TERKINI :

Monday, February 13, 2012

UMNO Padang Terap bela market yang jabatan kesihatan suruh tutup sebab kotoq..!!

KOSMO HARI INI

UMNO Padang Terap tiba-tiba jadi peniaga pekan nat.. kah kah kah

(100% ahli UMNO... sorang pun bukan peniaga pekan nat)

Oleh: Halia bin Lada

Kecoh pasai demonstrasi haram di Naka kelmarin, kononnya para peniaga pekan nat Naka marahkan PAS kerana larang mereka berniaga atas arahan YB Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap kerana kononnya YB PAS berniat jahat sengaja mahu menzalimi para peniaga Melayu. Halia pun hairan bin ajaib jugak, takkanlah dalam dunia ni ada YB gila macam tu saja-saja nak bagi rakyat marah dekat dia demi untuk memenangi pilihanraya.

Setelah Halia pi siasat rupanya arahan penutupan pekan nat tu bukan ada kena mengena dengan YB Nasir pun, jauh sekali PAS. Ia adalah atas arahan MDPT dan Jabatan Kesihatan yang memantau pasar malam itu dari segenap aspek. Antaranya ialah aspek kebersihan yang tidak diambil peduli oleh sebilangan peniaga sehingga menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, antaranya ialah merebaknya wabak kencing tikus.

Kes penutupan sementara macam ni adalah tindakan standard yang dilakukan oleh kerajaan tempatan di seluruh negara sejak berpuluh tahun dah. Tiba2 untuk kes di Padang Terap ni, isu kesihatan itu telah dipolitikkan oleh puak2 terdesak lapar undi dan lapar kuasa iaitu UMNO.


Maka UMNO pun berhimpun beramai-ramai dengan muka tak malu macam kain terpan lori mengaku jadi peniaga pekan nat... mengangkat sepanduk mengutuk PAS dan YB Nasir. Bila foto mereka tersebar seluruh negara maka penduduk Padang Terap khususnya Pekan Naka pun gelaklah berguling2 melihat orang UMNO jadi peniaga pekan nat.

Sudah2lah UMNNO, kalau kering isu pun janganlah sampai semua isu nak dipolitikkan. Halia dok bayangkan bila BN jadi pembangkang lepas PRU13 nanti maka penuhlah negara ini dengan demonstrasi.. antaranya kerana polis buat sekatan saman pesalah trafik, polis tangkap PATI, pihak kesihatan saman pembiak nyamuk Aedes, pejabat agama tangkap orang khalwat sebab bagi UMNO semua tindakan yang dibuat itu menyusahkan rakyat..kah kah kah.

Woi UMNO Padang Terap pimpinan Mahdzir Kholid hangpa dah gila kaa? kah kah kah.

Hari Kekasih: Mana suara pemimpin Umno

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak pendirian rasmi Umno dalam isu sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang disambut setiap tahun di negara ini.

“Ini kerana sejak isu ini timbul tidak sedikitpun suara pemimpin Umno kedengaran bagi menyatakan pendirian berhubung isu yang menjadi pertikaian umat Islam sejak dahulu.

“Dalam hal ini, DPPM menyatakan pendirian PAS sejak dahulu sehingga kini tetap bertegas bahawa sambutan Hari kekasih adalah haram untuk umat Islam dan tidak wajar bagi kerajaan mempromosikan hari tersebut kepada masyarakat khususnya kepada umat Islam,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Harakahdaily.

Ini, ujarnya telah dikuatkan lagi dengan fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah menghukumkan haram terhadap sambutan itu.

Katanya, ketegasan PAS tetap dipegang sekalipun yang menentangnya adalah rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ini, tegasnya menunjukkan PAS tidak pernah mengikut telunjuk atau menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak.

PAS, jelasnya lagi adalah parti Islam sejak dahulu sehingga kini dan tetap berpegang kepada prinsip dan dasarnya walau dengan siapa ia berkawan.

Namun demikian, katanya DPPM merasa kesal kerana media utama hanya sibuk mencari titik perbalahan antara parti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya Umno yang menjadi tunjang dalam kerajaan tidak sedikitpun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung sambutan hari tersebut.

