TERKINI :

Thursday, February 16, 2012

Kisah Benar modal bisnes RM23 ribu

http://image.cellbazaar.com/images/b915f6e2-a4fe-4a05-bfd5-ad0f0442adbc.jpg
Salam, lama betul tidak berblog. Bermacam cerita terjadi kepada saya. InsyaAllah di lain masa akan saya blogkan. Kali ini kisah benar yang terjadi kepada saya 2 tahun lalu. Kisah seorang rakan ofis yang baru tukar kereta Toyota wish. Saya tanya direct kat dia. “Loaded kau sekarang bonus takde, naik pangkat takde, tetiba je beli wish. Rumah baru pun hebat” terus terang saya memuji.

“aku sekarang dah senang sikit berkat buat MLM hai-o, kau pun boleh join, senang je. Invest RM23 ribu je. Bukan duit kau pun, duit bank aje. Kitarang tolong pusingkan”

“Banyak tu, setahu aku masuk MLM paling kuat 300-400 RM je”

“itu cara kuno, kucing berjanggut pun kau takkan kaya. Dengan RM23 ribu kau beli pangkat. Maknanya, kau jadi downline aku, lepas tu downline kau adalah kau juga. Bertingkat-tingkat. Lepas tu kau perlu cari 3-4 orang kawan kau yang sanggup jadi downline kau. Invest RM23 ribu jugak. Barulah kau cepat jadi kaya. Kau tak usah takut, kita bukan system pyramid. RM23 ribu untuk kau beli 10 penapis air atau 10 pakaian dalam wanita. Produk tu kau jual, kau dapat balik duit kau RM23 ribu. Lepas tu mana-mana downline masuk, kau dah dapat duit upline setiap bulan.”

Saya terdiam. Tanpa banyak soal, temujanji diatur. Tidak cukup kena tarbiyah di opis 2-3 jam, kat rumah saya geng MLM ni datang. Akhirnya saya surrender. Borang pinjaman peribadi cuma tunggu saya tenyeh signature aje. Segala butiran dah ada orang dalam bank yang akan isikan dan uruskan. At last saya minta tempoh 3 hari untuk saya berfikir. Ada 3 perkara. Pertama, maklumat yang saya dapat tentang aktiviti MLM sykt Hai-o ni saya tak tahu. Kedua, invest RM23 ribu tu banyak . siap kena buat personal loan 10 tahun lagi. Kalau suksess oklah, tapi kalau gagal camna? Ketiga , mampukah saya buat MLM?

Saya Tanya 5-6 orang . ada yang pro dan ada yang negative. Malam hari yang ketiga, saya tersimpuh disejadah selesai solat isya’. Memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk. Malam itu saya benar-benar buntu. Segala pujuk rayu kawan opis tadi terngiang-ngiang di kepala. Dalam keadaan mamai dan mengantuk, saya tiba-tiba terfikir, apa kata saya google kat internet. Saya nak cari pula komen dan pendapat orang ramai yang pernah masuk hai-o. Dari jam 9 malam, akhirnya hingga jam 4 pagi baru saya habis menggoogle. Ya, Allah. Syukur. Saya temui kebenarannya.

Esoknya, pagi-pagi lagi saya pulangkan semula borang permohonan personal loan tu kepada kawan ofis tersebut. Dia tanya kenapa saya tak jadi join? Saya jawab mudah aje. Saya nak cari rejeki yang berkat. Saya takde RM23 cash untuk buat modal. Dan saya tak sanggup nak buat personal loan. Dan saya juga takde kawan yang kaya raya yang ada RM23 ribu untuk labor dalam hai-o. dan saya terus blah. Kawan saya tu, seminggu tak cakap ngan saya. But who cares? After that dia ngan saya masih lagi berkawan sebab satu opis tetapi tidak lagi bersahabat.

Bagi saya secara jujurnya, ingin mengajak rakan-rakan sekalian. Kita tolak apa jua bentuk MLM. Janganlah terlibat lagi dengan aktiviti yang saya rasa sangat merugikan. Ada banyak sebab mengapa saya katakan MLM itu sebenarnya adalah satu bentuk scam dan penipuan.

1. 90% produk MLM adalah tidak berkualiti, merbahaya, penuh penipuan dan ada juga tidak diluluskan oleh pihak berkuasa. Ada yang akan kata syarikat MLM ada testimony. Itus emua boleh buat. Cuba fikirlah kalau betullah produk tu berkualiti, dah tentu pakar-pakar professional dalam sesuatu bidang akan berebut order stok daripada syarikat MLM tu. Contohnya pakaian dalam wanita ada infrared? Biar betul? Mana kajian saintifik dan ilmiah? Setakat testimony pengguna terdahulu tak main. Kalau betul baik sangat dah lama hospital pakar swasta beli berguni-guni untuk patient diarang. Tak payah tunjuk product tu kat doctor, tunjukkan kat amah cleaner hospital pun diorang dah gelak.

2. Syarikat MLM nak kongsi keuntungan dengan pengguna. Tak perlu guna basicbisnes dan marketing konsep. Tak perlu kedai outlet, warehouse, dealer dan retailer. Semua tu cut out. Terus dari kilang kepada pengguna. So untung tu ahli MLM sebat? Itulah fakta paling lawak. Kalau betul macam tu berniaga boleh untung, lebih baik syarikat Nestle terus jual dari kilang kepada rakyat. Come onlah, kalau betullah produk tu bagus dan boleh untung banyak, buat apa nak kongsi dengan orang lain. Yang kongsi untung adalah 5 level upline dengan taukeh MLM je. Paling haru ialah harga produk MLM sebenarnya adalah 10 kali ganda lebih mahal dengan harga produk yang jauh lebih baik yang terdapat di pasaran.

3. Walau apapun, sebab utama saya tolak MLM ialah kerana sumber rejekinya yang saya rasa tiada barakah. Saya tidak kata haram kerana saya tiada kelayakan agama untuk membuat dalil berhubung MLM. Cukup ramai dah ustaz dan pakar ekonomi muamalah syariah yang telah komen berhubung isu ini dan kesimpulannya adalah harus. OK saya terima. Tetapi kemashalatan umat itu luas. Pekerjaan dan rezeki yang diterima daripada aktiviti MLM adalah harus bagi pendapat ulamak Malaysia. Tetapi soalan yang ingin lontarkan ialah dimana barakahnya kepada umat islam dan rakyat Malaysia.

