TERKINI :

Sunday, March 4, 2012

Pertandingan Lembu Bodo Sedunia - begitulah sebahagian rakyat Malaysia..!!!


Api Di Kedah Masih Belum Padam Sepenuhnya?

http://4.bp.blogspot.com/-Wk3V9lKRsyo/T1Nt8AdKrKI/AAAAAAAALdU/SJZwklE1Bns/s1600/aZIZAN%2BDAN%2BPHAKROL.jpg

Sewaktu saya meninggalkan bumi Alor Star tengah hari tadi keadaan di Kedah masih menjadi teka teki. Kemelut yang melanda Pas ekoran pertelagahan pendapat di antara Phakhrorazi Zawawi dengan Azizan Razak masih menjadi teka teki.. sejauh mana ianya sudah diselesaikan. Kandati malam tadi telah diadakan majlis mahabbah - mengemukakan kedua pihak yang terbabit, kemudian disambung dengan pertemuan Pas Pusat dengan Pas Kedah namun pertemuan itu bukan secara automatik menyelesaikan kemelut itu.

Pas Pusat sendiri hari ini tidak berani membuat ketegasan atau penafian apakah kemelut itu selesai sepenuhnya atau tidak. Pas dijangka akan membuat pengumuman pagi esok di Kuala Lumpur, di mana sidang akhbar itu akan dibuat oleh presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Kelambatan itu kerana Pas sedang menanti apakah hasil perbincangan Phakhrorazi dengan kawan-kawannya lewat hari ini.

Malam tadi Phakhrorazi yang telah bersetuju dengan pandangan Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut itu, meminta tempoh untuk membolehkan beliau bertanya pendapat kawan-kawannya. Bolehlah dikatakan 'nasib' Phakhrorazi dan Pas Kedah amnya terletak ditangan 'kawan-kawan' Phakhrorazi itu.

Bagaimana pun beberapa orang pimpinan tertinggi Pas yang saya hubungi secara peribadi memberi gambaran kemelut itu telah selesai. Semuanya mengambil kira kepada suasana majlis malam tadi berjalan dalam semangat kekeluargaan dan penuh mahabbah. Phakhrorazi dikatakan bersalaman dan bersemukakan dengan Azizan Razak. Keduanya, terutamanya Phakhrolrazi diberi kesempatan meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Phakhrolrazi juga dikatakan mendengar dan menerima pandangan Pas Pusat demi menyelesaikan kemelut berkenaan. Pas Pusat sejak awal lagi mengharap kedua pihak dapat duduk sekali demi kestabilan kerajaan Kedah dan juga memandangkan pilihan raya umum akan tiba bila-bila masa.

Harapan Pas Pusat agar Phakhrolrazi dan Dr Ismail Salleh kembali duduk di dalam kabinet Aizzan Razak menerima perlantikan Exco memegang potfolio mereka. Pengembalian itulah dilihat sebagai tanda besar kepada penyelesaian kemelut berkenaan. Sekiranya Phakhrolrazi tidak mengangkat sumpah menerima jawatan itu kemelut itu tidak dilihat selesai walaupun beliau kekal sebagai Pesuruhjaya 1 Pas Kedah.

Phakhrolrazi malam tadi tidak dapat memberi jaminan untuk menerima jawatan Exco atas nasihat Pas Pusat itu. Keadaan seakan selesai apabila Phakhrolrazi mahu berbincang dengan kawan-kawannya. Perbincangan itu telah pun selesai ia diadakan pagi tadi.

Phakhrorazi telah pun berjumpa dengan Dewan Ulamak Kedah dan kawan-kawan lain. Sedikit menggelisahkan sampai kinitidak ada pengumuman dibuat dan ini menjadikan keadaan masih suspen. Apakah ia sudah dapat kata putus atau belum, walahualam.

Dengan tiada khabar berita dan belum tentu sama ada Phakhrolrazi sedia kembali semula kabinet atau tidak menyebab pemerhatian boleh membuat berbagai andaian dan sangkaan. Hanya ada dua sahaja kemungkinan di sini, dia menerima jawatan Exco atau pun menolak. Tidak ada persimpangan lain di hadapan beliau kini.

Suka disebutkan di sini, Phakhrolrazi dan juga Dr Ismail Salleh dikatakan seorang yang kuat berpegang kepada prinsipnya. Berpandukan ini agak sukar untuk beliau menerima nasihat Pas Pusat. Apa lagi kalau pertemuan mahabbah semalam beliau tidak mendapat jaminan terhadap apa yang dituntut dari Azizan Razak sehingga berlaku kemelut, menyebabkan tidak mudah untuk mereka berdua kembali ke kabinet.

