TERKINI :

Sunday, February 26, 2012

Mahathir, Azizan dalam lampu sorot politik

Oleh A. Kadir Jasin

Dua orang Kedah nampaknya menjadi sasaran kempen politik ketika ini. Pertama (Datuk) Azizan Abdul Razhttp://3.bp.blogspot.com/_ecElWnnBAe8/So7snxQ_XdI/AAAAAAAAAYE/2HWMVU8op1k/s400/mb+logo%5B1%5D.jpgak, Menteri Besar Kedah dan kedua (Tun) Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri.

Azizan dilaporkan oleh media massa arus perdana dan alternatif sedang menghadapi krisis tidak percaya oleh beberapa orang Ahli Majlis Kerja Kerajaan daripada parti beliau sendiri iaitu PAS.

Dr Mahathir pula diasak oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ketua agung DAP, Lim Kit Siang, berikutan penyelesaian luar mahkamah kes saman yang membabitkan bekas pengerusi, Tajudin Ramli, dan beberapa buah syarikat milik Khazanah Nasional Berhad.

Sekurang-kurangnya dua daripada Exco PAS — Phahrolrazi Mohd Nawawi dan Dr Ismail Salleh — dilaporkan tidak mahu dilantik semula ke jawatan itu “kerana kurang yakin dengan kepemimpinan Azizan.”

Azizan pula dilaporkan akan membuat kejutan pada hari Selasa 28 Februari ini setelah “mendapat mandat daripada kepemimpinan tertinggi parti bagi mengelakkan krisis politik.”

Dr Mahathir dilaporkan tidak mahu mengulas mengenai penyelesaian luar mahkamah yang membabitkan Tajudin, tetapi sekali lagi menafikan yang beliau “memaksa” Tajudin membeli MAS. Dr Mahathir mahu orang ramai membuat penilaian sendiri.

Pada 24 Februari, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Kit Siang mahu Putrajaya memulakan pengauditan penuh ke atas apa yang beliau sifatkan sebagai kerugian berbilion-bilion ringgit akibat skandal kewangan ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Hakikat bahawa asakan dalam parti terhadap Azizan berlaku ketika cakap-cakap pilihan raya semakin hangat, mencetuskan andaian bahawa perebutan kuasa sedang berlaku dalam PAS Kedah.

Berbanding dengan dua orang Exco yang disebutkan itu, memanglah Azizan kurang dinamik. Azizan adalah orang lama. Gaya dan daya kepemimpinan beliau juga gaya dan daya orang lama — tidak konfrontasi dan tidak menonjol, tetapi disenangi kawan dan lawan.

Gaya dan cara beliau yang sederhana itulah menyebabkan sukar bagi parti-parti lawan, khasnya Umno, menyerang beliau secara berdepan. Tetapi ramai pula pemimpin PAS yang bimbang gaya dan daya beliau yang sederhana itu melemahkan PAS.

Biar apa pun, kalau perselisihan dalam kepemimpinan PAS Kedah itu meruncing menjadi krisis, ia, secara tidak sengaja — dengan izin “by default” — akan mencerahkan harapan Umno/BN merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dr Mahathir pula semakin hebat dikritik oleh PR serta oleh elemen-elemen anti-BN dan anti-Kerajaan kerana beliau dilihat sebagai kembali cergas dalam politik kepartian. Malah ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa, dalam hal-hal tertentu, Dr Mahathir lebih berpengaruh dan berwibawa daripada Perdana Menteri Najib Razak.

Jadi, adalah tugas mereka memusnahkan pengaruh dan kewibawaan beliau pada saat-saat beliau nampak begitu intim dengan Najib dan semakin cergas dalam arena politik parti.

Kalau dalam PRU 2008 kritikan terbuka beliau terhadap kepemimpinan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi “menguntungkan” pembangkang, sokongan beliau terhadap Najib mungkin “merugikan” mereka. Jadi tidak hairanlah mereka menyerang dan memburuk-burukkan beliau. Kesimpulannya, tolak campur darab dan bahagi, PRU nanti akan dimenangi oleh BN atau PR bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana lawan mereka lemah.

