TERKINI :

Tuesday, April 3, 2012

Hangpa Tau ka "Minoriti Report" tu apa dia..yang sampai bergaduh di parlimen petang tadi..?

Apa ada dengan 'Minoriti Report" 

1.0 Pendahuluan

Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai Dr.Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah tiga undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala enam undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju).

 Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.

Penyata Minoriti adalah penting untuk memberikan ruang kepada suara minoriti dalam Jawatankuasa melaporkan pandangan dan cadangan mereka yang tidak dipersetujui oleh majoriti dalam Jawatankuasa. Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti dalam sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas wajib direkod dan dilaporkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa.

Tujuan tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa tersebut mencadangkan Penyata Minoriti ialah kerana kami berpendapat perkara yang paling asas dan penting dalam soal penambahbaikan sistem pilihanraya iaitu memastikan Daftar Pemilih yang bersih dan telus masih belum mendapat perhatian yang sepatutnya dan tindakan yang serius daripada pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

 SPR gagal memberikan komitmen yang penuh untuk memastikan segala kepincangan dalam Daftar Pemilih akan diatasi dan menjamin satu Daftar Pemilih yang bersih yang bakal digunakan pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

Alhamdulillah RON97 naik 10sen....

Harga RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 seliter
http://2.bp.blogspot.com/_ecElWnnBAe8/Sp4tGDZZDtI/AAAAAAAAAaU/eynqIb-F0FM/s400/19782541_946f0a7ee2%5B1%5D.jpg 

Harga petrol gred RON97 akan naik 10 sen mulai tengah malam ini - meningkat daripada RM2.80 kepada RM2.90 seliter.

Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.

Persatuan Peniaga petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin mengesahkan ini.

Minggu lepas, kerajaan persekutuan mengumumkan ia telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.

Ini adalah kerana kerajaan persekutuan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi.

RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan.

Kenderaan pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan minyak RON95.

MCA kondem Islam.. DAP tanya IKIM nak tahu Islam..!!

MCA, DAP dan Islam

Semasa menjawab soalan yang dikemukakan berhubung usaha dakwah yang dilakukan, Dr. Mashitah telah menyebut beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Turut disebut ialah peranan IKIM dan untuk mengukuhkan hujjahnya, bagaimana DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan mengenai Islam.

Mungkin dari satu sudut maklumat ini dikemukakan sebagai bukti betapa gigihnya usaha dakwah yang dijalankan oleh pihak BN. Namun dari sudut yang lain ianya mendedahkan sikap ingin tahu dan keterbukaan DAP yang sering diselar oleh BN sebagai musuh Islam. Saya diberitahu bahawa ada dari kalangan penceramah UMNO yang melampau sehingga sanggup mengisytiharkan DAP sebagai ‘kafir harbi’! Pengistiharan ini sudah pasti dilakukan oleh seorang yang jahil tentang implikasi dari pengisytiharan yang sebegitu!

Apabila saya mendengar Dr. Mashitah mendedahkan bahawa DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan berhubung Islam, secara spontan saya bertanya, tetapi malangnya tanpa microphone, MCA tidak berhubung untuk tujuan yang sama ke? Soalan saya hanya sempat dijawab oleh Ahli Parlimen PR bahawa MCA tidak minat dan Dr. Mashitah terus duduk, mungkin merasa sedikit kesal bahawa maklumat tersebut telah didedahkan.

Bukan Setakat Driver Kereta Sekali Kena Tukar

Saya bersetuju dengan pendapat perdana menteri Ha Najib Razak untuk negara mencapai status negara maju empat tahun lagi negara memerlukan seorang pemimpin yang cekap dan berwibawa bijak menjalinkan faktor yang ada untuk memanjukan negara.

Secara egoisnya Najib menggambarkan dialah driver (pemimpin) yang cekap yang boleh membawa negara maju menjelang 2020. Beliau beranologi kalau kita hendak sampai destinasi dituju jangan menukar driver di tengah jalan.

Kononnya kalau menukar driver di tengah jalan (tamatkan riyawatnya sebagai PM), perjalanan tidak akan sampai ke destinasi dituju... negara akan berselerak. Wah... kononnya dia sahaja yang bijak dan tahu arah peta perjalanan.

