TERKINI :

Saturday, April 7, 2012

Bukan berpendapatan tinggi tapi berhutang tinggi

Oleh Subky Latif

KETIKA Buku Jingga diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas lebih dua tahun lalu, hutang yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia ialah RM466 bilion. Dalam Himpunan Anak Terengganu di Perantauan di Kajang hujung Mac lalu, Prof. Dr. Anuar Ahmad dari Unisel berkata, hutang rakyat sekarang sudah melebihi RM700 bilion sekarang. 

Apa yang Buku Jingga sebut dua tahun lalu tidak pernah dinafikan oleh pentadbiran Najib dan dipercayai kenyataan Dr. Anuar ini juga tidak akan dinafikan. 
 
Dengan demikian ini bererti dalam masa dua tahun di bawah pemerintahan Najib, hutang rakyat sudah bertambah dari RM466 bilion kepada lebih RM700 bilion. Ia adalah kenaikan sebanyak sekitar RM234 bilion. 

Dengan jumlah hutang RM700 bilion ini setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM3,000. 

Bagi warga emas seperti Dr. Mahathir yang berusia lebih 80-an hutang mungkin ditanggung sehingga mati. Maka matinya dikira mati meninggalkan hutang. Beban dunia itu tidak ditanggungnya lagi sebaik matinya. 

Siapa kata tidak boleh Hapus PTPTN.. nie formula dia..senang sahaja..!!!

Oleh Nasrudin Hassan

Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta.
Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.
Berbangkitnya  isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun.

Along Negara


Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia.

Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen.

Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat.  PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA.
Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai  1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun.

Najib silap: Pembangkang bukan hanya isu tentang Anwar

Oleh Moaz Nair
Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, terkeliru bahawa pembangkang di negara ini hanya sibuk tentang Anwar Ibrahim. Jadi semakin pilihan raya mendekati ahli politik di kedua-dua bahagian, terdapat sekumpulan orang bodoh yang kononnya dengan rahmat Najib dan dengan bantuan jelas media arus perdana mempraktikkan pembunuhan watak sebagai kesalahan politik ke atas Anwar.

Melibatkan diri dalam politik sampah mestilah mempunyai diktat yang buruk di pihak Najib. Beliau nampaknya tidak mempunyai kemahuan politik untuk menghentikan politik sampah ini. Rakyat sudah tidak boleh bersabar dengan pendekatan politik yang jijik ini. Najib semakin cepat menggali kubur sendiri. Beliau juga mengheret UMNO ke dalam pasir jerlus dengan cepat. 
 
Najib masih terlupa hakikat bahawa rakyat telah dengan mujurnya menerima sistem dua parti untuk negara ini. Mereka merasakan bahawa dengan sistem seperti itu boleh menjadikan pembahagian kuasa yang bertentangan sesebuah kerajaan untuk kebaikan negara. Anwar oleh itu, bukan isu sebenar di sini, kerana apa yang rakyat tuntut ialah sistem dua parti yang kekal untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik daripada ahli politik.

Adakah Najib beli ahli Kongres AS Untuk puji Malaysia?

Oleh siasahdaily

Media tempatan termasuk Utusan Malaysia melaporkan pujian Ahli Kongres AS Eni Faleomagaeva terhadap demokrasi di Malaysia yang disifatkan sebagai "lancar."

Berita ini dimuatkan di muka depan akhbar dikuasai Umno itu, dan turut dimuatkan gambar ahli kongres dari Parti Demokratik itu dengan Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, duta khas Malaysia ke Amerika Syarikat.

Pujian terhadap Malaysia bukan kes pertama yang di luar kebiasaan ahli kongres itu, yang sejak tercetus kebangkitan di Bahrain menjadi rakan baik kepada negara monarki Teluk Parsi itu.

Menurut laporan penyiasatan ProPublica, Faleomagaeva mula membina hubungan baik dengan Bahrain sejak tercetus kebangkitan, dibayar untuk melawat Bahrain sebanyak dua kali tahun lalu.

ProPublica melaporkan Faleomagaeva secara tiba-tiba menjadi pembela Bahrain di Kongres AS, mengulangi bulat-bulat versi pemerintah Bahrain yang menyifatkan peserta protes dengan negatif.

