TERKINI :

Monday, March 5, 2012

Terang-terang Mahathir hina Islam...Ulama Umno diam sahaja..!!!


Oleh : rahimothman
Pencacai SeMalaysia

Pemimpin Umno hina Islam, mereka diam, pemimpin MCA hina Islam pun mereka diam. Pemerintah dan pihak berwajib seolah-olah bacul, dayus, tidak bermaruah !!

Dulu bekas presiden Umno yang tidak berapa Melayu tetapi mengaku Melayu ini pernah menghina junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan juga gulungan ulamak! Hari ini dengan nada sombong dan berlagak macam seorang ulamak dia membuat satu lagi dakwaan yang lebih gempar !,.melampau !!, ..”hukum hudud tiada di dalam Quran” katanya.

Barangkali oleh kerana pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, pernah merentap dan menghakis kuasa Raja2 Melayu, pernah mencucuk hidung Ketua Hakim dan Ketua Polis Negara, maka dia merasa dirinya terlalu besar !!

Kenyataan Mahathir baru-baru ini berbunyi,.. hukum hudud tiada didalam Quran, ia hanya ciptaan manusia. Astaghfirullahhal azim,.. terang-terang orang tua ini menghina Islam dan menghina Quran itu sendiri

Sedarkah dia kenyataannya itu boleh membawa kepada kekufuran dan menjejaskan aqidah?. Dimana Tun belajar agama agaknya? Dah tamat belajar atau belum? Ulamak fiq mana yang Tun temui? Menganggap diri sendiri terlalu pandai, lalu bercakap semata-mata berpegang kepada hukum akal dan lojik pemikiran,..maka inilah bahananya ,.. jahanam,! hancur Islam!,.. rosak jenerasi Islam kita !.

Peringatan buat Tun

Kepada Tun Dr Mahathir yang masih mengaku sebagai seorang Islam! Walaupun Tun semakin tua, rasanya Tun belum nyanyuk lagi!. Sedarlah Tun,…sesungguhnya hukum hudud itu memang terdapat di dalam Al-Quran.
Kita sebagai seorang Islam,.. wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan salah satu dari Rukun Iman yang enam. Tidak sempurna Islam seseorang itu hanya sekadar mempercayaai rukun Islam yang 5 saja.
Tun,.. janganlah kerana fahaman politik yang sempit Tun sanggup mempermainkan agama Allah! apatah lagi menyanggah kebenaran Al-Quran,...Tak mahu ikut sunnah Nabi tak apa lagi Tun, tapi kalau tak mahu mengakui kebenaran Al-Quran,.. hemm ! faham-fahamlah! di mana kedudukan kita ! ….

Apa-apa pun kita doakan semoga insan bernama Mahathir ini akan cepat insaf dan bertaubat ! Di masa-masa akan datang kalau nak bercakap hukum hakam Islam berhati-hatilah !. Kalau tak tahu,.belajar, kalau tak faham bertanya,.!, jangan memandai-mandai. Ingat dan insaflah bahawa Allah masih menyayangi mu!.

Allah telah memberikan kamu kesihatan yang baik dan umur yang panjang, maka janganlah terlalu sombong, kufur dan takbur !! Jangan sampai Allah mengirimkan bala kepada kita, jangan sampai Allah memerintahkan api petir menyambar jasad kita! Waktu tu dah terlambat dah !!

Penyelesaian isu Kedah selari mandat rakyat - PKR

KUALA LUMPUR, 5 Mac: PKR menyifatkan kemelut yang melanda Kerajaan Negeri Kedah diselesaikan mengikut mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) percaya pimpinan tertinggi PAS Pusat dan negeri menyelesaikan permasalahan yang timbul membabitkan dua exco itu adalah berdasarkan kepercayaan rakyat Kedah.

"PKR meletakkan kepercayaan penyelesaian ini berdasarkan kepada kewajipan menepati kehendak Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

"Ia juga selari dengan mandat dan kepercayaan yang telah rakyat berikan pada pilihan raya umum 2008 yang lalu," jelasnya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Saifuddin menyatakan PKR meletakkan kepercayaan yang tinggi setiap apa jua masalah yang timbul tidak kira di Kedah atau mana-mana negeri yang mana jalan terbaik diselesaikan di meja perundingan.

Sebelum itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat telah menemui jalan penyelesaian dan membuat keputusan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

Manakala, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah yang mana mereka telag akur dengan keputusan PAS Pusat itu.

Isu Kedah: Salahudin menangis kegembiraan

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Naib Presiden PAS,. Salahudin Ayub adalah orang yang paling gembira sekali mendengar penerimaan dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah terhadap keputusan PAS pusat.

(Salahudin...orang paling gembira di sebalik penyelesaian isu Kedah)

Beliau yang mewakili PAS Pusat ke sana ke mari bagi menyelesaikan isu ini teresak-esak menangis kegembiraan ketika menelefon Harakahdaily.

"Benar ke berita Harakahdaily tu?" tanya Salahudin kepada Harakahdaily merujuk kepada berita bertajuk 'Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat'.

Beliau terus menelefon Harakahdaily sebaik saja membaca berita yang sangat mengembirakan beliau itu.