Seperti kata ahli politik Inggeris, Ken Livingstone, “If voting changed anything they’d abolish it.” (Kalau pilihan raya mengubah sesuatu, mereka pasti telah mengharamkannya). Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com

Anak muda, kini sudah tiba giliran kita

Rizal Abd Rahman,

http://1.bp.blogspot.com/-CM5fff4E5tU/TsWl1NLKrVI/AAAAAAAAANg/qYZK-AKGZVk/s320/AnakMuda.jpg
Secara garis besar, anak muda Melayu sebenarnya tidak begitu berminat apabila orang lain mula menyebut tentang pendaftaran mengundi dan tanggungjawab mengundi. Malas masuk campur adalah antara yang dirasakan oleh sebahagian besar mereka.

Dalam negara yang serba selesa, persepsi ini adalah suatu hal yang biasa. Sejak lahir, seorang Melayu di Malaysia telah dibekalkan dengan pelbagai bantuan. Asal mahu, usaha dengan betul, pasti insya Allah dapat.

Keselesaan ini menimbulkan apa yang disebut dalam dunia psikiatri sebagai austisme, iaitu sikap suka menyendiri dan hidup di dunia sendiri. Mereka beranggapan bahawa mereka tidak perlu mencampuri urusan orang lain, dan orang lain juga tidak perlu menyibuk dalam kehidupan selesa mereka. Apatah lagi dalam situasi politik Malaysia yang makin hari makin berdrama dan berat, ia terlihat sebagai satu beban untuk diketahui.

Kita sebenarnya tidak perlu aktif untuk mengetahui drama politik Malaysia bagi membolehkan kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat. Saya sendiri beranggapan drama politik Malaysia membingungkan dan kadangkala lucu dengan gelagat kedua kubu yang satunya mampu melakukan apa sahaja demi kuasa dan satu lainnya terlalu takut kehilangan kuasa.

Persepsi yang salah tentang mendaftar dan mengundi adalah apabila ia ditafsirkan sebagai berpolitik walhal ia merupakan suatu hak dan tanggungjawab seorang rakyat.

Sejarah banyak mengajar kita pelbagai pengajaran. Antara yang perlu kita ketahui adalah hak sebagai rakyat negara merdeka.

Anak muda kadangkala terlupa atau tidak mengetahui bahawa sebelum merdeka kita di Malaysia tidaklah seselesa apa yang dirasakan pada hari ini. Orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu tidak diberi peluang untuk mentadbir malahan sering dijadikan kuli dalam negara mereka sendiri. Tanpa boleh menyalahkan sesiapa, orang Melayu pada ketika itu adalah bangsa yang tidak berilmu dan lemah. Penjajah telah menyekat segala usaha orang Melayu untuk menimba ilmu ke peringkat tertinggi kerana sebagai penduduk asal, jika Melayu menjadi cerdik dan pandai, penjajah beranggapan ia bakal menjadi ancaman kepada kekuasaan mereka.

Tanpa pilihan, Melayu terpaksa akur dengan nasib. Walaupun kononnya hidup di tanah air sendiri, "Tanah" Melayu, mereka tidak mampu berbuat banyak malahan tidak diberikan hak untuk memilih siapa wakil mereka yang bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan memerintah negara.

Mendapat kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 merupakan satu permulaan baru buat negara ini. Kemeriahan yang dirasakan pada ketika itu bukan sahaja kerana bebas dijajah tetapi idea bahawa kini negara dapat ditadbir dan diurus sendiri merupakan satu semangat baru yang dikongsi bersama oleh masyarakat pelbagai bangsa.

Sebagai bangsa yang merdeka, semua pihak bersemangat ingin ikut serta dalam memajukan negara. Sebagai contoh, kini mereka mempunyai hak yang sah untuk menentukan wakil mereka dalam pembentukan kerajaan. Tidak hairan pada pilihanraya umum negara yang pertama, peratusan rakyat yang keluar mengundi merupakan peratusan yang tertinggi dalam sejarah!

Kita sebagai generasi baru pada hari ini sepatutnya mewarisi semangat tersebut. Perjuangan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan terhormat belum lagi selesai dan kita seharusnya berbangga dapat mewarisi dan menyertai perjuangan tersebut. Sebagai rakyat yang baik, terjemahkanlah ia dengan keseriusan menuntut ilmu, bekerja keras dan mengikut serta dalam agenda-agenda memajukan negara.

