TERKINI :

Wednesday, February 22, 2012

Teks Debat Antara Guan Eng dan Soi Lek di dedahkan...!!!

Guan Eng dedah teks debat, cabar Soi Lek berbuat demikian juga

Adakah Presiden MCA Chua Soi Lek berani mendedahkan sepenuhnya teks ucapan perbahasannya dengan saya pada 18 Februari 2012 dalam Bahasa Malaysia agar rakyat Malaysia dapat baca samada MCA bersikap perkauman serta melancarkan serangan peribadi bukan sahaja terhadap saya dan mantan Presiden MCA Ong Tee Keat?

Hari ini, saya telah mengumumkan teks ucapan dan transkrip perbahasan saya dengan Chua yang bertajuk, "Adakah Sistem Dua Parti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?". Ini adalah untuk menjawab usaha media massa yang dikuasai BN, yang putar belit ucapan saya dengan fitnah. Pada 21 Februari 2012 suratkhabar milikan MCA, The Star telah meminta maaf kerana fitnah dalam artikel Baradan Kuppusamy di bawah tajuk "All hype but no climax?" yang cuba mengindahkan Chua.

Teks ucapan ini adalah penting untuk menangkis tuduhan puak rasis dan ekstremis yang cuba menggambarkan parti berbilang kaum seperti DAP sebagai parti perkauman sedangkan sebenarnya parti MCA adalah parti perkauman sama seperti UMNO dan MIC. Teks ucapan penuh adalah seperti berikut:-

Pendahuluan, Lim Guan Eng:

Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana menyiarkan secara langsung debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Oleh itu saya berpendapat bahawa, apa yang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri!

Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk "diperalatkan" oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah!

Tema hari ini "Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum", sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang "kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya", ini adalah sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga!

UMNO selalu melaung-laungkan "Ketuanan Melayu". Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia.

PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan "Ketuanan Melayu", apa yang kita mahu ialah "Ketuanan Rakyat"! Anwar bukan sahaja bercakap tentang "Ketuanan Rakyat" di depan orang bukan Melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan "Ketuanan Melayu" tetapi menyokong "Ketuanan Rakyat".

Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu - ini adalah sistem Dua Kaum! Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allahyarham Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia?

Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah.

Pihak lawan saya selalu berkata, "Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang". Ini salah sama sekali. Sebenarnya, "BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan" barulah yang resahkan MCA. Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA.

Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik.

Soalan daripada moderator:

Moderator (Tang Ah Chai gambar kanan): Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak tahun 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?

Jawapan daripada LGE:

Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi "negeri polisi" dan bukan negeri polis. Sekian.
Jawapan bagi Sesi Soaljawab:

LGE: Tadi itu EXCO Perak Mah Hang Soon, kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.

Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.

Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih.

Soaljawab sesama lain:

CSL (gambar kiri): Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?

LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem "wang gandakan wang". Sistem ini menekankan empat aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. Kedua ialah wang untungkan wang. Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada.

Oleh itu, dalam empat tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip "wang gandakan wang" ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah!

Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih.

Jawapan bagi Sesi Soaljawab & Penutup, LGE:

Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain. Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta Cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan.

Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, beranilah untuk berubah, kita tidak harus serah diri kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang saksama. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket. Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, beranikah MCA cakap "Tak Nak" kepada UMNO?

Kenapa harus cakap "Tak Nak" kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA untuk menghasut dan memecah-belahkan rakyat! Kedua, UMNO menyalahgunakan undang-undang yang menyalahi hak asasi manusia. UMNO rasuah, isu Kak Shahrizat dengan Lembu itu hanya "tip of the iceberg". Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, sejumlah RM1 trillion wang haram (rasuah) telah dibawa keluar dari negara ini secara curi-curi. Yang ini (RM1 trillion) macam mana kira?

Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja saki baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja.

Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak "buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN", rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah!

Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.

Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah.

Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur.

Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000!

Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti. Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian.

*Teks ini disediakan dari pejabat Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketakutan Malaysia

Baru-baru ini saya post pendapat saya tentang politik di Malaysia di status facebook saya. Salah satu berbunyi; “Kebanyakkan rakyat takut untuk berubah kerana TAKUT hilangnya Melayu.” Saya petik sebuah syair Arab menyatakan, “sesebuah bangsa itu tidak akan hilang melainkan runtuhnya akhlak bangsa tersebut”.

Kemudian saya dapat satu private message di inbox Facebook saya menyatakan ketidakbersetujuan beliau dengan pendapat saya.

Pertama kali saya dapat komen private sebegini mungkin juga kerana ini pertama kali saya dengan terang-terangan menyatakan pendapat politik saya yang mentah ini. Saya menulis di sini kerana saya kira ianya tanggungjawab saya sebagai gadis berusia 24 tahun, mengambil jurusan undang-undang yang suka ambil tahu dan mencari maklumat untuk mengetahui kebenaran kerana saya tidak suka menerima apa yang disuap sahaja.

Dan semoga, jika Allah menyoal saya di akhirat kelak apa yang kamu lakukan untuk kebaikan Islam? Saya akan menjawab usaha saya yang satu ini untuk menyampaikan apa yang saya tahu supaya yang tidak tahu akan mengetahui dan pengetahuan saya tidak sia-sia. Sekurangnya saya berusaha.

Private message tersebut berbunyi berikut:

My opinion

Salam “gadis”, Melayu memerintah Kelantan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan tapi yg menjadi kekhuatiran ialah orang Bukan Melayu (DAP atau parti yang mengikut telunjuk DAP) memerintah Persekutuan...Uncle tak khuatir kalau Melayu memerintah Persekutuan tak kira parti apa asalkan Melayu.

DAP akan mengujudkan Malaysian Malaysia jika mereka memrintah, semua sama rata, tidak ada siapa yang mendapat keistimewaan. Orang Melayu lebih-lebih lagi di luar bandar masih belum boleh bersaing dengan bangsa asing seperti orang Cina terutama dalam bidang pendidikan & ekonomi. Uncle tak risau langsung kalau PAS betul-betul kuat, memerintah tanpa perlu kerjasama dengan DAP. Uncle menyokong Hudud... Sebagai orang Islam kita perlu sokong hukum Allah.

Keadaan dalam negara kita membimbangkan, orang Cina dah naik kepala, tanpa segan silu mempertikaikan keistimewaan orang Melayu, mengejek-ejek orang Melayu, secara terbuka di fb mengkritik orang Melayu. Uncle takut kita jadi seperti Singapura... Itu pandangan Uncle sebagai orang tua yang makan lebih sikit garam daripada orang muda seperti ”gadis”.... Uncle memikirkan nasib anak cucu uncle ... Nauzubillah orang Cina memerintah kita ...


