TERKINI :

Sunday, February 19, 2012

Umno Johor Mulai Gelisah

Serangan Pakatan Rakyat Sudah Dirasai
Umno Johor Mulai Gelisah

Serangan Pakatan Rakyat ke atas Johor tampaknya sudah memberi kesan menakutkan pihak UBN negeri berkenaan. Tidak sia-sia kalau Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Chua Jui Meng malam siang menggempur Johor demi meruntuhkan kubu Umno di negeri itu.

Ketakutan UBN kini mulai terasa apabila parti itu seakan sudah kehilangan arah dan mencari-cari siapakah untuk dinobat menjadi MB sekiranya Umno masih mengekalkan kekuasan di Johor selepas PRU 13 nanti. Desas desus itu menunujukkan bahawa Abdul Ghani Othman sudah tidak diperlukan lagi di Johor.

Keupayaan bekas pensyarah Universiti Malaysia itu sudah pun diperah untuk menguatkan Umno Johor selepas mengambil alih daripada Udin anak Yassin yang terpaksa di bawa ke Pusat kerana beberapa masalah yang berlaku di Johor. Salah satu sebab Udin anak Yassin dipindah dulu ialah kerana beliau dikatakan memperkenalkan dasar membolehkan rakyat Singapura memililki hartanah di Johor. Udin anak Yassin di Johor Baharu terkenal dengan jolokkan pedagang buluh kasap yang menjual tanahair dan pasir ke Temasik?

Keadaan yang berlaku dalam Umno Johor kini belum pernah berlaku sebelum ini. Hari ini terdapat sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Johor bagi mengganti Abdul Ghani Othman. Nama-nama itu ialah Menteri Pengajian Tinggi Khalid Nordin, bekas Menteri Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad. Dan terbaru nama Menteri Dalam Negeri Hishmuddin Hussein pula cuba diapongkan.

Saya percaya Ahmad Maslan juga mungkin termimpi-mimpi atau pun mengharap namanya juga disenaraikan sebagai bakal MB Johor. Malangnya setakat ini tidak ada sesiapa yang sudi meletakkan nama Ahmad Maslan sebagai bakal MB Johor. Mungkin namanya masih berbau tong sampah.

Apakah maknanya ini semua kalau bukan kerana Umno dalam kebimbangan? Situasi kabur mengenai siapa bakal jadi MB tidak pernah berlaku di Johor. Johor adalah negeri yang dikira tempat kelahiran Umno dan kubu kuat parti berfahaman nasionalis itu. Malahan setiap kali berlaku pilihan raya dua tiga orang calonnya menang tanpa bertanding menunjukkan tiada sesiapa yang mahu lawan Umno.

Bagaimana pun kegahan Umno itu kini sudah mulai luntur. Sejak tahun 1999 tidak ada lagi calon UBN yang menang percuma seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang ajaibnya calon Pas yang menang tidak bertanding pada tahun 2004 dan pertama kali dapat menghantarkan wakil ke Dun Johor. Perkembangan ini menunjukkan perubahan besar berlaku di Johor dan Umno sendiri makin pupus dan perlahan-lahan sudah ditolak rakyat Johor. Umno sebagai sebuah mitos dan parti dianggap sebagai penyelamat Melayu laksana bahtera Nabi Nuh sudah mulai hilang.

Nama Khalid Nordin disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB sejak 2008 lagi. Dalam pilihan raya lalu Khalid sudah dicadang untuk diletakkan bertanding di salah satu kerusi Dun. Bagaimana pun ia dipindah saat-saat akhir kononnya atas kehendak Sultan Johor. Beberapa jam sebelum penamaan calon bekas presiden Umno ketika itu Abdullah Ahmad Badawi bergegas ke Johor untuk menghadap sultan Johor.

Hasilnya Abdul Gahni dikekalkan. Sudah pasti kalau tidak ada campur tangan istana Abdul Ghani sudah pun 'pensiun' dalam politik dan kini sudah jadi besi buruk. Kini menjelang pilihan raya sekali lagi nama Khalid disebut, kononnya dia akan dipindah ke state untuk jadi MB.

Penghantaran Khalid ke Johor tidak pelik dan dirasakan munasabah memandangkan beliau pernah pun diura-urakan untuk menjadi MB Johor. Tetapi apabila tiba-tiba Abdul Ghani menyebut nama Shahrir Samad menyebabkan timbul pertanyaan apa sudah terjadi? Kenapa dengan Johor sampai ada lebih dari dua nama calon jadi MB. Apakah Umno Johor kini sudah berpecah kepada dua puak? Itulah yang ditilik oleh orang luar.

Shahrir sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Bila wartawan bertanya, beliau meminta supaya menanyai Ghani sendiri. Bila dibandingkan di antara Shahrir dengan Khalid, awal-awal lagi Shahrir akan terpecat dari persaingan itu faktornya usia. Shahrir sudah tidak pantas lagi kerana usianya melewati bendul untuk menjadi MB Johor. Kalau Shahrir diperlukan untuk menjadi MB beliau sepatutnya dilantik sebelum Udin anak Yassin menjadi MB Johor lagi.

Apakah cadangan Ghani itu kerana Johor didalam keadaan parah sekarang ini? Tiada tokoh berkelayakan dari Umno? Umno berpecah dan memerlukan seorang tokoh yang bersemangat Melayu dilihat setia dengan parti serta berprinsip untuk memimpin Johor? Shahrir dikenali seorang yang tegas, bersih dan berprinsip. Saya lihat ada keperluan dan faktor itu kenapa Ghani sampai sebut nama Shahrir.

Sebenarnya kegelisahan Umno Johor menghadapi serangan dan keseriusan Pakatan Rakyat menyerang negeri itu tidak dapat diselindungkan lagi. Terutamanya sejak Salahuddin Ayub telah bersungguh untuk menggempur Johor bersama Pakatan Rakyat. Kepulangan Salahuddin ke Johor tidak ubah seperti kepulangan seorang panglima yang kesekian lama bertapa dan berguru nun jauh di Kelantan untuk membela dan menghapus petualang di negerinya.

Ternyata kepulangan Salahuddin disambut hangat oleh rakyat. Rakyat Johor sudah mula merasai akan aura dan juga mengenali perwatakan serdahana yang dimiliki bekas Ketua Pemuda Pas itu sesuai dengan naluri rakyat Johor. Beliau dikenali seorang yang ilmiah di dalam percakapannya dan pemikirannya juga jelas. Tidak suka kontroversi dan lebih bersikap mengatasi apa juga masalah dengan perundingan. Tidak hairan kalau di parlimen beliau dilihat sebagai seorang pensyarah dalam membahas isu ataupun mengeluarkan idea secara profesional.

Kehadiran Salahuddin meresahkan Umno Johor. Kenapa saya kata begitu, sebab kalau Umno tidak gentar dan bimbang dengan kemunculan dan penampilan Naib Presiden Pas itu nescaya Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkasi tidak menyentuh Salahuddin. Apa kata Puad apabila mendapat tahu Pas Kelantan telah bersedia melepaskan Salahuddin pulang ke negerinya selepas berguru politik selama hampir 10 tahun? Puad menyifatkan Pas Kelantan telah menghalau Salahuddin. Halau?

Jelas terjemahan atas kepulangan Salahuddin ke ngeri asal sebegitu, menunjukkan kekecutan perut Puad Zarkasi dan para pemimpin Umno Johor. Mungkin apa yang paling dibimbangi Puad takut kalau Salahuddin bertanding dikerusi Batu Pahat berhadapan dengannya?

Selain itu Shahrir Samad juga turut sama menyentuh Salahuddin. Komen Shahrir pengembalian Salahuddin itu sesuatu yang dialu-alukan. Katanya wajar kalau Salahuddin pulang ke Johor untuk membolehkan dia mencurahkan khidmat bakti di negerinya sendiri.

Pernyataan kedua mereka jelas berbeza. Puad cuba mengelegakkan emosi Salahuddin agar marahkan kepada Pas Kelantan. Manakala Shahrir pula seakan sedia untuk melihat sejauh mana keupayaan Salahhuddin menunjukkan segala bakat dan ilmu politik yang dipelajarinya selama ini di luar Johor. Di sini jelas Shahrir sebagai veteran lebih matang dan profesional berbanding dengan Puad yang baru memasuki menengah politik.

Sementara itu Ahmad Maslan juga yang selalu memperlekehkan orang dan merasakan dirinya hebat, terpelajar atau profesional turut menyentuh kepulangan Salahuddin yang digambarkan bakal dilantik menjadi MB Johor sebagai mimpi. Begitulah sikap seseorang ego dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain akan memperkecil dan menghina sesiapa saja.

Salahuddin jangan peduli kepada ejekan Mat Maslan itu. Beliau harus menerimanya sebagai cabaran dan ujian kepada kepimpinannya. Perlu diingat segala kejayaan besar itu bermula dari angan-angan dan mimpi. Dari mimpin itulah akhirnya ia menzahirkan kenyataan. Bukankah sebelum kelahiran Muhammad s.a.w Allah memberikan keluarganya mimpi?

Hari ini Salahuddin bersama Pakatan Rakyat di Johor saya rasa masih belum bermimpi. Mereka semua sedang menyiapkan malam indah untuk bermimpi. Dan sudah pasti selepas mereka selesa dan mendapat kepercayaan rakyat, mimpi yang bakal menjelma itu ialah menakluki Johor. Maka baik Mat Maslan dan sesiapa di Johor jangan memperkecilkan usaha Salahuddin dan Pakatan Rakyat sebaliknya lihatlah secara positif dan satu cabaran sebenar buat Umno Johor.

Apapun yang nyata dan jelas daripada kerja-kerja disiapkan oleh Salahuddin bersama Chua Jui Meng khasnya, benar-benar meresah gelisahkan Umno Johor. Kalau tidak masakan Umno kini telah menjaja tiga nama untuk menjadi MB Johor; Shahrir, Khalid dan Hishamuddin. Bukankah tindakan itu menggambarkan Umno dan BN dalam keadaan gelisah? [wm.kl.8:39 pm 17/02/12]

Mohd Sayuti Omar,

Budak UMNO kalih isu ke Jerat Cina pulak.. sedangkan dia lupa k'jaan dulu yg luluskan projek tuu..!!

UMNO jaga kuboq hangpa dahlaa bagi selamat, jirat Cina hangpa toksah dok kalutlah

Oleh: Saiburi Sudin

Kecoh lagi isu perkauman di Kedah. Kali ini UMNO telah menggerakkan 'beratus ribu' rakyat Kulim turun buat bantahan di Sungai Kob kerana kononnya di situ kerajaan negeri telah menggunakan tanah rizab Melayu untuk membangunkan sebuah jirat Cina. Hero perkauman Sobri Sudin mengetuai perhimpunan haram mengutuk kerajaan negeri Kedah itu.

Macam biasa, setelah disiasat ternyata isu2 perkauman macam tu akhirnya tertimpa balik batang hidung UMNO. Ada beberapa perkara bohong yang dibuat oleh UMNO dalam isu tersebut:

1. Kononnya kawasan terbabit asalnya tanah rizab Melayu. Yang sebenarnya ia adalah tanah persendirian. Memang asal dulu adalah tanah milik orang Melayu tetapi di zaman BN dulu orang2 Melayu di situ pakat jual tanah dekat tauke Cina tu. Itulah cerdiknya UMNO perintah dan hebatnya pembelaan UMNO terhadap orang Melayu sampai tanah pun habis terjual.

2. Kononnya projek jirat Cina itu diluluskan di zaman PAS memerintah. Pun tidak betul. Ia diluluskan di zaman BN masa Mahadzir Khalid jadi MB. Rakyat dah bantah masa tu, BN gagal tangani. Ia berlarutan sampai zaman PAS jadi kerajaan.

3. Kononnya kerajaan PAS lulus kawasan jirat Cina dengan lebih besar. Bohong juga. Sebenarnya, cara PAS nak tangani isu bantahan oleh orang Melayu itu ialah dengan mensyaratkan pemaju adakan zon penampan (buffer zone) supaya jarak yang jauh antara jirat Cina dengan kawasan yang ada manusia. Depa kena bina tembok dan tanam pokok. Kira-kira kalau lalu kat situ memang tak nampak jirat Cina. Maknanya walaupun kawasan itu diluaskan tetapi jirat Cina yang boleh simpan mati punya olang tetap macam hok zaman BN dulu jugak. Yang diluaskan ialah zon penampan.

4. Kononnya itu kawasan majoriti Melayu. Penduduk yang paling hampir dengan zon penampan (baru zon penampan, bukan jirat Cina lagi) hanya tidak lebih dari 10 keluarga.

Kesimpulannya, tak payah dok susah hati apa aihh. Yang penting bagi UMNO ialah pikiag macam mana nak bagi selamat depa dalam kuboq bila mati esok. Jirat Cina biag Cina pikiaglah. Depa bukan buat jirat dalam kampung Melayu, buat atas tanah depa. Kuboq kita pun tak tentu macam mana lagi dok kalut dengan jirat Cina pasai apa?


(Warta Darul Aman)

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Projek pembinaan jirat Cina di Sungai Kob, Kulim telah diluluskan pada 2007 dan bantahan projek turut dibangkitkan oleh penduduk setempat pada tahun tersebut.

Namun, ianya tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan terdahulu yang memerintah negeri Kedah.

ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa, projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik persendirian dan telah pun dijual berpuluh-puluh tahun dahulu.

"Tanah seluas 190 ekar itu bukan saja baru dijual, dimiliki dah berpuluh-puluh tahun oleh orang persendirian.

"Projek pembinaan jirat Cina ini telah diluluskan dalam Jabatan Perancangan Bandar Negeri Kedah pada tahun 2007, semasa YB Dato' Seri Mahawangsa Mahdzir Khalid jadi Menteri Besar," ujar beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau, 'buffer zone' antara rumah penduduk dengan jirat Cina tersebut hanya 20 ekar, tetapi setelah perbincangan diadakan antara Majlis Perbandaran Kulim, pemaju dan penduduk, ianya dilebarkan hingga 80 ekar.

"Penduduk pernah buat bantahan pada tahun 2007, tapi tiada jalan penyelesaian, jadi apabila Pakatan Rakyat memerintah, satu dialog diadakan antara Majlis Perbandaran Kulim, penduduk dan pemaju.

"Selepas kertas cadangan masuk dalam mesyuarat Exco untuk lebarkan 'buffer zone', pemaju telah bersetuju dengan syarat tersebut, daripada 20 ekar kepada 80 ekar," jelas beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Dok Kira PARASIT yang dia PELESIT tak sedaq laa pulak...

Parasit: Pas Kelantan cabar Hasan Ali tunjuk bukti
ROSMIZA KASIM
19 Februari 2012

KOTA BHARU - Pas Kelantan mencabar Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengemukakan bukti siapa parasit sebenar yang dimaksudkan wujud dalam kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, bekas pemimpin Pas Selangor ituperlu berhenti membuat sebarang tuduhan sekiranya tidak mempunyai bukti kukuh.

“Jangan buat tuduhan melulu, saya pun orang yang dekat dengan (Mursyidul Am Pas, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), jika betul ada,sepatutnya dia buktikan kepada pimpinan Pas.

“Apa niat dia (Hasan) yang sebenarnya sehingga sanggup mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi media dan tiada bukti,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semasa ditemu ramah dalam program bual bicara menyatakan dalam Pas Kelantan wujud parasit, yang dekat dengan Nik Aziz.

Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan Hasan yang mendedahkan perkara itu secara terbuka seolah-olah menunjukkan dirinya seperti menyebelahi pihak Umno.

“Dia bukan ahli Pas lagi, tetapi sekiranya dia jujur dan mahu menjaga Pas, tidak perlulah terus membuat tuduhan seperti ini,” katanya.

Nampak sangat nak ambik kesempatan.. Masa 2007 lagi orang dah hingaqnya.... saja nak boh taik kat K'jaan Negeri

Tumpu kubur Islam dulu
Wartawan Sinar Harian
19 Februari 2012
Tumpu kubur Islam dulu...

SUNGAI KOB - Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim menyifatkan individu dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam demonstrasi berkaitan pembinaan jirat Cina kelmarin didalangi oleh parti atau pemimpin politik tertentu.

Menurutnya, pemimpin parti politik atau NGO terdiri kalangan mereka beragama Islam seharusnya memberi tumpuan terhadap permasalahan tanah perkuburan Islam dan bukan jirat Cina.

“Isu tanah perkuburan Islam di Kulim misalnya makin serius dan harus ditangani segera. Isu memorial park yang akan dibina di Sungai Kob bukan masalah baru, tetapi pernah dibangkit sejak 2007, belum ditangani.

“Penduduk bimbang jika perkuburan dibina dalam kampung itu kemungkinan air sungai yang ada di kawasan itu akan tercemar,” katanya.

Kebelakangan ini isu itu makin diperkatakan dan dua demonstrasi dianjurkan pihak tertentu bagi mengharapkan tindakan pihak berkenaan.

Mohd Zailan berkata, demonstrasi itu diadakan semata-mata untuk menutup kelemahan pihak tertentu dalam pentadbiran mereka dan ia merupakan agenda politik.

Menurutnya, jika penduduk kampung tidak berpuas hati projek bakal dijalankan, mereka boleh membuat laporan mengikut saluran.

“Masa menjual tanah mereka, tidak timbul isu. Tetapi selepas tanah itu dijual, pelbagai perkara dibangkitkan.

“Tak perlu orang Melayu tiba-tiba bangun dan demonstrasi kerana tanah mereka sudah pun terjual,” katanya.

Beliau menyarankan semua terlibat dalam demonstrasi kelmarin memikirkan masalah tanah perkuburan Islam yang semakin serius.

Menurutnya, antara isu di Taman Selasih, ribuan penduduk Islam tiada tanah perkuburan.

“Di tanah perkuburan dekat Masjid Kulim sudah beberapa kali ditambak dan begitu juga di Keladi serta Taman Kenari. Ini yang harus diperjuangkan.

“Selesaikan masalah kita dahulu baru tangani masalah orang lain,” katanya.

Debat Guan Eng - Soi Lek : Sekali Lagi Orang Cina Mendahului Melayu

Saya tidak berkesempatan mengikuti perdebatan di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan Presidean MCA Chua Soi Lek yang berlangsung di Hotel Berjaya Kuala Lumpur semalam dan disiarkan secara langsung oleh saluran tv berbayar yang kadang-kadang siaranya terganggu.. berbelang-belang macam ikan-ikan dalam aquarium bila hujan itu, iaini Astro.

Malam semalam saya hanya membaca ulasan dan laporan menerusi blog dan ada komen-komen yang dihantar oleh Fb ke dalam dinding saya. Beberapa orang penganalisa telah membuat kesimpulan debat itu tidak mencecah realiti sebenar kerana ia bukan menyentuh atau mendalami perkara pokok sebaliknya kedua pendebat lebih hendak menunjuk kebiasaan masing-masing.

Chua Soi Lek cuba menunjukkan dia sebenarnya jaguh kepada orang Cina dengan cuba merendahkan keupayaan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menganggap janji DAP bersama Pakatan Rakyat hanya janji kosong. Mesej Soi Lek bahawa Guan Eng menjadi alat kepada Melayu.

Lim Guan Eng pula menempelak Soi Lek sebagai pemimpin Cina (MCA yang sanggup bersekongkol dengan pemerintahan UBN yang korupsi. Yang cuba digambarkan Guan Eng bahawa MCA berjuang untuk kepentingan puak semata-mata.

Dalam dicelah lain Guan Eng menyatakan kepada Soi Lek mengenai perbezaan tarbiyah Pas dan Umno apabila Soi Lek cuba mempersendakan hubungan dan tindakan DAP mengadakan hubungan dengan Pas yang dianggap Soi Lek Pas hendak membangunkan negara Islam.

Seorang pemerhati politik Melayu pula mengulas tentang debat itu sebagai tidak menarik kerana kelonggaran formatnya menyebabkan debat itu tidak berbeza dengan ceramah saja. Seorang lagi penganalis politik Melayu pula dipetik menyifatkan debat itu sebagai forum budak-budak sekolah.

Nampaknya penganalis itu hanya mampu membuat analisa mengenai kulit dan event itu sahaja tetapi tidak cuba menceduk apa yang perlu dipelajar umum di sebalik peristiwa itu. Apakah makrifat atau rupa diri sebenar tujuan debat itu di adakan. Sebenarnya bacaan lebih jauh terhadap majlis itu perlu diselongkari agar kita tidak ketinggalan LRT.

Tidak mengapa kalau debat itu tidak tersusun atau pun mencapai tujuannya? Dari konteks orang Melayu apakah tujuan yang mahu ditimba dari debat itu? Usah kita bertanya keuntungan atau erti yang hendak diterjemahkan kepada orang Cina dengan berlangsungnya debat itu?

Kepada saya majlis debat itu atas tajuk: Kaum Cina Dipersimpangan: Apakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa, yang dipengerusikan Dr Michael Yeoh dari Institiut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asia) telah mencatatkan rekod tersendiri. Kesedian dua idola kontemporari Cina itu menyerlahkan sekali lagi orang Cina mendahului orang Melayu di Tanah Malaya ini dalam aspek ilmu siasah.

Tindakan yang mereka persetujuan itu menunjukkan keterbukaan dan kesediaan mereka berdepan secara nyata di muka umum. Mereka menjawab tuduhan dan dakwaan masing-masing secara bersemukakan bukannya seperti politik Pandir dan Lebai Malang orang Melayu yang suka bersikap melontar batu sembunyi tangan dan menabur fitnah di serata jerung ataupunb mengedar vcd blue ke rumah-rumah termasuk rumah Tok Imam.

Juteru stail politik mereka ambil itu menunjukkan standard politik orang Cina yang jauh lebih maju dan rasional dari politik orang Melayu yang masih berpaksi dan bersendikan kepada politik adu domba, ugutan, fitnah ataupun dengan mengambil sikap musang berbuluh ayam, masuk reban makan telor kemudian keluar membawa najis.

Makanya langkah Guan Eng dan Soi Lek itu harus dipuji dan dipelajari oleh politician Melayu seluruhnya.

Dalam hemat saya baik Guan Eng maupun Soi Lek mengapa mereka sedia berdebat itu ialah kerana ingin mempamirkan kepada rakyat Malaysia yang orang Cina lebih berani dan sproting dalam menyelesaikan isu-isu kepentingan bersama. Kelabaan yang mereka dapat adalah untuk kaum Cina kerseluruhanya bila mana dunia akan melihat bahawa orang Cina jauh lebih ke depan di tanah Malaya ini walaupun aslanya mereka adalah pendatang. Itu yang mereka hendak pamirkan menerusi siaran langsung itu.

Mungkin juga yang ingin diterjemahkan bahawa orang Cina mempunyai daya dan ilmu kepimpinan tinggi. Mempunyai intergriti dan leadhsip yang ampuh untuk dinilai oleh kaum mereka. Dalam zaman terbuka ini sikap dan pendekataan itulah yang harus dipraktikan dan bukannya berpolitik secara jumud atau berpandukan kepada 'kin'.

Politik dan pendekatan mereka tidak seperti Melayu yang masih takut dan gerun sesama sendiri tidak menentu. Sikap kolot Melayu ini masih menebal dan terus diwarisi walaupun ia ternyata satu sifat yang negatif. Sebab itu apabila orang Melayu Pas atau PKR ingin memasuki ke sesuatu kawasan yang tebal dengan 'keUmnoaan' maka mereka akan dihalang dan disekat. Atau pun ceramah mereka akan diganggu.

Begitu juga dengan 'pesta-pesta dayak' ala-ala politik tidak baligh seperti berdemonstrasi di perkarangan masjid sambil menaikan spanduk mengecam sesama Melayu menjelaskan kebundakan orang Melayu. Sikap dan tindakan samseng itu menunjukkan siasah orang Melayu belum sihat sepenuhnya.

Semalam semasa menghadiri wacana politik di ibu negara anjuran Kumpulan Aktivis Media Indipenden (Kami) ada seorang wartawan Cina membuat definasi mengenai sikap dan minda politik Cina dan Melayu yang jauh berbeza. Menurut beliau minda politik Cina lebih membangun (responsif) berbanding dengan minda politik Melayu yang pasit (lesu senyap).

Sebagai contoh katanya untuk mengempen orang Cina supaya menolak UBN bukan payah sangat ia cukup setakat menyebut perkataan Teo Beng Hock --- iaitu pegawai Exco Selangor yang ditemui mati di pejabat SPRM. Katanya dengan mengungkitkan peristiwa itu saja orang Cina akan menolak UBN.

Berbeza dengan minda orang Melayu. Walaupun diceritakan mengenai koruspi dalam projek lembu gemuk (NFC) mereka buat lembu kenyan tidak mempedulikan dan akan mudah melupai sesuatu tragedi yang menimpa diri mereka. Penjelasan wartawan berkenaan bagi saya mencabar air muka orang Melayu termasuk saya.

Mengenai debat Guan Eng dan Soi Lek itu orang Melayu harus merasa hina diri dan malu. Mereka secara tidak langsung terbiyah politik atau pun bagaimana hendak tambah nilai diri oleh orang Cina dilakukan secara tidak sengaja. Kesediaan Soi Lek untuk berdebat dengan Guan Eng itu juga semacam mencabar atau sengaja untuk memberi malu kepada Najib Razak yang membisu atas cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat kandati bagi mengemas kilas kain masing-masing di hadapan ramai.

Kesimpulan dari saya perdebatan kedua tokoh Cina itu di samping mereka hendak menunjukkan ego masing-masing tetapi dari sisi lain ia mahu mengejek akan kenaifan orang Melayu dalam politik.

Justeru kalau apa yang saya tafsrikan benar maka Najib tidak perlu berlengah, nah sahutlah cabaran Anwar untuk berdebat. Perdebatan itu sama dengan matlamat Guan Eng dan Soi Lek bukan untuk mencari siapa yang menang dan mengalahkan siapa tetapi tujuannya hendak menunjukkan bahawa orang Melayu juga ada standard dan quality hidup sama dengan orang Cina.

Manakala kalau tujuan berdebat nanti untuk mencari siapa yang menang dan untuk mengalahkan di antara satu sama lain maka jelas piwaian yang hendak dicapai untuk orang Melayu dengan debat itu gagal dan tidak membawa apa-apa makna untuk Melayu.

Saya cadangkan debat demi kehormatan Melayu itu boleh diadakan di Dewan Merdeka PWTC disiarkan oleh saluran tv kerajaan manakala moderatornya ialah Prof DiRaja Ungku Aziz. [wm.kl.11:02 am 19/02/12]

Mohd Sayuti Omar,

Beza bila berkawan dengan PAS dan berkawan dengan UMNO....!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/429645_10150563618367157_319981142156_9051698_650229539_n.jpg

Tengoklah dunia.. Inilah mentality pemimpin yang kita nak.. bercakap untuk kepentingan semua pihak dan tidak sekadar pada kaum masing-masing sahaja...

itu pun jangan UMNO dok jaja situlah kata DAP nak cucuk hidung PAS... sedangkan hakikatnya kawan mereka sendiri menentang suruhan AGAMA mereka....

Dok Kutuk Anwar Iktiraf Israel mai depa dok meniaga dengan Israel boleh la pulak..!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/418927_10150563711007157_319981142156_9052268_590537451_n.jpg
barang dagangan dari israel ke Malaysia.siapa kata malayisa tka suka Israel?
hahahhaha..habis semua kena tipu dng AMANO.hahahhahahah

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/431398_194054194029056_100002734302697_257815_1498171512_n.jpg
Lori Bawa Kontena ISRAEL

Bukti Malaysia Rakan Dagang ke-15 Israel di jalanraya berhampiran anda... Saya ambil gambar ini petang semalam. Gambar ini di ambil oleh Isteri ketika kereta saya memintas trailer ini... Oleh kerana x dapat angle dari belakang (dengan no plate), maka saya besarkan sticker aduan LPKP sebagai bukti lori ini di Malaysia, bukan di Thailand...

Maklumat tentang syarikat Zim telah pun di dedahkan di dalam Utusan Malaysia sebelum ini...


Aduhai.... Blogger UMNO Fitnah Tahap 'Yahudi Laknatullah 5 bintang'.

Blog Kedah La

Fitnah adalah rukun nombor satu ajaran sesat blogger UMNO. Kedah La nak dedahkan satu lagi fitnah terbaru yang berlevel 'Yahudi Laknatullah 5 bintang'. Maknanya fitnah yang paling jahat takdak dah... Gorengan fitnah depa cukup kreatif. Mai kita pakat baca fitnah tersebut..lepas tu ludah tuih2 5 kali kat blogger UMNO tu macam ludah setan.


DARI A.SETAR... PUSAT DAKWAH AKAN DIROBOHKAN?
Assalamualaikum...

MKT hari ini mendapat satu berita yang agak keterlaluan berkenaan PAS Kedah. Oleh kerana terlalu mengejar undi bangsa selain Melayu maka PAS Kedah akan menggadaikan satu lagi simbol agama Islam yang sudah lama bertapak di Bandaraya Alor Setar iaitu Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah. Madrasah Salihiah Kangchut pun belum lagi selesai urusannya dengan mahkamah dicadang pula hendak meruntuhkan lagi simbol Islam yang lain pula. Apakah relevannya PAS Kedah hendak melakukan sedemikian rupa?

MKT mendapat berita ini dari salah seorang pegawai di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang menurutnya beliau juga berasa risau dengan kegelojohan Kerajaan PAS Negeri Kedah yang sanggup menggadaikan agama demi mendapatkan undi dari bangsa lain.


MKT juga dimaklumkan bahawa di tapak itu akan didirikan tempat letak kereta untuk menampung kesesakkan lalu lintas di sekitar kawasan tersebut yang menjadi nadi kepada Bandaraya Alor Setar. Khabarnya juga kontrak untuk memajukan kawasan tersebut diserahkan juga kepada orang dari luar negeri Kedah. Dan yang lebih menariknya ianya bukan dari golongan Islam.

MKT juga hendak bertanyakan kepada Kerajaan Negeri Kedah, mengapakah begitu gelojohnya PAS Kedah hendak menjual simbol Islam di Kedah ni? Tidak cukupkah lagi dengan Madrasah Salihiah dijual kepada bangsa lain, hingga Pusat Islam ni pun hendak jual jugak ker? Ingat-ingatlah dosa dan pahala sama,...

