TERKINI :

Thursday, March 8, 2012

Imam Hoslan Hussin - Antara Seleweng Duit Masjid & Lempaq Kasut Ke Tuan Hakim...!!!!

Ini antara heroku. Tanpa peduli kau nak kata apa.
Ini bukan ceritera politik. Ini kisah perjuangan.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/419494_2788642081341_1417004278_32109536_82582455_n.jpg

Rentetan peristiwa:-

- nama beliau Imam Hoslan Hussin, 46 tahun.
- beliau mengesyaki penyelewengan duit masjid telah berlaku.
- lalu mengadu, tetapi sebaliknya terjadi beliau pula digari di dlm masjid sedangkan beliau imam sah dilantik yang membaca khutbah.
- kes dibawa ke mahkamah, kes tidak dilayan.
- berang dengan ketidakadilan, beliau bertindak melempar selipar ke arah hakim. kemudian, bersolat sunat di dlm mahkamah.
- sekali lagi ke mahkamah. beliau solat sunat lagi, kali ini di luar mahkamah.
- kes didengar semula, tapi bukan kes penyelewengan. Kes didengar utk pertuduhan hina mahkamah yg dikatakan kesalahan serius (melebihi penyelewengan duit masjid).
- mahkamah yang 'adil lagi bijaksana' memutuskan beliau dipenjara 1 tahun kerana melempar selipar (wlpn tidak mengenai sesiapa).
- keadilan yg dicari, penjara yang diberi.
- ya, ini di Malaysia, tanah tumpahnya darahku.

"Anak-anakku, sabar..sabar menanti ayahmu ini pulang. Hanya setahun.. Biar manusia benci, janji Allah redha. Hidup utk Allah, bukan utk manusia." (smk)

"Biar title 'imam'mu dipecat di sisi manusia,
Kau tetaplah seorang imam di sisi Tuhan (Allah)!"

"Qulil haq walau kaana murraa!"

"Allahuakbar!"

Keadilan Untuk Imam Hoslan Hussin @ facebook

Blogger UMNO Yang Fitnah Exco Kedah akui BN yang semakin GELABAH bila Hasan Ali turun mai Kedah

http://2.bp.blogspot.com/-1lwmiOM7YbI/T1h-51kcexI/AAAAAAAAF7g/BUTsA03zGMM/s1600/2012-03-08_173425.jpg

Alhamdulillah nampaknya DET GUAQ akui bahawa dengan kedatangan HASAN ALI telah membuat PEMBANGKANG di KEDAH telah menjadi GELABAH. Ini di sebabkan oleh tour Hasan Ali memburukan Pemerintah di Kedah. Ini akan menimbulkan rasa simpati dan meluat rakyat kepada Hasan Ali dan akan berjangkit meluat sama kepada UMNO BN....

Dengan ceramah yang dilakukan di Kedah sejak dua menjak ini pihak pembangkang di Kedah sudah gelabah untuk membuat perancangan menawan semula Kedah. Ini disebabkan ceramah Hasan Ali ini tidak ada isi dan faedah pon.

Note : mungkin sahabat tertanya kenapa saya kurang KOMEN isu AZIZAN & EXCO...buat masa nie kawe jadi pemerhati sahaja....nantilah kita cerita boring sungguh puak-puak nie....

Usah tambah peritnya luka Kedah | Pakat-pakat patuh keputusan Pusat...



Tidak sukar untuk saya memahami gelodak rasa Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, yang dilaporkan Harakahdaily sebagai "teresak-esak menangis kegembiraan" selepas mendapat tahu dua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh menerima keputusan parti, yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Rakan baiknya, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, kedua-duanya anak Johor, turut menulis, menggambarkan situasi ketika beliau menerima panggilan Salahuddin memaklumkan berita gembira itu, "dengan nada tersekat-sekat, menangis teresak-esak".

Mazlan yang aktif memperjuangkan kepentingan peneroka dan generasi kedua Felda seterusnya mencatatkan: "Alhamdulillah ... tidak semena-mena mengalir deras air mata saya. Kegembiraan yang tidak terhingga. Saya sujud syukur dan membaca al-Quran sambil menangis."

Sememangnya debar episod terbaru di Kedah itu merisaukan banyak pihak dalam parti. Sebagai orang yang diamanahkan untuk mencari jalan keluar ke atas pergolakan dalaman itu, Salahuddin tentunya dapat merasai nikmat yang membahagiakan apabila formula penyelesaian dapat diterima dengan baik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Salahuddin sebagai layak digelar "Kofi Anan dalam PAS".

"Ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang bergegas balik dari Bosnia, transit di Austria, Kaherah, Bangkok dan sesampai di Kuala Lumpur bergegas ke Kedah, tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi," tambah Tuan Ibrahim.

Kebetulan pada Sabtu malam, 3 Mac itu, sekitar jam 9 malam, ketika ramai wartawan berkumpul di sekitar kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon, Alor Setar -- lokasi mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat -- saya melewati plaza tol terakhir Lebuh Raya Utara Selatan di Hutan Kampung, dalam perjalanan balik kampung untuk menziarahi emak saudara yang sakit tenat.

Hujan hampir sepanjang laluan yang kami tempuh selama lima jam itu. Semakin mendekati utara titisannya tambah lebat.

Saya menghubungi Ketua Pemberita Harakah Kedah, Azamin Amin, bagi mendapatkan maklumat lanjut. Beliau segera membalas SMS saya, memaklumkan keadaan, dan memberitahu wartawan tidak dibenarkan masuk, sambil menjangkakan mesyuarat mungkin berakhir lewat pagi.

Setengah jam kemudian, saya tiba di Kampung Pulau Timbul, Jitra. Ramai adik-beradik berkumpul; emak saudara saya, dalam lingkungan usia 70-an, ternyata begitu uzur sekali dan sukar bernafas.

Suasana sedih dan pilu tidak dapat menghalang beberapa kenalan dan orang kampung berbisik bertanyakan situasi sebenar politik Kedah. Nampaknya mereka agak kebingungan dan tidak dapat menyelami bagaimana Ustaz Azizan Abd Razak boleh berdepan keadaan yang dilihat genting itu.

"Ustaz Azizan nampak okey aja, takda isu besar yang bawa masalah, malah orang Umno pun takda modal nak serang dia," kata seorang daripadanya.

"Patutnya, sayalah yang tanya orang Kedah," usik saya. Mereka kelihatan cuba membendung keresahan.

"Dekat dengan pilihan raya, macam-macam pula hal berlaku. Hilang semangat nak bekerja pilihan raya, bukan saya seorang saja, kawan-kawan lain di sini pun macam tu juga ...," respons saudara saya itu.

"PAS di Kedah bukannya kuat sangat, kita boleh kalah kalau tak selesai cepat masalah ini," pintas seorang lagi, sambil mengaku dia masih tidak faham apa sebenarnya yang berlaku.

"Lagi elok kalau tak tahu puncanya," balas saya sambil tersenyum. Ternyata mereka agak tidak gemar dengan gurauan saya itu. Seorang rakan karib mencelah: "Aku tak dapat terima mengapa krisis ini terdedah pada waktu yang kritikal seperti sekarang."

Mereka begitu bimbang kekuatan parti terjejas atau sekurang-kurangnya rakyat curiga dengan keupayaan kerajaan PAS Kedah dan dengan itu boleh menyebabkan tumbang dalam PRU13 nanti.

"Insya-Allah, kita sama-sama berdoa untuk kebaikan jemaah. Semua yang terlibat itu mahukan yang terbaik untuk parti dan kerajaan Kedah. Banyak perkara yang kita tidak tahu," kata saya.

