perlawanan dan provokasi yang dihidangkan ke atas pemain dan jurulatih Manifestasi ini adalah lumrah sebagai seorang peminat. Tiada siapa yang senang hati dengan prestasi yang dipamerkan malam ini lebih-lebih lagi pada separuh masa kedua.

Tapi ingat, Pasukan Kedah berhak mendapat yang terbaik dari peminatnya. Pasukan Kedah adalah lebih besar dari individu itu sendiri. Betapa kita tidak suka akan apa yang berlaku, jauh disudut hati pasukan Kedah tetap dihati. Pandang ke hadapan dan jadikan pedoman apa yang berlaku malam ini dan hikmah disebaliknya cukup besar.

34 rumah di Pendang dilanda banjir lumpur

PENDANG -- Sebanyak 34 rumah di empat kampung di Mukim Air Putih dekat sini dilanda banjir lumpur sedalam 0.2 meter awal hari ini.

Empat kampung yang terlibat dalam banjir lumpur itu ialah Kampung Kilang Kechil (lima rumah), Kampung Lanjut Binjal (12), Lorong Haji Daud, Air Putih (dua) dan Kampung Air Putih (15).

Talib Arifin, 70, yang tinggal di Kampung Kilang Kechil berkata hujan lebat pada pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi ini menyebabkan air bukit di kawasan kuari tanah itu mengalir deras secara tiba-tiba dan masuk ke dalam rumahnya dan jiran yang lain.

"Masa kejadian saya dan isteri Azizah Md Rejab, 64, sedang tidur. Apabila tersedar, kami dapati air sudah mula masuk ke dalam bilik...air naik secara mendadak dan kami tak sempat menyelamatkan barang-barang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Talib yang tinggal berdua sahaja bersama isterinya, berkata kawasan rumahnya dan jiran yang terlalu rendah menyebabkan kerap berlaku banjir kilat tetapi ini banjir lumpur ini yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.

Gerik mengalami krisis air sudah seminggu sehingga minta bantuan lori dari negeri PR

Krisis Air Gerik.Perak minta bantuan Kedah, Penang,Selangor.

Oleh: MSK


Hari ini sudah enam hari sebahagian besar penduduk Gerik terputus bekalan air akibat daripada tanah runtuh di loji penapisan air di Bersia Lama, Gerik.

Tidaka da berita dan tidak ada sesiapa pun yang bising bila Perak mengalami masalah air. Tapi kalau ianya berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan atau Selangor..sudah pasti puak-puak Umno menjerit kebisingan.
Ingat lagi bila banjir berlaku di Kedah? 

Macam-macam kutukan dibuat oleh Umno. ada yang kata Kedah tak prihatin. Ada yang kata Kedah tak bantu penduduk yang terlibat dengan banjir. Pemuda-Pemuda dan Puteri Umno pun sibuk bergambar seolah-olah mereka lah hero banjir. Tapi bila berlaku di Gerik Perak, semua berita digelapkan.

Krisis air di Gerik menggambarkan kelemahan pentadbiran Perak dibawah Zambry. Ketika BN berbangga dengan kejayaan membawa Vale ke Teluk Rubiah dengan menggadaikan alam sekitar, Lembaga air Perak dibawah Zambry gagal memberi bantuan air kepada penduduk tempatan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...