TERKINI :

Monday, March 26, 2012

Pengerusi DAP Kedah "BANGANG"..!!

Isu pembahagian kerusi Kedah: Bab ni aku sokong Ust Azizan

Bila dah semakin dekat dengan PRU13 ni ingatkan banyak masalah dah selesai tapi rupa-rupanya benda yang paling asas macam pembahagian kerusi pun tak selesai-selesai lagi.

Dalam isu pembahagian kerusi di Kedah ni aku sangat bersetuju dengan pendirian Ust Azizan. memang itulah penyelesaian yang paling baik, situasi menang-menang.

Bukan pasai Ust Azizan tu PAS, kalau aku orang DAP pun aku tetap sokong pendirian Ust Azizan tu. Status quo adalah formula terbaik yang ada setakat ni.

Permintaan dari Pengerusi DAP kedah tu sangat-sangat tak sesuai dalam keadaan sekarang. Tambah-tambah pulak sampai tahap ugut nak lawan 3 penjuru, sangat-sangat tak sesuai. Kalau nak tunjukkan hangpa betul-betul seriau pun, cari la cara lain, tak payah la guna cara BANGANG ugut nak lawan 3 penjuru tu.

Aku boleh bayangkan macamana seronoknya jentera penchachai Umno BN kalau DAP Kedah dapat tambahan kerusi dan kerusi tu pulak kerusi yang PAS bertanding sebelum ni. memang meraya sakan la Umno. Bukan setakat Umno Kedah tapi Umno seluruh negara tentu punya bersorak sakan. Mau tak bersorak, boleh dapat peluru besar macam tu.

Lagi satu, kalau betul macam yang pergerusi DAP Kedah kata, DAP Kedah nak "memainkan peranan lebih besar dalam kerajaan negeri Kedah" tak perlu mintak tambahan kerusi untuk pilihanraya, banyak lagi benda lain yang boleh diminta. Pada aku lebih sesuai DAP minta kerusi Exco dari minta tambahan kerusi untuk pilihanraya.

Agak-agak payah sangat, kerusi Exco boleh ditambah, paling-paling pun kena dapatkan persetujuan Dun. Tak macam nak tambah kerusi Dun atau Parlimen, payah nak buat pasai bukan boleh sewenang-wenang nak tambah kerusi Dun atau Parlimen.

Cuma yang aku sikit kurang puas hati tu, awat la Ust Azizan jawab pun cenge sangat. Tak boleh ka kalau jawab tu biar berlapis sikit.

Contoh macam cara PJ Terengganu, Abdul Wahid Endut jawab bab pembahagian kerusi di Terengganu baru ni. Walaupun kesimpulannya sama keras tapi dengan cara jawab lembut beralus macam tu, orang nak marah pun tak berapa nak boleh.

Lagi pun, apa salahnya kalau kata serah keputusan akhir kepada pimpinan di pusat. Pasainya, akhirnya nanti semua pihak kena jugak ikut macam yang di putuskan di peringkat pusat, kecuali la kalau ada yang cukup BANGANG masuk jugak bertanding lawan 3 penjuru.

Malaysiakini melaporkan:

[Sumber: Mkini]

http://cenangau.blogspot.com/2012/03/isu-pembahagian-kerusi-kedah-bab-ni-aku.html#ixzz1qF2RywWs

Video - Kadir Mendedahkan Kenapa Beliau Keluar UMNO


Ni bukan pasai Anwar la woii...

"Salam semua...

Cuaca waktu siang la ni panaih kemain. Lain macam punya panaih, meruwap macam ngan nak hujan, tapi tak hujan pun. Kelmarin ada la rintik-rintik sikit, tapi dok panaih camtu gak la sampai ke petang...

Baguih gak untuk Pak Long time panaih-panaih camni. Lembu-lembu Pak Long senang ja lepaih bagi cari makan. Mengkalu sejuk, kena pulak time hujan... lembu pun segan nak melilau ngan kawan... haha... Camtu gak la bila time-time politik negara tengah panaih nak pilihanraya nie, lembu-lembu politik pun melewaq sakan, ngan kengkawan nak cari makan... hehe... Dah macam tongkang pecah dah Pak Long dengaq...

