TERKINI :

Monday, April 9, 2012

Patut la takut debat dengan ANWAR.... berhujah dengan rakyat fb pun dah kantoi...

 https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/579070_415244701837686_100000564807267_1458573_335328681_n.jpg
Akibat terlalu ghairah mahu membidas hujah DS Anwar Ibrahim di depan geng sendiri spt RTM dan Utusan, DS Najib Razak (mungkin) 'TERSASUL' dengan mengatakan HANYA TIGA (3) negara yg memberikan PENDIDIKAN PERCUMA. Sedangkan, FAKTA menunjukkan LEBIH daripada TIGA NEGARA

Dan terbaru, Dato' Paduka Haji Husam Musa pula membetulkan angka yg disebut oleh DS Najib. DS Najib mengatakan jumlah penghutang PTPTN adalah RM 43 billion. HAKIKATNYA adalah RM 28 billion.

LIMA (5) link video (youtube) di bawah adalah hasil usaha Muhammad Nur Hanief menelefon sendiri kedutaan dari LIMA (5) negara yg menawarkan PENDIDIKAN PERCUMA. Maknanya, LEBIH daripada TIGA (3) negara.

BN sudah lemas dengan janji HAPUS PTPTN... itu yang meroyan habis tuuu...!!!

Penghapusan PTPTN Ancaman Baru Buat UBN

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/04/PTPTN-Grafik.jpg

Janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya gabungan itu menang telah memeningkan kepada UBN. Janji itu menarik perhatian anak-anak muda khasnya mereka yang berhutang dengan Tabung Pendidikan Tinggi. Janji itu memberi jalan dan harapan baru kepada mereka khasnya yang masih belum bekerja tetapi diburui surat lawyer yang akan mengheret mereka ke mahkamah.

Betapa sebelum ini wang itu telah mengekang kehidupan mereka. Hutang itu menjadi musuh yang mengejar mereka sepanjang hari. Ibu bapa yang tidak arif dengan undang-undang pula akan menggeletar apabila mendengar anaknya akan diheret ke mahkamah kerana hutang itu.

Ada yang tidak boleh ke luar negara kerana ditahan dan passport tidak dikeluarkan gara-gara hutang belajar itu. Yang 'bagero'nya hutang bukan ratusan juta, cuma RM43 pun disekat untuk ke luar negara. Ironisnya yang hutang berbillion bebas berfoya-foya dan makan angin di luar negara.

Pusing kot mana pun hujah BN sekarang nie last balik kot MELAYU...

Hapus PTPTN Melayu Tergugat Alasan Pak Pandir
Oleh Ustaz Idris Ahmad

Sekali lagi Umno cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika PTPTN dihapuskan. Pelik bin ajaib, inilah kenyataan Pak Pandir yang keluar daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin . Apa kena mengena dengan Melayu?. 

Bukankah yang meminjam ini majoriti Melayu. Bukankah yang miskin ialah orang Melayu. Alasannya, akan menjejaskan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta). Apa kaitan IPTS dengan orang Melayu? Ini semuanya kaitan dengan kroni Umno.
Nampak sangat apa yang Umno lakukan semuanya untuk kepentingan beberapa kerat Melayu yang menjadi kroni Umno. Peminjam PTPTN hampir 1.87 juta. Begitulah juga kerajaan sibuk untuk mengurangkan subsidi sehingga menyebabkan majoriti rakyat terseksa. Sebaliknya subsidi untuk syarikat Independent Power Producer ( IPP), melebihi RM10 bilion setiap tahun tidak pernah diusik.. Memang tepatlah Umno ini memperalatkan Melayu ketika tersepit.

YB Mahfoz Omar : BERSIH 3.0 - BN upah warga asing untuk pangkah depa


Najib pangku jawatan WANITA..atau nak bagi bini dia...!!!

Najib pangku Menteri Wanita beri laluan kepada isteri?

KUALA LUMPUR, 8 April: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kelulaluan pada arga dan Masyarakat dengan tujuan untuk membolehkan isterinya mendapat laluan menguasai kementerian berkenaan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan.

Tindakan itu juga, kata beliau, menunjukkan tidak ada Ahli Parlimen atau tokoh Wanita Umno yang mendapat kepercayaan Najib untuk memegang jawatan itu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan memangku jawatan itu.

