TERKINI :

Sunday, April 1, 2012

Mahathir Yang Terus Terlupa Dan Nyanyuk

Sekonyang-konyang Mahathir Mohamad mulai sedar kesilapan demi kesilapan yang beliau lakukan sebelum ini.

Kesedaran itu beriringi dengan perjalanan usianya yang sedang menuju ke takah bongkok tujuh. Walaupun beliau tidak akan mengaku pernah melakukan kesilapan tetapi hakikatnya beliau tidak dapat lari dari itu.

Hari ini beliau meminta Umno membuka peluang untuk para profesional memimpin parti berkenaan. Katanya cawangan hendaklah memberi laluan kepada cendekiwan untuk menyertai parti itu dan seterusnya menjadi pemimpin.

Kenapa baru hari ini Mahathir merasai pentingnya golongan profesional perlu diterima untuk menjadi pemimpin parti itu. Apakah kerana hari ini parti itu sudah miskin pemimpin. Atau cendekiwan dan golongan profesional telah makin menjauhi Umno?

Dua perkara yang menyebabkan ini berlaku dan Mahathir kena akui tanpa prajudis. Nasib yang menimpa Umno hari ini ialah kerana diri beliau. Kerana perbuatan brutal beliau sendiri.

Bukankah yang menghalang para profesional menguasai Umno beliau sendiri. Yang mengajar Umno mencantas pemimpin bistari beliau sendiri. Yang mengkhianati bakal-bakal pemimpin beliau sendiri.

Siapa yang membunuh masa depan Musa Hitam dalam Umno? Siapa yang membunuh masa depan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Umno. Dan siapakah yang mengkhianati Awnar dan membuangnya dari Umno? Bukankah Mahathir?

Punca Ketua Pemuda UMNO Penang dah tak keluar buletin utama malam tadi sudah di ketahui....



http://media1-cdn.malaysiakini.com/363/71db4002ce4f9488cda4eb3be24ee20b.jpg 
Ooo Pasal benda nie la mamat nie tak keluaq TV3 dah malam nie... 
Jika tidak tiap-tiap malam asyik dok dengaq dia merapu jeee....
 
NGO: Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno
 
NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

Gamis Sedia Anjur Sidang Meja Bulat Isu PTPTN


http://3.bp.blogspot.com/_K1oS2BtMH2Q/S9jhltpy-lI/AAAAAAAAAr4/-VujbRU83Mc/s400/gamis.jpgDalam kenyataan media pada 31 Mac 2012, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan serius berhubung isu pembiayaan pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
 

Melihat kepada respon yang amat positif, Gamis bertindak proaktif sedia menjadi penganjur sidang meja bulat isu pembiayaan pengajian mahasiswa khususnya dalam konteks semasa iaitu PTPTN sekiranya dipersetujui oleh pihak berkenaan. 

Gamis juga mempelawa tokoh akademik, Aspirasi, Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Aman Kampus dan parti komponen BN, PR turut serta dalam sidang meja bulat bagi membincangkan kaedah terbaik untuk membantu pembiayaan pengajian mahasiswa khususnya. Dan yang lebih utama, bagaimana negara dapat menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dan batalkan PTPTN 

Nalla Karupan mendedahkan identitinya sebagai 'BAPA AYAM'

Pecat Anwar: Nalla dedah dirinya 'bapa ayam'? [harakah]

http://1.bp.blogspot.com/-g9AmKYs61DI/T2ll51N5EwI/AAAAAAAABKc/218mCOOOjsQ/s1600/Nallakarupan.bmpKUALA LUMPUR, 1 April: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad menempelak Senator S. Nallakarupan yang mahu mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sedangkan kata Dzulkefly, pengakuan Nalla mengenai aktivitinya yang kononnya 'menyusun segala kegiatan sumbang Anwar', tidak ubah seperti seorang "bapa ayam".

"Nalla sebelum ini mengakui dia yang menyusun segala kegiatan sumbang yang kononnya dilakukan oleh Anwar.

"Bermakna dia sendiri ialah bapa ayam yang tugasnya mengatur kegiatan-kegiatan sumbang," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut mempersoal BN yang melantik Nalla sebagai Ahli Dewan Negara yang disifatkan sebagai menjatuhkan imej Dewan Negara.