Politk kita ni... naik lebih kurang serupa ja sapa pun, bukan salah orang tapi salah diri kita... Hat Umno cara Umno, yang Pakatan masalah ngan Pakatan. Yang selalu dok jatuh bukan pasai lawan kita terlebih kuat tapi pasai kita lemah, kesatuan tak berkat.

Camtu gak la yang Pak Long dok tengok ngan Umno, depa suka garu tak kena tempat. Gatai belakang tapi garu tang pungkok. Hangpa kena kuat bersatu kalau nak perjatuh Pakatan, bukan hantaq lembu-lembu ajak Pakatan lawan. Hangpa kena layan rakyat dengan berhemah, bukan tubuh geng taboq fitnah. Rakyat bukan pekak dan bangang macam zaman Tok Nadoq dulu lagi dah... rakyat cerdik, ramai yang pi sekolah.

Hangpa ingat rakyat percaya ka si Nalla punya gempaq kelin. Hangpa ingat rakyat ghairah ka tengok lenggok fitnah dari si Umi tu... Hangpa silap, pasai fitnah dan gempaq kelin ni timbui bermusim. Timbui time panaih dekat pilihanraya, mampuih hidup balik rakyat nak percaya.

Pakatan tak payah keluaq modai sekupang pun sebab bila rakyat dah meloya, fitnah tu akan makan diri hangpa... jadi la Umno korek lubang kuboq hangpa sendiri. Lembu-lembu upahan ni la yang tolong pedalamkan lagi lubang kuboq hangpa nanti... haha...

Puak-puak ni ingat perburuk Anwar Pakatan akan lingkup, sori laa...

Rakyat sokong Pakatan bukan pasai Anwar tapi depa dah meluat dengan hapraknya Umno mentekedarah duit rakyat ikut suka mak bapak depa... Rakyat sokong Pakatan bukan pasai Anwar tapi pasai nak tengok keadilan Islam untuk semua ditegakkan melangit dibumi tercinta... Keadilan bukan pasai Anwar, tapi untuk semua kita... jangan buat tak paham bahasa.

Jadi kalau si Umi sanggup berpimpin tangan ngan si Nalla pasai nak ligan Anwar sampai tak cukup tanah pun rakyat dah tak peduli, sikit pun tak iri hati. Kalau boleh, ajak sekali ngan Hassan Ali... hehe... baru meriah drama hangpa nanti...

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/ "

Menjelang Pilihan Raya Macam-Macam Ada

Oleh A Kadir Jasin

SEMAKIN kuat, hangat dan bersemangat cakap-cakap pilihan raya, semakin panas jugalah persekitaran politik satu Malaysia. Pendek kata, macam kata iklan ikonik Astro tidak lama dulu – “macam-macam ada.”

Antaranya:-

1. Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh akhbar The Sun sebagai berkata, tarikh pilihan raya umum adalah “trademark” (tanda niaga) beliau. Maksud beliau, keputusan bila PRU akan diadakan adalah hak mutlak beliau. Beliau yakin orang India kini menyokong Barisan Nasional dan mahu kelebihan suara dua pertiga dikembalikan.

2. Namun begitu, di sebalik kecanggihan kempen blog, Facebook dan Twitter, aspek-aspek tahayul dalam pemikiran sesetengah orang politik terus kukuh. Maka, ramailah tukang tilik dan burung serinditnya, sami pelbagai agama, bomoh Siam dan Kiai Jawa yang dilawati untuk mendapatkan “petunjuk”.

3. Khabarnya, ada tok sami yang meramalkan bulan Jun ini, bulan, bintang dan matahari akan berbaris harmonis di angkasa raya menandakan masa paling sesuai untuk mempertaruhkan nasib. Agaknya itulah sebab mengapa ada ramalan mengatakan PRU akan diadakan Mei atau Jun.

4. Namun begitu, hanya Mohd Najib akan menentukan sama ada segala ramalan mengenai tarikh PRU itu tepat. Itu tanda niaga yang didaftar atas nama beliau.