"Najib tak percaya sesiapa pun dari kalangan Ahli Parlimen wanita yang ada dari Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak ada tokoh wanita lain dari Umno dan BN yang dipercayainya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan sebagai menteri berkenaan," kata Mahfuz.

Sebelum itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April dan tidak disambung oleh pentadbiran Najib dipercayai berikutan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

Anwar arahkan bank negara buat duit siling lambang Israel..!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/383449_10150658887187157_319981142156_9384966_441062115_n.jpg

Bersih 3.0 - Antara Pilihanraya Bersih Dan UMNO Yang Tidak Bersih

Oleh Shahbudin Husin 
 
Perhimpunan aman Bersih kali ketiga akan kembali lagi pada 28 April ini di Dataran Merdeka. Ia adalah lanjutan daripada dua perhimpunan sebelum ini yang bertujuan menuntut kerajaan dan SPR agar mengendalikan pilihanraya secara adil dan bersih serta memuaskan hati semua pihak.

Perhimpunan kali ini bukan saja diadakan di Kuala Lumpur tetapi juga akan diadakan di semua bandar besar di seluruh dunia di mana terdapat rakyat Malaysia tinggal dan bermastautin.

Dalam perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini, lapan tuntutan telah dikemukakan kepada kerajaan iaitu penggunaan dakwat kekal, membersihkan daftar pengundi, reformasi undi pos, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan amalan politik kotor.

Untuk menunjukkan sikap terbuka serta bertanggungjawab dan akur kepada tuntutan itu, Najib kemudiannya bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau PSC yang diketuai oleh Dr James Ongkili serta turut dianggotai oleh tiga wakil pembangkang untuk tujuan mengkaji syor-syor yang terkandung dalam tuntutan Bersih 2.0 dan memastikan pilihanraya dapat diadakan dengan adil dan bebas.

Malangnya setelah enam bulan bersidang, cadangan yang dikemukakan oleh PSC telah dibawa ke Parlimen dan diluluskan tanpa bahas. Sebanyak 22 cadangan dikemukakan oleh PSC tetapi daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0 hanya satu sahaja cadangan yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Semua tujuh tuntutan lain tidak dimasukkan sama-sekali.

Bohong dan Menipu adalah keperangaian kedua UMNO

Oleh sakmongkol AK47

Apa yang menyebabkan Najib dan gerombolan UMNO mampu menunaikan sebahagian besar janji janji mereka? Jawapan nya ialah dana dan wang yang banyak. Itu sahaja kelebihan yang Najib dan gerombolan UMNO ada.

Dari segi idea dan gagasan dan wawasan yang terang, dia yilek. Jika tidak ada apco dan firma pakar runding seperti Mckinsey, Najib adalah seorang kanak2 yang hilang dalam hutan. Di luar jawapan dan pertanyaan yang tidak berskrip, Najib tidak dapat menjawap apa apa.

Tiadakan kuasa yang ada , apa yang Najib ada? Sudah tentu hanya janji yang kosong. Janji kosong Najib jika di bandingkan dengan janji Pakatan Rakyat , akan menelanjangkan ketandusan idea Najib dan BN. Dan saya tidak fikir Najib bodoh seperti yang kita melihat nya untuk tidak menyedari bahawa objektif PR ialah mendapatkan kuasa di Putrajaya. Dan kuasa inilah yang akan di pertahankan oleh Najib dengan segala tipu helah dan pembohongan terutama kepada orang Melayu.

Pembaca sendiri dapat melihat. Hanya selepas 4 tahun mendapat kuasa, beberapa kerajaan di bawah PR bukan sahaja menepati janji yang mereka buat tetapi mentadbir negeri masing2 dengan lebih baik dari BN yang telah lama berkuasa. Ada negeri BN yang boleh menunjukkan bahawa mereka dapat mengadakan bajet lebihan? Ada, jika main silap mata yakni dengan mebatalkan beberapa perbelanjaan supaya balance sheet nampak baik. Kita mahu lihat negeri mana di bawah pemerintahan BN yang akan sekoyong koyong membentang supplementary bill untuk mendapat bajet tambahan. Ini semua kerja auta dan autawan in chief iaitu Najib Razak.