Sambil mendabik dada dialah driver yang cekap, katanya "jangan tukar dengan driver yang diragui dan membahayakan." Apa yang cuba ditonjolkan Najib driver yang merbahaya dan diragui itu ialah ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Semasa membentang kajian tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF) Ha Najib Razak juga berkata driver yang tidak cekap itu hanya tahu berseruling dan beretorika sahaja. Mereka katanya adalah tukang karut dan penghibur lara. Sebalik katanya kerajaan UBN hari sudah terbukti dan mempunyai track record.

Najib boleh berperasan dan mengakui dia seorang driver yang cekap, baik dan bertanggungjawab kerana itu dari penilaian dan standard dia sendiri berikan. Namun di luar sana atau penumpang sedang membuat penilaian ke atas cara-cara Najib memandu atau memimpin negara tanpa bias. Dalam tempoh tiga tahun lebih ini rakyat sedang mengukur corak dan juga stail pemanduan Najib.

Siapa yang membuat atau mengikhtiraf bahawa pemanduan Najib baik dan selamat yang boleh beliau jadikan asas?

LAWAK!!! Jawapan bertulis di parlimen...




Siapa pandai matematik? aku tak pandai, tak sekolah pun (mana nak sekolah, dah kerja). Cuba korang kira betul2 kertas jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri di Parlimen baru-baru nie... kira betul2...



Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis.
- 3 Orang dalam tanahan penjara
- 7 Orang dalam tahanan polis
- 17 Orang dalam tahanan depot imigresen
17 + 3 + 7 = 14 Orang ker?????



Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan
1 orang dalam tahanan penjara
9 tahanan polis
18 dalam tahanan depot imigrresen
Jom kira 1+9+18=13 ????

DEDAH ISU MURTAD - HASSAN JATI SINDIR SULTAN KERANA GAGAL TADBIR UGAMA?

Oleh:  WFAUZDIN NS



http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2012/february2012/21/hasan-ali-jati_-shah-alam.jpg 

BILA aku tengok TV3 suku malam tadi, kelihatan Hassan Jati muncul sambil bercerita pasal murtad.  Kononnya beliau amat peka dengan kes murtad yang berlaku di negara ini.  Malangnya, Hassan Jati yang gila nak jadi MB Selangor ini bak kata YB Khalid Samad silap tempat untuk mengadu.
Betapa bengapnya Pakar Motivasi yang ada PHD ini.  Isu murtad beliau boleh mengadu kat TV 3 suku.  Masakan Hassan Jati tidak kenal TV3 suku ini?  Semenjak bila TV3 suku suka pada Islam?  Jika TV3 suku ini pro Islam, mustahil media pencacai lidah syaitan ini mahu siarkan video dan cerita seks yang dicipta oleh Datuk T itu?  Media ini kah yang Hassan Jati harapkan untuk banteras murtad?  Mengapa tidak pilih saluran TV Hijrah sekurang-kurangnya?  Sebabnya, Hassan Jati mahu glamour dengan isu murtad ini.  Maklumlah, rakyat semua sudah tahu tembelang Hassan Jati yang kecewa tidak boleh jadi MB Selangor.
Mengapa Hassan Jati tidak laporkan kepada Jamil Khir tentang isu ini?  Bukankah sekarang ini Umno yang berkuasa di negara ini?  Bukankah agama Islam adalah di bawah Raja-Raja Melayu?  Mengapa Hassan Jati tidak mengadap Raja-Raja untuk tunjukkan betapa teruknya Raja-Raja mentadbir agama di negara ini sehingga kononnya begitu ramai yang murtad?  Mengapa PAS juga yang dipersalahkan oleh orang yang gila nak jadi MB ini?  Paling pelik, masa Sultan Selangor dan JAIS mengendalikan siasatan kes serbuan gereja di Selangor dulu, mengapa Sultan Selangor kata kes ditutup kerana ketiadaan bukti?  Ketika itu, Hassan Jati masih Exco Agama di Selangor dan mengapa beliau tidak tunjukkan bukti yang beliau tunjukkan di dalam media lidah syaitan seperti malam tadi?