Apabila mendengar nada SMS telefon bimbit saya, seorang saudara rapat pantas bertanya, "ada maklumat terbaru?" Saya segera menyemak dan menjawab, "tak ada lagi, masih awal kot, mesyuarat tentu panjang, silap-silap sampai subuh."

Oleh kerana masih keletihan dan kaki membengkak, saya mohon diri beredar. Kampung halaman saya, Kampung Raja, hanya kira-kira 300 meter dari rumah emak saudara.

Di rumah, sembang-sembang bersambung. Orang kampung masih berkongsi kebimbangan. Saya kira mesyuarat khas di Seri Mentaloon malam Ahad itu bukan hanya cuba diteropong aktivis PAS di kampung saya, malah mendapat perhatian seluruh negara.

Mungkin ramai pencinta jemaah memanjatkan doa dan menunaikan solat hajat di keheningan malam itu agar segalanya berjalan lancar dan berjaya merumuskan jalan keluar terbaik. Halangan yang membantutkan gerakerja persiapan PRU13 perlu dibuang segera.

Lebih penting daripada itu, keyakinan tinggi rakyat terhadap Parti Islam tidak boleh dijejaskan. Selama ini banyak pihak beranggapan PAS mempunyai mekanisme tersendiri -- tentunya Islamik dan beradab -- bagi menyelesaikan sebarang kemelut dalaman yang berbangkit.

Dan kelebihan itulah, bagi mereka, yang membedakan PAS dengan parti-parti politik yang lain.

Keletihan sepatutnya memudahkan saya melelapkan mata, tetapi fikiran tetap terfokus ke Alor Setar. Sehingga jam 3 pagi, Azamin masih melaporkan tiada perkembangan yang boleh dilaporkan.

Esoknya, pagi Ahad, banyak SMS diterima bertanyakan soalan sama. Saya segera menghubungi rakan-rakan, di antaranya, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid, yang juga bekas wartawan Harakah.

Jawapan mereka hampir senada, "tak tahu ... cuba tanya AJK PAS Pusat." Helmi membalas, beliau dimaklumkan tiada sidang akhbar pagi itu. Mungkin ia adakan diadakan di Kuala Lumpur, pada pagi Isnin.

(Lebih kurang jam 10 pagi, khabar duka menyapa; satu-satunya mak saudara saya yang masih ada telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah)

Rakan-rakan lama di Kedah, yang sebahagiannya tidaklah begitu mengikuti perkembangan politik, turut menghubungi saya. Selain menjawab ringkas, saya lebih suka menduga tanggapan mereka sendiri.

Mereka tidak terkejut jika PAS juga dilanda masalah dalaman. "Suami isteri pun bergaduh, saudara mara ada yang tidak bertegur sapa, apatah lagi PAS yang begitu ramai ahlinya, ditambah lagi kini berkuasa di Kedah," kata seorang teman, peniaga berjaya.

"Cuma yang kami harapkan, janganlah londeh segala aib di depan orang ramai. Kalau nak bergaduh pun, ikutlah adab-adab, 'kan? Rakyat sedang perhati bagaimana PAS menyelesaikan konflik sesama sendiri. Jangan bagi mereka hilang keyakinan. Kalau kalah selepas berkuasa, payah nak menang balik," tambahnya.

Ini bertepatan sekali dengan kenyataan Ustaz Abd Hadi pada 6 Mac lalu, selepas merakamkan terima kasih kepada semua pihak terbabit yang memberikan kerjasama dan menghormati keputusan pimpinan PAS Pusat : "Perlu dingat bahawa konflik dalam sesebuah organisasi adalah perkara lumrah dan ianya perlu dihadapi dengan penuh keimanan, tenang, sabar dan berlapang dada. Ujian sebegini bukan sahaja senantiasa akan dihadapi dalam perjuangan, tetapi juga akan terus menerus dihadapi dalam semua suasana bahkan lebih mencabar lagi dalam mengisi kemenangan."

Media juga melaporkan kesediaan Ustaz Azizan untuk akur dengan keputusan pimpinan PAS Pusat: "Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan PAS Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan ... Selepas ini, saya serah kepada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku."

Sikap terbuka Ustaz Azizan itu wajar disanjung. Tidak mudah buat seorang menteri besar berdepan satu "tribunal", yang akhirnya dimanipulasi media Umno sebagai telah mengurangkan kuasa eksekutifnya. Difahamkan, semasa mesyuarat malam itu, Ustaz Azizan kelihatan tenang walaupun diasak pelbagai persoalan.

Begitu juga dengan pendirian Ir Phahrolrazi dan Dr Ismail, yang dikira dapat membantu memudahkan parti mencari jalan keluar menamatkan kemelut daripada terus berpanjangan.

Bagi saya, tiada pemenang apatah lagi pihak yang kalah dalam isu ini. Masih terlalu banyak agenda penting -- bukan setakat memastikan kemenangan PAS dan Pakatan dalam PRU13 -- khususnya demi kepentingan rakyat yang perlu diberi tumpuan.

Justeru, jauhilah daripada membuat ulasan atau singgungan yang boleh menyakitkan hati rakan-rakan yang lain, khususnya ketika sebarang kenyataan mudah ditafsirkan dengan pelbagai maksud.

Bernama melaporkan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menangani soal tersebut.

(Satu penyakit juga kalau dalam saat-saat krisis, ada pemimpin yang pantang disuakan soalan wartawan, pantas saja memberi respons meskipun natijahnya kepada jemaah buruk dan negatif. Begitu juga dengan sikap gatal tangan aktivis parti, khususnya yang mempunyai jawatan strategik, yang mencatatkan apa saja yang terlintas dalam pemikitran, termasuk hal-hal sensitif, misalnya dalam Facebook).

Secara peribadi, saya cuba mengelak daripada memandang remeh apa yang berlaku atau sekadar menuding jadi kepada musuh atau media yang dikontrol Umno. Memanglah BN dan medianya akan mengeksploitasi sejauh mungkin, terutama negara di ambang PRU13, dan ia satu kesempatan terbaik untuk menawan kembali Kedah.

Cuma saya kasihan dengan rakan-rakan media, khususnya di Utusan Malaysia dan TV3, yang begitu bebal (dan dungu) dalam laporan mereka, sehingga mahu mengaitkan semua perkembangan dalam PAS dengan faktor Anwar Ibrahim, dan terbaru ditambah elemen "parasit-parasit".

Imiginasi luar mereka asyik tertumpu kepada "krisis" kelompok "Erdogan" yang mahu menjatuhkan ulamak, sedangkan di Kedah, Dewan Ulama PAS Negeri, terutama ketuanya, dilihat bersama Phahrolrazi, termasuk dalam beberapa sidang akhbar.

Nasihat saya, menulislah berdasarkan kebenaran ... jangan rendahkah martabat sendiri hanya kerana mahu memuaskan nafsu bos politik anda!

Apa pun, buat penggerak parti, setiap masalah perlu dihadap secara serius, cermat dan bijaksana serta tidak memisahkannya dengan tradisi muafakat dan syura. Dalam keseluruhan babak yang dianggap genting ini (ada rakan menyifatkannya sebagai banyak membazirkan masa, tumpuan dan tenaga petugas parti), tentu ada yang "tercedera"; sama-samalah kita merawatnya dan bukannya menambahkan lagi luka.

Mansuh SBPA: Siapa Yang Paling Untung?


Berlambak-lambak blog Pakatan Rakyat memaparkan berita mengenai pemansuhan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang disolekkan dengan kenaikan gaji pelbagai lapisan dalam sektor kerajaan.

Aku malas nak komen pasal kenaikan gaji sebab ada dua puak yang bakal meraih laba besar dari pengumuman Najib Altantuya pagi tadi.