Sebaliknya sekiranya Phakhrolrazi sedia untuk melanggar prinsipnya, beliau dan Dr Ismail akan menerima jawatan itu. Di sini tiak mungkin akan berlaku salah seorang mereka menerima dan seorang lagi menolak kerana mereka didapati sepakat. Phakhrolrazi dilihat berjiwa besar kalau dia akur kepada kehendak Pas Pusat, di mana tindakan itu biarpun sakit dan menjejaskan prinsipnya. Kesediaan untuk duduk dalam barisan Exco Kedah akan dilihat satu pengorbanan besar olehnya untuk Pas Kedah dan Pakatan seluruhnya.

Saya tidak mahu membuat ramalan lebih dari apa saya sebut dan bayangkan di atas itu. Biarlah kita tunggu pengumuman rasmi Pas Pusat esok. Mungkin Phakhrolrazi dan Dr Ismail Salleh telah memberi jawabannya kepada Abdul Hadi Awang lewat petang ini.

Yang perlu dilakukan sekaang ini hanya berdoa saja biarlah keputusan esok akan memuktamadkan keadaan jangan pula kenyataan itu akan disambung dengan kenyataan-kenyataan lain yang boleh menambahkan huru hara. Kalaulah esok tiada muktamad jelas kemelut di Kedah tidak mudah untuk diselesaikan. Mungkin ia boleh diibaratkan keadaan jerami kering di Kedah yang sedang dimamah api.

Sesuatu yang dipenuhi unsur api susah untuk dilesaikan kerana ia ada sangkut paut dengan nafsu. [wm.kl.7:42 pm 04/02/12]

Mohd Sayuti Omar,

K'jaan Malaysia akan buat Perkara Memufliskan Negara - Kata TUN

Kadar gaji minimum ditetapkan, beza RM100 antara timur, barat Malaysia, kata sumber


KUALA LUMPUR, 3 Mac — Kabinet bersetuju untuk menetapkan kadar gaji minimum di bawah RM1,000 untuk 3.2 juta pekerja di sektor swasta, dengan perbezaan RM100 antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan pentadbiran Najib memutuskan membuat kelainan kadar gaji daripada perbezaan sektor walaupun beberapa sektor akan diketepikan daripada polisi.

Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah menetapkan kadar gaj minimum RM1,500 seperti yang dituntut kebanyakan kesatuan tetapi dibantah majikan.

“Gaji minimum di bawah RM1,000 kerana menteri berkata sebelum ini dan Kabinet meluluskannya,” kata sumber merujuk Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S. Subramaniam (gambar) berkata dua minggu lalu bahawa Kabinet akan membuat keputusan tidak lama lagi.

“Pengumuman akan dibuat tidak lama lagi,” kata seorang lagi sumber.

Kerajaan telah memperbaharui perkhidmatan gaji awam sejak 1 Januari tetapi berdepan dengan masalah selepas kesatuan kakitangan awam Cuepacs berkata kenaikan gaji tidak sama dengan kira-kira 2,000 pegawai kanan mendapat kenaikan yang tinggi sementara 1.3 juta yang lain sebaliknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan kajian semula yang akan dibentangkan pada 16 April.

Kesatuan sekerja sektor kerajaan dan awam telah meminta kadar gaji minimum sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun majikan mengatakan ia tidak bagus bagi pasaran tempatan terutamanya persaingan dari ekonomi serantau yang menggunakan tenaga kerja yang lebih murah. Tetapi Najib mensasarkan sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam meminta agar isu gaji minimum dipertimbangkan, mengingatkan Malaysia boleh manjadi muflis jika ia dilaksanakan sekarang seperti yang berlaku di negara Barat.

Beliau yang masih berpengaruh walaupun telah bersara pada 2003 menegaskan kerajaan persekutuan mahu melaksanakan dasar gaji minimum tanpa mengambil kira cuti umum termasuk cuti hujung minggu dan cuti perayaan yang akan mendatangkan risiko kepada ekonomi negara.

Beliau menggambarkan negara Barat muflis disebabkan mereka tidak mampu bertahan daripada terus membayar gaji yang tinggi kepada kakitangan walaupun khidmat yang diberikan kurang terutamanya pasaran Asia yang menjadi lebih kompetitif.

“Saya bimbang Malaysia menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk khidmat yang kurang, seperti yang kita lakukan sekarang,” kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya.

Bagaimanapun Dr Subramaniam bulan lalu berkata struktur gaji dicadangkan selepas mengambil kira kajian Bank Dunia, termasuk faktor-faktor utama seperti kos sara hidup, indeks garis kemiskinan, produktiviti dan kadar pengangguran.

