TERKINI :

Tuesday, April 10, 2012

HARI ini nampaknya PM kita kantoi lagi dengan rakyat Malaysia...

HARI ini nampaknya PM kita kantoi lagi dengan rakyat Malaysia... itu laa rakyat sekarang bukan macam dulu lagi boleh terima bulat-bulat apa yg dikatakan oleh pemimpin....

Zaman letak calon tunggul dulu boleh la..apa hangpa kata rakyat akan patuh dan terima...namun sekarang rakyat yg tiada sempadan.. mereka akan mencari dan terus mencari fakta dan data apa yg dikatakan oleh setiap pemimpin....

Nah sekarang cuba tengok..kan dah kantoi..itu la nak bercakap tengok dulu kiri kanan.....

Dulu dalam KFA ada penyamun yang memimpin sampai buat hutang RM5juta..

JANGAN BAGI PENYAMUN JADI PEMIMPIN....???? 

Semasa umno memerintah kedah berakhir 2008 .. Pesatuan bola sepak Kedah (KFA) berhutang atau hutang tertongak sebanyak RM 5 Juta kata umno pandai memerintah pandai mengurus keewangan....kemana perginya wang KFA yg di uruskan oleh pemimpin umno .???

RM5 juta ooooo...banyak lol... Pakatan yg di kata tak pandai memerintah dan tak tahu mengurus negeri boleh pulak menbayar hutang KFA sebanyak RM 5 juta...megapa org tak pandai urus negeri dan wang negeri...??jawab mai sat pemimpin2 umno....lembu2 umno tak yah jawab la...menyemak saja...????
Asfanizam Abdullah

Bapa Altantuya pula dedah penah tengok gambar anak dia dengan Najib..!!

Bapa Altantuya dakwa lihat gambar anak dengan PM

gambar hiasan ja nie..!!

Untuk pertama kalinya sejak perbicaraan kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2007, bapa wanita tersebut, Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram semalam, Setev mendakwa, Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki.

Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda.

Melalui penterjemah, Setev mendakwa, Altantuya memberitahunya sebelum bertolak ke Malaysia pada Oktober 2006 bahawa anaknya itu akan bertemu Razak untuk mendapatkan bayaran yang dijanjikan bagi kerja penterjemahan untuk “beberapa syarikat.”

Razak didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya, tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Dewan Pemuda PAS Malaysia - Daulat Tuanku

SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KE 14
18 Jamadi al-Awwal 1433 bersamaan 10 April 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke 14 pada hari Rabu, 11 April 2012.

DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini.

DPPM juga  menyanjung tinggi konsep Raja Perlembagaan yang diamalkan di negara ini sejak merdeka. Sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, menjadi harapan seluruh umat Islam agar DYMM Tuanku terus memayungi umat Islam dan memartabatkan agama Islam di negara ini. DPPM berharap dengan pertabalan Tuanku  ini juga akan merancakkan lagi terhadap pemerkasaan perlaksanaan dan penguatkuasaan syariat dan hukum-hukum Islam  yang semakin subur dalam pemahaman rakyat jelata. DPPM yakin hanya Islam lah penyelamat dan faktor penyatuan ummat dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Sejarah telah membuktikan sejak zaman kesultanan Melaka dahulu, Islam menjadi agama yang dihormati dan diterima apabila Sultan dan Rajanya menjadi penauang dan pelaksana baginya.

Akhirnya, DPPM mendoakan semoga DYMM Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.

DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Task force: Jangan pekak pendedahan Mahfuz


PAS mengingatkan seluruh rakyat bahawa kita mempunyai sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan kian khianat terhadap masa depan negara.

Tindakan kerajaan memekakkan telinga terhadap pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa wujudnya sebuah task force khas yang diketuai oleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan kerajaan BN merupakan suatu malapetaka bagi negara.

Tindakan terdesak ini jauh lebih besar bahaya berbanding semua penyelewengan dana negara, kerana memberi kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bermakna menggadai kedaulatan dan masa depan negara.

Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan bumiputera dalam negara ini? Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini.

Bahkan, apa yang lebih mendukacitakan badan-badan NGO yang selama ini bertempik mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan tanahair sunyi sepi seolah-olah isu ini hanya rekaan pembangkang.

Task Force : Pegawai kerajaan sila jangan jual negara..!!

'Task force': Pegawai kerajaan jangan sembelih diri sendiri

KUALA LUMPUR, 10 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan tindakan Umno menubuhkan 'task force' untuk mendaftar pengundi warga asing satu tindakan mencabul konsep perlembagaan yang amalkan demokrasi sebenar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pegawai kerajaan jangan terpengaruh dengan pemberian duit dan pangkat dari Umno kerana ia hanya menyembelih diri sendiri.

"Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan  dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri.

"Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat saya lah," kata Abdul Hadi mengulas penubuhan 'task force' khas oleh Umno untuk mendaftar warga asing menjadi pengundi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mhafuz Omar baru-baru ini mendedahkan penglibatan beberapa orang termasuk pegawai kerajaan dalam 'task force' untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Bagi Abdul Hadi, yang lebih malang lagi adalah orang Melayu yang terpengaruh dengan hujjah kononnya tindakan ini dibuat untuk menjaga kepentingan politik Melayu.

BERSIH 3.0 - Kerajaan kata boleh..tapi hangpa percaya kaa..???


Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0
 
Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.

BERSIH 3.0 : Ayuh Anak Muda..pastikan 10K Anak Muda untuk satu negeri


Bagi membantu pihak penganjur himpunan  rakyat Duduk & Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500K penyertaan,

Kami Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen untuk mengerahkan paling minima 10K anak muda dari setiap negeri  untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April 2012 kelak.

Anak muda ini tidak semestinya dari ahli PAS sebaliknya dari pelbagai lapisan anak muda prihatin yang menyedari keperluan untuk bangkit melakukan perubahan memulih sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara.

Selama ini anak - anak muda memerhati kepincangan urus selia sistem pilihanraya melalui alam maya. Mereka berkumpul membentuk gelombang cyber. Jumlah mereka terlalu ramai. Saya harap kali ini mereka keluar dari gentian cyber untuk Duduk dan Bantah di Dermaga Pada iaitu di alam nyata dan tempatnya telah ditetapkan di Dataran Merdeka bukan lagi di Alam Maya.

Insyaallah DPP Negeri dan kawasan akan bantu membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang kita miliki.  Kita juga akan bergandingan dengan Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy untuk memastikan sasaran dan objektif tercapai.

Tsunami melintasi Laut China Selatan


Pilihan raya adalah permainan angka. Kebetulan pada 31 Mac lalu saya berkunjung ke Kota Kinabalu, dan esoknya terbang ke Miri. Kali ini, elok kita teliti fakta-fakta pilihan raya, khususnya di Sabah.

Daripada jumlah 222 kerusi Parlimen yang ditawarkan, 25 peratus daripadanya berada di Sabah dan Sarawak, dua negeri yang dianggap "simpanan tetap" BN dalam Pilihan Raya Umum 2008. Malah ada beberapa kerusi yang dimenangi BN tanpa bertanding.

Dahsyatnya membadai

Sarawak sudahpun melepasi Pilihan Raya Negeri Ke-10 tahun lalu. Tsunami politik PRU12 yang menggemparkan Semenanjung, kini membadai dengan dahsyatnya Bumi Kenyalang, terutama di kawasan majoriti pengundi Cina.

Justeru, pemerhati politik menjangka Sarawak mampu menyumbang lebih 10 kerusi Parlimen buat Pakatan Rakyat dalam PRU13. Empat tahun lalu, DAP hanya menang di Bandar Kuching, seterusnya pada Mei 2010, parti itu memperolehi satu lagi kerusi Parlimen, Sibu, melalui pilihan raya kecil.

Di Kota Kinabalu, semasa menghadiri kursus kewartawanan dan media baru, dan dilanjutkan pada malamnya, secara santai sambil menjamah "ikan terbang" di sebuah restoran masakan Padang di gigi air, saya berkongsi maklumat dan sudut pandang dengan pimpinan tertinggi PAS Sabah.

Selama ini, dalam tiga kali kunjungan ke Sabah, saya lebih tertumpu kepada usaha mengagihkan bantuan kepada keluarga tahanan ISA,  khususnya di Sandakan dan Tawau, selalunya menjelang Aidilfitri, bersama teman-teman Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Pesuruhjaya Negeri, Aminuddin Aling, timbalannya, Hamzah Abdullah (yang agak kerap mengirim SMS melontarkan idea dan juga teguran membina kepada Harakah) dan Setiausaha Perhubungan,  Ustaz Awang Leman Ikin ternyata optimis -- meskipun dalam nada agak berhati-hati -- dengan potensi rakyat Sabah untuk melakukan perubahan.

Tok Najib kena pakai kebaya dan selandang laa lepas nie....

Aaaala...you..kan..kan..jangan sampai I selak kain..

