TERKINI :

Saturday, March 10, 2012

Najib mohon maaf, beralih kepada Pakatan Rakyat

Dr Ghazali Hasbullah,

Permohonan maaf secara terbuka Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia mempunyai kesan yang tersendiri dari sudut psikologi. Permohonan maaf secara terbuka ini dengan tersendirinya mengakui rekod buruk sepanjang lebih 50 tahun memerintah Malaysia. Akhirnya Umno BN tergapai-gapai mencari kaedah baru bagi menyelamatkan diri dan memancing hati rakyat- Maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kaedah psikologi ini mudah termakan oleh golongan yang lemah, berfikiran pendek dan meminta-minta. Walau apa kesalahan seseorang, melalui kaedah ini mereka mudah mempengaruhi manusia, akhirnya memaafkan dengan sekelip mata. Tanpa kita sedar bahawa kesan jangka panjang yang akan menimpa kita, jika terus memberi mandat kepada Umno BN untuk memerintah Malaysia, mereka akan terus mengulangi siri keazaliman terhadap rakyat. Rayuan maaf psikologi ini adalah kemuncak kepada taktik memancing undi Umno BN.

Bagi golongan yang ada integriti, berfikiran panjang dan tidak bergantung kepada orang lain, mereka sudah kenal jerat yang dipasang melalui rayuan psikologi ini.

Minda kita masih bugar mengingati peristiwa setiap kali selepas pilihanraya umum; golongan yang dilabel pembangkang sebagai penjawat awam akan ditukar tempat kerja, disekat segala bentuk bantuan yang mereka layak, malah ada yang diberhentikan terus pekerjaan. Tidak kurang juga ramai antara rakyat yang dilabel sebagai pembangkang ini terpaksa menjual harta dan mencari kehidupan baru di Negara lain kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan.

Percayalah rayuan maaf psikologi ini akan bertukar menjadi sifat sediakala jika terus diberi mandat kepada Umno BN dalam PRU13 nanti.

Beralihlah ke harapan yang pasti dengan mengundi Pakatan Rakyat…

Tunggu apa lagi declare P/raya laa kata sokongan dah dapat 69%

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Kadar sokongan Datuk Seri Najib Razak naik 10 peratus kepada 69 peratus selepas memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kata kaji selidik terbaru.

Kajian dilakukan Merdeka Center mendapati perdana menteri mendapat sokongan kuat di kalangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, dengan empat perlima komuniti India dan 74 peratus masyarakat Melayu turut memberikan Najib sokongan.

Tetapi kurang daripada separuh 1,022 pengundi bulan lalu berkata “mereka gembira dengan kerajaan.”

Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib popular di kalangan pengundi lebih tua, mendapat 54 peratus sokongan daripada mereka yang berumur melebihi 60 tahun tetapi hanya 39 peratus pengundi muda bawah 30 tahun menyokong beliau, menurut kajian itu.

“Kajian juga menunjukkan kebanyakan satu pertiga responden yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, dilaporkan berpuas hati dengan perdana menteri — menjelaskan bukan semua boleh diterjemahkan kepada undi untuk pemerintah,” kata Merdeka Center.

Kaji selidik juga mendapati pendapatan isi rumah di antara RM1,500 ke RM3,000 setiap bulan, yang turut menerima bantuan BR1M, kebanyakannya menyokong perdana menteri dan kerajaannya.

Tetapi bagi yang berpendapatan tinggi, hanya 29 peratus pengundi yang memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 berpuas hati dengan Putrajaya.

Najib (gambar) dan pentadbirannya kekal kurang popular di kalangan komuniti Cina dengan hanya 56 peratus berpuas hati dengan perdana menteri dan sebanyak 17 peratus gembira dengan kerajaan pusat.

Populariti presiden Umno ini menghadapi penurunan sejak memperoleh sokongan tertinggi 72 peratus pada Mei 2010, sebelum menurun kepada 69 peratus pada November tahun sama sebelum menjunam kepada 59 peratus pada Ogos 2011.

Ekonomi negara telah pulih daripada penguncupan kecil pada 2009 dengan mencatat perkembangan 7.2 peratus pada 2010 sebelum pertumbuhan kembali perlahan tahun lalu.

Antara punca krisis di Kedah mungkin ini !! CEO SADA nak bertanding di Pendang ke?

oleh Joe Pendang

nampaknya mutakhir ini jumlah calon bagi pihak BN nak bertanding di Pendang khususnya DUN Sg Tiang bertambah seorang lagi. Ni dia, CEO SADA Dato' Adzmi Din, orang Bukit Kechil Carok Kudong la no tak berhenti henti turun padang membawa habuan daripada Dato' Seri Najib PM satu Malaysia masuk keluar kampong dengan bantuan DO Pendang Tuan Haji Nordin sekutu kuat Mahadhir Khalid.

Nampak gayanya peluang Man Bedul dan Shamsudin Tahir nak rebut tempat u agak gelap sikit kot, pasal Mi Din ni ada kabel kuat dengan DS Najib ni. Ikut kata DO Hj Nordin , segala bantuan yang disampaikan kepada orang kampong la ni adalah hasil usaha Dato' Mi Din diusahakan daripada Kuala Lumpur iaitu daripada DS Naji.

Kami hairan kalau macam tu kemana pula peruntukan kepada Ketua UMNO Bahagian Pendang yang berjumlah 2 juta setahun tu. Dato' Rodzai dok tunggu buat apa lagi, tak kan senyap je masuk akaun sendiri kot. tak cukup kaya lagi ka. saja tanya pasai tak nampak muka dia pun , asyik asyik DO Hj Nordin, Pentadbir tanah Tuan Nurizan dan Mi Din aje.

Dari program bulan Ramadhan dimasjid hinggalah program baiki rumah sampailah program pelekat gambar DS Najib dirumah bantuan Mi Din di Paya Mengkuang, semua Mi Din dan Hj Nordin DO Pendang.

