TERKINI :

Monday, March 19, 2012

Mat Zain Ibrahim dedah hubungan 3 Tan Sri dalam isu Anwar..!!!

http://4.bp.blogspot.com/_gyamXQ6TZzY/SoFLRvuCuKI/AAAAAAAAHPQ/6jrY7_BVa6Y/s400/anwar-aug11.jpg
KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendedahkan laporan salahguna kuasa yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang cuba ditutupi dua Tan Sri, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Menurut beliau, di antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat empat laporan polis mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin politik dalam kerajaan. Laporan-laporan itu turut menamakan Tun Mahathir, peguam negara Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail yang ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa raya.

Mat Zain berkata, pertembungan antara Rahim dan Anwar dilihat jelas dalam laporan bertarikh 20 Ogos 1999 yang mendakwa ketiga individu itu menyalahguna kuasa, melindungi perbuatan rasuah, menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap rasuah membabitkan Rahim.

“Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA,” ujar beliau dalam satu surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mat Zain yang pada masa itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) berkata, beliau menangani ke empat laporan itu melibatkan rasuah berjumlah RM40 juta atau bersamaan RM39,782,772.60 yang disahkan Ghani.

Katanya, terdapat perbezaan antara KJSJ dengan Jabatan Peguam negara dalam menangani laporan itu-.

Peguam Negara mahu ia diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi sementara KJSJ pula mahu ia disiasat di bawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa, di mana siasatan dijangka membabitkan rakaman keterangan daripada Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

Bagaimanapun katanya, pada 28 Ogos 1999, beliau menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan laporan yang dibuat Anwar terhadap Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononnya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.

“Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur,” jelas Mat Zain dalam surat berkenaan.

“Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

“Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Ghani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.

“Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

“Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah berkenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.

“Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti,” jelas surat berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10014

PM cuba mesra mahasiswa, Ahmad Said ?

Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat terkilan dengan tindakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menarik balik membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) ke atas 6 pelajar lelaki setelah didapati terlibat dalam demostrasi BERSIH 2.0 di Mesir.

Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan pendekatan yang dibuat oleh Dato' Seri Najib yang cuba mesra mahasiswa dengan merombak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat pembatalan bantuan ke atas mahasiswa terbabit adalah hasil daripada semangat AUKU di dalam diri Menteri Besar Terengganu yang cuba mengawal mahasiswa agar menjadi "pak turut" beliau sahaja.

Sekiranya indikator pembatalan bantuan oleh Menteri Besar Terengganu itu ke atas 6 pelajar tadi hanya kerana mereka memakai pakaian kuning dan memegang bendera Terengganu, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan ianya sebagai satu agenda politik daripada Menteri Besar Terengganu untuk mencantas mahasiswa luar negara daripada memiliki pemikiran yang berkembang maju.

Ternyata sebagai seorang Menteri Besar, beliau tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah. Beliau mendakwa himpunan pelajar tersebut adalah bermotifkan politik sedangkan pelajar-pelajar terbabit berkumpul hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti dan suci dan bersih dari segala kekotoran rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan kepada Datuk Seri Ahmad Said supaya jangan hanya pandai menjadi kerajaan yang hanya tahu meminta itu dan ini daripada mahasiswa tetapi tidak pula pandai menjadi pendengar kepada nasihat dan cadangan mereka. Jangan hanya tahu menyuruh mereka pulang berkhidmat tetapi apabila mereka lontarkan pandangan, pandangan tersebut dibakul sampahkan tanpa dinilai baik dan buruknya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah tindakan Datuk Seri Ahmad Said ke atas 6 mahasiswa ini. Tindakan kuno yang bersifat autokrasi yang menggunakan kuasa supaya mereka patuh dan buat apa sahaja yang diinginkan ini perlu dibanteras. Cara-cara seperti ini tidak lagi akan menghalang kebangkitan anak muda untuk membubar kerajaan korup UMNO-BN.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia DPPM sedia menawarkan khidmat guaman kepada 6 mahasiswa yang dianiyai oleh Menteri Besar mereka. Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, inilah salah satu bukti yang menyatakan bahawa kerajaan UMNO-BN gentar dan takut menghadapi suara kebenaran anak muda. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sekalian anak muda agar terus bangkit dan mendesak sehingga kerajaan korup UMNO-BN ini dapat ditumbangkan dalam PRU 13.


