TERKINI :

Friday, March 23, 2012

Lima isu perlu selesai baru najib berani buat pilihanraya..!!

Sumber: Lima isu perlu selesai punca PRU yang dijangka Jun diperlengahkan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 23 Mac - Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan untuk pilihan raya yang mana menurut sumber kerajaan mungkin akan dilaksanakan pada Jun.

The Malaysian Insider difahamkan lima isu tersebut adalah Pusat Fidlot Nasional (NFC), semakan semula pendapatan kakitangan awam, pertukaran saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) - Air Asia, kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, dan penyenaraian saham FELDA, FELDA Global Venture Holdings (FGVH).

Turut difahamkan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN telah mengadakan perbincangan dengan wakil editor di Kumpulan New Straits Times pada Selasa lalu berhubung isu berkenaan.

"JJ telah memberikan taklimat dan menyenaraikan isu, namun beliau tidak mendedahkan tarikh tersebut," menurut sumber kepada The Malaysian Insider, memanggil nama panggilan bekas menteri dan juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu.

Sumber lain turut mengesahkan taklimat tersebut dan berkata Jamaluddin turut menyebut Jun sebagai tarikh terawal untuk mengadakan pilihan raya.

"Wakil BN yang dilantik dan calon sedang bersiap sedia untuk pilihan raya Jun ini tapi kami masih lagi perlu menyelesaikan kesemua isu tersebut," menurut sumber BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya.

"Macam-macam boleh berlaku tapi pilihan raya adalah berdasarkan pelbagai faktor tapi kami perlu meyakinkan rakyat.

"Masa yang sesuai adalah bila terdapatnya keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan ... kami masih lagi mengenalpasti sokongan bagaimana yang kami miliki," katanya kepada radio berbahasa Cina 988FM pagi tadi.

Ditanya sama ada pilihan raya akan dilaksanakan pada Jun atau May, Najib berkata perkara itu ditentukan oleh keupayaan pentadbirannya untuk "menyelesaikan isu besar". Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkenaan isu itu.

"Faktor boleh menang itu adalah masa yang sesuai untuk kami gerakkannya," kata PM.

The Malaysian Insider pada 10 Mac lalu telah melaporkan Najib telah mengarahkan kesemua pemimpin BN untuk menyenaraikan calon mereka tapi hanya beliau yang berhak membuat kata putus daripada 13 parti komponen perikatan tersebut bagi mencapai kemenangan.

Setiap parti daripada jumlah itu biasanya akan menyerahkan senarai yang telah dipersetujui oleh pengerusi tapi Najib menegaskan untuk meletakkan "calon boleh menang" atau calon yang mampu untuk mengekalkan atau menguasai 222 kerusi Parlimen dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat - Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor.

Disamping keyakinan beliau itu, kaji selidik yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan 10 peratus rating beliau kepada 69 peratus kerana penambah baikan ekonomi dan juga pemberian wang tunai RM500 kepada rakyat berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kajian Merdeka Centre menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri daripada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM1,500 sebulan adalah sebanya 78 peratus dengan empat perilima India, dan 74 peratus Melayu menyukai Najib.

Namun kurang separuh daripada 1,022 pengundi di Semenanjung Malaysia berkata "mereka berpuas hati dengan kerajaan."

Populariti Presiden Umno itu menurun sejak mencapai tahap tertinggi 72 peratus pada May 2010, menurun kepada 69 peratus pada November tahun yang sama sebelum terus menurun kepada 59 peratus pada Ogos 2011.

Ekonomi Malaysia telah pulih daripada kemelesetan pada 2009 kepada kenaikan 7.2 peratus pada 2010 kembali perlahan pada tahun lepas kepada 5.1 peratus.

Bank Negara menjangkakan kadar kenaikan akan berada pada tahap 4.5 kepada 5 peratus tahun ini.

Anak Menteri Harus Disiasat Segera Berhubung Isu Pukul Penyelia Keselamatan

Jingga 13 mendesak satu siasatan segera dan menyeluruh terhadap insiden seorang anak lelaki Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang didakwa membelasah seorang penyelia keselamatan sebuah kondominium di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid telah mengesahkan dua laopran polis tersebut dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Jingga 13 melihat insiden ini sebagai satu kejadian yang semakin mengikis rasa hormat masyarakat terhadap hak asasi antara satu sama lain. Tambahan lagi perlakuan ini dilakukan oleh Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, anak lelaki Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.

Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut dan bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau

kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia.

PDRM juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian' itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesem operasi mereka.

Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul menjadi terbiar dan tidak dibela.

Muafakat*Prihatin*Berani

DK Vicky
Setiausaha
Jingga 13 Malaysia

hallo BN hutang RM589juta boleh lupus takan hutang rakyat yang buat PTPTN, Tekun tak boleh lupus sama..??

Hutang RM589 juta Tajudin dilupuskan

Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

Pembatalan PTPTN, Satu Langkah Pembebasan Anak Muda

Anwar Ibrahim Club (AIC) menyambut baik kesediaan Pakatan Rakyat membatalkan PTPTN jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum yang ke 13, seperti kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu dilihat selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga dan sebagai satu lagi langkah ke hadapan untuk membantu menaikkan taraf pendidikan tinggi di negara Malaysia ini.