Ni kot yang kata KCS Kedah ni dalam usaha nak pejatuh Kerajaan negeri Kedah ni, kerja sebagai DO, kerja sebagai CEO SADA Agensi Kerajaan negeri, tapi buat usaha ikut arahan DS Najib dan pusat. Mungkin kot puak-puak yang macam nie yg IR Pharolrozhi dok tegoq Azizan tuuu supaya jangan bagi muka sangat dengan puak-puak nie.....

Depa nie dilihat macam duri dalam lipatan... kerja dengan Kerajaan Negeri tapi dok buat kerja bagi penaik nama Najib.....Rakyat tolong buka mata sikit la tengok depa ni dok bagi duit tapi sebenarnya duit tu adalah hak rakyat sekelian, tau dak....

satu lagi jangan laa dok marah sangat kat IR Phakrorozhi pasai krisis dengan MB tuuu... so far dua-dua betul jadi bila dah pusat buat keputusan mai lah kita pakat-pakat patuh dah buat kerja perjatuhkan puak-puak nie semua....


Bisnes semakin berkembang: Deepak, rakan Rosmah kembali dgn perjanjian RM1.5bil

Bila ia melibatkan wang besar, Wanita Pertama Malaysia, Rosmah Mansor yang terkenal dengan kepandaiannya dalam berniaga tidak pula merasa segan silu untuk berdiri di hadapan barisan dan sesiapa yang tidak memberikan laluan padanya akan merima padah. Dengan kesungguhannya, tidak hairanlah protégénya, Deepak Jaikishan telah kembali dengan lebih banyak lagi habuan iaitu sejumlah RM 1.5 bilion dalam perniagaan minyak dan gas yang mengejutkan pasaran saham terutamanya bagi saham kompeni kecil ia bagaikan mati hidup semula.

Deepak merancang untuk meletakkan modal ini dalam Envair Holdings, Bhd, sebuah fima yang sedang nazak yang sememangnya perlukan suntikan baru. Bagaimana Envair, sebuah syarikat kecil yang menghasilkan penapis udara dan air, boleh menjadi sebuah firma yang bersaing dalam industri lumayan minyak dan gas sangat menghairankan.

Industri minyak dan gas Malaysia secara amnya didominasi oleh firma nasional, Petronas dan unit-unitnya. Turut menerima habuan adalah syarikat-syarikat perkhidmatan seperti Scomi dan Kencana-Crest-Sapura, yang mendapat hasil dari kontrak Petronas. Tidak hairanlah apabila kedua-dua syarikat ini milik anak-anak bekas-bekas PM kita, Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamad.

Sektor bisnes ada lebih aksi, namun pertukaran kerajaan dijangka berlaku

Secara amnya, bisnes di Malaysia selalunya ada hubung kait dengan politik. Sekarang, apabila negara berkemungkinan bertukar kerajaan, sektor bisnes menjadi lubuk wang dimana ada banyak urusan yang menjadi tanda tanya dan meragukan. Terbaru adalah kontrak konsesi tol selama 60 tahun untuk Ekpresway pantai barat iaitu Lebuhraya Kidex, pembelian aset lama Ananda Krisnan yang menelan belanja sebanyak RM8.5 bil juga mengemparkan ramai.

“Ini adalah kesempatan yang terakhir bagi ahli politik Umno-BN untuk mendapatkan urusniaga. Ia bukanlah untuk menyediakan wang bagi pilihanraya yang akan datang, sebab berbilion ringgit sudah pun disimpan untuk itu. Ini lebih bersifat peribadi dan untuk perjanjian ini direalisasikan, bergantung jika BN masih memegang kuasa,” seorang penganalisa di fima broker yang mahukan identitnya dirahsiakan memberitahu Malaysia Chronicle.

Ketua pembangakang Anwar Ibrahin dari Pakatan Rakyat dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk mengalahkan Umno-BN yang diketuai oleh suami Rosmah, PM Najib Razak.

Ternyata, ada beberapa percubaan yang gelabah termasuk Najib yang menarik balik keputusannya untuk mengadakan debat bersejarah dengan Anwar, untuk mengalihkan perhatian daripada sektor bisnes, dimana beberapa perjajian dibuat dengan cepat hampir pada purata satu untuk seminggu.

Pusingan U besar

Dalam percubaan menyelamat Envair baru-baru ini, Business Times melaporkan Deepak mempunyai sebanyak 12.4 peratus daripada saham firma melalui perjanjian luar semenjak dua minggu yang lalu. Dia juga telah menyandang jawatan pengarah urusan kompeni itu. Deepak juga berkata, dia dan parti yang menyebelahinya cuba untuk mendapatkan keseluruhan 30 peratus yang telah dihalang oleh pengarah-pengarah lama Envair.

Ini merupakan pusingan balik terbesar Deepak semenjak dia menjual semua asetnya dalam Envair pada bulan Disember. Dia juga telah mendermakan keuntungannya kepada kebajikan walaupun spekulasi bahawa Mahathir yang juga penasihat Petronas telah membantah penglibatan Najib dalam industri minyak dan gas, dimana anaknya sendiri Mokhzani mempunyai pengaruh dan juga pernah berhadapan tuduhan konflik kepentingan.

Deepak dan sekutunya dijangka menyalurkan wang itu ke dalam projek minyak dan gas yang bernilai USD500 juta (RM1.51 bilion) ke dalam Envair. Projek itu dipercayai bertempat di Eropah Timur, dan lembaga Envair dijangka mengumumkan pertukaran nama bagi syarikat itu kepada Raya Energy Bhd tidak lama lagi.

Kaitan yang kontroversi

Sering menafikan dirinya sebagai 'budak suruhan’ Rosmah, pertama kali Deepak menjadi tajuk akhbar adalah apabila dia dituduh menyogok penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya mengubah kandungan mengemparkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan kedua-dua Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu pada tahun 2006.

Deppak berasal dari keluarga peniaga kelas pertengahan yang memiliki kedai permaidani di Kuala Lumpur. Bagaimana dia boleh menempatkan dirinya ke dalam perniagaan yang besar di sektor yang selalunya dikhaskan untuk perdana menteri dan anak-anak mereka pasti memperkuatkan spekulasi tentang pihak Najib dan Altantuya, yang telah dibunuh oleh dua pengawal peribadi bekas pasangan pertama Malaysia itu.