Menentukan kerajaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab memastikan pertumbuhan Malaysia positif kerana kerajaan dan pemimpin yang baik akan memberi hasil kerja yang lebih baik. Ia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan tidak juga boleh diendahkan begitu saja. Selain ia adalah sebuah hak, mengundi juga sebahagian dari tanggungjawab seorang rakyat.

Sebagai anak muda, kalau ingin selesa dan mengambil sikap malas fikir, ramai sebolehnya malas ikut campur dalam urusan tersebut. Walau bagaimanapun, memikirkan perjuangan orang terdahulu, sebagai seorang dewasa, tidak mahu mengambil tahu tentang perkara tersebut beerti menghina perjuangan mereka. Tanpa perjuangan mereka terdahulu, mungkin hari ini kita masih anak seorang petani dan mungkin hanya menjadi seorang petani.

Perjuangan negara ini belum selesai. Sekarang Malaysia mungkin negara yang cukup selesa buat ramai orang dan mahu tidak mahu kita harus diakui ia adalah hasil rakyat Malaysia yang menunaikan tanggungjawab dan peranan masing-masing sebelum ini. Mendaftar dan mengundi adalah satu hal yang perlu dibuat, memilih dengan baik pula adalah satu tuntutan yang perlu difikirkan.

Anak muda, daftar dan mengundilah kelak dengan bijak. Kini sudah tiba giliran kita untuk menggalas tanggungjawab meneruskan perjuangan Malaysia.

Hanya 8 Exco Kedah angkat sumpah Selasa ini


Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR - Hanya lapan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini berbanding 10 sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, lapan individu terbabit bukan muka baru.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Azizan bagaimanapun berkata, dua lagi jawatan Exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.

"Saya sudah muktamadkan (tentang pelantikan exco), cuma ada sedikit masalah teknikal dari segi undang-undang sebab semua Exco akan tamat tempoh pada 7 Mac ini.

"Jadi tak boleh nak angkat sumpah 10 orang Exco pada 28 Februari ini sebab akan jadi 12 exco lah nanti sebab tarikh tamat tempoh tak sampai lagi... Exco tak cukup tak apa, jangan lebih (ikut undang-undang tubuh Kedah)," katanya.

Azizan berkata setiap anggota Exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu dan pihaknya tidak ada masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan terbabit.

"Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak.

Senarai semua nama sudah dihantar kepada Tuanku (Sultan Kedah)," katanya.

Sebelum ini wujud khabar angin dua Exco Kedah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum Selasa ini.

Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah.

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini. - Bernama

kenduri puak SIAM pulun pie... mai kenduri puak MELAYU haram tak mai langsung.

oleh AnakKedah007.BLOGSPOT.com

Tu dia nampaknya rakyat kawasan Pendang sudah mula COP akan PM Najib bahawa beliau sebagai pembohong dan sanggup tak mai kenduri Rakyat di Taman Sri Pendang kerana nak terpa pie kenduri dengan puak SIAM di Kalai sana....

Dengar kata berbiji-biji BAS mai kat taman tuuu sebab nak raikan pemimpin besaq negara... namun semuanya menjadi kuah basi sahaja sebab Najib tak jadi mai...

Gua di fahamkan bahawa majlis kenduri tu anjuran MAN BEDOL & TOKEY SADA si AZMI DIN.. almaklumlah depa nie dok intai salah satu seat kerusi di Parlimen Pendang... sorang target parlimen dan sorang target dun....

tapi nak buat camna gua tengok macam dua-dua tu Najib tak suka... bukan apa jika suka tentu di singgah punya...sebab nama Kenduri Rakyat....tapi nampaknya pie kat RAKYAT SIAM sana... bukan RAKYAT MELAYU...... INI semua sebab BN PENDANG amat memerlukan undi kaum SIAM sebab undi mereka Undi penentu dan undi MELAYU nie tak pie makan kenduri pun tak apa dah depa akan pangkah punya pilihanraya nanti...

jadi sedaq-sedaq laa nooo orang melayu kot Pendang tuuu undi hangpa dok taraf mana.....DEPA TAK JAGA HATI HANGPA PON........