Pertama tentulah tauke besar dan pemborong sebab setiap kali gaji naik, untung malaon penghisap darah ini pasti akan naik berlipat kali ganda!

Kedua tentulah Najib Altantuya sendiri walaupun Pakatan Rakyat jelas menempelak tindakan flip-flop yang sudah semestinya berimpak besar dalam pilihanraya umum akan datang.

Buka sedikit penjawat awam berang dengan SBPA tetapi persoalan besar buat mereka: puas hatikah kenaikan cuma 13 peratus di saat harga barang melambung, contohnya tong gas di Bario, Sarawak yang harganya "cuma" RM130!

Tindakan populis Najib Altantuya membuktikan dua perkara:

Pertama, dia sendiri tidak yakin dengan tindakannya malah membuktikan komen pengkritiknya bahawa daya kepimpinannya sangat lemah

Kedua, menyedari sokongan terhadap kerajaan semakin lemah, maka sekali lagi Najib Altantuya terpaksa meniru sekali lagi idea yang terkandung dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tentunya sekali lagi meneruskan serangannya usai dengan keputusan yang sudah dijangka sebelum ini.

Menang pilihanraya umum lebih penting dari membiarkan kemarahan lebih 1.2 kakitangan awam memangkah Pakatan Rakyat kerana Buku Jingga ternyata lebih realistik berbanding dasar 1Malaysia yang kosong umpama telunjuk lurus kelingking berkait.

Jangan terkejut sekiranya Umno-APCO menang dalam pertarungan hidup mati kali ini, SBPA pasti akan dilaksanakan semula tanpa mendengar lagi suara rakyat!

JALAN PULANG

PAS Kedah akan lebih kukuh



http://media1-cdn.malaysiakini.com/447/8334edbbad42f28e35d226319e60d3bb.jpg

Dengan berakhirnya kemelut di Kedah, diiringi tangisan gembira oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub – yang mungkin juga oleh pendukung PAS di pelbagai negeri - harapan begitu cerah untuk melihat PAS/Pakatan Rakyat dengan segala kekuatan bagi menghadapi PRU Ke-13 pada bila-bila masa.

Tidak perlulah lagi PAS melayan dakwaan musuh PAS dan mereka yang keliru atau mahu mengelirukan kononnya kuasa Menteri Besar Kedah akan terhad dengan keputusan Jawatan Kuasa PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang akan memantau dan memandu Kerajaan Kedah.

Setiauaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abd Halim Abd Rahman telah menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pemandu itu hanya bersifat penasihat dan pemantau kerajaan negeri.

Menurut kedua-dua pemimpin tertinggi PAS itu, pembentukan jawatankuasa pemandu di negeri Kedah – seperti juga di Kelantan di masa lalu - adalah bersifat penasihat dan bukannya akan mengambil alih peranan majlis mesyuarat kerajaan (exco).

“Tiada sebarang jawatankuasa apapun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet. Oleh itu, penubuhan Jawatankuasa Pemandu ini tiada kaitan untuk mengambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.

“Ia hanya bersifat advisery (penasihat) dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat,” kata Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan media itu.

Namun pemimpin parti musuh PAS dan media mereka masih menyiarkan kenyataan dan tafsiran yang keliru.
Harapan mereka supaya krisis di Kedah itu tidak akan selesai hingga pilihan raya Ke-13, walaupun hakikatnya krisis itu telah berakhir dan PAS Kedah diberitakan sudah meneruskan kerja-kerja persiapan pilihan raya, malah persiapan itu, saya mendapat tahu, telah dilipatgandakan.

Ini adalah manifestasi yang ditunjukkan oleh pendukung PAS di mana-mana bahawa kepentingan parti mengatasi segala-segalanya. Atas semangat ini mereka terus menerus membuat persiapan. Tentunya ini akan melumpuhkan harapan Umno/BN itu menawan Kedah dalam Pru Ke-13.

PAS Kedah mempunyai ciri-ciri istimewa, terutama kerana ia pernah dipimpin oleh seorang tokoh besar PAS – Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor.

Almarhum, seorang pemimpin yang memandang jauh kedepan, berjaya melakar tahaluh-siasi bersama pimpinan PAS yang lain seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abd Hadi Awang, Haji Haji Mustafa Ali dan lain-lain.

PAS Kedah didukung oleh sejumlah pemimpin yang berwibawa, malah ramai di antara mereka juga diduduk dalam saf pimpinan Pusat.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Ab Razak, Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar, Ustaz Ustazah Jamilah Ibrahim, Ustaz Taib Azamudin, Datuk Muslim Othman dan ramai lagi.

Kini, PAS Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan bin Abd. Razak dengan timbalannya - Pesuruhjaya I : Ir. Hj Phahrolrazi bin Zawawi,

Timbalan Pesuruhjaya II : Dr Ismail bin Salleh dan Timbalan Pesuruhjaya III : Ustaz. Hj Mat Isa bin Shafie, disertai tokoh lain – Ustaz Musoddak bin Hj Ahmad,

Datuk Ir. Hj Amiruddin bin Hamzah, Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Haji Muhammad Yusuf Husin, Hj Sheikh Mohamad bin Abdullah, Ustaz Ahmad bin Yahya dan Hajah Aishah binti Ghazali serta tokoh-tokoh lama seperti Cikgu Wahab dan lain-lain.

Pimpinan PAS Kedah ini adalah kombinasi antara ulama dan professional, serta para veteran yang sangat berjasa kepada PAS. Sebab itu, tiada sebab PAS Kedah tidak mampu mempertahankan kemengannya yang gemilang dalam PRU 2008 dulu.

Saya masih ingat peristiwa penuh air mata, ketika berada di Markas Besar PAS Kedah, di Kota Sarang Semut untuk mendengar keputusan PRU Ke-11, 2004. Malam itu dalam cuaca mendung, dengan penuh hiba saya dan pendukung PAS yang lain menyaksikan kekalahan teruk PAS di seluruh negara.

Sebelum itu, pendukung PAS menaruh harapan bahawa PAS Kedah akan mencapai kemenangan dan dapat menawan negeri jelapang padi itu dalam PRU Ke-11 itu. Namun begitu kecewa dan saya pulang ke hotel dengan penuh sedih tidak terkatakan.

Sebab itu, apabila PAS mencapai kemenangan gemilang seluruh negara dalam PRU Ke-12, bersekali dapat menawan Kedah, kesedihan 2008 itu terubat kembali.
Pendukung PAS, khususnya di Kedah, memang sangat diharapkan dapat mempertahankan Kerajaan PAS/Pakatan Rakyat dalam PRU Ke13 nanti.

Apabila berlaku kemelut di Kedah baru-baru ini maka rasa cemas, bimbang dan sedih tidak terkatakan dan saya serta pendukung PAS yang lain juga sentiasa berdoa kepada Ilahi semoga krisis itu berakhir segera.

Doa pendukung PAS itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Sikap tolak ansur semua pihak dangan memikirkan kepentinan parti mengatasi segala-galanya membuahkan penyelesaian.

Kini saya yakin, dengan penuh harapan, selepas kemelut ini, PAS Kedah akan lebih kukuh untuk melipatgandakan kerja-kerja menghadapi PRU Ke-13 yang penuh cabaran itu.

Tarik balik SBPA: Apa jadi Bajet 2012?

[HARAKAHDAILY] KUALA LUMPUR, 8 Mac: PAS meminta Perdana Menteri menjelaskan, apa berlaku kepada Bajet 2012 yang telah diluluskan tahun lalu ekoran penarikan balik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Ini kerana, SBPA adalah salah satu kompenan yang telah dibentangkan dalam Bajet 2012 tahun lalu dan telah diluluskan, kata anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof (gambar).