Kedua-dua lelaki ini masih berhadapan hukuman mati dan rayuan mereka ditangguh sejak April 2009. Mereka tetap dijatuhi hukuman gantung walaupun salah seorang daripada mereka telah mendakwa dia dibayar untuk membunuh Altantuya. Makamah Malaysia enggan membenarkan peguam pembela menyiasat dakwaan ini, mendorong pegawai kedutaan AS (seperti yang didedahkan dalam Wikileaks) untuk mempersoalkan kualiti keadilan yang diberikan kepada dua lelaki ini di mahkamah dalam bida untuk menutup mereka menjadi dalang kepada kes ini.

Terlalu banyak kebetulan yang menghubungkan Altanutya kepada pihak Najib. Dia merupakan perempuan simpanan rakan karib PM, Razak Baginda yang telah membantu Baginda mementerai pembelian 2 kapal selam Scorpene yang dimahukan oleh Najib semasa dia menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2002. Empat tahun kemudian, dia datang ke Malaysia untuk menuntut bahagian sogokan RM570million yang didakwa dibayar oleh pembuat senjata DCN Perancis kepada Najib supaya bersetuju membeli kapal selam dari mereka. Tetapi dia akhirnya dibunuh, dan sehingga kini pihak berkuasa Imigresen tidak dapat menjelaskan mengapa mereka tidak mempunyai rekod kemasukan Altantuya ke negara ini dan ada yang mendakwa pihak berkuasa itu telah diarahkan oleh pihak atasan supaya memadam rekod kemasukannya di Malaysia.

Serba boleh dalam semua perniagaan

Oleh kerana latar belakang kontroversinya, Deepak akan perlu bekerja lebih keras untuk membuktikan integriti dalam perniagaan dan kebolehpercayaan terhadap pelabur yang mantap dan serius. Kepada ahli peniaga kecil, yang melihatnya sebagai proksi Rosmah, dia dikatakan memiliki kehebatannya sendiri, kerana hubungan dengan kes Altantuya, sebenarnya menjadikan dia ‘Pied Piper ‘ (serba boleh) dalam pelbagai bidang. Akhirnya, kita akan dapati, keuntungan Envair akan bergantung kepada kontrak minyak yang diterimanya, sebahagian besar dapat dijangka datang dari Petronas.

Ia mesti ditegaskan bahawa Deepak telah sebelum ini menafikan urusan Envair ada kaitan dengan Najib. "Saya ingin menjelaskan yang saya berdiri di atas dua kaki saya sendiri. Keluarkan saya dari spekulasi jahat anda," Deepak memberitahu Malaysia Chronicle pada bulan Disember.

Sementara itu, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia minggu lepas, Envair telah mengumumkan bahawa ia telah mencadangkan saham persendirian sehingga 35,57 juta saham baru, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meneroka ke dalam pengedaran dan perdagangan produk minyak dan gas bagi firma itu. Saham akan diberikan kepada Deepak, pengarah- pegarah Envair, Mohd Anuar Mohd Hanadzlah dan Mohd Shukri Abdullah, serta seorang ahli bebas.

Malaysia Chronicle

Konspirasi dalam Umno: Najib rancang 26 Mei untuk merdeka dari Dr M

Tekaan untuk tarikh pilihan raya kembali lagi dan sekarang ianya mengatakan bahawa 26 Mei, yang jatuh pada hari Sabtu sebagai tarikh keramat itu. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengadakan pilihanraya lebih awal daripada itu walaupun penasihatnya cuba berselindung dengan mengadakan cerita bahawa 'pilihan raya semakin hampir’ kepada pihak media, ini berkemungkinan hanya diadakan untuk mengelirukan kita.

"Terus terang saya cakap, saya tidak fikir Najib sendiri tahu bila PRU ke-13 akan diadakan. Sehingga dia menyiapkan pelan penggantian dengan Mahathir, dia tidak akan berani untuk mengadakan pemilihan parti," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Mereka yang ditemuramah Malaysia Chronicle juga menegaskan 26 Mei juga merupakan hari Sabtu terakhir bulan tersebut, ini menjadikan itulah tarikh yang akan dipilih.

Namun, ramai yang yakin bahawa ini adalah teka teki terbaru dari Najib - untuk memberi kejutan setelah hampir semua memikirkan bahawa dia terlalu takut untuk berhadapan dengan pilihanraya apabila mandatnya tamat tahun depan.

Mesyuarat untuk mengatasi ‘kejutan’ Najib

Pemerhati politik memberitahu baru-baru ini bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan beberapa veteran Umno, termasuk mufti Perak, Harussani Zakaria untuk berbincang tentang hak-hak Melayu yang juga menunjukkan bahawa Mahathir juga telah menghidu perubahan pada rancangan Najib dan mahu merencana taktik yang baru pula.

Adalah dipercayai bahawa mesyuarat Mahathir-Perkasa memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan perpecahan antara Melayu dan bukan Melayu dan untuk terus memburukkan imej orang Kristian, bagi meraih sokongan orang Melayu kepada sayap kanan Umno. Sebuah plot yang sama dengan kejadian rusuhan kaum13 Mei 1969 juga dipercayai untuk menjadi kecemasan mereka.

"Anda mesti ingat bahawa PRU ke-13 akan diperhatikan oleh ahli UMNO serta pembangkang. Kepada panglima-panglima Umno, ia mambawa banyak erti. Apabila ia diumumkan, ini bermakna semua broker kuasa akan mengadakan perjanjian untuk berkongsi kekayaan negara. Sudah semestinya, BN mungkin gagal dalam PRU ke-13, tetapi ini adalah apa yang selalu berlaku pada pilihan raya. Rundingan untuk kepentingan mereka sendiri sentiasa diutamakan. Pertikaian utama akan menjadi ‘siapa yang dapat apa’, "kata pemerhati Umno.

Menurutnya, Mahathir yang berusia 86 tahun bimbang jika Najib mula menentangnya kerana ini bermakna Mukhriz tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini.

