TERKINI :

Thursday, March 29, 2012

Aduhai Mak Koo..!! 50 tahun Islam Perintah Malaysia denda menari separuh bogel RM25 jee..!!!

Tiga penari tiang didenda RM25

 
Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.


SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut. 

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

Apa muslihat Najib bawa Felda ke BSKL?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB NASIB 

Peneroka Felda bagaikan ‘terawang-awang’ dalam kes jika kerajaan me neruskan usaha menyena raikan lagi kepentingan Felda ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) seperti yang dilakukan ke atas Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH).

 “Untung nasib timbul, un tung sabut tenggelam” inilah ungkapan yang sesuai jika boleh disamakan dalam kes tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Plantations pula selepas gagal berbuat demikian dalam kes Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF). Faktanya sebelum ini, pelaburan-pelaburan yang dijalankan anak-anak syarikat FGVH seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Felda Global Technologies melalui Twin Rivers Technolgies US (TRT) mencatatkan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat tahun 2010. Kerajaan mempertahankan kononnya penyenaraian tidak akan menjejaskan hak peneroka mahupun hak tanah mereka. 

Namun, seperti hujah Pe ngerusi Persatuan Anakanak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mengapa kerajaan dilihat terlalu bersungguh untuk menyenaraikan kepentingan Felda itu di BSKL? Malah, kerajaan sendiri meletakkan tarikh tertentu iaitu Mei atau Jun untuk menyenaraikan kepentingan Felda di Felda Plantations sama ada dibantah atau tidak. Ramai peneroka yang mungkin tidak tahu soal per janjian pajakan di antara Felda Global Ventures dan Felda yang disorokkan. 

Pajakan tanah terlibat di mana tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan Felda Plantations berjumlah 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakan Felda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi ke dua, resort-resort Felda, ser ta tanah di mana penyelidikan. Mazlan bimbang de ngan sebarang manipulasi dalam proses itu yang tidak di ketahui peneroka Felda yang akhirnya akan membenarkan sebarang tindakan pihak atasan. 

Kalau sudah 55 tahun memperjuangkan Melayu gagal, UMNO akan terus gagal

Oleh Aspan Alias

Sejak saya mengambil keputusan menyertai pihak alternatif melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) banyak rakan-rakan yang datang menemui saya untuk bertanya berbagai-bagai persoalan tentang tindakan saya itu. Rata-rata yang datang bertanya itu adalah dikalangan mereka yang telah berkawan dan bersahabat dengan saya sejak puluhan tahun dahulu.

Rakan-rakan yang jauh bertanya kepada saya melalui email dan talipon dan memahami saya setelah saya memberikan kefahaman yang sebetulnya.

Apa yang saya nampak mereka lebih bertanya kenapa saya memilih untuk tidak lagi bersama UMNO. Jarang-jarang mereka bertanya kenapa pilih DAP kerana mereka juga memahami yang DAP itu adalah sebuah parti yang berpengalaman dan telah berusia hampir 5 dekad lamanya. Mereka memahami yang DAP telah melalui semua ujian dan dugaan untuk ‘survival’ nya kerana tekanan dan momokan oleh pihak pemerintah terhadap parti itu tidak henti-henti dilakukan oleh pihak yang takut dengan perkembangan pengaruhnya, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini.

Ramai mahukan saya memberikan mereka sebab kenapa tidak lagi mahu bersama UMNO. Ada setengahnya saya jawab sambil berjenaka dan ada kalanya saya menjawab dengan serius dan memberikan dalil-dalil yang UMNO akan berada dalan persada politik negara hanya sebentar sahaja lagi. Ramai diantara mereka telah pun memberikan sokongan moral kepada saya dan mereka tidak lagi menyimpan sebarang prejudis terhadap DAP lagi.

Ramalan Daim Akan Menjadi Kenyataan - Aziz Bari

Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari

TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.
Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Masya ALLAH, hebat imam kita ni. Mencontohi nabi yusof yg berdakwah ketika dipenjarakan....

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara

NONEWalaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

Phahrolrazi belum terima surat lantikan semula exco

NONETimbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1 Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata setakat ini beliau masih belum menerima apa-apa surat berhubung pelantikan semula sebagai exco kerajaan negeri selepas tempohnya tamat secara rasmi pada 7 Mac lalu.

"Saya belum terima surat memaklumkan lantikan dan angkat sumpah (sebagai exco) setakat ini.

"Jadi, belum ada apa-apa kenyataan yang boleh saya buat. Terima
kasih," katanya menjawab soalan Malaysiakini melalui satu kiriman SMS semalam.

Akhir bulan lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilapor berkata kedua-dua exco tersebut - Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh - "masih berpeluang dilantik semula" selepas tamat tempoh khidmat pada tarikh itu.

Laa Orang Bodo Saja Yang Dok Minat Joint UMNO... Patut laa pun...!!!


Mahathir: Lapang dada terima profesional sertai Umno



MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.

Stesen kereta api sementara Gurun pindah tapak baru esok

GURUN - Lokasi stesen sementara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini bagi menggantikan stesen lama yang telah dirobohkan, akan beroperasi di tapak baru yang berhampiran mulai esok.

Ia dipindahkan ke KM 37, Jalan Persekutuan 1 (FT01) Sungai Petani-Alor Setar yang terletak berhadapan sebuah gereja dan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 6.30 pagi.

"Ia berada lebih kurang 200 meter dari stesen lama iaitu di sebelah stesen baru yang masih dalam proses pembinaan," kata jurucakap KTMB kepada pemberita hari ini.

Perpindahan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang Besar oleh kontraktor MMC-Gamuda Joint Venture (MGJV).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...