Seingat MKT, Selama 51 tahun Kerajaan UMNO/BN memerintah pun tidak pernah sesekali hendak mengusik simbol-simbol Islam di negeri ini, apatah hendak merobohnya..Tetapi PAS memerintah baru sahaja 4 tahun sudah hampir 2 simbol Islam hendak dirobohnya. Islam suruh buat begitu ker? Tepuk dada dan tanyalah iman masing-masing...

P/S dari MKT : Inikah pemerintahan Islam? Merobohkan masjid, surau dan pusat Dakwah? Betullah seperti yang kebanyakkan orang-orang PAS perkatakan, PAS bukan seperti dahulu. PAS sekarang sudah menjadi parti gila. Parti GILA KUASA!!

Bendung Malaysia jadi hab dadah antarabangsa

Kaji semula dasar terlalu terbuka visa, pas lawatan pelajar
Oleh Anwar Patho Rohman

LAPORAN Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), November lalu, mendedahkan kumpulan mafia dadah antarabangsa dari Afrika dan Iran semakin aktif dalam pengedaran methamphetamine di Asia Tenggara hingga ke Asia Timur.

Pil rangsangan (ATS) termasuk amphetamine dan methamphetamine atau syabu menjadi dadah pilihan di kebanyakan bahagian di Asia Tenggara dan Asia Timur, khasnya sejak 1990-an, menggantikan dadah berasaskan tumbuhan seperti heroin, candu dan ganja.
Ia mudah dihasilkan di mana saja dan memberi keuntungan lumayan menerusi pelaburan kecil. Peningkatan penggunaan dadah itu dilaporkan oleh kebanyakan negara di rantau ini terutama pada 2010 dan tahun lalu.

Penjenayah Afrika yang terbabit dalam jual beli kokain dan heroin beralih kepada penyeludupan ATS, manakala kumpulan Iran dikenal pasti sebagai ancaman besar penyeludupan dadah di rantau ini.

Tidak hairanlah Malaysia berjaya menahan seramai 228 penyeludup dadah dari Iran pada 2009 hingga 2010 kerana menyeludup methamphetamine.

Sepanjang tahun lalu saja, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas pelbagai jenis dadah seberat 187.45 kilogram (kg) bernilai lebih RM34 juta selepas mematahkan 39 cubaan menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Rampasan paling banyak membabitkan dadah jenis methaphetamine atau syabu iaitu 125.2kg (RM31.78 juta), diikuti ketamin 47.55kg (RM666,585); eramin sebanyak 9.5kg (RM958,000); heroin 3.21 kg (RM640,000) dan ganja 1.8 kg (RM4,320).

Sepanjang tahun lalu, KDRM KLIA menahan 30 suspek, sembilan warga Nigeria, enam rakyat Malaysia, lima India, tiga Iran, dua Cyprus dan masing-masing seorang warga Vietnam, Sweden, Pakistan, Sierra Leone serta Azerbaijan kerana disyaki menjadi keldai dadah sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, ada tiga kes warga asing khasnya dari Iran ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan KDRM kerana kesalahan menyeludup dadah di KLIA atau memproses dadah di banglo mewah di ibu negara.

Ada beberapa faktor yang mendorong kepada perkara ini berlaku antaranya, tahap keselamatan di pintu masuk negara yang lemah di samping sikap ‘tidak apa’ di kalangan pegawai yang menjaga keselamatan pintu masuk negara.

Mungkin tidak adil menuduh pegawai jabatan kerajaan bersikap sambil lewa, tetapi penyeludupan dadah boleh dihalang jika semua pihak mempunyai inisiatif untuk mengetatkan pemeriksaan dan pemantauan di setiap pintu masuk negara ini.

Justeru, cadangan KDRM sebelum ini yang mahu menempatkan mesin pengimbas canggih dan berteknologi tinggi amat dialu-alukan bagi mengatasi jenayah penyeludupan dadah berleluasa di lapangan terbang atau pelabuhan di negara ini.

Pada masa sama, pakar kriminologi, Datuk Akhbar Satar, berkata agensi penguatkuasaan mempunyai pelbagai alternatif untuk mengekang jenayah ini seperti menambah pegawai risikan yang cekap dan berpengalaman serta berintegriti tinggi.

Katanya, pegawai risikan ini perlu bertanggungjawab, tidak mudah digoda dengan rasuah sehingga bersikap ‘tutup mata’ dengan tidak memeriksa barang atau bagasi suspek yang disyaki penyeludup dadah.

“Agensi keselamatan perlu memiliki alat pengesan atau pengimbas dadah untuk mengawal kemasukan dadah atau barang larangan lain. Walaupun begitu, kita tahu penjenayah juga bijak. Mereka akan mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.
Kita hanya perlu memiliki alat lebih canggih,” katanya.

Beliau mengambil contoh, pihak keselamatan lapangan terbang di luar negara seperti di Melbourne, menempatkan pegawai berserta seekor anjing pengesan untuk menghidu dan memeriksa bagasi yang disyaki mengandungi bahan larangan seperti dadah.

Satu lagi kelemahan yang perlu diambil perhatian sistem saringan dan keselamatan kemasukan warga asing ke Malaysia, kata Akhbar, ialah dasar terlalu terbuka dalam pemberian visa atau pas lawatan pelajar kepada warga asing khasnya dari Iran dan Afrika.

