TERKINI :

Tuesday, March 20, 2012

PENGUMUMAN : LALUAN PENDANG KE LANGGAR DITUTUP, JAMBATAN TITI HJ.IDRIS ROBOH


PENDANG – "Bunyi dentuman kuat sungguh," kata seorang saksi kejadian jambatan yang menghubungkan Pendang ke Langgar runtuh petang semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu mengejutkan orang ramai sekitar kawasan itu apabila jambatan yang menjadi jalan alternatif untuk ke Pendang dan Langgar itu tiba-tiba runtuh sehingga laluan itu terpaksa ditutup dan diawasi oleh pihak polis.

Saksi, Ahmad Farizal Md Noor, yang berniaga kedai makan berhampiran jambatan itu berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik air dan terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat dari luar kedainya.

"Selepas sebuah lori membawa muatan dari arah Pendang ke Langgar melalui jambatan itu tiba-tiba bunyi dentuman kuat menyebabkan saya segera keluar dan mendapati jambatan itu runtuh selepas lori itu lalu namun bersyukur tiada kemalangan jiwa. Kejadian ini merupakan kali pertama berlaku selepas 25 tahun berniaga di sini kerana sebelum ini hanya kemalangan maut sahaja yang berlaku di atas jambatan itu," katanya.

Ahmad Farizal berkata, sejak tol Pendang dibuka, laluan itu merupakan laluan yang sering digunakan oleh pemandu lori untuk mengelak tol dan laluan itu lebih cepat terutamanya untuk ke Langgar dan Alor Setar kerana jarak dari kawasan itu ke Tol Pendang kira-kira 12 kilometer.

Tinjauan di kawasan kejadian mendapati pengguna jalan raya terpaksa berpusing menggunakan laluan lain setelah polis menutup laluan itu kira-kira jam 4 petang.


KES CULIK GADIS TEMPATAN : ADA SESUATU TIDAK KENA DI NEGARA INI

27 Rabi'u al-Akhir 1433 bersamaan 20 Mac 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak serta gadis Malaysia baru-baru ini. Kejadian culik dan bunuh Nurul Nadirah Abdullah baru-baru ini serta kes culik seorang gadis Malaysia berusia 14 tahun yang cuba dibawa lari ke Thailand untuk dijadikan pelacur sememangnya amat menggemparkan negara.

Kejadian yang menimpa gadis itu menunjukkan seriusnya isu jenayah culik di negara ini. Ia menimbulkan keresahan dan kebimbangan bahawa kadar keselamatan rakyat di negara ini berada dalam keadaan bahaya. Nyawa dan maruah anak-anak gadis malah sesiapa sahaja boleh melayang kerana adanya sindiket yang berleluasa. Apa yang berlaku ke atas gadis tersebut menimbulkan suatu persepsi bahawa jenayah yang berlaku di negara ini hampir sama dengan jenayah di negara-negara yang mempunyai kumpulan ‘gangster’ dan mafia terbesar di dunia. Kumpulan mafia ini mampu membunuh sesiapa sahaja yang menggugat gerakan mereka termasuk melakukan aktiviti penculikan, pelacuran dan pembunuhan.

DPPM mempersoalkan mengapa kejadian ini boleh berlaku dalam masyarakat hari ini. Apakah ini menunjukkan kegagalan penerapan nilai agama oleh kerajaan sehingga gagal mendidik generasi yang bertaqwa dan patuh kepada perintah agama. Mungkinkah juga ia berpunca dari lemahnya sistem keselamatan negara ini sehinggakan penjenayah dari negara asing dengan mudah meloloskan diri dan melakukan jenayah sepuas hati di negara ini serta mampu menyeludup keluar rakyat negara ini keluar negara tanpa dikesan?

Dengan kejadian ini, DPPM mendesak kerajaan agar mengetatkan kawalan di sempadan negara ini bagi mengelakkan rakyat asing masuk ke negara ini sewenang-wenangnya serta rakyat negara ini dibawa lari keluar negara. Selain itu, kerajaan perlu mengkaji balik dasar mengambil warga asing sebagai pekerja di negara ini. Dengan jumlah pekerja asing yang begini ramai di negara ini, tidak mustahil lebih banyak jenayah akan berlaku. Pekerja asing yang membanjiri negara juga berjaya menukar landskap sesebuah kawasan dan bandar di negara ini seolah-olah menjadi hak milik mereka sehingga menimbulkan ketakutan warga tempatan. Mereka juga membawa masuk pengaruh budaya mereka sehingga merosakkan budaya masyarakat negara ini.

Oleh itu, DPPM menuntut agar kawalan keselamatan di dalam negara ini dipertingkatkan dari masa ke semasa. Pihak keselamatan perlu melakukan rondaan dan pemantauan yang kerap serta menambah bilangan pasukan keselamatan di merata tempat dalam negara ini bagi mengelakkan kejadian ini berulang. Rakyat di negara ini berharap tidak ada lagi adanya kes penculikan kanak-kanak dan gadis tempatan untuk dijadikan mangsa sindiket pelacuran negara lain.


Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Depa yang dok sembang nie apakata KILANG LYNAS tu di letakan belakang rumah depa... adakah depa setuju..???


PAKATAN RAKYAT KUAT RAKYAT SENANG... Sebab Itu Dapat RM500 Tuuu

PAKATAN RAKYAT KUAT RAKYAT SENANG
BARISAN NASIONAL KUAT RAKYAT AKAN MEREMPAT..

Adalah satu slogan yang aku fikir tepat kerana kalau dikira semasa BN kuat dengan kuasa di tangan majority 2/3 adakah kita akan dapat menikmati pelbagai jenis bantuan durian runtuh dari kerajaan yang diterajui BN ini?

Di saat dimana kuasa Umno/Bn tergugat baru mereka terfikir dengan perlbagai bantuan , Satu soalan yang nak saya lontarkan adakah jika pembangkang lemah kita dapat bantuan seperti ini?

Bermakna dengan adanya kekuatan pembangkang dalam Parlimen banyak memberi manafaat kepada rakyat,maka dengan ini kita lihat trend kerajaan BN menabur segala wang ringgit adalah semata mata untuk menarik balik kepercayaan dan persepsi rakyat agar kembali kepada Kerajaan BN.

Maka makcik, pakcik ,adik ,abang, tuan ,dato dan datin sekalian gunakan kuasa kita yang cuma satu saja yang memang di tagih dan memang cukup berharga oleh semua parti politik, maka gunalah peluang ini dengan bijaksana semasa mengundi nanti .

http://batuvskayu.blogspot.com/2012/03/aha-tengok-banner-menarik-ini.html

Ketika air yg keruh semakin yg jernih, muncul Pemuda PAS bertindak sebagai pendendam...

oleh depakata.co.cc

http://3.bp.blogspot.com/-MvnA1mQJo-Q/T2gKeA90N4I/AAAAAAAAGEY/0ZBIAelFjxw/s1600/2012-03-20_124109.jpg
nak baca detail pie - malaysiakini

Ini dia apa yang depa dok kata kat PEMUDA PAS KEDAH diatas Usul Menggugurkan 2 TPJ tersebut....... kami ambik kata yg kami rasakan the best ditujukan kepada golongan yang menolak keputusan PIMPINAN PUSAT nie....