Mempertaruhkan populariti sendiri tanpa mempedulikan Umno, MCA dan Gerakan

Walaupun takut akan pengaruh Mahathir, Najib bertaruh pada populariti peribadinya untuk mendapatkan undi. Daripada usahanya mendalangi kejatuhan NFC RM250mil, dia kelihatan bersedia untuk memburuk-buruk dan memusnahkan Umno supaya kekal sebagai Perdana Menteri. Harapan itu tidak mustahil memandangkan bahawa UMNO telah Berjaya mendapat nama buruk seperti MCA, Gerakan dan MIC. Laungan ‘Asalkan bukan Umno’ telah menjadi sorakan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu.

Jika Najib mampu menang atas kekuatan sendiri, ini bermakna dia tidak perlu membuang sepupunya Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang secara automatik akan mengambil alih jawatan timbalan perdana menteri dari Muhyiddin Yassin. Terdapat tekanan dari kem Mahathir supaya Najib mengorbankan Hisham supaya Mukhriz boleh dimasukkan ke dalam slot TPM dengan lebih cepat.

Khabar angin dari UMNO juga riuh dengan spekulasi mengapa Najib tidak mengumumkannya dalam perhimpunan agung Umno dan pemilihan parti akan diadakan pada akhir tahun ini. Dia sudah pun mengumumkan mesyuarat tahunan bagi semua cawangan Umno akan diadakan di antara 1 April ke 15 Jun, manakala pemilihan bahagian akan diadakan dari 1 Julai hingga 15 September. Sambutan tahunan bagi pembentukan Umno akan diadakan pada 11 Mei 2012.

Tetapi dua tarikh utama yang tidak diumumkan Najib ialah pemilihan parti dan perhimpunan agung Umno. Ini memberi petanda bahawa kerja dalaman sedang dijalankan.

Calon boleh menang untuk kawal bahagian dan cawangan menjelang pemilihan Umno

Walau bagaimanapun, mengikut masa yang diumumkan, ia amat sukar bagi Najib untuk mengadakan PRU ke-13 pada Mei atau Jun. Walaupun begitu, jika PRU ke-13 diadakan pada bulan November atau tahun depan, Najib akan membubarkan Parlimen pada pertengahan tahun. Ini bermakna pelbagai cawangan dan mesyuarat bahagian akan bermula seperti yang diumumkan, tetapi tidak semua akan dapat berbincang.

Dipertengahan jalan, Najib dijangka mengumumkan calon-calon boleh menang BN untuk PRU ke-13, di mana selepas itu, hanya akan tinggal sedikit masa untuk panglima UMNO untuk bertindak. Ya atau tidak, mereka terpaksa juga menerimanya. Umno terpaksa melakonkan perpaduan dalam parti jika ingin mengalahkan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat iaitu Anwar.

Apabila PRU ke-13 selesai, calon pilihan Najib yang menang kerusi masing-masing akan mengambil alih bahagian Umno itu dan mengadakan mesyuarat cawangan untuk menggantikan pemegang jawatan tertinggi dengan penyokong kuat sendiri dan bersedia untuk pemilihan parti di mana mereka akan dijangka untuk mengundi bagi Najib dan beroleh majoriti besar. Dengan cara ini, Najib akhirnya boleh menjadi Presiden Umno yang kuat, tanpa perlu tunduk kepada Mahathir. Dengan orang-orangnya ditempat yang strategik, Najib akan berupaya mengisi ahli majlis tertinggi parti dengan para penyokongnya.

Mahathir tidak akan duduk diam

Sudah tentu, Umno-BN tidak boleh menang pada PRU ke-13, di mana dia akan menjadi Presiden Umno dan Ketua Pembangkang dan bukannya Presiden Umno dan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dia seolah-olah yakin mampu mengalahkan saingan utamanya, Anwar ibrahim.

Selain itu, sama ada rancangannya berjalan lancar bergantung kepada apa tindakan yang akan dilakukan oleh Mahathir untuk mengatasi rancangan 'rampasan kuasa' Najib. Pada usia 86 tahun, Mahathir masih lagi seorang ahli politik yang disegani dan masih mampu memberi kejutan.

Pada masa ini, Najib nampak seperti 100% di belakang Mahathr. Tetapi, mereka tahu sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku.

Pemerhati memberi amaran bahawa Najib, pada bila-bila boleh menarik balik sokongannya kepada Mahathir untuk menghadapi pendakwaan ke atas bekas PM ynag telah menyalahgunakan kuasa dan rasuah dengan membantu kroni dan keluarganya untuk mengumpul kekayaan yang besar.

Namun Mahathir seringkali dikatakan mempunyai cengkaman tersendiri ke atas pemimpin BN yang lain, termasuk Najib yang sering terlibat dalam skandal.

"Najib cuba untuk menunjukkan bahawa dia dan Mahathir sangat rapat. Dia cuba untuk memberi isyarat kepada orang yang melindungi Mahathir dari skandal-skandal yang lalu seperti MAS dan kejatuhan Tajudin Ramli, Air Asia dan Proton," kata pemerhati UMNO.

“Tetapi itu hanya pada zahirnya sahaja. Hakikatnya, kita tidak nampak Najib mempunyai keberanian yang cukup untuk memberanikan diri dihadapan Mahathir atau inikan pula mengatasinya. Mahathir juga bukanlah seorang yang akan berdiam diri. Ada kemungkinan Najib tidak akan berani untuk memisahkan diri dari Mahathir dan pengaruhnya. "

Malaysia Chronicle

Lynas: Kera di hutan disusu, anak mati kelaparan

Loji nadir bumi Lynas di Gebeng telah menimbulkan keresahan penduduk setelah pendedahan dibuat tentang risiko yang boleh ditanggung seandainya sisa-sisa radioaktif dari loji tersebut tidak diuruskan dengan baik.

Ribuan rakyat berbilang kaum telah berhimpun di Kuantan 26 Februari lalu membantah operasi syarikat terbabit.

Himpunan Hijau 2.0 bukan sahaja telah berlaku di Kuantan malahan di beberapa bandar utama di Malaysia menyaksikan rakyat bangkit memberikan isyarat jelas buat Pemerintah, rakyat tidak mahu negara ini menjadi tong sampah radioaktif.

