TERKINI :

Wednesday, March 21, 2012

50 tahun perintah..Asyik dok hutang sahaja untuk bagi kepada rakyat makan... hasil minyak, sawit, getah pie mana habih..??

Hutang negara mencecah RM437.2 bilion

Hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

azlanDaripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negara itu diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara kerajaan persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Musuh Utama PR ialah SPR bukan UMNO/BN.. Jadi SPR lah yang wajib ditumbangkan dulu..!!!

PRU 13: Mission Possible (2)

Oleh: MSK

Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.

PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime. Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.

Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin. Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.

Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang bangang. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.

Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan. Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”

Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.

Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?

DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?

Kat bawah ni cuma sebahagian saja. Kalau nak senarai penuh..aku boleh bagi.

Ini sikit saja..banyak lagi yang kita tak tau. Berapa ramai pengundi Pasir Bedamar yang telah dipindahkan ke Changkat Jong? Tu pasai aku masukkan DUN Changkat Jong sebagai salah satu DUN yang dimenangi oleh PR akan tumbang. Bukan pasai PAs tak bagus..tapi SPR punya kerja.

Tu baru pindah pengundi pos. Macam mana pulak dengan pengundi baru? Berapa ramai pengundi baru di Perak?

Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.

Macam mana boleh jadi macam ni?

Tapi tengok pulak yang dibawah ni.

SPr dah buat tak tau kat kawasan DAP sebab depa dah tak harap BN boleh menang. Apa yang depa boleh harap, ialah dengan memenangi kawasan-kawasan PKR dan PAS. Kawasan sedia ada diperkuatkan, manakala kawasan Pas dan PKR dikucarkacirkan.

Apa yang kita nampak dalam statistik diatas hanyalah pertambahan pengundi secara keseluruhan. (jumlah sekarang tolak jumlah dulu). Tapi kalau dikaji dengan teliti lagi, baru kita boleh tau berapa jumlah yang pindah masu dan pengundi baru…dan berapa pula yang pindah keluar atau mati. Ambik contoh..di Simpang Pulai, jumlah pertambahan ialah 12.2% ataupun 4620 pengundi. Tapi berapa yang dipindah keluar dan berapa yang dipindah masuk?

Lagi detail kita kaji..lagi banyak manipulasi SPR yang kita boleh bongkar. Kita akan tau macam mana kampung ini dipindah masuk DUN sana. Taman ini boleh dipindah masuk Parlimen sana.

Kita mungkin ingat pengundi-pengundi kita masih sama sebab tengok jumlah pengundi masih 500 dalam satu UPU itu…tapi kita tak tau ada kemungkinan 500 yang dulu dikeluarkan dan 500 pengundi yang baru dimasukkan.

Hangpa pi tanya depa yang teringin sangat nak jadi calon tu. Ada Daftar Pemilih terbaru tak?

Aku yakin..ada tempat yang masih pakai Daftar Pemilih 2008. Kalau ada yang terbaru pun..ada dalam laci Ketua Cabang..

Kalau nak tumbangkan Umno..kena tumbangkan SPR dulu. Tapi sapa nak buat kerja ni?

Kalau takat AJK Cabang..aku tak harap. Pegang mouse pun ngetor.

http://www.malaysiatimes.my/

Pemerintah BN yang bangang - Hutang sampai tinggai nyawa ikan pun masih kata OK...

Hutang negara kini pada paras 53% KDNK

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.

Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan.

Speaker arah PAC henti siasat NFC

March 21, 2012

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) untuk menghentikan inkuiri terhadap penyalahgunaan RM250 juta dana awam oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

The Malaysian Insider difahamkan panel sedang mengadakan mesyuarat tergempar untuk menolak arahan Speaker Dewan Rakyat sehari selepas keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pemilik syarikat tersebut, enggan berhadapan dengan jawatankuasa berkenaan.

“Speaker mengarahkan untuk ‘menghentikan’ inkuiri terhadap NFC dan keputusan itu adalah sub judis,” menurut sumber melalui pesanan ringkas.

Pandikar Amin (gambar) minggu lalu tidak membenarkan usul tergempar untuk membincangkan kontroversi RM250 juta walaupun pada mulanya membenarkannya dengan alasan perkara itu sudah dibicarakan di mahkmah.

Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dituduh di mahkamah pada 21 Mac dengan dua tuduhan pecah amanah dan dua kesalahan pelanggaran Akta Syarikat. Saintis makanan itu merupakan suami kepada Ketua Wanita Umno.

“Pada mulanya saya membenarkan ia dibacakan tapi sekarang perkara itu sudah pun di bawa ke mahkamah. Jadi saya tidak boleh memberikan kebenaran,” kata Speaker Dewan Rakyat itu.

“Ia tidak boleh dibincangkan kerana ia sudahpun di bawa ke muka pengadilan.”

Tetapi keputusan Mahkamah Tinggi dilihat oleh The Malaysian Insider menunjukkan yang keputusan Pandikar Amin itu mempunyai kecacatan.

Mahkamah Tinggi dalam pertuduhan difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) terhadap peguam kerajaan Selangor dan akhbar PAS, Harakah tahun lalu, menunjukkan mahkamah harus berhati-hati memohon subjudis dan perlu mengambil kira peruntukan Perlembagaan terhadap kebebasan bersuara.

Hakim Ariff Jusoh, apabila menolak permohonan tersebut menegaskan undang-undang “common law” terhadap subjudis harus berdasarkan “peruntukan kebebasan bersuara”.

“Mahkamah tidak percaya terhadap sensitiviti kebanyakan rakyat Malaysia boleh berbeza dan mahkamah cenderung untuk mengambilkira peruntukan kehakiman yang berbeza berkaitan dengan kebebasan bersuara di bawah undang-undang subjudis,” katanya.

NFCorp turut berkata semalam pengarahnya tidak akan menghadap PAC memandangkan kes mahkamah yang tertangguh.