Terlalu banyak kajian, kes dan perkara yang membabitkan MLM dibayangi sebagai penipuan. Lagipun, rezeki MLM ini lebih kurang sama je dengan kerja broker-broker diluar sana yang ingin mencari untung atas angin. Percayalah duit yang kita dapat dari untung atas angin tak kemana pun perginya dan tak barakah. Wang keuntungan itu akan hangus begitu sahaja dan tidak akan dapat digunakan untuk membeli asset dan dibelanjakan untuk kebajikan manusia lain.

4. Setahu saya di dunia dan di Malaysia, tidak ada orang yang baik hati dan jujur kepada semua makhluk menjadikan MLM sebagai profesyen sepanjang hayat kecuali manusia itu adalah penipu dan scammer. Cuba beritahu saya seorang manusia yang baik hati dan jujur memberitahu yang dia lepas SPM sehingga pencen umur 55 tahun mencari rejeki dengan MLM. Fikirlah sendiri kenapa ya? Satu lagi saya masih mencari-cari diantara 25 orang Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah swt yang pernah menjadi ahli MLM dan broker yang suka ambil untung atas angin.

5. Akhirnya system MLM itu sendiri dicipta oleh bangsa Yahudi yang mana diketahui 99.99% ahli sesebuah MLM akan gagal. So kalau dah gagl buat apa nak join lagi? Ingatlah dalam MLM wang ringgit setiap ahli yang datang datang dari 3 sumber iaitu jualan produk, komisen kerja downline dan bonus tajaan. Semua itu adalah system pyramid dan haram disisi undang-undang negara dan agama. Masih nak join jugak? Itu belum lagi kalau saya ceritakan tentang hukum graf kumulatif pengguna MLM yang akhirnya akan crash dan tepu pasaran.

Akhirnya, saya ingin satu pepatah lama, kalau kita tidak ingin hilang kawan, jangan pinjam duit dan pinjamkan dia duit. Tapi saya seronok nak tambah lagi iaitu jangan ajak kawan kita join MLM, kesudahan kita akan hilang semua kawan kita.

Kesimpulan saya semua MLM adalah Scam. Fullstop. Kalau terasa nak tambah pendapatan, lebih baik kita buat kita buat bisness atau mengambil upah. Kita buat bisness yang betul. Takde short cut untuk jadi kaya dan tamak. Mula-mula belajar dan cari ilmu tentang sesuatu bidang bisness atau kerja yang ingin kita ceburi. Contohnya kita belajar ilmu teknikal sesuatu benda, ilmu pasaran dan ilmu kewangannya, kumpul dan keluarkan modal serta mulakan bisness. Kalau nak cari duit lebih dengan ambil upah berhubung sesuatu perkara, teruskan tapi sebaiknya jangan ambil untung atas angin.

Jika kita tahu ada pembeli yang inginkan sesuatu produk, jangan terus ambil duitnya dan beli daripada penjual yang kita kenali. Kita tidak berbuat apa-apa pun. Kita cuma jadi beroker dan ambil untung atas angin. Kita keluarkan duit kita dahulu dan beli keseluruhan produk yang diingi dan jual kepada pembeli yang sudah menunggu. Namun adalah lebih baik lagi bila kita sendiri mengusahakan dan membina sesuatu. Sebab itulah dipanggil usahawan. Kita keluarkan modal, kita tukarkan sesuatu bahan mentah kepada barang siap dan kita buat marketing dan menjual. Percayalah, ia penuh dengan barakah, keuntungan dan kepuasan diri.

Sumber: Syamkaze
http://syamkaze.blogspot.com/

Isu Sokong Israel - Anwar Ibrahim tampil menjelaskan pendiriannya

Isu Palestin: Umno bermuka-muka, kata Anwar

Setelah digesa oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tampil menjelaskan pendiriannya berhubung isu Palestin-Israel yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

NONEAnwar berkata, beliau memahami perbezaan pendirian antara PKR dan PAS dalam isu itu tetapi menegaskan mereka berkongsi hasrat untuk melihat tertegaknya Palestin yang merdeka.

"Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka," katanya.

Ketua pembangkang berkata, tatkala dia diserang sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno sendiri secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berikut kenyataan penuh Anwar:

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.

NONEMedia, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa:

"This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security".

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

"The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel."

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.

Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri palestin:

israel us syria"If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people - what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them".

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan PKR. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu PKR berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

azlanMalah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke-15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80 peratus dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

palestine hamas and fatah unite 270209 01Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

SPR NAK ‘MAIN WAYANG’

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan warna dakwat kekal yang berbeza bagi undian awal dan undian biasa di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di dalam kenyataan beliau di Sinar Harian 16/2/2012 beranggapan dengan pembezaan warna dakwat kekal ini akan dapat mempastikan kelancaran proses pengendalian pilihanraya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap menolak penggunaan dakwat yang berbeza untuk pengundian pada kali ini kerana masih ada ruang-ruang untuk manipulasi penipuan akan berlaku sekiranya penggunaan dakwat berbeza ini dilaksanakan. Contohnya sebelum dari ini Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan bahawa ada di kalangan pengundi-pengundi pos dari kalangan penjawat awam seperti tentera dan polis serta lain-lain juga mempunyai kelayakan untuk mengundi sebagai pengundi awam kerana mereka mempunyai dua pengenalan diri. Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalah pengundi yang berganda.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan SPR supaya jangan bersikap ‘bodoh sombong’ dan perlu belajar dengan negara-negara lain yang lebih mampu menguruskan hal-hal pilihanraya yang lebih telus dengan skala pengundi yang lebih besar.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihanraya umum nanti selain mempastikan buku daftar pemilih pengundi talah “diputihkan dan dibersihkan” sepenuhnya.


Disediakan oleh,
MOHD SANY BIN HAMZAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

Aurat Terbuka Di Jilat Api Neraka..!!!


NGO Islam lancar kempen 'tutup aurat'

Manakala rakan mereka yang bukan Islam telah menyambut Hari Valentine semalam, sekumpulan 10 NGO Islam di Pulau Pinang melancarkan kempen untuk membasmi pengaruh "seks bebas dan keruntuhan akhlak di kalangan belia" dalam masyarakat.

NONEKumpulan tersebut, yang menggelar diri mereka sebagai 'Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa', melancarkan kempen tahunan itu dengan turun untuk mendidik orang ramai tentang nilai-nilai murni Islam di Bagan Ajam (Butterworth) dan Queensbay (Pulau Pinang).

Kedua-dua kawasan tersebut biasanya dikunjungi oleh remaja Islam, terutamanya pada waktu malam dan pada hujung minggu.

Kempen itu, kata mereka, dilancarkan berikutan wujudnya keperluan untuk menerapkan nilai-nilai Islam yang kukuh di kalangan belia Islam yang sedang menghadapi konflik identiti.

Dalam satu sidang media di Kepala Batas, Ketua Wanita Masjid Al-Taqwa, Mardziah Zakaria berkata, kempen tersebut turut dilancarkan di negara-negara lain, termasuk Indonesia, Thailand, United Kingdom, Hong Kong dan Macau.

Mardziah berkata, tarikh 14 Februari telah dipilih untuk melancarkan kempen tahunan itu kerana berlakunya pergaulan bebas di kalangan belia Islam pada hari Valentine.

Daim nie Pelupa kot... kompom tak layan facebook dan twiter..!!

Kenyataan Daim Zainudin sudah ketinggalan zaman

Wira anak lelaki Daim Zinudin

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Bendahari Umno selama 17 agak ketinggalan zaman apabila menyeru BN perlu mengambil inisiatif untuk mendekati golongan muda dalam menarik minat mereka kepada gabungan parti itu.

Beliau menyatakan pada majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai malam tadi yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Mungkin Daim tidak mengikuti perkembangan dan initiative berterusan PM DS Najib yang bukan setakat mendekati malah bercampur bersama mereka melalui Facebook, Twitter, menonton perlawanan bolasepak dan banyak lagi program bersama anak-anak muda.

Najib amat menyedari hampir 40 peratus pengundi berdaftar negara ini dikategorikan sebagai golongan muda yang memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menentukan kemenangan seseorang calun.

Daim seharusnya sedar hakikatnya hari ini perjuangan anak muda telah didahului kejuaraannya oleh PKR dan DAP seperti isu AUKU dan PTPTN. Berapa ramai pemimjam PTPTN di kalangan anak muda yang kantoi dengan tekanan muflis dan ‘underpaid’ walaupun bekerja siang malam kerana pekerjaan yang mereka perolehi bukan melalui ijazah yang mereka dapat tetapi melalui sijil SPM dan STP.

Pinjaman PTPTN yang mereka pinjam untuk mendapatkan ijazah tidak mendatangkan pulangan atau ‘Return On Investment’ yang setimpal untuk mereka mampu membayar pinjaman mereka.

Isu-isu yang sebegini telah dijuarai oleh Anwar Ibrahim walaupun mereka tahu Anwar Ibrahim bergelumang dengan najis sex tetapi itu semua menjadi ‘priority’ yang terakhir kerana ‘priority’ utama mereka ialah ‘survival’ untuk hidup dan makan minum hari ini.

Tindakan-tindakan tegas kepada peminjam PTPTN di lihat di antara dasar-dasar Kerajaan Najib yang .memberii tekanan kepada golongan muda yang masih terumbang-ambing mencari sesuap nasi manakala di sebelah pihak lagi seperti Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan anak-anak pembesar negara bergentayangan dengan kemewahan dan elitis.

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/02/kenyataan-daim-zainudin-sudah.html

Anda Melayu Anda Cina Anda India Ayuhh Pertahan bumi kita dilahir, disemadi

Oleh LIM HONG SIANG

http://3.bp.blogspot.com/_5R1ybpzs3n8/TQZ-QaftstI/AAAAAAAAGCs/20cMp7uBmRQ/s400/IMG_4459.jpgUNTUK puluhan tahun kebelakangan, masyarakat kita seolah-olah sanggup menggadaikan apa-apa sahaja atas nama pembangunan. Pelan pembangunan dilakar oleh mereka yang berkuasa.

Kepentingan ekonomi didahulukan daripada segala-galanya. Misalnya, landasan monorail kelihatan berfungsi hanya untuk memunggah pengguna ke pusat beli-belah di sekitar Bukit Bintang. Tiada satu stesen monorail mahupun LRT yang bertapak tepat di depan Perpustakaan Negara, meskipun slogan amalan membaca sentiasa dekat di bibir kita.

Kali ini landasan MRT dilakarkan untuk merentasi Jalan Sultan. Barangkali mereka yang turun ke perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 masih ingat, jalan yang bersilang dengan Jalan Petaling ini pernah dibanjiri ribuan manusia yang menuntut reformasi sistem pilihan raya. Di sini rakyat tanpa mengira kaum dan agama memahat sejarah dengan kaki apabila berganding bahu mengorak langkah menuju keadilan.

Pembinaan MRT bermakna pencerobohan satu jalan yang bersejarah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Nasibnya agak sama jika dibandingkan dengan Kampung Baru. Jalan Sultan bersama Jalan Petaling, menjadi antara pusat ekonomi Kuala Lumpur sejak ratusan tahun yang lalu. Di sinilah sejarah berakar dan budaya bercambah.

Justeru, sekumpulan seniman bertekad untuk mempertahankan Jalan Sultan, mencadangkan landasan alternatif untuk pembinaan MRT. Bagaimanapun, pintu pemilik kedai di Jalan Sultan semakin kencang diketuk. "Pembangunan" (aka pemusnahan) bakal merempuh masuk bila-bila masa. Maka satu aktiviti telah diadakan pada malam sebelum Chap Goh Meh (hari ke-15 bulan pertama Tahun Baru Cina) untuk menyelamatkan tanah warisan ini.