Jawapan saya:

Ya, saya sangat bersetuju dengan pendapat uncle tersebut. Saya juga mempunyai kerisauan yang sama sebelum ini. Tetapi selepas saya lihat semua keadaan, meneliti semua maklumat, kenaikan suara orang Cina memang tidak dapat dibendung lagi.

Persoalan utama adalah tentang kebangkitan orang Cina yang akan menganggu gugat kedudukan orang Islam dan Melayu terutamanya. Seperti yang saya katakan tadi kebangkitan orang Cina tak dapat dibendung lagi terutama sokongan kepada DAP. Boleh dikatakan hampir 90 % daripada mereka menentang kerajaan. Oleh itu walau apa cara sekali pun, parlimen akan datang akan dipenuhi dengan orang Cina iaitu melalui kerusi-kerusi DAP dan mereka pasti akan memenangi kerusi tersebut dengan sokongan penuh orang Cina sekarang ini.

SATU sahaja cara untuk membendung keberkuasaan orang Cina terhadap orang Melayu, iaitu orang-orang Melayu yang menyokong Umno sebelum ini menyokong PAS. Jika kita menyokong PAS bermakna PAS akan majoriti dalam Pakatan Rakyat.

Mengapa saya menyatakan begini? Di dalam Pakatan Rakyat, mereka telah membahagi-bahagikan kerusi antara PAS, PKR dan DAP. Seperti kita tahu kerusi PAS adalah sekitar 80 kerusi PKR sekitar 90 dan dan DAP cuma 42. Mengapa kerusi PAS dan PKR lebih banyak? Kerana penentuan kerusi ini adalah berdasarkan populasi penduduk. Untuk kawasan Melayu, diletakkan calon PAS dan untuk kawasan Cina diletakkan calon DAP manakala pengundi campuran adalah PKR. Kita juga tahu Melayu adalah majoriti di negara ini.

Sebab itu saya katakan, dengan satu cara sahaja untuk selamatkan keberkuasaan Melayu iaitu dengan cara semua orang Melayu mengundi PAS. Ini akan menyebabkan secara automatik majoriti kerusi parlimen akan dimenangi oleh orang Melayu melalui PAS. Dengan cara ini, Islam akan mampu mengubah keadaan parah Malaysia, bukanlah semata-mata untuk mencari kekayaan untuk keluarga sendiri seperti berlaku sekarang ini.

Bayangkan apa yang akan berlaku apabila orang Melayu terus mengundi Umno (kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu) dalam pilihan raya umum nanti ketika orang Cina sudah mengundi Pakatan atau jelas DAP dan PKR.

Ketika itu, Umno akan menang sekitar 70 kerusi Melayu yang ditandinginya. PAS pula akan tinggal bawah 10 kerusi. DAP akan menang 40 kerusi yang ditandinginya manakala PKR akan menang 50 kerusi. Selebihnya dimenangi oleh parti-parti di Sabah dan Sarawak.

Bayangkan scenario yang berlaku ketika itu. Negara tidak stabil. Kalau BN menangpun dengan kerusi yang majoriti kecil, dan Pakatan pula menjadi pembangkang dengan kekalahan yang kecil. Negara seolah-olah dikuasai oleh Melayu sedangkan pembangkang adalah Cina sepenuhnya.

Negara tidak akan stabil. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang politiknya bercorak dikotomi di mana kerajaan adalah Melayu manakala pembangkang pula Cina. Perkara ini adalah sangat tidak sihat kerana pentadbiran negara tidak akan fokus kepada mambawa kebaikan kepada semua pihak tetapi sesetengah pihak sahaja.

Namun perkara ini boleh diimbangi dengan mengundi PAS yang sudah tentu orang Melayu dan Islam yang betul-betul mahu membela Islam dan juga Melayu. Ketika itu, Cina yang menyokong DAP akan bergabung bersama dengan Melayu yang menyokong PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Inilah formula kestabilan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Suasana kestabilan di bawah BN tidak boleh berlaku lagi kerana Cina sudah tidak bersama dengan BN kerana mereka menolak politik Umno.

Tidak terfikirkah betapa orang PAS dan saya sendiri sayangkan bangsa saya, Melayu. Semua orang sayang akan bangsa mereka sendiri termasuk Cina, India dan lain-lain. Tetapi saya musykil betul kah Umno sayangkan Melayu itu sendiri atau sekadar gah dengan PERKASA

Terlalu banyak pembelotan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia sehingga kini. Tidak terfikirkah mengapa Cina begitu tegar menentang kerajaan BN sekarang? Tidak sedarkah kenapa mereka menuntut hak itu?

Tidak sedarkah bahawa mereka menuntut hak tersebut KETIKA pemerintahan sekarang yang mengamalkan ketidakadilan, kronisme, penipuan dan rasuah. Sebab mereka sudah muak dengan sikap pemerintahan BN di mana bagi saya sangat melampau cara mereka menggunakan wang negara (sila rujuk laporan audit negara).

Malaysia sangat kaya dengan gas, sawit, emas, getah, timah, dan banyak lagi, tetapi masih ramai lagi rakyat yang sangat miskin. Sedangkan negara kita kaya tetapi di sebabkan pemerintah yang tidak menguruskan negara dengan betul, Malaysia menjadi sekadar sebuah negara kroni sahaja.

Jika dibandingkan dengan negara Arab Saudi yang jauh lebih berkebajikan walhal sumber hasil mereka cuma petrol dan gas tetapi mereka berjaya memberi pendidikan percuma, air percuma, harga minyak yang murah dan lain-lain keperluan asas rakyat yang wajib di penuhi pemerintah. KENAPA BUKAN MALAYSIA?

Tentu Uncle fikir, kenapalah saya beriya sangat dengan politik ini sedangkan saya masih mentah? Sebelum ni saya tidak berapa kisah tentang politik. Bagi saya semua politik sama, ada kepentingan dan kotor. Tetapi tidak perasankah kita betapa teruknya gejala sosial sekarang dan Malaysia kita seperti tiada Islam lagi.

Masyarakat sekarang dibentuk dengan hiburan yang berlebihan, sukakan hiburan, sistem pemerintahan yang tiada tarbiyah langsung terhadap masyarakat menyebabkan anak luar nikah dan zina tidak terbendung, terasa tidak selamat di negara sendiri dengan kadar jenayah yang meningkat, dan paling menyedihkan tiada lagi akhlak di kalangan kebanyakan anak muda yang bakal memimpin negara.

Saya berfikir, dengan apakah supaya negara ini berubah? Saya mencari punca kenapakah negara ini menjadi sebegini rupa? Cuma satu penyelesaian saya jumpa iaitu dengan BERUBAH. Berubahnya cara pemerintahan negara dengan mengubah pemerintah tersebut. Untuk berubah, hanya dengan mekanisme politik dapat mengubah tampuk pemerintahan tersebut.

Tahukah bahawa semua kerusi ibu negeri di setiap negeri sekarang seperti Kuantan, Shah Alam, Alor Star, Ipoh, Seremban, Melaka dan lain-lain ibu sudah dimenangi Pakatan Rakyat kecuali Arau sahaja yang tidak dimenangi? Mengapa mereka yang berada di kawasan membangun ini memilih untuk berubah dan tidak di lain kawasan?

Kerana mereka cakna dengan maklumat dan boleh mengakses maklumat dengan menggunakan teknologi yang ada dan tidak menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media utama seperti mana yang dimahukan kerajaan.

Ketahuilah, kebanyakan masyarakat sekarang mengalami KETAKUTAN disebabkan media. Saya gelar itu sebagai ‘media freak’ kerana media sering memomokkan betapa Melayu akan hilang dengan berubahnya tampuk pemerintah. Tidakkah anda sedar bahawa sistemnya masih sama di mana di dalam BN, terdapat MCA dan MIC manakala di dalam PR terdapat PAS, PKR dan DAP. Namun keduanya amat berbeza dari segi perjuangan iaitu BN memperjuangkan kronisme manakala PR memperjuangkan kebajikan dan keadilan untuk rakyat. Merujuk kepada buku Jingga iaitu tawaran daripada PR, tiada apa yang berbeza dengan keistimewaan hak orang Melayu di mana mereka masih mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu dan Islam sebagai sebagai agama rasmi, kedudukan raja-raja Melayu dan juga bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi.

Kenapa masih takut? Takut bahawa PAS akan ikut telunjuk DAP? Ia akan berlaku kalau PAS minority tetapi jika PAS majority dalam kerajaan berkenaan, DAP akan mengikut telunjuk PAS.

Jika anda lihat debat antara DAP dan MCA, anda akan lihat siapa yang mengikut telunjuk siapa selama ini. Kata Chua Soi Lek presiden MCA; “Kita orang Cina berani menentang Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?” kemudian Lim Guan Eng, Setiausaha DAP menjawab; “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”. Anda bijak, anda yang menilainya.

Bukankah Allah sudah berjanji Islam itu rahmatan lil a’lamin (rahmat untuk seluruh alam) tidak kira bangsa dan agama. Kenapa perlu terlalu takut? Takut dikatakan tidak mengenang jasa? Bukankah sememangnya tanggungjawab kerajaan untuk membina negara? Tapi negara seperti apakah yang sedang di bina sekarang? Negara korupsi dan kronisme?

Kata akhir saya, jadilah warga yang CAKNA. Jangan sekadar menerima apa yang disuap, dapatkan juga maklumat lain supaya kita dapat membuat perbandingan dan menilai dengan bijak. Selainnya, terserah pada semua untuk membuat pilihan.

Sekian, maaf jika saya yang sekadar memerhati dan masih mentah ini menyinggung mana-mana pihak.
--------------------------------------------------------
Girl in The Green Scarf adalah seorang pelajar sebuah universiti tempatan. Tulisan ini adalah adaptasi dari perdebatan beliau dalam facebooknya ekoran penyataan pada dinding facebooknya tentang isu politik.

Ku Li tegur Najib aibkan Kelantan miskin....

'Buat malu sahaja kata Kelantan termiskin'

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.

Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Kita tak boleh lah berbangga ini negeri sudah tidak miskin lagi, negeri Kelantan sudah jadi termiskin.

"Saya tak nak dengar percakapan macam itu, buat malu sahaja," katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib di satu majlis Lahad Datu, baru-baru ini kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah, negeri dibawah bayu itu.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

"Kita boleh rasa seronok lah dengar berita ini, tapi takkan lah kita nak biar Kelantan menjadi negeri termiskin pulak.

"Apakah kita ini nak terus membanding satu negeri yang miskin dengan satu negeri yang lain. Sampai bila kita nak tengok negeri ini miskin," soal Ku Li lagi yang juga anak kelahiran Kelantan dan kini ahli parlimen Gua Musang.

Mengulas lanjut perkara itu Ku Li berkata, jika benar sekalipun Sabah sudah mengatasi Kelantan, seorang pemimpin negara sewajarnya memikirkan langkah penyelesaian untuk memajukan negeri yang didakwa tercorot itu, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan seolah-olah berbangga dengan perbezaan kedua-dua negeri tersebut.

Apatah lagi katanya majoriti masyarakat di Kelantan adalah Melayu dan sewajarnya dibantu.

"Macam Kelantan pulak, yang tinggal di sana anak Melayu. Takkan kita tak nak cari jalan nak perbaiki kehidupan orang Melayu di Kelantan berbanding dengan orang-orang lain.

"Kita juga nak pejuangkan anak-anak Melayu dapat nikmat daripada minyak (royalti) dan sebagainya supaya kehidupan mereka berubah dan taraf hidup mereka meningkat naik berbanding orang lain," tegasnya yang juga kini sebagai Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Sebelum ini, beberapa pihak turut menyelar kenyataan perdana menteri itu.

Ianya termasuk Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang mendakwa kenyataan Najib itu hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Abu Hassan berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani.

Ada juga Ahli Parlimen yang Bodoh macam nie..

Tindakan Bodoh Seorang Ahli Parlimen Umno..

MP Pasir Salak Guna 'Billboard' Serang Anwar

PETALING JAYA - PKR kesal dengan tindakan Pengerusi Felcra dan juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasang papan tanda (billboard) mengaibkan Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penyelaras Parlimen PKR Pasir Salak, Abdul Razak Ismail, papan tanda itu dipasang di tapak perumahan Generasi Kedua (Gen 2).



Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, sempena Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Katanya, Tajuddin sepatutnya fokus bagaimana untuk menaikkan taraf hidup warga Felcra yang masih di takuk lama walaupun Felcra telah wujud sekian lama.

“PKR menggesa Tajuddin mengkaji tahap kehidupan peserta-pesertanya yang terlibat dengan tanaman padi di Seberang Perak di mana rata-rata mereka berada di bawah paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan kurang dari RM700 sebulan.

Beliau menegaskan “ini diburukkan lagi apabila pihak Felcra membeli hasil padi mereka dengan harga RM1,050 satu tan sedangkan harga pasaran sekitar RM1,300 satu tan.

Rugi RM250 satu tan

“Ini bermakna penanam padi di Felcra Seberang Perak mengalami kerugian sebanyak RM250 satu tan setiap kali musim menuai,” kata Razak kepada FMT.

Ujar beliau, “Tajuddin juga harus menjelaskan isu kenaikan harga rumah Generai Kedua (Gen 2) di Changkat Lada Seberang Perak yang ditawarkan kepada anak-anak peserta tanpa rundingan terlebih dahulu.”

Menurutnya, rumah model A yang berharga RM100,000 sebuah telah dinaikkan kepada RM118,000, model B di naikkan dari RM70,000 kepada RM86,000, model C dinaikkan dari RM50,000 kepada RM64,000 dan model D dinaikkan dari RM40,000 kepada RM52,000.

Razak berkata, Tajuddin juga digesa melaksanakan pemberian hak milik tanah kepada lebih 1,500 pesertanya di Rancangan

Perkampungan Tersusun (RPT) Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada yang telah sekian lama tertangguh.

“Jabatan Audit Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) digesa menjalankan siasatan terhadap penyalahgunaan dana Felcra dalam penganjuran program Perhimpunan Warga Felcra tersebut yang dipercayai menelan belanja sebanyak RM17 juta,” katanya. ~fmt

Kutipan derma kilat untuk sampaikan mesej: Mereka tidak keseorangan!

Sebaik sahaja keputusan mahkamah sesyen diumumkan, sekumpulan warga internet melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu mereka yang disabit kesalahan kerana terlibat dalam perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009. Antara yang melancarkan kutipan derma ini, Koh Wee Sun berkata, usaha ini sekadar untuk menyampaikan satu mesej, "Mereka tidak keseorangan!"

Secara terus terang, Koh Wee Sun mengakui bahawa dirinya tidak pasti sama ada mereka mampu untuk mencapai angka yang diperlukan. Bagaimanapun, usaha ini bukan sekadar kutipan wang semata-mata, tetapi untuk menunjukkan kepada mereka yang didenda, bahawa ramai lagi yang nampak dan menghargai perjuangan mereka.

Koh Wee Sun ialah seorang suri rumah tangga. Beliau pernah memberikan sejambak bunga kepada Muhammad Safwan Anang melalui Chua Yee Ling (gambar kiri, ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, berbaju hijau) ketika aktivis siswa itu dimasukkan ke dalam wad kecemasan, lantaran kejadian pertembungan fizikal dalam satu perhimpunan pada awal pagi 1 Januari 2012, di luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 【Mengapa saya terfikir untuk beri bunga kepada Safwan?

Koh Wee Sun terharu apabila membaca tulisan salah seorang tertuduh, Nashita Md Noor di MerdekaReview, semalam. Koh menganggap Nashita yang juga seorang ibu, telah ke depan untuk memperjuangkan isu-isu keadilan sosial, sedangkan dirinya masih selesa dalam zon yang selamat. Semalam, Koh yang berada di Johor Bahru, menyeru dalam laman sosial Facebooknya, agar rakannya hadir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Nashita, pada hari ini.

Sehingga jam 4 petang, Koh memaklumkan kepada MerdekaReview bahawa beliau telah berjaya mengutip lebih RM12,000, dan angka ini masih bertambah. 11 orang tertuduh dijatuhkan hukuman denda RM2000, dan penjara sehari. Mereka wajib menjelaskan denda RM2000 pada hari ini, atau akan dipenjarakan 7 hari. Untuk menangguhkan hukuman penjara, mereka perlu membayar wang jaminan RM500.

Baca: Penjara 1 hari, denda RM 2000 untuk 11 yang perjuangkan pemansuhan ISA

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

Sejarah Hakim di Malaysia kena baling kasut oleh 'Tok Imam'

Imam baling kasut ke arah hakim

Seorang imam yang diusir dari tempat penginapannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.


Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Hoslan Hussain, yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Perbetulkan Al Fatihah Anda


DEPAN RAKYAT MAKI ISRAEL, BELAKANG RAKYAT ADA PERJANJIAN SYAITAN

DEPAN RAKYAT MAKI ISRAEL:

NAJIB "Malam tadi, saya menghantar satu mesej yang jelas kemarahan dan kutukan terhadap serangan oleh tentera Israel terhadap konvoi Gaza terikat bantuan yang membunuh orang awam beberapa. Akta ini baru-baru ini adalah dengan sendirinya kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi ia berlaku di perairan antarabangsa menunjukkan sikap tidak peduli yang terang-terangan oleh kerajaan Israel untuk undang-undang antarabangsa."



Menjawab blogger Umno, siapa ZIM Integrated Shipping?

LUCU melihatkan gelagat blogger United Malays No Otak, Umno berhubung pendedahan dua buah kapal Israel yang berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang 16 Feb 2012 tempoh hari rujuk [video kapal Israel].

Masing-masing cuba menafikan bahawa memang ada kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang. Tambah menarik, mereka siap memuji Israel cerdik menggunakan proksi untuk berdagang di negara ini.

Kata mereka ZIM integrated shipping services, bukan syarikat Israel, tetapi hanyalah syarikat proksi Israel. Jadi Malaysia membenarkan syarikat proksi Israel berdagang di sini. Siap kata Jingga 13 tak buat homework sebelum bongkarkan perkara ini.

Sudah terang lagikan bersuluh, sudah jelas dan nyata ZIM integrated shipping memang syarikat Israel, malah mengumumkan dengan jelas dalam web rasmi mereka bahawa mereka dimiliki oleh Israel Corpration dengan pegangan saham sebanyak 98%.

Sila lihat maklumat di bawah, yang dipetik dari website ZIM sendiri, kalau masih tak puas hati klik sini [ZIM] lihat petikan paling bawah tentang profile syarikat ZIM ini.


Pemilik ZIM Integrated Shipping ini sudah jelas ialah Israel Corpration, nak nafi apa lagi? Israel Corp ini merupakan "top ten" syarikat Holding di Israel yang tersenarai dalam Tel Aviv Stock Exchange.

Mengata orang bebal, dia sendiri jauh lebih bebal. Lihat sendiri maklumat di laman sesawang rasmi Israel Corp di bawah ini. Kalau masih tak puas hati sila klik sini [Israel Corp].

Sepotong kata Anwar Ibrahim diputar belit siang dan malam, konon Anwar sokong Israel, bunuh rakyat Palestin. Tapi di belakang rakyat mereka buat perjanjian syaitan dengan Israel.

http://pkrl.blogspot.com/2012/02/depan-rakyat-maki-israel-belakang.html

Anekdot politik RM500

Oleh Rossem

http://2.bp.blogspot.com/_fAOY8Ul2jvY/TJ-d1IBi8XI/AAAAAAAACR4/og_v94ouMZM/s1600/6th+Series+RM500+About+VF+(1).jpgPemberian RM500 oleh kerajaan kepada mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan mengembirakan rakyat, rata riti orang bercakap tentang wang bantuan itu, di kedai kopi, pasar, dalam teksi dan di mana-mana saja, cerita tentang keprihatin kerajaan Najib terhadap orang miskin mendapat pujian ramai.

Diantara puluhan ribu bakal penerima, Pak Long antara orang yang tampak paling gembira sekali. Senyum simpul sentiasa terukir di bibirnya seperti potret Mona Liza karya Leonardo De Vinci, lebih-lebih lagi setelah Tok Penghulu Dacing datang ke rumah membawa surat dan boucer menyatakan permohonannya telah diluluskan.

“Pak Long, ini boucernya, esok pagi pergi ambil wang RM500” beritahu Penghulu.

“Terima kasih” balas Pak Long.

Esok paginya, selepas mandi dan solat Suboh Pak Long bergegas ke bandar dengan motosikalnya. Sepertinya tak sabar untuk mengenggam wang RM500 bantuan kerajaan pusat untuk orang miskin yang julung-julung kali diberikan sepanjang usia 60 tahun.

Rumahnya dengan tempat mengambil wang, iaitu di sebuah sekolah menengah kurang lebih 20 kilometer, namun pagi itu terasa dekat, sepertimana dekatnya bayangan wang kertas RM500 bakal diterimanya.

“10 minit lagi sampailah….” menolog Pak Long setelah perjalananya mula memasuki bandar. Selepas melepasi sebuah selikoh, nampak satu sekatan jalan raya oleh polis. Pak Long diarahkan berhenti. Ia kehairanan, “apa salahku”. Bisik Pak Long sambil merapatkan motosikal ke pinggir jalan.

“Pakcik, tak pakai topi kaledar” Kata polis.

Secepat kilat Pak Long menjamah kepalanya dan memang benar tak pakai topi kaledar. Ia minta maaf berkali-kali kepada anggota polis dengan memberi alasan terlupa memakainya kerana mahu cepat. “Ini Datuk Najib mahu bagi wang” beritahunya.

Anggota polis senyum mendengar alasan itu, dan meminta pula lesen memandu, setelah diberikan dan diamati, rupanya lesan mati sebulan lepas.

Polis mengeluarkan saman dengan dua kesalahan; tak pakai topi kaledar dan lesen memandu mati. Tiap-tiap satu kesalahan maksimum RM300. Dua kesalahan RM600.

Hampir pengsan Pak Long pagi itu. Mengejar RM500 pemberian dari kerajaan, sebaliknya mengalami kerugian RM600 kerana dikompaun juga oleh kerajaan.

Betapa Jahilnya RAKYAT MALAYSIA... Bab AURAT pun masih tak tahu..!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/428597_10150570117917157_319981142156_9073217_59550410_n.jpg

BR1M: Kerajaan beri RM500, rakyat hutang RM5000?

KUALhttp://dinmerican.files.wordpress.com/2010/05/kamarul-bahrin-abbas2.jpgA LUMPUR: Kerajaan menawarkan bantuan RM500 kepada rakyat dalam skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), tetapi dalam masa yang sama mahu rakyat berpendapatan rendah menyertai Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) dengan rakyat akan berhutang kembali sebanyak RM5000.

Dalam skim itu, dana disediakan untuk pelaburan dan hutang rakyat sebanyak RM500 juta dan juga subsidi RM100 juta untuk 100 ribu rakyat berhutang melalui pelaburan.

Demikian kata ahli Parlimen Telok Kemang, Dato’ Kamarul Baharin Abbas dalam satu posting terbaharu blognya barubaru ini.

“Apakah ini bentuk rol ling money Umno-BN dalam keadaan terdesak mencari sumber dana bagi menampung sasaran 5.2 juta rakyat yang mahu diberikan RM500,” ujarnya lagi.

Rakyat juga tertanyatanya daripada manakah dana untuk menampung jumlah hampir RM26 bilion bagi 5.2 juta rakyat sasaran pemberian RM500, kata Kamarul Baharin lagi.

Perkara ini harus difikirkan seluruh rakyat terutamanya yang telah mengambil bantuan BR1M dan menyertai SARA kerana dalam keadaan negara pernah ketirisan RM28 bilion akibat rasuah dan salah urus tadbir, sumber dana itu amat diragui, katanya.

“Apakah wang rakyat dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Amanah Raya menjadi sasaran seperti mana Felda meminjam RM6 bilion daripada KWSP? Ini kerajaan perlu jawab,”

" PAS Permatang Pauh" Sound Anwar Ibrahim: TV3 Sah Menipu Lagi!



Jika anda perhatikan betul-betul gambar yang pertama, manusia yang berbaju kuning cair mengangkat tangan menadah doa dan memakai cermin mata hitam itu nampaknya sama dengan manusia yang menghantar "kek berbentuk tahi" kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lama dulu.





TV3 suku dalam siaran malam semalam kununnya memberitahu bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh mendesak supaya parti mereka keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kununnya menyokong rejim Israel.

Berita penuh disertakan di bawah.

Manusia yang dalam gambar pertama dan gambar kedua sebenarnya adalah Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang ahli Umno-APCO yang menyamar alim kunun menjadi ahli PAS siang tadi di Masjid Shaik Eusof, Jalan Air Itam, Keramat, Pulau Pinang selepas solat Jumaat.

Dia juga sebenarnya adalah orang yang sama membawa hadiah coli dan seluar dalam corak harimau ke pejabat Guan Eng (lihat gambar di bawah yang bercermin mata tersisip di atas songkoknya).


Bukti lanjut berkenaan Mohamed Ghani ada di bawah sebagai perbandingan.

Ternyata Umno-APCO dan TV3 suku sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia kerana terdesaknya mereka mempertahankan kuasa sanggup melaga-lagakan PAS dan PKR dalam soal Israel-Palestin walaupun Anwar sudah membuat kenyataan rasminya semalam.

JALAN PULANG



Mohamed Ghani Abd Jiman (kanan sekali) membawa
empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu

Artikel penuh di http://greenboc.blogspot.com/2012/02...li-pas-di.html

Mahadet Mudah Lupa..!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/431205_10150569900857157_319981142156_9072359_2032731185_n.jpg


Petua Melawan Sifat Malas

http://2.bp.blogspot.com/-NxCrijSQ0Yw/TcpBrnjLcMI/AAAAAAAAAYg/HOVQgovX6Po/s1600/pemalas1.jpg
1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.

2. Solat di awal waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.

3. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.

4. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.

5. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.

Pemimpin UMNO Pondan

Rata2 Pemimpin UMNO Pondan Untuk Berdebat

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2011/01/debat-anwar-najib.jpg

Setelah cadangan debat terbuka antara Anwar Ibrahim dan Dato Najib Tun Razak bermain di media-media, ia telah mengundang reaksi senyap sunyi dari keseluruhan kepimpinan UMNO.

Kalau ada pun, respon tidak cerdik Tengku Adnan yang mahukan Anwar berdebat dengan Saiful. Padahal, mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan mahkamah itu satu bentuk debat.

Lebih baik Tengku Adnan sendiri berdebat dimanakah beliau yang bukan darah Raja boleh mendapat gelaran Tengku?

Hishamuddin Tun Hussein berjaya menampakkan sikap pondan beliau bagi kali kedua setelah cabaran Mahfuz pada tahun 1998 dahulu ditolak mentah2 oleh beliau.

Malahan, kalau Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, Tuan Guru Haji Hadi Awang bersedia untuk berdebat dengan beliau.

Kata orang tua-tua, "Berani kerana Benar. Takut kerana Salah".

Apalah lagi alasan yang boleh diberikan oleh kepimpinan2 UMNO untuk mengelak debat ini selain dari apa yang dinyatakan oleh pepatah di atas.

Najib dan kepimpinan UMNO sedar kalau berdebat, segala kebobrokan mereka akan terdedah. Segala isu2 korupsi dan pengkhianatan orang Melayu akan terdedah.

Tulang Besi

30% - MCA Gerakan dicabar kemuka bukti

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin MCA dan Gerakan kemukakan bukti atas dakwaan mereka terhadap kerajaan negeri yang meminta badan bukan kerajaan (NGO) perlu memulangkan semula 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima.

Menurut beliau, berdasarkan polisi kerajaan negeri, peruntukan yang ditetapkan kepada setiap wakil rakyat untuk tujuan projek-projek kecil diserahkan kepada pejabat daerah yang bertindak sebagai pengawal.

Oleh demikian, segala pembayaran yang telah siap dibayar oleh pejabat daerah atas nama kontraktor terlibat dengan menggunakan cek, bukannya secara tunai.

“Mana-mana wakil rakyat yang memerlukan projek-projek projek-projek kecil untuk kawasan masing-masing seperti jambatan patah, membeli peralatan pendidikan, dia maklumkan kepada pejabat daerah “Maka, di sini pejabat daerah akan memilih kontraktor untuk membekalkan dan semua pejabat daerah bila nak buat bayaran mesti bawa keluar cek, tak ada orang bagi duit tunai, dan cek itu mesti atas nama kontraktor,” jelas beliau kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wism Darul Aman, di sini.

Tambah beliau, terdapat juga NGO mahu melakukan projek tersebut sendiri, disebabkan tidak berpuas hati dengan kerja kontraktor, tetapi NGO itu tetap menggunakan nama kontraktor yang telah mendapatkan lesen bagi projek tersebut.

“Kadang kalanya ada NGO yang tak puas hati dengan kerja yang dibuat oleh kontraktor, mereka kata biar kami buat sendiri, di sinilah kontraktor akan mengenakan beberapa perkara.

“Dalam hal ini adalah antara penerima dan kontraktor yang berjaya mendapat projek tersebut, rebet bukan dari kerajaan, mahupun wakil rakyat, maka sebab itu saya meminta mereka kena kaji dulu, apakah prosedur sebenarnya yang berlaku,” ujar beliau.

Beliau sempat menyindir MCA dengan penyelewangan yang mereka lakukan terhadap Port Klang Free Zone (PKFZ) yang berjumlah RM8 bilion.

Semakin Haru Rakyat Malaysia - Anak Tetak Ibu sampai mati..!!

Ibu 60 tahun maut ditetak anak lelaki

SUNGAI PETANI - Seorang warga emas maut dipercayai akibat ditetak anak lelakinya dengan sebilah parang dalam kejadian di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri dekat sini tengah hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa A'inshon Abdul Rahman ,60, dipercayai ditetak suspek berumur 26 tahun pada bahagian belakang kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian, tiada orang lain di rumah berkenaan melainkan mangsa dan suspek sahaja.

Katanya, pihaknya berjaya menahan suspek kira-kira dua kilometer dari rumah berkenaan.

"Polis telah menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan iaitu golok (parang) perak di rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Zakaria berkata siasatan awal polis mendapati suspek merupakan penagih dadah dan turut mengalami sedikit masalah mental yang memerlukannya mengambil ubat-ubatan termasuk ubat penenang secara berkala.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

"Setakat ini kami belum masih menemu bual suspek sebab apa tetak mak dia, sama ada berlaku pertengkaran nak duit atau sebaliknya kita tidak tahu, semuanya masih dalam proses siasatan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran mangsa Maznan Omar, 48, berkata dia pergi ke tempat kejadian setelah dimaklumkan adik lelakinya yang kebetulan melalui rumah mangsa bahawa dia melihat mangsa berada dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di bahagian dapur.

"Semasa saya sampai di rumah mangsa, saya tengok mangsa telah meninggal dunia dan anak lelaki dia pun tak ada. Saya lihat ada ikan dan sayur-sayuran, mungkin mangsa pada waktu itu nak masak makan tengah hari. Selepas itu, saya pergi ke balai polis berhampiran untuk buat laporan polis," katanya.

Seorang lagi jiran, Fazilah Hussein, 27, berkata dia tidak mendengar sebarang bunyi bising yang menunjukkan berlaku pertengkaran dari rumah mangsa.

Katanya, mangsa merupakan nenek saudaranya dan sebelum kejadian itu, mangsa telah pergi menoreh getah.

"Hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah memandangkan adik-beradik lain tinggal berasingan dan anak lelakinya ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik. Kami susah nak nampak anak dia ini sebab suka duduk dalam bilik sahaja," katanya. - Bernama

Baik pulih Medah Selera Merdeka - MBAS

Baik pulih Medah Selera Merdeka untuk tarik semula pengunjung

ALOR SETAR - Hampir 18 daripada 38 gerai di situ terpaksa ditutup kerana tidak memperolehi keuntungan akibat kemudahan yang disediakan tidak selesa.

Dato' Bandar MBAS, Dato' Mat Noh Ahmad berkata, kerja membaik pulih medan selera dan merobohkan tapak gerai yang membelakangkan jalan utama telah pun dilakukan untuk memperindahkan kawasan itu.

Menurutnya, MBAS hanya menaik taraf kemudahan yang telah sedia ada di tapak itu seperti memasang bumbung baru di ruang pengunjung menikmati selera.

"Tapak gerai yang MBAS robohkan sudah tidak mempunyai pemilik dan tujuan dirobohkan adalah untuk menjadikan tapak itu sebagai dataran di medan selera itu," ujarnya.

Beliau memberitahu, tapak gerai di bahagian dalam masih dikekalkan dan pihaknya berharap suasana Medan Selera Merdeka akan kembali ceria dengan kunjungan pengunjung seperti di awal pembukaan dahulu.

Kebanyakan peniaga di Medan Selera Merdeka sebelum ini mengharapkan kerja baik pulih dapat dilakukan oleh MBAS kerana mereka terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk memperindahkan kawasan itu.

Mat Noh berkata, peniaga juga diharap dapat sama-sama menjaga kemudahan baru yang telah disediakan oleh MBAS untuk kemudahan peniaga dan pengunjung.

Beliau turut menggesa peniaga agar sentiasa memantau kebersihan di premis masing-masing dan persekitaran medan selera.

Tambahnya, kebersiahan premis makanan bukan sahaja tertumpu pada gerai makan sahaja, malah ia turut membabitkan pengendali restoran di hotel yang perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Politik Selat Di Johor Sudah Dipraktikan - Apabila polis jadi tunggul...!!!!

Politik Selat Di Johor Sudah Dipraktikan

Bagi orang yang cintakan kedamaian dan menghormati demokrasi tentu akan merasa sedih dan kesal bangat mengenangkan apa yang berlaku di Sembrong, Johor malam tadi. Setelah 54 tahun merdeka dan para pemimpin 'ketiak busuk' negara menguar-uarkan kepada dunia kononnya negara kita menjadi negara Islam contoh dunia, dirasakan apa yang berlaku itu kontradik dengan apa yang didakwa itu.

Bila terkenang dan mengintai kejadian semalam menyebabkan tercetus di kepala saya apakah itu hasil perjuangan Umno selama 54 tahun? Itukah generasi wawasan 2020, atau anak didik Islam Hadhari atau pun pemuda Wasatiyah di era Ha Najib Razak?

Kalau tidak menyaksi sendiri sebahagian dari episod malam tadi saya tidak akan percaya apa lagi ia berlaku di Johor Darul Takzim negeri kubu Umno yang masyarakatnya dianggap kelas nombor wahid. Tentu saya akan mengatakan masakan orang Johor khasnya orang Sembrong sanggup bertindak rakus begitu. Menjadi liar bagaikan binatang yang tidak bertuan atau kurang ajar?

Tetapi kerana sebahagiannya saya saksi dengan mata kepala sendiri saya tidak dapat menolak dan memaafinya perbuatan itu dari manusia serumpun dengan saya.

Kawan saya bekas seorang ahli Umno sebegitu melihat keadaan itu tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia tertegun sekejap tidak percaya. "Iya... itu ceramah Anwar.. yang mengibar bendera dan menyanyi lagu-lagu patriotik 'kepala lutut' itu adalah anak-anak muda liar Umno," kata saya geram tidak dapat menyembunyikan rasa jengkil.

"Tapi kenapa mereka mengibar bendera Umno? Bukanlah, ini ceramah BN," katanya lagi cuba menyakinkan saya yang sudah percaya dan arif benar yang berlaku itu gangguan ke atas ceramah Pakatan Rakyat.

Selepas itu apabila dia mendengar sendiri yang sedang berceramah itu Anwar baru dia percaya. "Oh jahat Umno," katanya spontan. "Oh baru tahu, begini rupanya perangai orang Umno Johor" tambahnya lagi yang kebetulan memandu kereta, memperlahankan kereta untuk melihat dengan puas hati.

Saya memang jengkil melihat anak-anak muda yang saya kira mereka rata-rata yang keciciran dalam pendidikan. Saya yakin kalau mereka bersekolah tinggi, peringkat IPTA atau pun pengajian pondok tradisi mereka tidak akan berkelakuan begitu. Lagak dan telatahnya lebih teruk macam kera berjumpa biawak. Paling memelikkan lagi kenapa mereka bersikap liar tidak tamadun begitu walhal sejak merdeka hingga ke hari ini orang Umno Johorlah yang paling ramai menjadi menteri pendidikan.

Hari ini menteri pengajian tinggi, Khalid Nordin asal Johor juga. Menteri pelajaran pula Udin anak Yassin juga orang Johor. Apakah untuk masa depan sudah sampai kementerian yang penting itu diberikan kepada orang negeri lain termasuk Kelantan, Kedah, Selangor atau Pulau Pinang. Dengan telatah di tunjuk anak-anak kurang azam dan biadab itu sudah cukup kalau soal pendidikan dan pengajian anak diserahkan kepada orang Johor.

Mereka sedikit pun tidak merasa malu dan segan mengejek dan melaungkan kata-kata kesat di sepanjang Anwar berucap. Semua gelagat sifat Abu Lahab dan Abu Jahal dizahirkan malam tadi. Peliknya polis yang ada hanya memerhati sahaja dan berdiri di depan mereka, seolah-olah mengawal kumpulan liar itu tidak diganggu bagi membolehkan mereka melakukan apa saja bentuk provokasi termasuk melontar air kencing dan telor busuk.

Melihat sikap polis itu menyebabkan saya tertanya dalam hati, apakah tujuan polis ke kawasan itu? Apakah sebenarnya yang dijaga dan dikawal? Apakah untuk keselamatan umum atau untuk melindungi kumpulan liar itu?

Kalau polis bersikap adil dan tegas mereka boleh menyuraikan kumpulan liar itu. Dengan kuasa yang ada kepada mereka, polis boleh menghalangnya. Ada sebuah trak yang siap dengan pasukan topi merah (FRU) cukup untuk menghuraikan kumpulan kira-kira 200 hingga 300 orang itu.

Sikap polis tidak ubah seperti tiang lampu sahaja, hanya memerhati. Melihat keadaan itu timbul juga perasaan prejudis apakah polis juga sudah menerima arahan melindungi kumpulan liar itu? Kalau benar begitu maka ia sangat tidak patut sekali.

Saya tenguk kebanyakan anak-anak muda yang berada dalam kumpulan itu berpakaian tidak senonoh, dan rupa mereka rupa orang yang tidak mempunyai pelajaran tinggi dan akhlak agama yang mampan. Kebanyakan mereka anak-anak peneroka atau orang kampung. Saya tidak fikir kalau mereka lulusan pengajian tinggi atau bersekolah agama bersikap begitu.

Saya fikir setengahnya memang diupah untuk membuat kacau itu. Ada yang memakai t-shirt hitam tertulis Sembrong 13 dengan gambar Hishamuddin terdampar di depannya.

"Buntuttttt baliklah, usah berbohong... binatang, babi...," itulah antara kata-kata kesat yang terluah malam tadi. Seorang anak muda gemuk macam lembu Sharizat duduk di tembok melaung-laung kata-kata kesat dan jijik itu bersendirian. "Wang Umno bagi RM500 ambil, muka tak malu, babiiii..." balas pula seorang lagi rakannya yang agak kurus. Roman tubuhnya macam penagih dadah.

"Muka tidak malu, hai Anwar...kamu kena tahu negara ini semua Umno yang buat....Pakatan Rakyat boleh bagi apa, bagi jubur tahi bolehlah...," kata kawannya yang seorang lagi selepas mereka ketawa berdekeh-dekeh. Saat itu Anwar sudah pun selesai ceramah dan dibawa keluar ikut jalan belakang. Kumpulan liar itu sedang menunggu kereta Anwar untuk terus membelasahnya.

Itu hanya kata-kata kesat yang dilontar tidak lagi fasal aksi mereka menunjuk lagak dengan motor. Hampir seluruh tepi jalan di sebelah kanan untuk keluar dari kawasan itu dipenuhi oleh kumpulan liar itu yang menaiki motor. Engin motorsikalnya di press keadaan menjadi seperti dalam medan perang bingit dan berasap.

Yang membonceng motosikal mengibar bendera Umno dan bendera dacing sampai memaki hamun Anwar. Manakala ada yang membawa kayu melewa-lewa kayu ke atas menunjukkan akan keberanian mereka.

Pendeknya aksi malam tadi cukup jahat, cukup samseng sekali. Ia memberi tanda-tanda ada elemen kejahatan melampau dalam pilihan raya nanti. Saya bimbang kalau anak muda liar itu dilindungi, tidak dikaunseling, mungkin keganasan akan berlaku di Johor.

Peristiwa-peristiwa seperti di Kelantan pada tahun 1969 di mana ahli dan penyokong Pas di belasah, dipukul macam lembu, ada yang digergaji paha malah ada yang di kapak sehingga syahid, akan meletus di Johor. Apakah budaya itu sedang diguna Umno kerana hendak mempertahankan kuasa politik.

Semua pihak harus kena sedar. Yang rugi dengan budaya itu ialah orang Melayu. Yang untungnya orang China. Dalam sejarah keganasan negara ini belum ada orang China yang terbunuh di medan pilihan raya (ceramah) secara percuma. Banyaknya Melayu.

Sebelum ini keadaan sama saya lihat berlaku di Felda Tenang semasa pilihan raya kecil dulu. Ceramah Pas diganggu dan dijuah dengan kata-kata keji. Tok Guru Nik Aziz menjadi mangsa cacian. Saya fikir kejadian di Tenang itu sebagai kes terpencil saja. Tetapi rupanya tidak, ia adalah realiti sengoti bahawa remaja Melayu Johor sudah diajar memakan anak tebuan dan menghirup darah sendiri untuk mencari kekuatan.

Saya yakin mereka diajar dan digalakkan. Kalau mereka tidak diajar mereka tidak akan dibekalkan dengan t shirt, bendera, mercun, telor tembelar dan segala macam alat untuk dilontar ke arah Anwar. Kalau mereka tidak disumbat dengan pil kuda, saya tidak fikir di negara Merdeka sesudah 54 tahun masih ada yang hilang akal sanggup menendang dan menyerang orang di atas kereta. Bahasa apa lagi untuk dikatakan kalau perbuatan itu ala Komunis?

Jelasnya mereka di ajar dan ada pengarahnya. Kerana kejadian itu berlaku di Sembrong kawasan parlimen Hihsmuddin Hsusein. Hishamuddin boleh dianggap pengarah dan tidak boleh menidakkan. Hendak tak hendak Hishamuddin kena bertanggungjawab.

Peristiwa semalam sungguh memalukan. Apa lagi ia berlaku dalam kawasan diwakili oleh Menteri Dalam Negeri yang menjaga polis dan pasukan keselamatan lain. Mungkin dengan hanya menyebabkan kereta Anwar remuk cermin dan kemek pintu ia dianggap perbuatan budak-budak nakal. Tetapi kejadian malam tadi ia boleh membawa kepada jenayah. Kalau tidak ada kawalan gila-gila oleh penyokong ahli PKR sudah tentu Anwar bukan setakat bengkak tetapi mungkin cedera parah yang boleh membawa maut.

Dalam otak orang dirasuk syaitan, emosi yang sudah mabuk atau diberi perlindungan akan melaku apa sahaja di luar batas-batas kesusilaan orang Melayu dan manusia. Bagi saya apa yang berlaku di Sembrong itu sudah tidak ada sedikitpun perasaan demokrasi. Pemikiran 'selat' ternyata menjadi anutan dan diterima pakai dengan sesungguhnya.

Setiap titis darah yang mengalir ke bumi semalam akibat dipukul pemuda liar itu, Hishamuddin kena bertanggungjawab. Sebagai menteri dia kena memberi tahu parlimen. Saya tidak mahu mempersoalkan di Mahsyar besok... untuk apa bercerita tentang hari akhirat kepada orang yang tidak yakin. Tetapi saya mahu tanya bagaimana Hishamuddin hendak menjawab kepada seluruh rakyat Malaysia dengan kejadian memalukan itu.

Hishamuddin tidak lagi boleh berdolak dalih dengan kejadian itu melainkan beliau harus berundur atau pun diundurkan dalam pilihan raya akan datang. Semoga orang Sembrong membaca catatan ini. [wm.kl.2:12 pm 20/02/12]

Mohd Sayuti Omar,

Harimau Muda tidak gentar

oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI

BARISAN pemain negara gigih berlatih menjelang pertemuan dengan Jepun hari ini.KIRI: Kim Swee memberi arahan kepada pemainnya pada sesi latihan terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


ATAS kertas, impian skuad Harimau Muda untuk beraksi di bumi London sudah berakhir selepas gagal mengutip sebarang mata pada aksi kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan zon Asia.

Namun, bagi pengendalinya, Ong Kim Swee, beliau menyifatkan sebagai suatu kejayaan paling bermakna sekiranya barisan pemainnya dapat menundukkan ‘ego’ Jepun pada aksi Kumpulan C itu.

Kim Swee memberitahu, mereka kini berazam untuk melakarkan satu sejarah baharu dan sudah bersedia menghadapi ‘amukan’ pasukan yang dikenali sebagai Samurai Biru itu.

Jelasnya, tiada perasaan gentar yang menyelubungi pasukannya, sebaliknya beliau merumuskan perlawanan pada hari ini sebagai lain daripada lain.

Katanya, beliau menuntut barisan pemainnya supaya menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dan menampilkan aksi agresif sebaik wisel permulaan dibunyikan.

“Tidak kira apa yang bakal berlaku pada malam esok (hari ini), kami sudah bersedia (untuk menghadapi Jepun).

“Apa yang pasti, corak yang kami tampilkan pada pertemuan tersebut pasti berbeza berbanding sebelum ini.

“Tekanan mungkin lebih terarah kepada Jepun yang merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini. Kami tidak tertekan dan kami bersedia untuk melakarkan kejutan terhadap pasukan No. 1 Asia ini.

“Sudah tentu ia merupakan pencapaian terbaik buat skuad negara sekiranya kami berjaya menewaskan Jepun.

“Jadi, saya mahukan pemain-pemain saya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan memberikan laluan sukar kepada skuad kendalian Takashi Sekizuka ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Begitupun, Kim Swee masih bersikap realistik dan mengakui ia merupakan suatu cabaran besar buat skuadnya untuk merealisasikan impian tersebut.

Sambil mengakui tahap kecergasan pemainnya sebagai memuaskan, beliau tetap merasa optimis sambil melaungkan keyakinan untuk menyekat lawan mereka itu.

“Beraksi menentang Jepun, sudah tentu ia sukar buat kami. Jika Jepun berazam untuk ‘membelasah’ Harimau Muda, kami pula mengidam untuk ‘memalukan’ Samurai Biru menjelang pertemuan tersebut.

“Kami mahu mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan. Menewaskan Jepun mungkin dapat ‘mengubati’ kekecewaan kami setelah gagal mara ke pusingan seterusnya.

“Begitupun, saya tetap berpuas hati dengan pencapaian barisan pemain saya setakat ini,” ujarnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...