AIC percaya bahawa rancangan ini bukan sekadar retorik semasa tetapi adalah satu pelan komprehensif yang membuktikan sekiranya ekonomi diurustadbir dengan baik, maka melalui perolehan hasil negara yang banyak dapat terus dimanfaatkan bersama dan dinikmati oleh keseluruhan rakyat.

PTPTN adalah satu cara 'pemerasan' yang dibuat oleh kerajaan, bukan sahaja gagal mencapai objektif tetapi kemudian menjadi bebanan tambahan kepada peminjam. Dalam situasi ekonomi dan peluang pekerjaan yang tidak menentu, peminjam terbeban dengan syarat dan bunga pinjaman yang akhirnya menjadikan mereka penghutang tegar untuk jangka waktu yang panjang.

AIC juga memandang serius kepada ribuan lagi peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN yang akhirnya membawa implikasi buruk kepada anak-anak muda sehingga mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Logiknya, adakah cara ini benar-benar membantu mereka menyelesaikan masalah hutang PTPTN jika peluang pekerjaan dan perniagaan luar negara mereka ditutup.

AIC percaya Pakatan Rakyat sudah bersedia dengan mekanisme lebih baik untuk menangani bukan sahaja pembatalan PTPTN tetapi juga menyelesaikan masalah mangsa senarai hitam yang telah lama berlarutan. Ramai anak muda yang menjadi mangsa dan penghutang tegar sebelum mencecah umur 30-an dan keadaan ini memberi impak buruk pada kesan jangka panjang sosio ekonomi negara.

Justeru, AIC mengucapkan syabas kepada inisiatif Pakatan Rakyat untuk membebaskan anak muda daripada belenggu kezaliman terancang yang telah menjerat leher mereka selama puluhan tahun. Semoga iltizam yang baik seperti ini akan mendorong generasi anak muda terus menggerakkan zaman ke hadapan.

Generasi Penggerak Zaman
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)

Debat Anjuran WikiLeaks : Raja Petra juga telah terima.. Najib bagaimana?



SHAH ALAM - Raja Petra Kamarudin bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah kendalian pengasas Wikileaks, dengan fokus pada isu Islam.

"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-dua Najib dan Anwar.

"Dan, oleh kerana saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan bahawa saya telah menghina Islam, dan diugut dengan (kemungkinan) penahanan kali ketiga, yang memaksa saya meninggalkan negara, saya mahu berdebat mengenai Islam," kata Raja Petra dalam entri blognya, menjawab respons Anwar petang semalam.

Semalam, Anwar berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Najib dan Raja Petra, yang kini berada di luar negara.

Menurut Anwar, pengasas Wikileaks, Julian Assange menyatakan bersetuju untuk menganjurkan debat tersebut.

"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.

"Ia boleh diadakan di mana-mana saja secara sidang video tanpa bertemu antara satu sama lain, saya menyerahkan kepada mereka bila perlu diadakan. Saya sentiasa bersedia," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter kelmarin, Wikileaks mempelawa Najib untuk mengadakan debat dengan Anwar dan Raja Petra sama ada secara bersama atau secara berasingan.

Menurut Wikileaks, kenyataan akhbar itu dikeluarkan sebagai respons kepada kontroversi baru-baru ini berkenaan Anwar dan Raja Petra serta kenyataan Najib yang menyusul.

Wikileaks berkata, jika Najib menerima jemputan itu, debat itu akan difilemkan dan akan diikuti oleh lebih 600 juta pengikut laman web kontroversi itu.

Menurut Raja Petra lagi, beliau berada dalam 'buangan kendiri' sebab dikatakan telah menghina Islam.

"Saya mahu berdebat mengenai Islam, jadi kita boleh berhujah sama ada saya telah atau tidak menghina Islam," katanya lagi.

Raja Petra juga berkata: "Anda tidak boleh menghina sesuatu yang tidak wujud."

"Jadi, Najib dan Anwar masing-masing boleh mempertahankan versi atau tafsiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengenai Islam," kata Raja Petra.

Dsai - Nak Selamat Negara Kita Kena Kalahkan UMNO/BN baru tak Bangrap..!!!


Salah satu kerja UMNO selama 50 thn lebih berkuasa...'jual tanah Melayu'..

Siang 'hidup Melayu', malam 'jual tanah Melayu'

Idris Hj Ahmad

Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.

Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.

Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu.

Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar.

Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar. Persoalannya siapa punya angkara?

Buktinya 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.).

Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.

Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang.

Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega.

Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Menyanggah fitnah terkini puak UMNO berkenaan baca doa dalam tokong.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Satu fitnah terbaru oleh puak2 UMNO yg dangkal pemikirannya telah tersebar, iaitu penempelan gambar aktivis2 PAS kononnya membaca doa dalam sebuah tokong yg kononnya mendoakan tokong tersebut whatsoever dan diaminkan oleh para sami yg berada di situ. Rujuk gambar aku yg turut aku sertakan.

Kat sini aku tepekkan fitnah yg ditaburkan oleh pencacai murahan UMNO, Afiq KL Town berhubung gambar tersebut -

"YDP PAS Kuala Lumpur Berdoa Dalam Tokong Untuk Selamatkan Tokong !