5. Selepas pergolakan Pas di Kedah, kini giliran DAP pula. Pengerusi Nasionalnya, Karpal Singh terus bertelingkah dengan Timbalan Setiausaha Agung merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy. Karpal tidak puas hati dengan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin mengenai aduan salah laku terhadap Ramasamy lantas menghalakan serangan kepada pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai, pula. Apa yang sedang berlaku dalam DAP sekarang adalah penerusan perebutan kuasa antara golongan lama dan baru dalam parti itu. Pergolakan dalam Pas dan DAP itu sudah tentunya tidak baik bagi Pakatan Rakyat.

6. Selain isu lembu dan kondo NFCorp yang menghambat Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil, keluar daripada Kabinet, Umno kehilangan seorang veteran apabila bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mengumumkan keluar parti selepas 56 tahun berkuat kuasa 19 Mac. Beliau berbuat demikian selepas dicabar oleh Setiausaha Agung Umno, Teuku (Tengku) Adnan Mansor agar keluar kalau tidak puas hati dengan parti.

7. Bukan Abdul Kadir saja keluar parti. Ramai lagi yang telah keluar Umno tapi nama mereka ada lagi dalam daftar kerana cawangan tidak mahu atau tidak berani kemukakan kepada ibu pejabat.

8. Ramai yang keluar parti masih komited kepada Umno, tetapi mereka berbuat demikian kerana tidak yakin lagi dengan kepemimpinan parti, khasnya mengenai mempertahankan hak orang Melayu. Pemimpin atasan Umno dilihat lebih mengutamakan Barisan Nasional daripada Umno.

9. Jawatankuasa Akaun Parlimen (PAC) mengesahkan yang National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga Shahrizat tidak membayar balik ansuran hutang mudah kepada Kerajaan pada bulan Januari dan Feb lalu berjumlah RM34 juta.

10. Dr Hassan Ali, bekas Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang baru dipecat daripada Pas kerana bergaduh dengan rakan kongsi DAP, berkata beliau gembira menghadiri sidang DUN sebagai wakil rakyat bebas. Cabaran terhadap Pas ialah membuktikan kepada orang Melayu/Islam yang ia bukan di bawah telunjuk DAP dan PKR.

11. Sebahagian peneroka Felda dan perwakilan mereka masih menentang IPO Felda Global Ventures. Masih banyak soalan mengenai modus operandi cadangan IPO itu yang belum terjawab. Seorang bekas menteri kanan bertanya mengenai “preference shares” yang akan memberikan keutamaan dividen kepada pihak-pihak tertentu dan membelakangkan peneroka.

12. Tidak kira di negeri perintah BN atau PR, keselesaan dan keselamatan harian rakyat jelata semakin terancam. Bandar raya, bandar dan pekan semakin kotor, jalan raya berlopak dan anjing (bertuan dan liar) berkeliaran menjadi ancaman kepada orang ramai. Di Bukit Mertajam, Seberang Prai baru-baru ini, seorang kanak-kanak tujuh tahun, Dhiya Qairina, diserang anjing jirannya ketika berbasikal.

13. Sekarang dalam satu Malaysia (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan) anjing, sama ada anjing bertuan atau anjing liar, serta babi hutan menjadi masalah besar. Dulu anjing yang tidak ada lesen tergantung di tengkuk akan ditangkap atau ditembak. Tapi sekarang tidak lagi. Tunggu sajalah sampai manusia dijangkiti penyakit anjing gila (rabies) barulah Kerajaan akan riuh-rendah, hiruk-pikuk buat ikrar dan janji.

14. Tidak cukup dengan anjing, babi hutan dan kera, kita juga kena main oleh pendatang (halal dan haram). Kerana para perunding antarabangsa dan diplomatik kita hambar dan half-past-six, maka negara kita kena buli kiri kanan oleh negara-negara jiran. Negara jiran yang sepatutnya jadi kawan sudah jadi lawan.

Wallahualam. Kalau pembahas ada nak tambah, silalah tambah.

http://kadirjasin.blogspot.com

Jentera pilihan raya PAS bekerja untuk menang

WALAUPUN diancam dengan politik samseng dan tohmahan jahat, cuba menggugat kestabilan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, PAS yakin tindakan itu tidak akan mematikan semangat jentera pilihan raya PAS untuk menghadapi PRU13.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Ustaz Sallehin Mokhyi menegaskan, sama ada pilihan raya di peringkat Dun di adakan berasingan atau serentak dengan PRU13, PAS telah bersiap siaga bagi memastikan Pakatan Rakyat akan terus mendapat tempat di kalangan rakyat di negeri itu.

“PAS mengadakan pendemokrasian dengan semua jentera Pakatan Rakyat dan mengadakan program culaan undi.

“Daripada segi pendaftaran pemilih, melalui Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), kami mengadakan program pemutihan daftar pemilih. Jika ada sebarang keraguan, kita akan buat bantahan,” katanya

Jelas beliau lagi, PAS akan membuat semakan daftar pemilih bukan sahaja terhadap pengundi yang telah meninggal tetapi juga terhadap kes seperti pendaftaran di dua tempat dan pengundi yang tidak mempunyai alamat.

“Kita juga mendapati terdapat pengundi Sabah dan Sarawak yang berdaftar di Selangor dan terdapat juga berdasarkan alamat kediaman tersebut didiami orang Melayu tetapi pengundi yang berdaftar berbangsa Cina.

“Kes-kes seperti ini kita sudah membuat semakan dan hantar bantahan kepada SPR,” ujarnya.

Ustaz Sallehin berkata, berdasarkan maklum balas daripada pihak SPR, badan pengendali pilihan raya itu mengakui segala bantahan yang dibuat PAS adalah relevan berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan dan lebih 70 peratus bantahan diterima.

Jutaan rakyat Kelantan jual tomyam di Perak

oleh SHIRZAD LIFEBOAT

JIKA tajuk di atas ini merupakan tajuk berita utama sebuah akhbar arus perdana, maka anda boleh yakin betapa ia hanyalah akhbar milik Umno-BN yang boleh mencipta berita seperti ini. Ini kerana dari segi ‘spin’, akhbar negara komunis pun boleh angkat bendera putih.

Tapi itu bukan berita yang disiarkan oleh mereka.

Bagaimanapun, sengaja saya nak ‘spin’kan al-kisah rakyat Kelantan berhijrah ke Perak kerana kononnya kerajaan PAS tak tahu menguruskan ekonomi. Mungkin ada dua tiga kerat rakyat Kelantan daripada kalangan penganut Umno yang mencuba nasib di Perak sejak negeri itu dirampas kembali oleh BN. Mereka ini mungkin benci dengan pembangkang.

Hakikatnya, bukannya semua yang membenci Umno-BN menyukai Pakatan Rakyat. Ada yang tidak berapa berkenan dengan KeADILan. Terdapat juga yang tak berapa suka dengan PAS.

Begitu juga terdapat sesetengah daripada mereka ini yang tidak sebulu dengan DAP.

Demikian pun, mereka ini sanggup mengenepikan ketidaksukaan mereka terhadap partiparti ini kerana mereka mahukan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan Persekutuan sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh SPR tentang kemenangan calon ke-148 daripada Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen (sekiranya jumlah kesemua kerusi Parlimen masih lagi 222).

Solidariti dan kesatuan mereka adalah padu. Mereka membawa budaya baru dalam politik Malaysia. Sekiranya gagal dicalonkan sekalipun, mereka dan para penyokong mereka tetap berada di belakang Pakatan – sesuatu yang bertentangan dengan budaya Umno-BN di mana seseorang individu dan penyokongnya segera berpaling tadah sebaik sahaja namanya tidak tersenarai dalam senarai calon.

Tapi itu Umno-BN. Perjuangan adalah hanya untuk individu atau paling-paling untuk parti yang dianggotainya. Tetapi bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat dan penyokong mereka, perjuangan bukan untuk kepentingan individu, bukan untuk mendapatkan projek kerajaan, bukan untuk parti, tetapi perjuangan adalah untuk mengembalikan hak rakyat, maruah negara dan keluhuran undang-undang negara ini yang sudah tercemar dengan sebegitu rupa sehinggakan tidak ada sesiapa lagi percaya Umno-BN boleh memperbetulkannya.

Dalam ‘roadshow’ terbaru sebagai persediaan PRU13, Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah mula memutarkan lagu langgam evergreen Umno- BN, “Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.”

Itu ayat-ayat klasik pemimpin BN macam Najib yang rakyat sudah muak bin mual untuk mendengarnya. Ia sudah sampai ke tahap bukan sahaja masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tapi nak diterima oleh terima kanan pun sudah tak mampu lagi. Tak larat.

Siapa yang gadai siapa? Tak payahlah Najib nak sebut pasal gadai. Selama ini pun semua hak-hak rakyat telah tergadai oleh Umno-BN.

Dan tak payah juga Najib sebut kononnya sehari dua ini pun pentadbiran Pembangkang sudah bercelaru. Ini macam kata dulang paku serpih. Apakah pentadbiran Umno-BN tidak bercelaru? Kalau pandai sangat mengurus negara, tak adalah isu NFC, tak adalah bagi projek berbilion ringgit untuk kroni Umno, tak adalah kemelut PKFZ, dan macam-macam lagi.

(Tunggulah nanti. Menjelang PRU13, setiap media Pembangkang dan termasuk penyokong individu akan menggunakan setiap ruang yang ada bagi menunjukkan segala apa yang digadai dan apa yang dicelarukan oleh kerajaan Umno- BN).

Kita akui PAS, DAP dan KeADILan tak ada pengalaman secara kolektif memerintah kerajaan. Tapi kalau mereka tak ada kemampuan untuk melakukan tadbir urus dengan terbaik sekalipun, ia sudah tentu tidak seburuk apa yang telah dilakukan oleh Umno-BN.

Sudah sampai masanya kita mulakan budaya kerajaan alternatif. Takkan balik-balik tengok muka yang sama, parti yang sama. “Apa susah sangat, kalau esok-esok Pakatan Rakyat ternyata busuk macam BN, BN pulak dah wangi balik, kita undilah balik BN.

Tapi kalau Pakatan Rakyat bagus, jangan haraplah BN nak berkuasa semula,” kata seorang bekas penyokong tegar Umno yang juga kebetulan Ketua Cawangan Umno dalam sebuah Bahagian di selatan Johor.

Seorang lagi orang lama dalam politik yang agak masak dengan aspirasi orang Umno di peringkat akar umbi mengatakan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh berkata apa sahaja tetapi zaman BN letak batang kayu sebagai calon dan boleh menang majoriti besar sudah berlalu.

Katanya, banyak kawasan parlimen di negeri itu akan berpindah tangan ke Pakatan Rakyat dan ada kemungkinan di peringkat Dun BN akan gagal memenangi malah majoriti mudah sekalipun untuk membolehkannya membentuk kerajaan negeri.

Katanya, kalau tanya pemimpin Umno, memanglah mereka tetap mengatakan BN akan menang.

Tapi cuba tanya rakyat biasa Johor dan ahli-ahli Umno dan pemimpin kecil-kecilan di peringkat cawangan. Sentimen amnya tidak lagi berpihak kepada Umno-BN.

Malah menurutnya, sudah ada golongan orang Umno sendiri yang mempopularkan slogan ‘ABU’.

Dalam pada itu Najib juga menyeru kaum India agar ‘berjalan bersama saya’. Ayat ini macam pernah dengar. Oh ya. Pada zaman Pak Lah dulu – “bekerja bersama saya.”

Lagu langgam ‘evergreen’ Umno- BN terus berkemudang. Mungkinlah betul kata Najib kerajaan BN di bawah kepimpinannya telah memberikan peruntukan RM400 juta kepada sekolah-sekolah Tamil. Tapi pokoknya apakah dengan pemberian serupa itu maka ternoktahlah semua masalah yang dihadapi kaum India dari sejak BN memeritah bermula dari Merdeka?

Taakulan atau deduksi Najib adalah sesuatu yang tipikal bagi Umno-BN – kita dah buat ini untuk rakyat, maka kita dah berbudi kepada rakyat, maka rakyat mesti mengundi kita.

Tetapi ini bukanlah menghairankan sangat. Ini adalah minda universal pemimpin Umno. Justeru sebab itulah ada Ahli Parlimen BN daripada Umno, yang juga merupakan orang lama dalam politik, dan berijazah ekonomi boleh merumuskan bahawa bukti kerajaan negeri Kelantan tidak tahu menguruskan ekonomi ialah kerana berbondong-bondongnya rakyat negeri itu berhijrah ke Perak untuk jual tomyam.

Kalau beginilah mentaliti pemimpin tertinggi Umno dan seluruh pemimpin Umno yang bergelar YB, apa lagilah harapan yang dapat kita sandarkan kepada mereka.

Nasib Baik negara kita masih aman.. ini kes masuk rumah YB nie kes terpencil je nie..

Keluarga wakil rakyat trauma

INILAH kediaman Mohd. Khusairi di Taman Wangsa Setia, Tanjung Malim, Perak yang dirompak awal pagi kelmarin.


TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.

Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.

“Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher.

“Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tu dia Banyaknya duit Najib...Janji jangan tak janji...

Najib umum RM7.5 juta cegah banjir di Hulu Langat

25 Mac 2012
Najib umum RM7.5 juta cegah banjir di Hulu Langat

HULU LANGAT - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM7.5 juta untuk melaksanakan langkah mencegah banjir di kawasan Hulu Langatbagi tempoh jangka pendek.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itumembabitkan pembinaan sebuah jambatan laluan utama dengan kos RM3.5 juta, duaunit pembentung (RM1 juta) dan pengalihan utiliti (RM3 juta).

"Saya telah diberi taklimat oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta melaksanakan langkah untuk mencegah banjir bagi tempoh jangka pendek.

"Kita akan melaksanakan langkah jangka pendek pada tahun ini juga. Kalau boleh, kerja-kerja akan mula dilaksanakan sebelum pilihan raya diadakan,"katanya pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, di sini hari ini.

Najib, sebelum itu diberi taklimat oleh Pengarah JPS Selangor Ab Qahar Osman berhubung cadangan pembinaan kolam tadahan Sungai Serai, Hulu Langat,membabitkan kos RM15 juta, dengan keluasan enam hektar dan akan dibina dalamtempoh dua tahun.

Najib berkata bagi tempoh jangka panjang, pelbagai projek akan dilaksanakan termasuk pembinaan sebuah kolam takungan air.

Bagaimanapun, katanya pembinaan kolam takungan tersebut akan membabitkan soal pengambilan tanah.

"Ini kena tunggu, kita perlu ambil alih kerajaan negeri dulu. Lepas itu,kita buat projek takungan air. Selepas melaksanakan projek jangka pendek danjangka panjang, Insya-Allah, tidak akan berlaku banjir lagi," katanya.

Ab Qahar dalam taklimatnya berkata langkah jangka pendek yang akandilaksanakan ialah menaik taraf pembetong dan jambatan di jalan utama,melaksanakan kerja penyelenggaraan Sungai Langat dan anak sungai secara berkala, menstabil dan mengukuhkan semula tebing serta menaik taraf saliran dalamankawasan kampung dan taman.

Selepas taklimat, Najib kemudian melawat rumah mangsa banjir. Pada 7 Mac lalu, banjir yang melanda daerah Hulu Langat, merupakan yang terbesar membabitkan lebih 3,000 keluarga yang terpaksa dipindahkan selain memusnahkan harta benda dan kemudahan awam bernilai jutaan ringgit.

