TERKINI :

Tuesday, March 27, 2012

Hasan Akidah Terkena Lagi?


Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?

Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.

Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.

Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.

Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.

Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Daslam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. (Saya nak pergi ke pejabat Halimah dan mengambar gambar seperti ditawarnya. Harap Halimah boleh hubungi saya).

Berdasar pendedahan Khalid itu menjelaskan Hasan bohong dan cuba melindungi apa yang berlaku kepada dirinya. Pembohongan ini memalukan Hasan dan beberapa orang pengikutnya. Elok kalau Hasan memohon maaf atas pembohongan beliau seperti didedahkan oleh Khalid itu.

Dalam hal ini saya tidak kira Khalid yang tidak dilihat Islami, yang tidak mengakui mengaji Quran sejak kecil, yang tidak mengaku berkelulusan tinggi, yang tidak mengaku tahu membaca khutbah... atau yang tidak mengaku sebagai seorang pejuang akidah... lebih Islam dan jujur dari Hasan Akidah.

Jelas yang perlu diperbetulkan akidah politik dan agama di sini bukan orang lain melainkan Hasan sendiri. Sebab dalam Islam, dilarang orang yang bercakap bohong, membuat fitnah dan memburukkan rakan dan parti sendiri.

Dalam perkembangan lain khabarnya seorang orang kuat Hasan yang selama ini menjadi penasihat telah bertelingkah dengan Hasan. Katanya bekas Exco itu yang baru set-up pejabat di Taman Tun Dr Ismail telah melarang orang kuat itu dari memasuki pejabatnya.

Masalah yang difahami ialah berhubung dengan penyalahgunaan wang? Sejauh mana ianya benar kita akan cuba siasat. [wm.kl.7:34 pm 27/03/12]

Mohd Sayuti Omar,

Unit Agama POLIS tak ada peruntukan untuk buat kerja agama..!!

Baka tiada peruntukan laksana program agama?

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Mohd Taib (gambar) mendakwa Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (Baka) tidak dibekalkan peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melaksanakan aktiviti yang sepatutnya.

Katanya, Baka diwujudkan bukan sahaja memberi khidmat kaunseling kepada keluarga polis yang bergama Islam bahkan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian.

"Sudah lama tidak diberikan peruntukan itu, jadi macam mana hendak adakan aktiviti kerohanian dalam keluarga polis dan anggota yang beragama Islam," katanya ketika dihubungi.

Malah katanya, Baka tidak perlu diletakkan di bawah pentadbiran, ini kerana akan merumitkan pelancaran aktiviti-aktiviti agama.

"Sepatutnya Baka diasingkan kepada satu unit yang lain, kerana kerja Baka adalah buat kaunseling, kuliah agama dan program-program keagamaan," katanya.

Sebelum ini, Taib Azamudden berkata, banyak rungutan daripada anggota polis menyatakan mereka tidak cukup bajet untuk melaksanakan aktiviti.

"Saya difahamkan Baka pernah diberikan peruntukan tetapi ditarik balik, akhirnya mereka tidak ada bajet untuk membuat program," katanya.

Justeru, katanya KDN perlu ambil perhatian terhadap kekangan yang dihadapi Baka kerana unit itu lebih penting untuk pegawai polis yang beragama Islam.

"Kita minta juga Baka ini bukan sahaja diwujudkan di Bukit Aman sahaja dan ia perlu diperluaskan ke kontinjen-kontinjen negeri dan juga daerah," katanya.

Terdahulu, Taib Azamudden mempertikaikan Baka diketuai oleh seorang pegawai tinggi bukan Islam berpangkat SAC ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dengan menjelaskan pegawai terbabit baru ditukar kepada pegawai yang beragama Islam.

Orang UMNO sendiri kata UMNO teruk... Nak nafi apa lagi...!!!

DAKWAAN BEKAS PEMIMPIN UMNO DEDAHKAN LAGI SIAPA UMNO SEBENAR

14 Jamadi al-Akhir 1433 bersamaan 27 Mac 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa BN selama ini berkuasa kerana persempadanan kawasan mengundi menunjukkan Umno sememangnya parti yang mengamalkan penipuan bagi memenangi pilihanraya. Sebelum ini, bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir pernah mendakwa Umno membeli undi bagi memenangi pilihanraya.

Bagi DPPM, dakwaan bekas-bekas pemimpin Umno tentang strategi kotor Umno dalam pilihanraya umum terdahulu merupakan suatu dakwaan yang serius. Jika yang mendedahkan strategi kejahatan Umno dalam sistem pilihanraya di Malaysia adalah orang awam, ia mungkin boleh dipertikaikan kesahihannya. Tetapi jika yang mendedahkan strategi ini adalah bekas pemimpin Umno, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada Umno. Kedua-dua pemimpin ini adalah orang kanan Umno dan mereka tahu malah terlibat secara langsung dalam strategi Umno untuk memenangi pilihanraya umum. Sudah tentu dakwaan mereka berasas.