"Lebih malang lagi apabila Umno BN boleh melantik "bapa ayam" dalam Dewan Negara.

"Adakah BN sudah bankrap tokoh-tokoh akademik dan profesiaonal atau dalam bidang-bidang lain yang berwibawa dan berkelayakan? Dalam ramai-ramai tokoh di Malaysia, kenapa lantik orang seperti Nalla jadi senator?" soalnya.

Kedah nafi pemain import Hamidan disingkir

Kenari yakin julang Piala Emas Raja-Raja ALOR SETAR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini menafikan khabar angin bahawa penyerang import dari Ghana, Mohammed Hamidan telah disingkirkan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata, khabar angin kononnya KFA telah memberi surat penyingkiran kepada Hamidan seperti yang didakwa oleh segelintir penyokong Kedah dalam laman sosial facebook adalah tidak benar.

Beliau berkata, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak KFA akan meneliti laporan prestasi pemain import Kedah itu pada mesyuarat Rabu depan bagi menentukan nasib sama ada Hamidan akan kekal bersama Kedah.

Katanya, hanya Pengurus Pasukan Datuk Khazali Din dan Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berhak menentukan perkara itu kerana mereka yang lebih tahu dan arif tentang pemain dalam pasukan mereka.

"Setakat ini Hamidan telah dapat menyesuaikan diri dengan pasukan Kedah dan ini telah memberi keyakinan baru kepada Wan Jamak terhadapnya (Hamidan) dalam usaha memburu kemenangan selepas ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Khalid Samad kata berita abang dia masuk PAS hanya April Fool



SHAH ALAM, 1 April: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.

(Gambar sidang media Shahril yang disiarkan oleh blog kononnya beliau keluar Umno dan menyertai PAS)

"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.

Beberapa blog hari ini melaporkan berita kononnnya Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.

Blog melaporkan, ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.

Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital, lapor blog itu.

Ia kemudian disuraikan oleh polis.

RM200 ribu diperuntuk jayakan kempen alam sekitar


ALOR SETAR– Sebanyak RM200,000 diperuntukkan melalui Jawatankuasa Alam Sekitar bagi menjayakan kempen alam sekitar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB. Tan Chow Kang berkata, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun penganjur boleh memohon untuk mendapatkan peruntukkan berkenaan.

“Mereka boleh memohon kepada saya untuk mendapatkan peruntukkan itu bagi menjayakan kempen alam sekitar di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis sempena Program Turun Padang Bersih dan Indah (Gotong-Royong Bersepadu) di Tanjung Chali, di sini.

Menurutnya, masyarakat perlu sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar dalam usaha menjadikan Alor Setar sebagai sebuah bandaraya yang bersih dan indah.

“Secara tidak langsung, ia mampu menarik lebih ramai pengunjung serta pelancong untuk datang ke Bandaraya Alor Setar” jelasnya.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus berkaitan ulasan JAMIL KHIR tentang Isu Janji Syurga



 'Undi Pas masuk syurga janji kosong'
Wartawan Sinar Harian
1 April 2012
Jamil Khir
YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

"Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, katanya, kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi Pas akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa Pas tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Penang - Tapak masjid bukan dijual


Tapak masjid bukan dijual
BUKIT MERTAJAM – Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyelar tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui ketuanya, Shaik Hussein Mydin yang mendakwa Kerajaan Negeri menjual tapak masjid kepada pemaju swasta.

Ketua AMKPP, Amir Md Ghazali berkata, pelan pembangunan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang diluluskan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 30 Oktober 2006 lalu tidak boleh lagi diguna pakai be-rikutan tanah di Bayan Mutiara itu telah pun dijualkan kepada Ivory Group.

Menurutnya, justeru terpulang kepada pemilik tanah baru bagaimana untuk menggunakan tanah tersebut sesuai mengikut kanun negara serta selaras dengan keperluan syarat pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu MPPP.

“Untuk makluman, bagi setiap pembangunan yang mempunyai 1,200 atau 1,500 rumah, pemaju perlu menyediakan tapak untuk masjid dan sekolah di dalam pelan pembangunan mereka. Ia adalah syarat yang perlu dipenuhi pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan PBT.

