TERKINI :

Friday, April 6, 2012

betulkah ini Senarai 8 bahagian UMNO di Kedah yang akan lingkup..!!!

8 bahagian UMNO yang akan hancur akibat sengketa dalaman yang teruk

Oleh: Putera Gunung Jerai




UMNO bahagian di Kedah diambang kemusnahan:

1. Merbok
2. Sungai Petani
3. Padang Serai
4. Pendang
6. Baling
7. Kuala Kedah
8. Kulim Bandar Baharu

Ini disebabkan pimpinan yg lemah lemah. Sengketa berbagai penjuru dalaman mereka.

Ini juga disebabkan lemahnya pimpinan UMNO Negeri yang urus perjalanan UMNO bahagian-bahagian.

Laaa banyak tu ja yang pie 'koyak' Harakah..???

Koyak Harakah tak mampu sekat kebangkitan rakyat

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/539857_10150654638667157_319981142156_9366759_1236408350_n.jpg
KUALA LUMPUR, 6 April: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) mengecam tindakan Umno Putrajaya kerana mengoyak akhbar Harakah di Putrajaya, semalam.

“PAS WP menganggap tindakan Umno Putrajaya biadap kerana merosakkan akhbar rasmi milik PAS yang telah menaikkan kemarahan ribuan pendukung dan penyokong PAS di seluruh negara,” kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Bagi PAS WP, ujarnya tindakan Umno Putrajaya sebagai ketinggalan zaman kerana menolak keterbukaan dalam sebuah negara demokrasi.

Katanya, kebebasan bersuara, cetakan, berhimpun adalah hak rakyat selama mana ianya dalam batasan undang-undang.

“PAS WP merasa kesal dengan tindakan tidak bertamadun ini lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan Putrajaya, pusat pentadbiran negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.

BN pening Najib Pening....

Berhimpun: Umno tertekan kebangkitan rakyat

http://4.bp.blogspot.com/-fZBFXys2KAw/TaFSLthX_OI/AAAAAAAAAgc/Gsmnht-XPb8/s1600/najib+pening.jpgKUALA LUMPUR, 6 April: Ternyata Umno BN sangat tertekan dengan komitmen kebangkitan rakyat apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan tegas memberitahu Dataran Merdeka tidak diwartakan untuk perhimpunan aman.

Nazri Aziz menegaskan perkara itu, sebaik sahaja Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menganjurkan himpunan Bersih 3.0 bertemakan 'Duduk dan Bantah' di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, Nazri menyedari bahawa rakyat negara ini serius untuk melihat sebuah pilihan raya bersih dan adil ekoran banyak penipuan yang telah didedahkan.

"Nazri juga tahu, rakyat menyedari mereka telah diperbodohkan dan didodoi dengan irama janji dusta kononnya BN di bawah teraju Najib komited mendengar dan memenuhi hasrat rakyat melihat sebuah pilihan raya adil dan bersih melalui penubuhan PSC," katanya kepada Harakahdaily.

Tu dia sebanyak RM144juta duit kapal selam masuk poket sendiri - Majisterit Perancis

Apa di sebalik perjanjian Scorpene?

NONESiasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.

Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.

Najib pening sebab ramai dok keliling dia dok lobi nak jadi calon

Oleh Shahbudin Husin

Pilihanraya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan ini. Sementara Pakatan Rakyat berjuang untuk mengakhiri pemerintahan 54 tahun UMNO dan BN dengan janji untuk membawa perubahan serta kebaikan kepada rakyat, di dalam UMNO pula kemelut untuk berebut dan melobi menjadi calon pilihanraya nampaknya lebih menonjol.

Meskipun diakui bahawa UMNO barada dalam kedudukan cukup genting dan peluang untuk kekal memerintah masih 50-50 dan Najib dalam masa yang sama terus menghamburkan pelbagai jenis gula-gula politik seperti janji durian runtuh untuk peneroka Felda janji-janji lainnya disamping umpan RM500,RM200 dan RM100 yang sudah diberikan, hakikatnya tidak banyak perubahan yang dapat dilihat.

