oleh DepaKata

Tapi kalau kawan sampai nak bagi bulan bintang dan sampai nak langgaq habis prisip perjuangan jemaah yang dok ada yg tu kena boh tongkoi kayu laaaa....
Kot mana pon pakat tunggu 28hb nanti laaa kita tengok apa cerita....
“Terbaru beliau mengaku Umno melakukan kesilapan sewaktu memerintah Selangor selama 51 tahun sebagai usaha untuk menarik simpati rakyat supaya memilih BN untuk memerintah Selangor,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Rakyat Selangor pula, katanya mengatakan nasi sudah menjadi bubur.
“Nampaknya apa sahaja rakyat minta kepada Datuk Seri Najib beliau akan beri, termasuklah bulan atau matahari kalau beliau boleh beri,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, ujarnya tidak ada alasan untuk rakyat Selangor memilih BN memerintah semula negeri itu.
Beliau berkata, rekod buruk dan pengkhianatan Umno BN terhadap rakyat Selangor masih tidak dapat diubati.
Katanya, selama setengah abad mereka memerintah sebelum ini, bukan satu masa yang singkat dan berapa banyak sistem pengurusan yang rosak sebelum Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
“Bukan senang kerajaan PR hendak membersih karat tebal yang melekat di semua sudut,” ujarnya lagi.
Namun, jelasnya dengan usaha gigih pemimpin PR telah berjaya menunjukkan prestasi terbaik sama ada dari segi pentadbiran dan mengagihkan kekayaan kepada rakyat yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN sebelumnya.
Baginya, lebih baik Najib mengambil cermin untuk menyuluh muka dan kemudian melihat data perkembangan ekonomi di bawah seliaan BN yang jauh ketinggalan dalam semua segi.
“Jangan beliau bercakap tanpa berbekalkan data seperti beliau mengatakan Sabah lebih maju daripada Kelantan.
“Saya sebagai rakyat Malaysia malu jikalau Perdana Menteri bercakap seperti ketua cawangan Umno sahaja,” katanya.
Hatta, kata beliau kawasan Parlimen Pekan yang diwakili Najib jauh ketinggalan dari aspek pembangunan.
“Majukan Pekan dahulu sebelum hendak merampas Selangor,” katanya.
Sebelum ini, kata Idris, masalah bekalan air di Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan tidak dapat diatasi oleh Najib.
KUALA LUMPUR - Pas Pusat terpaksa campur tangan bagi menyelesaikan ‘krisis’ kepimpinan yang dilaporkan sedang dihadapi oleh parti itu di peringkat negeri Kedah, yang dilihat ketara dalam soal pelantikan semula barisan Exco.
Justeru, menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, Pas Pusat akan menghantar wakil untuk bertemu dua Exco dan Menteri Besar negeri itu, esok.
“Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub akan ke sana dan akan bertemu semua pihak bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Kami yakin kesemua 10 Exco sebelum ini akan dikekalkan," kata beliau pada sidang media di sini sebentar tadi.
ALOR SETAR - Hanya lima daripada lapan Exco, yang menyandang jawatan, yang disebut-sebut akan dilantik semula bagi penggal 2012 menghadiri majlis raptai yang diadakan di Istana Anak Bukit pagi ini.
Mereka yang hadir terdiri daripada Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan) serta Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).
Turut hadir ialah dua Exco dari PKR iaitu Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan).
Sinar Harian difahamkan, Mohamed Taulan mendahului senarai Ahli Exco yang dijadual mengangkat sumpah jawatan esok selepas giliran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan akan diikuti oleh Amiruddin dan Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan dan Kebudayaan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib.
Lima lagi nama yang turut disebut dalam raptai yang diadakan kira-kira jam 9 pagi tadi ialah Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat), Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Soo Nee, Abd Ghani dan Chow Kang.
Reaksi awal yang daripada kesemua Exco yang menghadiri majlis raptai, dilihat senada apabila menyatakan belum menerima surat tawaran rasmi dan dimaklumkan untuk menghadiri raptai menerusi panggilan telefon.
Amiruddin berkata, beliau belum melihat surat tawaran dan tidak pasti portfolio yang akan ditawarkan kepadanya.
“Setakat ini (pagi ini), saya belum menerima surat, surat kad kredit ," katanya dalam nada berseloroh.
