TERKINI :

Tuesday, March 6, 2012

SISA LYNAS BUANG DI GURUN KEDAH?

[UNTUK YANG FAHAM MATEMATIK MUDAH SAHAJA!]

Hebat berita ini. Mereka yang taksub kepada projek Lynas dan penyokong neo-kolonialisme ekonomi pasti bersorak gembira mendengar berita ini. Berita yang dimaksudkan seperti keratan di bawah:

Berita ini menyebut, PM akan letak sisa Lynas ke lokasi jauh dari manusia. Agaknya, dekat mana lokasi di Malaysia yang jauh dari manusia?

Ah ha! Yong dah jumpa! Di Sabah atau di Sarawak! Apa yang ada di sana? Lihat gambar:

SISA LYNAS HENDAK DIBUANG DISINI?

Di hutan Sabah dan Sarawak cuma ada orang utan, gajah dan anaconda (adik beradik dia). Di dalam hutan Sabah dan Sarawak juga cuma ada orang asal (contohnya Penan). Demer ni pun bukan pergi mengundi. Bukan menguntungkan BN. Apa BN nak kisah, kan? kan?

Jangan marah dulu! Cuba baca pulak dengan teliti fakta dalam jadual berikut:
JADUAL 1: PERBEZAAN SOSIO-GEOGRAFI CHINA, AUSTRALIA DAN MALAYSIA
Cuba bandingkan ANGKA2 yang ada dalam jadual di atas. Sengaja Yong pilih tiga negara yang relevan dalam kes yang dibentang.

Keluasan tanah China adalah 29 kali keluasan Malaysia. 9596,960 / 329,758 = 29.10304.

Keluasan tanah Australian adalah 23 kali keluasan Malaysia. 7692024 / 329,758 =23.32627.

Bagi yang tak faham matematik, Yong sertakan peta China, Australia dan Malaysia. Tengok sendiri besar mana negara2 tersebut. Jangan jadi bangang macam budak2 songkok tinggi Pulau Pinang.
PETA ASIA TIMUR
Keluasan gurun di Cina adalah 1,247,604 km persegi, iaitu 13% daripada keseluruhan tanah China. Bagi kedua2 negara ini keluasan gurun mereka adalah 3 kali ganda keluasan tanah Malaysia. Australia dengan keras tidak mahu sisa Lynas dibawa pulang ke negara tersebut, walaupun ada gurun yang luas dan bilangan penduduk yang sedikit. Kenapa agaknya ya? Sudah tentu kerana mereka sedar tentang kesan radioaktifnya. China pulak menutup beberapa operasi melombong dan memeroses nadir bumi, kerana masalah pencemaran alam sekitar. Malaysia pula hendak mencampakkan sisa Lynas ke mana?

INI RUPA GURUN DI CHINA

Malaysia tidak ada gurun. Yang ada cuma GURUN Kedah.
Jangan mengaji tinggi sampai PhD, tapi bangang.

http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/03/sisa-lynas-buang-di-gurun-untuk-yang.html

Isu di Kedah : Antara ‘mempertahankan kebenaran’ dan ‘mempertahankan kemenangan’

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Macamlah besar sangat konflik yang berlaku di Kedah sehingga memaksa seluruh media di tanahair ditumpukan terhadap ‘perang saudara’ yang kononnya melanda kepimpinan PAS Kedah. Ramai yang bertanya dengan cemas, apa sebenarnya yang sudah berlaku? Soalan yang paling popular pula ialah, dengan konflik ini masih mampukah PAS pertahankan Kedah?

Jawapannya ialah, insyaAllah PAS dan Pakatan Rakyat masih mampu pertahankan Kedah. Pertama kerana kekuatan akar umbi tidak terjejas sebab mereka tidak terbabit apa-apa. Dalam PAS belum wujud rantaian kroni dari atas hingga ke akar umbi seperti yang berlaku dalam Umno.

Kedua, kerana kajian dan analisa yang dibuat menunjukkan bahawa PR masih mampu mempertahankan Kedah sekurang-kurang 20 kerusi sangat selamat.

Ketiga, kerana yang terbabit hanya dua anggota Exco yang enggan dilantik semula kerana tidak bersetuju dalam beberapa perkara dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Mereka ialah Dato’ Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh. Dalam sejarah organisasi dunia konflik antara pemimpin nombor satu dan dua adalah lumrah. Ayatollah Montazeri yang dulunya dianggap pengganti Ayatollah Khomeini pun lenyap karier politiknya gara-gara berkonflik dengan pemimpin nombor satu. Tun Dr. Mahathir mempunyai sejarah konflik besar dengan dua timbalannya, Tan Sri Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Istimewanya dalam jamaah Islam seperti PAS, bila akhirnya kepimpinan Pusat membuat keputusan maka ia akan dipatuhi oleh semua pihak. Jika ada pihak yang enggan terima keputusan dia kena beruzlah bagi mengelak mudharat lebih besar terhadap jamaah. Jika dia terus menyanggah, maka tindakan tataterbib boleh diambil. Itu kaedah dalam jamaah. Yusof Qardhawi pun pernah dipecat dari Ikhwanul Muslimun.