Ini kerana bagi rakyat, mereka mahukan lebih daripada itu. Tidak cukup sekadar memberi rakyat sekelumit tunai tetapi cerita-cerita rasuah dan kemewahan pemimpin tetap terpamer di sana-sini. Apa yang rakyat mahukan sebenarnya ialah sebuah kerajaan yang baik, sentiasa menjaga rakyat, tidak rasuah, tidak boros dan membazir sementara pemimpin dan keluarganya pula mestilah menunjukkan akhlak serta perilaku yang bersesuaian dan boleh dicontohi.

Oleh kerana UMNO sudah digelumangi dengan rasuah sejak sekian lama dan ia sudah menjadi hampir sebati, maka penolakan rakyat terhadap UMNO semakin kuat hari demi hari meskipun pelbagai cara cuba dilakukan. Hari ini UMNO dan pemimpinnya berada dalam kedudukan nyawa-nyawa ikan dan hormat rakyat kepada pemimpin UMNO juga jelas makin berkurangan.

Jadi Adun UMNO boleh pinjam 'juta-juta'..hebat...!!!

Teladan buat pemimpin UMNO
Oleh Adil Mat Selamat

Berapa ramaikah pemimpin UMNO yang sanggup mengikut contoh teladan Syed Sobri Syed Hashim yang hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah?

Teladan yang kita maksudkan bukanlah belajar membuat hutang berjuta-juta ringgit hingga tak mampu membayar seperti beliau, sebaliknya teladan yang kita maksudkan adalah sikap beliau yang tidak berselindung dengan kesilapan dan kegagalan beliau dalam kes tersebut. 
Ya, barangkali Syed Sobri sudah tidak punya pilihan lain untuk menutup masalahnya dari diketahui umum. Apatah lagi pihak mahkamah telah mengisytiharkan beliau bankrap. Jadi langkah beliau mengakuinya di khalayak umum wajar diberi sedikit pujian.

Sekurang-kurangnya beliau tidak berbohong atau mengambil hak orang lain untuk melepaskan dirinya, seperti yang pernah dilakukan oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang lain.

Sungguh pun sedikit cebisan rasa berani dan rasa pertanggungjawaban beliau ini, kita sebagai manusia biasa, sewajarnya mengucapkan syabas kepada beliau dan bersabar menghadapi cabaran. Bagi para pemimpin UMNO yang berdegar-degar nak memperjuangkan bangsa, nusa dan agama, haruslah sedar dan cuba mengambil teladan dan sikap sebegini gentleman.

Mai Kita Ikut Nasihat Bajib..Kita tengok Nak Jadi Macamana...!!!!

Sekalung bunga harus diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana keikhlasan beliau menyampaikan nasihat yang baik kepada para pengundi Malaysia menjelang pilihan raya umum akan datang. 

Nasihatnya kepada para pengundi, dengan menjadikan contoh pemandu kenderaan sebagai kerajaan amatlah baik sekali, iaitu “janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya”.
 
Umum mengetahui bahawa kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO sekarang memang amat diragui dan bahaya. Rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, amalan perkauman, politik membenci agama dan kaum lain serta salah urus ekonomi yang membebankan semua lapisan rakyat amat membahayakan negara. 
 
Umum sedar bahawa slogan1Malaysia ciptaan Perdana Menteri hanyalah omong kosong yang ditolak sendiri oleh para pemimpin UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang gemar bermain politik perkauman.

Gelaja rasuah yang amat parah di mana kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International menjunam teruk ke tangga 60 pada 2011, menjadikan negara kita di tahap paling korup dalam tempoh 55 tahun di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.

Kebenaran pahit bagi Dr M: Musuh lamanya Anwar memberi saingan hebat dalam PRU

Oleh Melissa Lee

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengakui bahawa ia adalah sukar untuk meramalkan keputusan pilihanraya umum ke-13 disebabkan oleh isyarat "mengelirukan" dari pelbagai pihak.

"Apa yang pasti, ia tidak mudah bagi BN untuk mendapatkan majoriti dua pertiga kali ini. Pembangkang sekarang tidak seperti dulu, dan situasi semasa agak mengelirukan," Bernama melaporkan Mahathir berkata sebegitu.

Pasti sukar bagi Mahathir untuk membuat pengakuan tersebut, kerana gabungan pembangkang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan orang yang dia cuba untuk jatuhkan dan gulingkan dari arena politik sepenuhnya. 
 
