TERKINI :

Wednesday, March 7, 2012

Sejauh mana pengundi muda penentu PRU-13?

http://tips-tips.info/wp-content/uploads/2011/07/orang-muda.jpg

KUALA LUMPUR - Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini, dan persoalan sekarang ialah sejauh mana mereka ini mampu menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pemerhati politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat kenyataan bahawa pengundi muda adalah penentu agak "samar" berdasarkan pelbagai faktor antaranya kesukaran menentukan sokongan pengundi itu.

"Kenyataan itu barangkali betul dan barangkali tidak. Kebanyakan pengundi muda ini 'atas pagar', sukar hendak pastikan mereka sokong satu parti sahaja untuk tentukan parti itu menang. Kita juga lihat 3.7 juta rakyat di negara ini gagal mendaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka golongan muda. Bila tidak daftar bagaimana hendak jadi penentu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zainal, yang juga Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Universiti Pendidikan Sultan Idris, berkata generasi muda perlu diberi pendedahan yang luas kepada politik agar mereka berminat untuk mengundi.

Beliau berkata pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan media baru bagi menarik sokongan generasi muda, wajar dicontohi semua parti politik dalam meraih sokongan golongan ini.

Seorang lagi pemerhati politik Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berpendapat pengundi muda memainkan peranan yang penting pada PRU-13 nanti, namun mereka bukanlah faktor penentu keputusannya.

"Undi mereka antara undi menentukan siapa memerintah, namun sukar mengatakan mereka penentu melainkan ada tinjauan demografi tepat dan kita tahu siapa yang pengundi muda ini pangkah. Malah sukar kita hendak tahu golongan mana faktor penentu kerana tidak semestinya semua golongan lebih dewasa akan memangkah parti sokongan mereka pada PRU-13, pengundi dewasa ada juga 'atas pagar' seperti pengundi muda," katanya. Zainal Abidin, yang juga Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, berkata media baru dan faktor "anak tempatan" turut memainkan peranan penting pada PRU-13 nanti.

"Media baru sama penting dengan media lama, cuma media baru ini lebih digemari pengundi muda. Faktor 'anak tempatan' ini kita lihat pada Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub sukar diterima di Kelantan kerana bukan anak tempatan," katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata pengundi dewasa terikat dengan sentimen mengenang jasa dan kepartian, berbeza dengan pengundi muda yang dilihat lebih bebas dalam menentukan sokongan mereka.

"Sokongan pengundi dewasa lebih untuk jangka masa lama, pengundi muda sokongan mereka lebih bersifat jangka pendek di mana mereka menilai dasar parti, sikap pemimpin dan isu semasa. Paling utama mereka sokong berdasarkan kredibiliti calon, mereka sandarkan harapan kepada calon yang boleh beri inspirasi dan menjamin masa depan. Mereka tidak meletakkan sokongan berdasarkan politik kepartian," katanya.

Mohamed Maliki berkata generasi muda lebih menyukai media baru kerana media itu memberikan interaksi pelbagai hala kepada mereka.

"Mereka perlu informasi sepanjang masa. Mana-mana calon yang masih lambat menggunakan media baru ini, contohnya tiada akaun Facebook dan blog, akan lihat markahnya kurang pada PRU akan datang," katanya.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin, berkata wujud perbezaan dalam fokus penilaian antara pengundi muda di bandar dan luar bandar.

"Pengundi muda luar bandar fokus mereka lebih kepada isu tempatan seperti bagaimana hendak membantu golongan nelayan dan petani, pengundi bandar pula lebih fokus kepada isu semasa dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Pengundi bandar fokus kepada isu seperti ekonomi negara, dasar luar dan pelbagai lagi. Mereka juga fokus kepada bagaimana kerajaan tangani sesuatu isu sosial seperti masalah remaja," katanya.

Pelajar Kejuruteraan daripada Universiti Industri Selangor, Mohd Faizal Ramli, 27, berkata agak sukar menentukan adakah pengundi muda penentu PRU-13 kerana pengundi ini mempunyai sokongan yang berbeza antara satu sama lain.

"Ada kajian (oleh Pemuda Barisan Nasional) kata 62 peratus pengundi muda ini tidak menyokong sesiapa, mereka akan tentukan pendapat mereka ketika mahu mengundi nanti. Ini menunjukan pengundi muda ini tidak mempunyai sokongan yang satu, mereka punyai sokongan yang pelbagai," kata Mohd Faizal yang akan mengundi buat kali kedua di kawasan Parlimen Ayer Hitam dan Dewan Undangan Negeri Yong Peng di Johor.