“Ada yang menyalahgunakan pas pelajar untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah. Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu membantu pihak penguatkuasa bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Beliau juga tidak menolak kebanjiran warga asing ke negara ini seperti Iran di Nilai 3, Negeri Sembilan, mendorong warga negara itu menyeludup dadah ke negara ini bagi memenuhi keperluan rakyat negara itu yang diketahui bebas mengambil dadah di tempat mereka.

Mengulas mengenai kecenderungan warga asing ini menjadikan banglo mewah atau kondominium untuk dijadikan makmal memproses dadah, Akhbar berkata, ia menunjukkan penjenayah asing sudah mengkaji kelemahan sistem keselamatan negara ini.

Justeru, beliau mencadangkan supaya pihak berkuasa di pintu masuk negara supaya membuat laporan profil terhadap warga asing yang disyaki menjadi kumpulan pengedaran dadah ke negara atau rantau ini.

Beliau berpendapat, permintaan dadah methamphetamine yang tinggi di Malaysia dan rantau ini mendorong mafia dadah berlumba-lumba menyeludup dadah menerusi negara ini, yang akhirnya mencemar dan memburukkan nama negara.

Antara kenyataan 2 Pimpinan bukan Islam berbangsa Cina dalam debat petang semalam

http://media1-cdn.malaysiakini.com/442/50b151a4c1adfb9a2f6cc9f7817171bc.JPG

Antara kenyataan 2 Pimpinan bukan Islam berbangsa Cina dalam debat petang semalam:

Chua Soi Lek: "Kita orang Cina berani menentang menentang & melawan UMNO terutama dalam bab Hudud, adakah DAP berani dalam hal ini...???"

Jawab Lim Guan Eng: "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab Agama kita".

Nampak perbezaan "Tarbiyah rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat dengan "Tarbiyah" rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional..? [Topeng Perak Unmasked]

Piala FA : Kita menang..!!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash2/s720x720/166915_10150611091499906_246271459905_8980636_1735473679_n.jpg

Kita menang..!!! Kedah menewaskan PKNS melalui penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 4-2. Perlawanan di masa sebenar dan masa tambahan berkesudahan 1-1.

Gol tunggal Kedah di dalam tempoh 120 minit dijaringkan oleh SAFI ABDELFATAH manakala 4 sepakan penalti yang berjaya disempurnakan adalah melalui G-NAN, MEEN, SAFI & THIRU.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/421141_10150611122844906_246271459905_8980678_558339682_n.jpg

Safi pada malam ini berjaya menghiburkan rata2 peminat hijaukuning seawal minit permainan bermula. Tanpa menunggu lama gerakan yg dimulakan oleh beliau sendiri membuahkan hasil jaringan gol peribadi pertama beliau yg cantik pada minit ke-4 permainan.

Setiap kali beliau mengawal bola, peminat2 sudah tahu akan berlaku satu 'magic' dalam lenggokannya. Helwa, helwa, helwa... mungkin Sujud Safi ini membawa berkat kepada pasukan Kedah untuk terus layak ke pusingan seterusnya. Adakah Sujud Syukur di bumi Darul Aman ini akan membawa skuad Kenari ke perlawanan akhir Piala FA?

Sama-sama kita nantikan. Teruskan sokongan anda. SAFI 'zidane' ABDELFATAH, sinar yg kita nantikan selama ini.

Kedah bakal berhadapan dengan jiran tetangga PERLIS pada 10 MAC ini di dalam perlawanan Pusingan Kedua. Apa pun, alhamdulillah di atas kemenangan ini..!! Syukur.. [Hijaukuning.Com]


Maahad Tahfiz Sains: Lagi Kedah di bidang pendidikan

PULAU TUBA – Selepas Kolej Universiti Insaniah dinaiktarafkan, kerajaan negeri mengembangkan pembangunan pendidikan dengan membina satu lagi pusat pendidikan, iaitu Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, di sini.

Pembinaan Maahad Tahfiz ini adalah bukti bahawa sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab kepada rakyat, kerajaan amat serius dalam pengajian yang menjurus kepada agama dan sains.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, projek bernilai RM15 juta ini dicetuskan setelah beliau mengadakan dialog bersama penduduk Pulau Tuba.

“Tak sampai setahun yang lepas, saya telah melawat pulau ini, bersama kakitangan kerajaan dan Exco, kita telah adakan dialog dengan rakyat, seorang dari pulau ini minta kerajaan buat sekolah agama, jadi saya berjanji, InsyaAllah saya akan usahakan.

“Setelah dibincang bersama mereka yang terlibat, ianya pun jadi, tapi saya tak mau lambat, bila siap baru belajar, maka saya suruh cari tempat sementara dulu, iaitu di Kulim.

“Permintaan daripada ibu bapa untuk masuk sekolah amat menggalakkan, ini kerana ibu bapa telah sedar betapa penting penndidikan agama kepada anak-anak, selain akademik,” jelas beliau pada majlis pecah tanah Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, di sini.

Sekolah berasrama penuh ini dilengkapi dengan 20 bilik darjah, empat makmal sains yang dilengkapi makmal fizik, kimia, biologi dan makmal biasa, surau, pusat sumber, kantin dan kuarters untuk guru dan kakitangan sekolah.

Projek ini dijangka siap dalam masa tiga tahun yang mampu menempatkan 300 pelajar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...