UTUSAN...

Nasib masyarakat Siam terus dibela

PENDANG 25 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membela nasib masyarakat Siam di negara ini sebagai menghargai sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Sejajar dengan status mereka sebagai bumiputera, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan sentiasa memastikan masyarakat itu mendapat apa saja kemudahan seperti diperuntukkan kepada golongan bumiputera lain.

"Kerajaan telah mengiktiraf masyarakat Siam adalah golongan bumiputera dan akan memastikan mereka mendapat keistimewaan seperti golongan bumiputera lain," katanya ketika merasmikan Sekolah Bahasa Siam di Watt Siam Titi Akar di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Boon Som Inong.

Najib menambah, demi memastikan kebajikan masyarakat itu terjaga kerajaan juga akan mengkaji sebarang masalah yang dihadapi mereka dari semasa ke semasa.

"Kerajaan sangat menghargai sokongan masyarakat Siam kepada BN pada pilihan raya umum lepas. Ini bukan retorik politik, tetapi saya mempunyai perangkaan kerana statistik menunjukkan lebih 80 peratus masyarakat Siam di kawasan ini mengundi BN walaupun di sebalik tsunami politik yang melanda ketika itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, kunjungan kali kedua Perdana Menteri ke Wat Titi Akar dekat sini turut bersama khabar gembira apabila mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi pentadbiran Sekolah Bahasa Siam yang dikendalikan secara persendirian oleh sami dan sukarelawan masyarakat itu.

Menurut beliau, peruntukan tersebut sebagai menghargai usaha masyarakat Siam di negeri ini memulihara budaya dan bahasa mereka.

Menurut Perdana Menteri lagi, kerajaan sentiasa menyokong usaha golongan tersebut memulihara bahasa ibunda yang disifatkan sebagai salah satu usaha mempertahankan jati diri mereka.

"Kita amat bertuah apabila menjadi warga Malaysia dan menjadi rakyat yang boleh mengamalkan kepercayaan masing-masing walaupun Islam menjadi agama rasmi dan bahasa kebangsaan adalah bahasa Malaysia.

"Sekiranya masyarakat Siam ingin memupuk jati diri budaya mereka melalui bahasa, ia bukan satu perkembangan yang menghairankan. Kerajaan tidak menyekat usaha ini selagi ia tidak memudaratkan negara," katanya.

Jika Tak Bohong Itu Bukan Berita Hairan namanya..!!

Berita Harian pembohong besar!


Alor Setar, 26 Februari 2012 - Laporan Berita Harian kononnya lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah memulau 'mesyuarat khas bersama Menteri Besar' adalah tidak berasas dan bermotif politik.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kedah, Musodak Ahmad, mesyuarat yang diadakan di Kompleks PAS Kedah semalam adalah Mesyuarat Lajnah Politik yang membincangkan mengenai persiapan pilihanraya.

"Tidak semua Exco menjadi ahli jawatankuasa Lajnah Politik, antaranya Dato' Dr Hamdan dan Ustaz Abdul Ghani Ahmad mereka bukan AJK jadi mereka tidak dijemput," ujarnya.

Dato' Phahrolrazi Zawawi, katanya, sedang bercuti, manakala Dato' Amiruddin sudah maklumkan tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi di Kuala Lumpur dan Dr. Ismail Salleh juga tidak dapat hadir bersebab.

"Jadi tak timbul dakwaan Ustaz Azizan diboikot," tegasnya.

‘Jangan biarkan orang atas makan rakyat bawah’

KUANTAN, 26 Feb: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut juga turut menyeru rakyat bersama menentang sebarang usaha atau projek yang disifatkannya 'membahayakan nyawa' manusia.

"Kita harus pertahan nyawa kita. Jangan biarkan segelintir kecil orang di atas 'makan' ratusan rakyat di bawah.

"Kita harus berlawan. Sediakan rumah yang baik untuk anak cucu kita," katanya ketika berucap pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di padang Majlis Perbandaran Kuantan, di sini pagi ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut berucap pada program itu pula mahu rakyat menolak pemimpin yang bersekongkol dengan Lynas.