Kadar gaji baru akan memberi impak yang besar di Sabah, di mana purata pendapatan di sana adalah RM577, diikuti Sarawak, RM758. Di Semenanjung Malaysia, purata gaji minimum adalah RM1,131. Hampir 33 peratus kakitangan di sektor swasta dibayar kurang RM700 sebulan, yang ia di bawah garis kemiskinan, menurut laporan News Straits Times.

“Jika kita membayar antara RM800 dan RM1,000, ia tidak mempunyai sebarang kesan negatif ke atas tarikan pelaburan, tetapi jika ia lebih tinggi daripada RM1,000 maka ia boleh menyebabkan kesan negatif terhadap ekonomi,” katanya menambah dasar itu boleh dilakukan secara berperingkat, dengan menangguh pelaksanaan itu dan memberikan majikan tempoh menstruktur semula rangka gaji mereka, kemudian baru laksanakan kadar gaji minimum.

Beliau menambah ia perlu dikaji semula setiap dua tahun, mengingatkan majikan bahawa mereka akan berdepan denda maksimum RM10,000 jika gagal mematuhi dasar itu.

“Sebab untuk dasar ini kerana sepanjang 10 tahun lalu, terdapat peningkatan hanya 2.6 peratus setahun dan kita ketinggalan di belakang negara lain yang telah melaksanakan kadar gaji minimum.

“Sekarang kita sedang memperkemaskan kadar gaji kita, merentasi jurang mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan,” kata Dr Subramaniam.

Penghujung jalan buat Khairy dan Badawi

Oleh Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei

Rakyat Malaysia kenal Permodalan Nasional Bhd (PNB), penjana wang yang menjadi pemegang saham di dalam kebanyakkan syarikat dan firma pengurusan aset, namun tidak diketahui jika ramai yang tahu akan kewujudan syarikat berkaitan kerajaan yang seakannya iaitu, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebuah entiti yang diamanahkan untuk membangunkan usahawan bumiputra dari segi potensi dalam perniagaan.



Diketuai oleh pengerusi yang berusia lapan puluhan, Mohd Abu Bakar Mohd Noor telah memegang jawatan itu sejak 1998, dan kini, PUNB bakal diserahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diuruskan.

Sudah semestinya ini merupakan jawatan yang paling memalukan bagi ketua sayap pemuda yang juga dikenali sebagai Pemudah.Semua ketua bahagian telah diberikan sekurang-kurangnya jawatan timbalan menteri. Walaupun dia merupakan graduan Oxford, tiada harapan baginya kerana dia telah terlalu banyak menyakitkan hati ramai orang dalam UMNO dan ianya sudah tidak boleh dimaafkan lagi.

Pengakhiran yang pelik buat KJ dan Badawi

Ahli UMNO yang lurus mengatakan ini adalah sebagai tanda terima kasih Najib kepada Khairy kerana tidak mendatangkan masalah kepada pentadbirannya. Walau dari sudut mana pun anda ingin melihatnya, inilah penanda bagi tamatnya kerjaya politik Khairy dalam UMNO kerana ternyata dia bukanlah termasuk dalam senarai ‘calon boleh menang’ Najib.

Khairy masih boleh menolak tawaran jawatan PUNB, yang mengikut kata orang dalaman, adalah tawaran terakhir dari Najib- tidak akan ada lagi tawaran selepas ini.Ini pilihan terakhir buat Khairy.Tidak ada gunanya Najib memberikan dia mahupun bapa mertuanya kerusi kerana takut akan menjadi risiko besar buat Najib. Mereka mempunyai bahagian-bahagian masing-masing yang perlu dijaga.

Inilah sebabnya kem Badawi dikatakan menekan Najib untuk memberi Badawi kawasan Kepala Batas untuk diwakili dan mengekalkan Nor Mohamed Yakcop di Tasik Gelugor.

Tapi, Nor Mohd sudah banyak terlibat dengan dakwaan korupsi yang dengan serta merta tidak memungkinkan spekulasi bahawa kem Badawi cuba memberi tekanan kepada Najib. Jika Nor Mohamad, menteri ekonomi dan bekas ketua perdagangan yang telah kehilangan berbilion ringgit di dalam dagangan wang asing tambahan pula pembatu politiknya yang ditangkap bersama 2 juta dalam bentuk tunai, masih boleh diterima sebagai ‘calon boleh menang’, Najib akan dikutuk hebat oleh panglima Umno yang lain kerana mencalonkan semula orang yang tidak berguna dan bukan mereka.

Bagi si kaki tidur Badawi, jika dia belum tersedar lagi dari lenanya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia tidak kisah sama ada berada dalam arena politik atau tidak. Bagi kebanyakkan orang Malaysia, dia telah ada peluang untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik tetapi tidak melakukannya kerana dia tunduk pada tekanan untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Najib.

Khairy dalam percubaan untuk menyelamatkan maruahnya, tidak mahu dilabel sebagai orang yang dibuang seperti yang lain. Dia mungkin juga akan mengisytiharkan dirinya sanggup berkorban demi UMNO dan orang Melayu kerana tanpa mahukan akan apa-apa sebagai pulangan. Sudah semestinya menjadi pengerusi dengan gaji yang akan diterima itu bagaikan kacang sahaja bagi Khairy. Lelaki 30-an yang bercita-cita tinggi ini mahukan sesuatu yang lebih lagi- seperti jawatan menteri penuh dalam kabinet UMNO-BN. Itu pun jika UMNO-BN menang.

Tiada kuasa

Adakah Khairy akan berjuang untuk mendapatkannya? Dia dilaporkan sebagai mampu untuk merebut jawatan itu namun, dia sudah banyak menyinggung perasaan mereka yang berada di dalam UMNO dan ini tidak mungkin dapat membantunya. Pencabar Khairy seperti bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, dengan mudah boleh menggandakan apa yang dia mampu tawarkan.

Ia nampak seperti Khairy dengan egonya serta wang berjuta-juta terperangkap begitu sahaja tanpa ada jalan keluar. Cara terbaik ataupun alternatif lain baginya adalah untuk meninggalkan Umno dan menyertai pakatan pembangkang. Malangnya, walaupun dia seorang yang masih bertenaga dan mempunyai rupa yang tidak kurang elok juga, dia masih begitu pengecut untuk meninggalkan Umno.

Sama ada Khairy akan menerima jawatan PUNB, yang sebenarnya adalah tamparan hebat baginya, dan juga bapa mertuanya, berkemungkinan besar, dia akan terus bersama UMNO, menjadi kurang menonjol dan mengikut sahaja arahan.

Khairy tidak mampu untuk bergabung dengan Kumpulan Amanah pimpinan Tengku Razaleigh untuk portfolio politik kerana, nampaknya Khairy tidak akan mampu untuk mempertahankan jawatan ketua pemudanya dalam pemilihan yang dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini. Lagipun, kenapa sayap Pemuda perlu dipimpin oleh ketua yang tidak hebat dan tidak pula disukai ramai. Dalam erti kata lain, kurang pengaruh?

Tawaran PUNB sebenarnya tamparan hebat

Akhir sekali, lihatlah PUNB. Untuk mengaburi mata, PUNB masih mempunyai RM400 juta pada dalam simpanannya, peruntukan yang agak banyak bagi sebuah syarikat. Selain daripada pengerusi, terdapat juga naib presiden dan pengarahnya Salleh Sulong, bekas bos Proton, Mohamed Haniffah bin SM Mydin, Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dan Dr Rafiah Salim, bekas Naib Canselor Universiti Malaya yang tidak banyak menyumbangkepada UM.

Bayangkan, UMNO mengamanahkan RM400 juta kepada kumpulan yang kurang meyakinkan. Jika menolak, rugilah Khairy. Dan jika laporan berita tentang Khairy menerima kerusi PUNB adalah benar, 'hidangan utamanya pasti akan mengubah cara pengurusan dana PUNB setakat ini.

Jadi, apakah status RM400 juta itu sekarang? Berapa banyak yang masih tinggal dan tidakkah PUNB memerlukan bailout dari yang lain? Pada hakikatnya, PUNB adalah salah satu daripada institusi yang bersenjatakan dana besar yang ditubuhkan oleh UMNO untuk membantu orang Melayu, namun orang Melayu masih tinggal dalam keadaan yang belum boleh dibanggakan.

Sebenarnya, UMNO tidak berminat untuk memperbaiki kehidupan orang Melayu kerana UMNO mahu orang Melayu sentiasa

bergantung kepada mereka, tetapi apa pula cerita RM400 juta itu?

Sudah pasti jika PUNB begitu berjaya, ia akan dijadikan contoh klasik kejayaan UMNO. Pemimpin UMNO dan panglima mereka semua akan berjuang untuk mendapat nama bagi penubuhan PUNB. Tetapi tidak nampak pula begitu.