Konflik yang berlaku dalam PAS Kedah bukan melibatkan kumpulan. Tidak ada kem Ustaz Azizan atau kem Phahrolrazi. Jika wujud pun ‘kumpulan’ cuma dalam bentuk pemikiran atau sikap. Sebahagian besarnya bersetuju bahawa jika jawatan Menteri Besar perlu diganti pun, maka ia bukan sekarang, sewaktu semua pihak akan menghadapi pilihanraya umum. Hanya segelintir yang berbeza dari pandangan majoriti itu. Cuma biasalah... kumpulan yang segelintir pun boleh nampakkan diri besar dengan pelbagai strategi. Ibrahim Ali dan Perkasa sangat berjaya dalam menunjukkan kekuatan ‘besar’ dengan menggunakan tenaga kecil. Jadi umumnya, konflik ini akan lenyap begitu sahaja apabila kumpulan yang segelintir itu insof bahawa tindakan yang keterlaluan hanya akan memberi mudarat kepada jamaah Islam.

Dari aspek positif, penggembelengan media BN bagi menggambarkan bahawa Ustaz Azizan mahu dijatuhkan rupanya mengundang sokongan yang kuat dari pelbagai pihak. Ramai kalangan rakyat yang bukan ahli PAS yang bersimpati dengan beliau. Manakala majoriti ahli PAS pula marah kepada pihak segelintir itu yang dianggap sengaja membuat onar, gopoh dan tidak sabar.

Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Menurunkan seseorang pemimpin sekiranya mempunyai alasan syarie yang kuat sekalipun mestilah dibuat dengan kaedah yang syarie juga. Guna saluran ikut hairaki jamaah dan patuhi apa-apa keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi.

Saya tidak mahu merujuk ulasan ini dengan isu yang berlaku di Kedah. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jika mempunyai persamaan maka ia adalah kebetulan semata-mata.

Andai seseorang pemimpin dianggap memudharatkan parti maka tidak ada alasan pula untuk mengizinkan berlakunya kemudharatan yang lebih besar sedangkan, kemudharatan yang lebih kecil tadi pun belum tentu dapat dielak.

Maksudnya begini, jika bertindak menurunkan seorang pemimpin yang dianggap menyeleweng yang tidak kena pada masa dan situasi itu mengakibatkan; perpecahan dan permusuhan dalam jamaah, kekuatan dalaman dan ikatan ukhwah terburai, imej jamaah di mata masyarakat umum musnah sehingga hilang wibawa, tidak dihormati serta tidak dapat menarik sokongan terhadap perjuangan Islam, memberi peluru kepada musuh untuk menyerang kita, melemahkan semangat ahli-ahli jamaah untuk bekerja serta 1001 perkara negatif lagi terhadap Islam maka sudah tentulah mudharat besar seperti ini wajib dielakkan. Impaknya sangat teruk, walhal pemimpin yang dianggap menyeleweng tadi belum tentu dapat diturunkan.

Apatah lagi serangan terhadap pemimpin yang dianggap menyeleweng tadi bukanlah berkisar pada persoalan dasar perjuangan. Ia cuma persoalan kelemahan, kesilapan dan sikap. Lebih malang kalau berkaitan dengan isu duniawi dan persoalan peribadi pula.

Ada pihak yang sangat ideal pemikirannya. Pemimpin mestilah sempurna. Jika berkuasa tapi tidak mampu laksanakan Islam, maka lebih baik dia diturunkan sekalipun akibatnya parti kalah dalam pilihanraya. Hujahnya ‘yang utama ialah pertahan kebenaran, bukan pertahan kemenangan’. Politik pilihanraya di Malaysia macam jongkang jongket. Jika PR kalah, maka yang menang ialah BN. Tiada kuasa ketiga. Maka membuka ruang untuk membenarkan PR kalah sama macam mengundi dan memenangkan BN sebuah parti rasuah, penyeleweng, kaki songlap dan sering mempersenda hukum Allah.

Jika ada yang berkata, biar BN menang asalkan pemimpin kita yang tidak sempurna tidak berkuasa, maka orang itu pengkhianat jamaah Islam. BN tidak pernah lebih baik dari orang yang paling buruk dalam PAS sekalipun.

Itu pandangan saya. Jika ada pandangan lain, silakan. Golongan kurang cerdik biasanya menjadikan pola pemikiran seseorang sebagai segmentasi dalam menentukan kumpulan. Orang berfikir begini dari kumpulan A, berfikir begitu adalah kumpulan B. Aduhh dungunya...

Saya tidak mewakili mana-mana kumpulan. Saya sama seperti Pak Long Sheikh Mohamad, Aris Awang, Zainul Asri serta lain-lain yang sangat mencintai PAS dan perjuangan Islam, sekalipun mungkin Allah mengtakdirkan cara berfikir kita tidak sama. Semoga Allah memberikan kita sebaik-baik pengajaran dari apa yang telah berlaku.

