TERKINI :

Saturday, February 25, 2012

MB: Saya ada hak lantik exco tanpa rujuk presiden PAS

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02Azizan (kanan) berkata beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidangkuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.

"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.

"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana. Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Phahrolrazi Mohd ZawawiDua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi (kiri) dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu kebelakangan ini.

Kedua-dua exco itu tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.

Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

- Bernama

Kertas siasatan isu rebat 30% hampir siap

oleh SINAR HARIAN

ALOR SETAR - Kertas siasatan kes pemulangan balik peruntukan kepada Kerajaan Negeri atau rebat antara 25 dan 30 peratus daripada jumlah bantuan dijanjikan kepada lapan badan bukan kerajaan (NGO) hampir selesai.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohamad Yusoff Akope berkata, mereka akan menghantar kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan.

“Sehingga kini, kita masih memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan dan proses berkenaan lebih berbentuk formal.

“Sekiranya ada sebarang perkembangan dan pertuduhan dibuat, kita akan memaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Gerak Mesra SPRM bersama masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Tanjung Bendahara, di sini, semalam.

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew sebelum ini mendakwa lapan NGO memaklumkan kepadanya mengenai pemulangan balik peruntukan atau rebat antara 25 dan 30 peratus daripada jumlah bantuan dijanjikan yang disalurkan Kerajaan Negeri.

Akhbar berbahasa Cina pula melaporkan Exco Tan Chow Kang mengakui perbuatan berkenaan berlaku dan susulan pendedahan itu juga difahamkan pembantu peribadinya digantung tugas atas arahan Jawatankuasa Pusat PKR sehingga siasatan mengenainya selesai.

Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan itu juga menegaskan tidak perlu untuknya bercuti di sebalik isu berkenaan walaupun sedang disiasat SPRM sungguhpun meminta pembantu peribadinya bercuti sehingga siasatan selesai selepas menerima arahan pusat.

Bai'ah : Standart Kepala Otak UMNO.. Orang buat semua tak kena mai tang depa semua kena..!!

Jamil Khir: Bai'ah memang ada dalam Islam, tapi...

Jamil Khir Baharom

YAN - Sumpah bai'ah di kalangan calon-calon Pas adalah menjurus kepada kepentingan politik parti itu semata-mata sedangkan dalam Islam bai'ah adalah janji untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, bai'ah memang ada dalam Islam, yang merupakan pertautan janji daripada kepimpinan untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan.

"Saya rasa bai'ah (ini atas dasar) nak jadi calon, atas rasa kebimbangan lompat parti dan sebagainya. Adakah kita mempunyai barisan Yang Berhormat yang tidak kita yakini dia punya perjuangan dan sebagainya.

"Kenapa bai'ah ini skop nak jadi calon sahaja kerana pada zaman Rasullah dan para sahabat kita lihat bai'ah diberi kepada kepimpinan tapi hari ini bai'ah kepada bakal-bakal calon. Ini satu tanda tanya kepada masyarakat umum dan masyarakat ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Dulang Kecil di sini, hari ini.

Selasa lepas, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor berkata setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah.

Abdul Hadi berkata ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng daripada dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tujuan sebenar Pas mengenakan sumpah bai'ah kepada anggota parti itu kerana
bimbang ada antara mereka yang akan meninggalkan parti atas sebab-sebab tertentu.

Beliau berkata, Pas sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri kerana khuatir wakil rakyatnya akan lompat parti yang mana boleh menghakis kuasa politik mereka.

"Jika benar Pas merupakan parti yang kuat, mengapa paksa calon wakil rakyatnya supaya bersumpah," katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com, hari ini.

Syed Ali, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata amalan berbai'ah yang dilakukan PAS akan menjadikan anggota parti itu
sebagai 'pak turut' dan ia bertentangan dengan semangat demokrasi.

"Sumpah ikrar taat kepada pemimpin secara membabi buta yang dilaksanakan parti itu bakal menjerut ahlinya sehingga mereka tidak boleh bersuara," katanya. - Bernama

SOALAN SOALAN : Nie Haji Najib dok sembang bab apa tak tau jawab mai sat..???

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/402467_10150572247517157_319981142156_9079704_1316699167_n.jpg

Nik Aziz Ke Utara Tinjau Pergolakan Pas Kedah?


Pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri diambang pilihan raya umum hendak diadakan sesuatu yang tidak elok. Sudah tentu pertelingkahan itu akan memberi kesan kepada kestabilan parti, dan pergeseran itu akan dijadikan isu oleh pihak parti lawan.