Ayuh tukar segera pemandu yang mabuk itu

Memandu dalam keadaan mabuk adalah merbahaya dan merupakan satu kesalahan undang-undang jalan raya. Jangan tanya saya seksyen mana. Saya bukan pakar undang-undang. Tapi begitulah sekolah memandu bagi tau kita orang dulu.

Ada dua jenis mabuk yang sangat merbahaya bila memandu. Satu mabuk alkohol dan satu lagi mabuk kuasa dijalan raya.

Mabuk kuasa di jalan raya merupakan pemandu yang berlagak samseng. Apa pun dia tidak kira!

Asyik mahu memotong kenderaan di hadapannya walau pun di selekoh maupun di double line.Lampu merah pun tidak diendahkannya – polis trafik takut nak saman kerana sikap sombong dan samsengnya!

Pemandu jenis ini akan marah kalau kereta lain mahu memotongnya!

Jangan bahayakan diri kita dengan jenis pemandu yang mabuk alkoholik atau mabuk kuasa macam ini!

Wahai Muhyiddin! Sistem pendidikan kita lahirkan "Zombi"

Kecohlah sekolah dengan naik turun peratusan pencapaian pelajar, gred purata serta itu ini.  Guru-guru kelam-kabutlah menyiapkan laporan jika subjek yang mereka ajar jatuh prestasinya.  Akan dihempapkanlah segala kesalahan kepada mereka.  Jika peratus lulus sesebuah sekolah meningkat maka akan naiklah nama pengetua, sekolah dan guru-guru sekaligus menjadi batu loncatan kenaikan pangkat atau jawatan.

Nanti dulu!  Itu sahajakah yang difikirkan dalam sistem pendidikan kita?  Statistik, angka atau gred sahajakah?  Bagaimana dengan Falsafah Pendidikan Nasional yang objektifnya untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)?  Apakah sekadar menjadi hiasan mural di dinding sekolah atau maktab sahaja?  Jika seseorang pelajar mendapat 8A apakah itu petanda cemerlang tahap keintelektualan mereka?  Bagaimana jika pelajar ini sekadar menghafal fakta ataupun menyeludup masuk nota kecil (biasanya ini dipanggil membawa toyol) ke dalam dewan peperiksaan untuk ditiru?  Apa pula skala hendak digunakan bagi mengukur kecemerlangan emosi, rohani dan jasmani?

Hallo Menteri Kesihatan....Hospital Yan tak cukup kerusi roda nie....!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/542838_10150647764107157_319981142156_9348362_1991812130_n.jpg 

Aduhai sedihnya..takan sampai macam nie sekali sebuah hospital bawah selenggara kementerian Kesihatan mengalami kekurangan kemudahan....sampai kerusi roda pun tak mencukupi nie apa kejadahnya nie...

Jika hospital swasta ok la jugak....nie hospital kerajaan....masalah masalah.... duit kerajaan pie mana habih... benda disini laa rakyat amat memerlukan semua kemudahan-kemudahan tersebut..

Jadi diharap pihak Kementerian Kesihatan jangan laa menganak tirikan rakyat yang inginkan kemudahan ini...

Revolusi Facebook, Semarak Kebangkitan Anak Muda

Karamah [ kemuliaan ] sebuah  perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan yang menepati manhaj perjuangan Islam ialah pertolongan Allah swt yang tidak pernah putus. Biarpun ia cuba disekat oleh musuhnya dari segenap arah, namun senantiasa ada lorong yang membawa perjuangan ini ke mercu jaya melepasi segala halangan yang dirintang.

Malaysia antara sebuah negara pengamal "demokrasi songsang" apabila kerajaan yang memerintah mengongkong dan menguasai media tanpa memberi laluan seimbang kepada parti bukan kerajaan untuk menyampaikan maklumat atau risalah perjuangan menerusi media arus perdana, samaada cetak atau elektronik.