"Bagi saya, pentadbiran Najib jelas terburu-buru ketika membentangkan SBPA dalam Bajet 2012 untuk menghasilkan feel good factor dan kini dia terpaksa tarik balik skim ini dan terus menggunakan skim SSM.

"Ini sesuatu yang memalukan dan saya yakin bajet 2012 itu telah terganggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau yakin, ketika membentang SBPA dahulu, Najib telah gagal berbincang dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Cuepecs sebelum ia dibentangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, kerajaan membatalkan rancangan untuk menggunakan SBPA berikutan bantahan kakitangan awam.

Najib berkata, kerajaan akan menggunakan skim yang sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan.

Najib juga mengumumkan, satu suruhanjaya khas dibentuk bagi mengkaji perkhidmatan awam negara.

Mujahid juga tidak berpuashati dengan jumlah kenaikan gaji ekoran penyelarasan gaji yang diperkenalkan oleh Najib hari ini.

"Kalau dilihat jumlahnya, peratusannya nampak tinggi antara 7 hingga 13 peratus tetapi ia sebenarnya hanya antara RM65 hingga RM1,000 sahaja," katanya.

Bagi Mujahid, jumlah kenaikan itu tidak memadai dengan kenaikan harga barang yang melonjak ekoran pengumuman 'kenaikan' gaji kakitangan awam sebelum ini.

"Harga barang telah naik sejak bajet 2012 dibentangkan dahulu lagi. Namun, kini SBPA tak jadi dan gaji hanya naik sikit je, tetapi harga dah naik," katanya kesal.

Antara Dosa-Dosa UMNO BN yang tak boleh di maafkan rakyat

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/429939_10150598686137157_319981142156_9172332_1686695665_n.jpg
[Download Print dan Tabuq]


Isu di Kedah : TG Nik Aziz Bersyukur ianya selesai..

http://media1.malaysiakini.com/432/3b17485b9869a76ba1e63a4a7fad56dc.jpg

1. Saya merakamkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas penyelesaian yang telah berlaku di Kedah setelah melalui kemelut dalam isu perlantikan exco baru-baru ini. Kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini enggan menerima jawatan mereka saya kira merupakan satu titik noktah terhadap krisis yang melanda PAS Kedah ini.

2. Saya minta kepada semua pendokong perjuangan Islam agar dapat bangun pada malam ini untuk menunaikan qiyamullail dan mendirikan solat tanda syukur kepada Allah SWT terhadap penyelesaian yang sungguh bermakna ini.

3. Kemelut ini saya kira sungguh istimewa, yang biasa didengar khususnya berlaku dalam kelompok sekular ialah pihak-pihak bertelagah kerana inginkan jawatan, tapi di Kedah, kemelut berlaku apabila ada pihak yang menolak jawatan. Di dalam silibus pengajian sekular, jawatan ialah lubuk untuk mencari kekayaan, membina empayar perniagaan dan pengaruh, justeru mana mungkin ia boleh ditolak begitu sahaja. Bahkan jika terbukti melakukan penyelwengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!

4. Saya simpati terhadap 'tupai-tupai' yang melompat keseronokan ketika kemelut ini berputik kerana mereka menjangka akan dapat 'menikmati buahnya'. Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan.

5. Alhamdulillah, inilah kaedah PAS melakukan penyelesaian. Krisis boleh ditangani dengan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak. Di Kelantan, pernah beraku krisis melibatkan pertembungan antara Menteri Besar dan wakil rakyat kerajaan iaitu pada tahun 1978, jalan yang diambil bukannya perbincangan dan pertemuan, tetapi MAGERAN yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada masa itu. Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 15 Rabiul Akhir 1423H bersamaan 8 Mac 2012M

Kemelut politik Kedah cemar maruah PAS

ada permukaannya PAS nampak berjaya mengendurkan polemik di antara Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan dua timbalannya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh dengan aman. Hal ini pernah diramalkan beberapa pemimpin PAS sebelum ini bahawa PAS mampu menangani kemelut itu melalui semangat ukhuwah dan mahabbah.

NONEMalah sehingga tengah hari Isnin lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kelihatan gesit mengumumkan keputusan “menang-menang” di antara dua pihak yang bertelingkah itu. Phahrolrazi dan Ismail bersetuju menerima pelantikan semula sebagai exco negeri. Azizan pula kekal sebagai menteri besar dan pesuruhjaya PAS negeri itu.

Namun inti persoalan yang mendorong perbalahan itu berlaku rupanya masih belum padam. Ibarat api dalam sekam sedikit hembusan bayu politik boleh menyemarakkan kembali pertikaian itu. Kemelut politik Kedah ini nampaknya benar-benar menguji keampuhan dan keberkesanan sistem tarbiyah PAS.

Apakah benar semangat ukhuwah dan tarbiyah dalam pelbagai bentuk yang dikendalikan PAS untuk pemimpin dan ahlinya selama ini akan membantu mereda dan mengelak isu itu menjalar menjadi bom jangka bagi cita-cita politik PAS?

NONETidakkah Jawatankuasa Pemandu PAS yang akan menyelia keputusan dan tindak tanduk Azizan (kanan) dan barisan exconya boleh disimpulkan sebagai satu campurtangan “Kerajaan Pusat” PAS?

Bolehkah dibaca pengwujudan jawatankuasa itu membayangkan bahawa PAS mengakui memang menteri besar dan exconya selama ini memang mendokong sebuah kerajaan negeri PAS yang lemah hingga perlu campurtangan PAS Pusat?

Atau, apakah sebenarnya perselisihan pandangan dan cara kepemimpinan Azizan dengan timbalan-timbalannya begitu luas lompongnya hingga perlu jawatankuasa pemandu mendisiplinkan mereka agar pertikaian tidak melimpah menjadi pergeseran antara “tok-tok demang” atau “warlordism” di Kedah?

Lebih menggusarkan ialah, jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa Phahrolrazi dan Ismail bertindak mempamerkan “undi tidak percaya” terhadap kepemimpinan Azizan dengan menolak tawaran pelantikan menjadi exco bukan atas sebab isu peribadi tetapi bersandarkan prinsip perjuangan PAS sendiri, khalayak umum pasti akan terkilan dengan cara kepemimpinan PAS Pusat menangani krisis ini.

NONEKini hembusan bayu politik mula membuak menjadi badai yang membawa khabar Phahrolrazi dan Ismail sebenarnya bertindak “degil dan nekad” menentang budibicara Azizan “menganugerahkan” projek satu ribu juta ringgit kepada “kroni”nya. Jika itu benar, memang buruk padahnya pada nama baik dan maruah PAS.

Kini adalah semakin ketara bahawa soal ukhuwah dan tarbiyah tidak dapat menyorokkan punca perbalahan. Malah secara langsung desas desus politik mengisyaratkan bahawa PAS Pusat sebenarnya gagal mereda apatah lagi menyelesaikan kemelut itu. Lebih menyedihkan PAS Pusat seolah-olah bertindak mahu menyembunyikan “salah laku” pemimpinnya di Kedah!

PAS mesti cepat dan tangkas menangani isu ini. Atas nama kebenaran, PAS harus berhenti bermain silap mata politik. Ini soal prinsip. Tugas utama Jawatankuasa Pemandu yang akan ditubuhkan mestilah menyiasat laporan salah laku ini. Ini bukan sahaja untuk memelihara nama baik perjuangan PAS tetapi membersihkan strategi politik PAS.

NONEPAS harus telus. Tidakkah ahli dan penyokong PAS rasa tertipu jika benar projek sebesar satu ribu juta diberikan kepada kroni menteri besar yang didakwa sebenarnya adalah ahli Umno, musuh politik PAS!