Oleh : PUTERI BULAN


Agaknya dah habis menteri-menteri di Malaysia ni...atau mungkin Tok Najib tak percaya pada sapa-sapa pun jua...hehehhe...sanggup dia sebagai PM ambik tui ( bahasa org Kedah)...pangku jawatan Kak Jat....

Kira best friend bebenor Tok Najib dengan Kak Jat....agaknya begini dialog mereka berdua..." tak pa..tak pa..jawatan you kita orang tak reniew...yelah....faham ajelah...you pun sibuk nak bela lembu-lembu you yang semakin membiak tu...apa-apa pun jawatan you I pangku...so you dont worrylah...I jaga seperti I jaga nyawa I...you retirelah dengan aman...".....

Sementara tu...Kak Semah pun berbisik kepada kekanda tersayang.." Ling..ling..bagi ayang ajelah jawatan tu....kan sinonim dengan I...I kan wanita....alah...kuce-kuce.." tapi Tok Najib mesti jawab begini...."ayang..mana boleh terus bagi dekat ayang...dah dekat PRU ni...nanti jadi isu...alah..beginilah....abang pangku ..tapi ayang yang punya...bolehkan..kan..kan.."

Hahahah..itu bukan imaganisai Puteri tapi tidak mustahilkan ianya terjadi.....dah la bebanan tugas sebagai PM bertimbun-timbun tapi masih sanggup memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan...hai portfolio tu bukannya ringan...beratttttt you...malah nak tanggung masalah berkaitan wanita...remaja....kebajikan wanita..tunggal..tinggal..tunggul....kes buang anak...dera anak....sebat anak....anak haruan..pak haruan....anak tak ketahuan...

Misi Latt Shariman ketagih nak jadi calon Parlimen Kola Kedah... menggunakan pejabat agama untuk halalkan misi beliau...

 

DPPKK telah menyerahkan memorandum membantah kerjasama antara JAIK dengan Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah yang memegang jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada PM untuk bertemu dengan kakitangan masjid Daerah Kota Setar dan Pokok Sena. 

Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah Latt Shariman telah memanggil pegawai masjid untuk satu perjumpaan melalui Syeikh Alauddin iaitu pegawai Agama Jab Agama Islam Kedah.

Panas !! Kadir Sheikh Fadhir akan berceramah atas pentas PAS di KEDAH

Kadir Sheikh Fadzir jumpa pimpinan PAS

 
(Kunjungan khas...TS Kadir bertemu dengan Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan kanan PAS di Pejabat Agung malam tadi)

KUALA LUMPUR, 10 April: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mengumumkan keluar dari Umno Mac lalu, mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi.

Bekas ahli majlis tertinggi Umno itu dilihat tiba bersorangan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut kira-kira jam 8 malam.

Beliau disambut Timbalan Presiden Mohamad Sabu serta Naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Turut serta AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Asmuni Awi, Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan serta Setiausaha Politik Presiden Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Perbincangan antara kesemua mereka bermula kira-kira jam 8.15 malam sejurus Tuan Guru Presiden tiba.

Pelbagai topik dibincangkan khususnya isu politik tanah air berkaitan kepincangan pilihan raya.

Menepis Hujah SPR yang dok kata depa adil sebab tu la PEMBANGKANG boleh menang..!!!

Hujjah dangkal Ahli Parlimen Umno yang kata SPR adil Sumber

Suruhanjaya Pilihanraya SPR
Puak-puak Umno BN dalam nak mempertahankan SPR yang depa kata adil dalam mengendalikan pilihanraya selalu sangat guna hujjah dangkal, hujjah yang depa dok ulang guna dari dulu lagi.

Depa guna hujjah kalau SPR tak adil macamana boleh ada calon pembangkang menang pilihanraya. Bukan setakat menang kerusi Parlimen atau Dun malah boleh menang banyak kerusi sampai boleh perintah negeri.

Tak faham sungguh aku macamana depa masih sanggup guna hujjah yang BANGANG macam tu. Penat pemimpin pembangkang cerita depa tak mau dengar, tak mau ambil faham.

Bukan setakat puak-puak karat Umno kut kampung saja yang suka guna hujjah bangang macam tu, rupa-rupanya dalam sidang parlimen pun ada jugak yang masih guna hujjah BANGANG tu.

Hansard parlimen Khamis, 5 April 2012 tercatit:

Ambik kat hang semua la Najib oi jawatan menteri yang dok ada di Malaysia nie...!!!

Pemuda PAS cadang Najib 'bolot semua jawatan'

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mencadangkan kepada pemangku menteri wanita Datuk Seri Najib Tun Razak supaya turut "membolot semua jawatan menteri kabinet yang lain."