Di luar dugaan, kehadirannya mencecah kira-kira 5,000 orang, meskipun tidak mendapat liputan yang nyata di ruang media arus perdana. Apa yang menarik, sesetengah artis dan seniman di arus perdana turut terpanggil untuk melibatkan diri secara sukarela – menyumbang sedikit sebanyak untuk mempertahankan Jalan Sultan. Perubahan ini sesuatu yang menarik dalam zaman pasca 709, menyaksikan semakin ramai artis - yang sebelum ini dianggap "penghibur" sematamata, tampil ke depan untuk menyatakan pendirian dalam isuisu semasa.

Maka berkumandanglah lagu "Aku ungkapkan cinta padamu dengan menggunakan cuaca Malaysia" pada malam itu. Antara liriknya, "Cuma aku terlalu mencintai tanah ini, jadi saya pun cintai juga cuacanya" (terjemahan), sebelum diselitkan "Rasa Sayang" dalam lagu itu, yang sudah tidak asing lagi untuk semua kaum yang turun pada malam itu.

Sungguhpun sambutan Chap Goh Meh adalah perayaan untuk orang Cina, di tengah-tengah jalan yang begitu tebal dengan corak kecinaannya, namun paluan kompang bersama tarian singa semestinya membuka mata ramai. Paling terharu buat semua, antaranya kehadiran Cikgu Ishak Surin dari Kampung Bandar Dalam untuk mengirim salam perjuangan, lantas menyuntik semangat kepada usaha pertahankan Jalan Sultan.

Jalan Sultan bukan tanah warisan untuk kaum Cina semata-mata, tetapi milik semua orang Malaysia, rakyat Malaysia yang menentukan ke arah mana pembangunan kita – disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh.

Seterusnya semua hadirin diminta untuk membaca doa mengikut cara anutan agama masing-masing. Cikgu Ishak Surin yang berkopiah, berada di tengah-tengah, bersama pimpinan penganut Buddha, Kristian dan Katolik - gambaran yang paling harmoni pada malam tersebut.

Apabila tiba giliran Cikgu Ishak memimpin bacaan doa, kesemua peserta, yang kebanyakannya daripada bukan Muslim, berdiri diam merenung Cikgu Ishak. Tiada gambaran yang seindah ini dalam suasana sambutan perayaan Cina.

Saya menyelami makna tersiratnya pada malam itu. Apabila komuniti Cina mempertahankan tanah warisan bersejarah itu, ia sebenarnya satu kesediaan kaum ini untuk menerima bahawa bumi Malaysia satu-satunya tanah airnya. Akarnya di sini, malah satu teater yang dipersembahkan penuntut Kolej New Era, menyatakan mesej "Di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar dan di sini kita disemadikan!"

Ungkapan ini memanjangkan ingatan saya kepada kempen DAP ketika pilihan raya negeri Sarawak lalu. Antara poster yang menyentuh hati pengundi Cina, apabila orang tua terpaksa menunggu kepulangan anaknya yang mencari rezeki di luar negeri, dan hanya pulang sekali setahun. Saya yang berasal dari Muar, selatan Semenanjung sendiri terkesan dengan fenomena ini, apabila mendapati ramai di kalangan rakan lama saya mencari kerja di Singapura. Tiada yang mahu meninggalkan kampung asal – kerana saudara-mara, sahabat handai yang berkongsi ingatan bersama - semuanya berada di tanah air yang tercinta ini. Acara di Jalan Sultan berakhir dengan nyanyian lagu Negaraku pada jam 12.00 tengah malam.

Kebetulan penganut Hindu berarak melalui Jalan Sultan untuk menyambut Thaipusam. Semuanya berdiri tegak ketika lagu kebangsaan bergema. Semuanya bernyanyi dengan penuh perasaan. Saya terdengar bisikan, "Rasa-rasanya macam suasana Bersih!"

Orang gopoh tak mampu bertahan dalam jemaah

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.12639.1323998352!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpgTARIKH 8 dan 9 Januari lalu, di bumi Malaysia ramai orang bertahmid. Alhamdulillah pertama kerana Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dipecat daripada PAS. Alhamdulillah kedua kerana Dato’ Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat.

Media talibarut BN yang selama ini menuduh PAS sesat, menyeleweng dan mengikut telunjuk DAP dan KeADILan, tiba-tiba memfokuskan isu bahawa Dr Hasan dizalimi dan tidak diberi hak membela diri lalu dipecat daripada PAS.

Sepatutnya mereka gembira kerana Hasan telah keluar dari parti yang ‘menyeleweng’.

Samalah seperti sebelum ini media-media talibarut BN sentiasa mendakwa PAS sebagai membawa versi negara Islam yang menyeleweng.

Sebaliknya Umnolah kononnya yang memperjuangkan negara Islam sebenar lalu mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sekalipun ‘negara Islam’ Umno itu menolak hukum Allah.

Hampir separuh abad PAS dituduh berpura-pura menegakkan negara Islam atau negara Islam versi PAS tidak betul. Apabila tibatiba PAS menyebut negara kebajikan dan bukan negara Islam, maka mereka menuduh PAS sudah menyeleweng kerana meninggalkan hasrat menegakkan negara Islam.

Bukankah sepatutnya jika mereka menganggap konsep negara Islam PAS tidak betul, maka mereka akan menyokong PAS meninggalkan perkara ‘tidak betul?’

Itulah sikap hipokrit dan kontradik Umno yang hakikatnya setiap ungkapan mereka hanya untuk mengadu-domba PAS, langsung tiada keikhlasan. Benar atau salah sesuatu perkara itu adalah berdasarkan apa yang PAS buat. Sesuatu yang diperjuangkan PAS akan dianggap tidak betul atau sesat, tetapi jika PAS ‘dilihat’ meninggalkan perkara itu maka perkara yang dilihat seolah-olah ditinggalkan itu pulak yang betul.

Umno sentiasa berdolak dalik, berputar pusing dan berloyar buruk. Dalam isu Dr Hasan Ali, PAS dituduh parti yang tiada beri hak kepada beliau membela diri. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan. Menurutnya, PAS Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan PAS Selangor.

“ Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.

Hasan bukan dibicara di mahkamah atas tuduhan jenayah. Kesalahannya ialah mengkhianati parti dengan menyerang secara terbuka menggunakan media musuh.

Antara yang di serang ialah dasar parti yang diputuskan dalam muktamar tahunan. Bukan sekali dia buat perangai begitu tapi berkalikali.

