TERKINI :

Friday, February 17, 2012

Bukti Video - Anwar baru bercakap Tapi Malaysia dah cium mulut dah pun dengan Israel..!!



PELABUHAN KLANG, 12 Jun 2010 - Kira-kira 100 ahli Kesatuan Kakitangan Northport (Malaysia) Bhd (NMB) hari ini berdemonstrasi secara aman di hadapan pintu utama kontena Terminal 1 di sini bagi mendesak kerajaan tidak membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara.

Presidennya, Ahmat Abu, berkata pihak berkuasa di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan operator pengendalian terminal pelabuhan seharusnya lebih peka dan bertindak secara kolektif, telus dan berani selaras dengan semangat bersatu menentang kekejaman Israel.

"Kami mendesak pihak berkuasa di LPK, Northport, Westports dan Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan pendirian bagi memboikot kemasukan kapal-kapal dari Israel sama ada untuk tujuan dagangan atau tujuan lain, melakukan persinggahan di pelabuhan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kesatuan itu akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung kemasukan kapal Israel ke Pelabuhan Klang kepada pengurusan Northport hari ini.

Sebelum ini, kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei dan 7 Jun lepas menimbulkan persoalan kerana Malaysia dan Israel tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa kapal kargo Israel dibenar memasuki pelabuhan di negara ini untuk tujuan perdagangan.

- BERNAMA

Tu diaa aihh MENIPU lagi.. cuba laa hangpa cek IC hangpa tengok..!!

SATU LAGI CARA GEROMBOLAN TIPU UNDI

PENCERAHAN DARI PEMBACA

saya ada satu cerita pelik tapi benar yang berkaitan. Pada tahun 2008, saya menukar IC saya untuk mohon kerja buat kali pertama di sebuah pasar raya. Jika di lihat dari luar, IC saya kelihatan normal dan alamatnya betul, alamat rumah saya di Kota Tinggi, Johor. Pada tahun lepas, saya baru perasan ada yang tak kena dengan IC itu, apabila saya menggunakan mesin MyEG (mesin bayar cukai jalan automatik). Di skrin lcd mesin itu akan terpapar maklumat di dalam cip MyCard dan alangkah terkejut bertambah hairan apabila melihat maklumat-maklumat dalam cip IC saya.

Nama penuh betul, No.IC betul, bangsa betul, agama betul, alamat salah. Alamat yang tercatit dalam cip IC saya adalah sebuah rumah pangsa di Pandamaran, Pelabuhan Klang Selangor Darul Ehsan. Eh.. sejak bila saya tinggal di Pandamaran, Pelabuhan Klang. KL baru sekali saya pergi, Selangor pun setakat singgah kat Kajang.. makan sate. Alamat dalam cip MyCard saya tak sama dengan alamat yang dicetak pada permukaan Mycard, iaitu alamat rumah saya di Kota Tinggi.

Baru-baru ini, saya mendaftar buat pertama kalinya sebagai pengundi menggunakan IC yang sama( saya ingat diorang ikut alamat yg tercetak kat luar), sungguh mengecewakan apabila saya semak nama saya di laman web spr, kawasan mengundi saya bukan di johor.. tetapi di DUN Pandamaran dan parlimen Klang. Macam mana lah saya nak mengundi nanti.. takkan lah naik Bas Ekspres macam orang balik raya pergi ke Selangor untuk buang undi. Dah lah first time, langsung tak tahu-menahu. entah konspirasi apekemende lah ni.. ini mesti kerja tangan tersembunyi united malays national organization. diorang ni memang kaki konspirasi. nasib baik la umur saye tak 100 tahun diorang buat.

By Mesin Taip on KERAJAAN SELANGOR AKAN JATUH on 2/17/12


TURUN KUANTAN AHAD 26 FEB


Akhirnya Bn Mengaku Jugak!

Rakyat Miskin Berjemur di Tengah Panas Untuk
Menerima Kembali Wang dari Hasil Titik Peluh nya


Memang dungu sesetengah pemimpin2 UMNO ni. Ada yang sanggup kate bahawa penyokong2 Pakatan Rakyat tidak malu terima wang 'bantuan' BR1M@BRM1M (Bantuan Rakyat Miskin 1 Malaysia). Pemimpin2 UMNO yang tolol ni sifat kan bantuan BR1M itu UMNO yang punya.

Tetiba malam kelmarin berita perdana katakan itu "wang rakyat untuk rakyat' pula. Agak nya mereka ni baru tersedar dari kebodohan nya. Sekarang mereka baru sedar selama ni mereka dah kebas wang rakyat dan apabila dah nazak baru teringat nak pulangkan balik kepada rakyat.

Cuma rakyat yang masih dungu2 saja yang kurang faham, mereka masih ingat itu wang bantuan dari UMNO untuk ringankan beban kemiskinan rakyat. Memang selama ni semua pemimpin2 UMNO dah jadi kaya raya banyak harta dan wang ringgit berjuta2 hasil dari 'rompakan' wang rakyat.

Rakyat yang pintar harus sedar bahawa selama ni kita telah di tiup dan dipermain kan oleh UMNO setiap kali PRU menjelma - mereka gula2 kan kita dengan wang ringgit dari hasil titik peluh kita untuk mengekal kan kuasa politik mereka.

PRU 13 ada peluang terbaik bagi kita untuk menjahanamkan ahli2 politik yang tamak gila kuasa dan harta ini.

wak labu @ http://siasahkini.blogspot.com/2012/02/akhirnya-bn-mengaku-jugak.html

Mahkamah benar halang KPF lupus hutang kepada FGVH

February 17, 2012

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan injunksi interim bagi melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang ini selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF.

Antara permohonan yang dibuat plaintif (ahli KPF) adalah injunksi interim yang melarang sebarang perbincangan, menguatkuasakan sebarang keputuan, dan melupuskan samada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik FGVH.

“Keputusan itu sangat menggembirakan warga Felda dan perjuangan kita untuk memastikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia tidak berlaku,” kata Presiden Anak, Mazlan Aliman (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan, mesyuarat agung khas (EGM) KPF pada 22 Februari ini boleh dilaksanakan tetapi, mereka tidak boleh membincangkan berkenaan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

“EGM boleh diadakan tapi mereka tak boleh bincang tiga perkara yang dipohon itu, kata Mazlan lagi.

Sementara itu, peguam Harris Abdullah berkata, jika EGM tersebut tetap membincangkan penyenaraian FGVH, mereka boleh didakwa menghina mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami tak halang mereka mengadakan EGM tersebut, tetapi jangan bincang soal pelupusan ekuiti KPF untuk penyenaraian FGVH.

“Kalau mereka tetap usulkan perkara ini, kita boleh mendakwa mereka kerana menghina mahkamah dan tindakan undang-undang boleh diambil.

Jadi mereka kena patuh pada perintah mahkamah,” katanya yang juga merupakan ahli jawatankuasa Anak.