Orang pandai masuk PAS, orang bodoh masuk UMNO -Tun Dr Mahathir

Mahathir kutuk UMNO enggan terima orang pandai sertai UMNO...

MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.

Ko Nak Maaf OK ANWAR teruskan.. tapi jika RAKYAT..kami NO KOMEN laa..!!!

Anwar ketika berceramah 
 


Jaminan Anwar, tidak akan balas dendam

KOTA BHARU - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan­ pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.

“Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam.

“Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pelbagai benda, namun selepas keluar saya tidak me­ngam­bil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya,” kata ketika berucap depan 10,000 penyokong di Padang Perdana di sini, malam kelmarin.

Bolasepak Kedah - Betoikah Jodoh import Kedah 'Hamidan' sudah di tamatkan..??

HKCtv | KONTRAK TELAH TAMAT ATAU DIBERHENTIKAN??? 

 https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/425202_10150643179934906_246271459905_9086976_646296561_n.jpg
Masih ramai yang memperkatakan berkenaan kontrak Hamidan dan status Hamidan sendiri di facebook beliau bahawa kontraknya telah ditamatkan. Sedikit pencerahan dari info Insider Hijaukuning.Com sendiri, sebenarnya kontrak awal Hamidan sebelum ini telah ditawarkan hanya hingga semalam 31.3.2012. 

Dengan kata lain tempoh tamat perkhidmatan beliau seperti yang telah ditawarkan hanyalah setakat 31 Mac. Oleh itu, pertimbangan untuk meneruskan khidmat beliau masih dalam perbincangan oleh pihak KFA, memandangkan prestasi terkini beliau sedang meningkat dan berjaya membantu Kedah dalam beberapa perlawanan penting, 

Hamidan adalah antara calon pemain import yang bakal diikat Kedah untuk baki saingan liga. Justeru isu kontrak ini adalah hak KFA untuk menawarkan kontrak baru kepada beliau. Diharap Hamidan dapat menunjukkan prestasi cemerlang semasa latihan dan memikat barisan kejurulatihan. 

UMNO Padang Terap memang seperti apa yang TUN kata... Golongan TAK PANDAI yang dok berpolitik macam nie

Nasir tidak hirau ‘dipermain’ 
 


Nasir tidak hirau ‘dipermain’
NURUL FATIHAH SULAINI
31 Mac 2012
ALOR SETAR - Tindakan pihak tertentu menggunakan gambar pemimpin atau orang politik pada bekas minuman atau ubat-ubatan untuk menimbulkan persepsi masyarakat dianggap sebagai perkara biasa apabila menjelang pilihan raya umum (PRU).

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, beliau sendiri tidak terkecuali mengalami situasi sama apabila terdapat beberapa keping gambar tertera mukanya pada bekas minuman tersebar melalui laman sosial.

Menurutnya, beliau sedia maklum tentang perkara itu dan terdapat beberapa pemimpin lain pernah berhadapan situasi sama antaranya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keadaan ini sudah menjadi asam garam dunia politik dan saya tidak ada masalah untuk menghadapinya.
“Apa yang penting sekarang terus buat kerja membela nasib rakyat dan bekerja keras untuk persiapan menghadapi PRU13,” katanya kepada Sinar Harian.

Lelaki Nigeria Mati Kena Pukul Sebab cabul wanita Malaysia.. Last yang pukul pula kena tahan polis...!!

Lelaki Nigeria cabul wanita tempatan mati dipukul

31 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini
.
Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat, namun disahkan mati sebaik tiba.

Dr Mohd Asr sedar siapa Hasan Ali

http://kitagempur.com/kgc/media/k2/items/cache/98cd27a9ec6668fd255be4380c71b8bd_XL.jpg

Nampaknya Dr Mohd Asri baru dapat memahami kenapakah Hasan Ali di pecat oleh PAS. Alhamdulillah nampaknya ada juga golongan cendiakawan yang memahami akan kelaku manusia bernama Hasan Ali ini.

Semoga kita semua dilindungi oleh fitnah yang di bawa oleh manusia ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...