Pendapat itu dikongsi petugas media Dhamirah Atiqah Mohd Norzin, 25, namun beliau menegaskan pengundi mudalah yang menentukan siapa yang memerintah untuk jangka masa panjang.

"Semua pengundi di negara ini bermula sebagai pengundi muda. Pengundi muda ini lama kelamaan akan menjadi pengundi dewasa dan diganti dengan pengundi muda lain. Maka penting bagi parti politik untuk menarik sokongan bermula daripada pengundi muda kerana kita akan bawa sokongan itu sehingga jadi pengundi dewasa," kata Dhamirah Atiqah yang akan mengundi buat pertama kali bagi kerusi Parlimen Kota Melaka dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kesidang di Melaka. - Bernama

Blog UMNO Kebal..dah sudah terbukti ada cop HALAL & SIRIM..!!

Isu cabul: SKMM gagal bertindak ke atas blog Umno

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus dibidas kerana kegagalan menyiasat beberapa blog pro-Umno yang memfitnah Lim Guan Eng dengan menyiarkan laporan kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang itu telah mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita.

NONEPada sidang akhbarnya semalam, setiausaha politik ketua menteri, Mohd Zairil Khir (kiri) berkata tindak balas SKMM adalah tidak jelas.

Ini kerana sehingga hari ini, katanya, masih tidak pasti sama ada suruhanjaya itu akan terus menyiasat kes berkenaan atau hanya membantu polis membuat penyiasatan.

"Saya akan menulis satu lagi surat untuk minta penjelasan. Jika mereka (SKMM) enggan membuka fail untuk siasatan, saya anggap mereka tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau merujuk kepada surat yang diterima daripada SKMM pada 20 Februari lalu, yang menunjukkan bahawa suruhanjaya itu tidak menyiasat blog Umno-Online, Pisau-Net dan Papagomo yang telah menyiarkan dakwaaan berunsur fitnah itu.

Surat yang ditandatangani oleh Pengarah Kanan SKMM, Eneng Faridah Iskandar, memberitahu bahawa suruhanjaya itu telah menerima laporan daripada DAP berkaitan kes tersebut pada 9 Februari.

'Sembang Rakyat-kedai 1Malaysia'

Eneng Faridah menulis, suruhanjaya itu telah melihat dan membaca artikel yang dicatatkan pada blog tersebut.

azlan"Untuk maklumat anda, kes itu sedang disiasat oleh pihak polis dan suruhanjaya telah diminta untuk membantu.

"Oleh itu, kita tidak akan menjalankan apa-apa penyiasatan kerana ia (berlaku) menjadi kes yang sama (seperti yang disiasat oleh pihak polis)," tambah Eneng Faridah.

Menurut Zairil, selain polis yang perlu menjalankan siasatan, SKMM yang merupakan sebuah badan profesional perlu juga menyiasat.

"Adakah SKMM akan memulakan penyiasatan di bawah Akta SKMM 1998? Jika tidak, apakah sebabnya?" soalnya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP sebelum ini dengan tegas menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis terhadap blog tersebut yang jelas sekali katanya, telah melakukan fitnah jenayah.

NONECorke Anya, mangsa yang didakwa dicabul itu turut menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu bahawa beliau tidak pernah bertemu Lim atau anaknya semasa di Pulau Pinang.

Pada sidang akhbar itu, Zairil berkata, pada Oktober lalu, beliau turut membuat satu lagi laporan terhadap video bertajuk 'Sembang Rakyat-kedai 1Malaysia' yang disiarkan dalam YouTube.

Video tersebut kononnya menuduh DAP berpakat dengan peniaga berbangsa Cina untuk menaikkan harga barang keperluan rumah.

"SKMM telah mengambil kenyataan saya tetapi sudah enam bulan sejak laporan saya dibuat, tiada apa-apa yang berlaku. Kami berharap mereka tidak akan mengulangi perbuatan ini," katanya.

"Harimau tidak bertaring"

Sementara itu, ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang hadir sama berkata, beliau berharap SKMM tidak menjadi seperti "harimau tidak bertaring" yang enggan bertindak walaupun mereka mampu mengambil tindakan undang-undang.

NONEKatanya, SKMM merupakan sebuah suruhanjaya dan bukannya sebuah agensi kerajaan.

