TERKINI :

Thursday, April 12, 2012

Akta baru masih 'berwajah' ISA?

kUALA LUMPUR, Ahli Parlimen PAS akan memberi perhatian khusus berhubung undang-undang pencegahan baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengambil bahagian sewajarnya dalam sesi perbahasan nanti.

"Bagi saya ianya masih lagi mengandungi unsur-unsur pelanggaran secara tersirat dan perlu dibahas dengan teliti sebelum kita buat keputusan menerima atau menolak.

"Sehingga kini kita melihat kerajaan masih lagi tidak memberi satu jaminan bahawa undang-undang ini berbeza dengan ISA dan kita akan bahaskan," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Beliau diminta mengulas pembentangan rang undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibentangkan menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini.

Ianya juga diluluskan untuk bacaan kali kedua dan akan dibahaskan pada Isnin ini.

Najib tidak janji kesemua 22 penambahbaikan sebelum PRU 13

Tarikh PRU 13 kekal menjadi rahsia peribadi Perdana Menteri Najib Razak, tanpa menjanjikan sama ada kesemua 22 syor penambahbaikan proses pilihan raya yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) sempat dilaksanakan sebelum PRU 13.

Najib menegaskan sebermulanya bahawa pilihan raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan adil, malah menekankan, "We are all for clean and fair election."  Beliau berkata Barisan Nasional enggan dilihat menang atas asas pilihan raya yang dimanipulasikan, sebaliknya sempat menyindir sesetengah wakil rakyat yang tidak mengadu masalah pengendalian pilihan raya apabila dirinya menang dalam pilihan raya.  Najib mengulangi hujah bahawa pembangkang berjaya menawan lima negeri, dan PAS di Kelantan selama 22 tahun, sebagai bukti pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil.

Ketika ditanya sama ada 22 syor penambahbaikan yang dicadangkan dan dibentangkan PSC pada 3 April lalu itu akan dilaksanakan, beliau sekadar menjawab, "Apa-apa yang boleh dilakukan, misalnya (penggunaan) dakwat kekal, kita akan (laksanakan) sebelum pilihan raya."

Obsesi parti pemerintah

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ahmad Maslan, terdapat hanya 101 buah syarikat atau 10.7% daripada 941 syarikat senaraian awam (SSA) atau "public listed companies" (PLCs) di Bursa Malaysia adalah milik Bumiputera sehingga 31 Disember 2011.  Daripada 101 PLCs berkenaan, hanya 75 syarikat yang mencatatkan keuntungan.

Sebelum membuat sebarang ulasan lanjut, ada baiknya jika pihak JPM diminta memberi penjelasan dan kepastian mengenai takrifan yang digunapakai bagi menentukan status Bumiputera sesebuah SSA sama ada dari segi:

• pegangan ekuiti oleh pemegang saham individu atau institusi yang disifatkan sebagai Bumiputera, pada paras 30% sejajar dengan sasaran pegangan ekuiti korporat Bumiputera dalam dasar afirmatif negara ataupun 51%, lazimnya paras minimum yang diperlukan untuk menguasai sesebuah syarikat; atau
• barisan pengurusan kanan didominasi oleh kaum Bumiputera; atau
• sebarang kriteria lain yang memenuhi syarat untuk layak digelar sebagai SSA Bumiputera?

Sudah pasti banyak pihak yang akan mengaitkan statistik SSA Bumiputera ini dengan sasaran pegangan ekuiti korporat Bumiputera minimum sebanyak 30% di bawah dasar tindakan afirmatif yang dilaksanakan sejak 1971 dalam pelbagai nama dan bentuk bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), diikuti oleh Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Visi Nasional (2001-2010).  Berdasarkan data tahun 2008 yakni statistik terkini bagi pencapaian dasar afirmatif ini, pada paras 21.9%, kaum Bumiputera ternyata masih gagal mencapai sasaran tersebut.

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu adalah hujjah laknat tahap sial!

Oleh Penarik Beca
  

Saya tak ada masalah kalau orang nak berbahas kata. Umno tibai PAS, PAS pula tibai Umno. Itu biasa. Tetapi biarlah macam ada akal. Walaupun saya rasa cara pentadbiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak macam pentadbiran taghut, tapi dalam beberapa hal, saya salute cara dia berhujjah.

Walaupun majoriti orang Umno yang hantar komen dalam blog ini berhujjah macam sial punya lahanat, macam setan, tetapi jika ada yang mari berhujjah dengan baik, saya respect. Antara yang saya ingat yang berhujjah dengan baik ialah yang pakai pengenalan Malay Mind. Sama ada hujjah dia kuat atau tidak, itu soal lain. Tetapi kurang-kurang pun Malay Mind tak berhujjah macam sial punya lahanat.

PRU13: Nyahkan pemimpin yang menyusahkan rakyat

Syed Abdullah Jamalullail

Apabila bekas Presiden MIC,Datuk Seri S.Samy Vellu menempelak bekas 'bos' idolanya kerana menuduh Tun Dr.Mahathir Mohamad sebagai dalang yang membuatnya kalah teruk di kawasan kubu kuatnya di Parlimen Sungai Siput adalah sesuatu yang di uar jangkaan kita.