PAS- PARTI AJARAN SESAT (FAKTA)

NAUZUBILLAHMINZALIK!

TOLONG SEBARKAN BAGI PENYOKONG-PENYOKONG PAS YANG TERLAMPAU TAKSUB NI BUKA MATA.. SEBURUK-BURUK BN TAKDE LAH SAMPAI MACAM NI.. AKHIR ZAMAN"

Meh sini aku bagitau - kalau kamu tak tau kisah disebalik gambar ni dan hukum yg berkait dengannya, tolong diam atau kamu akan menanggung dosa memfitnah yg amat besar.

Aku nak jawab fitnah puak UMNO pasal gambar ni sbb aku tau kisah gambar ni.

Yg membaca doa tersebut ialah Cikgu Ishak Surin, YDP PAS Kawasan Batu. Dia membaca doa utk menyelamatkan kawasan2 warisan sejarah di KL termasuklah Kampung Baru, Jalan Sultan dan memana sahaja drpd dijarah oleh mereka yg rakus yg berlindung di sebalik nama "pembangunan" bersempena dengan himpunan para aktivis "Selamatkan Kawasan Warisan". Sewaktu dia membaca doa, yg mengaminkan ialah org2 Islam yg turut hadir ketika dan tok2 sami serta paderi kristian yg turut ada kat situ just menunjukkan isyarat doa mereka juga sebagai tanda menyetujui doa yg dibacakan oleh Cikgu Ishak. Sebelum itu, semua pihak yg datang dan terlibat dari pelbagai kaum termasuklah paderi kristian dan sami buddha itu turut membaca doa mengikut kepercayaan masing2 yg mana kandungannya adalah sama - untuk menyelamatkan kawasan warisan tersebut, dan doa2 depa turut dihormati oleh delegasi PAS sebagai tanda muhibbah. Kita tak aminkan doa si kafir tau.

Perlu aku jelaskan bahawa tempat ini BUKAN TOKONG. Ini adalah satu kawasan tertutup yg dijadikan sebagai Pusat Kegiatan Aktiviti masyarakat setempat yg turut bertindak kini sebagai hub bagi Gerakan Menyelamatkan Kawasan Warisan Kuala Lumpur. Aku pernah post pasal ni bulan lepas. Memandangkan tempat itu terletak di kawasan warisan cina di Jalan Sultan, maka sememangnya ada tanglung2 yg diletakkan di kawasan tersebut. Para sami buddha pakai baju sami sebab memang itu je pakaian depa yg depa akan pakai. Depa takkan pakai baju lain. So, senario gambar tu menunjukan seolah2 benda tu dalam tokong padahal HAKIKATNYA BUKAN!

Macam mana aku tau detail kisah ni? Sepatutnya aku turut hadir sama dalam program tersebut, dan begitu juga sahabat2 aku dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu. Untuk pengetahuan, Cikgu Ishak adalah YDP aku.

Sebagai tambahan, Cikgu Ishak semasa kuliah haraki Dewan Pemuda PAS Batu tak berapa lama selepas itu pernah membangkitkan hal ni selaku soalan kepada Ustaz Idris Ahmad apa hukumnya dia baca doa kat situ dan dikelilingi oleh sami dan paderi. Ustaz Idris menghujahkan ianya adalah harus dan tidak menjadi kesalahan dari segi syarak sebab kita doa benda yg universal, yg melibatkan kemaslahatan masyarakat keseluruhannya dan bukan mendoakan kebaikan sami atau paderi tersebut secara detail.

Sekadar satu perkongsian, sedangkan hukum bersolat dalam gereja pun hanya makruh, apatah lagi berdoa di dalam rumah ibadat agama lain tanpa perbuatan menyembah. Daripada Abu Said Al-Khudry beliau berkata, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Bumi itu keseluruhannya adalah MASJID , KECUALI kawasan bilik air / tandas dan kawasan perkuburan“ (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal rh – didalam musnadnya : Baqi Musnad Al-Muktsirin : 11, 483). Banyakkan belajar lagi pasal fiqh ye budak2.

so secara asasnya, aku tekankan supaya berhati2 dalam menaakul sebarang gambar sebegini sebab takut korg akan tertabur fitnah yg tak sepatutnya.

BERHENTI MENABUR FITNAH!

http://al-hajari.blogspot.com/2012/03/menyanggah-fitnah-baca-doa-dalam-tokong.html

Hangpa percaya la alasan SPR nie....

SPR: Bukan penipuan, tapi pendaftaran PTH yang sah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa dakwaan penipuan pilihan raya yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebenarnya kes tulen pengundi biasa yang memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir (PTH).

Menurut seorang pegawai kanan SPR, yang enggan namanya disiarkan, semakan yang dibuat dengan jabatan IT suruhanjaya itu mendapati pengundi Zarina Abu Tausi hanya didaftarkan sekali sahaja dalam daftar pemilih.

Katanya, nama Zarina sebelum ini berada di dalam daftar induk sebagai pengundi biasa tetapi telah memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir pada 20 Disember 2011 kerana suaminya berkhidmat dalam tentera.