"Hari ini Bersih bersama Hijau. Kita tolak Lynas, kita tolak sesiapa sokong Lynas.

"Kita inginkan kerajaan yang dengar apa rakyat nak, bukan kerajaan yang nak rakyat dengar apa yang mereka nak," katanya.

Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat lain termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Penasihat dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

Hampir 20,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum yang majoritinya Tionghua hadir menyatakan bantahan di perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 hari ini.

Perhimpunan hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO prihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.

Dihujung himpunan itu hari ini, mereka turut bertafakur sejenak bagi mendoakan kempen anti Lynas berjaya sehingga operasi Lynas dibatalkan.

Sebagai bantahan juga, mereka meletakkan tangan secara bersilang di dada masing-masing sambil membacakan ikrar.

Dua tuntutan dalam ikrar itu termasuklah mendesak agar kerajaan membatalakan segera projek nadir bumi Lynas yang disifatkan memudaratkan rakyat Malaysia.

Mereka juga mendesak agar kerajaan memastikan segala rancagan pembgunan adalah mapan dan sejajar dengan prinsip piagam bumi.

Kemelut Kedah - Tuuu dia macam tak caya....tunggu 28 haribulan nanti...!!!!

oleh depakata

http://images.all-free-download.com/images/graphiclarge/28_clip_art_11172.jpg
Tuu dia macam tak caya.. Depa kata macam-macam dah nie... Nak dapat MB baru laa.. Nak jadi negri UG laaa... Nak jadi cempera laaa...nak dapat pemangku MB laa.....

Lanie kami nak habaq mai laa kita tunggu 28hb nanti....masa tuu sapa caya tak caya hangpa pakat tunggu dengaq laaa....

Jika dengaq depa kata...mau ada yg dah tergolek dah nie.... Jadi untuk rakyat kedah hangpa pakat tunggu....jikaalau hg pa nak dengaq depa kata punya cerita macam2 kami boleh cerita....

Jadi hangpa tunggu laa nooo.......28 haribulan nanti........


Kontroversi Kedah: Masalahnya bila sumbar sah nak keluarkan berita?

Nampaknya isu Kedah semakin hangat. Macam-macam cerita yang keluar.

Kalau ikut berita 'mutawatir' katanya 2 orang Exco tak setuju untuk sambung lantik jadi Exco. Aku istilahkan 'mutawatir' pasai banyak sangat pihak yang kata perlantikan Exco yang akan dibuat hujung bulan ni memang ada masalah, bukan setakat media penchachai Umno tapi juga dari cakap-cakap orang PAS sendiri.

Betul ka dak tak pasti, pasai sampai saat ni katanya kedua-dua Exco tak komen apa-apa, mengiya pun tak menafikan pun tak. Sebab depa tak setuju dilantik semula tu macam-macam tapi semua lebih kepada andaian dan khabar angin.

Cumanya bila dikatakan 'mutawatir' tu maknanya isu tu memang ada cumanya tara mana tu ja yang tak pasti.
Louis Koo? Daniel Wu? Sapa hangpa pilih? #DontGoBreakingMyHeart 
Hari ni Naib Presiden PAS, YB Salahuddin buat kenyataan pasai isu Kedah ni macam dilaporkan Harakahdaily:

[Sumber : Harakahdaily]
Memang pun betul macam yang Salahuddin kata tu, menang sepatutnya ahli PAS dapat berita dari sumber sah.

Masalahnya dalam isu Kedah ni, sumber mana yang patut dianggap sah. Adakah sumber dari ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah boleh diterima sebagai sumber yang sah? Selain dari AJK perhubungan yang Pesuruhjaya lantik, semua YDP dan Setiausaha PAS kawasan-kawasan jugak adalah Ahli Perhubungan negeri, ramai tu.

Lagi satu, nak tunggu berita dari sumber PAS Pusat, berapa orang sangat ahli PAS yang ada akses. Nak harap PAS Pusar keluarkan berita sampai sekarang tak keluar-keluar pun.

Ahli kat bawah dah semakin resah, depa payah nak jawab terutama sekali kalau ditanya masa minum di kedai kopi ataupun masa lepak di masjid dan surau tunggu sembahyang Isya'. Tolong la kesian kat jentera kat bawah ni.