Ada yang memberikan hujah bahawa Loji Lynas ini akan memberikan pulangan baik kepada pendapatan negara. Saya sebenarnya tidak ingin menyangkal hujah ini namun, peluang pekerjaan yang dibuka adalah sebanyak 350 sahaja tambahan lagi, pengecualian cukai diberikan hingga 12 tahun.

Kita sangat baik apabila memberikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif pengecualian cukai begini walaupun industri ini dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya.

Apakah pihak Pemerintah tidak menyedari akan tindakan mereka memberikan pengecualian cukai ini ibarat “Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kita telah lihat bencana radioaktif yang berlaku di Bukit Merah dulu. 8 kes leukimia dan 7 kes kematian telah berlaku.

Walaupun telah ditutup pada tahun 1992, namun kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan hingga hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Apakah kita tidak mempelajari daripada kesilapan kita dahulu?

Di sekeliling loji Lynas ini terdapat banyak kilang-kilang yang telah dibina lama dahulu.

Kilang-kilang seperti BASF Petronas Chemical, BP Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd, W.R Grace Speciality Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd, Kaneka Innovative Fibers Sdn. Bhd, Cargill Palm Products (Kuantan) dan banyak lagi.

Pelbagai produk-produk pengguna dihasilkan oleh kilang-kilang ini, daripada lampin pakai buang untuk bayi, tuala wanita, minuman jus, air mineral, lampu, produk rambut,nutrisi haiwan dan macam-macam lagi.

Apakah alasan Kerajaan Pemerintah untuk membenarkan pembinaan loji berbahaya ini berdekatan dengan industri-industri begini? Apakah pihak Kerajaan Pemerintah tidak memikirkan mengenai nasib ribuan pekerja-pekerja industri yang mencari rezeki untuk menyara keluarga di Pusat Perindustrian Gebeng ini? Bagaimana pula dengan nasib 309 nelayan laut dalam di sekitar Kuantan? Sektor perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar.

Sekiranya terjadi kebocoran sisa atau kemalangan radioaktif bukankah ini turut memberikan kesan kepada industri perikanan?

Manakala, di pihak kilang-kilang lain, adakah anda tidak berani untuk menyuarakan kebimbangan pekerja-pekerja anda terhadap loji penapisan nadir bumi ini? Sekiranya berlaku kebocoran atau kemalangan radioaktif, tidakkah anda sedar ia akan menjejaskan kesihatan pekerja-pekerja anda dan juga produk-produk yang anda hasilkan?

Apakah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri bersedia untuk memindahalihkan kesemua kilang-kilang di sekeliling loji ini sebagai menuruti syarat minimum seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia?

Sedangkan dalam industri pemprosesan Cyanide, jarak selamat diantara loji pemprosesan dengan kawasan penempatan penduduk adalah sekitar 10 km seperti yang dinyatakan oleh International Cyanide Management Institute (ICMI). Namun, loji pemprosesan Nadir Bumi Gebeng ini hanya berjarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang.

Apakah kita boleh menutup sebelah mata terhadap nasib penduduk Balok dengan membenarkan pembinaan loji pemprosesan Nadir Bumi yang mengandungi pelbagai logam berat ini berdekatan dengan penempatan mereka?

Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima, dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun.

Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang.

Bersediakah kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan? Bagaimana dengan pelan evakuasi

dan kontigensi melibatkan hampir 1 juta penduduk ini?

Perdana Menteri menyatakan bahawa Kerajaan ingin memastikan keselamatan rakyat sewaktu mengumumkan keputusan untuk mengarahkan Lynas mengalihkan tempat pengumpulan sisa ini ke lokasi yang lebih jauh dari penempatan.

Namun, ini tidak menjelaskan penyelesaian sebenar kerana Loji Nadir Bumi LYNAS ini tidak seharusnya dibenarkan wujud di bumi Malaysia ini sekiranya Kerajaan Pemerintah dan Perdana Menteri benar-benar ikhlas dalam memastikan keselamatan dan nyawa rakyat.

-harakahdaily

Rafizi, Zuraida fail saman balas terhadap Shahrizat

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan saman balas terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan menteri tersebut.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi berkata langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat National Feedlot Corporation yang diusahakan keluarga menteri itu "terus dibawa ke mahkamah."

"Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan," katanya.

Kedua-dua Rafizi dan Zuraida memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, berhubung ucapan Shahrizat itu.

"Kata-kata berbau fitnah" itu didakwa diujarkan Shahrizat semasa menyampaikan ucapan ketika pembukaan Perhimpunan Wanita Umno pada 30 November 2011.

Turut difailkan hari ini ialah pembelaan ke atas saman yang difailkan oleh Shahrizat terhadap mereka pada 19 Januari lalu, yang juga dihantar kepada peguam Shahrizat di Muhammad Shafee and Co.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keseluruhan pimpinan BN tidak lagi boleh berdolak-dalik dari berdepan dengan rakyat dalam hal ini.

"Walaupun perdana menteri dan pimpinan kanan BN tidak serius dalam memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, saya yakin jalan mahkamah memberi lebih ruang agar penyelewengan lain yang belum didedahkan dibawa ke pengetahuan umum," kata Rafizi lagi.

Permohonan Maaf selepa melingkopkan negara 50 tahun lebih..Beralihlah kepada harapan yang pasti

Beralihlah kepada harapan yang pasti

http://pemudapenang.files.wordpress.com/2012/03/najib-150x150.jpg?w=245&h=266
Permohonan maaf secara terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai kesan yang tersendiri dari sudut psikologi. Permohonan maaf secara terbuka ini dengan sendirinya mengakui rekod buruk sepanjang lebih 50 tahun memerintah Malaysia.

Akhirnya Umno/BN tergapai-gapai mencari kaedah baru bagi menyelamatkan diri dan memancing hati rakyat- Maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kaedah psikologi ini mudah termakan oleh golongan yang lemah, berfikiran pendek dan meminta-minta. Walau apa kesalahan seseorang, melalui kaedah ini mereka mudah mempengaruhi manusia, akhirnya memaafkan dengan sekelip mata.