Ia akan ditinggalkan kepada mereka yang kurang disukai seperti Khairy, untuk dijadikan mangsa jika apa-apa berlaku di PUNB. Dan Khairy perlu ingat dia tidak akan mendapat manfaat daripada pelantikannya di sana kerana ada kemungkinan sebahagian besar daripada dana yang ada telah digunakan. Tugasan utamanya mungkin ialah sebagai ketua pemungut hutang! Ya, masalah dan tugas utama di PUNB adalah bagaimana untuk memastikan bahawa ia mendapat balik pinjaman yang telah diberikan kepada peminjam "berisiko tinggi" dalam perniagaan, termasuk pinjaman pelajar.

Ketua pemungut hutang! Sesungguhnya ini cukup jauh dari impian Khairy yang mahu menjadi PM sebelum mencapai usia 40 tahun. Walau bagaimanapun, seperti kata pemerhati bola sepak, bola itu bulat dan apa pun boleh berlaku. Jadi untuk KJ yang gila bola, sekurang-kurangnya ini akan memberi anda sedikit harapan walaupun kecil tapi cukuplah buat masa sekarang.

Malaysia Chronicle

Isu di Kedah : Esok depa umum di Pej PAS Raja Laut jam 11 pagi..

Umno gemar buat benda tak disuruh agama

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Di antara sebab atau faktor utama mengapa PAS mesti mengganti Umno sebagai pemerintah, sama ada di peringkahttp://4.bp.blogspot.com/_p2SHTh993X0/TSfhjSZ3XYI/AAAAAAAABac/fvHmRYvj8ug/s1600/165354_176795512352932_100000674526688_445437_2621576_n.jpgt negeri-negeri mahu pun Pusat, ialah demi kedaulatan agama. Umno selaku parti yang telah diberikan mandat menguasai pemerintahan negara, begitu juga hampir kesemua negeri, sejak sebelum merdeka, terbukti gagal meletakkan Islam di tempat sepatutnya.


Islam tidak dijadikan asas pemerintahan. Ajaran agama itu tidak diletakkan sebagai rujukan hukum dan peraturan negara/negeri. Wujudnya jabatan atau kementerian khusus berhubung hal ehwal Islam hanya tidak lebih daripada salah satu juzuk kecil daripada keseluruhan pentadbiran kerajaan.
Ibarat kata yang kerap disebut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno, “Islam dijadikan agama yang diperintah, bukan agama yang memerintah”. Dalam ertikata lain, apa-apa yang berkaitan hal ehwal Islam dihadkan penerimapakaiannya hanya dalam batasan sebuah jabatan/kementerian.
Manakala seluruh penguatkuasaan atau pelaksanaan berhubung Islam tertakluk di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Persekutuan. Justeru, apa-apa hukum dan peraturan Islam hanya terpakai sejauh mana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan yang dianggap hukum tertinggi bagi negara ini.
Tidak syak lagi perbezaan pendirian mengenai letakduduk yang sepatutnya bagi Islam dalam pemerintahan menjadi punca utama PAS dan Umno gagal menemui titik persamaan sejak dulu. Perbezaan antara dua parti itu tambah menjarak apabila para pemimpin dan pendukung kedua-dua parti turut memahami ajaran agama secara berbeza.
Perbezaannya jelas dapat dilihat pada perlembagaan parti masing-masing, yang merupakan perakuan bertulis mengenai agenda perjuangan mereka. Sementara PAS secara jelas dan terbuka mengisytiharkan Islam sebagai dasar perjuangannya, Umno pula sekadar berselindung di sebalik perisytiharan Islam sebagai agama Persekutuan. Sedangkan undang-undang tubuh parti itu sendiri gagal menerangkan letakduduk Islam dalam agenda perjuangannya.
Perbezaan ini dibuktikan secara praktikal apabila kedua-dua parti diberi peluang memerintah. Ternyata ketegasan menegakkan Islam dalam pemerintahan antara dua parti itu amat berbeza. PAS telah membuktikan menerusi dua negeri diperintahnya secara hampir mutlak, iaitu Kelantan dan Terengganu, bahawa keseriusannya mendaulatkan hukum Islam bukan omong kosong.
Islam mengharamkan riba dan judi, maka kerajaan PAS terus mengharamkannya sebaik memerintah. Sedangkan Umno yang telah memerintah puluhan tahun gagal, bahkan tidak terlintas menyempurnakan perintah agama itu.
Islam membataskan peminuman arak hanya kepada bukan Islam, maka PAS menyusun semula penggunaan arak, sesuatu yang juga tidak diambil berat oleh kerajaan Umno. Islam menggalakkan pemakmuran masjid dan surau, terutama dengan melipatgandakan majlis-majlis ilmu dan amal, maka itulah yang dipergiatkan oleh kerajaan PAS.
Sebaliknya, kerajaan pimpinan Umno lebih bermusim dalam menghidupkan rumah-rumah Allah. Parti itu malah dilihat lebih gemar mengutamakan perkara-perkara yang dianggap sebagai “syiar” agama, berbanding penegakan syariat seperti yang diutamakan PAS.
Sebab itu para pendukung Umno, sama ada di peringkat tertinggi mahu pun bawahan amat bersungguh dalam bab mengacau bubur Asyura ata menyambut malam nisfu Syaaban, sebagai contoh. Kedua-dua amalan tradisi itu sebenarnya tidak ada sandaran nas yang jelas menggalakkannya, tetapi itulah yang kerap dijadikan agenda penting para pendukung Umno saban tahun.
Beberapa minggu kebelakangan ini terserlah lagi satu tabiat sedemikian. Kedatangan Rabiul Awal yang sinonim dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad saw bagaikan tibanya saat penting dalam kalendar tahunan Umno. Di sana-sini dapat dilihat betapa bersungguhnya para pendukung parti itu menganjurkan majlis sambutan Maulidurrasul. Tidak cukup sekadar berceramah dan mengadakan jamuan di masjid dan surau, diadakan pula acara perarakan.
Lalu dikumandangkan selawat ke hadrat Junjungan saw. Sedangkan suasana perjalanan majlis itu dipenuhi unsur-unsur maksiat, terutama apabila berlaku percampuran dan pergaulan bebas antara peserta lelaki-perempuan yang bukan mahram. Manakala beberapa pihak berkuasa tempatan pula sampai menganjurkan pertandingan antara kontinjen perarakan.
Sudah jelas ia bukan bertujuan ibadat. Walau pun diserikan dengan selawat kepada Nabi saw, ia sebenarnya sekadar “alat” untuk menjayakan agenda duniawi, yang sebenarnya tidak pun disuruh agama meraikannya secara sedemikian.
Itulah antara bukti jelas betapa kefahaman Umno terhadap ajaran dan tuntutan agama amat jauh menyimpang dari sepatutnya. Ia gemar meninggalkan apa yang sepatutnya dibuat, sebaliknya gemar melakukan apa yang tidak digalakkan.

