TERKINI :

Sunday, March 25, 2012

Anwar: Najib takut pada Mahathir & Rosmah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi bahawa ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau pinang.

Beliau membuat serangan langsung dengan mendakwa Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah.

anwar ibrahim visit to machang bubuk penang 3Mengambil contoh, Anwar berkata ketua keluarga lebih patut ditakuti berbanding isteri dan ketua kampung patut lebih ditakuti daripada orang kampung.

Tetapi ketua negara ini takut kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya sendiri, dakwa Anwar di Machang Bubok sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Anwar juga berkata, isteri tidak patut ditakuti tetapi dicintai sebagai pasangan hidup.

TEAM LUCAH sudah muncul untuk survival politik BN...

Latt Shahriman dah offer diri nak jadi calon..jeng jeng jeng...!!

Latt Shariman sedia jadi calon PRU13
ROSLINDA HASHIM
25 Mac 2012

LATT SHARIMAN
ALOR SETAR - Ketua Umno Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah bersedia memikul amanah sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika mendapat mandat daripada kepimpinan parti.

Bagaimanapun, keputusan sama ada beliau layak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen mahupunDewan Undangan Negeri diserahkan kepada bidang kuasa pucuk pimpinan parti.

“Saya serah pada kebijaksanaan pimpinan tertinggi. Jika benar saya dicalonkan, saya perlu membuat persediaan awal. Namun sesiapa sahaja calon yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak, saya akan sokong,” katanya.

Menurutnya, jika namanya bukan pilihan, tanggungjawab sebagai ketua bahagian tetap dilaksana secara telus.

“Saya terima sapa sahaja amanah daripada parti. Jika tak tercalon sekalipun, saya masih pengarah pilihan rayabagi kerusi Parlimen Kuala Kedah,” katanya.

Latt Shariman yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri berkata, kebimbangannya bukan sekadar berdepan musuh politik di Kedah, malah musuh dalam selimut yang dipercayai wujud dalam mana-mana parti politik sekalipun.

Beberapa blog tempatan sebelum ini, menyenaraikan Latt Shariman antara calon PRU13, dan kemungkinan besar diletakkan sebagai calon parlimen Kuala Kedah. Latt Shariman juga sinonim dengan kawasan itu dan dilihat sering turun padang ke kawasannya setiap minggu.

Tidak hairanlah jika namanya antara yang disebut-sebut sebagai calon di kawasan Kuala Kedah.

Mengulas mengenai laporan blog pro-Pakatan Rakyat (PR) yang memberi gambaran seolah-olah kedudukannya kurang selamat di kawasan sendiri, Latt Shariman berkata, ia sekadar usaha parti lawan mahu melunturkan semangat ahli-ahlinya.

“Sudah tentu jika saya calon PRU13, mereka kurang selesa sebab rekod saya bersih. Malah saya kerap turun padang ke kawasan berbanding wakil rakyat mereka. Sebab itu mereka mahu Umno letak calon yang mudah untuk mereka patahkan,” katanya.

Laporan blog itu menyebut, setiap bakal calon Umno mempunyai rangkaian penyokongnya masing-masing. Contohnya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim diura-urakan akan bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena, namun sudah disediakan ‘pagar halangan’ oleh orang penting Umno Pokok Sena.

Latt Shariman pula yang sudah tiga tahun memugar kawasan Parlimen Kuala Kedah manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom sejak empat tahun memancing rakyat Jerai, juga dilihat masih belum selesa untuk menjadi calon BN.

Ini ekoran ada tembok hadangan yang dibina oleh ‘orang asal’ bahagian masing-masing.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, yang akan memilih calon PRU13 mengikut kehendak rakyat, Latt Shariman berkata, rakyat mahupun ahli Umno sendiri ternanti-nanti apakah kriteria yang dimaksudkan.

“Pastinya rakyat mahu pemimpin yang bersih, amanah, jujur dan rajin bekerja. Mungkin ada kriteria tertentu sebagai bonus,” katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu, senarai pendek calon Umno yang bertanding pada PRU13 akan siap menjelang bulan depan kerana senarai sedia ada sudah ada di tangan Presiden parti.

“Senarai calon itu memang sudah ada, tetapi difahamkan senarai itu sentiasa diperbaharui mengikut situasi dan kesesuaian,” katanya.