Tanpa kita sedar bahawa kesan jangka panjang yang akan menimpa kita, jika terus memberi mandat kepada Umno/BN untuk memerintah Malaysia, mereka akan terus mengulangi siri kezaliman terhadap rakyat.

Rayuan maaf psikologi ini adalah kemuncak kepada taktik memancing undi Umno/BN.

Bagi golongan yang ada integriti, berfikiran panjang dan tidak bergantung kepada orang lain, mereka sudah kenal jerat yang dipasang melalui rayuan psikologi ini.

Minda kita masih bugar mengingati peristiwa setiap kali selepas pilihan raya umum, golongan yang dilabel pembangkang sebagai penjawat awam akan ditukar tempat kerja, disekat segala bentuk bantuan yang mereka layak, malah ada yang diberhentikan terus pekerjaan.

Tidak kurang juga ramai antara rakyat yang dilabel sebagai pembangkang ini terpaksa menjual harta dan mencari kehidupan baru di negara lain kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan.

Percayalah rayuan maaf psikologi ini akan bertukar menjadi sifat sediakala jika terus diberi mandat kepada Umno/BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beralihlah ke harapan yang pasti dengan mengundi Pakatan Rakyat.

Bil Hotel pertunangan anak Najib.. kantoi..!!


Perkara macam nie yang kita nak... Jadikan RAKYAT sebagai SB kepada pimpinan yang dok ada... zaman sekarang semakin canggih.. dimana jika anda Terjumpa... Terlibat... Ternampak ataupun Tersengaja terjumpa benda salah guna dan dokumen-dokumen yg mereka katakan rahsia ataupun cuba sembunyikan kelaku huduh mereka anda gunakanlah GADJET yang canggih manggih yang anda gunakan... jadi gunakanlah gadjet spt KAMERA HP etc.. anda ambik gambar tu dan email mai kat kami...

Jadi benda atau kelaku pimpinan di luaq dan dalam boleh kita sergah supaya depa jgn makan gaji buta.....

Scorpene dan OPV: Kroni mula jual aset sebelum PRU, Lodin sangkal penswastaan BHIC

DIKEMASKINI Sedang kroni jutawan Umno bersenang-lenang di atas aset yang dipercayai diperolehi melalui pemimpin tertinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, timbul pula cakap-cakap bahawa BHIC - firma yang dikaitkan dalam komisen RM570million yang dibayar oleh gergasi senjata Perancis, DCN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – akan diswastakan.

Menjadikan BHIC swasta sudah tentu akan membolehkan pihak pengurusan untuk merahsiakan akaun dan urusannya. Namun, sebagai sebuah syarikat tersenarai, BHIC atau Boustead Heavy Industries Corp Bhd perlu mematuhi peraturan kawal selia pasaran, sebagai firma yang dikawal kerajaan pula, ia telah memperolehi banyak kelonggaran. Bagaimanapun, dengan pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan tahun ini, ada kebimbangan bahawa sekiranya berlaku perubahan kerajaan, perjanjian BHIC akan diteliti kerana ia telah dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam pentadbiran Najib.

Perimekar Sdn Bhd, sebuah firma swasta yang dipegang oleh rakan rapat Najib Razak, iaitu Baginda, dipercayai telah menerima wang dari DCN bagi pihak Najib dalam bentuk perkhidmatan sokongan dan kontrak penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, tidak mungkin satu sahaja firma yang terlibat. BHIC juga dituduh mendapatkan komisen dalam bentuk rasuah yang diterima Najib untuk mendapat dua kapal selam Scorpene bagi kerajaan Malaysia.

"Sejak akhir-akhir ini banyak pembelian yang boleh dipersoalkan dibuat oleh kerajaan Umno-BN pimpinan Najib. Sekarang mereka takut tertangkap dan harta kekayaan dirampas. Jadi, mereka mula menjual aset. Sekiranya berlaku perubahan kuasa, Pakatan rakyat pasti akan mengadakan suatu siasatan awam tanpa menyelindungi mereka yang terlibat dalam pembelian yang menyeleweng. Banyak lagi yang belum boleh kita lakukan sekali gus tetapi kita sedang buat satu persatu. Semua perbuatan akan diadili di hadapan rakyat," naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai peluang yang lebih baik untuk merampas kerajaan persekutuan daripada gabungan Najib di PRU ke-13. Antara jutawan yang sedang sibuk melupuskan aset adalah Vincent Tan dan Ananda Krishnan, kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat dengan elit Umno.

Penafian

Sememnagnya, unit BHIC, Boustead DCNS Naval Corp telah diberi kontrak bernilai RM532 juta berkaitan kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan. Syarikat itu sekarang melakukan perkhidmatan sokongan terhadap kapal selam dari tahun 2010 hingga 2015. Boustead DCNS Naval Corp adalah rakan kongsi dengan kepentingan 60:40 antara BHIC Technologies dan DCNS yang berpusat di Perancis yang bermula pada tahun 2009.

Namun begitu, pengerusi BHIC, Lodin Wok Kamaruddin telah menafikan laporan yang mengatakan BHIC akan diswatakan tetapi tidak menolak ada rancangan untuk membawa kompeni itu untuk maju ke hadapan.

“Saya rasa, tiada niat di pihak kami sebagai pemegang saham untuk menswatakan BHIC. Pada masa ini, kita tidak nampak sebab untuk berbuat demikian.” Bernama melaporkan kenyataan Lodin.

“Saya menulis kepada Bursa Malaysia, pihak kami tiada perancangan untuk menswastakan BHIC. Dengan itu, kami tidak akan melakukannya untuk sekurang-kurangnya enam bulan lagi. Saya tidak tahu bagaimana khabar angin ini bermula. Ia tidak benar, setahu kami, pemegang saham BHIC.”

The Armed Forces Fund Board (LTAT) merupakan pemegang saham terbesar BHIC. Memegang sebanyak 8.15 peratus kepentingan dalam syarikat dan 65 peratus kepentingan pula melalui Boustead Holdings Bhd. LTAT memegang sebanyak 60 peratus kepentingan ekuiti dalam Boustead Holdings Bhd.