"Ia sepatutnya mempunyai lebih banyak kuasa untuk menyiasat. Polis menyelesaikan sesuatu kes dari aspek fitnah.

"SKMM perlu membuka fail sendiri dan menyiasat fitnah yang tersebar melalui internet," katanya.

Ng, yang juga Setiausaha DAP Pulau Pinang berkata, keengganan SKMM menyiasat perkara itu menunjukkan bahawa penulis blog pro-Umno "begitu kuat, dan boleh berbuat apa-apa".

"Satu (Papagomo), boleh masuk kapal selam tanpa dikesan oleh radar. SKMM enggan menyiasat blog Papagomo. Mungkin kerana dia telah terjun ke dalam laut dan tidak dapat ditemui," sindirnya.

Ceramah Hasan Ali di Sekolah Menengah Sungai Layar?



Kenapa Hasan Ali ini boleh ceramah di sekolah? Umno yang bagi kah? Menteri Pendidikan sila JAWAB!

Poster dan Banner ceramah dia tak nyatakan penganjur! Pengecut ker?

Tahniah kerajaan BN membenarkan satu ceramah yang tiada penganjur diadakan di kawasan sekolah untuk meracuni rakyat dengan ceramah yg penuh perkauman & fitnah!

Adakah J/Kuasa Pemandu nie sama dengan HISBAH...???


HISBAH di dalam ISLAM.
Oleh : Ibnu Mokhtaruddin (ibnumokhtaruddin.blogspot.com)

Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan.

Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau ‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq)[1].

Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan erti kata lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga.

Amalan ini diambil serius oleh para Khalifah ar-Rasyidin seterusnya. Adalah diriwayatkan bahawa Umar ibn al-Khattab dan Ali ibn Abi Talib sendiri pernah menjalankan tugas mengawasi perjalanan pasar ini. Menjelang akhir pemerintahan Umayyah, gelaran petugas ini bertukar kepada Muhtasib.

Pelaksanaan sistem ini berterusan sepanjang pemerintahan Islam. Terdapat pelbagai penulisan yang membicarakan prinsip dan pelaksanaan sistem Hisbah samada yang membicarakan Hisbah secara khusus seperti Al-Hisbah fil-Islam oleh Ibn Taimiyah atau karya-karya mengenai fiqh dan pemikiran politik Islam yang membicarakan soal Hisbah di dalamnya seperti Ahkam al-Sultaniyah oleh al-Mawardi dan Ihya Ulum ad-Din oleh Imam al-Ghazali.

Malah karya-karya umum yang membicarakan Islam secara menyeluruh juga seringkali memuatkan topik Hisbah di dalamnya. Terdapat juga karya yang merupakan manual atau panduan secara praktis di dalam melaksanakan Hisbah. Salah satu karya berbentuk manual kerja sebegini yang dianggap terhebat ialah Nihayat at-Rutbah fi Talab al-Hisbah oleh as-Syaizari yang ditulis sebagai panduan untuk Sultan Salahuddin al-Ayubi.

Kewujudan berpuluh-puluh atau mungkin ratusan karya ini adalah cerminan betapa topik Hisbah diberikan perhatian khusus dan penting. Malah pengamatan terhadap karya-karya ini memberikan gambaran jelas bagaimana pemerintah-pemerintah Islam melaksanakan Hisbah dengan serius.

Mengapa kerajaan beli syarikat Ananda Krishnan?


Kuala Lumpur, 6 Mac – Perdana Menteri Najib Razak digesa membentangkan laporan kepada parlimen pada persidangan yang akan bermula minggu hadapan tentang status pelaburan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gesaan tersebut adalah berikutan langkah syarikat itu yang dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia.

Semalam The Singapore Straits Times melaporkan bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, 1MDB adalah sebuah syarikat pemudahcara strategik untuk ide-ide dan sumber pembangunan baru, sedangkan “perniagaan janakuasa elektrik bukanlah suatu sumber pembangunan baru,” kata Tony dalam sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, kemasukan 1MDB ke dalam industri penjanakuasaan elektrik tidak akan memberi nilai tambahan yang besar memandangkan negara sudah cukup meriah dengan syarikat-syarikat penjanakuasa bebas (IPP), seperti Malakoff Bhd, YTL Power dan Genting Sanyen yang mendahului senarai 20 IPP di negara kini.

