TERKINI :

Friday, April 13, 2012

Demo Lynas Di Kedah - Perangai Huduh Sahabat Seperlawanan Dengan Kita

Jaja ‘borang Umno’ dari rumah ke rumah

TANAH MERAH, 12 April: Seorang wanita ditugaskan turun naik rumah penduduk untuk mendapat tanda tangan borang yang siap diisi. Ada juga budak yang diminta menandatangani borang bagi pihak ibu bapa mereka.

Penduduk memberitahu wanita berkenaan bekerjasama dengan seorang lelaki berharap usaha itu dapat mewujudkan cawangan baru Umno Kampung Jegor bagi menyaingi cawangan Umno yang sedia ada.

Seorang penduduk Ahmad Razali Ahmad berkata, wanita terbabit membawa borang yang sudah siap diisi menemui sesiapa sahaja untuk menandatanganinya.

“Dia tidak memberitahu borang berkenaan ialah permohonan menjadi ahli Umno. Namun dia sanggup melakukan dengan harapan cawangan baru Umno diwujudkan di Kampung Jegor.

“Pada awalnya wanita dan lelaki terbabit difahamkan tidak senang dengan ketua cawangan Umno yang sedia ada sehingga mengambil tindakan mewujudkan cawangan baru biar pun bilangan penduduk tidak ramai.

“Sedangkan bilangan pengundi di Kampung Jegor hanya sekitar 50 orang, bagaimana hendak wujud dua cawangan Umno pula,” katanya di sini.

Anak Harusani di Ceramah PAS...


Peribahasa Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,yang bermaksud..macam mana bapa macam itulah anak,tidak boleh digunakan dalam perjuangan menegakkan agama Allah apabila Anak kepada Mufti Umno Perak (Dato' Harussani) berbaju coklat dan berketayap putih turut bersama YB Salehudin Ayub semasa ceramah Pas di Taman Soon Choon Ipoh...Peribahasa yang masih kekal sampai bila-bila ialah "Melayu Bangang Umno Menangggg.."dan "Dimana Umno Kuat disitu Banyak Maksiat"
 
http://karatijau.blogspot.com

'Duduk Bantah' untuk masa depan anak muda

KUALA LUMPUR, 12 April: Golongan muda harus mengambil bahagian dalam 'Duduk Bantah' pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih jika cintakan negara ini.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A. Samad Said (gambar) berkata, apa yang dilakukan gabungan ini adalah untuk masa depan golongan muda.

"Anda semuanya mengetahui bahawasanya 28 April ini kita adakan satu gerakan untuk membersihkan lunas-lunas demokrasi dengan melakukan "Duduk Bantah' dan 'Duduk Bantah' ini memang untuk semuanya.

"Saya harap pun semua (peringkat umur) akan datang tapi khususnya saya mengharapkan angkatan muda kerana apa yang kami lakukan ini adalah untuk masa depan angkatan muda. Angkatan muda sendiri harus mengambil perhatian dan memberikan sokongan yang sepenuhnya," kata sasterawan negara itu yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Pak Samad yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 Isnin lalu juga berkata, beliau tidak keberatan untuk membacakan kembali puisinya "Unggun Bersih" pada perhimpunan tersebut.

"Itu tidak mustahil kalau iklim dan suasananya bagus. Saya akan membaca Unggun Bersih dulu. Unggun Bersih akan bergema kembali dan menyala-nyala dalam dada," katanya yang pernah dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis kerana mendeklamasikan sajak tersebut yang dianggap "menghasut" beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Tanah untuk UMNO atau tanah untuk masjid?

Oleh Daing Yahya

Katanya, Utusan Malaysia dan juak-juak UMNO, lebih tepat lagi UMNO Oleh Daing Yahyaterkinja-kinja kegembiraan kerana mendapat ‘peluru emas’ untuk menembak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan Lim Guan Eng sendiri. 

Halnya bertolak dari isu tanah di satu kawasan yang telah gagal dibangunkan oleh kerajaan BN (Koh Tsu Koon).

 Kemudian, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih, maka kawasan ini akan dibangunkan, justeru proses pembangunan itu haruslah melalui proses yang sama sekali lagi, tetapi kali ini menerusi tender terbuka kepada semua kontraktor pemaju. Ini amalan rasmi kerajaan Pulau Pinang berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT). 
 
Akhirnya tender pembangunan di Bayan Mutiara ini telah dimenangi oleh pemaju tempatan. Isunya timbul apabila salah satu lot tanah dalam kawasan pembangunan Bayan Mutiara ini ‘dikatakan’ akan hilang. Tanah yang dimaksudkan itu ialah tanah untuk tapak sebuah masjid.