Zul Mohamed · Top commenter · U PUTRA
Ketika air yg keruh semakin yg jernih, Pemuda PAS bertindak sebaliknya. Nampak ketidakmatangan mereka.Nampak betapa hodoh wajah dan sikap pendendam Pemuda. Dlm hal ini Azizan bertindak bijak. Mereka marah kononnya PJ 1 dan PJ 2 mencalarkan PAS, sebaliknya mereka pula menuangkan cuka di kudis yg semakin sembuh. Cuba bayangkan jika usul pemuda yg otak kemetot ini diterima.... maka gegak gempita media kroni mencanang seluruh dunia. Pengundi atas pagar tentu beralih arah.... Tak mustahil, impaknya selepas PRU-13 pemuda PAS jadi pembangkang semula di Kedah.
ini koleksi yang lainnya....

http://2.bp.blogspot.com/-m8KdigfIqL0/T2gI2JIL8cI/AAAAAAAAGEA/QkXy2ZfjFqk/s1600/2012-03-20_123125.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Y3bOWlj52Og/T2gI1-CliCI/AAAAAAAAGD0/yQ2LKT2f1hw/s1600/2012-03-20_123327.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-Nl7z7RNFbDc/T2gI1o_FIUI/AAAAAAAAGDk/D2uBFCPrVhs/s1600/2012-03-20_122758.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-k_rLigJgEwE/T2gI1SNBnTI/AAAAAAAAGDc/8dG_0gdBBTA/s1600/2012-03-20_122711.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-TQGVMTW64R4/T2gI2YhofEI/AAAAAAAAGEM/XY_GxWTpsew/s1600/2012-03-20_123023.jpg

Rizab Melayu : Sultan Selangor Ingatkan Pimpinan PR jangan membuat kelaku seperti Pimpinan UMNO/BN yang lalu..!!


Utusan malaysia hari ni menyiarkan petikan titah Sultan Selangor yg berkisarkan poin "Pertahan Rizab Melayu". Secara serius, aku tak dapat digest mengapakah Utusan yg selama ni begitu sakan menembak PR menggunakan tajuk tersebut sebagai main cover. Apakah terdapat mana2 kes penukarmilikan tanah rizab melayu di Selangor kpd entiti asing di bawah seliaan kerajaan negeri? Rasanya tak de.

Antara lain titah baginda, "Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu."

Tidakkah depa terfikir bahawa titah baginda sultan ini berkait rapat dengan apa yg berlaku di Kampung Baru?

Satu Malaysia sudah tahu tentang pelan kerajaan Malaysia utk menukarkan Kampung Baru, yg bukan sahaja merupakan tanah rizab melayu tetapi lebih kepada "perkampungan org melayu" kepada lot2 komersil atas nama pembangunan. Mengikut RUU Kampung Baru, 75% akan dibangunkan menjadi pusat komersil dan hanya 25% akan dijadikan kawasan kediaman, dengan pemegangan sebanyak 40% akan dibuka kepada entiti asing. Ini adalah kecurangan, satu lagi bukti jelas bahawa kerajaan UMNO BN begitu rakus menarah tanah rizab melayu.

Bagi membuktikan lagi kerakusan itu, RUU Kampung Baru 2010 yg ditarik balik oleh Menteri WP, Raja Nong Chik itu tidak bertahan lama kerana ianya digantikan dengan RUU Kampung Baru 2011 yg diluluskan tak sampai seminggu ia dibentangkan, tanpa sempat penduduk Kampung Baru meneliti dengan jelas akan RUU terbaru tersebut. Kenapa ianya mesti diluluskan secara tiba2 dan tergesa2? Apakah kerajaan UMNO BN terliur kerana hakikat bahawa Kampung Baru itu terletak di pusat bandar, bersebelahan kawasan KLCC dan "segitiga emas KL" pastinya penukarmilikan (atau penjualan) tanah2 tersebut kepada entiti asing bisa membawa pulangan yg menakjubkan?

Jika rancangan rakus ini menjadi kenyataan, apakah nasib tanah rizab melayu dan perkampungan melayu terbesar di ibukota ini? Apakah nasib para pemilik tanahnya? Penghuninya? Even nenek aku pun duduk kat Kampung Baru! Di saat Petaling Street diberikan peruntukan berjuta ringgit utk dibaikpulih dan dikekalkan menjadi "chinese heritage" dan menjadi tumpuan pelancong serta warisan dan perkampungan india di Brickfields juga diberikan layanan yg sama, kenapa tidakan sebegitu tidak dilaksanakan ke atas Kampung Baru? Jaki benar ke kerajaan melayu ni terhadap tanah dan org melayu?

Aku percaya, Sultan Selangor sebenarnya address isu ini secara hakikatnya kerana walaupun Kampung Baru ini terletak dalam KL, Kelab Sultan Sulaiman yg menjadi hideout Sultan Selangor sejak zaman berzaman terletak di situ. Nevertheless, KL adalah sebahagian dari Selangor satu ketika dahulu sebelum dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1975 jadi sebarang isu di KL adalah rapat dengan rakyat Selangor, apatah lagi Sultannya.

Kampung Baru hanyalah satu daripada berpuluh2 (malah beratus - banyak je yg tak direkodkan) pencabulan tanah rizab melayu secara rasmi dan berlesen oleh kerajaan UMNO. Apa objektif tanah rizab melayu ni sebenarnya? Terdapat dua objektif utama :-

•Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu

•Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Tapi hakikatnya? Jom kita teliti sedikit senarai pencabulan tanah rizab melayu oleh kerajaan. Dan memandangkan Malaysia ini tidak pernah diperintah oleh pihak lain selain UMNO, maka kerja siapa semua ni?


1) 22,000 ekar (Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL). Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.)

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara - PR atau UMNO?

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

16) Tanjong Pagar yg menjadi persinggahan terakhir KTM dan menjadi satu2nya tanah rizab melayu yg tinggal di luar negara telah digadai oleh pentadbiran Najib demi mendapatkan pegangan entiti 60% di Marina Court.

17) Gunung rizab melayu iaitu Gunung Ulu Kali yg sepatutnya dibangunkan sebagai settlement org asli telah diserahkan secara percuma kepada Lim Goh Tong dan Genting Berhad untuk dijadikan pusat perjudian terbesar asia pasifik.

Itu hanyalah sebahagian sahaja fakta penjarahan dan pencabulan tanah rizab melayu oleh UMNO. Tanya pada diri kita, titah Sultan Selangor tu sebenarnya ditujukan kepada siapa?

Utusan tertembak diri sendiri.

http://al-hajari.blogspot.com/2012/03/titah-paduka-sultan-selangor-dituju.html

Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

Analisis Isu Oleh: setisab

"ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib

Berkaitan email terdahulu yang dihantar. Ini bukti-bukti baru yang saya serahkan. Demi menghormati privicy beliau, saya harap sdr tidak siarkan alamatnya dalam blog sdr. Hanya untuk pengetahuan sdr saja.
Deep Throat JPM


terima kasih.

Kalau bukan rasuah ini apa?
Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

1. Dato’Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.
2. Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi dipaksa berkerja juga.

3. Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak dinafikan beliau.

4. ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.

5. Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta.

6. Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci Group Holdings.
7. ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.

8. Soalnya dari mana wang yang beliau perolehi untuk memiliki kediaman mewah itu. Apakah hanya semata-mata dari gaji yang dibayar kerajaan kepada beliau selaku setiausaha sulit Menteri Kewangan?

9. Apakah beliau menafikan pada bulan May dan Jun lalu pada beliau telah menemui seorang ketua bahagian UMNO (Datuk O) dari negeri sebelah Utara untuk satu projek solar dengan janji komisen sebanyak RM5juta? Dan jadi dengan projek tersebut?
10. Siapa ahli perniagaan wanita berbangsa Cina yang akhirnya memperolehi projek tersebut dan benarkan ZAKAYA dan ahli perniagaan wanita itu berkongsi keuntungan RM35 juta, lebih 30 juta dari yang dijanjikan oleh ketua bahagian UMNO itu? Kedua-duanya salah, dan rakyat perlu tahu perkara sebenar. Sila jelaskan!