Lebih merisaukan, operasi 1MDB dibiayai dengan pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. “Kali terakhir ia membuat pinjaman bernilai RM5 bilion, 1MDB melabur RM4.2 bilion dalam satu usahasama spekulatif dengan sebuah syarikat minyak, PetroSaudi International. Bagaimanapun, dalam jangkamasa 6 bulan sahaja, 1MDB telah menukar pelaburan sebanyak 40% dalam usahasama itu menjadi pinjaman berjangkamasa 11 tahun kepada sebuah syarikat yang ‘rekodnya’ hanya bermula pada tahun 2005.”

Penglibatan 1MDB dalam usahasama PetroSaudi itu akhirnya menyebabkan syarikat milik negara itu tidak memiliki dana untuk menjalankan projek-projeknya sendiri. 1MDB masih perlu mendapatkan dana untuk membangunkan Bandar Malaysia di Sungai Besi dan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.

Menurut Pua, semua risiko daripada tindakan 1MDB akan terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia. “Tanpa kemahiran atau pengalaman dalam industri minyak dan gas, pembangunan hartanah dan kini ditambah dengan pelaburan terbaru sebanyak RM8.5 bilion dalam Tanjong Energy, 1MDB sedang menyiapkan diri untuk mencipta rekod bail-out terbesar di Malaysia.”

Justeru itu Pua menggesa Najib mengemukakan laporan rasmi daripada pihak kementerian berkenaan di Parlimen untuk mengelakkan negara daripada terjebak dalam malapetaka sektor kewangan yang dapat memicu krisis ekonomi terburuk dalam sejarah negara ini. – Roketkini

Isu di Kedah : Politik melahirkan haiwan! Dosa yg tak mungkin di maafkan

dari Kedahkita.net

Politik melahirkan haiwan! Ia dinamakan haiwan politik - political animal. Ia tidak wujud dalam politik Islam, tapi wujud dalam Parti Politik Islam yang terpalit gaya Machevelli apabila kuasa menjadi buruan dengan niat berlapis-lapis. Kuasa diburu untuk melonjak taraf sosial dan taraf ekonomi. Kuasa mahu diguna untuk mengagihkan hasil berkuasa.

Yang tidak mahu semua itu, kuasa diburu atas sifat cemburu, ingin merasainya dan menunjukkan gaya kuasa yang lebih baik. Sebagai pemerhati dan pengkagum politik PAS yang bekerja dalam lingkungan BN, aku tidak ketinggalan memerhati, mengkaji, menganalisa dan merumuskan apa yang telah dan sedang terjadi.


Bahtera telah berjaya di tebuk. Ustaz Azizan telah selamat sebagai MB daripada PAS yang Pertama dan Terakhir. Kalau beginilah gaya perjuangan PAS, UMNO jauh lebih baik daripada banyak sudut walaupun cacat dalam banyak hal. kaum yang menentang pemimpin yang diangkat oleh ummat Islam umpama golongan khawarij - Nauzubillahi min zaalik- Harap Tuanku Sultan mempunyai pertimbangan yang terbaik dalam hal ini"

Ramai yang hairan dan terkejut dengan apa yang telah berlaku di Kedah dalam tempoh sebulan ini. Ramai yang terpinga-pinga. Untuk memahaminya dengan jelas, umum perlu tahu tentang episod pertama rencana ini yang terjadi 6 bulan lalu. Rancangan ini didalangi pihak tertentu (semua orang tahu siapa dia....) untuk menurunkan Ustaz Azizan (UA) daripada kerusinya pada bulan Ogos- September 2011. Rencana di kolum Jocelyn Tan di akhbat Star mencatatkan hampir semua plot dalam episod ini. Penulis ini telah mengkaji dan mengkagumi UA sejak 20 tahun lalu.

Waktu itu isu kesihatan UA dijadikan alasan. Beliau dirawat di IJN selama hampir sebulan, dan selepas pulang menjelang Hari Raya, beliau mendapat rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah. Waktu inilah agenda dan rencana licik itu mencapai kemuncak. Aku kurang pasti tarikhnya secara tepat tetapi aku diceritakan oleh seseorang bagaimana episod sadis itu dilaksanakan dua bulan selepas Jocelyn Tan membongkar di kolumnya. Aku sangat yakin dengan kisah itu kerana sewaktu menanti jenazah

Antara kemuncak dari episod pertama ialah menyusun Timbalan Presiden melawat UA dua kali dalam tempoh sebulan untuk meneliti tahap kesihatan yang kian merosot. Setiausaha PAS Kuala Kedah turut melawat UA di hospital...sesuatu yang amat luar biasa. Kesan dos antibiotik yang berlebihan telah menyebabkan UA iluminate (berhalunisasi) hingga diatur pakar psikatri (pakar jiwa/gila) untuk menjalankan ujian mental ke atas UA dan membekalkan pelbagai ubat untuk rawatan penyakit mental. Allah menyelamatkan UA apabila pakar gila itu tak mampu menahan kemarahan UA bila menyedari sesuatu sedang dilakukan.