Pada aku, tak berapa penting untuk ahli PAS tau pun apa cerita sebenarnya, tapi yang lebih penting masalah tu kena diselesaikan. kepala depa tak payah pening nak fikir benda yang bukan tahap depa boleh bagi selesai.

Kesian kat depa yang sungguh-sungguh pertahankan Kerajaan Negeri selama ni, tapi bila dah hampir sangat dengan pilihanraya boleh pulak benda-benda macam ni timbul.

Lagi satu, aku harap sangat kepada pimpinan PAS di Kedah yang ada agenda peribadi, tolong la simpan sat agenda hangpa tu. Kalau teringin sangat nak 'bertempur' pun, tangguh la sat. PRU13 dah dekat sangat dah. Jangan sampai ayam sabung menang tapi kampung tergadai.

Aku harap sangat-sangat semua pihak boleh hayati selogan yang aku letak kat bawah ni. Aku harap sangat, Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, tolong bagi selesai isu ni. Jangan sampai ada yang kata Mat Sabu pun ada syer dalam isu ni...

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Cenangau Daunkari,

Polis syor pengarah NFCorp didakwa atas tuduhan Pecah Amanah

nfc

SHAH ALAM – Polis akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorporation atas tuduhan pecah amanah (CBT) - hasil siasatan yang dijalankan sejak lebih dua bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan hari ini.

Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.

Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail merupakan Pengerusi Eksekutifnya.

Syed Ismail berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara Selasa lepas bagi
menyiasat beberapa perkara lain.

"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama.

Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Kelmarin, Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar siasatan terhadap kes NFC diselesaikan segera bagi berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal itu.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan itu perlu diselesaikan segera untuk mengelak pelbagai spekulasi berhubung kes itu.

"SPRM telah melengkapkan kertas siasatan itu tetapi ia telah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara kerana ada beberapa perkara yang perlu disiasat lagi," katanya.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga baru-baru ini dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM di Putrajaya. Keterangan diambil setelah beliau pulang bercuti daripada tugas sebagai anggota Kabinet.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp.

Katanya, NFCorp melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan.

'MB Azizan seperti bapa'

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR - Desas-desus dua anggota Exco Kerajaan Negeri dikatakan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di luar pengetahun barisan Exco sedia ada.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu.

“Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang,” katanya kepada Sinar Harian.

Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco.

“Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit.

“Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana.

Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya de­ngan lancar.

“Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku,” katanya.

Hamdan nafi boikot angkat sumpah

 Datuk Dr Hamdan Mohamed

SUNGAI PETANI - Seorang daripada anggota Exco Kerajaan Kedah yang disebut-akan memboikot majlis angkat sumpah Exco pada 28 Februari ini, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib menafikan beliau terbabit dengan konspirasi menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sebaliknya kata Hamdan, beliau masih bersama dengan kepimpinan negeri (Azizan) dan sanggup berada dalam barisan Exco jika mendapat tawaran menyambung tugas.

“Saya setuju terima jika ada tawaran untuk jadi Exco lagi. Saya sedia sambung tugas untuk terus memberi khidmat kepada rakyat dan juga meneruskan perjuangan jemaah (parti) yang penuh dengan cabaran ini.

“Kita tunggu 28 Februari ini, pada hari angkat sumpah Exco untuk sambung tugasan yang belum selesai untuk rak­yat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kenyataan Hamdan itu sekali gus menafikan laporan muka depan sebuah akhbar semalam, menyebut beliau antara empat anggota Exco Kerajaan Kedah yang akan memboikot majlis angkat sumpan anggota Exco Kerajaan Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Selain Hamdan, turut disebut ialah Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dr Ismail Salleh.

Kedua-duanya juga masing-masing adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.

Sinar Harian semalam menyiarkan kenyataan Menteri Besar yang mengaku akan membuat kejutan pada hari pelantikan Exco sebagai susulan kontroversi itu.

Azizan berkata, tidak timbul ada Exco sedia ada yang menolak tawaran menyambung jawatan kerana surat tawaran belum dihantar.

Phahrolrazi ketika dihubungi berkata, beliau akan memberi kenyataan apabila tiba masanya.