"Dia telah didaftarkan sebagai pendaftaran baru kerana ini adalah permohonan pertamanya sebagai pengundi tidak hadir. Apabila permohonannya diluluskan, dia akan dicatatkan sebagai pengundi tidak hadir, menggantikan rekod sebelumnya, "katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, terdapat dua rekod Zarina kerana pangkalan data - yang boleh diakses pihak awam di laman SPR - sedang dikemaskini kerana daftar suku keempat hanya akan diwartakan dua hari lalu.

Pegawai itu berkata tanda '/' pada akhir nombor kad pengenalan itu, juga telah menimbulkan "salah faham" bermaksud pengundi telah didaftarkan dua kali.

Katanya, rekod yang sedang diproses mempunyai tanda tersebut untuk memisahkan nombor kad pengenalan baru dan nombor kad pengenalan lama, jika ada.

"Hakikatnya, hanya terdapat satu orang dengan dua status yang berbeza. Apabila pangkalan data (di laman web) dikemas kini, orang yang sama akan hanya mempunyai satu status, "katanya.

Rafidah Aziz masih cuba ehem ehemm walaupun sudah monopouse...!!!

Bodek Najib, Rafidah idamkan jawatan ketua wanita semula?

Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan yang bergelumang rasuah berkata adalah sesuatu yang benar dan betul bila beliau menyeru rakyat memilih kerajaan yang mempunyai rekod yang terbukti.Tapi yang sedihnya, beliau memerangkap dirinya dan ketidakyakinan nya bila beliau menggunakan contoh yang salah untuk menerangkan maksud kata-katanya.

“PM (Najib) boleh mentadbir, dan telah membuktikan kebolehan nya,” beliau dilapurkan berkata demikian kepada media kerajaan..

Jika ada seseorang yang boleh membuktikan dirinya ialah pemimpin yang tidak peka dan tanpa sebarang idea bagaimana hendak mentadbir negara,pemimpin tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah PM Najib Razak.

Membodek

Bukan satu yang memeranjatkan bila dengan segera Rafidah menjadi sasaran kritikan beliau cuba membodek Najib. Sokongan nya mengimbas kembali kenangan tentang rekod buruk beliau sendiri, bagaimana kukuhnya akar rasuah yang membuatkan Badawai mengambil masa bertahun tahun sebelum berjaya mengenepikan beliau.

Sekarang beliau cuba menumpang tuah Najib-mungkinn risaukan nasib kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dipegangnya.Adakah Najib akan memberi ruang kepada beliau yang berusia hampir 70 tahun untuk mempertahankan kubu kuatnya di KK atau menjadi ketua Wanita sekali lagi? Hakikatnya Rafidah ialah ‘lanun’ Umno sebenar-terma yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk merujuk pemimpin parti yang oportunis yang sentiasa dalam mengikis antara satu sama lain.

Apapun yang beliau katakan, Rafidah sendiri digugurkan dari kabinet oleh mantan Perdana Menteri Abdulah Badawi kerana desakan rakyat berkenaan cara beliau memilih menantu lelakinya untuk mendapat permit impot kenderaan motor dan juga berkenaan beberapa saham di firma tertentu.

Serahkan ke tangan yang salah

Mari kita kaji apa yang Najib buat setakat ini bagi mengiyakan komen yang dibuat oleh beliau? Adakah Rafidah hanya beri komen sewenangnya tanpa berfikri dan mengambil kira semua fakta? Adakah beliau telah menjadi terlalu naif atau tidak berpijak di bumi nyata?

Sesuatu yang perlu kita pertimbangkan kerana bila seseorang pemimpin sewenangnya berpandangan sedemikian, ini menunjukkan pemimpin tersebut tiada hak atau keupayaan untuk dipilih atau dilantik ke jawatan tinggi/penting. Beliau mungkin hanya akan jadi pak turut ,dan sudah tentu tidak berguna kepada rakyat Malaysia.

Terbukti Najib sudah berkali kali membuat helah dan putar belit. Terbaru ialah isu-isu penting termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Bill Perhimpunan Aman, skim saraan baru kakitangan kerajaan dan pertukaran saham MAS-AirAsia, juga kegagalan Skim Rumah Pertama.

Tahap ekonomi tiada peningkatan dan situasi sangat buruk sehingga Najib tiada ilham bila kan beliau patut mengumumkan pilihanraya umum kke 13 walaupun hanya tinggal 1 tahun sebelum tempoh penggal pemerintahan kerajaan BN tamat.

“Jangan serahkan negara ke tangan yang salah kerana anda akan susah,” kata Rafidah, sambil menambah bahawa jawatan PM tidak seharusnya diberikan kepada seseorang yang”hanya ingin menjadi PM,”.

Mulut yang celupar

Rafidah sendiri ialah tangan yang ‘salah’, sebagaimana yang beliau sendiri gembar gemburkan. Dan Najib sendiri sanggup bersusah payah untuk menjadi PM.Sehingga hari ni, kata-kata jelas isteri Rzak Baginda ketika kes bunuh Altantuya menjadi peringatan tentang usaha Najib dan isterinya Rosmah sanggup lakukan bagi menjamin jawatan PM. “Bukan suami saya yang ingin jadi Perdana Menteri,” kata isteri Razak.