STRATEGI ‘KAMIKAZE’ 2 EXCO KEDAH, SELAMATKAN KERAJAAN KEDAH

oleh

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini apabila melihat masih ramai yang tidak memahami isu dan meletakkan kesalahan yang parah kepada Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail sedangkan isu telah selesai. Bukan tujuan saya untuk membesarkan isu supaya kita dapat melihat keunikan PAS yang berlapang dada dlam menyelesaikan maslaah dalaman.
Kemelut dalam kepemimpinan PAS Kedah berakhir dengan pengumuman dua exco kerajaan negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh masing-masing menerima pelantikan semula jawatan exco Kerajaan Negeri selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa Pengawal bagi mengawal selia pentadbiran negeri Kedah.
Krisis terjadi apabila Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail enggan menerima lantikan semula exco jika DS Azizan masih menjadi Menteri Besar Kedah. Rentetan itu hanya 8 orang exco sahaja yang mengankat sumpah pada 28 Februari 2011 yang lalu.
Pasti kita dan ramai orang tidak mengetahui masalah dalaman Kerajaan Kedah yang diibaratkan sangat ‘kritikal’ . Krisis kepimpinan DS Ustaz Azizan yang banyak membelakangkan prinsip Pakatan Rakyat menjadi punca utama kenapa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail mengambil sikap untuk melakukan ‘kamikaze’ politik untuk menegur DS Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah walaupun dicemuh ramai pihak.
Mungkin kita tertanya-tanya apakah isu dan perbalahan kritikal yang sedang berlaku di dalam Kerajaan Negeri Kedah. Apa yang kita tahu hanya sebahagian kecil sahaja masalah kritikal seperti DS melantik CEO anak syarikat milik Kerajaan Kedah di kalangan UMNO yang banyak mengambil kesempatan kurapsi kewangan, memberikan projek bernilai 1 billion kepada ‘individu’ UMNO secara runding terus, Mengakui untuk menguna pakai Akta AUKU dalam kes 5 orang mahasiswa KUIN yang digantung, isu balak dan lain-lain. Ini hanya sebahagian yang kita ketahui mengenai kemelut dalaman menerusi saluran blogger dan maklumat dalaman.
Sebenarnya jika ingin didedahkan banyak lagi masalah dalaman yang agak keterlaluan jika saya katakana tak layak berlaku di bawah sebuah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, yang hanya sesuai saya ibaratkan dengan kesalahan ‘kritikal’. Hal ini disedari oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail serta exco yang lain. Bahkan ramai orang tahu tetapi tak berani menyatakan dan menegur DS Azizan kerana mengetahui kegarangan dan ke’cengei’an DS Azizan. Jika didedahkan kemelut dalaman ini mungkin Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh ditumbangkan BN dengan hanya menggunakan isu kelemahan pentadiran ini. Jika dibiarkan sahaja kerana terlampau nak jaga nama Kerajaan, ia akan menjadi barah yang tunggu masa sahaja untuk meragut nyawa Kerajaan Pakatan Rakyat.
Bagi Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail , diluah mati mayah, ditelan mati emak, maka tidak ada pilihan lain melainkan ‘kamikaze’ bagi memulihkan masalah dalaman perlu dilakukan.Mereka perlu berkorban hingga terpalit kekotoran nama semata-mata ingin menyelamatkan Kerajaan Kedah
Pendedahan secara beradab mengenai masalah dalaman yang sangat ‘kritikal’ telah dibentangkan dan diterangkan dengan terperinci dan disertakan dengan hujahan dan bukti ketika pertemuan tertutup bersama YB Salehuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang menjadi wakil PAS Pusat menyelesaikan isu ini. Oleh sebab itulah kawalan keselamatan dikawal ketat pada malam terbabit, media tidak dibenarkan berada berdekatan dengan tempat perbincangan, sebarang alat rakaman dan elektronik tidak dibenarkan termasuk telefon bimbit, MP3 dan lain-lain. Ini adalah bagi memastikan kesalahan ‘kritikal’ yang telah dilakukan DS Azizan dapat didedahkan secara telus berdasarkan bukti kepada pimpinan PAS Pusat, supaya semua maklumat ini tidak jatuh di tangan musuh (BN) dan difahami dengan jelas oleh PAS Pusat kenapa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail mengambil tindakan enggan dilantik semula exco.
Jikalah memang niat Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail nak jatuhkan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan DS Azizan , mereka boleh dedahkan kepada media dan awam semua kesalahan ‘kritikal’ yang dilakukan DS Azizan agar umum dan rakyat mengetahui kenapa mereka bertindak demikian rupa dan nama mereka dapat dibersihkan, namun tindakan mendedahkan kesalahan DS Azizan ibarat membuka pekung di dada. Mereka sanggup menerima kutukan dan kritikan daripada seluruh lapisan masyarakat seolah-olah mereka gilakan kuasa dan tamak jawatan. Benarlah kata-kata hukamak, perjuangan dan kebenaran tidak dapat diserlahkan melainkan perlu ada yang terkorban dalam perjuangan. Mereka terkorban dengan kutukan masyarakat seolah-olah gilakan jawatan sebaliknya apa yang mereka mahu Kerajaan Kedah mesti diselamatkan.
Oleh kerana itu apabila ditanya oleh wartawan ketika sidang media , belia menjawab "Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco," kata Phahrolrazi.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa pemandu, sekurang-kurangnya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr ismail yang jarang-jarang bersuara juga seia senada dengan Datuk Phahrolrazi Zawawi apabila dihubungi Malaysiakini, Dr Ismail berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.
Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah dalaman yang telah timbul.
"Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.
"Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa-apa. Jadi kami ini seolah-olah 'kamikaze' untuk perkara ke arah kebaikan."
"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah.
“Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," katanya.
Dalam banyak situasi semua keputusan dan strategi yang dilakukan Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail bukan hanya keputusan peribadi mereka , bahkan dipandu oleh Dewan Ulamak PAS Kedah yang ibrarat isi dan kuku sentiasa membimbing tindakan mereka.
Di mana sahaja ada kenyataan media, disitu ada bersama mereka Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah beserta AJK Dewan Ulamak PAS Kedah. Ini menggambarkan tindakan yang bukan dipandu dengan hawa nafsu.
Oleh itu saya menyeru semua pihak agar membetulkan persepsi agar tidak melihat tidakan yang dibuat oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail adalah disebabkan gila jawatan dan hendak meruntuhkan Kerajaan Kedah yang sudah lama diperjuangkan sehingga Pakatan rakyat berjaya memerintah Kedah.
Sekarang ayuh kita tumpukan usaha untuk tumbangkan BN dan berjaya menawan Putrajaya, seterusnya menegakkan Islam di Malaysia.