Dari Mentalon... sekeras mana kepala depa dua.. hak rakyat juga yang di fikirkannya.....alhamdulillah....

oleh depakata

Nampak perjumpaan dah tamat... Hasil dah pon keluaq cuma dok tunggu pengumuman jaa lagi.... Bila nak umum masih tak tau....boleh jadi bila bila masa dari sekarang....

Yang nyata keputusan tersebut masih tergantung... Nak kata win win pon tak ada yg win lagi nie... Depa kata dua dua keras kepala dan dua dua ada hujah masing-masing..... So far jalan tengah dan keputusan terbaik dah diambil....

Cuma yang perlu sekarang dua-dua pihak perlu berlapang dada dan ingat kepada kebanyakan dan harapan rakyat di luar sana... Insyaallah semoga apa yang depa dok kata nie akan mengukuhkan semula carik carik bulu ayam ini....

Sama samalah kita berdoa semoga semua kembali keatas landasan semula untuk bertekad dengan satu sasaran semua di hadapan...iaitu tumbangkan UMNO BN.......

Guru yang cerdik macam tu pun BN perbodohkan macam orang tak reti...

Guru terpaksa pura-pura sokong Barisan Nasional

APABILA ditanya "bilakah tarikh PRU13?", tidak ada seorang pun di Malaysia yang mampu menjawab atau mengagak dengan tepat. Tidak kiralah pakar politik, penganalisis hebat, dukun, bomoh mahupun ahli nujum.

Sikap Najib yang teragak-agak untuk mengumumkan tarikh pilihanraya juga menunjukkan betapa lemahnya beliau di dalam membuat keputusan. Ternyata Rosmah jauh lebih bijak membuat keputusan berbanding pemimpin lemah seperti Najib.

Bilakah sebenarnya PRU13 akan diadakan? Tentu sekali Najib Razak akan membubarkan parlimen sebaik sahaja beliau yakin bahawa Barisan Nasional akan menang besar dalam PRU13.

Pelbagai usaha dibuat untuk menyiasat dan menganalisis kekuatan Barisan Nasional di dalam memenangi PRU13. Risikan Polis dan tentera telah digunakan. Salah satu usaha yang dapat dikesan ialah melalui pelbagai borang kaji selidik

Sebuah email yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan sebuah borang kaji selidik yang diberikan kepada isterinya yang merupakan seorang guru.