Penghujung episod pertama yang digagalkan ialah membawa Presiden dan SU Agong bertemu pasukan doktor di Hospital Sultanah Bahiyah, meninjau UA di rumah dan mengadap Tuanku Sultan untuk mempersembahkan laporan kesihatan UA. Aku diceritakan UA akan terjatuh dari kerusinya paling lewat ialah pada 14 September 2011 sebelum menyertai lawatan Tuanku Sultan ke Australia pada 16 September. UA akan pulang dari Australia sebagai MB yang sedang dipangku jawatannya oleh seseorang (semua orang tahu siapa dia).

Kisah menarik dalam episod pertama ini ialah seorang Exco tergopoh gapah pulang ke kampungnya di Terengganu dengan niat kedua untuk memberi taklimat kepada Presiden tentang tahap kesihatan UA. Waktu itu presiden ke laut memancing. Seorang pimpinan kanan PAS membuat panggilan telefon kepada tekong bot yang membawa presiden untuk membawa presiden pulang ke darat kerana ada Exco Kedah hendak berjumpa atas urusan yang mustahak. Mereka berjumpa selepas solat Asar. Plot ini turut melibatkan Cikgu Haji dari Batu 16 yang diketahui umum bermusuh dengan UA.

Presiden dan SU Agong dijadualkan terbang ke Alor Setar pada hari selasa, tiket pesawat sudah dibeli. Pada hari Sabtu, 3 hari sebelum lawatan presiden, sewaktu rumah terbuka UA di Sg Limau, rancangan itu di patahkan- hanya dengan satu panggilan telefon!

Selepas episod pertama, tokoh besar dalam episod dua merasakan dirinya menjadi kambing hitam (walaupun dia sebenarnya 'kambing puteh') kepada pihak lain yang mahu UA digulingkan. Ke mana saja dia pergi, di mana saja dia berada, dia dihantui rasa bersalah dan punggungnya seperti di cucuh api. Kepanasannya meluap-luap tetapi tidak sampai menyala.

Sehingga kes tanah Bt9 yang melibatkan mafia dari Pendang yang begitu kuat batu apinya, api episod kedua ini pun menyala... menggabungkan semua pihak yang mempunyai matlamat bersama walaupun atas kepentingan berlainan. Ia membakar PAS Kedah dan seluruh pimpinan dan ahlinya yang sedang berada di tahap kemuncak untuk menghadapi PRU13. UMNO Kedah dan UMNO Malaysia bersorak gembira, Najib datang setiap minggu mengutip laba politiknya...untuk diagihkan kepada penyokongnya di Kedah yang sedang nyawa-nyawa ikan. Mereka segar bugar sekarang, dengan untung berganda dan modal yang belum terusik. Begitulah kisah ini diceritakan!

Episod yang baru diselesaikan oleh PAS Pusat semalam adalah episod kedua dan percayalah nanti...akan ada episod ketiga. Bagaimana pula ia berlaku, kena tunggu ia terjadi. Haiwan politik dilahirkan dalam semua parti, ditelorkan oleh hati dan matlamat yang tergelincir dari landasan perjuangan.

Semoga ia menjadi pengajaran!Kasihan sungguh pada UA dan pembantu- pembantu siang malamnya...juga penyokong setia di akar umbi yang membanting tulang dan keringat tanpa mengharapkan apa-apa. Mereka hanya setia dengan perjuangan atas sifat percaya dan yakin pemimpin.....dalam gerakan PAS disebut wala'. Aku akan bersedih jika perjuangan ini di kianati demi kuasa yg seciput ini.

http://kedahkita.net/tvideoview.php?id=42

MPKB nafi paksa pasar raya pasang CD ceramah Pas

http://4.bp.blogspot.com/-pH-76hfPgpI/T1azD2Ms1vI/AAAAAAAADEw/9hJ6i-bw8yk/s1600/nilai%2Bsendiri.jpg

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya pihak majlis mengedar cakera padat (CD) ceramah Pas kepada 13 buah pasar raya di bawah pentadbirannya untuk diperdengarkan kepada umum.