Buang Buku Jingga - Mat Maslan Ulangi Perbuatan Anwar, Khir Toyo

Bila saya tengok gambar Ahmad Maslan sedang memegang Buku Jingga untuk dibuang ke dalam tong sampah di sebuah pentas yang indah di hadapan para peneroka saya teringat kepada dua peristiwa satu yang menimpa ke atas diri saya sendiri dan satu lagi ke atas Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Peristiwa yang menimpa saya ialah bagaimana Anwar Ibrahim mengherdik dan memperlekehkan saya apabila saya menulis sebuah buku politik berjudul Anwar Ibrahim: Mimpi Dan Realiti. Buku itu mengkritik peribadi dan stail politiknya. Kejadian itu berlaku selepas tiga tahu apabila berliau tersua dengan saya di parlimen.

Saya masih ingat antara herdikan Anwar; "Buku you memalukan apa lagi kalau dibaca oleh anak-anak sekolah, elok di tong sampahkan!" Oh...begitulah kata Anwar dengan suara yang angkuh. Di sekelilingnya ada beberapa orang kawan saya yang mendengar herdikan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia orang nombor dua terkuat di Tanah Malaya.

Saya tidak mudah gelabah dan gentar dengan herdikan Anwar. Saya menjawab dan menyambut kata seperti mana gendang yang Anwar tabuhkan. Dia juga peragah dengan tindakan saya yang dia kira saya anak cicak.

Di dalam buku itu ada saya tulis fasal dia bergambar dengan perempuan dan bersalam dengan wanita bukan ajnabi. "Lepas ini dengan perempuan mana pula you nak taruh dalam buku?" begitu tanya Anwar dengan menyinga.
Tanpa membiarkan saat berlaku saya terus menjawab; "tenguklah dengan artis mana you bergambar saya akan masukan."

Selepas itu ada lagi dialog keras dan kering saya dengannya. Rasanya tidak elok kalau saya turunkan di sini sebab perkara ini sudah berlaku lebih 19 tahun. Peristiwa itu berlaku tahun 1993 dan mungkin Anwar sudah pun melupainya apabila beliau membaca buku saya membela beliau selepas dizalimi Mahathir berjudul; Sumpah dan Airmata: Reformis Bangsa.

Peristiwa kedua yang mengimbaukan ingatan saya tatkala melihat gelagat Mat Maslan ialah yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor yang dihadiahkan penyapu oleh Khir Toyo yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor. Pegawai itu dihadiahkan penyapu kerana jajahan yang dibawah pentadbirannya gagal menunjukkan prestasi seperti mana ditetapkan, pentadbiran lemah menyebabkan cukai tidak banyak dikutip.

Kononnya dengan pemberian penyapu itu sebagai simbolik untuk pegawai itu membuat pembesihkan ke atas para pegawainya yang lemah dan gagal mencapai prestasi yang diharapan. Pemberian itu dibuat di satu majlis yang dihadiri oleh semua pegawai daerah. Niat Khir mungkin baik tetapi cara yang dibuatnya tidak beradat.

Kedua peristiwa yang saya sebut tadi, baik yang menimpa saya oleh Anwar dan yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor oleh Khir Toyo seakan telah terbalas. Walaupun saya tidak mengharap Anwar jadi seperti hari ini, terlepas jawatan Perdana Menteri di era Mahathir, tetapi ia terubat dengan apa yang ada hari ini. Yang sudah biarlah sudah malahan hari ini simpati dan kesian saya kepada Anwar menyebabkan saya membela kezaliman dilakukan terhadapnya.

Setidak-tidaknya Anwar akan mengenang kembali apa yang saya tegur beliau dalam buku berkenaan. Apa yang saya peringatkan kepadanya di dalam buku berkenaan adalah demi kebaikannya tetapi dianggap sebaliknya waktu itu. Itu satu kesilapan di mana kita sebagai manusia jangan mudah meremehkan nasihat orang lain hatta dari siapa yang memberi nasihat dan kritikan itu.

Begitu juga nasib yang diterima Khir hari ini telah menginsafkannya. Walaupun pemberian penyapu itu bukan sebab utama beliau menjadi seperti hari ini tetapi Khir boleh ingat kembali bahawa perbuatan itu memalukan pegawai daerah berkenaan. Walaupun Khir berniat baik demi untuk meningkatkan daya kerja dan memajukan Selangor tetapi hadiah itu tidak kena dan mengaibkan orang lain. Apa lagi penyapu dalam budaya Melayu sesuatu yang menyialkan. Apabila kita mengaibkan orang lain sebegitu rupa maka lambat laung kita juga akan merasai aid yang sama.

Hari ini saya rasa pegawai yang menerima penyapu itu boleh hidup aman damai dalam perasaraanya, sebaliknya Khir masih bergelumang dengan rasa takut, malu dan hina kerana didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukum penjara selama 12 bulan.

Apa yang hendak diceritakan hari ini, ialah hal yang hampir sama berlaku yang dilakukan oleh Ahmad Maslan. Perbuatan Mat Maslan membuang Buku Jingga satu perbuatan menghina Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat seluruhnya. Tidak patut Mat Maslan berbuat demikian kerana ia menguris hati orang. Apa yang Mat Maslan lakukan itu sama nilainya dengan tindakan Anwar mengherdik saya dan juga Khir memberi penyapu kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor itu.

Sebagai orang politik Mat Maslan tidak sepatutnya berbuat begitu. Beliau seharusnya sedar Buku Jingga adalah kitab politik Pakatan Rakyat. Ia adalah janji dan manifesto Pakatan Rakyat. Betapa pun janji dan manifesto itu tidak munasabah dan tidak tersaul dek akalnya, tetapi beliau tidak boleh menghina kerana sebagai manifesto ia adalah kita suci dalam politik.

Bukan saja Buku Jingga itu tetapi mana-mana manifesto parti politik tidak boleh dihina. Ia adalah kitab suci politik. Sepatutnya sebelum membuat gimik itu di hadapan peneroka Mat Maslan cuba bayangkan bagaimana kalau ada orang lain mencampak kertas dasar Felda atau pun bendera Umno ke dalam tong sampah. Beliau harus menyelami secara piskologis bagaimana perasaan orang yang menyanjungi buku berkenaan.

Kepada saya apapun alasan tindakan Mat Maslan tidak bijak dan meletakkan dirinya sebagai orang yang tidak matang dalam politik. Seperti mana kata Presiden Anak, Mazlan Aliman apa yang sepatutnya Mat Maslan lakukan ialah membahas secara akdemik apa yang dicatat dalam Buku Jingga berkenaan bukannya menohoknya ke dalam tong sampah.

Era ini bukan lagi zaman orang berak dan kencing atas bendera. Menyatakan kemarahan demikian adalah jenis orang yang tidak ada akalbudi dan belum tamadun.

Sikap Mat Maslan itu kurang lebih daripada perangai Inchek Ibrahim Ali sahaja ataupun kumpulan Melayu polong yang memijak kepala lembu atau pun menganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Apakah Mat Maslan juga sudah dijangkit sindrom takut dan desperate sehingga hilang akal?