Pada tahun 1998, kerana takutkan populariti dan peningkatan pengaruh Anwar dengan orang Melayu, Mahathir sengaja mereka cerita liwat dan tuduhan rasuah kepada bekas Timbalannya dan berjaya dalam memenjarakan Anwar selama 6 tahun. Hanya selepas Mahathir bersara barulah Mahkamah Persekutuan cukup berani untuk menjatuhkan tuduhan dan bebaskan Awar.

Kini berumur 64 tahun, Anwar bersedia untuk memimpin Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum kedua sebagai satu parti gabungan. Walaupun tidak dibenarkan pendaftaran rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan, parti-parti Pakatan PKR, PAS dan DAP telah menandatangani Rangka Kerja Polisi Awam dan bersetuju untuk manifesto bersama - Buku Jingga – bagi PU-13. Sementara itu, PU-13 dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.

Yang Tidak di Lapurkan oleh Najib.

Oleh sakmongkol AK47

Saya ingatkan orang hanya akan ulula-hing ( wanita Arab akan mengeluarkan bunyian seperti kicauan burung tanda suka- dalam BI di sebut sebagai ululating) bila mendengar ucapan Najib. Rupa rupa nya ada jugak orang yang mendapat mimpi basah dan meneriak-aku sungguh tertarik. Maka atas dasar dia seorang sahaja yang tertarik dan super teruja, tambahan pula  kerana tertekan oleh ransangan mimpi basah- serta merta mengistiharkan BN pasti menang.  

Astagha! Yang kita nak bercakap seolah olah mendapat orgasm ini kenapa- kita tunggu sahajalah bila PRU tiba. Sama ada Najib yang di jangka akan membelanjakan RM 2 juta per calun parlimen dan RM 1 juta untuk ADUN akan menang selesa. Maka tidaklah memelikkan sangat jika kerajaan UMNO hari ini menjalankan banyak corporate maneuver untuk menghimpun dana. 

Kerana kita tahu apa guna nya wang tersebut. Banyak kali saya telah menulis- Najib hanya tahu satu cara sahaja menyelesaikan masaalah- bayar sana sini. Dari sudut ini, Najib tidak menghampakan sesiapa. Its vintage Najib. Pay your way through. 

Saya membaca semula bajet untuk 2012 , saya tidak tidak berjumpa dengan peruntukan belanja kilat yang di lakukan oleh PM dan TPM. Orang yang tahu berkerajaan, akan insaf bahawa mereka tidak boleh belanja kecuali dari yang telah di luluskan oleh parlimen. Kalau tidak di luluskan oleh parlimen, maka orang yang berbelanja itu berhutang atau ambil duit haram. 

Persoalan ‘Ancaman Kristianisasi’ dan Gejala Murtad

Oleh KHALID SAMAD

Sejak kebelakangan ini, kedengaran isu ‘ancaman Kristianisasi’ ingin ditonjolkan oleh pihak yang berkepentingan sebagai sesuatu yang sedang melanda ummat Islam, khususnya Negeri Selangor. Walaupun ianya tidak disebut secara terang-terangan, tetapi semua memahami mesej yang cuba disampaikan oleh golongan ‘kontraktor upahan UMNO ini, iaitu di bawah PR, aqeedah ummat Islam terancam dan orang Kristian ‘bermaharajalela’!

Bagi saya ini adalah bukti tambahan yang mengukuhkan keyakinan saya bahawa BN dan khususnya UMNO ketandusan isu. Seperti dakwaan mereka bahawa DSAI menyokong pembunuhan rakyat Palestine demi menjamin keselamatan Israel, ‘ancaman Kristianisasi’ merupakan satu lagi ‘kisah dogeng’ untuk memukul PR. Sedangkan rakyat, khususnya yang di Selangor, dapat melihat sendiri realiti yang berbeza di persekitaran mereka. Masjid dan Surau semakin diimarahkan, bukan semakin sunyi. Para ustadz semakin disanjung dan dihormati, bukan semakin dipinggirkan. Sekolah-sekolah dan tadika Islam semakin dipenuhi murid dan bukan semakin lengang. Malahan, para pemimpin turut kelihatan semakin berakhlak, bukan semakin sombong dan angkuh, tenggelam dalam kemewahan.

Namun, bagi yang tidak mempercayai apa yang dilihat di persekitaran mereka sendiri, maka saya pamerkan bersama jawapan Menteri BN sendiri ke atas soalan yang dikemukakan oleh YB Parit Buntar berhubung statistik murtad di Negara Malaysia.