Arahan mengedarkan CD itu dikatakan dikeluarkan sejak akhir tahun lepas melalui surat arahan rasmi Pengarah Jabatan Pembangunan Islamnya yang baru, Azhar Abdul Satar.

Pegawai Perhubungan Awam MPKB, Azman Mohd Daham menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengedarkan risalah atau surat arahan untuk tujuan itu.

Beliau percaya surat yang ditandatangani dan diedarkan berbentuk arahan yang wajib dipatuhi oleh pengusaha pasar raya terbabit dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan reputasi pegawai berkenaan.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan itu hanya mengedarkan CD berupa ceramah agama supaya dipasang di pasar raya berkenaan setengah jam setiap kali sebelum masuk waktu solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Azman berkata surat edaran kepada 13 pasar raya bertarikh 20 November lepas untuk memperdengarkan ceramah agama oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus adalah lebih berupa meminta kerjasama pihak pasar raya dan bukan arahan.

Beliau kesal kerana surat itu telah diubahsuai hingga memberi maksud arahan wajib dipatuhi iaitu seperti "Mendengar CD ceramah PAS sahaja akan menjamin masuk syurga. Pemilik berbangsa Cina juga tidak terkecuali, jika didapati engkar dan degil dengan arahan ini tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang notis."

Azman berkata, di sebelah kanan tanda tangan Azhar pula tertulis "Amaran!

Hanya CD Tok Guru (Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Ustaz Azhar Idrus sahaja yang wajib dipasang, pasar raya yang gagal akan berdepan dengan tindakan Kerajaan".

Berikutan itu, Azhar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu petang ini, meminta polis membuat siasatan berhubung.

Jurucakap polis Kota Baharu mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama

Sampai konflik PAS dah tamat, UMNO Kedah masih mencari haluan

Oleh: Watan Bercinta

ALHAMDULILLAH konflik PAS Kedah dah selesai. Penyelesaian sudah tercapai apabila tiga individu yang terbabit boleh bersama dalam satu saf memimpin kerajaan negeri Kedah sehingga PRU13.

Orang PAS yang ada usrah dan tarbiyah begaduh macam mana pun tak melarat hingga ke akaq umbi. Depa tak bentuk kem orang ini dan orang itu, semuanya kem PAS. kalau terbentuk puak-puak pun adalah atas sesuatu isu, maknanya kalau isu tu selesai maka puak-puak tu pun terbubarlah.

UMNO tak macam tu, depa bergasak kerana ada puak. Maksudnya ada kepala puak dan pengikutnya yang dibela. Nak pegang jawatan dalam bahagian kena bela puak. Nak jadi calon untuk dicalonkan sebagai calon BN pun kena bela puak atau pengikut. Kami ada sekian banyak kekuatan, kalau calon kami tak naik kami akan kerat calon lain. Calon lain pun macam tu jugak tonjolkan kekuatan kumpulannya.

Yang pening kepala ialah pemimpin atas sama ada negeri atau Pusat. Kalau ada misalan kata 5 calon yang berebut, tentulah hanya sorang calon terpilih, maka yang empat lagi orang atas kena pikiag nak selesai masalah 4 puak tadi. Dia tak selesai dengan panggil bagi nasihat. Orang UMNO bukan makan nasihat, dia kena bagi sesuatu, maksudnya bagi kebendaan, pangkat, jawatan atau fulu$$ untuk tutup mulut.

Jadi kalau nak bandingkan konflik PAS yang diperkatakan baru-baru ini dengan penyakit barah dalam UMNO tu, ibarat taik kuku dengan taik dinosaur. Cumanya media2 BN biasalah, nak tutup masalah dalaman depa, kebetulan jumpa isu macam ni.. apa lagi diperbesarrrrkanlah.

Sebab tu para pemimpin UMNO di Kedah ni khabarnya bukan syok sangat bila isu konflik PAS Kedah dimainkan. Seorang ketua UMNO bahagian berkata, "Bila PAS bergaduh kita syok tapi bila PAS baik balik, masalah kita tak selesai jugak..."

http://kedahla.blogspot.com/2012/03/sampai-konflik-pas-dah-tamat-umno-kedah.html

Betoikah ini dia diantara puncanya yang jadi Isu Panas kat Kedah..!!??

oleh depakata.co.cc

kami dok cari jugak apa punca dan sebab berbalah 2 org besaq PAS kat KEDAH.. lepas klik sana klik sini maka jumpa laa satu blog dia karang macam nie....tengok mai tengok pie hangpa nieai sendiri laa macamana... tengok gaya nie jika betoi apa depakata nie memang kalut laa tengoknya....jadi hangpa tengok dan nilai sendiri laaa apa dia kes nie...