Mohamad Salleh didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan pecah amanah dan pelanggaran Akta Syarikat berhubung RM49 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat dalam skandal yang mendedahkan Datuk Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) menerima tekanan memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.

NFCorp menjadi tajuk bualan hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana gagal mencapai sasaran.

Polis telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah NFCorp, tapi Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lengkap terhadap Mohamad Salleh.

Adakah Najib sebaris dengan peragut...!!!

Oleh: amkns

"Maklumat dan gambar dari Blog Patrick Teoh yang bertajuk Tuesday funny , dimana iklan gambar Perdana Menteri diletakkan dibawah papantanda kawasan peragut.Satu peringatan untuk semua pihak , termasuk kita semua agar lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan. Kesilapan yang kecil, boleh disalahertikan.

Some possibilities:-

1. Somebody has a great sense of humour in that ad company.

2. Putrajaya has adopted a new election strategy.

3. Najib is laying it on the line and telling it like it is.

Gambar dari http://www.niamah.com/2012/03/tuesday-funny.html

Bukan mudah untuk selesaikan kemelut Kerajaan PAS Kedah

Oleh: anaabdullah

" NONERamai orang PAS Terengganu tanya saya pasal kemelut yang berlaku di Kedah yang dikatakan sudah seelesai itu.

Bagi penulis, bukan mudah untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku itu.Lebih lebih lagi dua orang exco salah seorang pernah disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar bagi mengganti ustaz Azizan Razak.

Ustaz Azizan Razak sepanjang yang penulis kenal, tak mudah tunduk dan akur dengan keputusan Pas Pusat yang cuba memasukkan semula senarai nama untuk dilantik sebagai exco.

Demikian juga dua orang exco yang tidak akan mengalah dengan tuntutan dan kehendak masing masing.

Kita sedia maklum kemelut yang berlaku berpunca daripada ketidakserasian pendapat yang masing masing ada hujah dan mempertahankannya.

Inilah benda yang membuat kemelut kerajaan PAS Kedah tak boleh selesai miskipun sesetengah mengatakan ia sudah selesai.

Penulis setuju "selesai" itu hanya diatas kertas sepertimana yang diputuskan oleh mesyuarat Pas Pusat baru baru ini.

Keputusan yang dibuat oleh PAS pusat itu kurang bijaksana, kerana dua orang exco tersebut sudah menolak dari dilantik semula.

Sangat tidak wajar memasukkan senarai orang yang sudah menolak dilantik semula itu.Bayangkan perasaan dua exco yang menolak dilantik semula tiba tiba PAS pusat buat keputusan mesti dilantik semula.

Dua orang exco itu bukan malaikat. Kedua dua itu adalah manusia biasa yang punya citarasa yang tidak boleh dinafikan pasti berbangga,kerana pas pusat sudah membelanya.

Bayangkan apabila PAS pusat duduk dibelakangnya. Ustaz Azizan Razak miskipun PAS Pusat ada dibelakangnya juga, tetapi ada sedikit sedeh apabila orang yang bercanggah pendapat dengannya diberi pembelaan.

Mereka bukan berada dizaman Nabi Mohammad SAW yang seratus peratus tunduk dan akur dengan keputusan yang dibuat.

Hari ini masing masing ada pandangan sendiri dan boleh berkata eh dan ah kepada pucuk kepimpinan parti.Hatta mursyidul am dan Presiden sekalipun.

ABU Adalah `ASAL BUKAN UMNO'

Oleh: wfauzdin_ns

" TERDAPAT suara-suara yang amat tidak selesa apabila Kempen `ABU' (Asal Bukan Umno) kini telah merebak ke merata negeri. Jika suara-suara itu datangnya dari puak sebelah sana, itu tidak menghairankan kerana bagi mereka kempen ABU amat membahayakan periuk nasi mereka, tetapi malangnya suara-suara itu datangnya dari dalam yang mereka amat faham dan kenal apa itu UMNO.

Kita jangan keliru dan dikelirukan dengan perjuangan ABU. ABU bermaksud `Asal Bukan Umno' dan jangan pula disalahgunakan dengan menyebut ABU itu adalah `Asal Bukan Melayu'. Jika tafsirannya disalahgunakan maka kita akan terperangkap dengan `fatwa' Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno. Jauh samasekali.

YB Nurul Izzah turut bersama `ABU'


Kita bukan menentang Melayu jauh sekali menentang Islam. Kita lawan Umno yang terlalu banyak menjadikan bangsa Melayu menderita. Tidak kiralah siapa yang mengilhamkan ABU, jika baik untuk digunakan untuk menguburkan Umno (ingat, Umno bukan Melayu) maka kita harus menyokongnya. Ada yang bertanya, jika ABU itu bermaksud `Asal Bukan Umno', adakah bererti kita boleh menyokong MCA, Gerakan, MIC dan beberapa lagi parti berbentuk perkauman yang lain di dalam Bn?

Kita harus faham bahawa Umno adalah simbolik sahaja, ertinya apa sahaja parti yang bersekutu dengan Umno ertinya lawan kita. Umno juga adalah tunjang kepada Bn, tambah pula Umno lah yang punyai banyak rancangan dan dasar yang membuatkan rakyat semua kaum di negara ini hidup semakin terhimpit. Sebagai contoh, Islam mengharamkan `daging babi' untuk dimakan, adakah ianya bermaksud tulang dan kulit babi halal dimakan?

Oleh yang demikian, wajar kita faham apakah simbolik kepada slogan ABU itu. Puak mereka juga sudah memulakan slogan `ABAI' (Asal Bukan Anwar Ibrahim), adakah ini bermakna puak mereka setuju dengan Karpal Singh atau Haji Hadi? Justeru itu, ABU mesti diperhebatkan. Tiada pemimpin di dalam ABU, rakyat yang insaf dan sedar kecurangan Umno selama lebih 50 tahun memerintah patut meraikan kempen ABU ini dan mereka adalah pemimpin kepada ABU./wfauzdin.blogspot.com

Najib dengan lampu Aladdin BN

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

http://1.bp.blogspot.com/_6kYU_eopH18/SEg43xI3jOI/AAAAAAAAAA8/cetzsnhYBcc/s400/aladdinlamp2.jpgRakyat dipaksa yakin betapa Najib Tun Razak mempunyai kuasa jauh lebih hebat daripada jin lampu ajaib Aladdin. Gosoklah sebanyak mana sekalipun lampu BN, Najib akan menunaikan segala keinginan – akan muncul transformasi demi transformasi.