Cina Guan Eng buat kerja celaka lagi...habihlah warisan Islam zaman UMNO BN dulu lingkup dek cina nie..!!!

Lagi bukti Lim Guan Eng anti Islam



LAGI KERJA GILA KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG YANG MEMALUKAN MELAYU UMNO DAN PERKASA PULAU PINANG.. SATU LAGI ANCAMAN KEPADA ISLAM DI PULAU PINANG

KETUA PEMUDA UMNO "MELAYU" DAN GEROMBOLANNYA WAJIB MENENTANG SATU LAGI KERJA GILA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH LIM GUAN ENG. JIKALAU PERLU PERKASA DAN KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG INI PERLU MENGGERAKKAN KESELURUHAN MELAYU UMNO ISLAM PULAU PINANG MENGADAKAN DEMONSTRASI BAGI MEMBANTAH TINDAKAN TERBARU KETUA MENTERI YANG TERNYATA "ANTI ISLAM" INI

Kemajuan berganda di Kedah... nak nafi apanya lagi...!!!

Pelaburan di Kedah meningkat dengan cergasnya sehingga mencatatkan rekod tertinggi sejak 16 tahun KHTP di tubuhkan. Keyakinan pelabur sedia ada di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim High technology Park- KHTP) menambah pelaburan mereka sehingga ‘memaksa’ Kerajaan Negeri menambah keluasan kawasan perindustrian tersebut.
 
Keyakinan pelabur ini adalah berdasarkan kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri. Polisi pentadbiran yang di perkenalkan iaitu pengurusan atau urusan diatas meja dan tidak dibawah meja semasa YAB Menteri Besar merasmikan pembukaan kilang baru Fuji Elektrik pada tahun 2008 sangat di puji oleh pelabur.
 
Urusan diatas meja dan bukan di bawah meja menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Kedah tidak mengamalkan rasuah dalam menjalankan urusan dan ini menjadikan urusan pentadbiran semakin cekap dan mengurangkan kerenah birokrasi. Ini memudahkan banyak pihak termasuk urusan-urusan yang berkaitan kerajaan.
 
Pelabur sedia ada yang mula meningkatkan pelaburan dalam kategori pembesaran keluasan kawasan operasi turut menarik minat pelabur baru untuk mencuba perniagaan di Negeri Kedah.
Pelabur baru yang berminat melabur di KHTP turut merasa selesa dengan suasana dan kestabilan serta jaminan yang di tawarkan oleh Kerajaan Negeri.

Exco bantu mangsa ribut di Sidam

SUNGAI PETANI – Walau pun dalam kesibukan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa  Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB Tan Chow Kang masih mampu turun padang menziarah beberapa keluarga yang kediaman mereka dilanda ribut beberapa hari yang lalu.

Kejadian yang berlaku pada petang 2 April lalu mengakibatkan kerosakan yang melibatkan tiga buah rumah India di Taman Songket, tiga buah rumah Melayu di Taman Jaya dan sebuah rumah India di Kampung Sungai Kecik.

Beliau yang juga merupakan ADUN Sidam meluangkan masa bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berjumpa mangsa ribut berkenaan untuk menyampaikan sumbangan segera.

Sumbangan segera dari kerajaan negeri tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mangsa ribut berkenaan terutama untuk membaiki semula alatan yang rosak.

KMC dan HSB kempen derma darah

ALOR SETAR -  Kedah Medical Centre (KMC) menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di ruang legar KMC, di sini.

Menurut Pengurus Besar KMC, Chong Aik Chin, kempen itu diadakan bertujuan meningkatkan tabung darah dan inisiatif penganjuran kempen itu amat baik sekali.

“Sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan terutama daripada kakitangan KMC termasuk doktor-doktor pakar dan panel-panel hospital,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kempen seperti itu akan diteruskan pada setiap tahun sejak ia dimulakan pada tahun 2010.

“Pada tahun lalu, kita mengadakan kempen ini sebanyak dua kali dan banyak lagi kempen kesihatan akan dijalankan seperti Hari Tanpa Merokok,” katanya.

Chong Aik menjelaskan, baru-baru ini KMC mengadakan Jamuan Tengahari kepada 200 pesakit buah pinggang bersama keluarga mereka di Hotel Sentosa sempena Hari Buah Pinggang Sedunia.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...