http://hijaubulat.blogspot.com/2012/03/strategi-kamikaze-2-exco-kedah.html

Isu Kedah - Anggota JEMAAH PEMANDU akan dilantik pada 12 Mac

Tiada j'kuasa boleh atasi exco, kata Mustafa

PAS menafikan penubuhan jawatankuasa pemandu bagi menasihati hal ehwal pentadbiran Kedah bertujuan mengambil alih atau campur tangan kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, kuasa tertinggi sesebuah negeri datang dari majlis mesyuarat kerajaan atau exco yang dipengerusikan menteri besar, seperti peranan kabinet di peringkat persekutuan.

NONE"Tiada jawatankuasa apa pun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet.

"Oleh itu, penubuhan jawatankuasa pemandu ini tiada kaitan untuk ambil alih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri," katanya.

Beberapa media arus perdana hari ini dalam laporannya mengandaikan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan akan mengehadkan kuasa menteri besar dan menjadikan Azizan mentadbir tanpa kuasa mutlak.

Utusan Malaysia melaporkan, langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Kedah itu menyaksikan menteri besar kehilangan sebahagian kuasa apabila pihak luar boleh campur tangan dalam membuat keputusan melalui jawatankuasa itu.

Manakala Berita Harian pula melaporkan jawatankuasa pemandu bertanggungjawab memantau menteri besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya.

Anggota dilantik pada 12 Mac

Dalam kenyataannya hari ini, Mustafa menjelaskan jawatankuasa itu hanya bersifat sebagai penasihat dalam hal yang memerlukan pandangan berhubung perancangan dan program yang dibuat.

"Jawatankuasa pemandu ini juga bukan khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya tetapi kepada semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti," katanya.

NONEMustafa juga menjelaskan pembentukan jawatankuasa itu bukan baru kerana ia dimulakan sejak 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan dan beliau sendiri menganggotainya.

Bagaimanapun, katanya ia tidak diteruskan selepas 2008 kerana "keadaan sudah stabil".

"Kini kita hidupkan kembali apabila ia ada keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

"Oleh itu tidak seharusnya berbangkit tafsiran salah tentang fungsi jawatankuasa pemandu ini dan kita harap semua pihak memahami soal ini," katanya.

Justeru, Mustafa berkata, beliau kesal dengan laporan beberapa media hari ini yang yang didakwa tidak faham atau sengaja memutarbelitkan fakta berkaitan fungsi jawatankuasa itu.

Veteran PAS itu juga mendedahkan, pelantikan anggota jawatankuasa pemandu itu akan membuat pelantikan anggotanya pada 12 Mac ini.