Peluang masih ada untuk Mat Maslan membersihkan dirinya. Beliau boleh memohon maaf atas perbuatan itu dan mengambil balik Buku Jingga yang dilemparkan ke dalam tong sampah. Paling afdal bagi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Felda itu ialah merukupkan tong sampah ke atas kepalanya kemudian berjalan keliling padang sebanyak 50 kali. [wm.kl.3:14 pm 17/02/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/susupan-petang_17.html

Segelas milo suam bersama Hata Wahari

Setiap permulaan adalah lambang kepada langkah seterusnya dan untuk itu tidak hairanlah apabila sepanjang Januari 2012 sahaja, DAP menerima kemasukan ‘mengejut’ beberapa pemimpin Melayu. Pada 19 Januari lalu, Hata Wahari, 42, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) membuat kejutan dengan membuat pengumuman yang sama dengan tujuan untuk membantu memperkukuhkan DAP. Wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dan Izmil Amri serta jurugambar Wira Andika sempat menemubual Hata yang bercerita mengenai pengalaman dan pandangan beliau.

Boleh ceritakan sedikit latar belakang sadauara?

Sebaik menamatkan pengajian di Institut Teknologi Mara Shah Alam pada 1993 dalam Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam), saya bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Esso Production Malaysia Inc di Ketereh Terengganu. Setahun kemudian, pada 1994, menukar kerjaya kepada wartawan di Harian Watan untuk beberapa bulan sebelum secara rasminya menyertai Utusan Malaysia pada Mei 1995.

Sebagai seorang wartawan (di Utusan), saya tidak mendapat peluang yang banyak untuk buat liputan secara bebas. Selama 16 tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan saya banyak buat cerita-cerita politik, banyak buat liputan persidangan UMNO, menteri-menteri Barisan Nasional. Banyak menulis rencana-rencana politik, tetapi dalam 16 tahun itu saya kurang kepuasan kerana menulis untuk satu pihak sahaja, cuma tumpu pada BN, apa mereka buat dan itu-ini.

Dalam tempoh pegang jawatan sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, saya banyak menegur Utusan dan akhbar-akhbar perdana yang berat sebelah, dan etika kewartawanan tidak betul yang tidak seharusnya dilaksanakan seperti membuat tuduhan-tuduhan, pelbagai fitnah terhadap parti politik, individu-individu tertentu, termasuk Pakatan Rakyat.

Sifat kewartanan seperti itu yang perlu dikutuk. Itu kita tak mahu. Maksudnya, kebebasan media bukan sahaja setakat pengeluaran permit, tetapi kita mahu rombakan sepenuhnya industri media ini. Maknanya kita mencadangkan mewujudkan majlis media malaysia yang dikawal secara terus oleh Parlimen dan majlis inilah yang akan membuat apa-apa keputusan dari segi industri media itu.

Bagaimana pula pancaroba sebagai wartawan Utusan ketika itu?

Dalam Utusan itu kita cuba mempengaruhi pengurusan editorial untuk keluarkan berita parti-parti lain. Saya pernah hasilkan banyak berita-berita yang berkaitan dengan DAP. Pernah buat liputan ceramah Karpal Singh, Lim Kit Siang… Saya berjaya memujuk mereka untuk keluarkan berita itulah. Masa itu kita gerak seccara senyap untuk mewujudkan kebebasan media dalam Utusan itu sendirilah.

Tetapi fitnah-fitnah dari wartawan lain pula timbul – dituduh penyokong DAP lah, PAS lah, PKR lah…Itu masalahnya. Jadi kumpulan saya tidak pernah layan keadaan sebegitu kerana kita melihat kepada kebebasan media.

Tahun 2010 itu fasa seterusnya bagi kita bergerak secara terang-terangan. Kita tak nak lagi dah sembunyi-sembunyi dan atas sebab itu saya kehadapan membicarakan kebebasan media, kebebasan bersuara. Malah, bukan setakat kebebasan media tetapi yang pentingnya kita perlu menjadi seorang wartawan yang bertanggungjawab.

Selepas itu, sebab pengurusan Utusan tak berapa gemar sangat, jadi saya dipecat dan selepas dipecat terdapat gerakan dalam NUJ yang mahu saya keluar pula dari NUJ. Atas sebab itu juga saya lepaskan jawatan. Tak guna juga exco NUJ tidak menyokong kita untuk membuat kebebasan media. Jadi lebih baik kita keluar dan bentuk satu idea atau gerakan yang lain.

Selama 16 tahun sebagai wartawan, apakah pelajaran dari Utusan Malaysia?

Politik pemisahan, itu yang saya belajar. Apa yang saya belajar pasal politik (dalam Utusan) ialah semua politik negatif sebenarnya. Inilah antara elemen-elemen yang kita tak suka sangat sebenarnya yang berlaku dalam Utusan ini.

Kalau liputan, mesti dari UMNO sahaja. Katakan lihat senarai tugasan, UMNO itu memang wajib buat liputanlah. Lagi satu yang saya belajar dari Utusan ini, kamu melihat parti lain sebagai musuh. itu yang saya tak minat.

Sebenarnya kita sebagai wartawan, perlu independent, perlu ada prinsip-prinsip hidup. Masalahnya dalam Utusan, sekali masuk itu, kita melihat parti-parti lain sebagai musuh. Ideologi sebagai wartawan, sepatutnya perkara-perkara ini kita seimbangkanlah.

Apa yang saya belajar di Utusan, akhbar hanya sebagai pemberi mainan yang sedikit sahaja. Yang pentingnya bagaimana kita nak ubah maklumat itu menjadi favourable kepada kita. Media cuma alat. Persoalannya bagaimana nak biarkan orang ramai menggarap untuk orang senang baca, berfikir. Kita perlu kewartawanan yang membina, memberi liputan gambaran yang sama kepada semua pihak.

Kebebasan media?

Kebebasan media adalah salah satu item yang saya nak perjuangkan. Maknanya bila Pakatan dapat mengambil alih kerajaan, mereka akan lebih kebebasan media yang lebih baik. Berdasarkan pelaksanaan kebebasan informasi itu, sudah nampak kesungguhan. cuma halangan yang akan dihadapi ialah, media-media perdana ini milik UMNO. itu yang perlu dibincangkan.

Saya rasa kalau dapat bebaskan media-media perdana dari pemilikan UMNO, saya rasa media itu akan jadi lebih bebas. Kalau tak wujudkan kebebasan maklumat, dan hapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Rahsia Rasmi dimansuhkan, barulah kita nampak keinginan Pakatan untuk menerajui kebebasan media.

Apa yang dipelajari dari Pakatan Rakyat?

(Setelah dipecat Utusan) saya pernah berceramah di pentas PAS, dan Harakah banyak memberi liputan. Saya pernah bekerja membantu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar segi publisiti selama tujuh bulan dan saya berhenti pada 1 Disember.

Jadi dalam ketiga-tiga parti ini, kalau kita lihat sidang media, ketiga-tiga Ahli Parlimen dari tiga parti mesti ada – tidak asingkan isu. Maksudnya sesuatu isu itu kita berjuang bersama. Contohnya dalam isu NFC, ketiga-tiga parti bersuara. Makna kata, kita ada budaya untuk memastikan perkara itu digembar-gembur dan diutamakan kepada media dan orang ramai.