Disediakan oleh ;
Dr Raja Ahmad al-Hiss
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Protes pada Phahrolrazi

oleh PerawatNasi*

http://4.bp.blogspot.com/-rDy-3v1aTDE/T1NOx3P1W-I/AAAAAAAAAC0/v2i-lteeZHM/s1600/timthumb.jpg

salam, saya tdk pandai sangat menulis wlu camna pun kena tulis juga apa yang tak puas hati.saya serta golongan muda yang lain dah berjanji pilihanraya nati kami takkan undi lagi YB phahrolrazi sewaktu dengannya..

depa ingat bila ada jawatn no 2,3 dalm pas kedah boleh buat ikut suka depa pas bukan hak mak pak depa..hangpa kena igat dpt jadi YB,exco kami yang undi jgn dok belagak sangat..kami betul2 meluat dkt hangpa bedua..harap2..kami tak halal gaji hangpa dunia akhirat...

Najib ‘buang tabiat’ menjelang PRU13

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menyifatkan tindakan Presiden Uhttp://1.bp.blogspot.com/_t5B9IwjkhhQ/TTS_Ur2X9xI/AAAAAAAAANY/04d8CB2Zfjo/s400/Nasrudin+Hassan+Tantawi.jpgmno, Najib Tun Razak yang kini sedang menjaja kononnya memohon maaf atas kesilapan lalu BN sebagai ‘buang tabiat’.

Sambil berkata, ianya ‘agak luar biasa’ bagi Umno yang selama ini dilihat angkuh di puncak kuasa, tindakan itu juga membayangkan Najib tahu bahawa kuasa mereka akan berakhir pada PRU13 nanti.

“Perbuatan ini dianggap luar biasa. Bagaimana Umno selama ini dilihat gah dan angkuh di puncak kuasa, tiba-tiba roadshow ke seluruh negara memohon maaf daripada rakyat atas kesilapan lampau mereka.

Umumnya rakyat melihat perbuatan ini seperti “buang tabiat”.

“Seolah-olah Umno sudah tahu bahawa kuasa dan pengaruh mereka bakal berakhir dalam pilihanraya umum akan datang, lalu Umno memohon maaf kepada rakyat disetiap negeri yang mereka jelajah,” katanya

Beliau mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, barubaru yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Selangor dan Kedah pada PRU12.

Permohonan maaf secara terbuka itu kali kedua dalam tempoh enam hari, kali pertama Najib bertindak demikian dalam satu program pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.

Mengulas lanjut, Ustaz Nasrudin berkata, apa yang lebih pelik, Umno khususnya Najib juga seperti tidak percaya lagi kepada senjata propaganda mereka iaitu media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah itu.

Daftar pemilih jadi nyawa BN

Umno-BN bertungkus lumus untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat dahttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/Mohd-Khairuddin-Othman.jpglam PRU13 nanti. Pelbagai taktik dan strategi dilakukan termasuk yang kotor-kotor. Salah satunya, daftar pemilih yang disifatkan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman sebagai ‘nyawa PRU13’ bagi Umno- BN.

Ikuti temubual wartawan Harakah, NYZA AYOB bersama beliau.

Wartawan: Berlaku pertambahan mendadak pengundi baru di Selangor khususnya di kawasan luar bandar berbanding 2008. Apakah ini salah satu taktik terancang Umno-BN merampas Selangor?

