TERKINI :

Sunday, April 8, 2012

Macam nie punya fenomena.. mau tinggal awang adek dan mustafa mohamad saja laa di kelantan..

Makin ramai penyokong, ahli tinggalkan Umno 

RANTAU PANJANG, 8 April: Impian Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tergugat apabila semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu.

Minggu lepas 69 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Gual Periuk menyertai PAS beramai-ramai membabitkan cawangan Umno Kampung Dangar dan Kampung Kedap.

Dan malam tadi pula seramai 152 lagi ahli Umno iaitu di Kampung Rengas, Chicha Tinggi Dun Bukit Tuku menyertai PAS beramai-ramai selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno Kelantan dan Rantau Panjang.

Pengasas Umno cawangan itu Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman berkata, beliau bersama rakan-rakan tidak mahu lagi bersekongkol dengan masalah yang melanda Umno sekarang.

“Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan pimpinan peringkat bahagian tidak lagi menjenguk dan melawat kami di peringkat akar umbi.

“Ini menyebabkan kami susah hendak mengadu sesuatu masalah. Selain itu banyak masalah lain yang membelit Umno sekarang. Ini menyebabkan kami berpakat meninggalkan Umno beramai-ramai,” katanya ketika ditemui selepas program ceramah dan penyerahan borang menyertai PAS.

Tu dia Samy Velly pulak tokak Mahathir...

Tewas p'raya, Samy Velly salahkan Mahathir

http://4.bp.blogspot.com/_gyamXQ6TZzY/R8_n6w9fGXI/AAAAAAAABAA/imN6jRpFWDU/s320/e40dc63e31ae3334bee8f661508fdd8d.gif
Bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Velly menyalahkan  bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kekalahannya pada pilihan raya umum 2008.

Dalam wawacara disiarkan akhbar The New Straits Times hari ini, Samy mendakwa jumlah undi rosak di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya itu disebabkan oleh kenyataan Mahathir.

Ia disebabkan oleh nasihat Mahathir kepada pengundi Melayu supaya ahli Umno tidak memberi undi kepadanya, dakwa Samy.

Samy menjelaskan, beliau diberitahu demikian oleh pengundi yang berkata Mahathir memberitahu supaya tidak mengundinya.

Samy juga mendakwa, Mahathir menaruh dendam kepadanya kerana menghalang kemasukan parti Indian Progressive Front (IPF) ke dalam BN walau dipersetujui parti komponen lain.

Namun, Samy berkata beliau masih menghormati Mahathir dan khidmatnya selama 22 tahun bersama bekas presiden Umno itu merupakan pengalamannya yang "maha hebat."

A Samad Said - Wang dan lembu lagi penting dari anak cucu...


A Samad Said sewaktu perlancaran BERSIH 3.0 di Alor Setar

PKR, Umno 'berlumba' kuasai isu PTPTN

8 April 2012
PTPTN
SHAH ALAM - Dilihat sebagai antara modal politik penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 khususnya melibatkan kepentingan golongan muda, PKR dan Pemuda Umno menggunakan sepenuhnya isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), dengan masing-masing akan mengadakan sesi perbincangan khas minggu ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan mengetuai satu sesi runding cara berkenaan PTPTN di sini, Selasa ini.

"Saya akan ketuai runding cara PTPTN dan pembiayaan pendidikan tinggi," kata beliau menerusi akaun Twitter malam tadi.

Rafizi menghantar empat mesej Twitter khusus berkenaan dengan sesi runding cara menyentuh isu PTPTN.
Usaha menghubungi Rafizi untuk mendapatkan penjelasan lanjut masih belum berhasil.

Mesej makluman mengenai sesi runding cara itu dihantar beberapa jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri satu majlis di Batu Pahat, mengumumkan bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Najib  berkata, tindakan memansuhkan PTPTN akan hanya membebankan kerajaan dalam jangka panjang.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

Jika depa tak KECOH..dah lama dah PUTRAJAYA kita punya - Mat Sabu

PR bergaya ke Putrajaya jika p'raya bersih


SHAH ALAM, 8  April: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya dari kawasan kampung ke bandar-bandar besar membuktikan parti itu kini berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS yang pada mulanya bertapak di Pulau Pinang dan merebak ke kawasan yang mempunyai sekolah pondok akhirnya menembusi kawasan bandar, sehingga Shah Alam berjaya menyambut Jubli Peraknya.

"Apabila PAS mula merebak ke kawasan-kawasan yang ada pesantren, ia menjadi tapak kekuatan PAS khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara. Selangor kalau ada pun sebelah Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

"Kita mula merebak masuk ke kota-kota pada tahun 80-an dan 90-an. Di Shah Alam ini pun kita mula bertapak di sekitar kampung iaitu di Meru, Jalan Kebun.

"Sekarang PAS sudah berada di bandar, di taman-taman, Shah Alam, Bangi, Petaling Jaya. Bila kita berada di tempat-tempat ini bermakna kita akan ambil alih pemerintahan Putrajaya," kata beliau dalam ceramahnya di program Munajat Perdana Pertahankan Selangor sempena 25 tahun PAS Shah Alam di Stadium Melawati, dekat sini malam tadi.

Bersih 3.0 jawapan kepada penipuan BN

Mohd Rashidi Hassan


Sewaktu di Phnom Penh, Kemboja, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak kononnya berkata, bahawa beliau akan memastikan Pilihan Raya Umum ke-13, berlangsung dengan adil dan demokratik.

Najib juga mengatakan bahawa beliau tidak mahu menang dengan cara yang kotor pada PRU tersebut.

Namun apa pun, kita menyambut baik apa yang diperkatakan kepada PM, mudah-mudahan beliau tidak sekadar 'melepaskan batuk di tangga' atau 'baling batu, sembunyi tangan.'

Malangnya masih ada juak-juak Umno-Barisan Nasional memberi hujah dangkal, kononnya jika pilihan raya tidak demokratik, mana mungkin parti pembangkang boleh menang sehingga menguasai beberapa buah negeri.

Dengan hujah sedangkal ini, rupa-rupanya, masih ada segelintir pemimpin Umno-BN yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa, dengan kuasa rakyat, ia mampu mengatasi segala perancangan dan menghapuskan keegoan mereka.

Kemenangan mereka selama lima dekad sejak merdeka, bukan bermakna pilihan raya diadakan secara adil dan demokratik.

Pilihan raya dijalankan dengan tidak adil. Semua institusi kerajaan dikerahkan untuk bekerja memenangkan BN. SPR, Polis dan media massa terutamanya, berpihak kepada BN.

Puak UMNO gagal matematik rupa-rupanya....


Pemimpin, ahli, blogger dan penyokong Umno/BN sering 'MEMPERBODOHKAN' rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu KONONNYA, Dap akan berkuasa jika BN tewas dalam pilihanraya... 

1- DAP hanya bertanding 47 kerusi pada PRU 12... JUMLAH kerusi parlimen Malaysia ialah 222. Untuk memerintah, sekurang-kurangnya 112 kerusi diperlukan (simple majority)...

2- Secara perkiraannya, 112 - 47 = 65 Jika DAP menang kesemua kerusi sekalipun (hampir mustahil), DAP hanya ada 47 kerusi... Utk pengetahuan ahli Umno sekalian, angka 65 LEBIH BESAR daripada angka 47. 

3- Jika Melayu (Umno) kalah, Melayu (PAS/PKR) yg akan menang... MAKNANYA, kuasa Melayu (Umno) AKAN BERTUKAR ke Melayu (PAS + PKR)

#patutlah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kata, ramai DOKTOR yg masuk Pas, rupanya yg tak berapa cerdik matematik ni pergi join Umno..itu laa belajar dalam bahasa inggeris lagi matematik tuuu....

Altantuya punya pasal...Najib tidur tak lena...Tutup di Malaysia...Terbuka di Paris....

Anwar dakwa kes Scorpene akan bongkar kes Altantuya

http://1.bp.blogspot.com/--DwNmtShX8I/T1bQ7H_ARDI/AAAAAAAAaLM/j9tH-xmCnVs/s1600/altantuya%2Bscorpene.jpg
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.

"Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.

"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.

"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.

Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.

Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia.

Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.

Hei Najib!! RM43 bilion hang tak reti cari? Hang tak reti cari tak apa. Hang berhenti...

Najib tak mampu cari RM43bil, dakwa Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.

Anwar berkata hutang melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah.

Berucap dalam satu ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi, Anwar turut menempelak Najib kerana menimbulkan kos sebanyak RM43 bilion untuk langkah tersebut.

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.

"Hei Najib, RM43 bilion hang (kamu) tak reti (pandai) cari? Hang tak reti cari tak apa. Hang berhenti.

"Kalau tak berhenti, kami tolak hang jadi ketua pembangkang parlimen Malaysia selepas ini. (Sampai) tak tahu nak cari duit," sindir Anwar yang diiringi dengan tepukan hadirin.

Bekas menteri kewangan itu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan menyelesaikan hutang PTPTN tersebut sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas ini.

Anwar mengulas kenyataan Najib semalam yang turut menjelaskan bahawa tindakan itu akan membebankan rakyat kerana kerajaan perlu mengenakan cukai yang tinggi sekiranya langkah itu dilaksanakan.

12.4 | Tour Bersih 3.0 @ Jerai


penyokong UMNO alami krisis identiti.. di Pahang sayang di KL terbuang...

Alhamdulillah... Ini bukannya Perbuatan & Ucapan dari wakil Pakatan Rakyat tetapi sahabat mereka di dalam parti politik yang sama iaitu UMNO....


Di Pahang Sana....
 

Di Kuala Lumpur....
 

Tak Payah Nak Tunjuk Baiklah TUANKU.. sebenarnya FAM nie memang sengal pun..!!

Tengku Abdullah simpati nasib Annuar


IMBAS KEMBALI... Tengku Abdullah (kiri) dan Annuar ketika sidang media mesyuarat Exco FAM di Wima FAM pada 2 Januari 2011.

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa simpati baginda kepada Tan Sri Annuar Musa yang dikenakan hukuman penggantungan dua tahun enam bulan daripada melibatkan sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri.

Rabu lalu, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Taufik Abdul Razak memutuskan bahawa Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM bersalah membuat kenyataan kepada pihak media dengan mengkritik skuad kebangsaan pada 12 Februari lalu.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada pihak media semalam, Tengku Abdullah menyatakan kekesalan baginda dengan apa yang telah berlaku.

"Saya bersimpati dengan Tan Sri Annuar dan saya pasti bahawa kenyataannya dibuat mengikut perasaan terhadap situasi tersebut, satu keadaan yang kami semua pernah alami.

"Minat yang amat mendalam dalam bidang bola sepak boleh menyebabkan seseorang bertindak sedemikian. Mungkin ini adalah masa bagi kami untuk menyemak semula apa yang mungkin tidak lagi penting bagi masa depan pembangunan bola sepak.

"Begitupun, saya pasti Jawatankuasa Tatatertib telah menjalankan penyiasatan yang lengkap terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan (ke atas Annuar) dan mengenakan tindakan disiplin yang sesuai dengan cara yang telus dan mengikut undang-undang FAM.

Chegu Bard - BN akan gembira bila API PERKAUMAN berjaya di bakar dalam PR..!!!

Part 1


Part 2


Politik BN - UMNO tipu Melayu, MCA tipu Cina, MIC tipu India, PBB tipu Sarawakian, UMNO Sabah & PBS tipu Sabahan.

Isu VALE - Nizar Smash Semula Zambry...Sampai Sekarang Tak Terangkat...!!!!

Penjelasan Nizar tentang Vale oleh Nizar Jamaludin,

http://www.malaysiavacationguide.com/images/telukrubiahresort.jpg

Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah.

Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE.

Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.

Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.

Amanah.... Ada Pas, Umno, PKR, MCA dan DAP......

Amanah bukan parti politik
NURUL HUDA HUSAIN
8 April 2012
Tengku Razaleigh Hamzah
KUALA TERENGGANU – Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah mengakui pertubuhan itu menggunakan pendekatan politik kerana kebanyakan isu berkenaan yang dibangkitkan rakyat.

Namun, pihaknya tidak merancang mengubah status pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kepada parti politik.

Menurutnya, terpulang orang ramai mentafsir Amanah sama ada menjurus kepada politik atau sebaliknya, kerana asas perjuangan utama adalah menjaga kepentingan rakyat.

“Kita ingin menjadi badan (NGO) yang disertai pelbagai kaum dan parti politik pertama di negara ini.

“Amanah kini mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada Pas, Umno, PKR, MCA dan DAP,” katanya kepada media pada majlis Pelancaran Serta Penerangan Amanah Peringkat Negeri Terengganu di Hotel Tanjung Vista di sini, semalam.

Tengku Razaleigh berkata, Amanah bercakap atas kepentingan umum dan bila membabitkan rakyat, secara tidak langsung akan berkait dengan isu politik dan terpulang bagaimana mentafsirnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang tidak mahu penubuhan Amanah disamakan dengan parti politik lain kerana tindakan berkenaan secara tidak langsung mengundang rasa muak rakyat.

“Kalau banyak sangat parti politik rakyat akan jelak serta situasi ini akan cacatkan lagi politik negara.

“Atas sebab itu, kita ingin membantu rakyat tanpa libatkan politik,” katanya.

Ketika ditanya status beliau setakat ini, Tengku Razaleigh mengakui bahawa dirinya masih anggota dan ahli Umno dan perkara itu tetap tidak berubah, meskipun terbabit pertubuhan berkenaan (Amanah) yang secara asasnya ditubuhkan untuk memastikan kepentingan dan hak rakyat terus terbela.

Hadir sama Koordinator Amanah Negeri Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ismail bersama-sama lebih 500 tetamu pelbagai parti.

Mahfuz Ada Bukti bahawa Warga Asing boleh mengundi seperti kes Likas di Sabah

Daftar pengundi: 'Saya cakap sebab ada bukti'
ROSLINDA HASHIM

mahfuz kedah
ALOR SETAR - Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya diraja dan bersedia memberi kerjasama bagi menyiasat dakwaannya mengenai kewujudan pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihan raya umum.

Naib Presiden Pas ini berkata, pendedahan yang dibuatnya adalah serius kerana ia mungkin membolehkan golongan itu mengundi dalam pilihan raya kelak.

“Saya sudah usulkan cadangan supaya diwujudkan suruhanjaya diraja ini segera dalam perbahasan belanjawan tahunan di Parlimen baru-baru ini.

"Saya harap ia dipertimbangkan kerana mempunyai asas yang kukuh dalam dakwaan itu,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika ditemui selepas Ceramah Pelancaran Kempen Bersih 100 Peratus peringkat negeri Kedah, di Kompleks Hijau Kuning, malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah.

“Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu memang berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh dan berlaku di setiap negeri,” katanya.

Lagi Duit di tabur oleh PUSAT.. RM300 ribu di Kedah RM9juta di Johor

Kerajaan pusat sumbang RM300,000 untuk bina tempat bakar mayat Siam
7 April 2012
JITRA - Masyarakat keturunan Siam dalam Parlimen Kubang Pasu gembira kerana hasrat mereka mendapatkan tempat pembakaran mayat yang moden tercapai hasil bantuan kerajaan pusat melalui peruntukan sebanyak RM300,000.

Peruntukan itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pengurusan mayat dapat dikendalikan lebih baik berbanding cara tradisional yang digunakan lebih 100 tahun.

Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharum menyampaikan cek peruntukan itu, yang diberi atas nama Jawatankuasa Kubur Siam, supaya mereka dapat terus membina tempat pembakaran mayat.

"Saya menyampaikan permintaan mereka yang meminta peruntukan sebanyak RM500,000 terus kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri meluluskan RM300,000 tunai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek itu di tapak perkuburan Siam Kampung Sungai Baru/Kota Giam di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Huma, Cham Nat Iprat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kubur Siam menerima cek berkenaan, disaksikan lebih 1,000 anggota masyarakat Siam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...