Kontrak RM600 juta punca krisis PAS Kedah


EKSKLUSIF Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

NONEPerkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

NONEProjek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Najib Tanya.. Rakyat Pendang Jawab..!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/428733_10150594184132157_319981142156_9160090_907938706_n.jpg

Mashitah: Bila Belengasnya Sudah Kering


Betullah kata orang wajah yang cantik tidak semestinya mencerminkan akhlak dan pertuturan yang murni. Begitu juga wajah yang buruk (subjektif penilainya) bukan menggambarkan perwatakan dan pertuturan yang buruk dan jelek. Kalau ini boleh dibuktikan dengan apa yang berlaku ke atas Mashitah Ibrahim, iya adalah salah satu buktinya nyata.

Mashitah seorang yang cantik, putih melepah campur kekuningan bunga kunyit muda. Kecantikan itu memegunkan setiap mata memandang, baik lelaki maupun perempuan. Apa lagi saat emosi dan berahinya tumpah wajahnya akan kelihatan ‘belengas macam tapai mala’ dalam mata jantan.

Lelaki yang merenung dan melihat ke dalam anak matanya akan boleh terkulai dan lemah seluruh orat saraf. Terbawa-bawa wajahnya ke dalam mimpi sampai ke muara Subuh. Demikian cantik dan ayunya Mashitah seayu namanya. Aduhai...

Selain memiliki wajah yang ayu dia seorang yang cerdik dan berilmu. Dia seorang penceramah (motivator macam Hasan Akidah...lah) wanita yang handal. Namanya jadi sebutan dan wajahnya selalu muncul dalam tv dan menjadi penghiasan muka depan majalah. Tahu membaca hadith dan Quran kalau pun tidak semua ayat-ayat perintah dan larangan ditaati dan dipatuhinya dengan yakin kul hayakin.

Kerana kehebatan dan kebolehan itu dia diambil masuk ke gelanggang politik? Mungkin juga pengambilan itu bukan sangat kerana kebolehannya, tetapi kerana kecantikan dan syaksiyah yang nampak Islami. Parti Umno memang obses kepada kecantikan perempuan bukan kepada nilai tambah Islam.

Mulanya orang teruja dan mengira dia akan dapat menjadi seorang serikandi politik yang hebat dan merubah keadaan dalam Umno. Menjadi perjuang kepada kebenaran dan keadilan seperti Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w. Pembela kepada kaum Hawa. Harapan jauh diberikan kepadanya agar memperbetulkan budaya kerja dan sosial di kalangan wanita Umno. Dia diharap menjadi Ibu Hadhari dan ketua wanita Umno. Tetapi malang tidak sampai ke situ daya politiknya lemah.

Kelembutan, ketakwaan dan keimanananya nampak seperti turut mencair selepas bergelumang dengan politik. Tiada teguran kepada sosial wanita Umno. Tidak pernah terdengar dia menyebut fasal kepentingan kain tudung kepada wanita Umno. Rafidah atau Sharizat Jalil atau Siti Hasmah yang rambut berjuntai di dahi macam ekor burung damak jantan. Mashitah tidak pernah tegur. Bahkan dia sendiri pernah bersalam dengan lelaki bukan muhrim tanpa berlapik di parlimen, saya sendiri menyaksikannya?

Akhir-akhir ini akhlak dan tutur katanya semakin memburuk. Mungkin sudah tertelan air liur pemimpin-pemimpin Umno yang suka bercakap huduh atau sudah terlangkah air kencing Selentia. Mashitah sudah berani memburukan orang lain dan memfitnah musuh-musuh partinya. Mashtitah sudah melakukan upacara buka mulut kali kedua barangkali dengan menggunakan cincin atau batu Mahathir.

Wanita cantik dan belengas ini sudah mula pandai mengatakan orang dan membuat tuduhan melulu tanpa disertakan fakta dan bukti cukup. Dia sudah membudayai politik Umno yang sedia melakukan apa saja kejahatan demi kuasa. Soal adat budaya dan hukum hakam tidak dipedulikan lagi.

Bacalah apa yang terkandung dalam catatan Mashitah ini yang disiarkan dalam sebuah akhbar. Tenguk macam mana liar dan huduhnya sifat dan pemikiran Mashitah tidak setanding dengan kecantikan dan ‘kebelengasan’ tubuhnya yang Allah anugerahkan kepadanya.

“Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

“Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

“Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

“Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

“Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

“Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

“Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

“Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

“Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

“Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.”

Jelas sekali tulisan dan kritikan Mashitah kepada para pemimpin pembangkang itu fitnah dan fakta yang tidak tepat. Nampak sangat Mahsitah sedia digoda syaitan agar membuat fitnah kepada sesama manusia. Dia sudah menjadi alat kepada politik munafik. Di mana ilmu dan kewarakannya selama ini. Mungkin bukan saja saya, orang lain yang pernah menganggap Mahsitah bukan saja cantik tetapi berilmu, terkejut beruk dengan bentuk penulisan berunsur fitnah itu. Begitu juga seorang lelaki yang tergila-gilakan Mashitah sampai kini sudah meleburkan cintanya apabila melihat Mashitah sudah berubah?