Dunia maklumat menjadi sempit dan terhad. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana seketika dulu, rutin ceramah PAS akan di adakan padang awam atau kawasan penempatan. Sementara tidak banyak cawangan PAS yang mempunyai markaz atau Pusat Tarbiyah sendiri. Seringkali PAS menganjurkan ceramah atau rapat umumnya di kawasan awam dan terbuka.

Malangnya selepas itu, pemerintah mengeluarkan pekeliling bahawa PAS tidak boleh mengadakan ceramah dikawasan awam tanpa permit kecuali di markaz atau kawasan persendirian. Akhirnya  kita boleh lihat sendiri  hari ini, bahawa hampir tiada cawangan dan kawasan PAS yang tiada markaz atau pusat tarbiyahnya sendiri dalam keadaan PAS bukan parti pemerintah kecuali hanya di Kelantan sebelum daripada ini. Fenomena ini adalah salah satu daripada karamah perjuangan .

PAS terus bergerak aktif melalui penganjuran pelbagai aktiviti luaran dan dalaman di markaz atau pusat tarbiyahnya, biarpun tidak lagi dibenarkan penganjuran di kawasan terbuka. Lebih menarik apabila perkembangan ini secara tidak langsung mendekatkan PAS dan aktiviti markaznya kepada masyarakat awam. Orang ramai yang ingin tahu mengenai PAS terpaksa datang sendiri ke markaz dan pusat tarbiyahnya setelah PAS dikekang dan ditohmah dari segenap arah. Ini satu lagi karamah perjuangan.

Anak Muda Johor dah tak fobia dengan bendera bulan...

Perubahan Anak Muda Yang Menakutkan Umno BN


MERSING - Rata-rata beranggapan bahawa antara tanda-tanda awal UMNO bakal kecundang di negeri Johor adalah apabila sokongan kepada pembangkang semakin terserlah seperti dalam gambar di atas.
Seorang juru gambar pro pembangkang Dhamam dalam ulasannya di facebook rasminya menyebut anak muda yang bermain bola sudah tidak menunjukkan kebencian dan rasa canggung dengan bendera 'purnama' nyata memberi keyakinan bahawa PAS sudah tidak asing buat mereka.

"Sewaktu pulang dari mesyuarat di Teluk Gorek, Mersing...aku melalui sebuah padang bola...kelihatan anak2 muda sedang bermain bola....tidak takut tidak gentar dengan bendera 'purnama'..... #UNTUK MAKLUMAN: Ini di Mersing, Johor....bukan Negeri Kelantan! :)," katanya lagi.

Difahamkan, bendera itu dipasang di kedua pintu gol sebuah padang bola sepak berhampiran persimpangan jalan ke Teluk Gorek dan Tanjung Resang, Mersing. Lokasi berkenaan juga merupakan tempat pelancongan kerana didapati banyak chalet-chalet didirikan disekitarnya.

Perlukah Orang Melayu Sertai DAP?

Apabila Pas menubuhkan Dewan Himpunan yang disertai oleh bukan Melayu, orang Melayu khasnya dalam Pas merasa bangga. Penyertaan bukan Melayu itu menaikkan 'jiha' (martabat) Pas. Orang Pas merasakan parti mereka mendapat sokongan bukan Melayu dan itu satu perubahan dan kemajuan.

Hebatlah Pas sebagai sebuah parti politik yang mempunyai roh Islam tetapi disokong sama oleh bukan Islam. Matlamat dakwah yang menjadi agenda Pas berjaya diimplimenkan.

Ada sebab jelas kenapa mereka - bukan Islam dan Melayu sokong Pas. Dalam hal ini soal kemanusiaan; kejujuran, keadilan dan kesaksamaan yang diamalkan Pas menjadi daya tarikan. Bukan Islam seronok dan merasa senang dengan pendekatan dipraktikan Pas berhubung dengan humanis. Perjuangan Pas menyentuh hati mereka.

Memanglah sesiapa atau apa-apa organisasi yang berdiri atas prinisp agama tidak kira agama di langit atau dibumi ia bertujuan baik. Membawa manusia ke jalan kebaikan fitrah yang diidamkan semua.

Soal apakah agam itu dapat mengembalikan manusia kepada hakikat kejadiannya kepada pencipta-Nya, Rabul Jalil itu soal lain. Namun prinsip atau fiil yang dikehendak naluri manusia sudah tercapai. Manakala bagi pihak Pas pula ia berjaya mencapai matlamatnya mendekatkan (tarruh) mereka yang sebelum ini dilihat jauh dan tidak terpancar dengan nur hidayah agama (parti) mereka kini berjaya mendekatkan bukan Melayu Islam ke pangkuan mereka. Ini sesuatu yang membanggakan. Dan inilah juga syariat Muhammad.

METER SADA YANG BARU DITUKAR MEMBEBANKAN PENGGUNA

Sungai layar ,Sungai Petani. 



Seorang pengguna Syarikat Air Darul Aman DI Taman Seri Tanjung 3 Sungai Layar, amat kecewa dengan sikap kakitangan petugas SADA Kuala Muda telah datang menukar meter air yang baru tanpa sebab, kerana penggunaan sebelum ini tidak mendatangkan apa-apa masalah, selepas di tukar ke meter yang baru tapi 2nd hand dah.

Bil yang selalu purata sebulan RM 43.00 sahaja kini meningkat hingga RM 78.10 sebulan , peningkatan sebulan sebanyak 35.10. 

SADA sepatutnya menyelesaikan perkara yang melibatkan pengguna - pengguna bermasalah seperti mereka2 yang telah di potong meter tapi masih lagi mereka mendapat bekalan secara haram, bukan nya menekan pengguna setia dengan memasang meter yang meragukan pengguna, barulah betul dengan slogan Kerajaan PR sekarang “KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”, tapi yang berlaku sebaliknya pula… 

Kedah: Jangan remehkan pembulian media

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

ADUN Kubang Rotan, Kedah, Mohd Nasir Mustafa mengemukakan writ saman terhadap RTM yang didakwa memfitnah dirinya berhubung satu isu yang dimainkan media milik negara yang disalahgunakan oleh BN itu dalam rancangan Titik Sentuhan bertarikh 18 Disember 2012. 

Writ saman yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar itu turut menyenaraikan dua orang awam iaitu Hanafiah Ramli dan Zakri Shuib yang mengeluarkan komen dalam rancangan tersebut sebagai pihak defendan.
Mohd Nasir selaku plaintif memohon mahkamah membenarkan beberapa perintah, iaitu ganti rugi am sebanyak RM10 juta dibayar kepada plaintif oleh para defendan di samping ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan teruk.

Perintah mahkamah juga dipohon untuk mengarahkan defendan meminta maaf daripada plaintif secara terbuka dalam rancangan Titik Sentuhan dan menarik balik tuduhan fitnah tersebut yang hendaklah dibuat secara bertulis di muka hadapan akhbar harian.

Dalam ruangan ini kira-kira dua bulan lalu, isu tersebut pernah diperjelaskan. RTM dalam rancangan tersebut mendakwa jalan di Kampung Hilir Telok Talipon (kawasan Dun Kubang Rotan) telah diturap oleh Jabatan  Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.

Exco menggalakkan persatuan penduduk amal kitar semula

1 April 2012
Galak persatuan penduduk amal kitar semula
ALOR SETAR - Orang ramai terutama penghuni taman perumahan disaran mengamalkan kitar semula sebagai usaha memelihara alam sekitar selain menjana pendapatan untuk persatuan penduduk terbabit.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga serta Industri dan Pelaburan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, usaha Kerajaan Pusat mengagihkan tong sampah percuma kepada penduduk merupakan langkah baik namun penduduk perlu memainkan peranan masing-masing.

"Penduduk sendiri seharusnya mengambil inisiatif mengasingkan sampah mengikut kategori, dan mengumpulkannya di satu tempat bagi memudahkan ia diangkut.

"Malah, persatuan penduduk boleh mengumpul sampah yang boleh dikitar semula dari rumah penduduk untuk dijual. Hasil jualan boleh dimasukkan ke dalam tabung aktiviti persatuan," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Tong Sampah Percuma di Taman Wira Mergong, hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...