11. Kami juga mencabar SPRM menyiasat satu projek direct nego di Sabah membabitkan salah seorang kroni ZAKAYA. Apa yang menjadi misterinya adalah bagaimana Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan memberi kelulusan untuk ‘rundingan terus’ tersebut.

12. Benarkah ZAKAYA memberitahu Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa yang memberi kebenaran untuk ‘rundingan terus’ itu adalah PM Najib yang juga Menteri Kewangan.

13. Siasat juga apa jadi dengan projek lombong emas di Pahang, di mana ZAKAYA berganding bahu dengan sanak-saudara MB Pahang untuk merealisasikan penggalian emas itu?

14. ZAKAYA dalam emailnya seperti yang disiarkan oleh blog chegubard tidak menafikan bahawa pejabat beliau sebelah dengan bilik Menteri Kewangan yang juga PM.

15. Kami ingin mendedahkan bahawa ZAKAYA mempunyai kuasa mutlak terhadap Jabatan Perolehan Kementerian Kewangan dan perkara ini boleh disahkan oleh Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK) Dato Fauziah Bt Yaakob.

16. Selama ini Dato Fauziah selalu tidak berani melawan arahan-arahan ZAKAYA walaupun bertentangan dengan SOP jabatan kerana beranggapan bahawa permintaan ZAKAYA merupakan arahan PM.

17. ZAKAYA dalam penjelasannya mengatakan beliau “pernah minta ditukar” hakikat sebenarnya adalah beliau nyaris ditukar tetapi kerana rayuan dengan “air mata” di depan pegawai utusan dan keluarga PM maka beliau selamat.

18. ZAKAYA mengatakan suaminya tidak pernah ke rumah PM, hakikatnya suami ZAKAYA menggunakan proksi ahli perniagaan Cina Sarawak untuk ‘pindah’ wang dan cek. SPRM boleh periksa jika ragu-ragu sebelum semua ‘kekayaan’ itu dialihkan ke luar negara terutamanya di Paris di mana ZAKAYA mempunyai sebuah lagi rumah.

19. Kita nantikan jawapan ZAKAYA kerana ada lagi pendedahan yang lebih mengejutkan akan menyusul.

Apa yang peliknya bila Kerajaan BN mengaku ada hubungan dagang dengan YAHUDI di NEGARA ISRAEL..!!!!

Analisis Isu Oleh: tokpepijat

"Akhirnya melalui lidah Menteri UMNO Tok Pa yang menjaga MITI, terbongkar hubungan dagang dengan Regim Zionis.

Sekonyong-konyong Tok Pa mempertahankan hubungan dagang dengan Zionis sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana dunia lain juga terlibat.

Bukanlah sesuatu yang pelik bila Menteri UMNO bercakap tentang perkara mungkar.

Misalnya, UMNO bina masjid, mereka juga jaga dan keluar lesen Pusat Judi di Genting, Toto dan Magnum. Bahkan keluarga Najib juga ada saham judi dalam Genting, Yayasan Noah. Apa yang pelik !

UMNO anjur Musabaqah, mereka juga lulus lesen arak dan disko. Bahkan keluarga Mahathir ada saham arak di Filipina. Apa yang peliknya !

UMNO beria-ria bantu Palestin, dalam masa sama jalin hubungan dagang dengan Zionis. Duit keuntungan hasil berdagang dengan Malaysia itulah antara sumber persenjataan Zionis bedil rakyat Palestin. Apa yang peliknya !

Sebenarnya kriteria dasar polisi luar Malaysia ialah mana-mana yang menghasilkan duit, itulah keutamaan negara walaupun ianya membunuh umat Islam. Itulah kriteria dasar luar Malaysia berhubung dengan Zionis.

Yang peliknya, mengapa Malaysia masih "malu-malu" jalinkan hubungan diplomatik dengan Zionis ?

Apa yang peliknya !

Sapa kata PAS & UMNO tak boleh bersatu..???



Kami Jawab Balik Apa Yang 'BANCUH' kata.. Just Say Peace.. Jom Lawan UMNO..!!

jawapan kpd DepaKata.co.cc
Respon Oleh Bancuh

tajuk : Azizan berjiwa Besar....tidak seperti Anak Buahnya...!!!

sumber : kedahlanie

merujuk kpd posting (spt gambar) di sebelah, aku rasa jadi satu keperluan utk aku menjawab beberapa perkara yg bagi aku yg amat perlu diperbetulkan seperti ditulis dalam artikel di sebelah.

Aduhai tak sangka pulak ada sahabat nak bagi respon pasal artikal kami... sebelum apa-apa nak ucap terima kasihlah kerana bagi respon... tapi yang ralat sikit mai kot mana pulak masuk Hizbah Kedah tu.. So far kami tak sentuh pun bab facebook Hizbah Kedah tuu.. pada kami facebook Hizbah Kedah tu ibarat sampah seperti facebook Selamatkan Kedah Negeriku..... malas nak hurai bab 2 akaun facebook tersebut... dan bab UTK tu kami maksudkan ialah ada satu kelompok yang tak puas hati dengan 2 exco ini dan cuba hendak menjatuhkan mereka dengan membelakangkan keputusan pimpinan pusat....

Mesej utama kami ialah nak sampaikan apa yang depa dok kata diluaq sana iaitu kenapakah ada kelompok yang tak suka TPJ 1/2 dan kelompok itu terserlah bila dalam mesyuarat ianya diusulkan oleh PEMUDA PAS. Kami tahu usul nie dilakukan oleh PEMUDA PAS pun dari Sinar Harian Semalam [Klik Sini] tak ada orang dalam mesyuarat yg pecahkan rahsia usul siapa pun...jadi ini yg dipersoalkan? kenapakah PEMUDA PAS tidak berjiwa besar seperti MB dan 2 Exco tersebut itu sahaja.... Keputusan dah keluar... pimpinan pusat sudah buat keputusan habis kenapakah PEMUDA PAS masih cuba hendak mengerohkan lagi keadaan..kenapa..??

Oklah sahabat kami akan 'bancuh' semoga penjelasan ini dapat diterima... matlamat kita sebenarnya sama iaitu kita masih inginkan lagi Kedah di tadbir oleh PR jadi sasaran kita bukannya PEMUDA..bukannya Kerajaan Negeri dan bukannya 2 Exco tersebut....sasaran kita ialah BN/UMNO sana..itulah target point kita....

Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini?

Sudah lebih 54 tahun Umno memerintah negara kita ini, dan dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan kuasa ekonomi orang-orang Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Jadi kenapa pula Umno dan Perkasa sering melaung-laungkan yang orang-orang Melayu sering dipinggirkan. Siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini?

Dan kenapa pula sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu pada kebanyakan masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif? Kenapa sehingga ke hari ini, di kebanyakan perkampungan masyarakat Melayu masih tidak mempunyai kemudahan air, jalan dan elektrik di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka?

Kenapa pula dengan adanya Umno yang mendakwa dirinya jaguh Melayu, masih terdapat orang-orang Melayu yang buta huruf, tidak dapat menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, ekuiti pemilikan orang-orang Melayu di dalam sektor ekonomi masih jauh ketingggalan walaupun terdapat sistem kuota yang melindungi mereka? Selain daripada itu, ramai pula muda-mudi Melayu yang terjebak di dalam kancah jenayah seperti lumba haram, gejala mat rempit, penagihan dadah, ragut dan sebagainya.