6 Sebab kenapa Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi bertegas untuk tidak bersama kabinet DS Azizan

Mungkin ramai tak sedar kenapa Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi terlampau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah dalam penggal baru melengkapkan kabinet DS Azizan. Takkan lah kot beliau tak tahu tentang bahaya pada PRU 13. Tetapi pertelingkahan yang berlaku adalah sangat kritikal, bukan soal cabang dan masalah remeh. Antara yang saya boleh kongsikan hanya 6 :

1.Tidak mengamalkan dasar PAS di dalam pentadbiran negeri dengan mengenepikan peranan exco-exco lain.

2. Sikap DS Azizan yang tersangat cengei dan prongos (panas baran) terhadap orang bawahan (PAS) tetapi sangatmesra dan lembut dengan orang UMNO.

3. Seorang yang memainkan peranan, yang memunyai hubungan rapat dengan tokeh-tokeh balak yang amat meragukan konsep bersih dalam pentadbiran PAS.

4. Projek bila nak bagi dekat orang lain terpaksa melalui tender tetapi projek 1 billon diberikan kepada 'orang kuat UMNO' secara runding terus.

5. Dasar berbaik-baik dengan UMNO dan pimpinan UMNO boleh mencalarkan imej PAS. Tak hairanlah kenapa UMNO tidak serang Kedah sebab UMNO dapat apa yang mereka mahukan.

6.Mentadbir ala Autokrasi dan Veto hingga menafikan hak dan pandangan exco-exco lain dalam mesyuarat seperti kes yang berlaku di Batu 9 yang taknampak sikap dan akhlak sebagai MB .

Ini sebahagian daripada perkara yang amat keterlaluan "kritikal" yang bertembung dengan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi .

Saya masih teringat dalam usroh alam UNiversiti dahulu, Naqib tarbiah kampus pernah berkata " Jika kita berjuang tiba-tiba musuh puji kita, mesti ada sesuatu yang tidak kena" ...... "Jika kita berjuang dengan mudah dan senang maka kita kena muhasabah semula"


UMNO bukan senyap sahaja bahkan tunggu masa nak "NGAP" Kedah pada PRU 13.... Syabas Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang berani bertindak mengikis barah parasit yang terdapat di dalam pentadbiran Kerajaan Kedah sekarang .

Injunksi Madrasah Salihiah didengar 10 April

NURUL FATIHAH SULAINI
6 Mac 2012
Injunksi Madrasah Salihiah didengar 10 April

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar menetapkan 10 April ini sebagai tarikh pendengaran permohonan injunksi untuk menghalang tindakan meroboh Madrasah Salihiah Kanchut oleh Kerajaan Negeri.

Pada tarikh sama, mahkamah akan mendengar permohonan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) untuk mengetepikan saman difailkan jawatankuasa madrasah berkenaan atas alasan mahkamah itu tiada bidang kuasa berkaitan tanah wakaf.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ooi Sheow Yean menetapkan tarikh itu dalam kamarnya.Pada 5 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Madrasah, Jamludin Murad, 67, selaku plaintif memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi di sini sebagai usaha terakhir untuk menghalang bangunan berkenaan dirobohkan kerajaan.

Maik, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan Kerajaan Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Jamluddin diwakili peguam Ahmad Rusydi Md Nor, Adnan Seman dan Dorina Abdullah, defendan pertama diwakili peguam Nawal Harun manakala Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan Kerajaan Negeri diwakili Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Anas Ahmad Zakie.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Mansor Ahmad turut hadir memberi sokongan dan meminta semua pihak menunggu keputusan mahkamah serta tidak mengeluarkan arahan mengosongkan bangunan madrasah selagi kes belum selesai.

Sebelum ini, Jawatankuasa Madrasah Salihiah mengemukakan permohonan injunksi dan saman interim pada 5 dan 19 Januari lalu bagi menghalang proses meroboh dan pengambilalihan tanah wakaf khas Madrasah Salihiah oleh Pentadbir Tanah Kota Setar.