6 buah OPV untuk RM 9 billion dan banyak lagi akan menyusul

Spekulasi bertiup kencang mengatakan LTAT akan memilih untuk menswastakan BHIC dengan RM5 ke RM6 perunit saham. Berikutan urusniaga pada masa hadapan, ia dijangka akan bertahan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Pada 16 Disember tahun lepas, BN Shipyard menerima surat perlantikan dari Kementerian Pertahanan bagi kontrak, reka bentuk, membina, melengkapkan, memasang dan diberi kelulusan untuk menghantar enam unit generasi kedua kapal peronda, Littoral Combat Ships, yang dijangka bermula pada tahun 2017 bagi enam bulan seterusnya. Kontrak yang menelan belanja RM9 billion ini akan dijalankan pada rancangan Malaysia ke 10, 11 dan 12.

“Ramai yang menganggap projek RM9 billion itu telah diberikan kepada BHIC. Ini tidak benar kerana, ia sebenarnya diberi kepada BN Shipyard (Boustead Naval Shipyard) rakan perniagaan BHIC," katanya lagi.

“BN Shipyard hanya mendapat surat penganugerahan untuk kumpulan kapal perang yang seterusnya pada akhir tahun lepas. Ada jurang masa satu tahun selepas kami menghantar sekumpulan enam kapal peronda laut yang pertama. Banyak yang perlu kami bayar seperti gaji pekerja dan ini menjejaskan prestasi kami.”

Lodin merujuk kepada 6 buah OPV (kapal perondal laut) yang mengundang kontroversi apabila menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kosnya, yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan kapal-kapal milik tentera laut negara lain yang serupa. Jumlah yang diumumkan oleh Zahid, iaitu RM 6 billion menjadikan harga untuk sebuah kapal adalah RM1 billion. Ini bermakna, harga ini hampir 5 kali ganda harga pasaran. Tanpa menghiraukan kemarahan rakyat, Zahid telah menaikkan pula jumlah itu kepada RM9 billion.

Pembunuhan

Prokumen pembelian Kapal Peronda Laut berserta Scorpene adalah perkara biasa dalam cara kerajaan BN membeli kelengakapan tenteranya. Hanya sedikit sahaja maklumat akan diberitahu sehinggalah pembelian selesai. Kerana BN memegang majoriti undi dalam parlimen, ia menjadi senang bagi mereka untuk meluluskan pembelian sebegini, dan pada masa yang sama menolak desakan untuk Inkuiri Suruhanjaya Diraja bagi pembelian Scorpene yang juga telah melibatkan satu pembunuhan.

Altantuya Shaariibuu, penterjemah dari Mongolia, dipercayai dibunuh kerana telah mengugut akan mendedahkan korupsi dalam pembelian kapal selam apabila dia tidak menerima habuan dari mereka yang terlibat. Dia yang dikatakan perempuan simpanan Najib, juga merupakan kekasih Razak Baginda, rakan Najib sendiri.

Dua pengawal peribadi Najib akan dikenakan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya. Ketua Inspektor, Azilah Hadri, 34 tahun dan rakan sekerjanya, Lans Kopral Sirul Azhar Umar, 39 tahun telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 9 April 2009, selepas hakim mendapati mereka bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya di kawasa hutan di Mukim Bukit Raja diantara 9.45 malam pada 18 Oktober dan 9.45 malam hari yang berikutnya. Perbicaraan berjalan selama 159 hari dan kedua-dua lelaki ini masih berhadapan hukuman mati buat masa ini.

Namun, rakyat Malaysia pasti bahawa kedua-dua anggota polis ini hanyalah orang suruhan sahaja dan dalang sebenar disebalik kejadian inilah yang seharusnya dibawa ke muka pengadilan. Selepas ditunda selama 3 tahun, pembantu pendaftar, Kanageswari Nalliah telah menetapkan 9 Mac sebagai tempoh masa untuk peguam Azilah, J Kuldeep Kumar untuk mendapatkan semua rekod berkaitan kes. Ini akan membuka ruang untuk rayuan dibuat ke atas keputusan.

Najib dipercayai cuba melenggahkan rayuan kes ini sehingga selepas PRU ke-13 yang dijangka akan berlaku pada tahun ini. Ini supaya tiada publisiti negatif terhadap dirinya pada masa itu kerana kemungkinan untuk kalah kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim adalah besar.

PM Malaysia itu telah menolak dakwaan menerima apa-apa habuan dari DCN dan juga penglibatannya dalam kes Altantuya.

Malaysia Chronicle

PERKASA menyambut baik dan menghargai tindakan KDN memanggil The Star untuk tampil memberikan penjelasan

KENYATAAN MEDIA KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA

Wira Perkasa Malaysia mengulangi pendirian berterusan dan tetap dengan tujuan dan matlamat penubuhan PERKASA dalam Perlembagaan Perkasa Fasal 4 (1) untuk Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan.

Wira Perkasa Malaysia menyambut baik dan menghargai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi penyiaran maklum balas kementerian tersebut melalui Ketua Setiausaha, Tan Sri Mahmood Adam bahawa KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star untuk tampil memberikan penjelasan.

Ekoran itu, KDN menegaskan supaya media di Malaysia mengambil tindakan pencegahan, pembetulan dan berinformasi bagi mengelakkan sebarang paparan kandungan yang boleh menyentuh sensitivity masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Wajib ke atas umat Islam di negara ini untuk mengutuk tindakan akhbar The Star yang menyiarkan gambar penyanyi terbabit dengan tatu Kalimah Allah di kiri dan kanan bahunya sekaligus menghina agama Islam dan umatnya yang ditentang keras oleh PERKASA.

Saya, selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia mewakili seluruh ahli Perkasa dan umat Islam amnya menyambut baik dan menghargai keputusan dan berharap agar KDN dapat melaksanakan satu tindakan yang tegas kepada akhbar tersebut agar perkara ini tidak lagi berulang.

Irwan Fahmi Bin Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
8 Mac 2012

Syarikat PAS tiada pengalaman?

"Jangan jadikan rakyat Kedah menjadi mangsa ekoran kelemahan diri sendiri," kata Naib Presiden, Sobry Ahmad.


PETALING JAYA: Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyelesaikan krisis kepimpinan segera demi kebaikan rakyat negeri itu.

“Jangan jadikan rakyat Kedah menjadi mangsa ekoran kelemahan diri sendiri,” kata Naib Presiden, Sobry Ahmad.

“Kalau betul ada penyelewengan dalam pemberian kontrak, laporkan sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” tambah beliau.

Sobri yang berasal dari Kedah, menegaskan exco kerajaan negeri pula perlu memberi peluang kepada Azizan untuk menamatkan khidmat sebagai Menteri Besar.

Azizan Adun PAS Sungai Limau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas parti itu mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008.

“Berpeganglah kepada janji-janji awal itu untuk kebaikan rakyat Kedah,” katanya lagi.

Syarikat PAS tiada pengalaman?

Konflik pentadbiran kerajaan negeri Kedah tercetus apabila Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh tidak meneruskan tugas sebagai exco kerajaan negeri.

PAS Pusat campur tangan dengan mengarahkan kedua-duanya menyertai kabinet negeri Azizan.

Phahrolrazi mendedahkan keputusan untuk memberi projek penyelenggaraan jalan raya bernilai RM60 juta kepada syarikat bekas pemimpin Umno menjadi punca beliau menolak jawatan tersebut.

Exco, Datuk Amriddin Hamzah menafikannya.

Bagaiamanapun, satu sumber memberitahu tindakan memberi projek kepada pemimpin Umno kerana sukar mendapatkan syarikat PAS yang membuat kemahiran dan pengalaman.

Katanya, pemimpin Umno mempunyai pengalaman kerana mereka mendapat banyak projek semasa BN memerintah dahulu.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/03/08/mbm-minta-azizan-utamakan-rakyat/

Pelaburan masuk 2011: Kedah tempat ke 5

http://4.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TUiNFdhEaYI/AAAAAAAAEc8/VYGgdcKqVWc/s1600/2011-02-02_064507.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-BN1h4-c517I/TnBWgd6bj0I/AAAAAAAAQSo/FbCC6G9TrHY/s400/1a6.jpg
ALOR SETAR – Bagi tahun 2011, Kedah menduduki tempat kelima di kalangan negeri-negeri di Malaysia menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan.

Jumlah pelaburan yang diterima hingga Disember 2011 adalah sebanyak RM6.14 bilion yang melibatkan 42 projek yang diluluskan.

Prestasi ini menunjukkan peningkatan yang memberansangkan, berbanding bagi tahun 2010 yang hanya mencatat nilai pelaburan sebanyak RM1.96 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, daripada jumlah projek tersebut, 23 adalah projek baru dan 19 adalah projek pembesaran.

Bagi projek baru, ia berjumlah RM4.7 bilion dan projek yang diperbesarkan sebanyak RM1.44 bilion.

“Kita menduduki tempat kelima di Malaysia dengan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM6.14 bilion, 42 projek.

“23 adalah projek baru, iaitu mereka yang baru melabur dengan Kedah, 19 adalah projek pembesaran operasi yang sedia ada.

“Tempat pertama adalah Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan RM9.106 bilion, diikuti Selangor dengan jumlah RM8.741 bilion, Sarawak dengan jumlah RM8.453 bilion dan tempat keempat adalah Johor dengan jumlah RM6.584 bilion,” ujar beliau.

Tambah beliau, berikutan perkembangan pesat pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur, kerajaan telah bersedia dengan kelengkapan zon industri dan infrasturktur.

“Di KHTP, kita telah tambah kepada zon industri fasa empat kepada pelabur yang berminat.

“Kita dah beri maklumat kepada pengarah-pengarah MIDA di sleuruh dunia bahawa kita ada lebihan tanah untuk pelabur, jadi jika mereka hendak ke sini, kita telah ada tanah, yang jadi masalah kepada pelabur, mereka dah minat, tapi dia kena tunggu dulu untuk penyediaan tanah,” ujar beliau.

Pastikan Kedah benam Perlis malam nanti

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/420509_331258013587635_100001103170415_879354_1955540179_n.jpg
ALOR SETAR - Pemain-pemain Kedah diingatkan agar bermain dengan prestasi yang cemerlang pada pertemuan menentang pasukan Perlis pada saingan Piala FA di Stadium Darul Aman pada 10 Mac 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB. Dato' Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, perlawanan menentang pasukan Perlis itu adalah perlawanan untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

“Perlawanan ini adalah perlawanan kalah mati dan peminat juga mahukan kemenangan pada perlawanan ini,” ujarnya.

Dr. Hamdan memberitahu, peminat-peminat pasukan Hijau Kuning diminta agar datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Menurut pengendali pasukan Kedah, Wan Jamak Wan Hassan, walaupun Perlis bermain di Liga Perdana, itu tidak bermakna anak didiknya boleh memandang mudah pertemuan itu.

“Saya selalu mengingatkan pemain supaya berusaha lebih gigih dalam setiap perlawanan yang dilalui termasuklah saingan Piala Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, pemain harus waspada berdepan Perlis kerana ini merupakan pertandingan kalah mati.

“Jadi, sebarang kesilapan harus dielakkan jika mahu melangkah ke peringkat suku akhir,” ujarnya yang menagih sentuhan pemain import sensasi mereka, Abdelfatah Safi.

Safi berjaya meledak gol kemenangan ketika menumpaskan Selangor 1-0 hasil sepakan penalti dalam kempen Liga Super pada 3 Mac 2012 yang menjadi sandaran utama peminat Hijau Kuning bagi meneruskan momentum kemenangan mereka.

“Corak permainan Safi memang luar biasa dan mempunyai magis tersendiri. Dia begitu banyak membantu bahagian serangan dalam memburu gol,” katanya.

Bagi rekod, Piala FA sudah tiga kali di bawa pulang ke negeri Jelapang Padi itu sejak kali pertama memenanginya pada tahun 1996.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...