Bukankah itu pengkhianatan namanya? Jika dibandingkan dengan projek ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC), kepetualangan ini lebih zalim dan menghiris jiwa penyokong PAS.

Jika masih ada ruhul Islam dalam perjuangannya, PAS harus menggantung khidmat Azizan sehingga Jawatankuasa Pemandu membersihkan namanya. Atau, jika ada kebenaran terhadap tuduhan ini, PAS sendiri harus melaporkan salah laku itu kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sejarah politik Islam banyak teladan untuk pemimpin-pemimpin PAS. Selesai sahaja mengkebumikan Khalifah Sulaiman, Umar bin Abdul Aziz terus mengambil kertas dan tinta untuk mengeluarkan tiga perintah kepada umat Islam di bawah jagaannya.

kaabah mekah islam holycity 080307 satellite imagePertama, Umar membatalkan perintah almarhum Khalifah Sulaiman. Beliau mengarahkan Maslamah, jeneral tentera Islam untuk mengundurkan balatentera dari menyerang Konstantinopel. Ini kerana setelah berbulan mengasak kota itu dari laut dan darat soldadu Islam masih gagal mencapai kemenangan malah semakin lemah peralatan perang dan kurang bekalan makanan mereka.

Khalifah Sulaiman ketika hayatnya mahu misi menawan Konstantinopel diteruskan kerana didorong oleh ego mahu meluaskan jajahannya. Tidak banyak pertimbangan diberikan kepada keadaan dan kebajikan tentera Islam. Sebagai khalifah baru, Umar tidak mahu nafsu berkuasa dan kekuasaan menandai pemerintahannya.

Kedua, Umar memerintahkan Usamah bin Zaid at Tanukhi yang memegang bidang pajakan Mesir dipecat dan dipenjarakan kerana bertindak zalim dan menghukum rakyat tanpa mengikuti peraturan yang ditetapkan Allah.

Ketiga, Umar mengeluarkan surat untuk memecat Yazid bin Abi Muslim dari Afrika yang sering tidak menghiraukan perintah Sultan. Lantaran sikap bengis dan sering menzalimi rakyat jelata, Umar segera bertindak melucutkan pangkatnya.

NONEBuat masa ini, PAS harus mengetepikan impian menakluki Putrajaya. Yang lebih penting ia harus membersihkan wadah perjuangannya. Ulat dan musuh pemerintahan Islam ialah rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan juga ego pemimpin.

Kawallah iklim politik Kedah supaya jangan ia membuat hati rakyat beku dan sinis terhadap apa yang dinamakan daulah Islamiah jika ia tidak banyak bebeza dengan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

Pelaburan masuk 2011: Kedah tempat ke 5.. OK la tuu nak nafi apa lagi...!!!

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Bagi tahun 2011, Kedah menduduki tempat kelima di kalangan negeri-negeri di Malaysia menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan.

Jumlah pelaburan yang diterima hingga Disember 2011 adalah sebanyak RM6.14 bilion yang melibatkan 42 projek yang diluluskan.

Prestasi ini menunjukkan peningkatan yang memberansangkan, berbanding bagi tahun 2010 yang hanya mencatat nilai pelaburan sebanyak RM1.96 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, daripada jumlah projek tersebut, 23 adalah projek baru dan 19 adalah projek pembesaran.

Bagi projek baru, ia berjumlah RM4.7 bilion dan projek yang diperbesarkan sebanyak RM1.44 bilion.

“Kita menduduki tempat kelima di Malaysia dengan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM6.14 bilion, 42 projek.

“23 adalah projek baru, iaitu mereka yang baru melabur dengan Kedah, 19 adalah projek pembesaran operasi yang sedia ada.

“Tempat pertama adalah Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan RM9.106 bilion, diikuti Selangor dengan jumlah RM8.741 bilion, Sarawak dengan jumlah RM8.453 bilion dan tempat keempat adalah Johor dengan jumlah RM6.584 bilion dan Kedah tempat ke-5 dengan pelaburan RM6.14billion,” ujar beliau.

Tambah beliau, berikutan perkembangan pesat pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur, kerajaan telah bersedia dengan kelengkapan zon industri dan infrasturktur.

“Di KHTP, kita telah tambah kepada zon industri fasa empat kepada pelabur yang berminat.

“Kita dah beri maklumat kepada pengarah-pengarah MIDA di seluruh dunia bahawa kita ada lebihan tanah untuk pelabur, jadi jika mereka hendak ke sini, kita telah ada tanah, yang jadi masalah kepada pelabur, mereka dah minat, tapi dia kena tunggu dulu untuk penyediaan tanah,” ujar beliau.

Beberapa kawasan di Kedah dinaiki air


ALOR SETAR -- Sebanyak tujuh buah kampung yang melibatkan 150 buah rumah di kawasan Changlun dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Kampung berkenaan ialah kampung Paya Nongmi, Belakang Pasar Changlun, Padang Pasir, Masjid, Paya Lantau, Titi Kerbau, Kubang Hamid, Taman Sayang, Pasar Changlun serta sekitar pekan Changlun lama, yang dinaiki air hampir satu meter.

Zakaria Ahmad, 77, dari Kampung Paya Nongmi berkata rumahnya mula dinaiki air sejak 7 pagi tadi.

"Saya sudah mula kemas barang sejak semalam. Selalunya kalau hujan lebat macam ini, air akan naik," katanya.

Zakaria berkata sejak banjir besar melanda Kedah pada hujung tahun 2010, kawasan kampungnya tidak pernah dinaiki air sehingga sekarang.

Rokiah Hashim, 64, juga berkata dia sudah mengemaskan barang-barang di dalam rumahnya sejak hujan turun mulai petang semalam.

Pengerusi Bencana Alam Daerah Kubang Pasu, Ahmad Fisol Md Nor berkata buat sementara waktu pihaknya belum membuka pusat pemindahan.

"Kita akan memantau dan bersiap sedia dari semasa ke semasa dan jika ia hujan berlarutan, barulah kita buka pusat pemindahan," katanya.

Di Padang Terap, sebanyak 19 rumah di Kampung Perik, Kuala Nerang turut dinaiki air berpunca daripada limpahan air sungai.

Tiga keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai selepas rumah mereka dimasuki air melebihi paras pinggang selepas hujan turun bermula 6.30 petang hingga 8.30 malam tadi.

Mohd Risham Abdul Rahman, 28, berkata hujan lebat turun sejak tiga hari lalu dan semalam adalah yang terburuk.

"Pada pukul 8.30 malam tadi, hujan mula berhenti dan air mula naik dalam masa 15 minit sudah memenuhi kawasan rumah," katanya.

-Bernama

Kerajaan Negeri Kedah : Beza antara pemerintahan PR & BN.





Sila klik gambaq untuk paparan yg lebih besar
[pakat-pakat print dan sebarkan serata negeri]

Isu Lembu - Pelaburan Peribadi laa pulak..!!!

Hartanah KL Eco City adalah ‘pelaburan peribadi’, kata NFCorp

March 08, 2012
Rafizi bertanya bagaimana Mohamad Salleh mampu memperolehi pinjaman berjuta
ringgit daripada sebuah bank apabila simpanannya hanya sebanyak RM427. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) menafikan syarikat itu menggunakan dana RM250 juta daripada kerajaan sebagai insentif kepada bank agar memberi pinjaman untuk pelaburan hartanah komersial di KL Eco City di sini sebagaimana dakwaan pembangkang.