JIKA ada caranya, tentu sekali Umno-BN memilih untuk mengadakan pilihan raya umum lima lagi.

Namun, secara ‘default’, ia terpaksa juga diadakan .Masa sudah kesuntukan. Jauh daripada bersedia, gabungan parti yang asalnya ditubuh pada 1951 itu sedang dilanda fenomena ‘kereta api kehabisan wap’

Penggunaan tagline ‘undilah BN kerana ia berbudi kepada rakyat’ dan segala variasinya yang menjadi cap kempa atau ‘hallmark’ kepada gabungan parti itu telah sama sekali kehilangan daya tarikannya setelah dilewah guna untuk 12 pilihan raya umum menjangkau tempoh 53 tahun.

Malah tanda dagangan atau ‘trademark’ yang dipatenkan oleh Umno, misalnya ‘ketuanan Melayu’, ‘Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno’ dan seumpamanya terpaksa menyerah kepada ujian masa.

Nampaknya kata kunci untuk tagline generasi baru parti itu ialah ‘transformasi’. Perkataan itu kini meniti di bibir setiap pemimpin Umno-BN sekerap menyebut ‘makan nasi’.

Apakah makna semuanya ini? Mudahnya ia bermakud, tidak seperti Perdana Menteri dan Pengerusi BN lalu, rakyat dipaksa yakin betapa Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa jauh lebih hebat daripada jin lampu ajaib Aladdin.

Gosoklah sebanyak mana sekalipun lampu BN, Najib akan menunaikan segala keinginan – akan muncul transformasi demi transformasi.

Itu cuma kiasan. Tapi dalam bahasa harian, ia bermakna sekiranya hari ini anda berhempas pulas dan mengikat perut untuk hidup walaupun berpendapatan RM5,000 sebulan, penderitaan ini akan segera ditransformasikan oleh Najib. Bukankah kalau dulu rakyat Malaysia hidup menderita dan dilingkari serta dibelit hutang dan pendapatan yang memanjang tidak mencukupi, hari ini di zaman Najib kita semua hidup senang lenang, bak kata pepatah Melayu, ‘tendang tangga, goyang kaki.’

Itu pun belum apa-apa. Andaikata, jika tuah atau cara-cara tidak konvesional lain digunakan (dibaca konvesional bagi Umno-BN ) bagi mengekalkan BN bertaktha dan bermaharajalela di Putrajaya, maka pasti sudah setiap rakyat Malaysia akan menikmati hidup seperti dalam kayangan.

Namun jalan kekayangan bagi rakyat Malaysia masih lagi begitu di awang-awangan seperti kaburnya dan berbalamnya peluang BN untuk mempertahankan kedudukan (setidak-tidaknya dengan cara paling bersih).

Malah realitinya kini buat BN ialah betapa ‘kehidupan bukan lagi ibarat berbaring di atas tilam mawar’.

Selain daripada tagline lama sudah tidak dapat digunakan lagi untuk cuba mengembalikan kepercayaan rakyat dan tagline generasi baru, ‘transformasi’ dianggap tidak lebih dari kisah dongeng pari-pari (fairy tale), setiap usaha untuk menunjukkan kepada rakyat betapa hebatnya Najib dan BN, hanya diganggu oleh penemuan dan pendedahan kebobrokan demi kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan BN secara kolektif ataupun yang dilakukan oleh pemimpin individu parti berkenaan.

Musibah yang menimpa Umno-BN tidak hanya berakhir di situ. Segala kenyataan yang dibuat oleh mereka yang cuba menegakkan benang basah, hanya membuktikan betapa Umno-BN semakin kalut dan keliru.

Misalnya, tindakan-tiadapilihan- lain Dato’ Seri Shahrizat Jalil mengeluarkan kenyataan beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet. Tentu sekali setiap rakyat tahu beliau bukan meletakkan jawatan tetapi jawatannya terletak secara automatik apabila tempoh menjadi Senator di Dewan Negara berakhir pada 8 April ini.

Hakikat ini diakui sendiri oleh Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga merupakan mantan Ketua Wanita Umno (jawatan parti yang disandang oleh Shahrizat kini), “Tidak ada jawatan yang perlu diletakkan kerana dari segi undang-undang beliau bukan lagi seorang menteri pada 8 April.

Meletakkan jawatan bermakna melakukannya dengan serta-merta tetapi dia masih lagi seorang senator... Maka tida

k ada apa-apa pengorbanan.” Begitulah kenyataan seorang pemimpin Umno kepada seorang pemimpin Umno dan kepada sekalian pemimpin Umno.

Anda tak perlu menjadi seorang saintis roket untuk memahami apabila tempoh sah anda memegang jawatan telah berakhir, maka sampailah sudah masanya anda mengucapkan salam terakhir kepada jawatan berkenaan dan tidak ada kena mengena dengan meletakkan jawatan atau pengorbanan.

Tapi di mata pemimpin Umno lain, yang putih boleh jadi hitam dan yang hitam boleh jadi merah jambu.

Justeru, bagaimanakah Umno tidak dianggap sebagai tidak layak dan tidak berkemampuan mentadbirkan negara sekiranya perkara semudah ini pun tidak boleh dibezakan. Dari pragmatisme ke hipokrasi?

Barangkali. Apa pun, BN tetap bermatianmatian untuk menyelamatkan keadaan.