Di dalam bidang politik pula, kenapa pula timbul beberapa parti politik Melayu yang bukan Umno sedangkan Umno sering mendakwa diri mereka pembela Melayu yang tulen? Jadi, adakah Umno ini benar-benar jaguh Melayu dan sejauh manakah keberkesanan Umno ini sebagai jaguh Melayu seperti yang didakwanya selama ini?

Skandal dan penyelewengan yang merugikan

Kita telah melihat, menyaksikan dan membaca pelbagai jenis skandal dan penyelewengan yang telah banyak merugikan orang-orang Melayu. Wang-wang dan peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk membangun dan memajukan ekonomi masyarakat Melayu sering digunapakai oleh Umno dan kroni-kroni mereka yang berkepentingan diri. Akibat daripada itu, terjadilah bermacam-macam masalah, skandal dan penyelewengan bukan setakat ratusan Ringgit tetapi menjangkau kepada berbilion Ringgit jumlahnya.

Di sini kita paparkan beberapa jenis skandal dan penyelewengan yang sememangnya telah banyak merugikan orang-orang Melayu selama ini:

1)Skandal Bank Bumiputra Malaysia Bhd yang menyebabkan kematian,

2)Penyelewengan saham di dalam Renong Bhd,

3)Penyelewengan saham dan kerugian di dalam Sime Darby Bhd,

4)Dana Felda yang hampir kosong dan boleh dikatakan telah muflis kalau bukannya suntikan dana baru oleh kementerian kewangan,

5)Pemberian permit import kenderaan mewah kepada kroni-kroni Umno,

6)Skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene yang berakhir dengan kematian,

7)Skandal dalam PSC-Naval Dockyard yang melihat kos pembinaan kapal-kapal perang meningkat secara mendadak,

8)Kos pembinaan lapangan terbang KLIA 2 yang semakin meningkat dengan mendadak,

9)Skandal upahan kepada FBC Media bagi mempromosi imej Najib dan Rosmah dengan pujian-pujian buatan sendiri,

10)Kerugian berturut-turut Penerbangan Malaysia (MAS),

11)Kerugian berturut-turut Perusahaan Otomobil Nasional (Proton),

12)Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang mencatatkan kehilangan berbilion Ringgit,

13)Kerugian pelaburan dalam Tabung Haji,

14)Skandal kondo-lembu dalam National Feedlot Corporation Bhd (NFC),

15)Pemberian pinjaman KWSP tanpa faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang tidak layak mendapatkan pinjaman perumahan,

16)Pemansuhan pembayaran balik pinjaman kepada KWSP oleh kementerian kewangan.

Dan jika dijumlahkan kerugian-kerugian yang dialami hasil daripada skandal dan pelbagai bentuk penyelewengan di senarai ini, bukan sahaja berbilion Ringgit, malah, jumlah yang bilangan angka yang lebih daripada berbilion Ringgit.

Jika sekiranya jumlah wang tersebut digunakan dengan cara yang telus, cekap dan jujur, sudah tentu jumlah tersebut akan mencukupi bagi membantu dan memanfaatkan masyarakat Melayu pada keseluruhannya dalam apa jua bentuk, tidak mengira, pendidikan, ekonomi ataupun sosial.

Kontrak bumiputra dimonopoli Umno

Mengikut polisi-polisi yang ditetapkan di dalam DEB, kontrak-kontrak kerajaan hendaklah diberikan kepada kontraktor-kontraktor bumiputra yang berkebolehan dan berkelayakan mengikut kelas-kelas yang akan ditetapkan.

Akan tetapi, orang-orang Melayu biasa selama ini tidak pernah diberikan kontrak-kontrak sepertimana yang ditawarkan mengikut perlaksanaan DEB, kerana hampir kesemua jenis kontrak yang ditawarkan telah dan sedang dimonopoli oleh kroni-kroni Umno yang kebanyakan terdiri daripada kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno.

Oleh itu, adakah orang-orang Melayu biasa dapat menerima kontrak-kontrak kerajaan yang selama ini dimonopoli secara terus oleh para pemimpin Umno ini? Sudah tentunya tidak. Dan jikalau mereka-mereka ini inginkan kontrak daripada kerajaan, mereka dikehendaki mengisi borang untuk menjadi ahli Umno terlebih dahulu, dan kemudiannya bertanding merebut jawatan dalam parti. Kalau menang boleh mendapat habuan, tetapi kalau kalah, apa pun tak dapat.

Sementara di kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno ini menjadi kaya raya, maka gelaran “bumiputra” digunakan dalam umum yang kononnya ada banyak orang-orang Melayu yang telah berjaya di dalam bidang ekonomi tetapi sebenarnya hanya kroni-kroni Umno sahaja yang berjaya menjadi kaya-raya sementara orang-orang Melayu biasa masih miskin, tidak maju dan terpinggir.

Siapakah meminggirkan siapa?

Persoalan yang masih hangat didengar pada hari ini, adalah menurut Umno dan Perkasa, orang-orang Melayu sering dipinggirkan, terutamanya di negeri Pulau Pinang yang dahulunya diperintah oleh Parti Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN), di mana bekas ketua menteri Dr Koh Tsu Koon seringkali dituduh meminggirkan masyarakat Melayu, dan apabila Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP mula memerintah Pulau Pinang, ketua menteri sekarang, Lim Guan Eng pula dituduh meminggirkan masyarakat Melayu dengan pemerintahan “kejam”nya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang dilabel oleh Umno dan Perkasa sebagai kerajaan Cina Pulau Pinang, sementara kerajaan negeri Perak (sebelum Februari 2009) dilabelkan sebagai kerajaan boneka Cina Perak, manakala kerajaan negeri Selangor sering dicapkan sebagai kerajaan pengkhianat bangsa Melayu dan bermacam-macam lagi gelaran yang berunsurkan perkauman.

Soalannya adalah siapakah yang sebenarnya meminggirkan masyarakat Melayu selama ini? Parti Gerakan yang telah memerintah Pulau Pinang bersama dengan Umno sejak dari 1969 sehingga 2008, orang-orang Melayu masih terpinggir, Umno yang memerintah negeri Perak dan Selangor sejak dari tahun 1957 hinggalah 2008, masyarakat Melayu juga masih terpinggir, Umno yang telah menjadi tunggak utama di dalam kerajaan persekutuan BN sejak daripada 1957 sehingga sekarang dan punyai kuasa yang amat meluas untuk melaksanakan pelbagai jenis pembangunan didokong penuh pula dengan DEB, tetapi orang-orang Melayu masih dipinggirkan menurut Umno dan Perkasa.

Siapakah yang memerintah negara ini dan beberapa buah negeri selama ini, sebelum wujudnya Pakatan Rakyat? PKR dan DAP yang baru sahaja mengambil-alih tampuk pemerintahan beberapa buah negeri pada tahun 2008 telahpun dituduh mengkhianati dan meminggirkan orang-orang Melayu, Umno telah memerintah lebih daripada 54 tahun, lebih lama daripada mana-mana parti di negara ini dan masyarakat Melayu masih juga terpinggir, hidup dalam keadaan daif, tercirir dalam arus pendidikan dan pembangunan.

Ya, yang telah menjadi kaya-raya, mendapat jumlah wang dan harta yang banyak hanyalah orang-orang Umno sahaja, bukannya orang-orang Melayu. Orang-orang Umnolah yang selama ini telah meminggir dan merosakkan kredibiliti masyarakat Melayu pada keseluruhannya.