Malahan, ujarnya pemimpin Umno diam seribu bahasa dengan mengambil sikap jalan selamat demi mengelakkan persengketaan dalaman antara parti komponen dalama Barisan Nasional.

Bagi DPPM, kata beliau pemimpin Umno tidak wajar berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang pendirian rasmi berhubung sambutan Valentine’s Day.

“Sebagai pemimpin umat Islam di negara ini pemimpin utama Umno wajib menyatakan pendirian mereka.

“Kemungkaran mesti dicegah walau ditentang oleh rakan-rakan sekutunya kerana ia adalah perintah Allah SWT,” ujarnya.

Tambahan lagi, ujar beliau umat Islam di negara ini pasti akan merasa kecewa sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri membiarkan terus polemik itu berlalu tanpa sebarang kenyataan mahupun tindakan tegas diambil.

Beliau menambah, lebih dikesali apabila ulama dalam Umno serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan hal ehwal agama Islam di negara ini turut berdiam diri berhubung isu itu.

Akhirnya, ujar beliau lagi DPPM mengharapkan umat Islam di negara ini membuka mata dengan melihat sikap sebenar Umno dalam soal mempertahankan syariat Islam.

“Dalam keadaan seluruh negara riuh rendah dengan penolakan dan penentangan terhadap isu ini, pemimpin-pemimpin Umno menutup mulut dan terus membiarkan kemungkaran berleluasa,” katanya.

Baitulmal: Jamil Khir mohon, dia sendiri lulus?

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

"Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.

"Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit.

"Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul," katanya lagi.

Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.

"Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

"Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak," sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP.

Dengaq kata KU LI akan kena 'pancung'..!!!??

Lima Ketua Bahagian Umno Kelantan
Mungkin Tidak Dicalon?

Nasib lima ketua bahagian Umno di Kelantan dalam keadaan penuh tanda tanya sama ada mereka akan dicalonkan atau tidak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Ketua-ketua bahagian itu ialah, Abdullah Yassin (Rantau Panjang), Ramzi Abdul Rahman (Kuala Krai), Cikgu Alwi (Pasir Puteh), Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Mereka dikatakan kabur besar kemungkinan tidak disandarkan oleh Umno Kelantan untuk menjadi calon pada pilihan raya akan datang sama untuk kerusi Parlimen atau pun Dun.

Bagaimana pun nama-nama mereka dikatakan termasuk dalam senarai calon yang dihantar oleh peringkat bahagian tetapi 'gagal' apabila dibawa ke presiden Ha Najib Razak sebagai kuasa pemutus.

Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Umno Kelantan tidak bermasalah untuk menerima mereka sebagai calon tetapi ada pihak-pihak tertentu yang lebih tinggi mempersoalkan ketua-ketua bahagian ini dan berharap agar mereka tidak dicalonkan. Protes secara senyap juga dilakukan agar mereka tidak menjadi calon.

Kesemua mereka dikatakan bermasalah dan menjadi libaliti kepada Umno kawasan masing-masing, di mana penyertaan mereka boleh menyebabkan calon-calon lain juga terjejas.

Selain itu blog MT difahamkan, setengah mereka terlibat dengan skandal tempatan yang teruk di mana kalau mereka dicalonkan ia memberi kesan negatif kepada parti itu.

Misalnya Ramzi Abdul Rahman yang berhajat untuk bertanding di Parlimen Kuala Krai diberitakan melalui jalan sukar kerana wujud penentangan dari kalangan AJK Bahagian yang mahukan calon lagi yang dianggap lebih berpeluang untuk menang.

Sebelum ini Ramzi bertanding di Dun Dabong memang dalam tahun 004 tetapi kalah dalam pilihan raya umum lalu. Isu Ramzi bukan anak tempatan juga dikemundangkan untuk menafilkan pencalonan Ramzi.

Kehadiran Ramzli ke Kuala Krai juga dianggap sebagai menganggu Umno bahagian itu. Ramzli adalah berasal dari Kubang Batang Tumpat di bawa oleh bekas PM Abdullah Badawi untuk memimpin Umno Bahagian Kuala Krai.