Harakahdaily telah mengubungi kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu bertanya reaksi mereka terhadap keputusan PAS Pusat yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan exco Kedah.

PAS Pusat mengarahkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kembali semula sebagai anggota exco negeri.

Arahan itu dibuat serentak dengan keputusan Datuk Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB manakala PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Phalrolrazi dan Dr Ismail memaklumkan, mereka berdua menerima keputusan PAS Pusat itu.

Sebaik sahaja mereka membuat sidang media di rumah Datuk Ir Phalrolrazi Zawawi jam 5 petang, Harakahdaily menyiarkan keputusan yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada Harakahdaily itu.

"Saya mengeluarkan air mata gembira membaca berita ini," kata Salahudin teresak-esak ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menyelesaikan kemelut ini terutama sekali pimpinan PAS Kedah dan Pusat.

"Saya berbangga dengan anda semua terutama semangat sayangkan jamaah," kata Salahudin.

Phahrolrazi - Matlamat saya sudah tercapai...

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.

Meyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.

Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

"PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Isu di Kedah : Ok Tamat.. 2 exco setuju sebab......

Phahrolrazi dan Dr Ismail setuju kekal Exco

WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Mac 2012

ALOR SETAR - Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh bersetuju untuk menerima pelantikan semula mereka sebagai Exco tertakluk pada perkenan Sultan Kedah.Malah kedua-dua mereka juga menerima keputusan itu sebab setuju dengan syarat ketiga iaitu ditubuhkan jawatankuasa pemantau perjalanan kerajaan negeri.

Jom juai Islam..........

oleh paklongdin

"Salam semua...

Jom juai IslamPak Long rasa macam ngan terpanggil pulak, buang tepi rasa jemu hanya semata-mata nak berpesan sangat-sangat kat anak-anak semua, peliharalah kesucian Islam... agama dari Allah nih. Kalau kita sebagai umat Islam pun tak reti nak jaga, nak harap kat sapa lagi nak jaga... Tambah-tambah lagi bila dok tengok sejemput dari budak-budak hingusan yang mengaku Islam tapi berperangai macam ngan haram...

Sebagai penganut Islam, kita secara tak langsungnya terlantik sebagai duta bagi Islam tu sendiri... Orang akan tengok kita sebagai orang Islam. Sebab tu kena jaga adab dan kelaku kita, biaq selari dengan adab dan kelaku Islam sejati.

Biaq pi la orang nak kata kita ni juai Islam, asaikan hasil jualan kita tu nanti Islam akan dihormati dan disegani. Nak juai kita kena ada promosi, promosi tu hanya melalui diri sendiri. Apa salahnya kita promosi Islam itu baik dengan kita berkelakuan baik. Islam itu adil dengan meletakkan diri kita bersikap adil dan Islam itu agama ketenangan dengan menzahirkan jati diri kita yang tenang. Apa yang penting, Islam boleh berkembang selari dengan perinsip keadilan untuk semua.

Sebagai umat Islam memang kita diwajibkan menjuai Islam sebagai satu agama yang terbaik anugerah Allah. Macamana nak juai Islam? Islamkan lah hidup kita. Islamkan lah politik kita. Islamkan lah gaya percakapan kita. Islamkan lah budi bahasa kita. Islamkan lah budaya kita. Islamkan lah tingkah laku kita. Islamkan lah cita cita kita. Insyallah, kita akan jadi jurujual yang baik... Sebab tu bila kita buat baik, Islam akan dipandang baik tapi pabila kita buruk kelaku, Islam akan dipandang bagai barang tak laku.

Sebab tu Islam amat pentingkan soal hati kerana dari hati punca segala galanya. Apa yang terhasil dari tingkah laku kita datangnya dari hati. Bersih sucinya hati itu akan hasilkan tingkah laku yang baik. Kebaikan tadi akan patah balik pada agama Islam yang kita junjung.

Jadi, jagalah hati... cuci lah hati agar apa yang timbui dari tingkah laku kita akan baik, bersih dan suci...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

Masalah banjir di Yan diatasi

http://4.bp.blogspot.com/-16ySEtgn6mw/TzJeBR3UkEI/AAAAAAAAAp0/hSeW7MOSSDw/s1600/Lumrah+1.jpg
YAN - Peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Kerajaan Pusat bertujuan untuk mendalam, meluaskan serta menyediakan ban banjir dari Sungai Kepala Bukit hingga ke Sungai Udang, di sini.

Pegawai Khas Kepada Menteri Besar, Muzaini Azizan berkata, masalah banjir sering berlaku di Daerah Yan sejak 50 tahun lalu.

“Dengan adanya peruntukan itu, ia secara tidak langsung dapat mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Daerah Yan,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Negeri terus memberikan penekanan dalam usaha membangunkan Daerah Yan dengan menyediakan peruntukan bagi kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kesejahteraan rakyat.

Beliau menjelaskan, peruntukan itu disediakan untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik serta keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Muzaini berkata, Kerajaan Negeri tetap berusaha untuk membangunkan negeri Kedah dan ia diharap dapat menarik lebih ramai pelabur datang ke negeri ini.

“Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil dapat menampung seramai 10,000 pelajar yang menawarkan 40 kursus di situ,” jelasnya.