Ada dua tempat sekurang-kurang dalam tulisan Mashitah itu bohong dan fitnah dan sengaja mahu memburukkan pihak yang dituduh. Pertama mengenai tuduhan terhadap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kononya pernah ada skandal dengan anak dara orang untuk dijadikan isteri ketiga. MasyaAllah... Nauzubilahiminazalik....

Dari mana Mashitah mendapat cerita ini kalau ia bukan dari bisikan syaitan dan Iblis. Syaitan dan iblis sangat hampir dengan sesetengah pemimpin Umno seperti mana kata Nazri Aziz. Bila Nazri kata Anwar Ibrahim iblis, ertinya Nazri juga iblis atau hantu kerana iblis mengenali iblis. Anwar dulu pun Umno juga.

Kedua ialah tuduhan ke atas Adun Selising Saiful Bahari itu. Mashitah kata Saiful ada sekandal dengan isteri orang dan kena tumbuk di stesen keretapi Wakaf Baru. Dari bakul sampah syaitan mana Mashitah mengutip cerita ini dan ditulis untuk paparan umum. Benarlah wanita akan jadi lebih kejam dari lelaki kerana ia dikuasai 90 peratus nafsu amarah berbanding lelaki hanya 10 peratus.

Demikian juga dengan isu-isu dihadapi Mat Sabu, Badrul Amin dan bekas speakar Dun Kelantan (sebanrnya bekas timbalan speakar) Kelantan itu. Sedih seorang ustazah yang belengas macam Mashitah dia tidak membuat semakan baik dari undang-undang dan juga hukum sebelum menulis untuk mencernakan pemikiran siasahnya kepada media.

Terhadap dua tuduhan beliau ke atas Saiful dan Abdul Hadi Awang itu, tindakan undang-undang (saman) boleh dilakukan. Saya mengsyorkan demi kebaikan dan pengajaran kepada Mashitan, Abdul Hadi dan Saiful Bahari menyaman Mashitah binti Ibrahim. Elok juga kalau giring wanita ini ke mahkamah mudah Mashitan akan tersedarari keenakan sofa politik.

Saya yakin catatan dan idea itu bukan original dari Mashitah. Ada tukang tulis yang menulis kemudian menggunakan nama Mashitah. Bagaimana pun persepsi dan pandangan buruk akan dipikul oleh Mashitah kerana ia diletakkan nama Dr Mahsitah Ibrahim. Maka berhati-hatilah untuk bercakap isu politik yang dilakar oleh orang lain kerana akhirnya keburukan terkena ke atas tubuh kita.

Natijah naifnya politik Mashitah menyebabkan tulisan itu memberi damage kepadanya. Ia boleh menghapuskan kebelengasan wajahnya dalam mata lelaki. Mata lelaki ada kalanya bukan berapikan nafsu semata-mata tetapi ada juga yang bernurkan ilmu. Pakailah kosmetik berjenama apa sekali pun atau cukurlah bulu kening tetapi kalau mulut sudah busuk orang akan benci dan menjauhi kita.

Seburuk-buruk dan sebenci-benci Rosmah Mansor kepada pemimpin pembangkang yang memburuk dan memfitnahkan suaminya Ha Najib Razak, Rosmah tidak pernah menulis atau upah orang membuat fitnah kepada pemimpin pembangkang seperti mana Mashitah Ibrahim. Tampaknya di akhir zaman ini Rosmah kelihatan lebih ustazah berbanding dengan seorang digelar ustazah seperti Mashitah? [wm.kl.9:34 am 06/03/12]

Mohd Sayuti Omar,

Isu Kedah: Bukti PAS mampu tadbir negara

KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa bersyukur kerana pimpinan PAS Pusat mengambil langkah berkesan dengan menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Kedah dengan cepat.

“PAS WP merasakan keputusan yang dibuat oleh kepemimpinan PAS Pusat adalah suatu keputusan yang terbaik dan menguntungkan semua pihak,” kata ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Bagi PAS WP, katanya apa yang berlaku di Kedah adalah umpama perselisihan faham yang berlaku dalam sebuah keluarga.

Baginya, PAS Pusat ibarat ayah yang berjaya mendamaikan persengketaan antara adik beradik.

“Penyelesaian konflik ini menunjukkan PAS sememangnya matang dan mampu untuk mentadbir kerajaan apabila berjaya mencapai kata sepakat dengan kerukunan dan penuh adab,” ujarnya sebagai respons kepada tindakan dua Exco Kerajaan Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang menerima kembali jawatan itu sebagaimana diputuskan PAS Pusat, semalam.

Beliau menambah, rakyat melihat pemimpin PAS mampu duduk semeja, bersikap berlapang dada dalam menangani sesuatu konflik yang berlaku.

Katanya, konflik yang berlaku adalah suatu perkara biasa yang dihadapi oleh mana-mana organisasi.

Apa yang penting, tambahnya bagaimana penyelesaian dapat dibuat bagi mengatasi konflik yang berlaku dan PAS membuktikan mampu menyelesaikan konflik itu dengan baik.