Tu diaaa... Utusan Melayu Bakal Dijual?

Utusan Melayu Bakal Dijual? - MSO

Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmos dan beberapa buah majalah bakal kehilangan aset terpenting apabila percetakan akhbar berkenaan akan menjadi entiti berasingan apabila ianya dimiliki oleh seorang orang korporat.

Urusan penjualan mesen cetak berkenaan yang terletak di Bangi Selangor dan beberapa tempat lain itu sedang dalam proses perundingan. Penjualan itu dipercayai kerana syarikat penerbitan akhbar yang sahamnya dimiliki Umno sedang mengalami kerugian teruk yang tidak tertanggung lagi ekoran kemerosotan jualan akhbar itu.

Jualan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini sekitar 120,000 naskah sehari lebih rendah dari akhbar harian bersaiz tabloid lain. Angka itu jauh rendah berbanding dengan akhbar bersaiz sama yang menjangkau 180,000 edaran sehari.

Kemerosotan itu dipercayai kerana akhbar itu tidak adil dalam penyiarannya dan terlalu mempamirkan dia sebagai akhbar Umno. Laporan cerita-cerita sex juga menyebabkan ia makin dipulau oleh pembaca.

Ekoran penjulan itu Utusan Malaysia selepas ini akan mencetak akhbar itu dengan percetakan berkenaan atas sifat upah.

Dalam pada itu ahli korport berkenaan yang juga pernah menjadi menteri kabinet sedang merunding untuk memiliki Dawama - percetapan milik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang swastakan dan kini bermasalah.

Dikatakan juga, ahli korporat yang dulu berniaga garam di Langkawi akan cuba memiliki Percetakan Nasional miliki kerajaan yang kini merupakan percetakan yang mengerjakan bahan cetakan negara.

Ahli korporat itu berangan-angan untuk menjadi gergasi percetakan di negara ini dengan memonopolikan beberapa percetakan terkemuka.

Ada kemungkin beliau juga akan berusaha untuk mendapat beberapa percetakan syarikat pengeluar akhbar lain untuk diletak dibawah satu bumbung.

Sekiranya usaha ini berlaku bermakna Utusan Melayu yang menjadi kebanggan orang Melayu Umno khasnya akan kehilangan identiti dan penjualan mesen cetak itu sesuatu yang memalukan terutamanya pemegang sahamnya terdiri kalangan ahli Umno.

Ada juga sumber lain memberi tahu usaha pembelian mesen cetak milik Utusan Melayu itu sebagai persiapan sekiranya berlaku sesuatu diluar jangka selepas pilihan raya umum ini. Sekiranya UBN tumbang sudah pasti kedudukan Utusan Melayu tidak menentu dan kemungkinan akan ditutup terus.

Agenda pembelian itu sebagai menyelamatkan aset Utusan itulah alasan yang diberikan. Dari sini memberi gambaran bahawa dalam kepala pembeli mesen cetak itu UBN sudah pasti kalah dan tumbang. [wm.kl.10:49 am 20/03/12]

Mohd Sayuti Omar,

Petunjuk Daripada Keluarnya Kadir Daripada UMNO

Oleh Shahbudin Husin

Tindakan terbaru bekas Menteri Penerangan Kadir Sheikh Fadzir yang memutuskan keluar daripada UMNO dhttp://2.bp.blogspot.com/-bwO2ZJPPGAE/T2UVZN_erlI/AAAAAAAAIDk/TLP1Uemmlvw/s1600/kdr.jpgi saat parti itu sedang bergelut untuk menentukan hidup matinya dalam perjuangan politik menjelang PRU 13 ini, ternyata menambahkan lagi kesukarannya mengumpul sokongan rakyat.

Meskipun Kadir hanya seorang bekas menteri yang mungkin mempunyai pengaruh yang minima tetapi ia boleh memberi kesan yang besar dari segi persepsi rakyat terhadap UMNO

Tambahan pula Kadir mempunyai keluarga yang besar dan beberapa orang saudaranya masih memegang jawatan penting dalam UMNO di beberapa negeri seperti Aziz Sheikh Fadzir, Musa Sheikh Fadzir, Harun Faudzar dan beberapa orang lagi. Saudara dekat, kenalan rapat, kawan-kawan dan mereka yang mempunyai hubungan baik dengan Kadir tentulah lebih besar jumlahnya lagi.

Dari segi persepsi rakyat pula, tindakan Kadir keluar daripada UMNO sedikit-sebanyak memberi kesan yang tidak baik dan boleh menjejaskan sokongan kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya ini.

Kadir memutuskan untuk keluar UMNO selepas beliau mengkritik perjalanan parti yang dipimpin oleh Najib yang dirasakannya tidak betul dan sudah jauh menyimpang daripada perjuangan asal dahulu. Ia termasuk dakwaan bahawa UMNO membeli undi untuk menang pilihanraya. Oleh kerana kritikannya dipandang sepi, malah beliau ditohmah pula dengan pelbagai tuduhan dan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung UMNO turut mencabarnya untuk meninggalkan UMNO, maka Kadir telah menunjukkan sifat jantannya dalam hal ini.

Dengan keputusan Kadir ini, UMNO akan terus dilihat sebagai parti untuk orang-orang yang ada kepentingan sahaja sedangkan nilai perjuangan dan pembelaaan kepada agama, bangsa dan negara sebagaimana yang menjadi teras perjuangannya, dilihat semakin terhakis dan tidak diyakini.

UMNO juga tidak lagi bersikap terbuka terhadap teguran dan kritikan. Sementara Najib dan Muhyiddin hanya sekadar berdiam diri terhadap segala kritikan Kadir itu, Tengku Adnan juga tidak mampu menjawabnya dengan fakta serta hujahan konkrit, sebaliknya menyerang balas dengan mencabar Kadir keluar UMNO.

Bagi yang tiada kepentingan lagi, mereka cuba menegur tetapi teguran itu seringkali disalahanggap oleh pucuk pimpinan UMNO yang hanya suka diampu, dipuji, dikipas sehingga ke pintu kereta dan sebagainya. Lantaran itu, dalam UMNO orang yang menegur seringkali dianggap sebagai musuh.

Jika diimbas sejarah masa lalu UMNO yang menyaksikan terciptanya sejarah hitam bekas-bekas Presiden dan pemimpin lainnya, tindakan yang dilakukan Kadir ini tidaklah begitu menghairankan. Daripada tujuh Presiden UMNO sehingga ini, tiga daripadanya iaitu Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein Onn telah meninggal dunia di luar UMNO.

Pengasas UMNO, Datuk Onn telah keluar UMNO kerana berselisih pendapat berikutan hasratnya untuk membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain ditentang hebat oleh pimpinan lain. Beliau kemudian menubuhkan Parti Negara dan kekal di luar UMNO sehingga ke akhir hayat.

Presiden UMNO kedua dan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ketika pemerintahan Mahathir beliau menjadi pengkritik kepada beberapa dasar pentadbiran ketika itu. Apabila Mahathir menubuhkan UMNO Baru, Tunku adalah antara penentangnya dan beliau berkeras bahawa UMNO yang diisytiharkan haram itu perlu dihidupkan semula.

Perbalahan Tunku dengan Mahathir mempunyai episod turun naiknya dan beberapa percubaan menemukan kedua pemimpin itu juga turut dilakukan, namun Tunku tetap berkeras tidak mahu menerima UMNO yang ditubuhkan oleh Mahathir dan beliau akhirnya meninggal di luar UMNO, walaupun di hujung usia hubungannya dengan Mahathir agak pulih.