Sebaliknya, mereka menjelaskan pembelian berkenaan adalah “pelaburan peribadi” pengarahnya, yang kini berhadapan dengan pelbagai tuduhan membeli hartanah mewah berbanding memberikan keutamaan kepada projek penternakan lembu bagi mengurangkan kadar pergantungan import daging negara.

“NFCorp menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan hartanah berkenaan bukan dibeli oleh syarikat,” jelas NFCorp dalam kenyataannya lewat malam tadi.

Suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Mohamad Salleh dan tiga anaknya merupakan pengarah kepada NFCorp, yang telah dianugerahkan prijek Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada 2006 untuk penternakan lembu.

Ketika sidang media semalam, PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat telah menggunakan dana NFC untuk pembelian hartanah mewah termasuk lapan unit komersial di KL Eco City, pembangunan urban di Bangsar.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pengarah NFCorp telah menyerahkan sejumlah jutaan ringgit daripada NFC ke dalam dua bank sebagai deposit tetap.

Ini jelasnya, adalah demi untuk mendapatkan “kemudahan kredit” daripada bank berkenaan bagi membeli hartanah mewah.

Selain itu, Rafizi turut mengesahkan pembelian unit kondominium berharga RM10 juta di Orchard Scotts Residence di Singapura, dan pendedahan terbaru hari ini lapan unit ofis mewah di KL Eco City di Bangsar.

Lapan unit berkenaan jelasnya dianggarkan berharga sekitar RM12 juta.

Rafizi turut mendakwa bahawa pada 2009, Shahrizat dan keluarganya telah membuat pembelian yang sama untuk pembelian peribadi menggunakan dana NFC.

“Mereka mendapatkan khidmat perunding dan dinasihatkan untuk menggunakan wang berkenaan untuk pembelian-pembelian ini,” katanya.

Menurut dokumen daripada salah satu bank, yang menurutnya diperolehi daripada pemberi maklumat, pengarah NFCorp telah membuat deposit bernilai RM71,486,589 (RM71,395,617 dan RM90,972) di bawah nama syarikat dan satu lagi deposit bernilai RM1,872,254 di bawah National Meat and

Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), syarikat yang turut dimiliki keluarga Shahrizat.

Dua dokumen lain menunjukkan keluarganya turut memperoleh kemudahan kredit bernilai 197,338 di bawah satu lagi syarikat mereka, Agroscience Industries Sdn Bhd, RM4,391,240 pinjaman bagi pembelian aset hartanah, dan Mohamad merupakan penjamin bagi pinjaman lain bernilai RM663,743.

Ini, jelas Rafizi memetik dokumen berkenaan, adalah fakta yang Mohamad hanya mempunyai simpanan sebanyak RM421 di dalam akaun manakala Agroscience mempunyai sekitar RM927.

Tambahnya lagi, semakan lebih mendalam dengan bank yang tidak didedahkan kepada media menunjukkan dana berkenaan dipindahkan untuk pembelian lapan unit di KL Eco City, dengan nilai jualan RM9,688,866.

“Tetapi nilai pembelian itu merujuk kepada hartanah semasa bidaan dan ianya lebih rendah daripada harga pasaran. Berdasarkan harga pasaran untuk unit KL Eco City, biasanya berharga antara RM1,000 kepada RM1,100 kaki persegi. PKR menganggarkan jumlah pasaran untuk lapan unit adalah RM12 million,” kata Rafizi.

NFC menjadi topik hangat setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan projek berkenaan menghadapi masalah dan tidak mencapai sasaran.

Bukit Aman sebelum ini telah mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara agar mendakwa kesemua pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, malah turut dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Namun Peguam Negara menyerahkan kembali dokumen berkenaan dan mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan dengan lebih terperinci.

Tahniah kerajaan PR Kedah.. Ada pemimpin yang berjiwa besa..!!

Tahniah kerajaan PR Kedah..

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/p480x480/420820_10150655617660827_578420826_9268452_1203512512_n.jpg

Krisis kerajaan PAS Kedah ibarat secwan air yang tersinggung..berkocak sedikit dan terpercik ke piring tetapi tidak tumpah semua..

Bagi sebuah kerajaan yang baru dan masih muda ibarat buah muda.. biasanya akan mengalami berbagai kemungkinan..adakah buah muda itu kekal ditangkainya atau gugur ke tanah.

namun apabila asas pokoknya kuat dan baik penjagaannya..maka buah2 muda akan selamat ditangkainya..begitu jugalah yang berlaku pada kerajaan PAS Kedah..pemantauan dari pihak PAS Pusat telah menjernihkan keadaan yang dilihat macam dah nak nazak(itu yang pihak UMNUU/be end duk kepohkan)..

Kemelut Kedah yang cuba dikecohkan oleh UMNUU tidak mendapat tempat dicarta gosip terhangat di dunia politik negara..kerana dasar PAS itu sendiri menjadi pelindung kepada anasir2 yang jahat..pelindung kepada individu..jemaah ataupun empayar..

Selesainya krisis Kedah membuatkan ramai membuka mata..setiap kuasa mempunyai banyak tohmahan dan mehnah..setiap apa yang dilakukan perlulah bergerak dalam berjemaah..

Untuk mendapat kuasa bukan sesuatu kerja yang mudah..namun untuk mengekalkan kuasa perlukan barisan saf yang benar2 hebat,ikhlas dan mantop..tetapi yang paling utama peganglah tali agama dengan kuat ..

Tahniah kepada DS Azizan Razak, Phahrolrazi dan Dr Ismail kerana berjiwa besar dan masih wala' kepada keputusan pemimpin bukan seperti Hasan Akidah.

http://haninasution.blogspot.com/2012/03/tahniah-kerajaan-pas-kedah.html

Bakal Meletup: Penipuan Najib tentang projek Lynas

Projek sisa pepejal Lynas ialah satu musibah. Najib bukan hanya meninggalkan musibah malah cara perlaksanaan projek rawatan sisa tersebut dibawa masuk ke Malay sia juga musibah.Entah siapa yang dapat idea bahawa Malaysia mampu mmeproses sisa pepejal selepas tragedi Bukit Merah?..dan perbahasan bahawa patut kah sisa tersebut dibenarkan diproses disini terus mendedahkan kepincangan pihak berkuasa melaksanakan rancangan mereka dari awal lagi.

Bila kerajaan meluluskan lesen TOL kepada Lynas Corp, pasti kita tertanya-tanya yang pertingan harus diberikan kepada faktor risiko-risiko yang mmebolehkan Lynas memulakan operasi. Sekarang kita tahu bahawa isu lokasi dimana sisa tersebut akan dilupuskan masih belum selesai.

Bergantung pada penipuan hubungan seranta

Najib cuba menenangkan kemarahn rakyat tapi sekali lagi beliau bergantung kepada helah imaginasi hubungan seranta yang menjadi lambang pemerintahannya,dengan menyatakan bahawa sisa tersbeut akan dilupuskan jauh dari kilang di Pahang,tetapi masih di Malaysia.Jadi bahagian negeri Pahng yang mana akan menerima sisa tersebut atau negeri mana dalam Malaysia yang bertuah yang bakal dilonggokkan dengan sisa berbahaya itu?

“Walaupun pakar mempunyai bukti, termasuk deklarasi badan antarabangsa , yang sisa tersebut selamat,rakyat masih ragu-ragu tentang itu.Maka kami buat keputusan sisa tersebut akan dipindahkan ke tempat lain.Kita mahu rakyat rasa selamat,” Najib mmeberitahu pemberita minggu lepas, menafikan bahawa perubahan tersebut akibat dari tekanan hebat yang di ketuai oleh MP PKR Kuantan Fuziah Salleh.