Kunjungan PM Menggelapkan Masa Depan 30 Jurutol?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kunjungan mesra perdana menteri Ha Najib Razak ke Kajang pada Mac lalu mungkin membawa berita baik kepada ribuan pengguna lebuhraya bertol di Kajang kerana mereka mendapat pemansuhan RM1.00 dan RM0.90 tetapi tidak kepada 30 orang jurutol di Batu 9 dan Batu 11 kerana mereka kehilangan mata pencarian akibat lawatan itu.

Dalam kunjungan itu Najib mengumumkan pemansuhan RM1.00 untuk tol di Batu 9 dan RM0.90 di tol Batu 11. Sehubungan pemansuhan itu menyebabkan syarikat pengendali tol berkenaan Trupadu Sdn. Bhd mengambil tindakan serta merta dan mengurangkan kakitangan melibatkan 30 orang jurutol.

Pada 5 Mac syarikat itu bermesyuarat susulan pengumuman PM itu dan telah menghantar notis sebulan pemberhentian kerja pada 7 Mac kepada 30 orang pekerja. Menurut surat itu 30 pekerja berkenaan perlu berhenti pada 6 April.

Pemberhentian itu dibuat mungkin kerana jumlah kutipan – pendapatan syarikat berkenaan berkurangan ekoran pemansuhan itu. Jadi sebagai menjimatkan kos mereka terpaksa mengorbankan nasib 30 pekerja yang bergantung harap kepada kerja sebagai jurutol.

Tahfiz sains lahirkan professional memahami Islam

ALOR SETAR – Maahad Tahfiz Sains Darul Aman merupakan cetusan idea Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak yang inginkan satu pusat pengajian menggabungkan hafazan Al-Quran dan sains.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul, matlamat penubuhan Maahad Tahfiz Sains berkenaan adalah untuk mewujudkan integrasi pengajian profesional dan Islam.

“Kita ingin lahirkan lepasan Maahad ini sebagai insan yang merujuk Al-Quran apabila timbul apa jua masalah.

“Mereka ini akan menjadi golongan profesional dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan tetapi dalam masa yang sama mereka juga memiliki ilmu Al-Quran di dada, menjadi tempat rujukan serta boleh memberi sesuatu yang baik kepada agama, masyarakat dan negara,” jelasnya ketika ditemubual di pejabatnya.

Seramai 50 pelajar , terdiri dari 25 lelaki dan 25 perempuan yang memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR diambil sebagai pengambilan pertama untuk pengajian di Maahad berkenaan. Sementara bangunan Maahad tersebut yang terletak di Pulau Tuba siap dibina, pelajar-pelajar berkenaan ditempatkan di sekolah sementara di Kulim, Kedah.

Exco: Portfolio Phahrolrazi, Ismail lebih kecil

5 April 2012
Azizan (tengah) mengucapkan tahniah kepada Ismail (kanan) sambil diperhatikan Phahrolrazi
ALOR SETAR - Senarai portfolio anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dikeluarkan selepas majlis angkat sumpah dua lagi Exco di Istana Anak Bukit di sini, hari ini menyaksikan perubahan agak ketara pada jawatan yang disandang Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

Tahun lalu Phahrolrazi memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, manakala Dr Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan  Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Selepas pelantikan hari ini Phahrolrazi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, manakala Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

MB syukur dua ADUN kembali ke jawatan Exco

http://www.wartakedah.net/images/mbexco.jpg
ANAK BUKIT, 5 April 2012 – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak melahirkan rasa gembira dan syukur kehadrat Allah di atas perlantikan semula dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi dan YB Dr Ismail Salleh sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

“Saya berasa sangat gembira kerana dua orang exco ini dapat bersama semula dan kami akan berpadu tenaga dalam satu kumpulan untuk memantapkan Kerajaan Kedah.

“Kita akan memperkemaskan saf  agar menjadi lebih kuat dan sebarang anggapan negatif  yang timbul sebelum ini akan dianggap semuanya positif,” jelasnya ketika sidang media sejurus Majlis Angkat Sumpah selesai.

Berikutan perlantikan tersebut, beliau memaklumkan portfolio Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga diserahkan kepada YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi sementara Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi diserahkan kepada YB Dr Ismail Salleh.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...