Beliau memberitahu, Kerajaan Negeri juga turut menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti anak yatim dan fakir miskin.

“Sumbangan dan bantuan yang diberikan itu, diharap mampu meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh golongan berkenaan,” katanya.

Tambahnya, pendapatan daripada hasil balak juga turut menyumbang kepada sektor ekonomi negeri.

Debat Anwar - Najib, jangan sampai rakyat berdemo

Tidak perlu Dr M ganggu debat itu!

Oleh RUHI HAYATI THANI

Debat itu hak rakyat untuk menilainya. Kenapa Dr Mahathir, selepas tinggalkan politik, masih diktator? Kenapa beliau fikir, suaranya akan tenggelamkan suara rakyat yang menuntut agar debat Anwar - Najib dilaksanakan? Adakah beliau mahu rakyat berdemonstrasi agar Najib sedia debat dengan Anwar?

Apabila Dr Mahathir menolak debat diadakan antara Anwar - Najib, lebih ramai rakyat berfikir. Adakah beliau takut Najib akan tergelincir lidah dan akan terbongkar lebih banyak salah laku kerajaan sejak era pemerintahannya?

Adakah Dr Mahathir yakin bahawa Najib memang lemah untuk mengendalikan Anwar ketika debat itu berlangsung nanti? Kenapa beliau tidak melarang Shabery ketika beliau berdebat dengan Anwar setelah Abdullah Ahmad Badawi menarik diri?

Banyak lagi yang rakyat ingin tanya kepada Dr Mahathir berhubung asas beliau menolak debat Anwar-Najib itu diadakan. Rakyat tertanya, kenapa beliau tidak menolak debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek? Jawapan yang pasti setakat ini, debat Lim-Chua mungkin tidak pecahkan rahsia besar Dr Mahathir.

Anwar, Musa, Daim, Tengku Razaleigh adalah antara watak yang pernah rapat dengan Dr Mahathir. Mereka ini pasti menyimpan rahsia besarnya. Tetapi, Lim dan Chua bukan temannya. Lalu, penolakan Dr Mahathir ke atas debat Anwar - Najib itu diulas tokoh akademik dengan jalur jawapan berbeza pula.

Misalnya, Prof Madya Sivamurugan Pandian di USM ketika mengulas keperluan debat itu, beliau seperti menyokong bersyarat. Iaitu ia tidak menyeleweng daripada landasan akademik dan tidak beremosi. Di samping itu, beliau usulkan agar ia dibuat secara bertahap di peringkat bawahan terlebih dahulu.

"...Kita lihat bagaimana situasi debat antara mereka (pemimpin bawahan), lepas itu baru kita buat keputusan sama ada perlu atau tidak debat antara pemimpin tertinggi ini diadakan," kata beliau.

Kini, selepas Lim dan Chua berdebat dalam bahasa Mandarin, umat tertanya-tanya adakah debat Najib dan Anwar akan terjadi? Jawapannya, debat tidak sesekali berlaku sebab Dr Mahathir dan Najib takutkan Anwar. Mereka tentu mengelakkan pertembungan dengan Anwar.

Ketakutan Najib tidak dijawab lewat lidah Najib, melainkan beliau terpaksa mengguna orang tertentu untuk membelanya. Walhal inilah masa yang paling sesuai untuk berdebat dengan Anwar ketika media ghairah memainkan isu Anwar menyokong pembentukan Negara Israel itu.

Tapi, dalam keadaan itu pun, sulit bagi rakyat hendak menemukan keberanian di hati Najib untuk berhujah dengan Anwar. Kini, Najib boleh menarik nafas lega ketika Dr Mahathir dan beberapa tokoh akademik menolak debat antara beliau dan Anwar. Walaupun tokoh akademik kerap sinonim dengan debat, namun tokoh akademik seperti Ibrahim Abu Shah jelas menolak debat yang bermanfaat kepada rakyat.

Anwar, menurut Ibrahim, sering memutarbelit fakta. Hal inilah yang menyebabkan debat Anwar dan Najib tidak perlu diadakan. Agak menakjubkan ketika Ibrahim berkata begitu. Walaupun ramai penganalisis politik melihat debat adalah kaedah terbaik agar rakyat menilai pemimpin, namun tokoh akademik yang satu ini melihat debat tetap tidak sesuai dalam konteks Anwar - Najib.

Pendirian ini agak melucukan kerana debat Anwar dan Shabery pernah dibuat sebelum ini dan Ibrahim tidak pernah mengulas begitu sebelum ini. Kenapa ketika berlangsungnya debat antara Anwar - Shabery dahulu, Ibrahim tidak berkata begitu?

Selain itu kata Ibrahim, Anwar adalah insan yang pandai memanipulasi keadaan. Oleh itu beliau sokong kenyataan Dr Mahathir bahawa debat membuang masa. Ini kerana, Najib patut memberi tumpuan ke atas usaha memperkukuh jentera BN khasnya ketika menjelang pilihan raya umum.

Dalam debat itu, kata Ibrahim, Anwar akan menutup kelemahan dirinya dengan melempar pelbagai tuduhan terhadap kerajaan. Sementara itu, pensyarah UPM, Prof Dr Jayum Jawan meletakkan syarat bahawa debat itu mesti matang atau tajuknya akan lari daripada tajuk asal debat itu diadakan.