Jelas,Najib ialah tangan yang ‘salah’ Begitu juga kuasa besar UMNO seperti Mahathir Mohamad,Abdullah Badawi,Isa Samad ,Shahrizat Jalil.Semua pemilik tangan yang salah ini ada dalam kapal lanun UMNO.

Tidakkah Rafidah baca apa komen terbaru Shahrizat.”Beritahu saya siapa dalam UMNO yang tiada masalah..?” apabila beliau ditanya tentang peranannya dalam kes salahguna RM250juta NFC. Sepatutnya Rafidah menutup mulutnya dan [ulangkan semuala semua harta kekayaan yang di ambil secara salah dan tidak bermoral dari orangramai.

Bahan jenaka

Beliau bukan hanya menjadi bahan jenaka , malahan beliau juga menunjukkan kejahilan dalam arena antarabangsa –satu yang memeranjatkan bagi seorang yang luas pemandangan seperti beliau.” Kita perlu sebuah pentadbiran yang terbukti boleh berurusan dengan isu serantau,dalam negeri dan global,” tambah Rafidah lagi.

Sudah la Rafidah.Takkan lah kamu tidak baca akhbar atau menonton BBC,yang dipaksa memohon maaf kepada penonton global mereka kerana usaha memalukan Najib menonjolkan publisiti media yang baik untuk dirinya. Kita kena akui Najib gagal membentuk imej baik bagi dirinya walaupun setelaah berbelanja jutaan duit rakyat untuk perunding dari UK,FBC Media.

Sehingga kan Ratu England sendiri mempersendakan Najib bila Queen memakai pakain warna kuning ketika Najib melawat nya, beberapa hari selepas arahan membenteras penunjuk perasaan dalam Bersih 2.0 yang menganjur untuk pilihanraya adil dan bebas.

Terlalu dangkal fikiran nya sehingga melarang pemakaian warna kuning di Malaysia untuk menakutkan rakyat dari menyokong pilihanraya adil dan bebas.Bagaimana ini boleh membuktikan Najib ialah pemimpin yang baik? Bagaiman nak buktikan Rafidah tidak berbohong bila beliau memuji Najib? Bagaimana nak buktikan beliau tiada motif disebalik komen bodeknya ini?

Ucap selamat dan selamat tinggal untuk Rafidah!

Masih samar bila Rafidah berani berkata –“Malaysia ialah destinasi pilihan untuk berbagai operasi dan perniagaan terkini,jadi jika keadaan berubah-maka selamat lahkepada kamu!”

Haha! Beliau tidak membaca komen sahabatnya Ng Yen Yen,menteri pelanconagn dalam akhbar bahawa sebab orang luar tidak berminat menjadikan Malaysia rumah kedua mereka ialah kerana mereka tidak melihat Malaysia sebagai aman atau stabil.Ini berlaku selepas 5 dekad pemeritahan berterusan UMNO-BN.

Pada masa sekarang pelaburan terus secara langsung di Malaysia kebanyakan nya ke negeri2 Pakatan Rakyat, dan ini bukti pemerintahan yang baik. Jika Rafidah, berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya. Tidak cukup professional untuk mengetahui hal tersebut ,dan memilih untuk berbohong kepada rakyat,maka beliau tidak sepatutnya diberi peluang kedua oleh rakyat.

Rasuah dalam apa bentuk telah berakar dalam jiwanya, dan beliau akan jadi ancaman sebaik saja beliau berkuasa semula. Lebih baik beliau ditempatkan di muzium dan baik untuk Umno membina muzium berhampiran padang dimana Tunku Abd Rahman mengisytiharkan kemerdekaan. Dan lain-lain pemimpin UMNO yang patut menyertai beliau termasuklah Mahathir,daim,Shahrizat,Najib dan lain-lain lagi.

UMNO –BN, dengan semua skandal dan salah urus termasuk lebih RM1 trillion yang mengalir keluar negara secara haram, peningkatan hutang negara RM450 billion,tidak layak untuk menjadi sebuah kerajaan.

Malaysia Chronicle

Wanita Umno dipergunakan Shahrizat dan Najib

Bila tangan yang menggoncang buaian tercemar

Sayap wanita parti pimpinan PM Najib Razak, atau dikenali sebagai Wanita Umno,tidak dapat lari dari pemimpin-pemimpin yang dicemari rasuah.Tapi hal yang sama berlaku kepada sayap utama nya atau pemuda. Sebagai satu ilustrasi,beberapa hari yang lepas,Najib sendiri di tuduh mendesak cubaan menjual sebuah firma lebuhraya yang akan mengakibatkan wang rakyat berjumlah RM977 juta terlepas ke tangan kroni.Dan Najib ialah Presiden Umno.

Pengkritik berkata rasuh yang berakar umbi terlalu kukuh hingga menjadi budaya parti,tanpa mengenal jantina atau usia.Kepada ahli Umno, tuduhan ini agak keterlaluan.Baik muda atau tua,lelaki atau perempuan- mereka di anggap perasuah ,yang bergelumang dengan rasuah kerana kelakuan buruk pemimpin2 elit mereka.