Kita harus membaca anatomi kes ini iaitu, setiap kawasan atau tanah yang akan dibangunkan, pastilah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, dan syarat-syarat dalam perjanjian ini juga berdasarkan logik juga iaitu, mana-mana kawasan perumahan, wajiblah menyediakan prasarana asas. Prasarana ini termasuklah sekolah, masjid, rumah ibadat, klinik, balai polis, bomba dan lain-lain.

Pakatan Rakyat Sekadar tunggu disembelih SPR ...

Oleh Ahmad Lutfi Othman

  

Minggu ini suhu politik tanahair makin membahang dan panas menikam.

Bapa Altantuya Shaariibu, model Mongolia yang dibunuh kejam, Setev Shaariiibu, yang berada di Kuala Lumpur dalam lawatan tiga hari, mendakwa pernah melihat gambar anaknya diambil bersama Perdana Menteri, Najib Razak.

Dua akta primitif, yang mengekang kebebasan bersuara, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing dibentang di Dewan Rakyat untuk pindaan dan pemansuhan (tetapi diganti dengan rang undang-undang pencegahan, yang juga dilihat keras).

Apa pun, ramai percaya, tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak akan melewati Jun ini, selepas beberapa kali ramalan tersasar. Najib masih belum kejap hatinya untuk turun ke medan meskipun saban hari berkempen politik menggunakan dana dan kemudahan awam.

Dalam pada itu. setiap program ceramah, debat dan diskusi politik Pakatan Rakyat mendapat sambutan hangat, tidak kira siapa yang mengisinya. "Paling kurang, kutipan derma dapat menampung kos program, tapi selalunya mampu meningkatkan hasil tabung PRU13," usik aktivis PAS Kuala Lumpur.

Kekayaan negara mampu tanggung kos pengajian

KUALA LUMPUR, 12 April: Dengan limpahan kekayaan negara Malaysia, sebuah kerajaan yang beramanah, adil lagi telus pasti mampu menjana pendapatan yang baik yang memungkinkan kos yuran pengajian ditanggung oleh perbelanjaan rasmi kerajaan.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, ini kerana Malaysia merupakan negara yang dianugerahkan oleh Allah sumber kekayaan yang sangat banyak bermula dengan minyak sebagai antara sumber pendapatan terbesar dan hasil mahsul yang lain.

“Namun, rakyat gagal menikmati sepenuhnya kekayaan tersebut termasuklah untuk menikmati pendidikan tinggi secara percuma disebabkan salah urus kewangan yang berlaku di pihak pemerintah Barisan Nasional,” katannya dipetik daripada web malaysiatransform.com.

Katanya, kegagalan kerajaan BN menanggung sepenuhnya kos pendidikan di peringkat tinggi berpunca sekurang-kurangnya daripada tiga sebab.

Pertamanya, kata beliau kegagalan menjana pendapatan sebenar negara kerana rasuah dalam pentadbiran negara.

Keduanya, ujarnya ketirisan yang sangat banyak dalam pengurusan perbelanjaan harta negara.

“Ketiganya, pemborosan perbelanjaan dalam perkara yang tidak utama dan penting,” katanya lagi.

Oleh itu, ujarnya sebuah kerajaan yang bersifat amanah, adil, telus lagi bersederhana dan tidak boros amat diperlukan oleh rakyat Malaysia selepas PRU13 nanti.

Najib Tun Razak dan PTPTN - Depa Start Berbohong..!!!

Tulang Besi sedang perhati segala kenyataan Najib Tun Razak bersama-sama juak mereka terhadap cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN. Tampak begitu gusar dan risau mereka BN apabila cadangan Pakatan Rakyat itu mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Orang2 UMNO pun meleleh air liur mereka melihat tawaran Pakatan Rakyat ini menyebabkan kesayangan mereka kepada Najib Tun Razak semakin luntur. Tak heranlah populariti Najib semakin pudar sejak akhir2 ini.

Mari kita lihat senarai pembohongan Najib dan kuncu2 nya itu:
1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja.

Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang. Kalau Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN selepas bulan Jun ini, maka Pakatan Rakyat akan ambil langkah2 lain untuk memastikan jumlah tertangguh tersebut tidak akan sampai RM43b.

Najib Tun Razak jelas berbohong di sini.