Umpama sebuah pembentung air – apa isu kita perjuang bersama. Itu budaya yang saya terima dan saya akan cuba kembangkan lagi.Itu budaya yang tidak ada dalam mana-mana parti dalam BN. Contoh isu Jalan Sultan, Pakatan bersama-sama bersuara. Tetapi dalam BN, cuma MCA sahaja. Mana UMNO, mana MIC dan parti komponen BN lain dalam isu ini?

Bagaimana minat politik dan kenapa pilih DAP?

Politik ini dah minat lama dah. Sebagai wartawan, bekerja dengan ahli politik, buat liputan jadi benda-benda politik ini memang sesuatu yang kita dah kenal rapat, bukan setakat minat, tetapi secara in depth menganalisis kedudukan parti, kedudukan calon itu.

Cuma masalahnya, bila saya buat keputusan untuk berpihak, adakah saya dikatakan menjadi seorang yang atas pagar, sokong dari segi mengundi, sokong dengan menjadi ahli? Jadi sebagai wartawan kita mengkaji, bukan duduk diam sahaja. Kerana itu mengkaji apakah buruk baik kalau saya sertai PAS macam mana, kalau PKR macam mana, kalau DAP macam mana.

Saya fikir DAP ini mudah sahaja, untuk jadikan negara yang bebas rasuah, yang ikut lunas undang-undang dan itu terutamanya. DAP paling banyak bercakap mengenai kebebasan, kebebasan informasi, kebebasan media, kebebasan bersuara, jadi saya fikir ianya sesuai.

Saya fikir prinsip saya lebih sesuai DAP. Prinsipnya ialah untuk independently survive, berjuang secara meritokrasi, tak perlukan orang sokong kita untuk hidup dalam politik. Jadi sekarang saya akhirnya buat keputusan untuk menyatakan pendirian sebenar saya untuk menyokong DAP secara terbuka.

Bagaimana dengan peluang Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13?

Buat masa ini (kalau diadakan pilihan raya sekarang), peluang adalah 50-50 (untuk Pakatan membentuk Kerajaan Pusat). Cuma kita kena tarik sokongan pengundi. Kalau kita dapat menarik mereka melihat kita secara positif, parti DAP sebagai parti yang tak dikaitkan dengan parti cauvinis ke apa ke, maka ianya akan cerah untuk kita.

Bagaimana pun buat masa ini juga saya rasa pandangan (stereotaip terhadap DAP) itu dah mula berubah. Kalau lihat di Pulau Pinang, saya banyak baca berita dari sana dan dapat banyak yang positif, malah rakan-rakan saya di sana pun, cakap mereka enjoy dan senang kerja di sana. – Roketkini.com

Ketakutan Mahathir Jika Anwar Jadi PM Makin Menggila

Oleh Shahbudin Husin

Tulisan terbaru Tun Mahathir yang mengatakan Amerika dan Israel memang mahu melihat berlakunya pertukaran kerajaan di Malaysia sebagaimana yang berlaku di Asia Barat, memang menarik untuk dilihat dalam konteks negara yang sedang "panas" menuju PRU 13, lebih-lebih lagi pilihanraya kali ini juga dianggap oleh banyak pihak sebagai ibu kepada segala pilihanraya.

Dalam tulisannya, Mahathir juga tanpa berselindung menyebut bahawa Amerika dan Israel tidak menyenangi kerajaan yang dipimpin Najib sekarang kerana bersikap berkecuali serta menjalin hubungan dengan China dan Rusia.

Menurut beliau lagi, calon Amerika dan Israel untuk dijadikan kerajaan boneka mereka ialah Anwar Ibrahim.

Meneliti tulisan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini lantas mengingatkan kita bahawa Mahathir juga pernah berbaik-baik dengan Amerika dan Israel, malahan pernah membayar pelobi Zionis, Jack Abramovich sebanyak AS1.2 juta untuk bertemu dengan Presiden Amerika George Bush. Di zaman Najib pula, hubungan Malaysia dengan Amerika serta kaitan dengan Israel lebih dahsyat lagi.

Selain melantik rakan baiknya, Jamaluddin Jarjis sebagai duta khas bertaraf menteri ke Amerika untuk menjalin hubungan yang lebih akrab dengan Amerika, Najib juga lebih kerap mengunjungi Amerika dan sering menjadikan pertemuan denfan Barack Obama sebagai bahan kempen untuk menaikkan namanya di persada dunia dan di mata rakyat.

Lebih dari itu, Najib juga melantik syarikat Amerika yang ada kaitan dengan Israel iaitu APCO sebagai penasihat medianya di peringkat antarabangsa, melaksanakan hubungan dagang yang lebih aktif serta membenarkan beberapa delegasi sukan Israel datang ke Malaysia dan membiarkan kurma Israel dibawa masuk serta dinikmati oleh umat Islam negara ini.

Meneliti semua senario itu, maka timbul persoalan, apakah sebenarnya niat Mahathir membangkitkan kaitan antara Anwar dengan Amerika dan Israel sekarang ini?

Jawapannya tidak lain ialah kerana Mahathir kini mula mempunyai ketakutan yang menggila andainya BN tumbang dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya Anwar menjadi Perdana Menteri. Sebagai orang yang pernah melatih Anwar sebagai penggantinya tetapi kemudiannya membuangnya dengan pelbagai tuduhan dan dengan harapan Anwar akhirnya akan "reput" dalam penjara, logiknya tentulah beliau tidak mahu Anwar menduduki kerusi yang pernah diempukinya selama 22 tahun itu.

Sebelum ini juga beberapa serangan telah dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar dengan tujuan menghakis sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu. Apa saja yang boleh dilakukan untuk menghalang kemaraan Anwar, pasti akan dilakukannya.

Mahathir tidak akan sanggup melihat musuh politik nombor satunya itu berkuasa semula. Permusuhan Mahathir dengan Anwar nampaknya hanya berakhir bila salah seorang dari mereka bersemadi di pusara yang abadi. Dengan pendakian Anwar bersama Pakatan Rakyat makin hampir menuju Putrajaya, Mahathir tentunya tidak lena tidur dan sering diganggu oleh igauan ngeri berkaitan dosa-dosa silamnya. Mahathir dalam hal ini akan terus mendendami Anwar serta berusaha menghalangnya sedaya mungkin daripada menjadi Perdana Menteri.

Dendam dan kesumat Mahathir tidak akan padam selagi beliau bernyawa. Meskipun Anwar yang menanggung pelbagai derita dan aib sejak bersengketa dengan Mahathir bermula 1998 hingga kini, Mahathir tidak pernah menyatakan kata maaf kepada Anwar. Berbeza dengan Anwar, dalam ceramahnya beliau sering menyebut sudah memaafkan Mahathir atas perlakuan bekas bossnya itu dan langsung tidak menyimpan apa-apa dendam lagi.