Kenyataan Paling 'Hamlau' Dari Seorang PM

Perdana Menteri anda Ha Najib Razak telah membuat keputusan tribunal khas untuk menyiasat peguam negara Ghani Petail dan bekas ketua polis negara Musa Hasan yang dikatakan terlibat memerangkap seorang pegawai tinggi polis sehingga dia dipecat tidak akan ditubuhkan.

Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi Najib memberi alasan untuk tidak menubuh tribunal itu kerana ia dakwaan yang bukan sah. Maksudnya apa yang dikatakan ke atas Ghani dan Musa itu hanya dakwaan yang kena disahkan.

Mungkin keputusan dan alasan Najib itu tidak pelik baginya; dakwaan kena disahkan dulu. Tetapi bagi orang lain termasuk saya merasa pelik bahkan bengong dengan kata-kata perdana menteri itu. Apakah sesuatu dakwana itu kena disahkan dan siapa yang perlu mengesahkannya. Perdana Menteri kah?

Dakwaan atau tuduhan mestilah sesuatu yang bersifat tidak sahih. Makanya ia perlu disiasat untuk mengetahui akan kesahihan itu. Bengong? Kalau ianya sudah sah tidak perlu kepada penubuhan tribunal dan penyiasatan lagi.

Saya rasa inilah kenyataan seorang perdana menteri yang paling bengong dan hamprak di dunia ini dan tidak masuk akal. Kalau Najib tidak mahu ditubuhkan tribunal itu carilah alasan yang lebih cerdik sikit seperti negara ketiadaan wang atau pun isteri saya tidak membenarkannya.

Tujuan tribul itu ditubuhkan ialah untuk menyiasat dakwaan itu. Bukankah sudah ada beberapa saksi untuk memberi keterangan terhadap dakwaan itu? Tidak cukup lagikah dengan saksi itu? Najib nampaknya telah menjatuhi hukum sebelum dibicarakan.

Najib nampaknya hendak melindungi gajah di sebalik kuman. Dia mungkin bimbang kalau tribunal itu ditubuhkan dan siasatan berjalan lebih banyak lagi angkara buruk akan terdedah. Apakah ada yang membabitkan dengan dirinya juga? Mungkin...

Elok rasanya kuasa menubuh tribunal khas ini harus diletak kuasa penubuhan kepada Yang Dipertuan Agong. Wajar kalau perlembagaan negera untuk memberi kuasa penubuhan tribunal itu kepada Agong agar ia bebas. Kalau terus berada ditangan perdana menteri, membolehkan perdana menteri bebas melindungi sesiapa saja yang dia sukai menerusi kuasa agar tribunal tidak ditubuhkan.

Kalau siasatan dalam tribunal itu nanti tidak terbabit dengan Najib, apa lagi kalau terbabit dengan pihak pembangkang saya kira Najib akan cepat bersetuju. Rakyat memahami keadaan ini dan helah ini. Hamlau... mana transformasi yang dilaung-laungkan? [wm.kl.12:51 t/hari 24/03/12]

Mohd Sayuti Omar,

PERWAJA - Ingatkan rugi RM10bil tapi rupa-rupanya rugi sampai RM30bil

Perwaja rugi RM18b bukannya RM10b

JUMLAH kewangan negara yang hangus dalam skandal Perwaja mencecah RM18 bilion, bukan RM10 bilion seperti yang didakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad.Demikian menurut Husam Musa dalam buku beliau, Dokumen Rasmi: BN Khianati Amanah Rakyat.

“Sebab itulah nasib Melayu Pulau Pinang masih seperti zaman sebelum Perang Dunia Kedua sebagaimana yang dikatakan Dr Mahathir kerana wang negara tidak diuruskan dengan betul seperti yang berlaku kepada Perwaja ini,” kata Husam.

Husam mengulas panjang isu terbabit dalam buku berkenaan.

Kandungan buku itu, fakta-fakta jelas yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, tetapi tidak diketahui umum.

Menjawab isu Jerat Cina di Kulim yang di dendang semula oleh UMNO..

Isu jirat Cina di Kulim jerat UMNO
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA (Harakah)


Tak habis-habis isu perkauman sempit. Pembangkang di Kedah buat onar lagi. Kali ini isu kelulusan tapak perkuburan orang-orang Cina bukan Muslim atau biasa dipanggil jirat Cina.

Segelintir penduduk yang diperalatkan oleh Umno mengadakan demonstrasi haram Jumaat lalu mengecam kerajaan negeri kerana kononnya telah meluluskan jirat Cina seluas 190 ekar di Sungai Kob, Daerah Kulim. Dalam bantahan tersebut mereka mendakwa bahawa tanah tersebut asalnya berstatus Tanah Simpanan Melayu dan kerajaan negeri telah mengkhianati Tanah Simpanan Melayu.

Bantahan juga bertumpu kepada kononnya ketidakprihatinan kerajaan negeri menjaga sensitiviti orang Melayu kerana membenarkan jirat Cina diadakan di kawasan Melayu. Semuanya berkisar mengenai perkauman.
Persoalan paling pokok ialah benarkah jirat Cina itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Jawapannya, tidak benar! Projek pembinaan jirat Cina di Sungai Kob, Kulim itu telah diluluskan pada 2007 di masa Menteri besarnya ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid. Serentak dengan kelulusan tersebut, penduduk kampung sudah bangkit membantah. Sewaktu kerajaan negeri termanggu-manggu mencari penyelesaian tiba-tiba kerajaan BN tumbang di Kedah.

Maka macam biasa beban pun terpikul kepada kerajaan PR. Untuk tidak memberi kelulusan projek dari awal adalah lebih mudah dari membatalkan projek yang telah diluluskan. Maka kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik supaya kedua-dua pihak berpuas hati.

Projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik persendirian. Asalnya tanah milik orang Melayu tapi bukan berstatus Tanah Simpanan Melayu seperti yang ditohmahkan oleh pembangkang kerana tanah Simpanan Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Orang Melayu berpusu-pusu menjual tanah kepada pihak lain tidak pernah memikirkan bahawa hak mereka akan hilang selepas itu kerana yang penting bagi mereka ketika itu ialah wang tunai. Apabila tanah sudah berpindahmilik, terpulanglah kepada tuan tanah tersebut untuk melakukan apa-apa projek di atas tanahnya. Bekas pemilik tanah tidak berhak mengajar apa yang boleh dan boleh mereka lakukan di atas bekas tanahnya. ‘Kehilangan’ tanah orang Melayu itu berlaku di zaman kerajaan negeri diperintah oleh Umno yang mengaku menjadi pembela orang Melayu.

Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ialah Majlis Perbandaran Kulim menganjurkan dailog melibatkan pemaju dan penduduk. Rumusan terbaik dari dailog tersebut ialah perlu ada zon penampan (buffer zone) lebih lebar di antara tempat perkuburan dan perkampungan yang terdekat.

Jika di zaman BN zon penampan cuma melibatkan tanah seluas 20 ekar, tetapi hasil perbincangan semua bersetuju zon penampan dilebarkan sehingga melibatkan keluasan 80 ekar. Cadangan terbaru itu diluluskan oleh kerajaan negeri. Zon penampan mempunyai tembok dan ditanam pokok-pokok besar. Jaraknya hampir satu kilometer. Kira-kira tidak sampai 10 keluarga yang tinggal berhampiran sempadan zon penampan tidak akan nampak tapak perkuburan tersebut.

Pembangkang dengan nada perkauman mendakwa kerajaan PAS lebih lunak dengan pemaju apabila menambahkan lagi keluasan tapak jirat Cina. Memang betul keluasan projek ditambah dengan tujuan melebarkan lagi zon penampan bukan menambah keluasan tapak perkuburan.

Sama macam isu Madrasah Salihiah, Kanchut, penduduk tempatan sudah faham tapi orang luar pula yang menyibuk. Penggerak demonstrasi haram itu juga dikatakan orang yang sama mengadu domba dalam isu Madrasah Salihiah. Mereka membawa kanak-kanak mengangkat sepanduk. Menurut ADUN Kulim, Lim Soo Nee (PKR), daripada sumber yang beliau perolehi, kanak-kanak yang terlibat dalam demonstrasi tersebut adalah anak-anak yatim yang dibawa oleh pembangkang.

“Orang-orang kampung yang datang ke situ bagi melihat apa yang terjadi, maka boleh nampakkan ramai yang datang untuk demonstrasi,” jelas Soo Nee. Buruk benar permainan pembangkang.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim turut menyelar tindakan penganjur mengadakan demonstrasi tersebut. “Tak perlu orang Melayu tiba-tiba bangun dan demonstrasi kerana tanah mereka sudah pun terjual,” katanya.