KHAIRUDDIN: Kita dapat mengenal pasti pertambahan pengundi baru di beberapa kawasan di Selangor. Ada yang melebihi 20 peratus seperti Hulu Selangor dan Subang. Kita lihat peningkatan ini sebahagian gerak kerja Umno-BN untuk menawan Dun.

PAS berasa sangat pelik kerana daftar pemilih bertambah dengan mendadak. Selain itu kita juga dapati senarai daftar bagi suku keempat tidak ada langsung senarai orang yang sudah meninggal.

PAS persoalkan peranan SPR ini. Bagaimana SPR menapis orang yang layak mengundi atau tidak. Tidak mungkin ada perubahan senarai pengundi itu secara tiba-tiba.

Kita persoalkan bagaimana SPR menapis daftar itu?

Apabila disemak ada di antara mereka yang mempunyai kad pengenalan merah dan baru mendapat kad pengenalan biru.

Apa yang pelik mereka ini tidak tahu pun nama mereka ada dalam daftar pemilih.

Jadi kita berharap SPR dapat mengkaji kembali perkaraperkara seperti ini. Terlalu banyak perkara yang timbul mengenai daftar pemilih di Selangor ini.

Difahamkan banyak juga kes pendaftaran pengundi baru alamat tidak lengkap...

Alamat tidak lengkap berlaku kerana SPR sendiri. Pada 2007, setiap lokaliti itu ada alamat lengkap. Bagaimanapun, ia dipecah-pecahkan tanpa mengikut alamat. Persoalannya ialah kenapa SPR berbuat demikian?

Kenapa diundur daripada format yang bagus kepada format yang tidak bagus dalam daftar pemilih tersebut. Kita mahu SPR menjawab perkara-perkara yang timbul seperti ini sebelum kita menghadapi pilihan raya.

Perkara ini perlu diselesaikan kerana timbul krisis keyakinan di kalangan rakyat dan mula timbul keraguan terhadap badan yang melaksanakan pilihan raya ini.

Apa tindakan Pakatan Rakyat jika inilah taktik kotor Umno- BN untuk merampas kembali Selangor?

Nyawa PRU13 kali ini ada pada daftar pemilih. Umno-BN tahu itu. Sebab itulah mereka menggunakan habis-habisan nama-nama untuk dimasukkan ke dalam daftar pemilih. PAS diperingkat Pakatan Rakyat akan memantau dengan cara yang sama.

Setiap suku pendaftaran ditutup kita akan semak, bantah dan pergi rumah ke rumah. Selagi ada peluang membuat bantahan, kita akan bantah.

Apakah PAS telah mengadakan perbincangan rasmi dengan SPR mengenai perkara ini?

Kita telah beberapa kali melakukan pertemuan dengan SPR. SPR memberi keyakinan kepada kita untuk memperbetulkan daftar pemilih ini.

Tapi pembetulan itu tidak jugak berlaku. Nama salah dan nombor kad pengenalan salah serta pelbagai keraguan lagi timbul. Sebab itu kita cadangkan diwujudkan jawatankuasa khas untuk mengkaji balik daftar pemilih ini.

Selain taktik ini untuk Umno-BN rampas Selangor, Perdana Menteri juga dilihat membuat permohonan maaf secara terbuka dengan rakyat Selangor. Apakah taktik ini akan ‘mencairkan’ rakyat untuk mengundi BN?

Semua orang melihat permohonan maaf beliau itu tindakan politik Najib.

Memang Najib nampak terdesak. Jika dia betul-betul mengambil berat tentang rakyat, lepaskan hak di Kelantan dan lepaskan duitduit di Kedah yang ditahan itu.

Beri peruntukan kepada ahli parlimen walaupun di kalangan pembangkang jika Najib benarbenar ikhlas. Tindakan Najib itu seolah-olah tidak ikhlas dengan rakyatnya. Jika betul dia ingin bersama rakyat, buktikan kepada rakyat Kelantan.