2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

HAKIKAT: Tak perlu pergi jauh, rujuk pada WIKIPEDIA di sini

Di situ disenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma. Senarai yang diberikan adalah:

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary,Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia
Dato Najib cuma memberi nama 3 negara sahaja tapi hakikatnya jumlahnya jauh lebih banyak. Jelas Najib menipu di sini.

Kesian kepada "Anak Tiri" UMNO Kedah nie...!!!

Syed Sobri mahu ketepi isytihar muflis
 
Datuk Syed Sobri Syed Hashim
KUALA NERANG - Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata beliau telah mengarahkan peguamnya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mengenepikan keputusan mahkamah itu yang mengistiharkan beliau muflis.

Katanya beliau menjangkakan keputusan mengenai permohonannya itu akan diketahui dalam masa tiga empat hari lagi.
 
Selain itu, katanya beliau juga telah menghubungi semua pemberi hutang supaya memberikan masa kepadanya untuk membayar balik hutang berkenaan.
 
"Saya positif dapat selesai masalah ini dan kekal sebagai Adun," kata Syed Sobri kepada Bernama semasa melawat mangsa ribut di pekan Kuala Nerang di sini, hari ini.

Susulan Memo Bantahan Kes Perjumpaan Melibatkan Ketua UMNO Kuala Kedah



Keratan akhbar berkaitan kes perjumpaan mesra melibatkan Pegawai Khas
Perdana Menteri dan Pegawai Tadbir Agama Kota Setar

Alhamdulillah, hasil tindakan pantas DPP Kawasan Kuala Kedah bersama Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah, pada jam 4.06 minit petang Isnin pada 9 April 2012, Syeikh Alauddin Dato' Abu Bakar telah menghubungi Saudara Azizi Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah memaklumkan pembatalan jemputan kepada Dato' Latt Shariman, Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah untuk program perjumpaan dengan pegawai-pegawai masjid daerah Kota Setar dan Pokok Sena pada 15 hb April (Ahad) ini.

Sebelum ini dilaporkan, pihak DPP dan PAS Kawasan Kuala Kedah meragui perjumpaan tersebut (di sini) kerana kapasiti Dato' Latt Shariman dipertikaikan untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai masjid yang bukan berada di bawah bidang kuasanya. Malah Dato' Latt dan Pegawai Agama Daerah Kota Setar jelas membelakangkan Exco Kerajaan Negeri Kedah berkaitan, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul yang sepatutnya mengetahui secara terperinci mengenai hal ini, seterusnya turut dijemput bersama ke perjumpaan tersebut.

DPP Kawasan Kuala Kedah serta Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah bersama beberapa wakil masjid di Kuala Kedah dan penduduk, telah menghantar memorandum bantahan ke pejabat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, sebelum turut menghantar memo yang sama kepada Exco Agama, YB Dato' Taulan di Wisma Darul Aman.

Sejurus selepas itu, maklumat terkini, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Alaudin memberitahu perjumpaan itu dibatalkan kerana bantahan yang telah dilakukan tersebut. Walaupun dilaporkan beliau berkata ianya hanya perjumpaan mesra antara wakil Perdana Menteri dengan pegawai agama, apakah signifikannya seorang Pegawai Tadbir Agama meluluskan pertemuan Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah dengan imam/pegawai masjid daerah Kota Setar dan Pokok Sena? Kenapa hanya melibatkan pegawai masjid daerah Kota Setar dan Pokok Sena sahaja malah ianya dikatakan hanya perjumpaan mesra??

Ribut landa Pekan Kuala Nerang, hampir 20 rumah rosak

ALOR SETAR - Ribut kuat disertai hujan lebat kira-kira 15 minit di pekan Kuala Nerang dekat sini, petang semalam menyebabkan hampir 20 rumah dan berbelas kedai serta gerai rosak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata rumah-rumah yang rosak teruk ialah di Kampung Bendang, Kampung Baru, Kampung Semeliang dan Kampung Seberang serta beberapa taman perumahan di pekan Kuala Nerang.

"Saya bersama Pasukan Bertindak Adun Kuala Nerang melancarkan operasi memberi khidmat bantuan kepada mangsa-mangsa ribut dan menebang pokok yang tumbang menimpa rumah dan gerai-gerai sehingga tengah malam tadi.

"Khidmat ini disambung hari ini. Bantuan segera RM500 diberi kepada pemilik rumah yang mengalami kerosakan teruk manakala pengusaha gerai antara RM100 dan RM200," katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang ibu tunggal, Rokiah Ahmad, 63, dari Kampung Seberang berkata ribut dan hujan lebat pada kira-kira pukul 6 petang itu berlaku hanya beberapa minit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...