Beliau menyarankan semua terlibat dalam demonstrasi memikirkan masalah tanah perkuburan Islam yang semakin serius. Menurutnya, antara isu di Taman Selasih, Kulim, ribuan penduduk Islam tiada tanah perkuburan. Betul juga. Asyik menyibuk jirat Cina, tanah kubur orang Islam sendiri pun belum selesai.

Dari aspek politik, isu yang dimainkan Umno ini sangat menguntungkan PR di Kedah. Berdasarkan komposisi kaum, kira-kira separuh kerusi DUN di Kedah ‘ditentukan’ oleh pengundi bukan Melayu, khususnya orang Cina. Umno pernah anjur demonstrasi bantah kandang babi di Pokok Sena dan Gurun. Mereka bantah pusat hiburan untuk bukan Muslim di bulan Ramadhan. Sekarang berdemo bantah jirat Cina. Dari hidup sampai mati, semua Umno mau kacau maa...

YB di periksa dalam serbuan pusat hiburan... agak anda siapa..? Jika PR kompom nama dah terpampang nie..!!!

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa
SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
25 Mac 2012
Ops Tapis: YB diperiksa

BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).

Cawangan UMNO paling aktif telah di kesan oleh Mauduitka Centre

oleh AnakKedah007


Inilah hasilnya selepas kajian dilakukan oleh
MAUDUITKA CENTRE...


Isu Kedah - Alhamdulillah.. 2 Exco dan MB serta Presiden PAS berada sepentas..!!

oleh depakata.co.cc


dari facebook Zulkifli yahaya


dari facebook KedahLanie

100 org dari 5 cawangan dalam Parlimen Jerai masuk PAS hari ni.

dari facebook Azman Ahmad

Alhamdulillah.. Akhirnya dari apa maklumat yang kami perolehi awal tadi rupanya menjadi kenyataan.. dimana MB dan TPJ1/2 telah besama dalam ceramah sempena kedatangan Presiden PAS di Kedah. Dimana ianya dilakukan di kawasan MB sendiri iaitu di Parlimen Jerai.



Kepada Ketua Pemuda yang ada niat nak tukarkan TPJ dengan usul yang mereka cadangkan sebelum ini tu simpan-simpankanlah nawaitu anda itu dan gunakanlah pada masa pemilihan nanti... Masa itu bukan kata nak jatuhkan TPJ.. sekali dengan PJ pun jika tak suka jatuhkanlah.... tak ada orang nak marahnya....

Manakala kepada Geng UTK 2,3 orang yang masih lagi dok jadi jarum dalam lipatan untuk memburukkan 2 Exco tersebut henti-hentikanlah kerja buat anda itu.. jangan ingat orang tak tahu kerja buat anda itu... kembalikanlah fokos kepada kerja anda yang telah diamanakah oleh Kerajaan Negeri...

Jadi dengan satu saranan kepada semua marilah kita semua berada di landasan perjuangan kita yang sebenarnya. Sudah-sudahlah tu buat kerja untuk melagakan satu sama-lain. Tidak kira anda disebelah pihak yang mana....Tak ada apa faedahnya pun.. akhirnya yang nampak buruk PAS & KERAJAAN NEGERI juga..

rapatkanlah semula saf kedua-dua pihak itu dan target point kita sekarang ialah menghalakan muncung meriam kita kepada musuh utama kita iaitu UMNO/BN......

Allah Huakbar... Allah Huakbar... Allah Huakbar.....

Carik2 Bulu Ayam - Foto Terkini Ust Azizan Dan Phahrolrazi Makan Bersama

Gambar yang tak hingin Umno lihat...Ust Azizan Abd Razak dan Phahrolrazi Zawawi sedang menjamu selera.Seperti pepatah melayu,carik2 bulu ayam akhirnya bercantum jua.
Menurut sumber dari Facebook Nasir Zakaria foto dirakam ketika mereka hadir berkongsi pentas ceramah di Jerai Kedah pada 24/03/2012.

Turut berceramah Presiden Pas Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Dr Ismail Salleh,Exco yang bersama2 Phahrolrazi menolak perlantikan sebagai Exco Kedah diperingkat awal sehingga memerlukan campurtangan Pas Pusat.