Kawasan yang terlibat ialah Dusun Tua, Taman Sri Nanding, Kampung Sungai Serai dan Lembah Jaya Utara dan beberapa kawasan lain. - Bernama

Tunjuk bukti Pakatan auta, Pas cabar PM

NORHASPIDA YATIM
26 Mac 2012
Mustafa Ali

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bukti kenyataan Pakatan Rakyat (PR) mengenai sesuatu isu selama ini adalah auta dan tidak boleh dipercayai.

Menurutnya, selama ini PR bercakap berdasarkan fakta dan tidak tampil mempertikaikan sesuatu isu tanpa bukti yang kukuh.

“Tanya beliau, bolehkah spesifikkan apa yang PR auta selama ini? Dakwaan Najib yang kata PR cakap duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai duit haram tidak betul. Mana ada kita halang rakyat ambil duit itu dan rakyat berhak menerimanya.

“Apa yang kita tekankan dan halang ialah duit rasuah yang masuk dalam poket pemimpin-pemimpin kerajaaan. Itu yang kita titikberatkan selama ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mustafa berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Najib yang disiarkan Sinar Harian semalam bahawa rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan auta pembangkang yang bercakap mengenai sesuatu isu tanpa berlandaskan fakta kukuh.

Mustafa berkata, kerajaan kini sentiasa mencari peluang untuk memberikan gula-gula kepada rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Bantuan demi bantuan yang mereka hulurkan sebagai persediaan untuk menghadapi PRU13 kerana banyak perkara yang PR kemukakan termasuk dalam Buku Jingga dan Janji 100 hari PR mencabar mereka.

“Rakyat boleh terima dan rakyat kini semakin matang dalam menilai pemimpin. Banyak bantuan yang kerajaan hulur tetapi tidak semestinya rakyat yang ambil bantuan itu sokong mereka. Kita yakin, rakyat sekarang semakin matang,” katanya.

Beliau turut menegaskan dengan yakin bahawa momentum sedia ada memihak kepada pembangkang.

“Kita yakin terhadap kematangan rakyat, malah, kesilapan mengenai isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berlaku kerana kerajaan terlalu terburu-buru sehingga terpaksa menambah peruntukan sehingga RM6 bilion daripada jumlah asal RM3 bilion bagi baik pulih Sistem Saraan Malaysia (SSM).

“Apapun, mereka terpaksa laksanakan juga kerana takut dan mahu gula-gulakan rakyat,” katanya.

Sudah Tiba Masanya Kena Fikirkan Masalah 'Kena Gigit Anjing' nie..!!

Diserang anjing ketika main
Wartawan Sinar Harian
25 Mac 2012
Luka di kaki Nabil yang menerima 20 jahitan.

SUNGAI LALANG – Seorang budak lelaki menerima 20 jahitan akibat diserang anjing ketika sedang bermain bola sepak di Padang Awam Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.

Mangsa, Muhammad Nabil Amin Abd Wahab, 10, yang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim berkata, dia menjadi penjaga gol ketika bermain bola semasa diserang tiga ekor anjing dari arah belakang.

“Semua rakan yang terlihat anjing menghampiri melarikan diri terlebih dahulu dan saya yang sakit kaki tidak dapat berlari menyebabkan menjadi sasaran tiga anjing yang sedang kelaparan.

“Saya ternampak mulut anjing yang terbuka luas sehingga menyambar kaki kiri dan sempat menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang,” katanya.

Ketika itu, katanya, seekor anjing berada di atasnya manakala dua lagi berada di bahagian kepala mengawasi setiap pergerakannya.

Nasibnya baik apabila pelanggan kedai makan berdekatan yang sedang menikmati minum petang ternampak tangannya yang terkapai-kapai meminta tolong datang membantu.

Nenek mangsa, Che Som Zakaria, 58, berkata, pagi hari berkenaan, dia terdengar kejadian anjing liar mengejar penduduk di lokasi sama lalu menasihati penduduk lain supaya menutup pintu pagar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Menurutnya, pada waktu petang kejadian, dia dikejutkan dengan nasib cucu yang diserang tiga anjing ketika bermain di padang sama.