Laman itu melaporkan kenyataan berhubung Bahrain itu sebagai luar biasa bagi seorang ahli kongres yang sebelum itu tidak pernah mengulas isu Asia Barat, hal yang kelihatan sama dengan ulasannya berhubung politik Malaysia.

Isu Bahrain menemukan Faleomagaeva dengan Najib, yang kedua-duanya ada mengambil pendirian menyokong pemerintah Bahrain dalam menangani protes rakyat.

Bersih 3.0 harus sebab hanya 1 daripada 8 tuntutan ditunaikan, kata Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 5 April — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 perlu diadakan memandangkan hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).

Pada sidang media yang diadakan di pejabat agung PAS, Mohamad berkata tujuh tuntutan lain langsung tidak dimasukkan dalam laporan 22 cadangan yang diusulkan PSC.“Ini kerana dari lapan tuntutan tanya satu ditunaikan iaitu celup jari.“Yang lain langsung tidak dipedulikan bahkan daftar pemilih paling kotor,” katanya menambah parti Islam itu menyokong penganjuran himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka di sini.

Selain dakwat kekal, tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambahbaik sistem pilihan raya berbanding negara itu yang telah mengamalkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.Himpunan Bersih 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka.

Menurut Mohamad atau lebih mesra dengan penggilan “Mat Sabu” himpunan kali ketiga itu akan menjadi medan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara Bersih yang belum dipenuhi kerajaan.Perhimpunan dengan tema “Duduk dan Bantah” ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada himpunan Bersih 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.

Rally Bersih 3.0 adalah ikhtiar terakhir untuk mencari keadilan berdemokrasi

Oleh Aspan Alias

Khabarnya Bersih 3.0 akan diadakan pada 28hb April ini. Kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka dan rally itu akan diadakan juga diseluruh negara dan diseluruh dunia dimana rakyat Malaysia berada. Pak Samad Said akan mengetuai rally itu untuk meminta semua 8 tuntutan Bersih 3.0 itu dipenuhi sebelum pilihanraya diadakan.

Malas rasanya untuk mengulangi apa tuntutan-tuntutan pihak Bersih 3.0 itu tetapi semua tuntutan itu merupakan tuntutan yang asas bagi sebuah demokrasi. 
Tuntutan-tuntutan itu bukannya tuntutan yang bukan-bukan tetapi kesemuanya adalah perkara-perkara yang asas bagi sistem pilihanraya dalam negara-negara demokrasi. Tinggal lagi pihak yang sedang memerintah sekarang berasa payah untuk memenuhinya kerana mereka sudah terlalu biasa dengan kerja-kerja cincai dan mengambil semuanya ‘for granted’. Apabila rakyat menuntut semua perkara yang asas ini maka mereka (pemerintah) merasakan itu semuanya sebagai tuntutan yang bukan-bukan dan terlalu payah untuk dilaksanakan.

Tetapi apakan daya rakyat kita seperti rakyat yang ingin merasakan hidup seperti dalam negara yang maju, sistem pemilihan dalam pilihanraya yang sempurna mengikut standard pilihanraya umum itu adalah isu yang sangat penting. Bagi diri saya pula, saya memandang isu ini sebagai isu yang kecil sahaja jika kerajaan yang memerintah mempunyai nilai ‘civility’ yang tinggi.

Pusat Konvensyen baru akan dibina

ALOR SETAR, 4 April 2012 – Kerajaan negeri akan mendirikan Pusat Konvensyen di tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) berhadapan Wisma Darul Aman.

Demikian maklum Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak kepada wartawan ketika sidang media selepas mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman.

“Kita menghadapi masalah tempat. Sekarang kita cuma ada Dewan Wawasan dan Wisma Darul Aman. Kita harap dengan adanya Pusat Konvensyen ini masalah tersebut boleh diatasi.

“Anggaran kos kita serahkan kepada UPEN untuk membuat kajian bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Alor Setar,” jelasnya.

Beliau juga mengumumkan kerajaan negeri akan membangunkan daerah Kulim Bandar Baharu yang didapati agak terkebelakang jika dibandingkan dengan daerah lain walau pun ianya bersempadan dengan Daerah Seberang Perai Selatan yang terkenal dengan kepesatan pembangunannya serta utara Perak.

Ahli Perkasa ganggu majlis dirasmi Anwar

Roslinda Hashim
6 April 2012
pkr perkasa
ALOR SETAR - Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa.

Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR.

Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...