Selangor juga tidak akan terancam dengan permohonan maaf Najib itu. Ini kerana rakyat membandingkan prestasi antara kerajaan sekarang dan kerajaan BN dahulu.

Saudara yakin, Pakatan lebih baik daripada BN?

Selama empat tahun Pakatan Rakyat memerintah, kita telah berhabis berjuta ringgit untuk pelbagai program yang membantu rakyat seperti Skim Usia Emas termasuklah memberi bantuan air percuma.

Apa yang kita lakukan ini tidak dilaksanakan Umno-BN yang memerintah lebih 50 tahun.

Rakyat tahu Umno mempunyai masalah dalaman yang cukup besar di Selangor. Umno tidak mempunyai kepimpinan di Selangor.

Sebab itulah Najib masih menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Umno tidak mempunyai pemimpin yang boleh membawa mereka dalam pilihan raya.

Dan kita akan memantau sama ada Najib membuktikan atau tidak pelaksanaan di sebalik permohonan maafnya itu. Sudah terbukti 20 tahun rakyat Kelantan ditindas.

Umno-BN berterusan menggunakan ‘politik samseng’ untuk ganggu setiap program Pakatan Rakyat.Apakah Pakatan hanya mengambil sikap berdiam diri memandangkan tindakan seperti ini sejak dahulu telah berlaku?

Samseng Umno ini sejak dahulu lagi telah wujud. Ia bukan muncul kebelakangan ini sahaja. Dalam setiap pilihan raya kecil akan ada tindakan ganas seperti ini. Dan Umno Selangor dilihat tersepit dalam menghadapi PRU13 ini.

Mereka akan terus menggunakan taktik untuk menakutkan pengundi dan mengganggu gugat Pakatan Rakyat. Di pihak Pakatan Rakyat akan terus memantau tindakan ini dan akan membuat laporan polis. Kita tahu jentera kita juga kuat. Jangan sampai berlaku huru-hara di Selangor ini.

BUKTI Umno memang guna duit untuk dapatkan undi

KUALA LUMhttp://dppwp.files.wordpress.com/2012/01/kadir_sheikh-fadzir3.jpgPUR: Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

Abdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.

Abdul Kadir bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah menafikan kenyataannya itu dalam pertemuan berkenaan.

"Apa saya kata, saya tak nafi langsung. Setiap apa yang saya kata, mana boleh nafi. "Tak perlu saman, tak perlu tarik balik... Sekarang semua orang cari (Mat Saad), marah dekat dia," kata Abdul Kadir lagi dalam sidang media di pejabatnya .

Portal The Malaysian Insider pada 17 Januari lalu memetik Abdul Kadir sebagai berkata perbuatan "membeli undi" itu dikenali sebagai taktik "bom."

Dalam laporan itu juga, Abdul Kadir dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman itu dan telah memberikan "RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi."

Muamalat dengan Yahudi

Oleh Nasrudin bin Hassan

Berurus niaga [ muamalat ] dengan individu Yahudi atau mana - mana pihak Yahudi yang terhad pada inhttp://2.bp.blogspot.com/-LMcusZEKa9Q/TmWO5ZF93YI/AAAAAAAAEHE/rue4Aci4iBQ/s1600/NasrudinHassan-GreenBG-450pixel.jpgdividu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.

Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.

Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.

Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.

Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.

Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.

" Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt. "

" dan sekali - kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka "

Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.

Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.

Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS

Lebuh raya: Pulangkan RM976.7 juta kepada rakyat

Oleh Mohd Rafizi Ramli

Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta.

Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Mohd Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi PKR

Kadir Sheih Fadzir umum kekuar UMNO sebentar tadi....