Sesungguhnya, tegas beliau pemimpin PAS membuktikan mereka tidak berebutkan jawatan, pangkat, harta atau kedudukan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.

Pemimpin PAS juga, jelasnya tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan jemaah sepertimana yang berlaku kepada pemimpin parti-parti politik lainnya.

“PAS WP percaya, isu ini mampu mengeratkan pertautan ukhwah serta semangat juang di kalangan ahli dan jentera parti di Kedah bahkan di seluruh negara serta mampu mengukuhkan lagi kedudukan PAS Kedah di bawah kepemimpinan YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya lagi.

Justeru, katanya PAS WP mengharapkan jentera PAS di semua peringkat menumpukan perhatian kepada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dan mengenepikan sebarang permasalahan yang berlaku di peringkat dalaman.

YB Ghani tinjau pekan sehari Jerlun

KUBANG PASU – Pekan Nat Kuala Jerlun yang menjadi tempat tumpuan orang ramai pada hari Jumaat khususnya telah mendapat perhatian YB Ustaz Abd Ghani Ahmad apabila beliau turun padang melihat sendiri masalah yang sering dihadapi di pekat nat tersebut.

ADUN Ayer Hitam, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad berkata, pekan nat ini adalah tempat menurunkan ikan segar serta tempat tumpuan orang ramai menyebabkan kini ianya menjadi semakin padat.

Beliau berkata demikian semasa dihubungi bagi mengulas mengenai tinjauannya ke pekan nat tersebut.

“Saya risau melihat keadaan ini kerana jika berlaku apa-apa kemalangan seperti kebakaran pada hari tersebut maka ianya akan menjadi kesukaran kepada pihak bomba untuk melaluinya disebabkan jalan yang terlalu sesak.

“Oleh itu, pada hari ini saya bersama-sama Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia turun melihat sendiri masalah-masalah yang berlaku di sini,” terangnya.

Beliau bersyukur kerana selepas tinjauan tersebut dilakukan terdapat perkembangan positif dari pihak yang bertanggungjawab apabila jawatankuasa penambahbaikan gerai-gerai akan berbincang untuk melakukan penambahbaikan di tapak nat ini dan ianya akan dilakukan secepat mungkin.

Isu Debat - Inilah Salah Seorang MENTERI UMNO yang fikir pakai 'OTAK' tak seperti yang lainnya..!!

Alasan, jawapan menolak debat
SAIFUDDIN ABDULLAH


http://lh4.ggpht.com/-jS4ySa3vJnU/TyLNh-TyL0I/AAAAAAAAJ_U/c54yYWUKS8g/Debat%252520Perdana%25255B5%25255D.jpg

Debat politik baik untuk demokrasi. Ia peluang untuk mencetuskan idea yang bernas dan mempertahankannya dengan cerdas. Rakyat akan menilai.

Namun, terdapat mereka yang menolak debat. Tidak mengapa jika tidak ingin berdebat kerana itu pilihan masing-masing, tetapi usahlah menolaknya bulat-bulat.

Di sini, disenaraikan 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya.

Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.

Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.

Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.

Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.

Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.

Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?

Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.

Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?

Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.

Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!

Anak Muda tetap mahu Najib-Anwar berdebat..!!

Kajian: Majoriti mahukan debat Najib-Anwar

najib-anwar-B

SHAH ALAM - Kajian kendalian Merdeka Center menunjukkan pengundi-pengundi mahu siri debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekitar 54 peratus responden, yang ditemui oleh firma kajian pendapat awam itu di Semenanjung Malaysia, bersetuju agar kedua-dua pemimpin ini mengambil bahagian dalam debat.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan bagi debat sangat tinggi di kalangan pengundi muda.

"Di mana 67 peratus bersetuju bahawa perlu ada debat di antara kedua-dua pemimpin itu bagi mengetengahkan idea-idea dan dasar-dasar mereka kepada negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Hasil kajian itu selari dengan pandangan yang pernah diberikan oleh Ibrahim kepada Sinar Harian Online pada Januari lalu di mana golongan profesional Melayu mahukan kedua-dua Najib dan Anwar berdebat.

Pandangan itu diberikan hasil perbincangan Merdeka Center dengan golongan profesional muda Melayu di kawasan bandar.

Idea berdebat itu menjadi harapan orang ramai susulan debat antara Presiden MCA dan Setiausaha Agung DAP awal bulan lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, beberapa jam selepas entri blog Najib yang turut menyentuh tentang soal debat, Ibrahim berkata, sokongan agar Najib dan Anwar berdebat sangat tinggi di kalangan orang Melayu muda dengan 76 peratus memperlihatkan pendirian menyokong.

Bagaimanapun pendirian itu sangat rendah di kalangan orang berusia 60 tahun dan ke atas. Hanya 39 peratus responden dalam golongan itu bersetuju kepada soalan sama ada perlu diadakan siri debat antara Najib dan Anwar.