Kenapa baru sekarang meluahkan perasaan setelah 4 tahun terpendam rasa marah yang meluap-luap kepada Tun sedangkan semasa Datuk Seri Samy Vellu menjadi Menteri Kerja Raya berpenggal-penggal dahulu apa juga tindakan Tun atau apabila Tun didalam keadaan terancam pucuk pimpinannya Datuk Seri Samy Vellulah orang yang pertama tampil dengan penuh bersemangat membuat kenyataan bahawa beliau berdiri teguh di bawah kepimpinan Tun didalam apa juga situasi pun.

Inilah apa yang dikatakan adat resam politik di negara ini dimana semasa seseorang itu memegang tampuk pucuk pemerintahan semua orang akan 'menghimpit' dan sanggup buat serta berkorban apa sahaja termasuk membawa budaya mengampu yang melampau asalkan dapat kedudukan di dalam politik dan sudah tentunya di dalam kerajaan walau pun pada hakikatnya tidak ada nilai langsung di mata rakyat.

Datuk Seri Samy Vellu sepatutnya sedar bahawa kekalanan teruk yang berlaku ke atas dirinya dahulu bukannya kerana kenyataan Tun Mahathir semata-mata tetapi adalah kerana keangkuhan sikap sebagai seorang pemimpin parti MIC yang memecat sesiapa sahaja yang dianggap sebagai musuh dan yang paling ketara sekali adalah kebencian rakyat kerana mudah benar manaikkan bayaran harga tol di lebuhraya-lebuhraya termasuk lebuh raya PLUS dan lebuhraya yang pendek jarak perjalanannya dimana 50 sen pun dikenakan bayaran yang sepatutnya tidak berlaku.

Cakap puak UMNO selalunya terbalik - Jadi KOMPOM kat SELANGOR ada OPERASI TERENGGANU @ GELOMBANG BIRU

 Khir Toyo nafi "Operasi Terengganu" di Selangor

Pertambahan pengundi secara mendadak mencungkil keraguan bahawa "Operasi Terengganu" sedang dijalankan di Selangor, mengulangi strategi tahun 2004 bagaimana UMNO-Barisan Nasional merampas semula negeri yang ditawan musuh politiknya.

PAS berjaya menawan negeri Terengganu dengan gelombang Reformasi dalam PRU 10 pada tahun 1999, namun kuasa kerajaan negeri itu dirampas semula oleh BN pada tahun 2004.  Bagaimanapun, PAS menganggap kekalahannya di negeri Terengganu bukan disebabkan penolakan rakyat, tetapi manipulasi terancang oleh BN.

Dalam satu ucapan Hadi Awang, Presiden PAS pada Februari 2012, beliau berkata, "Kita (PAS) kalah PRU 2004, kalah bukan rakyat tolak tetapi kalah dengan penipuan.  Mereka (UMNO) masuk (daftar) pengundi yang ramai dan mereka (pengundi) yang tidak dikenali."

Menurut sumber maklumat kepada MerdekaReview, misi menawan semula negeri Selangor ini diberi nama "operasi Terengganu", iaitu merampas semula Selangor dengan cara sebagaimana BN menawan Terengganu pada tahun 2004.  Menurutnya lagi, "Operasi Terengganu" dijalankan melalui cara teknikal, misalnya penggarisan sempadan kawasan pengundian, memindahkan pengundi ke pusat daerah mengundi yang lain, menambah undi pos, mendaftarkan penduduk tetap sebagai pengundi dan sebagainya, untuk memenangkan BN dalam PRU akan datang.

Oleh itu, sumber maklumat menganggap inilah asas keyakinan Najib Razak selaku Pengerusi Perhubungan UMNO untuk menawan semula negeri yang kini diperintah Pakatan Rakyat ini.

Ustaz Azhar - Di Kelantan Selesai tapi di Kedah apa cerita..??

Jangan persulitkan beri tauliah untuk Ustaz Azhar

Kalau tidak silap pendengaran dan tanggapan saya, isu kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Kelantan dikatakan dipersoalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) telah pun selesai. Azhar khabarnya dilarang untuk menyampaikan kuliah di masjid kerana tidak ada tauliah.

Semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu awal Mac lalu, beliau membayangkan rasa terima kasih kepada pihak tertentu kerana halangan untuk menyampaikan kuliah di Kelantan selesai.

Penyelesaian itu terbayang dalam kata-katanya berbunyi; "kalau tidak boleh di masjid kita berceramah di futsal. Tetapi Alhamdulilah nampak orang terima kita."

Beliau dilarang kerana tidak ada tauliah. Persoalan tauliah adalah subjektif. Saya membahas mengenai hal ini untuk apa tauliah sedangkan apa dilakukan Azhar itu untuk kebaikan umum. Ribuan anak muda dan remaja yang sebelum ini jarang mendengar syarahan agama mengerumui beliau. Bukankah itu satu perkembangan yang baik?