Bersama penduudk Gebeng dan aktivis, Fuziah dan PKR menganjurkan rali anti Lynas yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang seluruh negara 2 minggu lepas. Jumlah yang hadir membuka mata pihak berkuasa dan Najib tidak dapat tidak mmeberi perhatian dengan pilihanraya semakin hampir.

Pembohongan berterusan kepada rakyat

Komen Najib membuatkan sekurang kurang nya dua dari orang kanannya kelihatan sebagai penipu. Jika hal yang penting seperti ini pemerintahan beliau boleh menipu, bagaimana rakyat akan meletakkan kepercayaan kepada pemerintah untuk menjaga kepentingan rakyat.

Menteri di Jabtan Pedana Menteri Koh Tsu Koon memberitahu orang ramai pencarian lokasi penyimpanan akan melibatkan empat kementerian.. perbincangan beliau melibatkan kementerian sains ,teknologi dan innovasi; kementerian perdagangan antarabangsa dan industri dan kementerian sumber asli dan alam sekitar.”Saya telah berbincang tentang isu ini diperingkat kabinet dan rakan saya dalam kabinet telah mmebuat kenyataan meminta pihak Lynas memindahkan sisa tersebut ke tempat lain,” kata Koh

Kenyataan paling lucu ialah dari Menteri Kesihatan.Liow Tiong Lai yang berkata Lynas mesti mencari jalan menghantar balik sisa tersbeut ke Australia.. jika gagal makan lesen TOL tidak akan dikeluarkan untuk kilang kontroversi di Gebeng.

Liow membuat kenyataan berdasarkan kenyataan Raja Abd Azizi Raja Adnan, ketua pengarah AELB yang menyatakan sisa tersebutakan dihantar semula ke Australia.

“Australia Barat tidak akan menerima sisa radioaktif dari negara ketiga.Mereka ttidak pernah kata tidak akan terima sisa dari Lynas.Jadi, jika ada item komersil yang boleh dipulangkan ke Australia, kerajaan Australia perlu buat keputusan untuk menerima.,” kataRaja Abdul Aziz.

Ini hanya mainan kata-kata dari ketua pengarah AELB. Helah bijak untuk sembunyikan fakta bahawa resolusi pulangkan kepada penghantar ialah resolusi dan anggapan silap dan tidak mungkin akan diterima oleh pihak berkuasa Australia yang terkenal dengan ketegasan mereka dalam isu ini.

Pihak Australia mempunya pandangan berbeza

Norman Moore,menteri perlombongan dan petroleum Australia Barat telah menegaskan TIDAK akan menerima sisa dari Lynas.Ini respon kepada soalan dalam satu sidang parlimen dalam bulan April tahun lepas.

Dalam bulan Febuari 2012, Norman Moore mengeluarkan satu kenyataan lagi sebagai respon kepada isu TOL Lynas. “ Undang2 negara ini menyatakan Australia tidak akan menerima tanggungjawab terhdapa sisa bahan yang terjadi dari proses luar pantai yang dibeli dari Australia samaada bijih besi,pasir mineral dan sisa tanah yang dihasilkan oleh Lynas corporation.Australia tidak menyokong sebarang import dan simpanan sisa radioaktif negara lain.”

Kemudian Robin Chapple,MP Greens menyokong idea yang sisa bahan radioaktif harus di proses di Lynas dan dilupuskan serta merta di tanah dimana ianya datang- sebab utama kenapa China membatalkan kuota export sisa tanah kerana ingin pastikan keselamatan dan kesihatan rakyat dan persekitaran..

“Salah satu sebab utama China mengurangkan hasil sisa bumi dan export sejak 2009 ialah keprihatinan kerajaan dan rakyat bahawa perlombongan dan proses ini menyebabkan pencemaran meluas kepada persekitaran,” Kata Chapple dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas TOL tersebut diluluskan.

Another grandiose but false gesture

Apa yang sebenar nya yang dikatakan oleh Liow dan Raja Aziz? Untuk membodek Najib,kerana ini projek kesayangan nya? Berbaloi kah untuk mereka berbohong? Adakah tindakan mereka berdasarkan kesedaran terhadap akibatnya kepada rakyat Malaysia? Atau hanya sebagai hiasan untuk memastikan politik UMNO tidak kacau bilau?Layakkah merek ini bergelar profesional?Patutkah merek bersara awal kerana tidak beretika dan berpotensi merbahayakan kesihatan rakyat Malaysia dengan helah mereka?

Bagaimana projek ini diluluskan dari peringkat awal bila sekarang telah jelas tidak ada penyelesaian sebenar untuk isu paling utama- pelupusan sisa buangan?

Bagaimana kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Najib begitu pasti yang projek ini akan berjalan bila ianya jelas ada sesuatu yang tersembunyi dari awal-bukan hanya tentang bahan sisa buangan tetapi juga bagaimana tercetusnya perniagaan ini boleh beroperasi.

Pada hujung minggu lepas,Najib membuat satu lagi tipu helah.Beliau meminta maaf atas kesilapan BN yang lepas.Bagaimanapun bukti telah nyata. Jika beliau jujur, beliau harus menolak Lynas.Jika beliau tidak korup, tubuhkan suruhanjaya diraja untuk menangani bagaimana projek ini boleh diluluskan,bagaimana perjalanan operasi nya dan siapa yang dapat keberuntungan dari nya.

Selepas menaiki tampuk pemerintaha selama 3 tahun,Malaysia tidak ada melihat pembaharuan tapi keadaan makin buruk dalam negara. Malaysia semakin jatuh dalam kedudukan Transparency International’s Corruption Perception Index (CPI) dari tangga ke 56 ke tangga 60.Kerajaan BN masih kurang kuasa politik untuk menghapuskan korupsi besar-besaran dan salahguna kuasa,” MP Tony Pua berkata dalam satu kenyataan Isnin lepas.

Malaysia Chronicle

Isu di Kedah - Ada beberapa Kerat Tidak Akur Arahan PAS Pusat







TAPI DI FACEBOOK LAIN PULA JADINYA








hangpa pakat nilai sendirilah...macamana akan krisis ini... nampaknya ianya masih belum berkesudahan.. masih ada segolongan manusia yang tidak mahu patuh pada arahan PAS PUSAT... kenapa mereka menggunakan medium facebook untuk menelanjang satu sama lain...aku kata kat hang..hang kata kat aku.....

BN - Bankrapkan Negara

Keadaan di Malaysia jelas menunjukkan bahawa negara ini sedang menuju ke arah kebankrapan yang tidak dapat dielakkan lagi. Ya, singkatan BN ini telahpun digelar Bankrapkan Negara dalam erti kata yang sebenarnya.

Jika sekiranya hutang negara yang kini berjumlah lebih RM456 billion ini ditambah pula dengan tanggungan luar jangkaan sebanyak RM97 billion lagi (belanjawan tak terkawal), negara ini akan menanggung hutang sejumlah RM553 billion, suatu jumlah yang telah melebihi 63% daripada keluaran dalan negara kasar (KDNK).

Menurut Akta Pinjaman 1959 dan Akta Peruntukan Kerajaan 1983, kadar hutang negara tidak sepatutnya melebihi 55% daripada KDNK.

Dan jika sekiranya tanggungan luar jangkaan sebanyak RM97 billion itu tidak dicampurkan bersama dengan beban hutang negara sebanyak RM456 billion, kadar tersebut tidak akan menjangkau lebih 63% daripada KDNK, tetapi hanya akan terletak pada kadar 53.5% daripada KDNK iaitu kurang sedikit daripada 55%. Penetapan kadar yang lebih rendah itu sudah pasti melegakan kebimbangan kerajaan persekutuan BN yang tidak akan menampakkan penyelewengan kewangan negara yang terlalu jelas.