Umno-BN suka rakyat melarat

Oleh MOHAMAD SHUKRI ABD HAMID

MUNGKIN ramai yang tertanyatanya, kenapa kemiskinan masih terus wujud walaupun sudah lebihttp://2.bp.blogspot.com/_F5WGf-xr04g/SfBIvh8JxUI/AAAAAAAAAKY/TQ1XGijqlh4/s1600/barang+naik2.JPGh 54 tahun Umno-BN memerintah? Jawapannya, Umno sememangnya tidak pernah berminat dan bersungguhsungguh untuk menghapuskan kemiskinan di negara kita.

Hal ini kerana, dengan adanya rakyat yang miskin, maka mereka boleh digula-gulakan dengan 1001 jenis bantuan dan seterusnya mengikat mereka agar terus mengundi dan menyatakan sokongan terhadap Umno-BN.

Rakyat yang miskin ini mulalah ditabur dengan rasuah wang ringgit seperti pemberian Rm500. Namun bagi saya,ia bukanlah satu usaha yang bijak dan berkesan untuk membantu rakyat yang sedang terbeban dengan masalah kos sara hidup yang melambung tinggi.

RM500 bukanlah sesuatu nilai yang cukup tinggi untuk kita menyandarkan sepenuh kepercayaan dan harapan kepada perasuah dan peropak negara.

MKK & JKKKP kena bedal dalam kuboq..!!

oleh DepaKata.co.cc

Malam tadi kami ada melihat berita TV3 masuk bab ADUAN RAKYAT.. ianya mengesahkan "Kejadian Banjir Kilat Yang Berlaku di Satu Taman kat Kulim".... Apa yang dilihat perkara banjir ini berlaku disebabka system perparitan yang boleh dikatakan sudah uzur dimana ada yang sudah terkambus…dan proses menyelenggara tak ada…

Bila mai bab mereka menyerang Pej. Pusat Khidmat ADUN MERBAU PULAS kami tidak kesah lah memang itu hak mereka untuk melepaskan amarah... Masalah sekarang yang kami dapat lihat ialah :

  1. Mana pergi Ahli Majlis..?
  2. Mana pergi MKK..?
  3. Mana pergi JKKKP..?
  4. Mana pergi Ketua UMNO, PAS, DAP serta PKR kawasan tersebut..?
  5. Mana pergi Ahli Parlimen..?
  6. Mana pergi ADUN..?

Mereka-mereka ini kami tanya disebabkan ada orang tidak buat kerja.. kenapa kami katakan begitu... sebab MAJLIS PERBANDARAN KULIM tak tahu pun akan masalah mereka... target utama yg harus disalahkan ialah MKK & JKKKP... dua golongan ini sekadar makan elaun buta.. MKK = RM300/Sbln manakala JKKKP = RM800/Sbln.... hangpa jawab ambik la dalam kuboq nanti sebab makan elaun tapi tak buat kerja...!!

Perkara ini pun samalah kepada MKK & JKKKP di kawasan lain pakat-pakat beringat amanah yang diberikan itu...

Buat Kerja Elok-Elok noooo.......

Bukti NAJIB Cakap 'Mohong'...............

Saya berniat kotakan janji - Najib

NAJIB melambaikan tangan kepada orang ramai yang hadir pada majlis ulang tahun ke-30 SMC di SJK (T) Vivekananda, Petaling Jaya, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.

"Apabila saya memegang jawatan (Perdana Menteri) hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJK (T)) Vivekananda di sini semalam.

Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.

Sambil menyatakan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat termasuk masyarakat India, Najib berkata, beliau tidak akan berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan.

Pierahhhhhh Kotakan JANJI Tengkorak Che Hang NAJIB... nie dua tempat utama kat KEDAH tak dapat HOSPITAL walaupun dah berkurun hangpa janjinya...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/431160_10150616797572157_319981142156_9233468_324219747_n.jpg

Patut la bendera UMNO kat Merbok kena bakaq...!!!

oleh AnakKedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/404310_368504583176446_100000507210496_1490235_616837047_n.jpg

Apa laa punya bangsat UMNO nie.. buat kerja macam tak ada Otak.. nak gantung banner tu pada2 laaa.. jangan la sampai menyakitkan mata orang lain... awat hangpa ingat PANTAI MERDEKA harta mak bapak hangpa sahaja kaa..??? Cuba tengok banner nie...