Perkembangan politik Pas Kedah seperti mana diperkatakan hari ini sesungguhnya menyedihkan. Kalau ia benar berlaku pertelingkahan itu membahayakan Pas. Mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu atau mencetuskan masalah bolehlah dianggap mereka yang tidak peka dan lebih mementingkan kepada diri sendiri. Wajarlah mereka sejukkan kepala.

Sejauh mana apa yang dikatakan itu - Pas Kedah bergolak, tidak dapat dipastikan secara cerat. Tetapi jika dilihat kepada bantuan yang digunakan pakai oleh orang-orang di Kedah sehingga terpaksa memanggil Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan suasanya menggawat. Ia tidak cukup untuk ditangani oleh Kedah saja lagi.

Hari ini Nik Aziz dikatakan terbang ke uatara untuk meninjau pergolakan Pas Kedah. Mungkin pemergian itu bukan semata-mata untuk menyelesaikan apa yang dikatakan bergolak itu, tetapi sudah tentu di samping ada tujuan lain ia akan melihat atau pun diberi tahu mengenai apa yang berlaku.

Katanya lewat petang ini Nik Aziz berjumpa dengan Dewan Ulama Pas Kedah untuk mendapat gambaran apa yang berlaku. Pertemuan diadakan di Mantalon. Mungkin Nik Aziz mendapat gambaran dan latar belakangnya. Selepas itu katanya, Nik Aziz diminta pula berjumpa dengan beberapa Exco Kedah yang dilaporkan bermasalah dengan Azizan Razak.

Hendaknya kedatangan Nik Aziz dan berlangsungnya perjumpaan itu akan dapat memberi ilham untuk menyelesaikan masalah di Kedah. Mungkin bantuan Nik Aziz itu diperlukan bukan saja atas kapasitinya sebagai Mursyidul Am Pas tetapi sebagai tokoh spritual yang dimalui dan dihormati oleh parti.

Tidak dapat dipastikan apa selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Ulama dan beberapa Exco itu, MB Kelantan itu berjumpa pula dengan Azizan Razak? Tetapi kalau mengikut prosudernya begitulah. Nik Aziz juga memerlukan gambaran jelas dari Azizan Razak kenapa sampai desas desus ada Exco tidak mahu disambung kontraknya pada 28 Februari ini.

Berita yang tersebar sebelum ini kononnya empat orang Exco tidak akan menyambung perlantikan semula mereka yang tamat pada 28 Februari ini. Exco itu ialah Fakhrurazi Ghazali, Dr Ismail Salleh, Mohamad Taulan Mat Rasul. Sekiranya benar desas desus ini ia memberi pukulan hebat kepada Azizan Razak.

Kenapa mereka dikatakan tidak bersedia untuk 'bersama' kabient Aizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain. Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca. Manakala kemuncak kepada kemarahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion.

Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian. Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.

Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan.

Bagaimana pun dalam melihat pergolakan di Kedah ini, semua pihak harus bertindak dengan penuh hati-hati. Jangan terlampau mengikut nafsu apa lagi 'gumbaan' media musuh Pas. Apa dibimbangkan bukan saja setakat Azizan Razak terlepas jawatan tetapi Pas juga akan kehilangan kerajaan.

Mereka yang beriya ingin menendang Azizan hendaklah bersabar dan carilah ketika dan cerlak yang baik dan bertindaklah dengan mengambil kita keperluan lain. Bukan ketika ini kalau Azizan hendak dibuang. Yang penting semua pihak kena tumpu kepada menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selepas Pas menang dan tubuh kerajaan, nah ketika itu nanti kalau hendak bergomol atau memulau Aizan. Lakulah kalau sudah tidak serasi yang perlu dipastikan Pas menang pilihan raya.

Paling tidak diingini sekali ialah gara-gara tindakan tidak fatanah itu menyebabkan Pas akan kalah dalam pilihan raya. Ingatlah media penjilat buntut UBN akan terus mencari lubang dan celah untuk memburuk dan menjatuhkan Pas. Jangan sesekali pecah lubang kepada mereka. Percayalah mereka tidak akan support mana-mana dalam hal ini, mereka boleh bersikap baik tetapi jauh dilubuk hati dendam membara untuk menumbangkan Azizan dan bersama Exconya sekali.

Mudah-mudahan dengan pemergian Nik Aziz siang tadi, ombak yang membawa pergolakan di Kedah berhenti dengan segera. [wm.kl.11:23 pm 24/02/12]

Mohd Sayuti Omar,

Rakaman Forom Perdana Sinar Sejahtera.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...