Masalah parkir HSB selesai


parking

ALOR SETAR - Masalah kekurangan parkir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang sering dihadapi oleh pengunjung kini telah diatasi apabila tapak parkir di bahagian belakang bangunan tersebut telah disediakan.

Pengerusi Lembaga Pelawat HSB, Ramli Mohd Yunus berkata, kawasan tanah lapang yang disediakan itu mampu memuatkan hampir 300 kenderaan.

Menurutnya, tapak yang dibina bagi mengatasi masalah parkir di HSB itu mungkin tidak disedari oleh pengunjung kerana kedudukannya agak terlindung.

“Pengunjung tidak perlu bimbang dengan jumlah parkir yang disediakan kerana Persatuan Pelawat sentiasa memikirkan keselesaan dan kemudahan pengunjung.

“Ada juga segelintir pengunjung yang beranggapan kedudukan parkir berkenaan adalah jauh dari wad berbanding parkir di pintu utama, namun tanggapan itu tidak tepat kerana kedudukan parkir itu lebih dekat dengan wad,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramli berkata, pengunjung tidak perlu bimbang dengan keselamatan kenderaan mereka yang diletakkan di kawasan itu kerana ia selamat dan dikawal oleh pengawal keselamatan.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga sedang berusaha untuk menambun tanah di kawasan itu bagi kemudahan pengunjung.

“Kita sedari tapak itu agak berlopak dan air bertakung terutama pada waktu hujan yang menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengunjung.

“Namun, masalah itu tidak berpanjangan kerana kita akan cuba untuk mengatasi masalah tersebut untuk memudahkan pengunjung,” katanya.

Ramli berkata, pengunjung diharapkan dapat bersabar dan memberi kerjasama berkaitan, sementara menunggu proses menyempurnakan tapak parkir berkenaan siap dilakukan.

Projek jalan bukan punca

Amiruddin Hamzah

ALOR SETAR - Belum pun reda isu membabitkan lantikan semula dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh, kini timbul pula spekulasi mendakwa antara punca keengganan menerima pelantikan semula jawatan itu berkaitan dengan sebuah projek didakwa mencecah RM600 juta.

Sebuah laman portal berita melaporkan, krisis Pas Kedah memuncak apabila Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa mahu memberikan projek itu kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

Sebagai protes terhadap tindakan itu, Phahrolrazi dan Ismail dikatakan menolak pelantikan semula ke jawatan itu bagi penggal akan datang.

Difahamkan, projek itu membabitkan pembinaan jalan di Kedah, yang mahu diberikan kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di negeri itu.

Phahrolrazi ketika dihubungi bagi mengesahkan dakwaan itu, enggan memanjangkan isu terbabit dan menyifatkan ia cerita lama.

“Itu cerita lama. Mungkin kenyataan saya disalah tafsir pihak tertentu,” katanya.

Bagi mendapatkan kepastian, Sinar Harian mendapatkan maklum balas daripada dua Exco, yang turut serta dalam mesyuarat sebelum ini membincangkan mengenai projek berkenaan.

Exco Penerangan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Abd Ghani Ahmad berkata, beliau menafikan dakwaan itu dan menegaskan, Kerajaan Negeri tidak pernah memberi tender secara terus kepada mana-mana syarikat, sebaliknya dibuat secara tender terbuka.

“Saya difahamkan sekiranya projek dikaitkan ialah projek jalan, ia mula dibincangkan dalam mesyuarat Exco sekitar Disember lalu, dan dicadangkan dibuat secara kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri, GLC Kedah,” katanya.

Sementara, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio Peruma­han dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, dan Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, yang sebelum ini disandang Phahrolrazi, turut menafikan projek itu diserahkan kepada syarikat seperti didakwa.

“Berdasarkan keputusan mesyuarat Exco, projek berkenaan akan dibuat secara tender terbuka namun belum dibuat tawaran,” katanya.

Bagaimanapun, Amiruddin menafikan nilai tender itu mencecah RM600 juta, sebaliknya mendakwa projek penyelenggaraan jalan-jalan negeri itu hanya sekitar RM60 juta setahun.

“Hasil negeri tidak memungkinkan kita mampu tawar tender setinggi itu, ia mustahil cecah RM600 juta,” katanya.

Menurutnya, walaupun portfolio berkenaan kini bawah tanggungjawabnya, namun beliau belum meneliti projek bawah portfolio itu mahupun melihat kertas kerja atau laporan berkaitan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...