Masa sudah kesuntukan. Menurut perkiraan BN sendiri, PRU13 sepatutnya sudah diadakan tahun lalu lagi. Tapi... Hmm... Ada-ada sahaja.

Justeru suami Shahrizat perlu didakwa (walaupun dakwaan cuma melihatkan RM50 juta daripada 250 juta) bagi meredakan keadaan dengan harapan Pembangkang dan rakyat akan senyap.

Begitu juga dengan pemanggilan tidak semena-mena Tun Ling Liong Sik untuk membela diri atas tuduhan menipu kerajaan dalam kes PKFZ atau penolakan usul Apco dan usul menyiasat tuduhan konspirasi kuasa ke atas mantan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara di Dewan Rakyat.

Seolah-olah semua ini tidak mencukupi, timbul pula isu perbelanjaan hampir RM0.5 juta untuk pertunangan anak Najib dan RM80,000 untuk sambutan hari jadi beliau. Tak kisahlah Najib yang bayar sendiri atau sebaliknya, apa yang penting, pemimpin Umno-BN masih lagi hidup bagaikan di alam cerita pari-pari.

Jika tidak begitu, masakan ada keluarga menteri Umno yang boleh membeli kondo One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur. Bukan, satu tapi dua unit. Semuanya ihsan lampu Aladdin BN dengan jinnya yang begitu berkuasa dan mengakui boleh membawa kita ke alam kayangan.

Umno akan ambil alih kerusi PRU dari komponen BN

Oleh JAHABAR SADIQ

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/03/020409-Najib400.jpgBARISAN NASIONAL (BN) akan menghapuskan formula perkongsian kerusi antara parti komponennya bagi memperolehi dua pertiga majoriti Parlimen dan beberapa negeri yang mereka tewas ketika Pilihan Raya 2008, menurut sumber yang sudah maklum dengan strategi Dato’ Seri Najib Razak untuk pilihan raya akan datang.

Pengerusi BN itu akan menggunakan “calon boleh menang” untuk semua parti komponen kerana Najib mahukan calon yang berpeluang untuk menang tanpa mengira parti yang menduduki kerusi tersebut sebelumnya.

“Tidak kira sama ada Umno, MCA, atau MIC, Najib mahukan calon terbaik untuk kerusi tersebut,” jelas sumber berkenaan merujuk kepada arahan perdana menteri bahawa beliau akan memberikan sedikit nasihat kepada setiap calon.

Ketua kepada 13 pakatan pemerintah itu sering menegaskan keperluan untuk menghormati formula perkongsian kerusi yang diwarisi daripada Perikatan, parti terawal yang memerintah negara ini sejak merdeka pada 1957.

Namun keputusan pilihan raya 2008 telah membuatkan formula tersebut perlu difikirkan semula kerana kebanyakan kerusi mempunyai majoriti Melayu yang sekarang ini mempunyai pilihan yang lebih ramai dalam parti – Umno, PAS, dan KeADILan.

BN hanya memenangi 140 kerusi daripada 222 kerusi pada 8 Mac, pilihan raya 2008 termasuk hilang negeri Kedah, Penang, Perak, dan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mereka kembali memenangi Perak setelah tiga pemimpin PR melompat parti menyertai bebas dan menyokong BN.

Menteri dan ahli politik BN memberitahu bahawa mereka menerima petunjuk dan arahan daripada Perdana Menteri kebelakangan ini untuk mengemukakan “formula perkongsian kerusi” antara parti komponen untuk memberikan kaedah baru terhadap realiti politik.

“Formula lama tidak lagi relevan sekarang ini sepanjang pengetahuan Najib. Beliau mahu menang besar dan ini bermakna meletakkan calon boleh menang,” kata seorang menteri yang dirahsiakan identitinya.

Bulan lalu dilaporkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diminta untuk mempertahankan kerusi Parlimennya di Kepala Batas, satu petunjuk bahawa Najib mahu mengekalkan calon terbaik bagi menang besar.

Turut difahamkan bahawa veteran seperti Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang dan bekas Presiden MCA Dato’ Seri Ong Tee Keat di Pandan turut dijangka kekal sebagai calon BN di samping penglibatan mereka dalam Amanah, kumpulan yang menuntut menyalakan semangat perkauman yang dikatakan telah hilang di bawah pentadbiran BN.

Pergerakan BN menamatkan formula perkongsian kerusi boleh dilihat dalam mesyuarat tertutup Umno di Janda Baik pada Oktober 2009, enam bulan selepas Najib memperoleh kuasa, apabila parti politik menyatakan kekecewaan dengan kuasa formula perkongsian yang menjurus kepada kekalahan Pilihan Raya Umum 2008.

Ketika tiga hari perhimpunan Umno cawangan itu, turut terdapatnya suara yang Umno harus menyerahkan kerusi Melayu kepada wakil MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen lain.

Pendapat daripada ketua cawangan tersebut adalah parti komponen lebih lemah daripada Umno tidak mampu untuk mengalih undi daripada bukan Melayu kepada Melayu.

Sebaliknya, mana-mana kerusi kuat Umno adalah lebih baik diletakkan di kawasan kerusi majoriti Melayu.

Difahamkan Najib dan pemimpin kanan parti yang menghadiri mesyuarat berkenaan menyasarkan untuk menaikkan semangat pemimpin bawahan tidak komited terhadap kehendak Umno untuk tidak terlalu murah hati dalam meletakkan kerusi dengan komponen BN.

Beberapa pegawai Umno yang menghadiri mesyuarat tersebut berkata bahawa yang utama adalah meletakkan calon yang mampu untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya depan.

“Sekiranya kerusi ada 55 atau 60 peratus Melayu, lebih baik untuk diisi wakil Umno. Pilihan raya lepas kami berikan kerusi di Perak dan Selangor kepada parti lain dan mereka tidak mampu mempertahankannya.

“Parti-parti ini masih lagi mempunyai masalah dalaman dan tidak berupaya untuk meraih undi bukan Melayu. Lebih baik sekiranya calon Umno mengisi kerusi itu dan cuba untuk meraih kembali undi Melayu,” jelas pegawai berkenaan, yang turut meminta dirahsiakan identitinya kerana perjumpaan tersebut dilakukan secara tertutup.

Ketika perjumpaan tersebut, pegawai-pegawai turut bersetuju kekayaan Umno-BN harus dikekalkan untuk mengukuhkan pengundi Melayu – harapan yang tipis untuk mendapatkan undi bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang.

58 peratus daripada 1.9 juta pengundi baru adalah Melayu, BN percaya peluangnya terhadap kumpulan pengundi ini dan juga sekutunya yang lain, kata pemimpin Umno.

“Kami perlu pasti dengan peluang terhadap pemilih, dan demografik. Ini bermakna perlu cara baru dalam pemilihan calon, berdasarkan merit, bukan kerana parti itu mempunyai kuasa selamanya terhadap kerusi berkenaan,” tambahnya.

» Penulis adalah Ketua Pengarang The Malaysian Insider.

Kejujuran berkarya dan berjuang terhakis oleh ‘ghanimah’?

Oleh H FANSURI

http://2.bp.blogspot.com/_1Qt__vkpxfA/S-9dLGU0EpI/AAAAAAAAABI/Y9VLwOgn_XY/s320/PGT.jpegKETIKA karya-karya novel Putera Gunung Tahan, Tulang Tulang Berserakan dan lain-lainnya disebar ke tengah masyarakat, para penggiat persuratan tidak berkarya untuk terima anugerah agaknya. Ia semata-mata dikarang bertujuan menolak amalan penindasan, penjajahan dan kezaliman penjajah.

Lalu, pengarang novel ini bagai pasukan askar fizikal yang bergelut dengan askar-askar pemikiran yang dakyahnya dibentuk penjajah di akhbar, radio dan televisyen. Barangkali, itulah antara bentuk senjata media pada zaman lalu

Kemudian para pengarang yang bersikap pro haluan kiri ini telah pun bekerja di akhbar tertentu. Mereka mengambil sikap yang jelas dalam menggempur dakyah penjajah British dengan bantuan jentera mereka, iaitu Umno.

Bagi melanjutkan bahasan ini, marilah dinamai pengarang novel revolusi atau karya yang mendakap iltizam revolusioner itu sebagai askar budaya. Masa berlalu, hadiah ghanimah dalam perang pun berganda-ganda tiba! Generasi kedua mula mengasah bakat pena untuk mendapat ghanimah di dalam perang fikiran itu.

Sebenarnya, bukan salah ghanimah dan anugerah. Tapi hati, jiwa dan perasaan kita sendiri yang ingin terlibat memiliki ghanimah itu.

Masalah pengarang kini bukan ‘money’, tapi ‘the love of money’, iaitu kecintaan ke atas ghanimah. Sebenarnya, kecintaan itu tidak bersalah sehinggalah mereka diuji dengan suatu sikap yang berbunyi, “Bolehkah jika anda tidak mengkritik penguasa yang akan memberi ghanimah kepada kamu?”

Yang paling parah adalah, sikap yang berbunyi, “Dengan ghanimah ini, bolehkah anda mengkritik musuh kami dan diamkan sahaja kesilapan kami?”

Arakian, di sana terbit juga kata-kata bahawa Umno masih setia kepada penjajah hingga sanggup menjaga nama baik Inggeris walaupun lama merdeka.

Umpamanya, menurut cerita Arena Wati, beliau dinasihatkan, oleh pemimpin politik (kononnya ia adalah kehendak Tun Abdul Razak) supaya watak orang Inggeris dalam Sandera dibuang semuanya dari peranan awal sehinggalah ke akhirnya. Maka, jelaslah kini betapa kecintaan Umno terhadap British tetap subur membenih di dalam jiwa mereka.

Arena Wati mengikut katakata itu pada awalnya. Tapi, kemudian tidak terdengar cerita apa-apa. Tiada kedengaran majlis anugerah ghanimah.

Mungkin, bukan Arenawati seorang yang ditikam oleh kecurangan Umno. Kesetiaan Umno membela penjajah Inggeris terbukti dengan sikap menolak kritikan askar budaya ke atas Inggeris di dalam karyakarya revolusioner ini.

Hari ini, penulis tidak perlu lagi berhati-hati. Tapi, kalau masih ingin terima ghanimah juga, maka salah satu jalan selamat untuk memahat nama sebagai penulis adalah dengan tidak mencela Umno. Hal ini kerana, Umno ‘pemilik’ akhbar.

Dan kalau nama anda terpalit dengan gerakan kiri hari ini (contohnya Pakatan Rakyat) maka sulit nama anda dipahat di dalam senarai nama penerima anugerah sastera anjuran sesebuah akhbar.

Sikap mana yang anda harus pegang ketika di dalam jiwa masih tersimpan keinginan untuk meraih anugerah itu? Ya, pilih jalan selamat. Jangan sesekali tunjukkan arah penulisan anda yang memihak langsung kepada Pakatan Rakyat.

Sesekali, adakanlah majlis keraian bersama badanbadan persatuan yang akrab dan sinonim dengan Umno.

Perlahan-lahan mungkin karya anda diterima masuk ke dalam senarai penerima anugerah mereka.

Semua sikap ini boleh menyebabkan kita diterima sebagai rakan dalam golongan Umno tetapi menyebabkan kita jadi seteru kepada Pakatan Rakyat pula. Duit boleh membeli sesuatu yang boleh dipegang, tapi ia tidak boleh membeli dua hal yang tidak boleh disentuh tangan; maruah dan kehormatan.

Dan askar budaya yang sedang dan akan berjuang tanpa memikirkan ghanimah dan anugerah, mereka inilah yang menang dalam pertarungan di akhirat.