Selain tidak pernah mengungkapkan perkataan maaf ataupun apa-apa perkataan yang baik tentang Anwar sejak beliau memecatnya pada 2 Setember 1998, Mahathir juga memperlihatkan permusuhan yang jelas serta berusaha menghalang Anwar daripada bangun semula dalam politik. Sebab itu tidak menghairankan apabila Mahathir juga bermusuh dan mendendami Tun Abdullah Badawi kerana penggantinya sebagai Perdana Menteri itulah yang dianggap telah membebaskan Anwar dari penjara.

Dengan prestasi UMNO dan BN yang kian merudum hari demi hari di samping Najib sendiri terus menjadi subjek ketidakyakinan rakyat, Mahathir seperti dapat merasakan bahawa hayat BN sebagai parti yang berkuasa di negara ini sejak sebelum merdeka mungkin sudah di penghujungnya. Maka beliau perlu melakukan sesuatu, bukan sangat untuk mengelakkan BN tumbang tetapi lebih kepada memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri.

Jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas PRU 13 ini, bukan saja ego Mahathir akan tercabar tetapi yang lebih ditakutinya ialah kerana banyak kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan anak-anak, kaum keluarga, kroni dan sebagainya akan terbongkar. Inilah yang paling ditakuti dan digeruni oleh Mahathir.

Beliau seperti tidak sanggup melibat bagaimana sejarah ramai pemimpin dunia yang apabila hilang kuasa, segala perbuatan dan salah laku sepanjang berkuasa sama ada melibatkan diri sendiri, anak-anak dan kaum keluarga akan diselongkar semula serta dibawa ke muka pengadilan, turut berlaku kepada dirinya pula.

Dengan situasi politik semasa yang memperlihatkan UMNO dan BN dibelenggu pelbagai masalah, sokongan bukan Melayu lebih memihak kepada Pakatan Rakyat sementara orang Melayu terus berpecah kepada pelbagai puak, Mahathir tentulah mengharapkan dengan serangannya terhadap Anwar dan mengaitkannya dengan kerajaan bomeka yang ditaja oleh Amerika dan Israel, sokongan orang-orang Melayu akan kembali bulat kepada BN.

Dalam masa yang sama, pelbagai isu perkauman cuba diapi-apikan dengan harapan undi bukan Melayu akan berpecah dan menjadikan mereka akhirnya juga kembali menyokong BN.

Meskipun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan sepanjang pemerintahannya, BN sentiasa mendapat kemenangan majoriti dua pertiga, hakikatnya dunia politik Malaysia sudah banyak berubah, bukan saja dari segi pemikiran tetapi juga kecepatan memperolehi maklumat. Orang Melayu yang diharap-harapkan oleh Mahathir menjadi takut untuk menyokong Anwar dan Palatan Rakyat apabila ditimbulkan isu kerajaan boneka, Amerika dan Israel mungkin sudah memperolehi jawapan yang sebenar di sebaik saja semua dakwaan itu dibuat.

Selain jawapan dalam bentuk kaitan kepimpinan zamannya sendiri dengan Amerika dan Israel yang boleh diperolehi dengan cepat dan pantas, bahkan pelbagai maklumat tambahan lain boleh diperolehi dengan mudah dan hanya melalui hijung jari saja sekarang ini.

Hakikatnya isu yang ditimbulkan Mahathir itu tidak akan menggugat keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa dalam apa keadaan sekali pun, perubahan adalah jalan terbaik untuk masa depan politik negara yang berbilang kaum ini. Bagi rakyat, banyak isu lain yang lebih besar yang perlu mereka ambil kira seperti kepimpinan, rasuah, urus tadbir, ketirisan, pembaziran, penyelewengan, derita rakyat, kepedulian kepada rakyat yang selama ini bermusim, kenaikan harga barang serta banyak lagi untuk menentukan sama ada sesebuah parti perlu dikekal atau ditumbangkan.

Dalam masa Mahathir membangkitkan isu Amerika, Israel dan kerajaan boneka, mungkin beliau terlupa perkara itu. Tetapi kita pun tidak boleh menyalahkan Mahathir serayus-peratus kerana beliau mungkin terlupa bahawa eranya berkuasa dan menang pilihanraya dunia maya dan internet baru mula berkembang dan rakyat kebanyakannya masih memperolehi maklumat melalui akhbar dan berita tv tetapi sekarang adalah zaman Unifi, broadband dan smartphone sudah menjadi santapan biasa kebanyakan rakyat.

http://shahbudindotcom.blogspot.com

Hutang kroni beratus juta guna wang rakyat, kerajaan Najib kata tak perlu bayar?

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional mesti menjelaskan kepada rakyat mengapa ia menghapuskan RM589 juta pembayaran yang patut dibuat oleh Tan Sri Tajudin Ramli atas kerugian yang melibatkan pengambilalihan Malaysia Airlines (MAS) setelah diarahkan oleh mahkamah.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Tajudin Ramli kini bebas begitu sahaja bebas daripada kewajipan yang diarahkan mahkamah untuk membayar balik jumlah itu tidak termasuk kadar faedah kepada Pengurusan Danaharta Bhd, sebuah agensi yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi memihak kepada Danaharta dan dua anak syarikat di atas jumlah yang tertunggak sepenuhnya dan telah mengarahkan Tajudin untuk membayar faedah sebanyak 2 peatus di atas kadar pinjaman asas Malayan Banking Bhd sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya.

Mahkamah juga telah menolak tuntutan balas Tajudin bernilai lebih RM14 bilion tidak termasuk ganti rugi dan kos.

Tuntutan Danaharta adalah kerana Tajudin didakwa ingkar atas pinjaman bersindiket RM1.792 bilion, yang diambil pada tahun 1994 untuk mengambil alih kepentingan 32% kerajaan dalam MAS.

Tajudin mendakwa bahawa Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, “mengarahkan” beliau untuk membayar RM8 sesaham bagi MAS apabila harga pasaran adalah sekitar RM3.50.

Menurut Pua, keputusan kerajaan amat mengejutkan kerana memaksa Danaharta untuk “menyelesaikan” di Mahkamah Rayuan dengan melangsaikan segala hutang Tajudin yang secara langsung merugikan pembayar cukai sebanyak RM589.15 juta.

“Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan mengapa kerajaan BN penghapusan kira hutang keseluruhan dan membiarkan Tajudin dilepaskan begitu sahaja tanpa mempertahankan dirinya di Mahkamah Rayuan.

“Keputusan ini bermotif jahat yang lebih-lebih lagi kerana kerajaan telah memenangi kes di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Menurut Pua, keputusan kerajaan BN ini bukti jelas bahawa mereka lebih mementingkan kroni-kroni mereka meskipun ia mengakibatkan kehilangan beratus-ratus juta Ringgit kepada Kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling jaya Utara berkata bahawa jika kerugian berbilion ringgit kerugian dalam Zon Perdagangan Bebas Port Klang (PKFZ) boleh menyebabkan bekas Presiden dan bekas Timbalan Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy, untuk bertanggungjawab kerana mengelirukan Kabinet di mahkamah terbuka, maka Dr Mahathir dan Daim mesti juga disiasat kerana mungkin menyediakan jaminan tidak sah serta dan indemniti kepada kroni-kroni mereka.

Katanya, jika amalan keji ini berterusan, ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia akan bankrap dalam tempoh dua penggal pilihan raya umum akan datang mungkin menjadi kenyataan. – Roketkini.com

Anwar ragu penyelesaian luar mahkamah Tajudin-Danaharta

Anwar Ibrahim

SUBANG JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meragui penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (Mas), Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd membabitkan hutang RM589 juta, kelmarin.

Beliau turut mendakwa kes tersebut mungkin ada kaitan dengan perdana menteri dan timbalannya sebelum ini.

"Bagi pandangan saya, mereka takut pada Tajudin. Wang ini melibatkan harta rakyat dan sepatutnya dilaporkan lebih awal. Tapi keengganan melaporkan perkara ini awal, saya kira ia mempunyai kaitan dengan perdana menteri dan timbalannya yang terdahulu.

"Saya tidak fikir hal ini boleh dirunding secara tertutup," katanya kepada media selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang yang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham Mas.

Jumlah itu merupakan baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus kepentingan dalam Mas pada 1994.

Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Disember 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Januari 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Pengurusan Danaharta dan dua anak syarikatnya.

Ekonomi Harimau Kertas

Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu “Wawasan 2020” menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Hari ini semakin tersingkap bahawa slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.

Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.

Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa “memecah tabung rakyat” bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sumber pendapatan negara kini ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.

Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.

Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara?

Nasrudin Hassan
*Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Isu Forex : Inilah hebatnya NegaruKu Malaysia.. Ulamak kata HARAM Kerajaan kata HALAL

BNM Luluskan Urus Niaga Pertukaran Wang Asing

BNM Luluskan Urus Niaga Pertukaran Wang Asing

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa produk kewangan berlandaskan Syariah termasuk urus niaga berkaitan pertukaran asing yang ditawarkan dan diuruniagakan oleh institusi kewangan Islam berlesen diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah institusi kewangan masing-masing.

Malah, BNM melalui satu kenyataan media memberitahu, kelulusan itu juga perlu mendapat pengesahan daripada Majlis Penasihat Syariah BNM.

“BNM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa membeli dan menjual mata wang asing di Malaysia hanya dibenarkan dengan bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan dan bank-bank Islam antarabangsa berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 195 dan dengan penyedia perniagaan perkhidmatan wang (pengurup wang) berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut dipercayai dikeluarkan BNM sebagai reaksi kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dipetik berkata, fatwa itu kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing berkenaan tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

Kata beliau, jawatankuasa itu mendapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. – mynewshub.my

Apa Negara Ni Bapak Ah Long Yang Punya?

Apa Negara Ni Bapak Ah Long Yang Punya?

SUDAH agak lama penulis ingin menulis mengenai isu ini.

Pastinya semua kita sudah lali melihat iklan pemberi wang sama ada yang berlesen atau haram (ah long) ditampal di merata-rata tempat.

Kalau dahulu iklan seumpama itu hampir tidak ada.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan sudah amat berbeza.

Umpama kanser peringkat terakhir, pelekat pinjaman wang ditampal ikut suka hati dan di mana sahaja dalam jumlah yang terlalu banyak…sampaikan peti surat rumah orang pun jadi mangsa!

Seolah-olah sudah tidak dapat dikawal langsung…mamat rambut karat bawak stiker akan tampal ikut suka dia tanpa rasa segan atau takut.

Peliknya… kalau tak silap, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) ada undang-undang yang melarang penampalan sebarang bentuk notis tanpa kebenaran di tempat awam.

Apa Negara Ni Bapak Ah Long Yang Punya?

KENAPA TAK MAHU AMBIK TINDAKAN?

NAK KATA TAK TAHU SIAPA YANG TAMPAL …USAH BOHONG LA…DAH JELAS-JELAS ADA NOMBOR TELEFON SIAPA PUNYA ANGKARA MENAMPAL PELEKAT TU….SILAP HARI ALAMAT PEJABAT PUN ADA…SIAP PETA LAGI!

Masalahnya…PBT kita bukan ambik tindakan pada yang menampal notis tanpa kebenaran….paling rajin pun adalah kakitangan PBT yang tolong tanggal iklah-iklan dan pelekat haram tu….itu pun jarang-jarangggggg.

Tanggal apa barang beb….puak tu tampal la balik!

Inilah masalahnya dengan PBT kita kan…

Kalau kata rasuah atau subahat dengan ah long…kang kita dikata memfitnah.

Kata pemalas pun …penulis jugak kena maki nanti.

Mungkin takut kot….takut kena sergah dengan ah long….satu hal jugaklah….tapi itu sudah tanggungjawab anda semua yang berkerja di PBT untuk banteras budaya tak sihat ni.

Takkan kita nak biarkan puak-puak ni sesuak hati menghancurkan dan memburukan negara kita…

Bayangkan kalau diri kita ni pelancong dan ini kali pertama jejak kaki kat Malaysia….

Apa agaknya yang terlintas di fikiran bila tengok notis ada lambang duit dengan nombor telefon ditampal merata-rata tempat.

Jangan haraplah orang luar tu akan ingat kita ni bangsa usahawan berjaya…

Dia orang pun sah leh pikir orang Malaysia ni bangsa loser kuat berhutang dengan ceti haram.

Kalau notis-notis ni takda, mungkin kurang sikit masyarakat kita terdedah dengan ah long.

Ni kalau notis depan mata sepanjang masa…lambat-laun mesti terjebak juga kalau asyik sesak.

Antara yang jadi mangsa dalam isu ini adalah pasukan polis kita.

PBT tido tak buat keje…makin ramai terjebak dengan ah long…kes polis makin bertambah.

Dari simbah cat merah sampai kes bakar dan bunuh….last-last fail siasatan polis yang bertambah.

Apa pun…mesej yang paling penulis nak sampaikan ialah….tolonglah banteras iklan haram ah long yang berleluasa ni.

Negara kita nampak macam negara yang mana 99 peratus rakyat dia tak sekolah dan duduk dalam hutan. Tak ropa macam negara yang ada bangunan berkembar tertinggi di dunia….sana sini bertampal ikut suka hati…kalau lepa sikit…mahu puncak menara KLCC pun ditampal…”Mau pinjam luit ah?”.

Satu memburukan pemandangan…dua menjebak lebih ramai anggota masyarakat kita ke kancah kurang sihat ni.

Kerajaan tak perlu nak buat kempen juta-juta dan nak nasihat berjela-jela kalau perkara dan aspek paling penting dalam pembanterasan ceti haram ini diabaikan…

Sudah terlalu lama puak ni bermaharajalela….sampai adakalnya penulis terpikir….apa negara ni bapak diaorang punya ke, boleh main tampal ikut suka hati?

Oleh: Ak-47

che'GuBard - UMNO terus perbodohkan & melemahkan bangsa MELAYU



Dalam pilihanraya lalu lebih 1 juta ahli Umno keluar parti ?