Malah, ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad telah berkali-kali memberi amaran kepada perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak agar tidak membohongi rakyat kononnya defisit negara kita telah berkurangan. Dr Dzulkefly turut menambah kerajaan Greece telahpun menjadi bankrap akibat daripada lebihan belanjawan luar jangkaan yang terlalu tinggi.

Kerajaan persekutuan BN kini sedang berbelanja besar melalui pemberian peruntukan kepada kroni-kroninya yang begitu ramai dan jiga ianya berterusan, adalah dibimbangi negara ini akan menjadi bankrap sepenuhnya sebelum tahun 2019 menjelang.

Disebabkan itulah, kerajaan persekutuan BN beria-ria mahu melaksanakan skim GST (Cukai Perkhidmatan dan Barangan). Perbendaharaan negara kini hampir kering. Sehinggakini, boleh dikatakan kerajaan ini sekarang sedang diuruskan tanpa mempunyai aliran tunai yang kukuh.

Sebaik sahaja negara ini menunjukkan tanda-tanda akan tumbang, ia semestinya akan tumbang tidak lama lagi. Tumbangnya negara ini adalah kerana penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah dan kapitalisma kroni-kroni yang amat berleluasa.

Dan jika sekiranya BN berjaya memenangi pilihanraya umum ke-13 yang akan datang, kerajaan persekutuan BN akan mengambil langkah-langkah yang lebih drastik untuk mengisi semula perbendaharaan serta dana sampingannya dengan perlaksanaan pelbagai jenis percukaian baru yang bakal membebankan lagi rakyat jelata. Kerajaan ini tidak akan mengurangkan belanjawannya, tetapi akan terus bersikap boros seperti sekarang.

Subsidi-subsidi khususnya untuk keperluan harian akan ditarik balik satu demi satu dan penderitaan rakyat jelata akan juga bertambah. Seperti biasa, pelbagai bentuk pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan akan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat.

Tukar Lampin

BN dijangka akan dapat memenangi pilihanraya umum yang akan datang dengan bantuan lebih daripada 200,000 pengundi baru yang terdiri daripada para pendatang asing tanpa izin yang telah berjaya menyusup masuk ke dalam senarai daftar pemilih melalui saluran yang tidak sah.

Buktinya adalah terdapat 3 kawasan parlimen yang kini diwakili oleh Pakatan Rakyat telah mencatatkan peningkatan jumlah pengundi berdaftar di antara 25% hinggalah ke 35% iaitu rekod yang boleh dikatakan paling mendadak sekali. 3 kawasan tersebut adalah:

1)Kawasan parlimen Subang yang diwakili ahli PKR R.Sivarasa,

2)Kawasan parlimen Kota Raja yang diwakili ahli PAS Dr Siti Mariah,

3)Kawasan parlimen Puchong yang diwakili ahli DAP Gobind Singh Deo.

Yang pasti, BN boleh memenangi pilihanraya umum yang akan datang dengan menggunakan pelbagai takti kotor dan apajua tipu helah. Dan sudah pasti banyak jenis cukai yang akan dikuatkuasakan kelak terhadap rakyat jelata yang akan mengakibatkan kalangan yang miskin dan berpendapatan sederhana terus menderita akibat terus diketepikan dengan begitu sahaja.

Seseorang yang cukup marah boleh mengakibatkan satu lagi tsunami politik yang lebih besar seperti apa yang telah berlaku di Tunisia di mana seorang peniaga kecil yang membakar dirinya telah menyemarakkan api kemarahan rakyat yang seterusnya bangkit beramai-ramai untuk menggulingkan kerajaan Tunisia. Sememangnya tidak dapat dijangka akan peranan Twitter, Facebook dan kamera telefon bimbit yang boleh menyebarkan maklumat tersebut dengan begitu cepat sekali.

Itulah sebab kenapa Najib sehingga kini masih tidak berani untuk membubarkan parlimen bagi memberikan laluan untuk pilihanraya baru diadakan. Beliau sedar bahawa kedudukannya masih goyah walaupun kerajaan pimpinan beliau telah menyumbangkan sejumlah besar wang kepada umum. Najib juga sedar, kalah atau menang, masalah-masalah akan juga tetapi menyusul. Rakyat jelata kini sedang mengharapkan lebih banyak hadiah tunai akan dikeluarkan dan jika Najib tidak menunaikan sumbangannya sekali lagi, rakyat akan bangkit.

Tibalah masa untuk menukar lampin bayi ini (Malaysia negara yang masih belum matang). Sudah lebih 54 tahun, bayi ini masih memakai lampin sama yang telah rosak dan menjadi busuk.

Angka-angka sering dimanupulasi

Bagi memelihara imej kerajaan dan negara ini di kaca mata dunia, Najib sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai tujuannya, sampailah ke tahap mengupah dan membayar sebuah firma perhubungan awam FBC Media sebanyak RM80 juta.

Walaubagaimanapun, kerajaan pimpinan Najib tidak dapat menutup malu apabila Perbadanan Penyiaran British (BBC) memohon maaf kepada umum atas penyiarannya mengenai Malaysia dan program-program yang direkacipta oleh FBC Media. Beginilah wang rakyat sebanyak RM80 juta dihabiskan dengan begitu sahaja yang mana akhirnya negara kita yang mendapat malu akibat perbuatan Najib itu.

Media-media utama dalam negara yang kebanyakan dimiliki oleh kerajaan, syarikat milik kerajaan, Umno, MCA dan sebagainya tidak henti-henti dengan penyiaran berita-berita yang hanya mempromosikan Najib hampir pada setiap siaran pada setiap hari. Tidak pernah satu hari pun muka Najib tidak disiarkan.

Selain itu, rekod perangkaan dan statistik mengenai pencapaian sesuatu kegiatan atau perlaksanaan juga sering dimanupulasi atau diputarbelitkan bagi disesuaikan dengan kehendak dan halatuju kerajaan BN, Umno dan para pemimpinnya. Misalannya, didakwa kadar jenayah dan penggangguran telah menurun, akan tetapi apabila kita meninjau di sebuah pekan dan bercampur gaul dengan para penduduk khususnya di Jelebu, Negri Sembilan, kita akan dapati ramai warga pekan tersebut yang telah lama dan masih mengganggur.

Bagi kadar jenayah pula, kejadian pecah rumah, rompakan dan sebagainya masih berleluasa di Bandar Menjelana, Kepong, sebagai contoh. Persatuan-persatuan penduduk di kawasan perumahan mengambil inisiatif sendiri untuk membiayai usaha memagarkan kawasan tempat tinggal mereka dan mengupah pengawal keselamatan swasta untuk memastikan kawasan dan para penghuni bebas daripada ancaman jenayah.

Kes ragut turut berleluasa di Taman Sri Sinar Segambut sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pihak polis yang telah mempertingkatkan rondaan mereka di sekitar kawasan yang dikenal pasti mempnyai kadar penggangguran dan masalah sosial yang tinggi.

Menyedari bertapa pentingnya kemenangan BN pada pilihanraya umum yang akan datang, Najib kini sedang berusaha keras untuk memastikan imej politiknya terpelihara dan “jasanya” ditokok tambah dengan seberapa banyak yang boleh.

Akhirnya, kira-kira 200,000 atau lebih pengundi-pengundi baru yang terdiri daripada pendatang pasing tanpa izin ini akan menentukan nasib dan masa depan rakyat kita dan negara ini. Dan jika sekiranya ini benar-benar berlaku, rakyat jelata berkemungkinan akan beralih kepada cara Tunisia atau Greece bagi menghentikan ketidakseimbangan tersebut.

Apakah tindakan Najib seterusnya?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...