Sebagai contoh,skandal rasuah terbaru melibatkan Ketua Wanita,Shahrizat Jalil, bekas peguam terkenal sebelum mencebur diri dalam politik, semakin buruk. Berbekalkan maklumat kukuh dari pemberi maklumat dari kalangan Umno sendiri, pemimpin pembangkang dari PKR dan DAP bersedia melancarkan serangan dan pendedahan berkenaan kes kewangan NFC berjumlah RM250 juta, yang mana mengakibatkan suami Shahrizat di dakwa atas kesalahan jenayah pecah amanah.

Pertemuan untuk meredakan kemarahan terhadap keengganan Shahrizat letak jawatan sebagai ketua Wanita

Bagi meredakan keadaan, Najib dan Shahrizat bercadang menemui 7,000 perwakilan Wanita Jumaat ini dalam satu cubaan meredakan kemraharan dan rasa tak puas hati.Ketidakpuasan hati berleluasa terhadap cara keluarga Shahrizat menghabiskan jutaan ringgit dengan kondo mewah dan lain-lain perbelanjaan peribadi dari membelanjakan RM250 juta kepada tujuan sepatutnya- memajukan project ternakan lembu NFC.Projek tersebut diberikan kepada suami dan anak-anak Shahrizat sejak 2006.

“Kedua Shahrizat dan Perdana Menteri akan berucap kepada perwakilan.” Penolong Setiausahah Wanita.Rosni Sohar memberitahu pemberita minggu lepas.

Rosni, bagaimanapun menegaskan pertemuan tersebut bertujuan menjelaskan sebab Shahrizat ‘melepaskan’ jawatan nya dalam Kabinet pada 8 April dan bukan bertujuan untuk meredakan kemarahan ahli-ahlinya, bukan juga mesyuarat agung luarbiasa bagi melucutkan Shahrizat dari jawatan ketua Wanita.Menurut Rosni hali Wanita menyokong penuh Shahrizat.

Bagaimanapun, timbalan beliau sendiri, Kamilia Ibrahim, sejak beberapa mingu lepas menggesa beliau melepaskan semua jawatan nya dan selamatkan Umno dari terus dimalukan. Nampaknya ada deal baru dan pimpinan parti , sebagaimana yang dikatakan oleh ketua Wanita Jerlun sebagai.” Kita bertuah tidak kehilangan beliau.” Ketua Wanita Jerlun merujuk keputusan Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri kabinet tetapi terus memegang jawatan dalam parti.

Mempermainkan dan mmebodoh bodohkan Wanita Umno

Ini bukan kali pertama sayap Wanita di perbodohkan oleh barisan kepimpinan utama yang tediri dari kaum lelaki untuk tujuan peribadi, mengumpan dan memaksa ahli dari sayap wanita beraksi dalam drama arahan mereka, tanpa mengira kebenaran dan apa kehendak sayap wanita itu sendiri.

Bagaimanapun, salah seorang ahli wanita veteran enggan tunduk kepada plot baru tersebut. Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan, berkata dengan sinis secara terus terang bahawa perletakan jawatan Shahrizat hanya satu helah kerana tempoh lantikan nya memang akan tamat pada 8 April. “Letak jawatan , letak jawtan apa.” Kata Rafidah.

Tapi Rafidah sendiri dituduh menjana pendapatan lumayan dengan memberikan ahli-ahli keluarganya permit untuk mengimport kenderaan bermotor. Ini lah sebab beliau digugurkan dari kabinet pada 2008, walaupun mempertahankan kerusi parlimen nya di Kuala Kangsar. Beliau kemudian tewas dalam perebutan jawatan ketua Wanita di tangan Shahrizat, yang mendapat sokongan dari Abdullah Badawai,Presiden dan PM ketika itu,

Dianggap sebagai ‘penyapu baru’ oleh para penyokongnya, Shahrizat berjaya ke Kabinet walaupun hilan kerusi parlimen Lembah Pantai yang sudah lama di pegangnya kepada pendatang baru dari PKR ,Nurul Izzah Anwar. Tapi sebelum ini lagi, Shahrizat telah dikaitkan dengan banyak dakwaan rasuah dan tuduhan mengambil habuan dalam apa saja urusan berkaitan kawasan Lembah Pantai.Mungkin juga, faktor ini menyumbang kepada kekelahan nya kepada Nurul Izzah yang berusia dalam lingkungan 20an.

Bila tangan yang menghayun buian itu telah tercemar

Sukar dipercayai wanita Umno terlalu mudah di pengaruhi dan tidak merasa marah bila Shahrizat juga ‘kotor’ seperti Rafidah. “Semua ketua wanita mempunyai kulit yang tebal,” adalah satu komen biasa antara ahli umno. Mereka terpaksa ikut giliran masing-masing dalam parti dan beri muka kepada Najib. Pilihanraya umum makin hampir dan mantan menteri kewangan Daim Zainuddin meramalkan ia bakal berlaku dalam bulan Jun.

Bukan hanya untuk menunjukkan kepada orang ramai yang mereka bersatu padu pada PRU 13 yang menaikkan semula wanita Umno.Wanita Umno sebenarnya berpeluang tinggi untuk memenangi hati dan mid apengundi jika mereka jadikan diri mereka pemangkin kesedaran dalam parti dan berdiri teguh menentang rasuah.Tambahan lagi tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia.