Oleh Aspan Alias

http://1.bp.blogspot.com/-d4cqNmoIJ5o/TXI3NOacquI/AAAAAAAADyQ/gJh9gxZj6Ac/s1600/1MSIA%2BTOLAK%2BBN.jpgSaya telah diberitahu oleh rakan-rakan dalam Umno yang parti itu akan membawa Tengku Ahmad Rithauddin, Pengerusi jawatankuasa disiplin parti, ke setiap negeri melalui badan-badan perhubungan Umno setiap negeri. Tujuannya ialah untuk memantau permasalahan yang besar didalam Umno dalam pilihanraya umum nanti, iaitu sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri.

Saya telah banyak menulis tentang kerapuhan sokongan ahli-ahli Umno terhadap partinya. Tidak pernah saya terlupa dalam pilihanraya 1999 dan 2008 begitu ramai ahli-ahli Umno telah mengundi parti-parti pembangkang dan itu merupakan satu perkara yang begitu ‘normal’ dalam Umno sekarang ini. Parti itu sedar yang ia tidak boleh mempercayai ahli-ahlinya apabila sampai waktu pilihanraya.

Umno ini merupkan satu parti besar tetapi masalah menguruskan ahlinya pun besar. Ahli-ahli Umno sekarang bukannya seperti dahulu, hanya mengikut lenggang dan tari pemimpin mereka. Sekarang mereka lebih kritis dari dahulu. Dalam pilihanraya yang lalu lebih dari 50 peratus (1.6 juta) ahli-ahlinya telah bertukar haluan dengan mengundi parti-parti ‘alternative’.

Jika semua ahli-ahli Umno itu menyokong partinya, masakan ramai calon-calon Umno telah rebah bergelimpangan dalam pilihanraya yang lalu kerana ditolak oleh pengundi-pengundi termasuk oleh ahli-ahlinya sendiri. Inilah masalahnya jika sebuah parti itu terlalu bergantung kepada jumlah ahlinya. Banyak parti-parti didunia ini termasuk di negara kita ini, berjaya tanpa ahli yang ramai. DAP hanya mempunyai 135 ribu orang ahli sahaja tetapi undi yang diperolehi oleh parti ini dalam pilihanraya yang lalu melebihi dua juta orang.

Yang penting bagi sesebuah parti politik terutamanya yang memerintah ialah kemampuan untuk menggubal dasar yang dihormati bukan sahaja oleh ahli-ahlinya tetapi oleh pengundi yang ramai. Selain dari dasar yang sempurna, dasar itu mesti dilaksanakan dengan baik tanpa tercemar dengan isu rasuah dan isu salah gunakuasa yang keterlaluan.

Sebaliknya Umno memilih untuk menjadi parti yang besar ahlinya sehinggakan sampai kehari ini ahli-ahlinya melebihi 3.2 juta orang. Kita faham kenapa Umno memilih untuk mengambil keahlian yang ramai. Tujuannya ialah untuk mengharapkan yang kesemua ahli-ahlinya akan mengundi parti itu dalam pilihanraya. Tetapi jika lebih dari 40 peratus orang Melayu menyertai tanpa tapisan maka parti itu akan disertai oleh ramai yang tidak ada perjuangan.

Tugas yang diberikan kepada Tengku Ahmad Rithauddin itu bukan kerja mudah kerana perasaan tidak puas hati ahli-ahli Umno terhadap kepimpinan sudah menyeluruh dan tidak ada cara untuk memantau perasaan dan tindakan individu ahli dalam peti undi itu. Umno telah mengabaikan perasaan ahli-ahlinya dan hanya mahu melakukan pembetulan sesudah penyakit ‘sabo menyabo’ itu sudah mengalir di dalam sanubari mereka. Dulu-dulu kritikan ahli-ahli yang sedar dianggap sebagai membangkang dan itulah yang saya hadapi semasa dalam Umno dahulu.

Ahli-ahli Umno nampak jelas bagaimana pemimpin-pemimpin yang mentadbir dan berjuang dalam parti hanya sambil lewa sahaja dan mereka tidak ditunjukkan tauladan yang baik oleh pimpinan mereka di setiap peringkat. Pemimpin Umno ada satu sikap kepimpinan yang meminta ahli-ahlinya, ‘do what I ask you to do, don’t do like what I do’.

Saya bercakap dan berhubung dengan rakan-rakan saya yang ramai didalam Umno setiap hari dan saya merasakan apa yang mereka rasa. Mereka merasakan mereka telah menjadi orang tawanan kerana mereka terpaksa mengangguk kepada perkara yang mereka tidak yakini. Mereka tidak dapat hendak berfikir kerana mereka dimainkan dengan perasaan rasis yang menebal. Mereka diminta untuk percaya yang hanya Umno boleh menentukan nasib masa depan orang Melayu.

Tetapi nasib mereka masih juga dalam keadaan yang sama; dari dahulu hingga sekarang. Lebih dari lima dekad orang Melayu dijanjikan dengan kemajuan bangsanya tetapi tidak juga maju. Mereka dijanjikan bulan dan bintang oleh Umno yang baru ini. Mereka tahu yang pimpinan Umno merupakan kepimpinan yang ‘clueless’ dan tidak tahu untuk mengatur kemajuan bangsanya dengan baik.

Ramai dikalangan ahli-ahli dan penyokong Umno didalam perkhidmatan awam juga sangat marah dengan apa yang berlaku dalam isu SSBA yang diluluskan oleh kabinet Najib. Penyelarasan gaji dilakukan oleh SPA sahaja, tidak seperti dahulu. Dahulu ada Suruhanjaya Di Raja diwujudkan untuk melakukan penyelarasan gaji kakitangan awam.

Sekarang itu dipertanggungjawabkan kepada pihak yang berkepentingan. Itulah sebabnya terdapat setangah penjawat awam hanya mendapat kenaikkan gaji kurang dari RM10 dan ada yang naik gaji mereka sehingga RM8000 kepada RM20,000 sebulan. Apa maknanya ini?

Mampukah Tengku Ahmad Rithauddin memantau perasaan semua ahli dan penyokong Umno ini dalam peti undi dalam PRU nanti? Justru itu, Umno sepatutnya menumpukan kepada masalah yang sangat besar dalam parti itu terlebih dahulu dari menuding jari kepada pihak pembangkang dalam semua hal.

Tetapi yang kita tahu sekarang, Umno mengakui bahaya yang mereka bakal hadapi tidak lama lagi. Itulah sebabnya orang seperti Tengku Rithauddin kembali penting untuk memantau geraklaku ahli-ahlinya dalam pilihanraya nanti. Perkara yang terbesar yang akan dihadapi oleh Umno ialah masalah calon yang bakal diturunkan nanti. Semuanya merasakan mereka adalah ‘winnable candidates’ dan tidak ada siapa yang tidak ‘winnable’ di kalangan pemimpin-pemimpin di bahagian-bahagian masing-masing.