Sehubungan itu demi memenuhi kehendak para peminatnya serta misi dakwahnya, Azhar sedia untuk 'memohon' mendapatkan tauliah walaupun perbuatan itu tidak penting sebenarnya. Tetapi kerana peraturan dan amalan terpaksa juga Azhar memohonnya seperti juga ustaz dan guru-guru lain.

Ku Li: Jangan uji kesetiaan saya dan saya yang buat perjanjian Petronas & Negeri


Ku Li: Jangan uji kesetiaan saya
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini dilihat mencetuskan kontroversi susulan kenyataan-kenyataan tidak selari dengan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN), mengingatkan agar mana-mana pihak tidak menguji kesetiaannya kepada parti.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, kekuatan prinsip dan keyakinan dalam parti menyebabkan beliau tidak pernah kalah dalam pilihan raya yang disertainya sebelum ini.

“Macam-macam pendapat orang berikan terhadap saya, namun saya yakin dengan (kesetiaan), itu menyebabkan setakat hari ini saya tidak pernah kalah (pilihan raya).

"Saya yakin kepada rakyat dan parti, tak perlu bercakap soal ini, saya lebih lama dalam Umno, dalam soal setia tak setia, itu kena tanya di akhirat nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel Bicara Perjuangan dan Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Kelantan Trade Centre malam semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas pemimpin Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh.

Mansuhkan PTPTN, tuntut pendidikan percuma


Walaupun terdapat tekanan daripada pihak kerajaan, anak muda dan mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan bagi menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut disediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia, tegas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang @ Talib.”

Sejarah telah mencatatkan bagaimana hebatnya gerakan dan aktivisme mahasiswa sekitar sekitar 60an sehingga 70an sebelum terciptanya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 (AUKU)yang dicipta oleh mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Umum sedia maklum bahawa aktivisme ketika itu amat agresif karena tekanan sang penguasa serta kesedaran disebabkan fakulti akal anak muda ketika itu cerah. Ketika itu juga mahasiswa bangkit dengan pelbagai isu rakyat dengan kata yang diperkenalkan oleh Presiden Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) ‘Mahasiswa jurubicara masyarakat.” Aktivisme mereka diikuti oleh beberapa siri demonstrasi termasuk peristiwa Tasek Utara, Kes tanah Telok Gong dan demo Baling yang harus dipertanggungjawabkan atas undang-undang drakonian AUKU yang telah membunuh ‘roh’ kampus dan anak muda.

Apa punya NGOK peniaga ubat nie.. orang suruh menderma bukan suruh meniaga..!!

Bayi mata terbonjol: Kami tak mampu beli ubat
Wartawan Sinar Harian
11 April 2012
Keratan akhbar Sinar Harian semalam
PENDANG – Tawaran segelintir pihak ingin menjual ubat bagi mengubati Nur Umairah Mohd Akbal berusia empat bulan yang menderita apabila kedua matanya terbonjol dan bengkak terpaksa ditolak ibu bapa bayi berkenaan.

Ibunya, Zainon Mohd Tajuddin, 20, berkata, dia menerima banyak panggilan orang ramai ingin membantu namun ada juga pihak yang menghubungi menawarkan jualan ubat masing-masing.

“Banyak juga penjual ubat yang menghubungi mengatakan ubat mereka berkesan dengan harga ratusan ringgit serta memujuk saya membeli namun saya hanya berkata bahawa saya tidak mampu kerana ketiadaan wang.

“Saya memaklumkan kepada penjual ubat bahawa saya tiada wang menyebabkan saya merayu bantuan orang ramai sepertimana yang dilaporkan akhbar ini kelmarin,” katanya.

Zainon berkata, dia bersyukur kerana banyak pihak menghubunginya memaklumkan ingin membantu dengan meminta nombor akaun bank namun ketiadaan nombor akaun menyebabkan dia terpaksa memberi nombor akaun abangnya.

Hanya 1 meter ombak landa Pantai Aceh

KUALA LUMPUR, 11 April: Ketakutan kepada bencana tsunami besar-besaran berkurangan dari pemikiran rakyat Aceh, Indonesia apabila hanya ombak 1 meter menerpa pantai kawasan itu.

(Penduduk Aceh berada di tempat tinggi memerhati pantai Aceh)

Ekoran itu, amaran tsunami ditarik balik selepas empat jam dinaikkan untuk memberikan amaran kepada rakyat Indonesia khanya yang tinggal di sepanjang pantai Sumatra Barat.

Bagaimanapun, peringatan diberikan agar mereka menjauhi kawasan pantai dan jangan turun ke laut sehingga keadaan benar-benar selamat.

Gempa berkekuatan 8.5 skala Richter yang menguncang Aceh pada jam 4.38 petang tadi menyebabkan gelombang menghala ke pantai.

Namun, Media Indonesia melaporkan, gelombang dilaporkan telah sampai ke pantai di pulau Simeulue, Sumatra.

Demikian kata Prih Harjadi dari Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), kepada sebuah stesen televisyen nasional Indonesia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...