Alhamdulillah Semuanya dalam satu sof untuk mempertahankan Kedah dan merampas Putrajaya...

Sumber Gambar : Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/03/carik2-bulu-ayamfoto-terkini-ust-azizan.html

Ini dia pemenang anugerah Pekebun Kecil Mithali peringkat negeri Kedah

Hargai sokongan kerajaan
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
Abu Mansor

BALING- “Alhamdulillah, berkat usaha saya selama ini berbaloi,” kata Abu Mansor Martadiah, 68, pemenang anugerah Pekebun Kecil Mithali peringkat negeri Kedah sempena Program Kasihi Pekebun Kecil di Kampung Bechah Sawa, baru- baru ini.

Mansor merupakan seorang daripada empat pemenang anugerah yang dipertandingkan iaitu anugerah tokoh pekebun kecil, anugerah pekebun kecil emas dan anugerah pekebun kecil berjaya.

Menurutnya, dia berbesar hati setelah berjaya memenangi anugerah berkenaan walaupun terdapat ratusan penyertaan pekebun kecil seluruh Kedah.

Mansor yang mengusahakan tanaman getah lebih dari 30 tahun itu dikurniakan lima anak yang setiap orangnya berjaya dalam hidup mereka.

Anak pertama yang juga anak kembar iaitu, Noraina,39, dan Noraini, 39, merupakan seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Telok Sera dan seorang lagi di Sekolah Kebangsaan Cemara, Jeniang.

Anak ketiga, Norazizah, 37, merupakan seorang doktor pakar di Kuantan Pahang manakalah Norzakiah, 31, juga merupakan seorang doktor dalam bidang tulang dan anak terakhir, Norhashimah, 27, juga seorang doktor perubatan di Hospital Kangar, Perlis.

Mansor berkata, kejayaan anak-anaknya itu adalah berkat usahanya yang begitu mementingkan pendidikan.

“Dengan wang getahlah saya membesarkan mereka, Alhamdulillhah, segala keringat saya selama ini berbaloi.

“Sokongan yang diberikan kerajaan kepada pekebun kecil amat dihargai terutama melibatkan masa depan anak-anak setiap ahli pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah mahupun kelapa sawit,” katanya.

PDRM lancar maskotnya "HARIMAU BIRU"

Harimau Biru maskot PDRM


HARIMAU BIRU yang menjadi maskot PDRM.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat julung-julng kalinya memperkenalkan Harimau Biru sebagai maskot rasmi pasukan itu sempena sambutan Hari Polis ke-205 di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Pelancaran maskot tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama lebih 10,000 pegawai, anggota polis serta orang awam.

Pemilihan maskot itu melambangkan integriti pasukan tersebut yang berani dalam menjalankan tugas serta amanah untuk menjaga keamanan negara.

Sempena hari bersejarah dengan tema 'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami' itu, PDRM telah membuka sebanyak 18 buah ruang pameran di Dataran Merdeka yang mewakili setiap jabatan dalam pasukan itu sebagai pendedahan kepada orang ramai berkaitan tugas-tugas polis.

Selain itu, pelbagai acara lain turut berlangsung termasuk pertunjukan khas dan persembahan hiburan.


Terengganu, Kelantan Dan Kedah Tempuh Laluan Berbeza Pada Suku Akhir Pertama Piala FA


gambar dari hijaukuning.com

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Juara bertahan Terengganu, Kelantan dan Kedah menempuh laluan berbeza pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA Sabtu malam.

Terengganu yang merupakan juara Piala FA pada 2000 dan 2011 hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ketika bertemu Lions XII dari Singapura di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Jiran mereka, Kelantan mencatatkan kemenangan selesa, 3-0 ke atas pasukan kelab SPA FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sementara itu, Kedah hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu wakil kelab dari Terengganu, T-Team di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Sebuah lagi pasukan kelab Sime Darby mencatatkan kemenangan tipis, 3-2 ke atas Johor FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam satu lagi aksi suku akhir pertama semalam.

Pada aksi suku akhir kedua Piala FA Selasa ini, Terengganu akan berkunjung ke Stadium Jalan Besar, Singapura untuk menentang Lions XII manakala Kelantan akan menanti kunjungan SPA FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Selain itu, T-Team akan menanti kunjungan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah manakala Johor FC akan menanti kunjungan Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

– BERNAMA

sumber: http://bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=654668 (24/03/2012)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...