Katanya, Dr Mahathir menolak debat itu kerana Anwar mungkin akan mengheret isu-isu yang tiada kaitan dalam usaha memperkasa bangsa dan negara. Sebaliknya, beliau yakin Najib akan terus menumpukan isu sebenar kerana PM adalah kerajaan yang melaksana dasar.

Biar apa pun yang dikatakan tokoh akademik Umno ini, suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah, menjadi hak rakyat untuk mendengar pandangan Anwar dan Najib dalam debat itu. Jangan sampai rakyat berdemonstrasi di jalan raya untuk menuntut debat itu diadakan.

Isu di Kedah : Azizan kekal MB, 2 EXCO kekal - PAS PUSAT

Makhluk perosak tidak boleh memperbaiki kerosakan.

Oleh Aspan Alias

http://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpgKali ini saya menulis lagi tentang PM Najib kerana apa yang beliau perkatakan di Kedah itu amat pelik dan membuat saya begitu berminat untuk memberikan pandangan. Najib memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan oleh BN sehinggakan BN telah kalah dibanyak kawasan dan hilang sokongan 2/3 di Dewan Parlimen. Najib mengakui yang BN telah membuat banyak kesilapan terhadap rakyat sehinggakan rakyat hampir mendamparkan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Dengan permohonan maaf itu ianya bermakna apa yang dikatakan oleh rakyat termasuk parti pembangkang selama ini yang BN itu adalah parti yang tidak senonoh adalah benar belaka. Sekarang UMNO sudah mengakui kesalahan mereka maka adalah wajar parti itu sedar dan insaf dan janganlah menyalahkan parti-parti pembangkang bermula dari sekarang. Kita tidak tahu samada permohonan maaf itu adalah satu kesilapan 'political language' bagi UMNO, tetapi yang jelas UMNO mangaku yang mereka merupakan pihak yang bersalah di dalam kemungkaran politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara kini.

Bagi saya memohon maaf ini tidak ada salahnya dan memang patut BN memohon maaf kepada rakyat kerana telah ‘menipu’ rakyat sebegitu lama. Rakyat hanya dididik untuk menjadi masyarakat yang materialistik dan segala-galanya berkisar kepada wang ringgit. Baru dua hari yang lepas Najib telah melakukan kesalahan lagi dengan menjanjikan rakyat Kelantan yang segala masalah mereka akan selesai jika mengundi BN.

Dimana letaknya kesalahan itu? Letaknya ialah diatas kemampuan BN untuk menunaikan janji-janjinya dan telah terbukti BN hanya berjanji semasa menghampiri pilihanraya dan begitulah sejak 3 dekad yang lalu. Saya sebut dalam posting saya yang lepas yang BN telah membuatkan negeri Kelantan yang dianggap Najib sebagai miskin. Najib memperolok-olokkan rakyat Kelantan kerana dimana-mana Najib bercakap beliau mempermainkan cerita rakyat Kelantan miskin dan memandang rendah terhadap rakyat negeri itu.

Saya terlupa dimana insiden ini berlaku. Dalam ucapannya dihadapan ramai hadirin Najib telah bertanya dengan sindiran kepada hadirin, “negeri mana miskin????”. Beliau bertanya berulang kali dan setiap kali beliau bertanya hadirin pula menjawab, “negeri Kelantan!!!” Ini dilakukan beliau berulang kali sambil semyum dan ketawa melihat rakyat Kelantan miskin dan isu itu dijadikan isu dimana-mana beliau berucap. Sesungguhnya Najib seorang Perdana Menteri yang takbur dan seolah-olah seperti orang yang kufur nikmat.

Najib begitu sombong dengan membawa orang dari negeri lain untuk mentertawakan orang Kelantan kerana kononnya rakyat Kelantan ini miskin. Najib bangga dengan kekayaan negeri atau keluarganya dan beliau bangga melihat negeri Kelantan itu miskin kononnya. Beliau berbangga yang pemimpin persekutuan telah merampas hak royalti minyak rakyat Kelantan yang berbillion-billion itu yang menyebabkan negeri Kelantan mendapat pendapatan yang rendah berbanding dengan banyak negeri yang lain.

Setelah mencuri wang rakyat Kelantan, beliau ke Kelantan dan meminta rakyat Kelantan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya nanti dan menjanjikan rakyat Kelantan yang semuanya masalah akan selesai jika mengundi BN.

Persoalan saya, adakah ini sikap seorang Perdana Menteri yang mengaku bijak dan pandai yang boleh membawa segala transformasi kepada negara. Ini kah sikap baik seorang PM sebuah negara merdeka? Siapa yang membuatkan kerajaan negeri Kelantan miskin kalau tidak Pimpinan Persekutuan? Najib mesti bayar tunggakan royalti minyak sebanyak RM7.4 billion itu dan mari kita tengok negeri mana yang kaya dan mana yang miskin?

Di Kedah Najib bercakap dengan nada yang lain pula. Kali ini Najib membawa watak sedih pula sambil meminta maaf. Najib boleh membawa apa watak sekali pun tetapi janjinya untuk memperbaiki keadaan tidak mungkin dapat dilakukannya. Semasa beliau meminta maaf Najib masih melakukan apa yang dilakukan oleh BN dalam 2008 dan sebelumnya.