"Sementara sesetengah berhujah bahawa debat-debat sedemikian tidak perlu dan bukan budaya kita, penemuan kajian menunjukkan bahawa ia akan membantu pengundi menentukan pendirian mereka memandangkan 62 peratus pengundi belum membuat keputusan parti yang mereka akan sokong," katanya lagi.

Antara topik yang pengundi-pengundi mahukan jika debat diadakan ialah isu berkaitan ekonomi, nasional semasa, kebajikan rakyat dan pembangunan negara.

"Isu-isu ini disusuli oleh langkah melawan rasuah," katanya lagi.

Kajian ini dikendalikan oleh Merdeka Center antara 10 dan 23 Februari lalu, di kalangan 1,022 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus kaum Melayu, Cina 32 peratus dan sembilan peratus kaum India.

UMNO Mohon Maaf

Politik kian menarik dan meriah menjelang pilihanraya umum ke 13. Terkini Dato' Seri Najib mohon maaf kepada rakyat atas kesilapan BN dalam pemerintahan mereka yang lepas dan memberi akujanji bahawa mereka tidak akan mengulangi kesilapan silam yang nyata telah membawa igauan buruk buat mereka.

Perbuatan ini dianggap luar biasa. Bagaimana UMNO selama ini dilihat gah dan angkuh di puncak kuasa, tiba - tiba roadshow keseluruh negara memohon maaf daripada rakyat atas kesilapan lampau mereka. Umumnya rakyat melihat perbuatan ini seperti "buang tabiat".
Seolah - olah UMNO sudah tahu bahawa kuasa dan pengaruh mereka bakal berakhir dalam pilihanraya umum akan datang, lalu UMNO memohon maaf kepada rakyat disetiap negeri yang mereka jelajah.

Saya melihat perkara ini sebagai pelik dan menghairankan kerana Datuk Seri Najib boleh memilih televisyen untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat dalam negara kita dan memadai dengan sekali mohon maaf. Tetapi .... apabila tindakan mohon maaf ini dibuat berulang kali, rakyat akan tertanya - tanya sebenarnya apa yang telah berlaku pada UMNO ?

Sebagai seorang muslim yang baik, sememangnya kita diajar menerima permohonan maaf dan segera memaafkan pihak lain terutama dikala mereka memohon untuk dimaafkan. Cuma asasnya apabila ada orang memohon maaf, ia terhenti di atas 2 perkara:

a] mohon maaf kerana "buang tabiat" mengikut istilah orang tua - tua. Mereka tidak bersalah dan tidak pernah rasa bersalah seperti UMNO yang sering menganggap PAS selama ini melontarkan fitnah kepada mereka. Apa yang PAS sebut adalah tidak benar dan fitnah semata - mata. Ertinya mereka berada di pihak yang benar selama ini, lalu kenapa mereka tiba - tiba beria - ia benar memohon maaf secara berulang kali daripada rakyat.

b] mohon maaf kerana sedar bahawa mereka telah dan pernah melakukan kesalahan serta kesilapan kepada rakyat. Jika ini tujuan UMNO memohon maaf, ertinya selama ini apa yang kita sebut bahawa UMNO telah melakukan kesalahan besar kepada rakyat adalah benar dan telah dimaklumi menerusi sikap dan langkah yang diambil oleh UMNO sehari dua ini apabila mereka memohon maaf kepada rakyat.

Saya tidak bermasaalah untuk rakyat menerima permohonan maaf tersebut atau dalam erti kata lain, memberi kemaafan kepada mereka. Namun di sana perlu kepada rakyat amnya dan UMNO khasnya memahami bahawa memohon maaf sahaja tidak memadai kerana seiring dengan langkah memohon maaf, UMNO mesti mengembalikan hak rakyat yang telah diambil tanpa kerelaan seperti royalti minyak, kerajaan negeri Perak, pampasan mangsa ISA dan banyak lagi untuk saya sebutkan satu persatu di sini.

Saya melihat satu kewajaran untuk UMNO berundur, menginsafi kesilapan lampau dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat pula membuktikan keupayaan mereka menggalas amanah rakyat.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

RM1.7 juta untuk bantuan persekolahan tahun ini

http://esinar.kedah.gov.my:8987/image/baner_bru.gif

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta untuk bantuan persekolahan kepada setiap keluarga miskin yang berdaftar dengan e-Sinar pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB. Abd Ghani Ahmad berkata, setiap keluarga miskin berkenaan akan menerima sebanyak RM100.

“Bantuan yang diberikan itu diharap dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh golongan itu,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga turut memperuntukkan bantuan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA di peringkat Diploma, mereka menerima bantuan sebanyak RM200 manakala di peringkat Ijazah sebanyak RM400,” katanya.

Beliau menjelaskan, bagi tahun 2011, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam telah menyampaikan sumbangan IPTA berjumlah RM28,000.

Di samping itu, tambahnya, Kerajaan Negeri juga turut menyampaikan bantuan Kafalah dalam DUN Ayer Hitam iaitu sebanyak RM500.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...