Jika beliau dipanggil membela diri melalui lisan atau tulisan, maka pasti dia akan menggunakan media musuh lagi untuk mempertahankan diri. Keputusan memecat ke atas dirinya sudah tentu setelah memikir kaedah memilih mudharat kecil dari mudharat besar.

Masa juga sudah terlalu suntuk untuk menghadapi pilihan raya umum. Melambatkan permainan melalui ‘surat tunjuk sebab’ atau ‘membela diri’ lebih membawa mudharat.

Masa yang berlalu pun boleh jadi musuh juga. Sepanjang waktu itu PAS akan terus dibelasah oleh pemimpin parti sendiri. Seluruh dunia tahu bahawa Dr Hasan sudah berpatah arang dengan PAS sekalipun masih memegang jawatan.

Dia tidak hadir mesyuarat parti dan menempelak parti secara terbuka. Ia adalah keadaan yang genting dan kritikal.

Ibarat rumah terbakar. Kalau waktu membina rumah orang masih boleh berbincang dengan tenang untuk memutuskan siapa tukang rumah yang layak serta harga rumah yang munasabah. Tapi kalau sudah terbakar, tuan rumah tidak akan bermesyuarat lagi untuk memanggil bomba mana yang lebih baik. Bomba pun tidak akan datang memadam api dengan kelajuan biasa.

Semuanya drastik dan drastik itu adalah hikmah sewaktu kritikal. Pemecatan tanpa dipanggil membela diri adalah berhikmah.

Sekarang Dr Hasan melalak sekuat mana pun dia bukan lagi ahli parti. Dia bebas untuk menuduh Anwar terlalu kotor perjuangannya sambil merasa dirinya yang paling bersih, kerana dia tiada apa-apa komitment lagi dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Lantaklah andai dia nak bersahabat dengan Umno, Perkasa atau Apco, tiada ahli PAS yang akan peduli.

Terpelantingnya Dr Hasan Ali bukan kali pertama berlaku terhadap kepimpinan parti. Yang Dipertua Agung (Dato’ Asri Muda) dan Naib yang Dipertua Agung (Nakhaie Ahmad) pernah keluar PAS yang membawa perjuangan Islam, tetapi PAS tidak terkubur. Selepas pengunduran mereka PAS menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Lagi hikmah bagi orang yang berfikiran seperti Dr Hasan perlu renungkan ialah, apa yang dia boleh buat selepas tidak ada lagi jawatan dalam kerajaan? Tidak dinafikan beliau banyak mengatur program atau menghidupkan surau dan masjid di Selangor. PAS sokong dan DAP tidak pernah bantah. Beliau juga sekali sekala melakukan program nahi mungkar. Semua itu amat bersesuaian dengan perjuangan PAS, bahkan Pemuda PAS kawasan Shah Alam yang mengusulkan tindakan diambil terhadap premis jualan arak yang menjual secara terbuka kepada orang Islam.

Meskipun sekali sekala tercetus kontroversi tetapi masih ada pihak dalam PAS yang mempertahankan tindakannya. Namun apabila dia sudah masuk perangkap Umno dengan menyerang PAS secara terbuka tanpa usul periksa maka ia menzahirkan hilangnya jati diri PAS dalam dirinya. Segalanya berlaku akibat kegopohan, tidak sabar, tidak mengukur kekuatan diri dan melakukan kerja amar makruf nahi mungkar yang tiada hikmah.

Ada orang berhujah apa pentingnya undi, jika selepas menang kita tidak dapat melaksanakan Islam sepenuhnya, seideal wawasan yang dijadikan matlamat? Jadi tak perlu kerjasama dengan DAP jika tahu DAP menolak negara Islam.

Jawapan untuk soalan itu adalah dalam bentuk soalan juga, iaitu apakah jika bersendirian (tanpa DAP) dan kalah, BN terus berkuasa maka mereka akan tegakkan negara Islam? Banyak perkara yang boleh kita lakukan dengan lebih baik sebagai kerajaan berbanding jika BN jadi kerajaan, sekalipun tidak dapat melakukan sepenuhnya.

Parti AK pimpinan Reccep Tayyip Erdogan mengambil masa yang panjang untuk membolehkan kakitangan menutup aurat di pejabat, melantik seorang Presiden daripada kumpulan Islam dan melumpuhkan kuasa tentera. Tapi kalau dari hari pertama Erdogan sudah memulakan tindakan ‘mengIslamkan’ kerajaan Turki sepenuhnya, tanpa terlebih dahulu membina kekuatan dalam kerajaan maka barangkali sehingga hari ini rakyat Turki tiada kebebasan untuk menutup aurat sebab tempat Erdogan selepas itu bukan di pejabat Perdana Menteri tetapi dalam penjara.

Berkempen mengajak rakyat menolak PAS secara automatik bermakna berkempen untuk memenangkan Umno-BN. Kononnya 72 peratus kepimpinan PAS sekular. Berapa peratus pula pemimpin Umno yang tidak sekular?

Berapa peratus pula pemimpin Umno yang isterinya tidak menutup aurat? Berapa peratus pula Wanita dan Puteri Umno yang menutup aurat berbanding Muslimat PAS?

Berapa peratus pula pemimpin Umno yang menolak hudud berbanding PAS?

Hasan Ali makin pening dan keliru sebenarnya. Berputar pusing macam wau putus ekor tapi talinya dipegang oleh Umno. Hasan pun sedar hal itu, namun perjuangan melepas geram dan membalas dendam menjadi lebih aula dalam dirinya sekarang. Bukan lagi isu kedaulatan Islam.

Umno-BN tunggang bantuan RM500

leh SYED AZMAN SYED AHMAD

http://1.bp.blogspot.com/-XAOaJqvIk6Q/TxAFKapZRNI/AAAAAAAAFCA/ohUKT4y2ZgI/s1600/semak%252Bbr1m.jpgPADA hujung minggu lalu, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor turun padang ke negeri Terengganu sempena Program Perdana Menteri Bersama Rakyat.

Dua Dewan Undangan Negeri (Dun yang menjadi tumpuan utama beliau adalah Dun Rhu Rendang yang kerusinya disandang oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Marang dan Dun Batu Burok di Kuala Terengganu yang disandang oleh saya sendiri.

Di kedua-dua Dun ini tumpuan utama Perdana Menteri mereka menyediakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang diagihkan kepada setiap pengundi yang tersenarai dalam program bantuan ini. Penerima di Dun Rhu Rendang menerima peruntukan berjumlah RM3.1 juta dan di Dun Batu Burok pula menerima peruntukan berjumlah RM 3.6 juta.

BR1M ini adalah merupakan bantuan ‘one off’ atau sekali sahaja yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Belanjawan 2012 pada akhir tahun lepas.

Tujuan asalnya adalah untuk mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah bagi ‘meringankan beban kenaikan kos kehidupan yang dialami oleh mereka’.

Sementara itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikenal pasti sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan BR1M ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya. Program bantuan kerajaan yang telah diluluskan oleh parlimen ini kini bertukar menjadi ‘program kempen Umno-BN’ menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Di Batu Burok, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman yang dilawati oleh Perdana Menteri telah bertukar wajah seolaholeh menjadi ‘pejabat Umno-BN’ dengan dipenuhi oleh bendera Umno-BN serta kain-kain rentang pemimpin Umno-BN.

Premis sekolah yang sepatutnya bebas daripada unsur-unsur politik telah dicemari dengan politik desperado pemimpinpemimpin Umno-BN.

Begitu juga dengan perjalanan majlis program bantuan BR1M itu yang sepatutnya merupakan majlis kerajaan telah bertukar menjadi majlis kempen menjelang pilihan raya serta menyerang parti pembangkang khususnya PAS di Terengganu. Perdana Menteri sendiri telah menggunakan majlis tersebut bagi membidas PAS yang dikatakan ‘hanya pandai menabur janji untuk meraih sokongan rakyat padahal pemimpin parti itu hanya menipu rakyat’.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said pula dikatakan telah menggunakan majlis BR1M bagi mencabar para penerima BR1M yang menyokong PAS supaya sentiasa berterima kasih kepada Umno-BN. Beliau juga meminta agar masyarakat terutama rakyat Terengganu ‘tidak sesekali melupakan jasa baik kerajaan lebih-lebih lagi apabila tibanya musim pilihan raya nanti dengan memberi undi kepada Umno-BN’.

Ya, inilah realiti yang berlaku terhadap program BR1M di merata tempat di seluruh pelosok negara. Ia tidak lagi menjadi program kerajan tetapi bertukar wajah menjadi program kempen politik Umno- BN. Persoalannya, apakah para pemimpin Umno-BN telah terlupa bahawa bantuan RM500 itu bukan datang daripada poket pemimpin Umno-BN, tapi ia adalah daripada hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan Malaysia ke atas setiap rakyat yang diwajibkan membayar cukai? Dan setiap pembayar cukai yang ada di seluruh Malaysia adalah terdiri daripada individu pelbagai fahaman politik termasuk juga daripada PAS dan Pakatan Rakyat.

Kalau diungkap bantuan 'one-off' (sekali beri) BR1M RM500 dalam loghat Terengganu ia ‘bukangnya pitis daripada kocek ‘mok bapok’ Umno- BN’. Ia adalah daripada duit kerajaan. Maka adalah wajar bagi setiap kerajaan yang diberi amanah untuk memerintah memberikan keselesaan hidup kepada rakyat di bawahnya terutamanya daripada golongan miskin. Amat tidak wajar ia dijadikan kempen politik kerana peruntukannya telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan bukannya melalui Perhimpunan Agung Umno. Mana-mana kerajaan yang memerintah berhak diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan wang BR1M tersebut termasuk PAS dan Pakatan Rakyat yang memerintah, maka mereka pula yang berhak memegang amanah tersebut.

Bagi saya adalah jelas, bantuan BR1M bermotifkan politik dan bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang. Ia bukan untuk ‘membantu golongan yang berpendapatan rendah dan miskin’ tetapi untuk meraih undi menjelang PRU13 akan datang ini. Dan lebih parah lagi, ia kini sedang menjadi ‘rasuah pilihan raya’ yang terbesar dalam sejarah Malaysia bagi memerangkap setiap rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan kepada Umno-BN.

Dan bantuan BR1M ini juga meneruskan ’malangnya nasib rakyat Terengganu’ terutamanya golongan bawahan yang miskin. Mereka terus 'disogok’ dengan ’madu beracun’ melalui program bantuan seperti ’bantuan wang ihsan’, ’bantuan sekolah’ ’bantuan hari raya’ dan pelbagai lagi subsidi yang tidak akan membebaskan diri mereka dan keluarga daripada cengkaman kemiskinan.

Malahan dengan bantuan RM500 setiap keluarga, mereka yang miskin dan tidak berpendidikan tinggi terutamanya akan terus diugut dan dipaksa untuk ’taat dan patuh’ bagi terus menyokong kepimpinan Ahmad Said yang semakin hari semakin terserlah kepincangan dan kebobrokan mentadbir negeri ’penyu bertelur’ ini.

Maahad Tahfiz Sains: Lagi Kedah di bidang pendidikan

PULAU TUBA – Selepas Kolej Universiti Insaniah dinaiktarafkan, kerajaan negeri mengembangkan pembangunan pendidikan dengan membina satu lagi pusat pendidikan, iaitu Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, di sini.

Pembinaan Maahad Tahfiz ini adalah bukti bahawa sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab kepada rakyat, kerajaan amat serius dalam pengajian yang menjurus kepada agama dan sains.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, projek bernilai RM15 juta ini dicetuskan setelah beliau mengadakan dialog bersama penduduk Pulau Tuba.

“Tak sampai setahun yang lepas, saya telah melawat pulau ini, bersama kakitangan kerajaan dan Exco, kita telah adakan dialog dengan rakyat, seorang dari pulau ini minta kerajaan buat sekolah agama, jadi saya berjanji, InsyaAllah saya akan usahakan.

“Setelah dibincang bersama mereka yang terlibat, ianya pun jadi, tapi saya tak mau lambat, bila siap baru belajar, maka saya suruh cari tempat sementara dulu, iaitu di Kulim.

“Permintaan daripada ibu bapa untuk masuk sekolah amat menggalakkan, ini kerana ibu bapa telah sedar betapa penting penndidikan agama kepada anak-anak, selain akademik,” jelas beliau pada majlis pecah tanah Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, di sini.

Sekolah berasrama penuh ini dilengkapi dengan 20 bilik darjah, empat makmal sains yang dilengkapi makmal fizik, kimia, biologi dan makmal biasa, surau, pusat sumber, kantin dan kuarters untuk guru dan kakitangan sekolah.

Projek ini dijangka siap dalam masa tiga tahun yang mampu menempatkan 300 pelajar.

Permodalan Kedah Berhad kini kembali pulih

LANGKAWI – Anak syarikat kerajaan negeri Kedah (GLC), Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang dulunya (di zaman kerajaan lalu) berada dalam keadaan tenat, kini kembali pulih sehingga berjaya memberi sumbangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM10 juta setahun.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, adalah menjadi kebanggaan kerajaan negeri apabila PKB telah buktikan dalam masa empat tahun telah bangun begitu cergas dan aktif.

PKB juga berjaya melunaskan hutang-hutang mereka dahulu.

“Semasa saya ambil alih PKB, saya tak malu katakan bahawa PKB berada dalam keadaan tenat, hutangnya puluhan juta, Alhamdulillah hari ini hutang telah dapat dibayar dan kita juga hari ini terpaksa menyelesaikan beberapa perkara yang tak diselesaikan dari segi undang-undang oleh pengurusan dulu.

“Pada peringkat awal, adalah sukar kepada Pengarah Urusan untuk bergerak kerana kekangan kewangan, maka untuk pengurusan, Perbadanan Menteri Besar Kedah terpaksa bagi suntikan.

“Alhamdulillah, hari ini PKB adalah antara GLC Kedah yang berjaya memberi sumbangan kepada kerajaan negeri setahun sebanyak RM10 juta,” jelas beliau pada majlis pecah tanah hotel 14 tingkat, di sini.

Menyentuh mengenai hotel 14 tingkat ini, beliau berharap projek ini berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan ataupun mendahului jadual.

Ini kerana, jika berlakunya tempoh lanjutan projek, kerajaan negeri perlu memberi tambahan modal.

“Hotel ini akan siap dalam masa 18 bulan, jadi saya berharap ia akan siap mengikut jadual atau mendahului kerana kita tak mahu lagi program-program yang terbengkalai bertahun-tahun, dan kita juga perlu tambah modal jika terbengkalai,” ujar beliau.

kemelut dalaman PR di Kedah ia masih tidak menguntungkan BN dan UMNO

PAS Kedah bunuh parasit

PAS Kedah berdiri teguh di belakang MB Ustaz Azizan Razak dan memberi amaran kepada pemimpin pusat PKR supaya tidak mencampuri urusan dalaman Kerajaan PAS Kedah di dalam beberapa isu terkini di negeri Kedah khasnya isu AUKU 1971.

Nampaknya PAS Kedah telah berjaya menghidu parasit PKR yang mula menggerodak sedikit demi sedikit dan akan membangkai jika tidak dibunuh seperti apa yang berlaku di Selangor.

Ternyata walaupun Hasan Ali belum memulakan ‘roadshow’nya di Kedah tetapi mesejnya lebih awal sampai dan PAS pusat tidak harus memperkecilkan pengaruh Hasan Ali yang ikhlas mendedahkan pekong PAS kepada rakyat sejagat.

Kerja-kerja kotor parasit ini termasuk mendesak Ustaz Azizan melepaskan jawatan MB Kedah dengan berbagai cara halus termasuk menyentuh kesihatan Ustaz Azizan tak ubah seperti cacing kerawit menggerobek ponggong.

Apa yang lebih menarik lagi PKR Kedah melalui Pengerusinya Datuk Wan Salleh Wan Isa dengan pendirian yang tegas menyatakan kepada media sokongan kepada Ustaz Azizan dan mereka tidak langsung terbabit dalam konspirasi mahu menyinggkirkan Ustaz Azizan.

Apa juga kemelut dalaman pembangkang di Kedah ia masih tidak menguntungkan BN dan UMNO untuk kembali menawan Kedah kerana konflik dalaman UMNO masih membengkak. Golongan muda masih terpisah jauh dengan UMNO kerana Pemuda-Pemuda UMNO sedang mencanak gila untuk menjadi calun manakala pendekatan isu-isu anak muda masih dalam fantasi.

Kata seorang pemuda kepada MR “Sampai bila tugas kami dalam pilihanraya hanya layak untuk menggantung poster?”

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/02/pas-kedah-bunuh-parasit.html

Pasar sehari pekan Naka: Isu kesihatan bukan politik

Proses Cucuk Jarum Dilakukan oleh sesetengah pihak memburukkan YB Padang Terap

PADANG TERAP, 13 Feb 2012 – Akibat masalah kesihatan seperti Demam Denggi dan Kencing Tikus di Pekan Naka, maka Majlis Daerah Padang Terap mengambil keputusan memberhentikan buat sementara waktu urusan perniagaan di Pekan Nat, Naka sehingga keadaan pulih seperti biasa.

Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Nazri Ahmad, pihaknya telah menerima aduan dari orang ramai yang mengatakan tahap kebersihan di Pekan Nat terbabit kurang memuaskan dan sebahagian peniaga tidak mengambil langkah kebersihan sewajarnya.

“Sebenarnya, pihak kami telah pun menghantar notis peringatan sebanyak dua kali kepada Koperasi Serbaguna Pekan Naka untuk menyelesaikan masalah kebersihan di tapak tersebut, namun tidak mendapat sebarang tindakan dari mereka.

“Oleh itu kita mengambil langkah memberhentikan buat sementara operasi perniagaan di situ untuk tindakan tertentu terutama berkaitan dengan kebersihan,” jelas beliau ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, pada 24 Februari ini akan diadakan gotong royong di bawah Program Kesihatan COMBI dan pada 15 Februari pula akan diadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Tetap Kebersihan Perlesenan dan Kemudahan Awam. Dalam mesyuarat tersebut satu kertas kerja akan dibentangkan untuk mengambil keputusan samada Pekan Nat berkenaan akan dibuka semua atau disambung penutupnya sehingga keadaan betul-betul memuaskan.

“Terlalu banyak aduan yang pihak kami terima. Tindakan ini sebagai langkah untuk memastikan kebersihan premis-premis jualan seperti ini dipelihara. Bukan di Pekan Nat ini sahaja, malah kami juga akan mengeluarkan notis kebersihan kepada pasar-pasar malam berhampiran,” sambungnya lagi.

Apabila ditanya berkenaan demontrasi yang menuntut agar pihak majlis menyediakan tapak perniagaan gantian, beliau berkata, tuntutan berkenaan adalah tidak wajar kerana tujuan pihaknya mengambil tindakan sedemikian adalah kerana sikap mereka sendiri yang tidak perihatan kepada kebersihan .

“Pihak kami tidak boleh memandang remeh dengan aduan orang ramai dan lebih-lebih lagi masalah kesihatan semakin mendadak di Pekan Naka dan demi kebaikan bersama langkah-langkah tersebut perlu dilakukan.

“Saya juga ada bersama semasa mereka mengadakan demo bantahan itu dan saya dapati ianya diketuai oleh pertubuhan NGO dari Kuala Lumpur iaitu IKHLAS dan yang turut serta berdemo itu bukanlah dari kalangan peniaga-peniaga tetapi orang lain yang tiada sangkutan dengan perkara tersebut,’ ujarnya lagi.

Dalam Idris Jalan kata nak bangrap pon boleh bagi RM1.79juta kepada rakyat...OK laa tuu.. tiap-tiap tahun pun boleh bagi nie..

RM1.79b dana BR1M telah diagih

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan telah meluluskan 3,580,916 permohonan untuk program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 12 Februari lalu dengan melibatkan dana sebanyak RM1.79 bilion.

Kementerian tersebut dalam satu kenyataannya semalam menjelaskan, daripada jumlah itu, sebanyak 1,205,159 baucar bernilai RM500 setiap satu telah ditunaikan oleh orang ramai dengan melibatkan peruntukan RM602,579,500.

"Pihak kami telah menerima 4,597,434 juta permohonan tetapi hanya 3,580,916 sahaja yang diluluskan," jelasnya.

Menurut kementerian terbabit, punca permohonan BR1M ditolak disebabkan maklumat borang tidak lengkap atau salah isi, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 serta terdapat lebih daripada satu permohonan oleh individu dalam isi rumah yang sama.

Haram main Forex Internet


URUS NIAGA Forex di Internet ditetapkan sebagai haram di sisi Islam berikutan wujud beberapa isu yang melanggar hukum syarak. - Gambar hiasan


KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.

"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.

"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.

Berlinang air mata lihat derita anak

15 Februari 2012
Kesian

KANGAR - Seorang penjawat awam, Rosmizan Rosla, 33, dan isteri Norhasazliza Abu Hasin, 30, dari Kampung Batu 5, Kayang dekat sini, hanya mampu menangis melihat penderitaan dialami anak sulung mereka, Nurin Zuhaira, 5, berikutan penyakit barah otak yang dihidapinya sejak tiga setengah tahun lalu.

Rosmizan yang mempunyai dua anak sering menangis bersama isteri setelah tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang kini terpaksa menjalani pelbagai pembedahan termasuk rawatan pemeriksaan susulan kimoterapi sebanyak enam kali.

Menurutnya, Nurin Zuhaira sebelum ini pernah menjalani pembedahan bagi membuang biji mata kiri setelah didapati menghidap penyakit retina blasptoma atau pun kanser mata pada usia satu tahun enam bulan.
“Setelah pembedahan itu berjaya, Nurin Zuhaira kembali menjalani kehidupan dengan ceria sehinggalah kami mendapat tahu kanser yang dihidapi Nurin sebelum ini merebak ke bahagian otak pada tiga tahun lalu.
“Satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan di kepala Nurin dijalankan pada 5 April tahun lalu disusuli dengan rawatan radioterapi sebanyak 30 kali selain rawatan kimoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebanyak tiga kali daripada lapan kali proses rawatan yang sepatutnya diadakan.
“Bagaimanapun, keadaan Nurin menjadi semakin kritikal sejak minggu lalu apabila dia mengalami sawan sewaktu pulang dari HPP dan kini hanya mampu terlantar di atas katil tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian selepas dikunjungi Ketua Pemuda Umno Bahagian Kangar, Abdul Aziz Abdul Majid di kediamannya di Kampung Batu 5, Kayang, di sini semalam.
Bagi Norhasazliza pula, dia amat bimbang memikirkan nasib Nurin Zuhaira yang semakin malap saban hari.
“Saya sedih setiap kali melihat Nurin kerana dia sebelum ini boleh berkata-kata dan aktif seperti kanak-kanak lain, malah sempat menghadiri kelas taman asuhan kanak-kanak (Taska) di kawasan berdekatan selama dua hari.
“Selepas itu, dia secara tiba-tiba enggan ke sekolah dan saya tidak menyangka perubahan tingkah-lakunya itu seolah-olah petanda keadaan kesihatannya semakin teruk,” katanya.
Norhasazliza turut menjelaskan anak sulungnya perlu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut dan berharap masih ada harapan untuk Nurin sembuh dan menikmati kehidupan riang seperti kanak-kanak lain.
Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditemui menegaskan pihaknya bersama Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kangar telah membuat kutipan amal sesama mereka untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Rosmizan termasuklah pemberian lampin pakai buang untuk kegunaan Nurin Zuhaira.
“Pemuda Umno Bahagian Kangar akan bersedia menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa kepada keluarga Rosmizan bagi meringankan penderitaan dihadapi adik Nurin Zuhaira dan sebenarnya keadaannya sudah mendapat perhatian Kerajaan Negeri sejak dahulu lagi.
‘’Di samping itu, saya juga berharap kes ini dapat dipanjangkan kepada pihak Majlis Kanser Negara (Makna) untuk tindakan lanjut,’’ katanya.
Orang ramai yang ingin membantu Nurin Zuhaira boleh menghantarkan sumbangan mereka melalui Maybank Berhad menggunakan akaun Rosmizan Rosla iaitu 159012708424.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...