Borang itu menurutnya merupakan satu tinjauan yang dibuat oleh Barisan Nasional untuk melihat apakah kedudukan sokongan para guru terhadap Barisan Nasional masa kini.

Sahabat pembaca ini menjelaskan bahawa isterinya terpaksa berpura-pura memberikan reaksi yang positif atau dalam bahasa mudahnya, berpura-pura menyokong Barisan Nasional.

Menurut beliau lagi, mereka sekeluarga bimbang jika menjawab dengan jujur tinjauan tersebut, maka dengan nada berseloroh beliau menjelaskan isterinya bakal dipindahkan ke Lahad Datu, Malaysia Timur atau mana-mana kawasan pedalaman dalam masa 24 jam.

Maka ramai guru-guru yang juga merupakan sahabat isterinya terpaksa mengisi jawapan-jawapan mebodek bagi menyelamatkan diri mereka dari dikenakan tindakan. Ini merupakan satu contoh yang dapat kita lihat. Walhal ribuan lagi seperti ini berlaku di luar sana.


http://milosuam.blogspot.com

Isu di Kedah : jangan ingat negeri ini sykt sdn bhd... ok dah pie pakat perintah elok-elok balik lepas nie...

Buat maksiat tepi kolam MADA Pendang

maksiat tepi kolam

PENDANG – Beberapa penduduk yang tinggal berdekatan Kolam Lembaga Pertanian Muda (Mada) kesal dengan sikap segelintir golongan muda apabila sering melihat golongan tersebut melakukan maksiat di tempat rekreasi itu dengan berpura-pura memancing di kolam itu.

Tinjauan mendapati, tempat itu menjadi tumpuan orang ramai dan kaki pancing, namun kadang kala tempat itu dijadikan sebagai tempat golongan terbabit melepaskan nafsu tanpa mengendahkan papan tanda dilarang membuat maksiat dipasang di situ, terutamanya pada waktu malam.

Penduduk, Salahuddin Che Mee, 45, berkata, penduduk sering melihat golongan muda menjadikan tempat itu sebagai tempat melakukan maksiat dengan berpura-pura memancing apabila penduduk mendekati kawasan itu.

“Golongan ini dilihat terlalu mudah menjadikan tempat rekreasi itu sebagai tempat melepaskan nafsu memandangkan kawasan itu terlalu gelap pada waktu malam.

“Tempat itu menjadi tumpuan golongan muda kira-kira jam 8 malam sehingga waktu tengah malam,” katanya.

Menurutnya, kadang kala ada pengunjung yang datang ke kawasan itu dengan meletakan kereta mereka di situ sambil berdua-duaan di dalam kereta, namun penduduk tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan mereka dapat menghidu kedatangan penduduk.

“Saya sudah bosan melihat gelagat mereka di kawasan ini, memandangkan pihak berkenaan tidak memantau kawasan ini dan tiada tindakan sewajarnya diambil bagi mencerahkan kawasan ini,” katanya.

Gergasi di Patuk Kenari di Bumi Darulaman


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/417239_10150641661389906_246271459905_9081108_1609725216_n.jpg
TAHNIAH PENYOKONG KEDAH..!! Hampa memang sempoi..!! Walaupun kita berkedudukan kedua tercorot (sebelum sepak mula), Stadium Darulaman TETAP FULLHOUSE jugak..!! Mengembalikan nostalgia Zaman Double Treble apabila SDA sentiasa fullhouse tak kira apa jua game. Diharap game sebentar tadi menjadi titik tolak kebangkitan gelombang HIJAU KUNING. Tahniah Skuad Hijaukuning..!! Tahniah juga Para Penyokong KEDAH..!! KEDAH TERBAIK..!!

http://2.bp.blogspot.com/-yhZIf8gAhYc/TzdmYQxbbpI/AAAAAAAADC4/3V5Nnzx8NOc/s1600/safi%2B03.jpg
Apa yang boleh dikatakan lagi, our 'french-maghribi connection' terus menyerlah dengan jaringan gol penalti dan memberi kemenangan bermakna. Jaringan Safi amatlah penting memandangkan Baddrol pada awalnya terlepas sepakan penalti pertama yg diperolehi Kedah. Yallah Kedah Yallah. Nampaknya ramai peminat yg MAI STADIUM malam ini!!! Full house... Sebelum itu mai kita layan permainan Safi pada separuh masa pertama ketika menentang PBAPP FC. Klip jaringan gol Safi menentang Selangor akan menyusul sebentar lagi. Layan!!!

BERIKUT keputusan perlawanan Liga Super malam ini:
.
Kedah 1 Selangor 0

PKNS 2 Perak 2

Kuala Lumpur 0 Terengganu 1

Sabah 2 Johor FC 1

kredit - Hijaukuning.Com

Salahuddin: Krisis Pas Kedah 'sudah diselesai'

Salahuddin: Krisis Pas Kedah 'sudah diselesai'
Roslinda Hashim, Rosnani Saad & G MANIMARAN
3 Mac 2012
misi

ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang diadakan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di sini, berlangsung lebih lima jam sehingga 3 pagi tadi, telah mencapai satu penyelesaian yang diputuskan "secara sebulat suara", kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub awal pagi ini.

Menurut beliau, keputusan itu yang diterima semua pihak akan diumumkan dalam waktu terdekat, kemungkinan tengah hari ini, pada sidang media khas.

Bagi Pas, salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat, yang menerajui kerajaan negeri sejak Mac 2008, kontroversi terbaru ini adalah ujian paling besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

"Sudah ada keputusan, keputusan ini keputusan sebulat suara... ia akan diumumkan dalam waktu terdekat. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa sekarang," kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sekitar jam 4 pagi tadi.

Wartawan yang menunggu sejak 8 malam tadi dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan hari ini. Lokasinya akan diberitahu kemudian.

Pertemuan lebih lima jam itu dibahagikan kepada dua iaitu pertemuan Salahuddin dengan pemimpin-pemimpin yang menjadi fokus kontroversi, dan keduanya mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri.

Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan kemelut kepimpinan Kedah ini, di ibu negara Khamis lalu.

Difahamkan pertemuan sesi pertama dipengerusikan oleh Salahuddin selama dua jam manakala mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pula diketuai sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bermula 12 tengah malam dan berakhir sekitar 3 pagi tadi.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi ini, apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco pula berkata, biar Pas Pusat memberikan kenyataan terlebih dahulu.

Difahamkan kedua-dua Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi, masing-masing diberi masa sejam untuk mengemukakan hujah dalam pertemuan dengan Salahuddin.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri yang menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak dipanggil untuk memberi hujah.

Kedua-dua pertemuan ini, sebahagian daripada usaha Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan negeri, diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.

Dalam laporan awal Sinar Harian Online, disebutkan bahawa pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis, tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad. Banyak pihak meragui sama ada pertemuan misi damai akan membawa formula penyelesaian.

Dalam pada itu, antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal pada pertemuan kali ini di Seri Mentaloon ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Salahuddin serta seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz merupakan pemimpin dari Kedah dan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pun begitu, Sinar Harian Online difahamkan hampir sebahagian besar ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhububungan Negeri Kedah menghadiri pertemuan kali ini.

Pertemuan misi damai ini hanya bermula sekitar jam 10 malam tadi, lewat sejam berbanding maklumat yang diperoleh sebelum ini.

Keperluan mengadakan pertemuan ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara Khamis lalu susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu lalu.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar untuk membuat liputan, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama Seri Mentaloon.

Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi pertemuan sejak 8 malam tadi juga melaporkan bahawa setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.

Sinar Harian Online juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum.

Sembang Mentalon...Masih tiada khabar berita..

oleh Depa Kata

YB DATUK TAULAN RASUL...ADUN TOKAI

Hangat depa dok kata isu di Kedah sekarang nie...semua masih terbuka mata dok tunggu apa keputusan di Sri Mentalon... w/pun jam sudah dekat 2.00pagi namun semuanya belum dapat di rungkaikan.... hakikatnya kini kita akan dapat tahu siapa wira siapa derhaka.... siapa gila kuasa dan siapa yang salah guna kuasa....

Apa yang depa dok kata sehari dua nie PHAHROLRAZI lah punca segala punca.. beliau merupakan seorang yg gila nak jadi MB..tetapi di sebalik tuduhan itu ada juga yang berkata jika betul dia nak jadi MB kenapa perlu dia lawan AZIZAN kerana selepas pru13 beliau sudah boleh mengambil akan jawatan tersebut......jadi tentu ada satu benda yang tak kena yg mana Azizan telah lakukan yang beliau sanggup pertahankan prinsip beliau...

Dari sebelah pihak AZIZAN pula ada yang memuji beliau the best namun bagaimana yang sebaliknya.. Apa kata jika AZIZAN ada bagi projek tanpa open tendar, ada buat kelaku cenge kepada pimpinan bawah beliau dan macam2 lagilah boleh diperkatakan..

Jadi sekarang KITA tunggulah apa nak jadi seterusnya....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...