Nak ambil gambar Pintu Gerbang Pantai Merdaka, banner UMNO mengacau kat situ...cacat gambar.. nie kat KEDAH, walau PAS yang perintah, OK je gantung macam ni... Kalau negeri BN, lagi lagi kat tempat pelancongan, cuba PAS gantung Banner.. Ada berani bagi izin. ?

kompom akan arah pihak berkuasa tempatan mai buang....!! Patut laa banner dan bendera kena bakaq pon jenie basa tak reti nak hormat hak orang sama... tak caya cuba hangpa tengok sepanjang jalan skrng nie terutama di tempat2 PM turun baru-baru nie... berkibaran bendera KATI hangpa tuuu... awat ingat musim pilihanraya dah kaa...??

Mesej Untuk UMNO MERBOK dan juga UMNO yang sewaktu dengannya..!!

Bendera BN dan Umno di Merbok, dibakar

18 Mac 2012

SUNGAI PETANI - Pemuda Umno Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis berhubung 14 bendera Barisan Nasional (BN) dan enam bendera Umno di jalan masuk ke Taman Malinja, Merbok di sini dibakar dipercayai perbuatan penyokong parti pembangkang.

Kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi.

Penyelaras Parlimen yang juga ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Anuar Ahmad membuat laporan itu di Balai Polis Merbok.

Beliau yakin perbuatan itu mungkin dilakukan penyokong parti pembangkang yang menghadiri ceramah politik di taman perumahan itu.

Katanya beliau kesal dengan kejadian membakar bendera itu yang disifatkan bukan cara atau etika masyarakat Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

Menurutnya kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dalam Parlimen Merbok kerana banyak poster BN yang dipasang dikoyak pihak tertentu atau ditampal dengan poster pembangkang sebelum ini. - Bernama

Etikanya : bukan ke pemuda umno yg sebelum ni menyerang dan membuat kacau di ceramah2 pembangkang? jika mahu org hormat kita.. kita seharusnya hormat org juga... dan kes ini belum tentu pihak pembangkang yg buat.. mungkin juga pihak lain yg buat dgn tujuan untuk memburukkan imej pembangkang.. setelah imej pemuda umno begitu buruk di mata rakyat meliha mereka menyerang ceramah2 pakatan rakyat...


Lebih 30 rumah rosak akibat ribut di Baling

BALING - Lebih 30 rumah di lima buah kampung di sini musnah akibat dilanda ribut 4.30 petang semalam.

Tiga buah kedai menjual makanan dan barang keperluan harian turut roboh dalam kejadian itu.

Kampung terbabit ialah Kampung Lanai melibatkan 23 buah rumah, Kampung Sungai Tas (empat termasuk sebuah surau), Kampung Carok Salang (dua), kampung Sungai Tembak (lima) dan Kampung Parit Panjang (tiga).

Dalam kejadian itu kebanyakan rumah yang terbabit kehilangan bumbung dan rosak akibat dihempap pokok.

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan di kampung Sungai Tembak, Yusuf Ahmad, 58, bersyukur kerana keluarganya terselamat apabila kedainya roboh ketika kejadian itu.

"Waktu kejadian dalam kedai saya terdapat seorang pelanggan selain tiga anak saya serta isteri turut terperangkap dalam runtuhan kedai," kata Yusuf kepada Bernama di sini, hari ini.

Akibat kejadian itu, laluan utama dari Parit Panjang Ke Baling dan dari Kampung Lanai ke Kuala Pegang tergendala lebih tiga jam akibat pokok tumbang di atas jalan.

Difahamkan semua kenderaan yang hendak ke pekan Baling terpaksa menggunakan laluan Kuala Ketil ke pekan Baling sejauh 60 kilometer. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...