“Dia baru sahaja berehat selepas kecederaan luka di kaki kanan akibat terpijak kaca di padang sama ketika bermain dengan kawan-kawan namun tidak menyangka kejadian lebih teruk berlaku terhadap dirinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ibu mangsa, Nor Azila Osman, 29, berkata, anaknya sudah seminggu tidak ke padang permainan itu kerana belum sembuh sepenuhnya dari jahitan luka akibat kaca.

“Dia memang dah lama tak ke padang sebab tak boleh jalan dengan baik dan hari ini (semalam) sepatutnya jahitan luka kaca dibuka tetapi semalam (kelmarin) kena tambah jahitan­ lagi di kaki kiri,” katanya.

Nor Azila berkata, kejadian digigit anjing kerap berlaku di kawasan perumahan berkenaan di mana sebulan lalu seorang budak perempuan sekolah rendah turut terkena gigitan anjing sewaktu pulang sekolah.

Dia dan suami, Abd Wahab Tajudin, 34, yang sedang berada di tempat kerja terus ke hospital sebaik mendapat maklumat dari keluarga.

Bapa saudara, Rosli Ismail, 40 berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anjing liar yang sering berkeliaran secara berkumpulan di kawasan terbabit memberi ancaman terutama kepada kanak-kanak.

Dalam pada itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa berhubung kejadian itu.

Jom Pie Pekan Rabu.........

Senyuman manis pelaris makanan tradisional Pekan Rabu
NURUL FATIHAH SULAINI
25 Mac 2012
Senyuman manis pelaris makanan tradisional Pekan Rabu

ALOR SETAR - Pendekatan menggunakan gadis manis untuk melariskan makanan tradisional di Pekan Rabu bukan sahaja dapat menarik kedatangan pengunjung ke tempat berkenaan tetapi menambah hasil pendapatan peniaga.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan pemilik kedai memilih pekerja yang mempunyai pakej seperti berwajah ayu, mudah tersenyum serta ramah melayan pelanggan untuk memikat hati mereka untuk singgah di kedai masing-masing.

Salah seorang penjual makanan tradisional, Nor Ain Johari, 27, berkata, beliau mula bekerja di kedai berkenaan sejak empat tahun lalu setelah mengikut seorang rakan yang sama-sama mencari kerja di situ.

“Banyak pengalaman pahit manis melayan karenah pelanggan yang datang terutama ketika musim cuti sekolah. Namun semua itu menjadi asam garam kepada kami bagi memastikan mereka membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

“Peluang bertemu ramai orang turut membuka jalan kepada beberapa orang rakan sekerja saya bertemu jodoh dengan orang luar seperti Perak. Semuanya secara kebetulan dalam sibuk melayan mereka membeli, ada pelanggan yang mengambil peluang untuk berkenalan,” katanya.

Nor Ain turut menyimpan hasrat untuk membuka sendiri perniagaan setelah memahami selok-belok dunia perniagaan serta mempunyai modal yang mencukupi.

Nur Izzati Syafiqah Zulkifli, 22, bekerja di kedai secara sambilan selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kini menanti kerja tetap selepas menamatkan pengajian dalam diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Pekerjaan ini secara tidak langsung memberi saya ilmu berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelanggan yang datang dari luar negara.

“Berbanding dengan jurujual di pasar raya, bayaran gaji di tempat ini lebih tinggi mengikut jumlah barangan yang dijual. Jika banyak barang dijual majikan akan bayar gaji lebih sedikit,” katanya.

Izzati agak bertuah kerana mendapat kerja di situ dengan bantuan neneknya yang secara kebetulan turut menghantar kuih tradisional untuk dijual di kedai majikannya.

Salah seorang penjual, Saphia Omar, 30, berkata, antara makanan tradisional yang sering menjadi pilihan pelanggan seperti kuih karas, kuih loyang, cakar ayam, peneran dan bunga pundak.

“Kami sudah biasa berhadapan pelanggan yang cerewet termasuk mahu membeli barangan dengan harga murah. Bagaimanapun semuanya diatasi secara toleransi. Nilai jualan ketika musim cuti sekolah boleh mencecah lebih RM3,000 sehari,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...