Dalam kata lain Umno dan pucuk pimpinan sendiri tidak percayakan ahli-ahlinya yang ramai itu. Keadaan itu akan berlaku lagi kali ini kerana perebutan untuk menjadi calon dan banyak hal yang lain. Jika ahli-ahli Umno sendiri memangkah pembangkang, apa yang kita hendak sokong sangat Umno ini? — aspanaliasnet.blogspot.com

Kampung Buku ‘hidup’ semula

kg buku

ULU MELAKA - Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membangunkan semula Kampung Buku Langkawi, sebagai produk pelancongan bagi peminat bahan bacaan seluruh dunia untuk berkumpul.

Selepas hampir 15 tahun diwujudkan, ia mengalami zaman suram bertahun lamanya, dan inisiatif ini dilihat tepat pada masanya ekoran pulau ini dikunjungi lebih dua juta pelancong asing setiap tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dengan pembukaan semula Kampung Buku ini, ia suatu pencapaian membanggakan bukan sahaja kepada Kedah tetapi juga bagi negara ini.

“Hanya Langkawi menyertai Badan Gabungan Kampung Buku Antarabangsa (IOB), selain disertai negara-negara Eropah. Kita patut bangga dan seharusnya mengambil peluang ini mempromosi tempat ini dengan lebih berkesan.

“Ini juga adalah sebahagian sejarah negeri ini dan ia cukup bermakna kerana dengan kembalinya peranan Kampung Buku, secara tidak langsung mencetuskan budaya membaca kalangan masyarakat semua golongan,” katanya ketika merasmikan Festival Kampung Buku Antarabangsa 2012.

Menurutnya, kerjasama baik antara IOB ini pasti memberi impak terbaik terutama kepada Langkawi sebagai pulau destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Azizan berkata, budaya masyarakat Eropah yang menjadikan budaya membaca ini sebagai hobi atau amalan harian bagi menambah ilmu wajar dicontohi.

“Saya harap kerjasama semua pihak untuk menterjemahkan usaha ini kepada masyarakat mengenai budaya membaca kepada semua supaya diterapkan terutama pada golongan muda.

“Saya percaya dengan kemuda-han dan kerjasama semua pihak akan memberi pulangan yang berkesan kepada masyarakat, manakala Kampung Buku ini akan dapat memenuhi kehendak pengunjung dan peminat bahan bacaan,” katanya.

Menurutnya, sebagai tarikan, pengurusan Kampung Buku perlu menyediakan bahan bacaan yang berkualiti dari pelbagai bentuk bahan bacaan sama ada bidang akademi atau bukan akademi.

Azizan berkata, Kampung Buku Langkawi ini mempunyai kelebihan tersendiri selain menawarkan suasana nyaman, ia juga berada di kawasan unik yang akan menjadi tarikan utama kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Saya harap hubungan kerjasama dengan IOB ini akan dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung dengan kerjasama global ini ia akan memberikan kelebihan selain memacu industri pelancongan dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia termasuklah Langkawi,” katanya.


Usaha martabatkan semula Kampung Buku

Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Datuk Abd Rahman Ibrahim turut menyatakan komitmen memartabatkan semula Kampung Buku Langkawi agar beroperasi seperti biasa selepas tempat itu dihidupkan.

“Terima kasih kepada semua delegasi antarabangsa dan tempatan yang mengambil bahagian serta IOB kerana memilih Kampung Buku Langkawi sebagai tuan rumah persidangan kali ke lapan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya me-ngambil tanggungjawab penuh bagi meningkatkan reputasi lokasi itu sebagai salah satu tempat rujukan dan berkumpulnya peminat buku dunia.

Abd Rahman berkata, kerjasama erat bersama IOB umpama suntikan moral kepada pengurusan Kampung Buku Langkawi memainkan pera-nan aktif supaya tempat ini lebih relevan pada masa akan datang.

“Kami optimis sokongan semua pihak terutama Kerajaan Negeri, Kampung Buku akan memberi impak positif pada semua,” katanya.

Bermula 13 Februari hingga hari ini, Kampung Buku Langkawi menjalankan pelbagai aktiviti antaranya, seminar, delegasi antarabangsa, pertandingan sajak, demonstrasi silat, pertandingan bercerita peringkat sekolah dan ‘Book Hunt’ selain pame-ran koleksi bacaan daripada peserta.

Antara negara terlibat termasuk Belgium, Norway, Korea Selatan, Croatia, Rusia dan Switzerland selain peserta tempatan.

Turut berlangsung, persidangan mesyuarat agong tahunan IOB bagi melantik ahli jawatankuasa baru termasuk Presiden.

Aduhai....Gua Nak Kata Aman Macamana Bumi Malaysia Sekarang nie....20-25 tahun dan jadi penyamun dah..!!

Cubaan samun rumah gagal
parang-yang-ditemui-dibawah-kerusi-penumpang

LUNAS - Dua lelaki berusia 20 hingga 25 tahun berjaya ditahan Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) berikutan cuba melakukan samun di Taman Makmur kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Cubaaan samun terbabit gagal atas kerjasama penduduk dan operasi diketuai Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir bersama Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim bersama tiga ahlinya.

Mohd Azlan berkata, dia menerima panggilan dari penduduk perumahan itu dimana sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna putih beberapa kali membuat pusingan di taman berkenaan.

Menurutnya, kereta yang dipandu kelihatan mencurigakan dan pihaknya cuba mendekati dua suspek terbabit tetapi mereka kemudiannya melarikan diri.

“Kira-kira pada jam 12 tengah hari, kereta suspek sekali lagi dilihat berkeliaran dan dipandu secara perlahan.

“Kami terpaksa menukar kenderaan lain bagi tujuan mengelirukan mereka. Kira-kira jam 12.30 petang mereka dilihat berada di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat di taman itu,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudiannya memecutkan kenderaan dan mengepung suspek.

“Mereka cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Lunas untuk disoal siasat.

Dari pemeriksaan dijalankan terhadap kereta itu, PPKM menemui dua bilah parang di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

“Kedua-dua suspek didapati mereka terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal, samun dan pengedaran dadah di sekitar Kulim,” katanya.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.

Hassan Marican: Hari sedih untuk Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Feb: DAP menyifatkan, beberapa hari ini adalah hari sedih untuk Malaysia apabila gagal menjaga yang terbaik untuk negara dan terlepas ke pihak lain.

Ini berikutan perlantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican (gambar) sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini merupakah hari sedih apabila Hassan Marican termasuk dalam senarai terbaru dalam penghijrahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja luar negara di Singapura.

Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara, Petronas pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa.

Sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & US oil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

"Jelas Tan Sri Hassan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Tan Sri Hassan diangkat sebagai seorang lelaki yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini, tambahnya.

Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.

Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonom ( Organisationfor Economic Cooperation and Development, OECD) atau ke Singapura.

Sekarang Tan Sri Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.

Bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari dan Kerajaan mesti mengambil langkah- langkah segera menyumbat kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar, tekan beliau.

Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal, dakwa beliau.

Jelasnya, sebagaimana diketahui dalam politik - sesiapa yang dikenali ditekankan berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus adalah lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ianya tiada akautabiliti dan transperensi, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...