Presiden UMNO keempat dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn juga meninggal dunia di luar UMNO kerana tidak bersetuju dengan Mahathir dan penubuhan UMNO Baru. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein adalah penyokong Tengku Razaleigh ketika beliau berlawan dengan Mahathir pada 1987 dan dalam percubaannya menghidupkan semula UMNO yang telah diharamkan. Ketika itu Mahathir menubuhkan UMNO Baru sementara Ku Li yang disokong kuat oleh Tunku dan Tun Hussein cuba menghidupkan UMNO yang telah diharamkan melalui penubuhan UMNO Malaysia.

Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun pula keluar daripada UMNO kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Pak Lah, orang yang dipilihnya untuk menggantikan tempatnya. Beliau bagaimanapun menyertainya semula apabila Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

Nasib baiklah usia Mahathir masih panjang dan Pak Lah pula tidak lama sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, jika tidak, mungkin beliau juga menuruti langkah Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein itu.

Di era Najib ini, sikap Mahathir agar turun naik dan berubah-ubah. Kadang-kadang menyokong dan kerapkali pula mengkritik. Jika umur Mahathir terus panjang, sukar untuk dijangka sikapnya dan ditelah sama ada beliau akhirnya meninggal dunia di dalam atau di luar UMNO.

Tun Razak bernasib baik kerana meninggal dunia sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Sehingga ini hanya Pak Lah yang belum menunjukkan reaksi sebagai bekas Presiden UMNO yang masih hidup tetapi mampu bersikap reda serta akur terhadap apa juga yang dilakukan oleh penggantinya.

Hampir semua bekas Presiden UMNO ini bersikap mengkritk pengganti mereka dan UMNO kerana merasakan ia tidak sama seperti ianya dipimpin oleh mereka dahulu. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein mengkritik Mahathir kerana merasakan ada yang tidak betul dalam UMNO yag dipimpin oleh Mahathir. Begitu juga Mahathir mengkritik penggantinya kerana merasakan UMNO yang dipimpin oleh Pak Lah tidak sama dengan UMNO yang dipimpinnya.

Daripada semua bekas Presiden UMNO ini, Mahathir yang paling maju kerana telah dua kali keluar dan masuk UMNO. Kali pertama Mahathir dipecat kerana mengkritik Tunku Abdul Rahman dan kali keduanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah.

Beberapa bekas pemimpin seperti Ku Li, Musa Hitam, Rais Yatim, Shahrir Samad dan beberapa yang lain juga pernah sama ada tidak dibenarkan menyertai UMNO atau berpatah arang dengan UMNO. Semuanya bermula dengan mengkritik pemimpin, terutamanya Mahathir. Mereka hanya menyertai semula UMNO apabila Mahathir sedia berlembut dan membenarkan mereka kembali.

Dan tindakan Kadir keluar UMNO sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan, walaupun mungkin ia mampu memberi kesan yang tidak baik kepada UMNO itu sendiri.

Kepada rakyat yang mahu berfikir, khususnya generasi muda dan mereka yang berfikiran terbuka, tindakan terbaru yang dilakukan Kadir dengan keluar UMNO sambil menyelak sejarah silam UMNO yang menyaksikan begitu ramai bekas pemimpinnya yang pernah keluar dan tidak bersetuju dengan UMNO, bahkan seramai tiga orang beias Presidennya yang meninggal dunia di luar UMNO seperti memberi petunjuk bahawa banyak perkara yang tidak betul sedang berlaku dalam parti itu.

Kasut terbang di mahkamah

Oleh Haji Subky Abdul Latif

Seorang imam beranak ramai di Pandan dekat Kuala Lumpur dipenjara setahun kerana melhttp://3.bp.blogspot.com/-3eOnLIz13DI/T0WiIpxJshI/AAAAAAAATyo/6djMksW16-4/s1600/kasut.jpgampar ke dua belah kasutnya terhadap hakim.

Dia tidak puas hati dengan hukuman yang mahkamah jatuhkan terhadapnya, maka tindakan tidak setujunya atas keputusan mahkamah itu dia pun menanggalkan seliparnya lalu membalingnya kepada hakim.

Saya tidak bercadang untuk membincangkan kesnya dan kuputusan hakim yang tidak disetujuinya. Memang banyak keputusan hakim kita yang tidak disetujui oleh orang yang didakwa dan orang membuat petisyen di mahkamah. Tetapi tiada yang tergamak melempar kasut kepada hakim.

Saya juga tidak bercadang untuk mengatakan tindakan imam itu betul atau tidak, dan tidak juga hendak mengatakan hakim yang dibaling kasut kepada itu membuat keputusan tepat atau tidak.

Yang saya tertarik ialah ada kasut terbang di mahkamah.

Kita belum pernah mendengar ada hakim dibaling kasut di mana-mana mahkamah dunia. Sejak beribu-ribu tahun dulu, bahkan sesudah pesatnya teknologi alam cyber. Inilah kali pertama kita terdengar.

Di luar negara ada beberapa kejadian orang dibaling kasut tapi bukan hakim.

Mengapa kejadian ini berlaku di negara ini dan dalam masa negara bergelar 1 Malaysia? Mengapa kota New York yang amat banyak jenayah tiada penjenayah membaling kasut kepada hakim? Tiada orang yang paling garang dan ranggi selain dari peninju Mark Tyeson, tetapi dia pun tidak melempar kasut di mahkamah?

Mengapa berlaku kepada mahkamah dan hakim di Malaysia, tanah airku?

Para hakim dan sekalian pengamal undang-undang, baik pengamal undang-undang syariyah mahu pun pengamal undang-undang konvesional, wajar bertanya pada diri sendiri mengapa ia terjadi sekarang dan di negara kita pula?

Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala imam itu. Apa motifnya dan apa politiknya?

Adakah dia tidak siuman?

Kalau dia tidak siuman dan tidak cukup syarat, tentu dia tidak dilantik menjadi imam. Belum ada rekod tentang masalah mentalnya. Kalau dia tidak siuman tentu hukumannya bukan penjara sebaliknya dihantar ke klinik jiwa.

Apabila dihukum penjara, ia tanda dia tidak bermasalah mental. Mengapa dia melempar hakim? Ia tentulah satu sikap tunjuk perasaan di tengah masyarakat Malaysia mula menjadikan demonstrasi sebagai satu cara melepas perasaan.

Tetapi mengapa imam itu tidak menggunakan lain-lain objek untuk melempar hakim? Dia menggunakan kasuk bagi melepaskan geramnya atau tidak puas hatinya?

Pakar jiwa boleh menerangkan apa kedudukan kasut dalam masyarakat berakal dan perbandingan kasut di tengah segala jenis objek yang boleh digunakan untuk membaling orang lain?

Tidakkah yang berlaku itu satu sindirian tajam yang perlu dianalisis oleh semua pihak khususnya pengamal dan petugas kejaksaan? Mengapa yang pertama kena baling kasut ialah hakim?

Mengapa tidak polis yang memburu semua jenis penjenayah? Padahal polislah penghalang utama bagi penjenayah untuk melakukan durjana. Polis tidak dibaling kasut. Kastam juga tidak. Menteri belum dan wakil rakyat juga belum. Hakim pula menjadi sasaran kasut terbang yang pertama.

Jika membaling kasut itu sama dengan merejam, maka Islam mewajibkan sekalian bakal haji merejam syaitan dalam ibadat jumrah di Mina. Sebagai satu hukum Quran, Taurat dan Injil mengkhanunkan rejam dengan batu sampai mati kepada salah satu kesalahana zina. Satu hukum lagi ialah sebat.