Justeru itu, tidak hairanlah Umno mudah memenangi pilihanraya yang terdahulu meskipun rakyat sudah lama menolak Umno. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan survival kuasa mereka dapat dicapai. Sekalipun terpaksa mencalar nilai demokrasi di negara ini dan memperkudakan apa sahaja agensi yang dibawah pentadbiran mereka.

Bukan suatu kebetulan semua modus operandi yang dijalankan dalam sistem pilihanraya di negara ini seperti persempadanan semula kawasan pilihanraya, pendaftaran pemilih, undi pos, dan lain-lain melainkan tujuannya adalah untuk memenangkan Umno-BN. Justeru, DPPM amat berharap, taktik jahat Umno ini dapat dibongkarkan agar ia dipatahkan dan tidak dibuat kembali menjelang Pru ke 13. Sudah beberapa kali pilihanraya umum berlangsung dan sudah berpuluh tahun rakyat ditipu dengan sistem pilihanraya yang kotor di negara ini.

Akhirnya, dengan dakwaan ini membuktikan Umno-BN tidak layak memerintah negara. Mereka berlagak seolah mendapat mandat daripada rakyat terbanyak, hakikatnya mereka menang dengan segala unsur penipuan. Rakyat perlu sedar dan bangkit supaya negara ini diselamatkan dari pemimpin dan parti yang menipu dan merompak kepercayaan rakyat.


Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Amaran - Selangor akan dirampas semula oleh BN.. pakat tengok nama kawasan mengundi masing-masing..!!

Kalau kita baca kenyataan terbaru Najib Tun Razak, jelas terbayang di muka beliau betapa yakinnya mereka untuk menawan kembali negeri Selangor.

Dengan jelas dan terang beliau kata beliau yakin dapat menawan semula Selangor.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah sangat merisaukan.

DEngan bantuan SPR dan JPN, UMNO telah berjaya:
1.0 Menukar puluh ribuan pengundi2 Pakatan Rakyat dari DUN masing-masing
2.0 Mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah
3.0 Menukar alamat pengundi2 UMNO dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS
4.0 Mendaftar banyak pengundi2 hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor
Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh UMNO/BN adalah 35 berbanding Pakatan Rakyat 21

Menjelang pilihanraya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13.

UMNO dan BArisan Nasional sekarang ini bukan setakat yakin untuk memerintah Selangor tetapi yakin mendapat kembali majoriti 2/3 di DUN Selangor.

Setakat yang saya tahu, amat sedikit sangat usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menangkis penipuan UMNO/BN ini.

Disebabkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui ditetapkan oleh SPR RM10 untuk satu nama, maka PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja.

Usaha mereka untuk mendapat wang dari sumber2 yang rasmi pun sering menemui jalan buntu.

PAS Selangor terpaksa berpekin2 menggunakan wang sendiri untuk menjalankan proses bantahan kerana tiada bantuan kewangan dari mana-mana sumber rasmi.

Sekiranya rakyat Selangor masih mahu terus menikmati pemerintahan yang adil, sayang rakyat, bersih dan menjaga kebajikan maka terletak di bahu rakyat Selangor sekelian untuk menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Tulang Besi tidak nampak siapa lagi yang mampu menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Langkah pertama adalah memeriksa nama masing2 di sini. Pastikan nama2 saudara/ri tidak dipindah ke negeri atau kawasan lain kerana berpuluh ribu pengundi telah dibuang dan baling keluar dari kawasan asal mereka.

Jangan lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT demi mengagalkan penipuan dan pembohongan mereka itu. Inshaalah, dengan bantuan Allah SWT penipuan mereka akan gagal.

Lakukan yang terbaik dan termampu. Inshaalah, bantuan Allah SWT akan turun.

Tulang Besi

PAS sokong demo hapus hutang PTPTN sebelum p'raya

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Katanya, PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapuskira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Mohamad berkata, kerajaan perlu menghapuskira hutang berkenaan sebagai tanda "kasih sayang" kepada para pelajar dan juga sebagai satu bentuk pelaburan kepada golongan muda ini.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan kerajaan melupuskan pinjaman sebanyak kira-kira RM589 juta yang ditanggung tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

"PAS akan menyokong (perhimpunan) kerana bila Tajudin Ramli seperti dilaporkan Malaysiakini, hampir RM600 juta (hutang) dilupuskan. Kenapa pelajar yang berhutang RM3,000, RM4,000, RM6,000 tak boleh dihapuskira?

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira. Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," kata Mohamad lagi dalam satu sidang media hari ini.

Mohamad berkata, perhimpunan berkenaan akan dirancang oleh kumpulan pelajar dan PAS akan menyokong usaha itu.