Yang menang adalah askar budaya yang bersikap seperti askar Muslim di Perang Badar. Walaupun musuh banyak tinggalkan longgokan harta emas guna melalaikan mereka, namun mereka tetap tidak pedulikan itu semua.

Nama mereka tenggelam untuk hari ini untuk ditimbulkan pada hari seterusnya.

Krisis Kerajaan Kedah ujian buat jamaah Islam

Oleh Subky Latif

KRISIS pimpinan kerajaan yang juga pimpinan PAS Kedah boleh dikira telah selesai setelah campur tangan PAS Pusat.Semua pro perubahan di seluruh negara merasa lapang apabila dua Exco Dato Phahrolrazi dan Dr. Ismail sedia kembali menjadi Exco dan tindakan ke arah itu sedang diproses.

Sekaliannya pro dan penentang kerajaan Kedah terkejut atas krisis yang berlaku di ambang PRU 13 yang tinggal beberapa minggu saja. Tiada diketahui oleh sesispa di luar pimpinan kerajaan itu sejak mereka mengangkat sumpah Mac 2008 dulu mereka ada krisis.

Mungkin Ustaz Azizan Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar pun tidak tahu mereka ada masalah hinggalah apabila menjelang sumpah tugas Exco itu hendak disambung semua kedua Exco itu enggan menyambung perkhidmatannya.

Menteri Besar menangguhkan acara angkat sumpah semula itu beberapa hari bagi memberi ruang kepada keduanya berfikir semula. Sehingga tempoh baru angkat sumpah diadakan keduanya tidak berganjak dan Menteri Besar atas nasihat penasihatnya tidak mengisi kekosongan Exco itu pada hal dia ada kuasa untuk mengisinya.

Kejadian itu adalah ujian buat sekalian pejuang Islam, boleh dikira getir, berdepan dengan krisis dalaman yang pertama dan menjelang pilihan raya pula.

Kerajaan pimpinan Ustaz Azizan itu memang berdepan dengan berbagai asakan dari seteru politik parti dan kerajaan bagi melumpuhkannya dengan harapan kerajaan pimpinan PAS itu dapat ditumbang dalam PRU nanti.

Perkembangan itu menjadi perhatian kepada semua baik sekutu dalam Pakatan Rakyat dan setiap komponen BN tentang bagaimana dan keupayaan pejuang Islam hendak menangani krisis itu.

MB Azizan belum pernah diuji sejak memerintah. Jamaah Islamnya di Kedah juga belum pernah diuji. Allah takdirkan krisis itu beberapa minggu sebelum PRU. Mengapa?

Untuk menguji keupayaan Islam menghadapi krisisnya sesuai dengan Islam itu adalah agama yang sempurna lengkap dengan cara dan kaedahnya apabila berdepan dengan masalah dan krisis.

Bagaiama Islam sebagai agama persaudaraan dan perpaduan itu dapat menghadapi masalahnya apabila masalah itu dihadapkan kepada mereka?

Ia jadi pengalaman pertama bagi PAS Kedah yang baru kali pertama dalam memimpin kerajaan. Ia juga ujian kepada PAS seluruhnya yang jarang ditemuinya. PAS pernah diuji oleh krisis semasa memerintah Terengganu hampir 50 tahun lalu. Ia gagal mempertahankan kerajaannya dan tiada lagi orang zaman itu yang boleh bercerita dengan pengalaman itu bagi dijadikan panduan.

Bagi DAP, MCA, PPP dan setengah dari penyokong PKR dan lain-lain hanya mendengar dari ceramah orang Islam tentang kehebatan Islam termasuk caranya menghadapi tanggungjawab dan masalahnya. Cara mana Islam itu menangani krisisnya, mereka tidak tahu.

Maka mereka hendak melihat bagaimana agama dan umat Islam yang dikatakan terbaik itu dapat mengatasi krisis di Kedah itu. Tentulah ada hikmatnya Allah jadikan itu seminggu dua dulu supaya orang bukan Islam dapat mempelajarainya dan mendapat yang terbaik dari keupayaan orang Islam setempat menyelesaikan masalahnya.

Ia juga untuk menjadi perhatian kepada orang Islam yang tidak beramal dengan ajaran agamanya untuk menangani isu politik.

PAS benar-benar diuji apakah mereka menghadapi krisis itu berpandukan ajaran dan pengetahuan Islam dengan semangat Islam atau menghadapinya dengan nafsu?

Azizan itu sendiri seorang yang garang dan mudah maninggikan suara, tetapi dia ada ilmu Islam yang agak baik dan tahu apa yang Islam ajar untuk menghadapi suasana gawat. Maka ilmunya dikehendaki untuk melalui krisis itu. Orang lain di bawahnya yang juga pejuang Islam, inilah masa untuk menggunakan semangat dan pengetahuan Islam ada pada mereka bagi menyelesaikan masalah.

Bukankah Nabi SAW meninggalkan Al-Quran dan Sunnah setelah wafat. Apabila umat menghadapi masalah kembalilah kepada ajaran itu.

Azizan mengambil semangat ajaran itu menghadapi krisis itu dengan mengekalkan kedua-dua mereka sebagai Exco dan Timbalan Pesuruhjayanya. Dan keduanya juga tahu ajaran itu dan sedia mengamalkannya. Bertemulah kerana Islam dan berpisahlah kerana Islam.

Krisis itu tidak elok, tetapi ada ruang dan peluang dakwah untuk diisi buat semua.

Dulu Jika jahat buat sorang-sorang ja..Tapi lanie pakat satu keluarga...ini baru Malaysia Boleh..

Merangkak curi sarang burung
20 Mac 2012
Merangkak curi sarang burung

KARANGAN - Tindakan mencurigakan lapan sekeluarga yang menyewa di sebuah rumah tumpangan di Taman Desa Aman dekat sini, terbongkar apabila mereka dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri sarang burung walet, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pemilik rumah tumpangan di mana suspek berusia antara 16 hingga 60 tahun itu menginap menghubungi Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim, apabila mendapati keluarga berkenaan­ berkelakuan mencurigakan.

Menurutnya, Eng Khim mengarahkan ahli PPKM yang membuat rondaan untuk datang ke tempat kejadian dan mengepung kawasan itu sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira jam 3.30 pagi.

“Polis yang datang ke tempat kejadian kemudiannya membuat pemeriksaan dan ternampak dua kereta milik suspek berada di hadapan rumah tumpangan. Polis kemudiannya membuat serbuan dan menemui beberapa peralatan untuk melakukan jenayah pecah rumah antaranya tangga, tali, gergaji, pengumpil besi, pemutar skru dan kuku kambing yang disorokkan di atas siling rumah,” katanya.

Ghuzlan berkata, selain lapan beranak berkenaan, polis turut menemui seorang perempuan berusia 20-an dan dua bayi dipercayai isteri dan anak kepada seorang suspek yang ditahan.

Katanya, dari maklumat diterima, ini bukanlah kali pertama keluarga itu melakukan jenayah mencuri sarang burung walet.

“Modus operandi yang digunakan suspek ialah mereka sengaja menyewa rumah tumpangan yang berada kira-kira 40 meter dari bangunan di mana sarang burung walet diusahakan bagi memudahkan mereka merangkak di dalam siling untuk pergi ke bangunan hujung sarang burung diusahakan,” katanya. Polis berjaya merampas kira-kira 13 kilogram sarang burung walet bernilai hampir RM30,000 yang diletakkan di dalam dua beg plastik berasingan­ dan disorokkan di atas siling bilik di mana mereka menginap. Polis terpaksa memanjat dan memecahkan siling untuk mengeluarkan sarang burung dicuri,” katanya.

Ghuzlan berkata, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

“Dengan tertangkapnya keluarga ini, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kecurian sarang burung walet yang berlaku di sekitar Kulim,” katanya.

Isu gadai tanah seperti cerita kedai kopi.. Sekadar nak buat propaganda..!!

PASIR MAS, 20 Mac: Bagi ramai pemerhati politik akhbar Umno yang dianggap lambang perjuangan Melayu telah kehilangan identiti sebenar berbanding ketika diasaskan pada 1939.

Ketika itu hasil pengorbanan sekelompok kecil orang Melayu di Singapura, Utusan Melayu dilahir bagi memperjuangkan nasib orang Melayu dalam aspek sosial, ekonomi, pelajaran dan politik.

“Sebaliknya hari ini akhbar Melayu itu menjadi alat propaganda bagi memburukkan negeri orang Melayu yang bukan diterajui Umno,” kata Bendahari PAS Kelantan, Hanifa Ahmad.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah melahirkan rasa hairan bagaimana akhbar terbabit boleh mendakwa tanah rizab Melayu di Kelantan tergadai.

“Ini hanya satu propaganda yang bersifat murahan. Ia pasti muncul setiap kali menjelang pilihan raya.

“Agenda mereka cukup jelas bagi mengelirukan rakyat. Namun sekarang perkembangan media baru rakyat boleh mendapat maklumat dengan cepat dan mudah,” katanya di sini.

Akhbar terbabit dalam siri laporan khas hari ini dan semalam mendakwa banyak tanah rizab Melayu di Kelantan tergadai.

Dalam laporan semalam akhbar itu menyebut status quo tanah rizab Melayu di Kelantan kini menjadi tanda tanya apabila semakin banyak dipajak kepada syarikat bukan bumiputera.

Dan hari ini pula didakwa hampir 60,000 hektar tanah milik Ladang Rakyat dipajak kepada syarikat swasta sehingga menyebabkan penduduk kampung teraniaya.

Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata, tidak ada satu pun tanah yang dibangun agensi kerajaan negeri dengan usahasama pihak swasta diberi milik kepada syarikat.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi menafikan laporan akhbar Umno terbabit dan menjelaskan Ladang Rakyat tidak pernah memajak tanah kepada mana-mana syarikat swasta.

Katanya, syarikat swasta hanya diberi izin mengusaha hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut dalam tempoh tertentu.

“Tanah-tanah tersebut adalah milik Ladang Rakyat dan tidak timbul sama sekali tanah berkenaan dipajak kepada syarikat swasta. Laporan berkenaan tidak berasas,” katanya.

Bekas pegawai kanan kerajaan di Kota Darulnaim pula berkata, laporan khas dibuat Utusan hanya sekadar persepsi dan tanggapan tanpa ada fakta yang menyakinkan.

Menurutnya laporan seperti itu lebih mirip kepada cakap-cakap kedai kopi yang tidak mampu membina minda.

Nak Beza antara YAHUDI, ZIONIS & ISRAEL pun tak reti...Tak payah Dok Ulas laa...!!!!

Nik Aziz: Yahudi lain, Zionis lain

20 Mac 2012
Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, kekeliruan orang ramai selepas Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang hanya menentang urus niaga dengan kerajaan Zionis yang menguasai tanah Palestin secara haram.

Nik Abdul Aziz berkata, Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.

Katanya, Yahudi lain, Zionis lain kerana Zionis merupakan parti dalam Yahudi yang mempunyai agenda jahat sejak lebih 100 tahun lalu.

“Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia, begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.

“Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kelmarin mempertahankan kenyataan Abdul Hadi dengan mendakwa berurus niaga dengan Zionis bererti mengiktiraf kewujudan mereka.

Beliau juga kecewa kerana larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.

Kenyataan Abdul Hadi sebelum ini mendapat respons daripada pimpinan Umno termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menganggap Pas tidak konsisten apabila menyokong umat Islam bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Mohd Shafie berkata, kenyataan itu menunjukkan parti Pas menyimpang daripada prinsip asal mereka.

Ketika menjawab soalan media selepas sesi dialog program bersama pemimpin bagi mengutip dana menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 di Pusat Konvensyen Shah Alam Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan negara yang mengamalkan fahaman Zionis.

Katanya, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurus niaga dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

Pas katanya, menolak Zionis kerana ia kefahaman anarki Yahudi yang menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa mulia serta menganggap bangsa lain adalah binatang.

Dakwaan Phahrolrazi tidak berasas

ALOR SETAR - Dakwaan wujud pihak ketiga mendesak jawatan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah yang disandang Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dilucutkan, adalah tidak berasas.

Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, apa yang dibangkitkan oleh Phahrolrazi adalah suatu andaian semata-mata, tanpa merujuk kepada fakta sebenar.

“Tuduhan beliau itu juga seolah merendahkan kewibawaan dua buah Dewan dan 15 kawasan dalam Pas Kedah yang mengemukakan usul dan menyokongnya, termasuk pendirian daripada beberapa Pas kawasan yang menilai krisis ini,” katanya.

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan terhadap Pemuda Pas Negeri Kedah konon diperalatkan pihak tertentu untuk merampas kedudukan beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya I adalah suatu kenyataan yang ego dan keterlaluan.

“Tidak ada sesiapa pun dalam kalangan pemimpin Pas Kedah kini mahu rebut jawatan beliau seperti didakwanya. Jangan anggap orang lain tak tahu apa yang sedang berlaku. Kami harap selepas beliau dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I, beliau perlu buktikan kenyataannya yang bersedia bekerjasama dengan Pesuruhjaya,” katanya.

Mohd Azam berkata, Phahrolrazi juga diminta supaya tidak lagi membuat spekulasi melalui media seolah-olah ahli dan pimpinan Pas lain tidak tahu situasi sebenar.

“Kami sentiasa mengharapkan kepimpinan bersatu dan saling membantu mengukuhkan parti, bukan sebaliknya. Mana-mana pemimpin atau pihak yang tidak dapat bekerjasama dengan Pesuruhjaya adalah dinasihatkan menarik diri secara terhormat,” katanya.

Menurutnya, Pemuda Pas Alor Setar menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung usul yang dikemukakan oleh Pemuda Pas Negeri dalam mesyuarat perhubungan, Sabtu lalu.
“Kami juga menyokong tindakan Pemuda Pas Negeri yang bertegas dalam isu menyusun semula barisan Badan Perhubungan yang mantap untuk menghadapi PRU13 dan Muslimat Pas turut menyokong usul itu,” katanya.

Difahamkan hampir semua Pas kawasan turut menyokong usul berkenaan yang bertegas mahu melihat Pas Kedah bersatu-padu menghadapi PRU13.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya ketika dihubungi, bagaimana pun enggan mengulas lanjut dan mengambil sikap berdiam diri, difahamkan bagi mengelak situasi menjadi lebih tegang.

Kelmarin, Phahrolrazi mendakwa ada pihak dalaman mahu beliau disingkirkan daripada jawatan Timbalan Pesuruhjaya I dengan menuduhnya sebagai khianati parti, dan menyifatkan pihak berkenaan mempunyai agenda tertentu apabila mengusulkan supaya beliau dan Timbalan Pesuruhjaya II, Dr Ismail Salleh dilucutkan jawatan.

Krisis ini mula berlarutan selepas kedua-dua pemimpin itu yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri menolak untuk dilantik semula jawatan pada 28 Februari lalu.

JENIANG – Penduduk tak tahan debu, habuk

Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
Penduduk tak tahan debu, habuk

JENIANG – Akibat tidak tahan terdedah kepada debu dan habuk sejak kerja-kerja naik taraf dibiarkan dua minggu lalu, penduduk Kampung Batu 10, Jalan Jeniang-Bukit Selambau mengutarakan masalah agar ada tindakan diambil.

Penduduk, Omar Saad, 59, berkata, sejak kerja-kerja naik taraf itu, penduduk mula menanggung risiko.

“Kami rimas dengan keadaan habuk dan debu berterbangan. “Keadaan bertambah buruk apabila jalan berkenaan dilalui kenderaan berat yang membawa pelbagai muatan,” katanya.

Sementara itu, Azwan Awang, 27, berkata, masalah debu menyebabkan dia terpaksa menutup gerai makan miliknya beberapa hari.

“Pelanggan juga sering merungut dengan keadaan ini. Debu agak terkawal sekiranya hari hujan tetapi lebih teruk jika tiada hujan,” katanya.

Menurutnya, jalan rosak itu sudah pun dikorek dan dimampatkan dengan batu kasar yang baru tetapi sejak beberapa hari ini dilihat tiada operasi dijalankan.

Sementara itu, Nasarudin Dollah, 46, berkata, anaknya yang berusia 10 tahun menghidap masalah asma dan alah dengan habuk.

Dia yang menetap di sebuah rumah yang lokasinya betul-betul di hadapan jalan berkenaan terpaksa menutup pintu sepanjang masa.

Sementara itu, kakitangan Jabatan Kerja Raya yang enggan dikenali memaklumkan, kerja-kerja pembinaan baru sahaja dimulakan sejak 15 hari lalu.

Menurutnya, kerja-kerja naik taraf yang dilakukan sepanjang 800 meter itu bertujuan memberi kemudahan terbaik kepada penduduk.

“Habuk dan debu makin banyak apabila kenderaan berat yang sepatutnya menggunakan laluan alternatif turut melalui kawasan sama. Kita bagaimanapun telah memasang papan tanda amaran bagi menghalang kenderaan berat namun tidak dipatuhi sepenuhnya. Sehingga kini proses pengorekan sedang dilakukan kerana ia melibatkan jalan yang panjang bukan di sini sahaja malah sepanjang jalan,” katanya.

Bagaimanapun, dia menafikan kerja-kerja dibiarkan begitu sahaja sedangkan masih menunggu proses seterusnya sebelum diturap.

“Kita jangkakan jalan ini boleh diguna semula dalam tempoh dua minggu lagi dan berharap agar pengguna bersabar selain mengenakan had laju rendah atau laluan alternatif bagi mengelak sebarang masalah tidak diingini,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...