Rasuah bercambah-cambah, salahguna kuasa semakin menjadi-jadi, dan berbagai-bagai jenayah sedang bertambah dinegara kita. Jika Najib benar-benar mahukan perbaikpulih keyakinan rakyat, semua RM250 juta kes NFC mesti kembali kepada Perbendaharaan Negara. Dana Modal mesti kembalikan wang rakyat sebanyak RM50 billion yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada Dana Harta. Najib mesti memberikan penerangan kepada rakyat siapakah yang mengambil alih syarikat-syarikat yang ada dalam Dana Harta itu sekarang.

Kalau Najib hendak memberikan keyakinan, rakyat mesti melihat wang yang hampir RM2 billion yang diambil oleh anak seorang bekas PM yang termasyur didunia untuk menyelesaikan perniagaan anaknya. Najib jangan sekali-kali meneruskan penyenaraian Felda kerana ia membawa maut kepada generasi Felda dalam jangkamasa yang tidak lama lagi, walaupun sebahagian dari hasil penyenaraian itu akan diberikan kepada peneroka sebagai durian runtuh.

Najib mesti beritahu berapa billion ringgitkah yang dijanjikan akan mengalir kepada Jabatan di bawah Najib jika penyenaraian itu dilakukan juga dan berapa billion pula yang akan sampai kepada Felda.

Adakah perkara-perkara yang sebahagian saya sebut ini usaha Najib untuk memperbaiki keadaan? Kalau inilah dia program membaikpulihan Najib, maka ia benar-benar satu kejadian yang dinamakan ‘tikus memperbaiki labu’.

Sebenarnya rakyat ramai tidak pernah membuat masalah kepada negara. Yang membuat masalah ialah pemimpin negara, bukan rakyat. Selagi pemimpin-pemimpin negara mempunyai air liur yang cair, selagi itulah masalah tidak akan dapat diselesaikan. Air liur itu sentiasa meleleh apabila melihat wang ringgit kepunyaan rakyat, dan tidak berdaya untuk menahan nafsu untuk mencurinya melalui berbagai cara tindakan rasuah. Itulah sebenarnya yang berlaku dalam isu penyenaraian Felda yang akan saya tulis tidak berapa lama lagi.

Oh ya, satu lagi perkara yang sangat ‘urgent’ untuk diselesaikan oleh Najib ialah untuk memberikan kursus sivik kepada penyokong-penyokong UMNO supaya memberhentikan budaya samseng yang sedang bercambah didalam UMNO sekarang ini. Katakan kepada penyokong-penyokong UMNO itu bahawa menggunakan samseng dalam politik itu adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun.

Kalau Najib tidak boleh lakukan saya percaya UMNO semakin hari semakin tidak relevan lagi. Bagaimana hendak menjadi relevan kerana parti itu sudah menjadi mahkluk perosak kepada rakyat yang inginkan kaedah berpolitik yang aman dan damai.

Bagaimana kita hendak memaafkan makhluk perosak kerana habis jahanam tanaman-tanaman kita sejak dua tiga dekad dahulu. Habis hasil mahsul kita oleh kerana makhluk-makhluk perosak ini.

Bagaimanakah makhluk perosak boleh memperbetulkan keadaan? Itu adalah perkara yang tidak menesabah. Ia terpaksa di perbaiki oleh pihak lain, bukannya oleh mereka yang telah merosakan segala-galanya.

Jika yang merosakan diharapkan untuk memperbaiki keadaan maka saya ulangi, ia adalah seperti ‘tikus memperbaiki labu’

Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun

Mahfuz: 'Hak Hasan Ali kalau nak saman'

Mahfuz Omar

SHAH ALAM – “Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun.” Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam, mengumumkan mahu menyaman beliau berhubung dakwaan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.

“Saya bukan tuduh dia (Hasan), saya hanya minta KBS beri penjelasan dan mahu kes ini disiasat dan diaudit, kenapa dia pula yang nak melatah. Kalau yang nak saman pun bukan dia, dia tak ada hak nak saman sebab bukan saya cakap dia terima duit, tetapi program dia ditaja.

"Jika terniat nak saman pun KBS, bukan dia,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Semalam, Hasan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Mahfuz berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramahnya.

Mahfuz berkata, Hasan hanya salah faham dan oleh itu, diminta jangan berperangai seperti orang yang mengalami histeria.

“Orang bukan tuduh dia ambil duit atau apa, kami minta penjelasan Kementerian Belia dan Sukan saja, kenapa perlu dia melatah sampai nak saman,” katanya.

Apabila ditanya pemberita sama ada Mahfuz mempunyai bukti Kementerian Belia dan Sukan menaja program Hasan, beliau menegaskan, Pas cuma menuntut penjelasan sama ada benar maklumat diterima bahawa sejumlah RM30 juta disalurkan kepada cawangan berkenaan bagi membiayai ceramah Hasan di seluruh negara.

“Semalam ada program belia Regatta Kanu Hari Belia Kebangsaan pun dia ada sama beri taklimat, kalau diikutkan semua program belia sekarang dia mesti ada.

"Itu yang saya suruh siasat dan minta menteri berkenaan beri penjelasan program dia ditaja KBS atau tidak, bukan menuduh,” katanya.

Meruncing sangatkah pergolakan di Kedah? [V2]

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://1.bp.blogspot.com/-QJ9LAYWhIcM/T00nS4Th4gI/AAAAAAAAFSw/cQn6PZyLp8E/s1600/azizan_pahrolrazi.jpg

Sudah agak lama tidak sibuk dengan pertanyaan yang bertalu-talu melalui lisan, telefon dan SMS. Tapi itulah yang berlaku ekoran tercetusnya isu kononnya berlaku pergolakan dalam kepimpinan kerajaan negeri Kedah yang melibatkan Exco dan Menteri Besar. Ia benar-benar mengganggu tumpuan terhadap kerja utama.

Kepimpinan PAS Kedah di semua peringkat tiba-tiba saja diberikan satu tugas luar jangka iaitu menjawab pertanyaan semua pihak yang ingin tahu; sama ada dari dalam atau luar parti. Pergolakan dalam PAS bukan tidak pernah berlaku di negeri ini tetapi rakyat biasa tidak peduli waktu itu berbanding setelah PAS menerajui sebuah kerajaan sekarang.

Sifat ingin tahu adalah naluri semulajadi manusia, justeru mereka tidak boleh diperbodohkan dengan jawapan seringkas, "Tidak ada apa-apa, ini cuma ribut di cawan kopi." Apatah di lagi di zaman manusia berkomunikasi di alam maya melalui pelbagai peralatan canggih. Semua orang menagih jawapan yang pasti.

Sukar juga untuk mengukur sebesar mana krisis yang berlaku di Kedah ini tetapi yang pasti ia tidaklah sebesar yang digambarkan oleh media-media primitif pro BN juga laman-laman maya pro mereka. Bagi jentera propaganda BN sekecil mana pun krisis, jika berlaku pada PR maka ia mesti dieksploit habis-habisan. Cerita sejengkal jadi sehasta, secupak jadi segantang.

Sebuah akhbar harian primitif pro BN menjadikan pergolakan isu ini sebagai berita utama akhbar mereka dengan tajuk 'Azizan diboikot, 5 Exco PAS Kedah pulau mesyuarat khas bersama MB'. Kononnya ia berlaku dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak. Walhal mesyuarat yang dimaksudkan adalah mesyuarat lajnah politik yang membincangkan mengenai persiapan pilihanraya. Dua dari Exco yang dimaksudkan ialah Dato' Dr. Hamdan Mohd Khalib dan Ustaz Abdul Ghani Ahmad. Mereka bukan ahli jawatankuasa lajnah politik, maka mereka tidak diundang ke mesyuarat tersebut. Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Phahrolrazi Zawawi sedang bercuti manakala Dato' Amiruddin Hamzah mempunyai urusan rasmi di Kuala Lumpur jadi tidak dapat hadir manakala Dr. Ismail Salleh juga tidak dapat hadir bersebab.

Ia satu contoh bagaimana media BN mengeksploit isu melalui pembohongan. Begitulah juga dengan cerita yang mengaitkan kononnya konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Ustaz Azizan, strategi puak Erdogan, perebutan jawatan, perebutan projek dan perang puak; semuanya karut dan merapu.

Empat tahun PAS memimpin PR mentadbir negeri Kedah penuh dengan kecemerlangan. Pelbagai kejayaan dicatatkan. Menteri besar dibantu oleh 10 orang Exco. Ustaz Azizan tidak mentadbir negeri seorang diri. Pelbagai potfolio yang terdapat diagihkan kepada kesemua Exco. Jika natijahnya ialah senarai kejayaan yang mampu dicatatkan kerajaan negeri, maka ia bukan buah tangan menteri besar seorang. Demikian sebaliknya jika masih terdapat kegagalan dalam potfolio tertentu maka ia bukan kegagalan menteri besar seorang. Ia juga kegagalan Exco berkenaan atau semua pihak yang sepatutnya menjayakan potfolio berkenaan.

Ada kalangan rakyat membangkitkan mengapa pelaksanaan Islam tidak sehebat di Kelantan? Orang pertama yang bertanggungjawab ialah Exco yang memegang potfolio agama. Di luar parti sana terdapat Dewan Ulamak PAS serta ribuan ulamak dalam PAS. Mereka pun bertanggungjawab juga. Sejauhmana mereka berperanan dan memberi sumbangan membantu Exco berkenaan? Ada yang membangkitkan perihal pertambahan pusat hiburan. Tentulah ia urusan Exco kerajaan tempatan. Saya menyebutnya sekadar contoh. Cuma nak ceritakan bukan semua kelemahan yang berlaku mesti diletakkan kesalahan di atas kepala menteri besar sedang kerja kita cuma peluk tubuh, cekak pinggang dan tuding jari.

Berbeza pendapat dalam mentadbir adalah perkara biasa kerana pemikiran manusia tidak boleh diklonkan. Cuma yang perlu ada pada kepimpinan ialah kebijaksanaan menguruskan perbezaan. Dalam setiap pertikaian selalunya manusia memikirkan cara meminimumkan perbezaan melalui kaedah 'menang-menang.' Semua pihak tidak menang seratus peratus tetapi tidaklah rugi seratus peratus. Tetapi jika kaedah 'aku saja yang betul', ‘hang mengaji mana?’ ia boleh mengundang malapetaka. Apatah lagi jika pandangan pihak luar lebih digunapakai berbanding Exco, atau rakan jamaah.

Dalam jamaah Islam apa saja isu yang berbangkit bukan masalah besar kerana konsep syura digunakan, sebarang pertikaian rujuklah kepada syura. PAS tidak boleh dikesampingkan dalam apa jua isu. Sekali lagi apa yang dicatatkan di sini tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Dewan Ulamak terutamanya kena bertegas dari awal dan sepanjang masa untuk memantau pentadbiran negeri. Direstui atau tidak bukan persolannya kerana mereka bertanggungjawab dalam persoalan hukum hakam terhadap Allah bukan terhadap manusia. Bertindak terus jika ada yang tersasul. Bukan menghimpun 4 tahun sekali untuk bertindak dengan 'hukuman' yang sangat mengejutkan pula.

Apa sebenarnya pergolakan yang berlaku di Kedah? Saya sedar Harakah bukan medan untuk mendedahkan segalanya, lebih baik serahkan pada pucuk pimpinan jamaah untuk selesaikan. Berwalaklah (patuh) dengan arahan dan jika tidak mampu beruzlahlah.

Jangan terburu nafsu dalam bertindak kerana ia bukan akhlak seorang haraki. Kata orang cinta itu buta. Orang yang sedang ghairah bercinta hanya nampak kekasih hatinya sebagai satu-satunya manusia yang mesti dicintai. Dia lupa untuk mencintai ibu bapa, saudara mara, pelajaran atau pekerjaan. Kadang-kadang sampai lupa mencintai dirinya sendiri.

Sama saja ragamnya dengan orang yang memusuhi seseorang. Keghairahannya hanya untuk memusuhi musuh yang satu, seolah-olah musuh utama yang lain bukan musuh. Golongan yang bermusuh ini seolah-olah lupa untuk melihat implikasi terhadap perpaduan jamaah, menyemai kehodohan akhlak dalam membelasah dan memburukkan peribadi sesama sendiri, meluntur semangat perjuangan aktivis parti di semua peringkat, imej parti yang rosak menjelang pilihanraya, memberi peluru kepada musuh untuk memanipulasi, menjahanamkan siqah dan walak ahli terhadap kepimpinan dan meletakkan parti dalam keadaan yang sukar untuk berhadapan dengan rakyat. Mereka lupa musuh mana yang lebih utama. Ini pun buta juga.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan mengampunkan kesilapan kita jika tersasul di luar sedar. Wallahuaklam

Ada manusia di Sri Mentalon pecah Amanah.. Sapa yang bocorkan keputusan 'tak rasmi'?

Blog Kedah La dah keluarkan keputusan tak rasmi perbincangan berkenaan kemelut di Kedah semalam. Katanya keputusannya adalah:
  1. Ustaz Azizan kekal sebagai MB Kedah.
  2. Phahrolrazi dan Ismail mesti menerima balik jawatan Exco.
Katanya keputusan tak rasmi ni sama macam keputusan pilihanraya, mula-mula keluar keputusan tak rasmi lepas tu baru keputusan yang rasmi diumumkan secara rasmi (tapi keputusannya tak lari lari punya).

Masalahnya SinarHarian semalam melaporkan:
Sinar Harian Online juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum. - Ibid.RAHSIA. Makanya tak sepatutnya perbincangan tu bocor walau apa cara sekali pun.
Tambah-tambah pulak takdak Sidang Media dibuat selepas perbincangan tu selesai dan keputusan perbincangan semalam tu katanya hanya akan diumumkan hari ni. Mungkin ada tindakan susulan yang perlu dibuat sebelum keputusan tu boleh diumumkan.

Apa pun, aku harap takdak ahli pertemuan semalam tu, samada dari kalangan pimpinan Pusat ataupun pimpinan PAS Kedah yang bocor intipati perbincangan semalam.

Kalau bocor setakat macam keputusan tak rasmi tu, mungkin takdak masalah sangat, tambah-tambah pulak kalau keputusan rasmi pun sama macam tu. Tapi kalau ada yang bocor perjalanan perbincangan semalam tu, yang tu memang CELAKA. Tak kira la kalau sapa pun yang bocorkan, waima kalau Presiden sekali pun.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Lagi pelaburan masuk sebanyak RM1.84 billion

KULIM, 4 Mac 2012 – Kini terbukti bahawa Kedah sedang menjadi pusat tumpuan pelabur-pelabur luar dari pelbagai negara dan industri apabila merima pelaburan sebanyak RM1.84 bilion daripada Syarikat Panasonic Energy Malaysia Sdn Bhd.

Syarikat tersebut telah melaksanakan majlis pecah tanah dan pertukaran perjanjian sewaan tanah dengan kerajaan negeri Kedah di Kulim Hi-Tech Park.

Panasonic memilih Malaysia dan khasnya Kedah sebagai pengkalan baru kerana sokongan dan kerjasama pelaburan kerajaan Malaysia serta infrastruktur yang baik dan kualiti tenaga kerja yang cemerlang

Sementara itu, produk yang akan dihasilkan adalah production of HIT solar modules (pengeluaran bersepadu bagi wafer, sel-sel dan modul).