Yang menyedihkan,nampaknya Kamilia dn lain-lain pemimpin wanita telah di pujuk supaya memikirkan diri mereka sendiri berbanding kepentingan sayap wanita. Jika mereka enggan berlakun skrip Najib, mereka akan digugurkan dari senarai calun calun yang berupaya menang dalam PRU 13.

Nampaknya Wanita Umno juga jadi mangsa kepada barah yang menyerang Umno. Mereka tiada barisan pemimpin pelapis yang berupaya memimpin atau berani menentang rasuah. Malahn tiada seorang pun yang tampil menegur Najib kerana masuk campur hal ehwal sayap Wanita. Ramai yang mahu memanggil mesuarat agung luar biasa bagi mengenepikan Shahrizat jika beliau enggan melepaskan jawatan ketua Wanita, tapi nampaknya mereka terpaksa menerima beliau sehingga pemilihan parti dan mesuarat agung yang akan diadakan tahun ini-selepas PRU selesai.

Ugutan secara senyap: Senarai calun yang berupaya menang vs hadiah perkahwinan

Satu lagi fakta penting yang perlu perhatian ialah Shahrizat mempunyai taktik ugutan nya sendiri terhadap Najib. Keluarga nya dituduh menggunakan NFC untuk membeli kondo mewah RM1.7 juta di Kazakhstan. Pelaburan sedemikian tidak dibenarkan dibawah perimeter yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC, dan Najib telah ditanya berkenaan hal ini, kenapa beliau sebagai menteri kewangan tidak bertindak terhadap NFC. Ada khabar angin yang bertiup kencang mengatakan kondo RM1.7 juta ialah hadiah perkahwinan anak perempuan Najib yang berkahwin dengan seorang lelaki dari satu keluarga berpengaruh dalam politik di Kazakhstan.

Inilah keadaan sayap wanita umno semasa mereka bersedia untuk bertemu Jumaat ini bagi menyelesaikan isu Shahrizat. Ada sentimen yang kuat dari wanita akar umbi yang berharap Shahrizat akan di hukum di khalayak ramai dan dilucutkan jawatan ketua wanita.Tetapi mereka tidak akan dapat apa yang mereka hajati ini.Dalam pertemuaan Jumaat ini,walaupun ada rasa tidakpuashati yang berleluasa, mereka perlu berlakun yang semuanya dalam keadaan baik dan mereka berdiri teguh menyokong pemimpin mereka, yang tercemar dengan berbagai dakwaan rasuah.

Wanita bukan hanya di kecewakan oleh Najib, mereka juga telan di tipu oleh pemimpin dari kalangan mereka sendiri yang sambil mereka berhajat mengambil alih jawatan Shahrizat, mereka juga terlalu takut untuk menentang ugutan secara senyap dari senarai calun yang bakal menang Najib. PM dan presiden sudah tentu boleh memaksa mereka menerima penyelesaian politik yang sebenarnya menguntungkan kepentingan peribadi Najib berbanding wanita dari komuniti Melayu atau Umno sendiri secara keseluruhan.

Sebagai memetik kata-kata, ia masih dunia yang didominasi lelaki dalam Wanita Umno.

Malaysia Chronicle

Pameran Ular Di Muzium Negeri Kedah bulan Mei nanti...

Banjir di Taman Tunku Putra: Tohmahan TV3 tidak berasas!

KULIM, 22 Mac 2012 – Tiada sebarang aduan sama ada bertulis mahu pun secara lisan yang dikemukakan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Merbau Pulas berkenaan masalah yang melanda penduduk Taman Tunku Putra, Kilang Lama baru-baru ini.

Seperti yang disiarkan oleh media perdana, TV3, yang mendakwa kononnya ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Siti Ashah Ghazali bersikap lepas tangan dengan permasalahan banjir kilat yang melanda sebahagian penduduk taman perumahan berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.

“Saya tidak dimaklumkan langsung berkenaan masalah berkenaan. Tiada sebarang surat atau pun wakil penduduk Taman Tunku Putra yang datang berjumpa membincangkan hal tersebut.

“PKWR juga tidak menerima aduan berkenaan. Bagi saya dakwaan yang dilemparkan kepada saya adalah tidak berasas kerana ianya di luar pengetahuan saya,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Mohd Arof Darus ketika dihubungi memaklumkan, pihak MPKK menerima surat aduan dari Persatuan Penduduk, Taman Tunku Putra berkenaan masalah tersebut pada 4 Disember 2011 yang lalu dan kerja membaiki, memperbesar serta membersih longkang telah pun dilakukan.

“Masalah ini sebenarnya sudah lama, sejak tahun 70an lagi tetapi apabila berlaku kemajuan pesat, bangunan dan taman-taman perumahan dibina, apabila berlaku hujan lebat, air akan mengalir ke situ kerana kawasannya lebih rendah dari tempat lain.

“Walau bagaimana pun, pihak MPKK telah mengambil tanggungjawab di atas aduan mereka dan kita telah pun membuka tender untuk penyelenggaran longkang-longkang, naik taraf parit dan sebagainya sebagai usaha mengurangkan masalah berkenaan,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, berita yang disiarkan oleh TV3 baru-baru ini bukanlah kejadian yang sebenar. Liputan banjir yang disiarkan adalah kejadian yang berlaku dahulu dan bukannya sekarang. Beliau juga menganggap berita yang disiarkan kurang tepat serta mempunyai motif politik.

Banjir kilat yang melanda sebahagian rumah di kawasan perumahan berkenaan sebenarnya telah berlaku sejak 2001 lagi dan sekarang ini ianya menjadi agak serius kerana wujudnya taman-taman perumahan seperti Taman Senangin, Taman Haruan dan pertumbuhan pesat Kulim Hi-Tech. Walau bagaimana pun hanya sekitar 9 hingga 10 buah rumah sahaja yang terlibat, bukannya keseluruhan kawasan perumahan seperti yang digambarkan.

Iltizam Dengan Ikrar Integriti PRU

Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas-rasuah memerlukan komitmen rakyat dan juga kesungguhan kerajaan dalam memerangi rasuah, mengamalkan tadbir urus yang baik dan mendukung integriti.

Ikrar integriti pilihan raya yang dilancarkan oleh Transparency International-Malaysia (TI-M), bagi melindungi integriti jawatan politik dan proses politik demokrasi merupakan satu langkah baik bagi meningkatkan integriti dalam politik.

Sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara OIC yang dianggap sebagai model sebuah negara islam yang moden, kerajaan khususnya perlu beriltizam bagi memastikan negara ini bebas dari rasuah.

Memperbaiki Kedudukan Negara

Menurut laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 bahawa Malaysia telah jatuh 16 anak tangga dalam tempoh 10 tahun ini, iaitu dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004.

Manakala, pada tahun 2011, Malaysia berada di tangga 60 dengan nilai 4.3 berbanding pada tahun 2007 di tangga 43 dengan nilai 5.1. Malaysia telah mengalami kemerosotan dari sudut integriti sejak tahun 2005 sehingga sekarang.

Ini amat memalukan jika dibandingkan dengan negara jiran iaitu Singapura, pada tahun 2011 berada di tangga ke-5 dengan nilai 9.2, manakala pada tahun 2007, berada di tangga ke-4 dengan nilai 9.3. Tambahan pula Singapura merupakan negara yang ‘lebih muda’ berbanding Malaysia.

Agenda transformasi yang dilancarkan seakan-akan tidak memberi kesan kepada negara kerana kadar peningkatan korupsi di Malaysia meningkat 46% dalam masa 3 tahun kebelakang berdasarkan kajian daripada Global Corruption Barometer 2012.

Rakyat mengharapkan negara dapat dibersihkan dari kes korupsi dalam masa yang sama meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking indeks rasuah global.

Sektor Politik yang Parah

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mengucapkan tahniah atas tindakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menandatangani ikrar integriti pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Tindakan ini sewajarnya dimulai dengan Perdana Menteri Malaysia dahulu sebagai role model.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato 'Sri Abu Kassim Mohamed,”Rasuah dalam politik adalah ibu kepada semua rasuah”.

Ini diperkuatkan lagi dengan kajian oleh Transparency International Global Corruption Barometer 2010, parti politik merupakan sektor yang tertinggi kes rasuah dengan nilai 4.0 daripada keseluruhan 5.0 mata.

Mesti Ada Tindakan Tegas

Sekadar berikrar sahaja tak dapat menyelesaikan masalah korupsi. Kerajaan perlu beriltizam untuk membebaskan Malaysia dari korupsi dengan mengadakan perbincangan serius bersama ahli akademik, ahli politik dan NGO bagi membincangkan langkah yang lebih efisyen bagi menjayakan pembersihan negara dari korupsi.

Kes yang terdekat yang melibatkan seorang bekas menteri besar yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya dua buah lot tanah dan sebuah rumah daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd dengan harga RM 3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas Sdn Bhd dengan harga RM6.5 juta. Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa serta merta dan memerintahkan harta tersebut dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Kes yang besar tetapi hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang terlampau berat. Ini menyebabkan golongan-golongan kaya berani untuk terlibat dengan rasuah. Kerana mereka yakin mereka mampu ‘membiayai’ hukuman rasuah.

Proses untuk membersihkan negara dari rasuah perlu bermula dari peringkat kanak/remaja dengan penerapan unsur akauntabiliti dan integriti dalam kurikulum pelajaran. Dengan adanya sikap akauntabiliti dan integrity akan menjadikan rakyat Malaysia yang sentiasa beramanah.

Kita juga sewajarnya meneladani good governance yang telah lama wujud dalam sejarah islam contohnya ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, Nuruddin Az-Zinki dan ramai lagi. Nilai integriti dan akauntabiliti yang wujud adalah bermula dari keimanan yang teguh.

Gamis optimis sekiranya kerajaan mempunyai iltizam yang tinggi dalam menjadikan Malaysia sebagai negara bebas-rasuah, disambut pula dengan kesungguhan rakyat, Malaysia mampu menjadi negara bebas-rasuah dalam masa yang sama dapat menonjolkan ciri keistimewaan sebuah negara bermajoritikan orang Islam.

Gamis, Inspirasi Anak Muda!
Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussin
Ketua Penerangan, GAMIS




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...