Phahrolrazi nafi 'dalangi' guling MB Kedah

Phahrolrazi Mohd Zawawi.

ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau ada menubuhkan gerakan untuk menentang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Gerakan saya, gerakan Pas sahaja. Spekulasi tersebut tak benar dan dakwaan komplot menjatuhkan MB juga tidak benar," katanya ketika ditemui hari ini.

Phahrolrazi merupakan antara Exco Kedah yang disebut-sebut telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu,
yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Ketika ini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian.

Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini, dan beberapa Exco lain juga dijangka berbuat demikian.

Sementara itu, Phahrolrazi yang bercuti sehingga 1 Mac berkata, beliau belum menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri untuk menghadiri majlis pelantikan anggota Exco bagi 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini.

Katanya, beliau tidak kecewa atau kecil hati jika tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri bagi 2012.

Phahrolrazi berkata, sebagai ahli Pas, perjuangan beliau bukan dengan niat menjadi Exco, sebaliknya jawatan itu dicadangkan ahli parti tersebut yang mahu beliau bertanding sebagai Exco.

"Mereka suruh saya bertanding, saya bertandinglah. Kalau tidak, saya boleh jadi pekerja biasa dalam parti, dan tak ada niat (untuk pegang jawatan Exco), itu bukan cara perjuangan kita," katanya.

Mengulas spekulasi yang mendakwa namanya tidak disenaraikan dalam pelantikan semula Exco, beliau berkata, tidak mengetahui hal itu dan mahu membiarkan Menteri
Besar sahaja yang membuat kenyataan.

Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut berkata ini bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan. - Bernama

Pemimpin Pas Mulai Bincang Kemelut Di Kedah


Nampak cadangan saya agar Pas Pusat memberi perhatian serius dan memikirkan jalan terbaik untuk meredakan kemelut Pas Kedah sudah menjadi kenyataan. Malam ini beberapa pemimpin tertinggi Ps sudah bertemu dan membincang bagaimana untuk mengatasi kegawatan yang berlaku di Kedah waktu ini.

Pertemuan itu cuba merangka formula terbaik untuk membendung apa yang berlaku agar tidak memborak menjadi lebih parah lagi yang kemudiannya boleh mengugat Pas seluruhnya.

Antara pemimpin yang hadir dalam pertemuan malam ini ialah Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub, Husam Musa. Seorang lagi Naib Presiden, Mahfuz Omar tidak hadir. Pertemuan malam ini juga turut dihadiri sama oleh Ketua Pemuda, Nasarudin Hassan, Penolong Setiausa Agung, Takiyuddin Hassan dan ahli jawatankluasa Pas Abu Bakar Chik serta beberapa yang lain.

Pertemuan untuk mencari formula menyelesaikan kemelut di Kedah itu dalam pengetahuan Presiden Abdul Hadi Awang dan juga timbalan Muhammad Sabu yang waktu ini berada di luar negeri. Muhammad Sabu sedang mengerjakan umrah.

Difahamkan hasil perbincangan malam ini akan diperincikan dalam mesyuarat jawatankuasa rasmi yang akan diadakan sebaik presiden berada di tanah air. Langkah segera diambul itu adalah satu tindakan baik bagi mengatasi kemelut di Kedah agar tidak mendalam.

Seorang pemimpin Pas memberi tahu beliau yakin kemelut yang berlaku di Kedah itu dapat diatasi berdasarkan kepada sikap ahli Pas yang terbuka dan mudah serta bersedia untuk bertolak ansur demi kebaikan parti.

"Saya yakin kemelut di Kedah itu akan selesai dengan baik kerana ahli Pas kental dengan ukhwah Islamyiah dan setiap pergeseran yang wujud adalah bukan atas dasar emosi tetapi semua dibuat untuk kebaikan parti," ujar pemimpin itu yang tidak mahu namanya disebut.

Katanya keyakinan itu berdasarkan Pas dibina dengan kekutaan dalaman iman dan takqa yang tinggi di kalangan pemimpin dan ahlinya, kerana itu ia tidak mudah untuk digugat sebarang ansir luar. [wm.kl. 2:18 t/malam 26/02/12]

Mohd Sayuti Omar,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...