Keluasan bangunan tersebut adalah seluas 70 ribu meter persegi dengan bilangan pekerja yang akan berkhidmat syarikat tersebut nanti adalah 1500 orang.

Pihak syarikat berhasrat untuk memulakan operasinya menjelang Disember 2012 dan ianya akan menghasilkan Panasonic HIT (Hiterojunction dengan lapisan nipis pada dasarnya).

Modul solar ini menawarkan kecekapan penukaran teratas tahap dunia dan cirri-ciri cemerlang bagi pergantungan suhu yang dapat memastikan lebih berkuasa walaupun semasa musim panas dan pada suhu tinggi.

Pengkalan baru ini akan melaksanakan penghasilan pengeluaran tahunan sebanyak 300W.

Hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Kulim Technology Park Corp Bhd, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah

dan YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul mewakili Menteri Besar.

Kedah melalui KBioCorp Sdn Bhd membina Makmal Kultur Tisu di Kulim HiTech

KULIM – Hasrat Kedah untuk menjadikan negeri ini sebagai Belanda Timur dirancakkan lagi apabila kerajaan negeri di bawah anak syarikatnya iaitu Syarikat Kedah Biorecources Corporation (KBioCorp) Sdn Bhd membina Makmal Kultur Tisu.

Exco Agama, Pelajaran, Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, dengan pembinaan makmal ini membuktikan kerajaan negeri amat peka dengan perkembangan teknologi pertanian dan bioteknologi.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak di Majlis Perasmian Makmal Kultur Tisu di Kedah Biorecources Corporation Sdn Bhd (KBioCorp) Sdn Bhd, Kulim Hitech.

“Kita mengharapkan pusat pembiakan kultur tisu yang serba lengkap di kawasan Koridor Utara ini akan dapat membantu bagi menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian sepertimana negara Belanda.

“Secara tidak langsung, kemudahan yang disediakan di sini akan meningkatkan pengeluaran anak benih yang bermutu tinggi kepada para petani . Justeru itu, KbioCorp akan menjadi peneraju pengeluaran benih tanaman kultur tisu yang terbaik di kawasan utara dan Malaysia amnya,” terangnya.

Menurutnya lagi, syarikat yang merupakan anak syarikat kepada Kulim Park Technology Corporation ini telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menerokai bidang kultur tisu.

Selain itu, KbioCorp juga telah diberikan geran pendidikan oleh koridor Utara dalam bidang “Plant Science and Tissue Culture Node”.

“Pihak syarikat ini telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak seperti USM,UPM, UKM dan beberapa agensi bagi perlaksanaan projek tersebut.

“Kerjasama turut dijalankan dengan jabatan pertanian negeri bagi mengagihkan anak-anak benih kepada para petani. Penghasilan anak benih seperti pisang dan herba diharapkan dapat meninggalkan produktiviti para petani,” katanya.

Menurut Dato’ Taulan, ini adalah pencapaian yang baik dan beliau yakin sekiranya biokteknologi ini diperkembangkan, sudah pasti hasil dan pendapatan para petani di negeri Kedah juga akan meningkat.

Kewujudan makmal serta kemudahan yang ada di sini diharapkan dapat digunakan untuk mengeluarkan pelbagai jenis tumbuhan seperti pisang, betik, nenas dan pelbagai herba yang mempunyai bahan aktif yang tinggi.

“Pihak pentadbir makmal turut memberikan tumpuan kepada teknik “suspension culture” dan penyelidikan teknologi molekular sebagai alat kawalan mutu “tissue culture”. Beberapa “molecular marker probe” telah berjaya diperoleh bagi menentukan mutu tanaman sebelum ia ditanam di ladang.

“Aplikasi teknologi molekular tidak terhad kepada “tissue culture” sahaja kerana kerja-kerja pemetaan gene, ujian kepelbagai genetik dan analisis kuantitatif juga dijalankan bagi membantu kerja-kerja pembiakan baka-baka benih kultur tisu,” terangnya.

Katanya lagi, berdasarkan pencapaian-pencapaian tersebut, beliau merasa bangga kerana KbioCorp telah mengambil inisiatif untuk meneruskan komitmennya di dalam bidang bioteknologi. Ini bukan sahaja akan memberikan keuntungan kepada KbioCorp dan industri keseluruhannya sahaja kerana penubuhan makmal ini selaras dengan dasar kerajaan untuk melihat dasar biotek negara direalisasikan.

Beliau berharap semoga penubuhan makmal biotek tersebut akan mencapai matlamat penubuhannya iaitu untuk menjadi sebagai peneraju dalam industri kultur tisu dalam melahirkan penemuan baru.

Selain itu, pembangunan Bio-Valley di Karangan yang merupakan sebahagian dari “Plant Science and Tissue Culture Node” akan menjadi contoh kepada para petani bagaimana untuk menggunakan teknologi dalam pertanian,” jelasnya.

Turut hadir, Pengerusi Kedah Biorecources Corporation Sdn Bhd, Yb Dato’ Ir Amiruddin Hamzah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...