Mohamed Taulan pula berkata, sama ada menerima atau menolak tawaran itu, ia bergantung kepada portfolio yang dinyatakan dalam surat terbabit.
"Mungkin juga semua yang hadir raptai pada hari ini, tidak hadir esok (majlis angkat sumpah)," katanya.
Oleh Aspan Alias
Selepas arahan dari Putrajaya, kini rakyat sedang berhadapan dengan isu berapa kah ‘settlement figure’ yang sebenarnya yang telah ditetapkan untuk penyelesaian diluar mahkamah diantara Tajuddin Ramli dengan MAS. Rakyat ingin tahu kerana semua wang yang terlibat dalam kes ini adalah wang rakyat. Tidak perlu menyalahkan sesiapa termasuk parti-parti pembangkang kerana apa yang berlaku dalam kes ini adalah di sebabkan oleh kelemahan dasar dan perlaksanaan kerajaan.
KUALA LUMPUR, 27 Feb: PAS yakin isu Kedah dapat diatasi secara harmoni melalui ukhuwah Islamiah dan musyawarah.
Dalam satu kenyataan awal pagi ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, melalui beberapa pertemuan dan perbincangan pimpinan, parti mendapati bahawa isu di Kedah yang dibangkitkan oleh beberapa pihak yang terlibat lebih menjurus kepada maklumat yang kurang jelas.
“Dan ada jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku. Sehubungan itu, ahli dan pimpinan di semua peringkat diseru mendapatkan maklumat dari saluran rasmi parti bagi mengetahui perkembangan yang berlaku,” nasihat beliau.
Menurut Tuan Ibrahim, pelbagai usaha sedang giat dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan parti secara keseluruhannya.
PAS, katanya yakin perkara ini dapat ditangani dengan baik, demi kepentingan parti, dan tambahan pula di saat seluruh jentera parti bertungkus lumus membuat persiapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
“Sehubungan itu, semua pihak mestilah bertindak dengan tepat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Ketepikan emosi, dan fikirlah dari sudut parti dan bukan sudut peribadi,” tambahnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Dalam cabaran media baru tanpa kawalan ini, penyebaran maklumat yang tidak sahih serta andaian peribadi tanpa asas jamaah yang kukuh, tidak membantu mengeratkan hubungan dan memperkasakan parti, hujah Tuan Ibrahim.
“Perbezaan pandangan tidak seharusnya merosakkan asas ikatan jamaah. Sebarang tindakan mestilah berada dalam ruang lingkup pemikiran jamaah,” nasihat beliau lagi.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut meminta semua ahli mendapatkan maklumat dari sumber parti yang sah tentang apa yang sedang berlaku di negeri itu.
Media, khasnya yang pro-BN melaporkan pelbagai berita tentang apa yang berlaku di Kedah sekarang termasuk melagakan pimpinan PAS.
Misalnya cara laporan NST dan Utusan melaporkan seolah-olah berlaku pertembungan antara kumpulan Erdogan dan ulamak di Kedah sekarang.
Media melaporkan, dua Exco Kedah tidak bersedia untuk dilantik semula menjadi Exco kerajaan negeri apabila majlis perlantikan dibuat pada 28 Februari ini.
Kumpulan NST pula diarahkan agar menjadikan berita Kedah ini sebagai berita utama termasuk berita muka depan.
Kedah melaksanakan dasar Exco kerajaan negeri akan dilantik setahun sekali di mana mereka akan mengangkat sumpah di depan Sultan Kedah.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata lapan ahli Exco Kerajaan Negeri akan mengangkat sumpah jawatan penggal 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini manakala dua lagi dijangka berbuat demikian selepas tempoh semasa berakhir 7 Mac ini.
“Lapan yang akan dilantik itu bukan muka baru. Semua Exco tamat tempoh pada 7 Mac, sebab itu saya tidak boleh lantik sekaligus, perlu tunggu tamat tempoh bagi elak melanggari Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah,” katanya kepada media selepas mesyuarat ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di Wisma PKNK, semalam.
![]() MOHD. FAISAL bersama anaknya menunjukkan perbezaan bungkusan susu tepung yang biasa dibelinya (kiri) dan yang didakwa tiruan (kanan) di Bayan Baru, George Town semalam. |
GEORGE TOWN - Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung.
Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim.
"Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan.
"Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi," katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram.
Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan.
"Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut.