TERKINI :

Tuesday, February 21, 2012

kuman di gaza nampak..tapi kepala tungkek depan mata tak nampak

Lee SlimShady Samm
· Pengulas Tertinggi · Hanyang University, Seoul

cakap cakap tentang agama
cakap cakap tentang islam
cakap cakap tentang nabi
cakap cakap tentang gaza
cakap cakap tentang allah

semuanya karut
semuanya nak menipu mak cik felda
semuanya nak menipu pak cik felda
semua nak menipu orang kampong

mari kita lihat berapa ramai yang akan datang berdemo
sibuk pergi ke gaza
sibuk pergi ke palestin
sibuk pergi ke mesir
konon nak sokong palestin

nah sekarang israel datang ke pelabuhan klang
berapa ramai wira wira gaza akan datang

kuman di gaza nampak
tapi kepala tungkek depan mata tak nampak

ini juga bukti
bahawa kapitalisma
tidak ada agama
kapitalisma tidak ada bangsa
kapitalisma ialah untuk mencari untuk keuntungan maksima

mana dia zul nordin
mana doa Cikgu azmi
mana dia pejuang gaza
mana dia hasan ali

UMNO Penakut.... UMNO Penakut.....

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/402434_10150568523537157_319981142156_9068910_1072905759_n.jpg

Isu BN seleweng STDC RM7.5 juta takkan senyap macam tu jer...

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Amiruddin Hamzah pernah mendedahkan penyelewengan kerajaan BN dulu menguruskan sebuah GLC iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC). Beliau mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan lebih RM8 juta untuk sumbangan, walhal RM7.5 juta tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

Akibatnya STDC terpaksa juga menjelaskan cukai sebanyak RM3.1 juta di samping denda atau penalti kira-kira RM1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh STDC di bawah kerajaan PR sekarang ialah sebanyak RM4.1 juta. Semua beban yang ditinggalkan oleh BN itu terpaksa dijelaskan oleh kerajaan kini.

Pendedahan Amiruddin benar-benar menyebabkan semua ADUN BN yang sedang bersidang dalam DUN panas punggung. Tapi sehingga ke hari ini mereka masih gagal untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Ya, memang tiada penjelasan yang dapat diberikan sebab semuanya sudah jelas.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen sepatutnya cukup banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai ‘tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC’ namun tidak mungkin disiarkan sepenuhnya dalam ruangan yang terhad ini.

STDC yang ditinggalkan kepada kerajaan PR adalah sebuah syarikat bermasalah, banyak hutang dan gawat. Namun kebijaksanaan pentadbiran baru berjaya memulihkan syarikat tersebut sekalipun terbeban dengan hutang-hutang yang ditinggalkan.

Pada 2007 STDC mengalami kerugian sebanyak RM2.56 juta, manakala pada 2008 kerugiannya ialah sebanyak RM144,467.00. Kerugian tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada pengurusan baru kerana mereka mengambilalih selepas tiga bulan tahun 2008. Pada tahun 2009 keuntungan STDC ialah RM333,978.00 dan tahun 2010 keuntungan sebanyak RM826,110.44.

Satu lagi perkara menarik ialah jumlah emolument untuk ahli-ahli lembaga pengarah. Di masa BN, emolument untuk ahli lembaga pengarah ialah RM125,200 (2006) dan RM251,800 (2007). Bagi tahun 2008 antara Januari hingga Mac sahaja, emolument yang diberi ialah sebanyak RM50,900. Bagi mereka untung atau rugi bukan persoalan, yang penting SDTC seolah-olah dijadikan tempat mengaut kekayaan.

Ia berbeza sama sekali dengan emolument yang diterima ahli lembaga pengarah di zaman PR. Pada tahun 2009 ahli lembaga pengarah hanya menerima keseluruhan RM53,500 manakala bagi tahun 2010 cuma RM8,000.

Semua catatan yang dibuat adalah berdasarkan fakta hitam putih (bukan video hitam putih). Ia bukan rekaan macam video seks bikinan Datuk Trio. Sebab itu apabila Dato’ Amiruddin membentangkan di Sidang DUN, semua ADUN BN tidak dapat menyanggah. Semua media talibarut BN tidak mengungkapkan walaupun sepatah perihal penyelewengan pengurusan GLC di zamam BN itu.

Sekarang terserah kepada jentera penerangan parti kena hidupkan balik isu ini dan serang BN habis-habisan sehingga mereka tersungkur terus.

Azizan dan PAS.....?????


http://media1.malaysiakini.com/151/29f979093e0e3c5b8d3db3eaf17b454a.gif

TAJUK TAJUK BERITA PANAS YANG ADA SEKARANG NI DI LAMAN LAMAN WEB

1. MAHASISWA BAKAL MENYERANG USTAZ AZIZAN
2. AZIZAN ANGGAP BUKU JINGGA BUKAN QURAN
3. USTAZ AZIZAN BERSEDIA DIPECAT ISU KUIN
4. ISU KUIN ANWAR JANGAN GANGGU- SELESAI MASALAH HANG DULU.
5. DAN BERATUS LAGI YANG NEGATIF NEGATIF BELAKA.

Kalau bab Dato Seri Anwar, orang pas lah yang terkehadapan dalam mempertahankan maruahnya..Apa dah jadi dengan orang Pas sekarang ni?? Apa kamu semua sudah tidak tahu nilai parti Pas itu dimana sekarang? Harakah pula dilihat sebagai lidah rasmi PKR. Kamu mempertahankan maruah orang lain dengan menggadaikan maruah kamu sendiri. PKR terutamanya di Kedah menang dengan sokongan 100% pengundi PAS.

Sekarang ni sudah tahun 2012, bukan zaman tok moyang kita yang gadai harta benda sebab nak tolong orang lain. Benda kecil macam ni pun takkan tak boleh nak pikiaq. PKR berusaha untuk mencapai cita-citanya begitu juga PAS dan DAP. Jadi masing-masing haruslah bantu membantu. Yang orang ramai pertikaikan sekarang ni adalah cara bantuan yang dihulurkan. Adakah sehingga menggadaikan maruah parti dan mengorbankan pimpinan-pimpinan parti?

Dalam bab Dato Seri setia Diraja Ustaz Azizan ( ustaz azizan )yang merupakan hardcore Pas, jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan Hassan Ali, apa bantuan yang dia dapat dari PKR atau partinya sendiri PAS? Sejak beliau menjadi MB, setiap isu yang ditimbulkan mamapu dipatahkan dengan hujah-hujah yang bernas.

Serangan demi serangan yang beliau terima namun dengan tenang beliau mematahkan hujah pihak lawan. Namun orang Pas tidak pandai menilai. Namun bagi saya yang bukan ahli mana mana parti, akan tetap mempertahankan ustaz azizan. Dan saya yakin orang ramai di Kedah tetap akan menyanjungi ustaz azizan sebagai MB Kedah yang terbaik yang pernah mereka terima.

Jika orang-orang Pas masih lagi berfikiran kolot, belajarlah dengan ustaz azizan cara-cara untuk membantu kawan-kawan di tahun 2012. Ini bukan zaman tok nenek moyang kita. Maruah parti haruslah dijaga bukan digadaikan. Islam mengajar kita untuk tegas di dalam sesuatu perkara. Kalau orang Pas tak Islam saya tak tau lah.

Tapi ketegasan yang ada pada ustaz azizan 100% menggambarkan kepada rakyat Malaysia seluruhnya bahawa PAS lah yang layak dan mampu mengambil alih pentadbiran negara Malaysia daripada UMNO BN.

Ayuh la semua bermuhasabah diri dan kembali kepada ajaran Islam yang sepatutnya. Islam tidak mengajar kita untuk berbudi sampai ke tahap itu. Ada mesej yang ingin disampaikan oleh ustaz azizan kepada seluruh ahli Pas, dan mesej ini akan muncul dengan jelas jika kita berfikir dengan tenang dan mengikuti setiap kronologi yang berlaku.

phaya thai

Tu dia aihh dok faraid harta - Peguam pun sapu... Kontraktor pun sapu... ini baru nama Sokong UMNO..

Hafarizam: Kontrak bukan habuan tapi merit

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menafikan dakwaan bahawa dua syarikat yang dianugerahkan konsesi lebuh raya RM2.2 bilion dan dikaitkan dengan dirinya adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

perak state govt crisis 030309 hafarizam harunSebaliknya, Hafarizam berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender. Namun pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira.

"Kami mempunyai rekod pencapaian yang baik (dalam projek landasan berkembar) dari Rawang ke Ipoh. (Dakwaan) habuan untuk Perak, saya fikir ini tuduhan keterlaluan.

"Ini langsung tidak mempunyai kaitan sama sekali. Kami menang atas merit! Kami adalah antara beberapa syarikat bumiputera yang dianugerahkan. Mengapa serang kami apabila ada yang lain ... Saya pasti awak juga tahu siapa yang lain yang juga dapat," katanya dalam teks pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

Hafarizam diminta mengulas dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

NONEBeliau membayangkan bahawa Hafarizam dan Zaki mungkin diberi habuan untuk peranan masing-masing dalam pergelutan di mahkamah selepas BN merampas kerajaan negeri Perak pada Februari 2009.

Hafarizam adalah antara peguam yang mewakili Menteri Besar Perak sekarang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, manakala Zaki pula adalah Ketua Hakim Negara ketika itu. Zaki bagaimanapun tidak menduduki mana-mana panel yang membicarakan kes berkenaan.

Dua barisan kepimpinan PAS, jika perlu

PAS sebagai parti alternatif perlu menguasai isu-isu dasar negara dan bukan "terjerat dalam kelompok pembangkang" yang hanya tahu membangkang tanpa penyelesaian berkesan.

Untuk itu, ketua Pemudanya Nasrudin Hassan berkata, ia bermula dengan penyusunan semula saf kepimpinannya supaya terbentuk pemimpin parti dan sekali gus negara.

azlan"Andai sukar untuk memiliki figure kepimpinan sedemikian, mungkin juga boleh mengambil kaedah dua line up kepimpinan, iaitu kepimpinan yang mengurus parti dan satu lagi kepimpinan yang mengurus negara.

"Namun kedua-dua line up (barisan) kepimpinan berada di dalam satu majlis permesyuaratan parti," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata saranan itu dibuat bagi menangani cabaran sepuluh tahun akan datang parti Islam itu yang memerlukan kualiti kepimpinan dan organisasi.

"Usaha pengkaderan mesti kemas dan diberi perhatian utama oleh parti untuk melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang komited dengan dasar perjuangan sekali gus mampu mendokong aspirasi parti," katanya.

"Parti mesti bijak serta pantas mengurus masalah, konflik dan tekanan agar tidak membuang terlalu banyak masa melayan kerenah masalah atau konflik yang timbul sedang perkara fundamental seperti melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang berkualiti tinggi terabai."

PAS : 10 Tahun Akan Datang

1. PAS adalah sebuah parti yang kukuh dengan prinsip perjuangan yang bertunjangkan Islam. Sebagaimana kukuhnya Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt maka begitulah kukuhnya prinsip perjuangan yang dipangku oleh PAS menongkah 1001 macam halangan, rintangan dan cabaran sejak hari tubuhnya.

2. Meredah masa depan, selama PAS berpegang teguh dengan perjuangan Islam, ia tetap unggul biarpun menggapai usia 100 tahun lagi justeru Islam adalah agama dari Allah swt yang sesuai sepanjang zaman sehinggalah dunia digulung kiamat kelak.

3. Sebagai sebuah Gerakan Islam, PAS adalah alternatif untuk menggagas masa depan negara yang sejahtera, menepati sebuah pemerintahan good governence, bebas korupsi dan diredhai oleh Allah swt. Dunia semakin kosong dan gersang tanpa Islam sebagai petunjuk Allah swt. Inilah yang difirmankan oleh Allah swt :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

4. Menyedari harapan ini, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan ummah
mesti dipersiapkan agar hadhir dan tampilnya menepati tuntutan semasa. PAS selayaknya mula menguasai polisi ke arah mempersiapkan dirinya untuk menjadi kerajaan yang mengurus tadbir negara, bukan lagi terjerat dalam kelompok pembangkang yang hanya tahu membangkang tanpa solusi yang efektif.

5. Bermula dengan menyusun saff kepimpinan parti yang terdiri dari kalangan figure mampu dan layak menggalas amanah kepimpinan, bukan sahaja kepimpinan parti tetapi juga kepimpinan negara. Andai sukar untuk memiliki figure kepimpinan sedemikian, mungkin juga boleh mengambil kaedah 2 line up kepimpinan, iaitu kepimpinan yang mengurus parti dan satu lagi ialah kepimpinan yang mengurus negara. Namun kedua - dua line up kepimpinan berada di dalam satu majlis pemesyuaratan parti.

6. Usaha pengkaderan mesti kemas dan diberi perhatian utama oleh parti untuk melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang komited dengan dasar perjuangan sekaligus mampu mendokong aspirasi parti. Parti mesti bijak serta pantas mengurus masaalah, konflik dan tekanan agar tidak membuang terlalu banyak masa melayan karenah masaalah atau konflik yang timbul sedang perkara fundamental seperti melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang berkualiti tinggi terabai.

7. Menuju cabaran 10 tahun akan datang, antara lain PAS perlu menumpukan kepada 2 skim kualiti.

Pertama kualiti pada figure samaada anggota atau pemimpin yang mampu serta layak menyandang amanah di mana posisi ia ditugaskan. Bukan figure yang hanya melakar publisiti melalui kepetahan berpidato tetapi lemah dalam tindakan.

Kedua ialah kualiti pada organisasi dan penstrukturannya agar dilihat lebih kemas, sistematik dan menepati piawaian sebuah organisasi moden yang mampu menangani saingan gerakan semasa.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Isu Pasir Selangor : Noh Omar di jemput ke MAHKAMAH RAKYAT (SELCAT) | Ada berani NFC buat cam nie??

Set Pol: Noh Omar Dicabar Tuntut Mahkamah Rakyat Bongkar Penyelewengan Dana NFC

Kesediaan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) untuk mengadakan sesi pendengaran awam terhadap pengendalian pasir di Selangor; Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Yayasan Selangor dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) membuktikan Kerajaan Negeri Selangor bersungguh-sungguh membanteras segala bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa.

Usaha ini sejajar dengan aspirasi pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor yang mahukan pentadbiran kerajaan ini bersih daripada sebarang penyelewengan dan ketirisan dana awam bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran awam yang sebelum ini teruk tercemar disebabkan tindakan sesetengah pemimpin UMNO-BN yang tamak dan mengamalkan kronisme.

Kita akui reformasi pentadbiran berdepan laluan sukar dan memerlukan kesabaran untuk melakukan perubahan selepas 52 tahun di bawah pentadbiran UMNO-BN yang telah sebati selesa dengan budaya korupsi dan kronisme.

Pendengaran Selcat akan mampu menghapuskan reputasi buruk yang cuba dibayangkan sesetengah pihak terhadap anak-anak syarikat kerajaan negeri tersebut. Pada masa yang sama, jika benar terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa, tindakan sewajarnya akan tetap diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Dasar kerajaan negeri adalah jelas- tidak akan berkompromi dalam isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani selaku Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar dijemput untuk menghadirkan diri sepanjang sesi pendengaran awam ini berlangsung supaya beliau dapat memberikan maklumat dan bukti apa yang didakwa penyelewengan dalam KSSB khususnya.

Kehadiran Noh Omar pada hari sesi pendengaran ini berlangsung amat penting, selain dapat menunjukkan keikhlasan beliau dalam membenteras rasuah, beliau juga boleh mendapat idea, inspirasi dan semangat untuk melakukan perkara yang sama dalam pentadbiran Kerajaan Pusat BN.

Meskipun ramai yang sangsi akan kesediaan Noh Omar untuk hadir pada sesi tersebut kerana berpendapat bahawa Noh Omar berkobar-kobar dalam isu KSSB semata-mata mahu menutup skandal NFC yang telah mempalit lumpur kepada UMNO dan seluruh kabinet BN, namun saya masih mahu memberi faedah dari keraguan ( benefit of the doubt ) kepada beliau.

Justeru itu, kita mencabar, jika benar ketelusan yang mahu diperjuangkan oleh Noh, maka Kerajaan Pusat atau Noh Omar selaku Menteri Pertanian turut mengadakan sesi pendengaran awam atau mahkamah rakyat bagi membongkar penyelewengan dana NFC yang disalah guna oleh keluarga rakan baiknya, Dato' Seri Shahrizat Jalil.


FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Debat Guan Eng lawan Soi Lek: Siapa menang?

Oleh Izmil Amri


Bagaikan menonton filem kungfu zaman 50-an tanpa sari kata, demikianlah keadaannya bagi seorang Melayu yang tidak bertutur bahasa Mandarin, sewaktu menyaksikan debat sulung di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng melawan Presiden MCA Chua Soi Lek.

Dengan bantuan terjemahan langsung dari seorang teman yang duduk di kerusi sebelah, debat itu dapatlah saya fahami. Setiap kali ada pihak bertepuk tangan dan menjerit-jerit, pantaslah saya melihat skrin komputernya untuk memahami biji butir percakapan kedua-dua tokoh politik itu.

Satu tamparan hebat kepada UMNO dan cauvinis Melayu sebenarnya, kerana seorang bekas menteri yang punya rekod skandal seks lebih terkedepan dalam hal kematangan demokrasi dan keberanian berdebat, berbanding Presiden UMNO. Berdebat itu budaya Amerika, kata orang-orang UMNO. MCA, parti komponen Barisan Nasional, nampaknya tidak bersetuju.

Guan Eng dan para penyokongnya berpakaian serba kuning, seperti kebiasaannya pada hari Sabtu. Dia tidak kelihatan gugup mahu pun takbur. Guan Eng tenang. Barangkali baginya, inilah satu-satunya peluang yang dia ada untuk keluar di kaca telvisyen dan didengari oleh sekalian mereka yang faham cakap Mandarin. Kerajaan UMNO-BN masih dalam era Perang Dingin. Tidak ada peluang untuk parti pembangkang masuk TV kecuali untuk difitnah dan dicaci maki.

Soi Lek sudah biasa masuk televisyen; dia selesa bukan main. Ini padangnya, wilayah MCA. Pihak penganjur, ASLI dan INSAP adalah badan pemikir MCA. Tiga suku dewan dipenuhi penyokong MCA. Gema laungan nama Chua Soi Lek masih berdenting di telinga, barangkali akan menjadi mantra untuk seminggu berikutnya. Penyokong MCA, seperti juga mana-mana penyokong parti komponen Barisan Nasional, punya ghairah dan semangat yang hebat. Nampak macam ungka kepanasan, terjerit-jerit tak tentu hala.

Hujah-hujah debat

Debat antara Guan Eng dan Soi Lek, bukanlah sebuah debat yang baik, kalau kualiti perdebatan mereka itu mahu dinilai. Soi Lek membuka gelanggang dengan serangan-serangan terhadap DAP; sama sekali gagal mengutarakan hujah-hujah yang menepati kehendak perdebatan. Bahkan, serangan terhadap DAP itu sebenarnya adalah serangan terhadap PAS; yang ditepis dan dipertahankan dengan jayanya oleh Guan Eng.

Presiden MCA itu lebih bersemangat untuk meluahkan amarahnya terhadap nasib masyarakat Tionghua di bawah UMNO. Parti Melayu itulah yang menjadi pokok pangkal perbualan dua orang tokoh ini, gara-gara buah mula Soi Lek yang memperlihatkan betapa tidak bersedianya dia. Ya barangkali memang itu yang dia mahu, untuk meletakkan Guan Eng di depan kaca TV agar boleh dimalukan semahu-mahunya. Namun ternyata Soi Lek gagal, Guan Eng sikit pun tidak gentar.

Di penghujung bicara Soi Lek, apa yang tampak jelas ialah MCA sebuah parti etnosentrik Cina, adalah jauh lebih rasis berbanding UMNO. Presidennya yang pernah menimbulkan kontroversi dengan video aksi ranjang, begitu berani menyatakan bahawa dia berani melawan UMNO terutamanya dalam bab hudud. Demikian cuak si Soi Lek ini dengan agama Islam, menimbulkan rasa tidak senang para penonton debat yang memutuskan bahawa MCA lah sebenarnya yang lebih anti-Islam.

Setiausaha Agung DAP menerima pelawaan debat di padang lawan ini dengan berani. Beliau bermula dengan mempersoal tajuk perdebatan yang katanya sedikit janggal. Baginya, sistem yang ada sekarang inilah sistem dwi-ras, dan persimpangan politik pasca Pilihan Raya Umum ke-13 nanti yang akan membawa Malaysia ke arah sistem dua parti.

DAP Malaysia, MCA Cina?

Jadi tajuknya salah. “Muhyiddin mengakui dia pertamanya Melayu, kemudian baru Malaysia. Apa yang 1Malaysia? Inilah penipuan kepada rakyat Malaysia. Memang sekarang ini sistem dwi-ras”, begitulah lebih kurang terjemahnya kata-kata Guan Eng.

Guan Eng menekankan kepentingan untuk tidak memandang perbezaan kaum secara melampau. Katanya dia tidak melawan Melayu, Cina mahu pun India, tetapi apa yang dilawan ialah korupsi dan salah guna kuasa. Menurut Guan Eng, korupsi ini merentas kaum. Namun pelik kenapa begitu selektif sekali pendakwaan kes-kes rasuah dan pecah amanah, barangkali menyindir kes-kes terkait kerajaan seperti halnya skandal PKFZ dan pinjaman mudah yang diberi kepada keluarga menteri UMNO untuk menternak lembu.

Sehingga ke sesi soal jawab daripada mereka yang hadir, kedua-dua pemidato tidak begitu berkenan membicarakan soal dua parti. Soalan daripada lantai juga tidak membantu. Rata-rata penyokong MCA lebih senang menggunakan peluang itu untuk melahirkan kemarahan mereka kepada sang Ketua Menteri Pulau Pinang. Antara yang popular pastilah cik adik manis koordinator MCA dari Selayang. Menyeringai dia terpekik-pekik tentang kereta yang ditarik waktu tengah malam. Marah betul. Jessie Ooi, akhirnya popular sebagai ‘Miss Tow Truck’ di kalangan komuniti Cina, atau ‘Kak Tunda’.

Debat antara Soi Lek dengan Guan Eng ini tidaklah jatuh kepada taraf debat sia-sia. Tidak boleh juga dianggap gagal. Dalam keadaan yang amat jarang berlaku, Lim Guan Eng sekali lagi diberi peluang untuk beraksi di kaca televisyen. Pastinya ramai penyokong atas pagar yang dapat membuat penilaian terhadap hujah-hujah Guan Eng, serta menilai sikap yang dibawa oleh beliau berbanding lawannya.

Namun persoalan besar ialah, adakah ia akan mengubah persepsi masyarakat terhadap persoalan ras dan sentimen perkauman yang begitu hangat dikaitkan dengan DAP? Adakah persepsi itu akan dibetulkan apabila hujah-hujah Guan Eng memperlihatkan kesediaan parti DAP untuk dipergunakan sepenuhnya oleh rakyat, dan bukan dipergunakan parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti yang didakwa Soi Lek? Adakah pengundi akan memilih DAP dan membelakangkan MCA untuk ke sekian kali?

Tiga perkara penting tentang debat

Apa pentingnya debat Soi Lek lawan Guan Eng ini, terutamanya kepada orang Melayu yang tidak faham cakap Mandarin?

Pertamanya kita harus faham bahawa debat ini dianjurkan MCA, pastilah ia mementingkan isu dan kerunsingan orang Cina. Tidak hairanlah kenapa debat berlangsung dalam Bahasa Mandarin. Ia menjemput Guan Eng, barangkali kerana ia mengiktiraf bahawa Guan Eng adalah ikon politik yang setara untuk dibawa bersabung sepentas dengan presidennya. Sang Presiden MCA juga pastilah teringin mahu sepentas dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Keduanya kita juga harus faham bahawa idea yang disampaikan Guan Eng dalam bahasa yang tidak kita fahami itu ialah supaya kejumudan kaum Cina yang kow-tow kepada MCA ini dipecahkan. Beliau menggunakan peluang yang ada untuk berkempen dan memberi penerangan tentang perlunya perubahan dan kesedaran tentang semangat mengutamakan rakyat dan bangsa Malaysia.

Ketiganya kita harus melihat debat ini penting sebagai satu lagi paku pada keranda politik ras. Seorang Cina bernama Lim Guan Eng, masuk ke gelanggang debat, membawa ide perpaduan dan keserataan. Ini diserang hebat oleh MCA, yang mahukan kepentingannya dipelihara dan menganggap DAP ini parti yang khianat kepada kaumnya kerana bekerjasama dengan PAS dan PKR.

Jadi kenapa orang Melayu dan kaum-kaum lainnya perlu beri perhatian kepada natijah debat Guan Eng melawan Soi Lek?

Mudahnya, kerana ini adalah politik masa depan Malaysia. Budaya demokrasi matang dan politik baru mewajibkan debat politik dan percambahan idea diwacanakan secara terbuka bagi mengajak partisipasi umum dalam membuat keputusan-keputusan dasar.

Debat Guan Eng melawan Soi Lek harus menjadi cabaran besar kepada politisi agar lebih terkedepan dalam berpencak secara demokratik. Bukan sekadar menepis undangan-undangan debat dengan alasan ‘bukan budaya kita’. Itu sangatlah menyedihkan.

Siapa menang?

Jadi siapa yang menang dalam debat Sabtu lalu? Siapa pula yang kalah?

Meminjam kicauan seorang sahabat di garis masa Twitter; kaum Cina lah yang menang, kerana dia berani anjur debat tentang masa depan kaumnya. Melayu lah yang kalah, kerana bila diajak debat, tidak pula berani.

Dan jangan terkejut kalau ada manusia seperti Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan: “Masyarakat Malaysia belum cukup matang. Ini bukan Amerika, Malah di Amerika, debat hanya mendedahkan betapa bodohnya calon-calon (presiden), itu sahaja.”

Jadi kemenangan bagi debat pada Sabtu lalu adalah usaha membawa kepada lebih banyak debat lagi kerana rakyat Malaysia tidak mahu lagi diperkudakan oleh manusia seperti Mahathir. Segala yang bobrok sekarang kebanyakan hasil dari urus tadbir yang penuh penyelewengan, salah guna kuasa pemerintahan Mahathir suatu ketika dahulu yang belum dipulihkan dari hantu-hantu yang menakutkan rakyat.

Kemenangan sebenarnya berpihak kepada demokrasi. Kuasa rakyatlah yang menang. Rakyatlah yang menekan parti-parti politik agar berdebat dan persembahkan janji dan kebijakan mereka agar dapat dinilai secara adil saksama.

Barangkali debat ronda seterusnya akan menyajikan idea-idea yang lebih universal. Dengar kata, debat seterusnya akan dibuat dalam bahasa rasmi parti DAP – Bahasa Malaysia. – Roketkini.com

AWAS orang Sg PETANI.. Samun siang hari pun dah ada dah lanie..!!

Samun mangsa ala samurai
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2012
mangsa rompak

SUNGAI PETANI – Tindakan ahli Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) Sungai Petani yang membuka pintu pagar rumahnya sebelum keluar bersama isteri menjadi laluan mudah tiga penjenayah bersenjata menyerang mereka.

Mangsa, Saw Kok Keong, 40, berkata, dia kerugian hampir RM10,000 dalam kejadian di Taman Semangat, Sungai Petani itu, jam 12.40 tengah hari semalam.

Katanya, dia bersama isterinya yang juga pemilik kedai telefon bimbit bersedia untuk keluar sebelum sebuah kenderaan Perodua MyVi berwarna putih tiba-tiba masuk ke pekarangan rumah sejurus pagar dibuka.

Menurutnya, sebaik kenderaan itu berhenti, tiga lelaki keluar dari kereta itu bersama senjata masing-masing.

“Tiga lelaki bersenjatakan dua parang dan sebilah pedang samurai keluar dari dalam kenderaan tersebut sebelum memberi amaran supaya tidak melawan.

“Dua daripada mereka memakai kain penutup muka dan sempat memberitahu bahawa kehadiran mereka tidak mahu mencederakan sesiapa, tetapi hanya mahukan wang,” katanya kepada media.

Kok Keong berkata, tiga lelaki tersebut mengarahkannya masuk ke rumah sebelum mengikatnya dan isteri.

Menurutnya, penjenayah kemudian meminta isterinya mengejutkan anak remajanya yang sedang tidur dan turut mengikat mangsa.

“Selepas menggeledah kira-kira 10 minit, tiga lelaki itu kemudian melarikan diri bersama barang rompakan.

“Selepas membuat pemeriksaan, saya mendapati dompet, telefon bimbit, komputer riba, sebuah walkie-talkie CRSM milik dan wang tunai lebih RM7,000 dilarikan penjenayah itu,” katanya.

Selain itu, bahagian belakang badan mangsa juga bercalar akibat diacukan dengan muncung parang.

Kok Keong berkata, sebaik penjenayah melarikan diri, dia cuba mengejar suspek namun gagal untuk mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

Dia kemudian menggunakan telefon bimbit jirannya bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

[Video] Dsai - 20/2 : cakap belakang bukan main hebat ajak berdepan menikus..!!



- Ada penjelasan ISU ISRAEL
- Ada isu DEBAT dengan NAJIB
- Ada isu EKONOMI NEGARA
- Ada janji MENANG hari ini..
esok umum minyak turun

Sepanjang 20tahun.. ada penyangak rembat duit rakyat sebanyak RM750 billion...

Zaid:Tubuh suruhanjaya siasat dana RM750b hilang
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2012

SHAH ALAM - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim menyarankan agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk mengenal pasti jumlah dana kerajaan yang telah "diambil" secara tidak sah.

Menulis di blognya dengan menyentuh pemberian bantuan wang rakyat RM500, Zaid berkata, kerajaan sewajarnya menyerahkan kesemua wang milik rakyat, bukan hanya setakat RM500 kepada kumpula tertentu, yang mula dibayar sejak bulan lalu.

Pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 Oktober lalu.

"Kepada PM masa depan, apa yang boleh saya katakan ialah jika anda mahu memulangkan wang kepada rakyat, pulangkan kesemuanya dan bukan hanya RM500.

"Biarkan kita mendapat balik RM750 bilion yang penyangak mencuri sepanjang 20 tahun lalu. Saya akan membuat bayaran RM100,000 bagi setiap keluarga dan kami akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menambah, beliau pasti kerajaan mempertikaikan angka-angka yang diketengahkannya.

Oleh itu katanya, satu suruhanjaya bebas harus dibentuk bagi mengenal pasti jumlah wang yang telah hilang dari perbendaharaan negara.

"Jadi, mengapa tidak kita mengadakan suruhanjaya bebas untuk menentukan berapa banyak yang telah diambil secara tidak sah," katanya lagi.

"Bukan sahaja suruhanjaya tidak akan dibentuk, tetapi saya membuat gesaan ini jika sesetengah hero BN mahu menyahut tawaran saya untuk mengadakan debat awam mengenai berapa banyak wang telah hilang ekoran rasuah dan salah guna kuasa," katanya lagi.

Ada pihak mendakwa BR1M bertujuan memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun pemimpin BN telah menafikan perkara tersebut.

Dalam tulisannya, Zaid juga berkata, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu perlu bersabar beberapa bulan lagi.

"Saya tahu kehidupan (sekarang) sukar dan harga makanan telah melambung tinggi, jadi ambillah RM500, tetapi jangan jual nilai diri anda. Hang Jebat tidak kecewa jika anda melakukannya," katanya lagi.

Edisi kantoi : Apa pesen la si Brahim nie pegang salam cium tangan bini orang..

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/423655_10150566411007157_319981142156_9062438_436922086_n.jpg

Ustaz Mutalib Maarof : Bersalam cium tangan hanya untuk ibubapa sahaja oleh kerana ulamak bapa rohani kita di bolehkan cium tangan....adapun pemimpin yg tak ulamak cukup dengan berjabat salam sahaja tak da sebab nak cium tangan....lebih lagi kalau bukan mahram campur dengan dedah aurat pulak jangan kata nak cium tangan salam pun dah haram jangan kata salam tengok pun dah haram.........tak taulah berapa kali haram.....

Soi Lek serang peribadi, The Star bohong lagi


GEORGE TOWN, 21 FEB: Sekiranya serangan peribadi adalah kriteria untuk berjaya, maka Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah pemenang dalam debat di antara beliau dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Walau bagaimana pun, Guan Eng menjelaskan, beliau enggan terlibat dalam serangan peribadi kerana debat seharusnya merupakan satu pertandingan yang berlandaskan idea, cita- cita dan prinsip.

“Siapa menang atau kalah seharusnya diadili oleh penonton televisyen dan juga penonton di rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, contoh pembohongan yang jelas dilakukan oleh MCA selaku pemilik akhbar The Star di mana Guan Eng terpaksa menulis surat kepada Pengarah Eksekutif/ Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Seri Wong Chun Wai kerana telah mengada-adakan berita secara palsu.

Di bawah artikel “What they said” di muka surat 6 akhbar The Star pada 19 Februari 2012, Guan Eng telah dilaporkan kononnya berkata:

“We do not agree the Prime Minister must always be Malay because we want the people to decide.”

(“Kami tidak bersetuju bahawa Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan.”)

“Disebabkan The Star adalah milik MCA, saya menghormati hak The Star untuk menyiarkan “laporan berat sebelah” mengenai pendebatan tersebut.

“Walau bagaimana pun, petikan yang dikeluarkan itu adalah palsu dan tidak benar kerana tiada sebarang rujukan atau apa juga sekali pun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini ketika perbahasan. Saya kesal bahawa The Star tidak mencetak surat saya dan hanya mengakui kesilapan tersebut dengan berat hati dalam edisinya hari ini (Isnin),” katanya.

Sikap The Star yang tidak jujur itu ditambah pula dengan tulisan kolumnis The Star, Baradan Kuppusamy dalam kolumnya semalam di muak surat 24 di bawah tajuk “All hype but no climax?” (Semua gembar-gembur tetapi tiada kemuncak?”) di mana Baradan menulis, “Furthermore, he (Lim) said the Pakatan did not agree that only a Malay could be the Prime Minister, and that this should be put to the people to decide.” (Tambahan Lim berkata Pakatan tidak bersetuju bahawa hanya orang Melayu sahaja boleh menjadi Perdana Menteri, dan ini perlu diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan”).

”Ini bukan merupakan satu-satunya penipuan oleh Baradan. Satu lagi penipuan oleh Baradan dalam kolumnya ialah saya hanya mahu debat kedua dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk membaiki kerosakan reputasi selepas perdebatan dalam bahasa Mandarin itu.

”Saya telah menulis sebelum debat (pada 18 Februari 2012) pada 15 Februari 2012 meminta perdebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia demi kebaikan orang bukan Cina. Ini telah dipersetujui oleh Chua sebelum membuat keputusan sebelum perdebatan pertama dalam Mandarin ini.

”Atas sebab itu, The Star seharusnya menarik balik dan memohon maaf untuk kolum Baradan yang tidak patuh kepada fakta selaras dengan semangat “Comment is free, but facts are sacred!’”, tambah beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, beliau tidak membantah pendebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia diadakan di Kuala Lumpur di lokasi yang sama iaitu Berjaya Times Square atau mana-mana pihak penganjur dengan syarat ia adalah neutral dan memastikan layanan yang adil kepada kedua-dua pendebat.

Menurutnya, tidak seharusnya ada ulangan debat dalam bahasa Mandarin yang dianjurkan bersama oleh MCA di mana MCA telah menghimpunkan 12 daripada 13 soalan yang ditanya daripada ahli- ahli MCA yang mengarahkan kecaman terhadapnya.

”Bagaimana saya boleh menjawab 12 daripada 13 soalan dalam 3 minit terutamanya apabila kebanyakan daripada mereka adalah dusta?

”Atas sebab itulah saya memilih untuk tidak menjawab pembohongan kerana debat seharusnya dilakukan demi kebenaran dan polisi-polisi yang Pakatan Rakyat mahu laksanakan untuk mengubah Malaysia.

”Dasar-dasar ini perlu dibentangkan untuk pertimbangan penonton kerana kita mahu sebuah negara polisi, bukan negara polis ( policy state, not a police state.) – Roketkini.com

Sejam 6 orang Anak Luaq Nikah - Najib dok jaga AKIDAH negara dah jadi Haram Jadah

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/428035_10150567492092157_319981142156_9065770_191325561_n.jpg
Sudah laa tu oi dok bagi puak nie jaga Malaysia.. Kita pakat Kalih cari puak lain pulak laa nie dah jatuh tahap kronik dah nie.. nama jaa Malaysia negara ISLAM yg pemimpin dia jaga akidah tapi semua nie dah jadi haram bejadah dah...

Dok Israel sana Israel sini last dalam negara dah jadi tunggin terbalik dah.... dah tak boleh nak harap dah aihhh puak2 nie jaga Malaysia.... dok biaq lagi benda2 macam nie bukan kata nak baik nak menjahanam negara ada laa lagi....

Jom laaa PAKAT-PAKAT KALIH laa PULAK... Bagi puak lain pulak jaga PUTRAJAYA... kita tengok LEPAS nie sejam nak jadi berapa orang... cukup 5thn kita tanya statistik nie.. Jika mai zaman depa sejam dah jadi 10org pulak kita KALIH laa lagi bukan nak susah pun...

Hak melantik dan menjatuhkan pemimpin di tangan kita....

Aduhai....Gua Nak Kata Aman Macamana Bumi Malaysia Sekarang nie....sampai kot kg pun dah ada penyangak.

Wang BR1M kena kebas
MOHD RIZAL ABDULLAH
21 Februari 2012
rompak

KUALA KETIL- Seorang penduduk tidak sempat menggunakan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diterimanya setelah rumahnya dimasuki perompak kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Razali Sailan, 56, dari Lot 7 Kampung Baru, Batu Lima, Kuala Ketil berkata kejadian itu mengakibatkan dia mengalami kerugian kira-kira RM10,000 melibatkan wang BR1M, barang kemas, telefon bimbit dan komputer riba.

Razali berkata, seramai empat perompak bertopeng memasuki rumahnya menerusi tingkap belakang yang dikopak.

“Ketika itu, saya dan anak sedang tidur sebelum dikejutkan oleh perompak tersebut yang bersenjatakan parang. Mereka bertindak mengikat saya dan anak-anak menggunakan kain perca sebelum menempatkan kami diruang tamu.

“Salah seorang perompak tersebut mengawasi kami dan tiga lagi menggeledah setiap bilik,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, perompak terbabit tidak agresif malah menasihatkan kami agar tidak risau kerana mereka hanya mencuri barangan kecil.

“Selain itu, perompak terbabit sempat menjamah beberapa kepingan biskut malah turut melarikan sebungkus roti yang baru dibeli,” katanya ketika ditemui, semalam.

Razali berkata, dia bersyukur kerana dia dan keluarganya tidak diapa-apakan oleh keempat-empat perompak terbabit.

“Namun, saya dan keluarga tetap trauma dengan kejadian tersebut. Sebelum ini, memang terdapat kes pecah rumah di kampung ini. Namun, saya tidak menyangka, rumah saya pula menjadi mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan mengesahkan menarima laporan kejadian tersebut dan siasatan akan dilakukan.

MALAYSIA MESRA ISRAEL?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kerajaan UMNO-BN sebagai ‘mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ dengan dakwaan kononnya Malaysia benar-benar memperjuangkan Palestin dan menolak bersahabat dengan Israel. Namun demikian, dengan kehadiran dua buah kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel menunjukkan wajah sebenar kerajaan UMNO-BN dalam isu Israel.

Merujuk kepada laporan yang dikemukakan oleh sebuah NGO Jingga 13, Kapal-kapal tersebut adalah Zim USA dan Zim Atlantic milik sepenuhnya syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd dan ia turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv. Soalnya, mengapa dua buah kapal milik syarikat dari Israel boleh dibenarkan berlabuh di perairan negara? Bukankah ini menunjukkan bahawa wujud secara tidak langsung hubungan dagang antara negara ini dengan Israel? Adakah kerajaan tidak sedar atau pura-pura tidak sedar kehadiran dua buah kapal ini dari Israel?

Dalam isu ini, DPPM merasa kesal kerana kerajaan tidak konsisten dalam isu Israel. Dari satu sudut kerajaan seolah bertegas bersama rakyat Palestin dan menolak kejahatan Israel, tetapi dalam masa yang sama entiti yang ada kepentingan dengan Israel dibenarkan masuk ke dalam negara ini dengan mudah. Lupakah kerajaan bagaimana rakyat Palestin bermandi darah dan air mata mempertahankan tanah mereka yang dijajah dengan zalim dan kejam? Datuk Seri Najib barangkali lupa bagaimana umat Islam di seluruh dunia dengan tegas dan lantang mempertahankan bumi Palestin dari dijarah oleh rejim zionis Israel.

DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana tegasnya negara-negara umat Islam yang lain sehingga sanggup memutuskan sebarang hubungan dengan Israel sama ada hubugan politik, ekonomi dan lain-lain lagi. Sebaliknya, yang dikesali apabila kehadiran dua buah kapal dagang Israel dibiarkan dengan mudah berlabuh di perairan negara. Sepatutnya kerajaan bertegas tidak membenarkan walau seinci pun tanah di negara ini, malah di perairan negara ini dilalui oleh apa juga entiti dari rejim Zionis sebagai tanda protes kemarahan terhadap rejim Zionis serta kebersamaan terhadap rakyat Palestin.

Sudah tentu umat Islam yang melihat isu ini secara dekat merasa kecewa kerana kerajaan bersikap hipokrit dalam isu Israel. Ketegasan kerajaan dalam isu ini hanya pada sesetengah pihak sahaja terutama pembangkang supaya mereka dilihat bersama umat Islam seluruh dunia, tetapi apabila ianya mengena tepat ke batang hidung mereka, sepatah perkataan pun tidak terpacul dari mulut pemimpin mereka bagi membantah kehadiran kapal Israel ke Malaysia.

Akhirnya, DPPM meminta umat Islam menilai kembali sikap kerajaan UMNO-BN dalam isu Palestin dan Israel. Jelaslah bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang boleh diharap bagi membela umat Islam di negara ini malah di peringkat antarabangsa, mereka hanya layak ‘ditunjuk jalan keluar’ dalam PRU ke 13 nanti.

Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...