Rejam itu dikenakan kepada yang dihukum. Tetapi dalam kes imam ini, orang yang dihukum pula merejam orang yang menghukum.

Ia satu kejadian terpencil yang boleh jadi ada sindiran atau ia tidak punya sebarang erti selain dari menghina mahkamah.

Malaysia adalah negara orang-orang berakal. Tentunya semua boleh menggunakan akal terhadap kejadian itu. Apa hikmat kejadian itu? Apa sindiran dan ertinya.

Mahkamah adalah sistem keadilan. Ia adalah satu institusi yang penting bagi menentukan keadilan berjalan, setiap pelanggan mendapat layanan keadilan. Ia penghalang utama kezaliman. Hakim adalah orang yang paling mulia menjaga dan melindungi keadilan. Tetapi bagi Islam satu saja dari tiga hakim yang masuk syurga.

Ketua Hakim Malaysia dan beberapa hakim pernah ditribunal dan dipecat. Ia belum cukup untuk menjadi renungan kepada sistem kejaksaan kita. Masih sistem kehakiman kita dipersoal. Ia berwibawakah atau satu sistem yang hampas?

Tindakan membaling kasut itu tidak sekadar mencemar mahkamah, maka sistem kehakiman juga sudah tercemar. Menghukum pesalah tidak mewibawakan kejaksaan, tetapi reformasi dan transformasi boleh memuliakannya semula.

Semasa kanak-kanak dulu ibu mengingatkan agar jangan memukul anak dengan penyapu sampah. Ia perbuatan sial. Yang memukul sial dan yang kena pukul juga sial. Apakah membaling kasut bukan satu sial buat semua?

Mukhriz silap, bukan kerajaan Kedah kemere tapi Pemuda PAS yg poyo..

oleh DAR@Anak Beris

Tersebar berita Pemuda PAS Kedah membentang ususl untuk lucutkan jawatan Tim 1 & 2. Kenapa mereka engkar arahan keputusan PAS PUSAT pun tidak tahu kenapa.. sedangkan pihak PAS PUSAT sudah buat keputusan akan hal ini.

Saya sebagai orang luar tengok pentadbiran Negeri Kedah so far di luarnya nampak OK namun adatlah tentu ada serba sedikit yang tergelincir dan cacat celanya tidak seperti apa yang dikatakan oleh Mukriz...

Disini kenapa Pemuda PAS tak buat apa-apa tindakan untuk menegur mana-mana yang didapati tergelincir dari landasan. Contohnya Kedah AGRO bermasalah kenapa tidak menegur... Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah juga bermasalah sekarang nie kenapa tidak menegurnya...

Sedarkah Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah (KLPK) anak syarikat PKNK sudah tidak bermesyuarat Lembaga Pengarah hampir 1 tahun mulai 27/03/2011 hingga kini. Tidak ada pembentang belanjawan dibuat untuk 2012. Bila ditanya kepada pengurus besar KLPK kenapa tak mesyuarat.... Alasan beliau MB sibuk dan sakit.

Kalau syarikat UMNO kita bantai tak mau-mau... Kenapa apabila bawah ketiak MB kita takut bantai. Dahulu masa UMNO perintah kita pi kat peserta BRIS SIK kata UMNO tak betui bagi saham ladang mereka. Kini peserta BRIS cari kita pula kerana mereka dapat duit sikit bawah KLPK (PAS perintah). Lalu kita hilang tidak nampak muka. Ini luahan peserta BRIS kepada saya bila singgah sembahyang di Masjid.

Wahai Pemuda PAS Kedah berlaku adillah kerana adil itu hampiri taqwa. Sesungguhnya wala' pada keputusan pimpinan atasan itu adalah ikutan jemaah kita.. Jika kita tidak wala' siapa lagi kita nak suruh ikut arahan pimpinan kita... Si Hasan Ali.... UMNO.... atau pun Chua Soi Lek....

Sudah-sudahlah janganlah kita berlawanan arus dengan engkar arahan pimpinan atasan kita.. Musuh utama kita ialah BN/UMNO bukan 2 orang ini.. jadilah manusia yang berjiwa besar seperti MB Kedah itulah yang sebaik-baiknya......

Wassalam.....


MPSPK atasi banjir kilat di Taman Ria Jaya

SUNGAI PETANI – Taman Ria Jaya, di sini ditenggelami air akibat saluran kok dalam parit yang tersumbat akibat hujan lebat baru-baru ini.

Menurut penduduk, parit berkenaan tidak pernah dibersihkan hampir 15 tahun lalu dan masalah yang berlaku itu telah dikemukakan kepada pihak wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Pembantu Khas DUN Bukit Selambau, K. Suppiah telah mengemukan masalah yang berlaku itu kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Masalah tersebut telah dapat diselesaikan oleh pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan E-Idaman,” katanya

Admin - Jika macam nie pakat buat kerja maka tak adalahh MKK & JKKKP kena bedal dalam kuboq..!!


Aduhai meniaga sehari dapat RM300 pun mau bayaq sewa RM450 sebulan tak mampu kaa..???

Pengusaha kecewa, dakwaan Kuin kutip sewa tanah rizab kerajaan negeri

ALOR SETAR - Seorang pengusaha perkhidmatan parkir kenderaan di kawasan lapang di hadapan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Jalan Kampung Baru di sini, kecewa apabila kawasan itu dipagar oleh KUIN sejak Jumaat lepas.

Abu Seman Hassan, 61, mendakwa KUIN berbuat demikian selepas beliau menghentikan pembayaran sewa bulanan sebanyak RM450 kepada pengurusan kolej itu sejak setahun lepas.

"Saya berhenti membayar sewa selepas mengetahui tanah tersebut tanah rizab kerajaan negeri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Abu Seman berkata beliau dan isteri telah mengusahakan perniagaan itu sejak 30 tahun lepas dan membayar sewa sebanyak RM600 kepada KUIN apabila kolej tersebut mengambil alih bangunan berhampiran sejak lima tahun lalu.

"Jumlah itu dikurangkan kepada RM450 sejak dua tahun lepas setelah saya merayu kepada KUIN kerana pendapatan yang semakin merosot. Namun apabila mengetahui tanah tersebut milik kerajaan negeri saya berhenti membayar," katanya.

Abu Seman berkata beliau juga telah memohon kepada Pejabat Tanah Kota Setar agar dibenarkan menjalankan perniagaan di atas kawasan lapang tersebut yang boleh memuatkan 50 kereta pada satu-satu masa.

Beliau juga mendakwa pihak pengurusan KUIN tidak pernah bertemu dengannya sebelum mengambil tindakan memagar kawasan terbabit.

"Tindakan KUIN menyekat kami daripada menjalankan perniagaan ini amat dikesali, apatah lagi ini sahaja sumber pendapatan saya untuk menanggung keluarga serta kos rawatan barah paru-paru yang saya hidapi sejak 10 tahun lepas," katanya.

Abu Seman berkata lazimnya beliau mampu memungut RM300 sehari. - BERNAMA

Aduhai....Gua Nak Kata Aman Macamana Bumi Malaysia Sekarang nie.... Sana Rogol Sini Samun...

Janda muda kena samun, rogol

http://dululainsekaranglain.com/wp-content/uploads/2011/05/rogol.jpg

KUALA LUMPUR - Seorang janda anak satu yang berhasrat untuk memulakan hidup baharu selepas bercerai dengan suaminya ditimpa malang apabila dia bukan sahaja disamun, malah dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki di kawasan Bukit Raja, Klang, Selangor kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 malam itu berlaku apabila janda muda berusia 20 tahun itu didatangi oleh dua lelaki bersenjatakan pisau sebelum mengarahkannya menyerahkan telefon bimbit dan wang RM150.

Suspek kemudian membawa mangsa menaiki motosikal ke sebuah ladang kelapa sawit kira-kira 200 meter dari kawasan dia disamun sebelum dirogol.

Sumber memberitahu, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja.

"Wanita tersebut yang telah bercerai dengan suaminya baru-baru ini tinggal di Bandar Sunway, Petaling Jaya dan datang ke rumah saudaranya di kawasan tersebut untuk memulakan hidup baharu sejak dua minggu lalu," katanya.

Pesta Ponggal anjuran K'jaan Negeri Kedah di Taman Ria, Sungai Petani


SUNGAI PETANI - Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan Pesta Ponggal 2012 di Padang Awam, Taman Ria Jaya, di sini.

Seramai 500 peserta mengambil bahagian dalam Pesta Ponggal Kebudayaan India, khas musim menuai.

Pesta Ponggal 2012 itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. Dato’ S. Manikumar, wakil kepada Menteri Besar.

Pihak penganjur menjemput ramai peserta agar dapat mengambil bahagian dan pesta berkenaan dengan memasak ponggal sebanyak 500 periuk.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, YB. Dato’ Johari Abdul dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, YB. Tan Chow Kang.

Aduhai....Gua Nak Kata Aman Macamana Bumi Malaysia Sekarang nie.... Budak Hilang lagi..!!!!

Fatihah hilang lepas direntap


NOR MALA dan suaminya, Mahadi Muda menunjukkan gambar Siti Nur Fatihah yang didakwa diculik tiga individu ketika hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit di Taman Tas, Kuantan, Pahang kelmarin.


KUANTAN – Seorang suri rumah kini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang didakwa dilarikan dua lelaki dan seorang wanita ketika mangsa pergi ke kedai telefon untuk membeli kad tambah nilai prabayar RM5 berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini kelmarin.

Nor Mala Mohd. Lazin, 34, memberitahu, anaknya, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dikatakan diculik oleh tiga individu terbabit yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, anak gadisnya itu pergi ke kedai bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman. Dua beradik itu berusia 11 tahun. Kedai itu terletak hanya 100 meter dari rumahnya.

“Pada hari kejadian, saya terkejut apabila mendapati dua anak saya pulang dalam keadaan tergesa-gesa sambil menangis.

“Saya tanya kenapa dan mereka memberitahu yang Fatihah (nama panggilan Siti Nur Fatihah) telah diculik dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Mengikut cerita dua anaknya, ketika sedang berjalan ke kedai itu, kereta penculik yang dipandu wanita tersebut telah berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki menarik Fatihah.

Menurut Nor Mala, kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan kakaknya tetapi lelaki tersebut merentap Fatihah dengan kuat menyebabkan pegangan tangan mereka terlepas mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini itu dibawa lari.

Pendang - Silat Warisan Pusaka berteraskan agama Islam

Wartawan Sinar Harian
19 Mac 2012
Silat

PENDANG – Terdapat pelbagai jenis seni silat di negara ini dengan masing-masing mempunyai keistimewaan dan caranya tersendiri.

Seni Silat Warisan Pusaka dari Kampung Pokok Tai mempunyai keistimewaannya tersendiri dan orang ramai tidak perlu ragu untuk menyertai seni silat terbabit kerana ia berteraskan agama Islam.

Pengasasnya, Salleh @ Che Lah Husin, 71, atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Long Lah merupakan guru utama yang aktif mengembangkan seni silat terbabit di seluruh Kedah.

Walaupun dilihat pada usianya yang semakin meningkat, namun semangat dalam mengajar seni silat itu masih tinggi dalam dirinya sehinggakan pada masa ini terdapat lebih enam cawangan yang aktif di bawah pertubuhan seni silat terbabit antaranya di Kampung Pokok Tai, Kampung Sungai Baru, Pokok Tai Lama, Kampung Bujung Merbok, Taman Seri Pinang Sungai Petani dan Kampung Sagor Padang Pusing Pendang.

Pak Long Lah seorang guru agama dan persilatan yang tegas dan berlemah-lembut dalam mengajar menyebabkan kebanyakan anak murid menyenanginya.

Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Warisan Pusaka Kampung Pokok Tai, Mohd Amir Hassan, 38, berkata, Pak Long Lah masih lagi aktif mengajar dan mengembangkan seni silat itu di merata kawasan termasuk Sik dan Baling.

Menurutnya, sejarah seni Silat Warisan Pusaka itu bermula apabila pengasasnya belajar seni silat bersama sembilan guru dan terus menggabungkan semua ilmu yang dipelajari serta mewujudkan satu pertubuhan yang didaftarkan dengan nama Pertubuhan Seni Silat Warisan Pusaka Kampung Pokok Tai.

Katanya, seni silat itu mula diasaskan kira-kita tahun 70-an yang bermula di Kampung Pokok Tai apabila pengasasnya menubuhkan satu gelanggang di kampung berkenaan dengan keahlian ketika itu seramai hampir 1,000 orang.

“Ketika itu ramai ahli, namun apabila seni silat ini didaftarkan di bawah Kementerian Kesenian pada 2011, ahli yang mampu dikesan hanya 500 orang sahaja. Jadi kami barisan jawatankuasa untuk mengesan ahli lama supaya dapat didaftarkan dalam pertubuhan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Ilmu agama Islam teras dalam Silat Warisan Pusaka

Mohd Amir berkata, orang ramai yang ingin menyertai pertubuhan itu tidak perlu ragu-ragu kerana seni Silat Warisan Pusaka meletakkan ilmu agama Islam sebagai teras dalam setiap pengajaran.

Anak pengasas dan juga Ketua Gelanggang, Mohd Al-Hafiz Salleh @Che Lah Hussin berkata, seni Silat Warisan Pusaka sangat istimewa kerana tarian seni silat itu tidak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah, tetapi mempunyai cara yang tersendiri.

“Mempelajari asas sahaja sudah mencukupi untuk mengetahui semua pergerakan seperti doa, tari, pukulan (asas) kerana buah pukulan yang hebat akan datang secara tidak langsung,” katanya.

Menurutnya, seni Silat Warisan Pusaka dilihat agak kasar dari pukulan dan gerakan berbanding seni silat yang lain dan setiap ahli perlu menamatkan pembelajaran asas selama enam bulan dan diakhiri dengan Majlis Pelimau.

Katanya, seni silat itu mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat terutamanya penduduk dari Kampung Pokok Tai apabila lebih 80 peratus golongan muda menyertainya.

Mohd Amir berkata, untuk pertunjukan seni silat itu menggunakan pakaian hitam dan yang membezakan seseorang ahli itu adalah warna tali pinggang yang dipakai seperti warna putih (asas), hijau (ahli yang cukup ilmu), merah (jurulatih), kuning (guru utama).

“Selain silat, pertubuhan ini juga mempunyai kumpulan gendang terdiri daripada beberapa kumpulan iaitu dari Kampung Paya Mengkuang, Baloh, Pokok Tai yang pernah menjadi johan peringkat negeri Kedah 2009.

“Pertubuhan seni Silat Warisan Pusaka ini sering menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan dan mendapat jemputan untuk sebarang majlis,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, pertubuhan ini menubuhkan satu khairat kematian untuk ahli, kelas agama, pasukan bentara, program Yasin ke rumah-rumah dan banyak lagi.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini boleh menghubungi menerusi 014-7194974, 012-4007240 atau 013-4337113.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...