Ketika dihubungi selepas itu, Mohamad berkata perhimpunan tersebut antara lainnya akan diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia.

"Tarikhnya mereka belum tahu lagi bila," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata PAS juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Terengganu yang menarik balik biasiswa ke atas sembilan orang pelajar tajaan negeri itu.

Pelajar di universiti Mesir itu dikenakan tindakan berkenaan kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai tahun lalu.

Katanya, PAS mengutuk tindakan kerajaan Terengganu merupakan tindakan keterlaluan, zalim dan menganiaya anak Melayu.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS akan menghantar satu memorandum "dalam masa terdekat" untuk menyampaikan tuntutan berkenaan.

"Kalau tidak ada apa-apa perubahan daripada tindakan menarik biasiswa maka kita akan bincang peguam untuk ambil tindakan," katanya lagi.

Kak Jat Kena Selak Kain Lagi.....

KUALA LUMPUR - Pas mengemukakan bukti berhubung dakwaan pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, apa yang dibentangkan di Parlimen oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan masih tidak telus.“Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi. Kami sudah kata yang kita ada dokumen mengenai kerugian yang dihadapi FGVH dan hari ini kita akan dedahkan salah satu daripadanya, yang FGVH mengalami kerugian yang banyak hasil pelaburan di luar negara,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut meminta Ahmad memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada RM4.5 bilion pada 2001 kepada RM1.2 bilion pada 2005.Pas membuat pendedahan kerugian FGVH hasil laporan audit oleh Pricewaterhousecoopers mengenai laporan penyata kewangan Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) sehingga 31 Disember 2010.

Penasihat Ekonomi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan FGVNA mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.Katanya, kerugian itu dikena pasti akibat anak-anak syarikat di Amerika Utara belum membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488 yang tertunggak lebih setahun.“Felda melabur melebihi RM1 bilion dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.“Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah,” katanya.

Menurutnya, susulan krisis yang dihadapi FGVNA tidak mengisytiharkan dividen dalam tahun 2009 dan 2010.Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH sebanyak 80,000 unit saham biasa kelas B pada harga yang mahal iaitu RM1,567.50 sesaham.“Pembelian saham itu melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM125,400,000. Persoalannya kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya ‘market leader’ dalam bidang ini?” soalnya.Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada juga amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan.Katanya, Pas mempunyai beberapa lagi bukti kerugian FGVH di luar negara termasuk di India dan Kalimantan, Indonesia.

Nak Tanya Bang Najib.. Ini Fakta @ Auta..??



Agung Dukacita sebab Hospital Pendang & Bandar Baharu masih belum di bina...


Minit Ke 12 di mana TUANKU KESAL sebab hospital untuk rakyatnya masih belum di bina walaupun dah berjanji sudah lama...

Itu dikatakan DAP Kedah nie bangang.. yang dok ugut mau lawan 3 penjuru apasal..!

DAP perlu ikut garis panduan agihan kerusi
ROSLINDA HASHIM27 Mac 2012

ALOR SETAR - PKR tidak mahu terus bertikam lidah dengan DAP mengenai isu agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya mengingatkan rakan komponennya itu supaya kembali kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, adalah tidak rasional sekiranya DAP masih mahu menuntut sebahagian kerusi yang dimenangi PKR pada PRU12.“Saya sudah serahkan kepada pimpinan Pusat untuk capai keputusan dan akan akur apa jua keputusan kelak.

Tidak perlu lagi pemimpin di peringkat negeri bergaduh sesama sendiri kerana kita sudah serahkan perkara ini untuk diputuskan Pusat,” katanya.Menurutnya, berdasarkan garis panduan sedia ada, mana-mana parti yang menang bertanding di kerusi yang diwakilinya pada PRU12, kerusi itu akan kekal ditandingi parti berkenaan pada pilihan raya akan datang.“Tuntutan bertindih DAP itu turut babitkan kerusi yang dimenangi PKR, adalah tidak wajar untuk mereka tuntut kerusi itu.

Antaranya kerusi Dun Bakar Arang dan Lunas serta parlimen Padang Serai,” katanya.Wan Salleh berkata, pihaknya enggan memanjangkan lagi isu itu kerana yakin Sekretariat PR akan menyelesaikan kemelut itu dalam masa terdekat.“Pintu rundingan masih terbuka di peringkat Pusat, biarlah pemimpin pusat bincang dan teliti mana yang terbaik untuk Kedah,” katanya.Wan Salleh berharap selepas keputusan diumumkan Pusat kelak, DAP menerima keputusan dengan hati terbuka demi kesinambungan pentadbiran Kerajaan Negeri. “Kita pemimpin di negeri perlu akur pada arahan pemimpin Pusat.

Kita tidak boleh buat sesuka hati walaupun membabitkan isu di negeri ini,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...