Dengan menyindir, ketua penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor berkata cadangan tersebut akan membolehkan perdana menteri itu lebih dikenali dan popular di kalangan rakyat Malaysia berbanding pemimpin Umno yang lain.

"Paling penting adalah untuk memastikan Datuk Seri Najib menang dalam pilihan raya umum ke-13, tidak kisah apa jadi kepada Umno atau pemimpin yang lainnya," kata Ridhuan lagi.

Bercakap dalam satu kenyataan, Riduan berkata, Najib "memang sesuai" sebagai menteri wanita dan "tiada lagi pemimpin Wanita yang layak" memegang jawatan itu.

Laa kencing Lagi...Canang 1Malaysia kata RM43billion tapi akhirnya kantoi..rupanya RM28billion sahaja...

PTPTN: BN pupus kreativiti, kata Pas


Datuk Husam Musa
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penegasan Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seperti diumumkan kelmarin, menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Justeru kata beliau, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan.

Menurut Husam, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya RM28 bilion.

"Bukan RM 43 bilion seperti disebut," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu soal beliau, "mengapa Perdana Menteri sanggup memberikan angka yang silap?"

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam kenyataannya kelmarin, Najib berkata, kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Nak kekalkan Semula NEGERI PAKATAN RAKYAT hangpa kena buat macam nie laa..!!!

KLIK IMEJ

Pada Pilihanraya 1990, Timbalan Yang Dipertua PAS (skrg Presiden PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memenangi kerusi Parlimen Marang dgn majoriti 116 undi.

Rupanya, Haji Hadi sepatutnya kalah dlm pilihanraya tersebut kerana terdapat lebih 3000 pengundi hantu yang didatangkan dari beberapa buah kilang sekitar Parlimen Pekan.

Pada hari mengundi, kira2 200-300 orang telah berjaya dihalang dari mengundi oleh petugas2 PAS. Kira2 12 buah teksi serta 2-3 buah bas berjaya ditahan dari mengundi.

Sekiranya pengundi2 hantu dari Pekan tersebut tidak ditahan, nescaya Tuan Guru Haji Hadi akan kalah di kerusi Parlimen Marang pada tahun 1990 itu.

Perkara yang sama ini harus diulangi di Selangor pada bulan Jun ini kiranya kita mahu kekal memerintah Selangor.

Untuk membaca laporan ini dalam bentuk pdf, sila klik di sini

Sekian

Tulang Besi

Gara-gara gagal menjelaskan tunggakan sewa sebanyak RM5,600..lalu gerai kena sita..

Peniaga tergamam gerai kena sita


BEBERAPA anggota penguat kuasa MBAS merampas sebuah gerai minuman yang gagal membayar
 sewa bulanan tertunggak dalam operasi di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang peniaga di Sudut Selera Putra di sini tergamam apabila gerai minumannya diangkut Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam Operasi Sita pada pagi semalam gara-gara gagal menjelaskan tunggakan sewa sebanyak RM5,600.

Peniaga terbabit yang berusia dalam lingkungan 40-an didapati gagal membuat bayaran sewa gerai sebanyak RM140 sebulan sejak lebih tiga tahun lalu.

Selain gerai minuman itu, turut menghadapi tindakan sita adalah dua buah gerai makanan di Taman Selera Mergong di sini yang masing-masing mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM1,500 dan RM1,200 sejak Disember tahun lalu.

Mangsa ribut di Pendang dapat bantuan baiki rumah rosak


PENDANG - Empat puluh sukarelawan dari pelbagai agensi bergotong royong memperbaiki 10 rumah di beberapa buah kampung di sini yang rosak selepas dipukul ribut pada 26 Mac lepas.

Bantuan bagi memperbaiki bumbung rosak sebanyak RM10,000 kepada keluarga terbabit disalurkan oleh Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah (YPKPK) dan Bank Rakyat.

Kerja gotong-royong itu dilakukan sukarekawan daripada Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Belia Negeri Kedah.

Setiausaha YPKPK Mohd Nazri Sulaiman berkata bantuan itu diberikan kerana keluarga terbabit tidak mampu untuk memperbaiki semula rumah mereka selepas kebanyakan rumah itu rosak di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin dan dihempap pokok besar.

"Program gotong royong ini kita jalankan selama dua minggu iaitu bermula Isnin lepas bagi membolehkan semua rumah terpilih dapat siap selewat-lewatnya Khamis depan," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat rumah rosak di Kampung Batu 15 1/5 di sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...