Annuar Musa yang merupakan ketua Umno Ketereh walaupun berminat besar untuk bertanding tetapi disebabkan rekod perkhidmatannya semasa menjadi menteri dulu buruk bagi kacamata orang Kelantan menjadikan penghalang untuknya dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.

Dalam pilihan raya dulu beliau kalah ditangan Abdul Aziz Kadir anak buahnya sendiri semasa Aziz dalam Umno untuk merebut kerusi Ketereh. Sebelum ini Anwar pernah tewas kepada Mohammad Mustafa dan pernah kalah ditangan Mohamad Sabu di Parlimen Peringat (Kubang Kerian).

Kedudukan ketua Umno Pasir Puteh Cikgu Alwi juga terumbang ambing dan besar kemungkinan tidak akan dicalonkan. Umno Pasir Puteh khabarnya sedang menimbang beberapa nama lain untuk diletak di kerusi Parlimen Pasir Puteh.

Tawaran jawatan senator katanya dijanjikan kepada ketua Umno bahagian ini.

Cikgu Awi juga dikatakan sukar untuk menang di mana-mana empat kerusi Dun di dalam Pasir Puteh termasuk di kampungnya sendiri di Semerak. Latar belakang dan kelulusannya dijadikan alasan kenapa beliau tidak seorang calon yang berkelayakan.

Abdullah Yassin juga yang sebelum ini kalah di Meranti besar kemungkinan tidak akan dicalonkan apabila Umno sudah mengenal pasti calon lebih berwibawa serta bersih untuk diletakkan di Meranti.

Abdullah pernah kalah di Parlimen Rantau Panjang dan Dun Meranti. Antara masalah menyebabkan Abdullah hilang peluang untuk bertanding ialah ekoran karektor beliau yang kurang disenangi di Rantau Panjang.

Berlainan dengan Tengku Razaleigh Hamzah walaupun beliau masih berpengaruh di Gua Musang dan harapan Umno untuk menang cerah tetapi disebabkan beberapa tindakan beliau tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan menjadi penghalang untuknya menjadi calon.

Tengku Razaleigh yang masih sayang kepada Umno bagaimana tidak gemar dengan pendekatan dan hala tuju perjuangan Umno yang sudah lari jauh dari perjuangan asal. Tindakan protes beliau dalam hal ini serta sependapat dengan pembangkang (Pakatan Rakyat) menjadikan pucuk pimpinan kurang senang kepadanya.

Gerakan bawahan juga dilakukan untuk mencabar Tengku Razaleigh. Hasrat Tengku Razaleigh untuk terus mencabar kedudukan Najib sebagai presiden dalam pemilihan akan datang juga menjadi faktor kenapa Tengku Razaleigh kemungkinan tidak akan dicalon.

Tindakan itu walaupun seakan Umno melakukan harakiri di Gua Musang tetapi ia adalah tektik untuk mengurangkan gah Razaleigh sebagai pemimpin Umno apabila beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen.

Dalam perkiraan Najib, Tengku Razaleigh akan sulit untuk dicalonkan sebagai presiden Umno apabila beliau sudah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti khasnya ketua bahagian. Jelas kalau Tengku Razaleigh disingkirkan sebagai calon ia adalah tektik menghalang Razaleigh bertanding merebut jawatan presiden Umno. [wm.kl.9:35 am 13/02/12]

Mohd Sayuti Omar,

HASAN JATI kantoi jadi balaci UMNO.. patut la tak berani tegoq Akidah Najib macam mufti Perak..!!

HASAN ALI!!! Dulu gila meroyan la depa kata gila nombor pulak dah, betul ka?

Sejak Dr Hasan Ali dipecat dari PAS dan digugurkan jawatan dari barisan exco kerajaan Selangor,beliau semakin popular di usung kehulur kehilir oleh UMNO dalam ceramah roadshow-nya.

Ini membuatkan Hasan Ali berasa dirinya sudah menjadi bertambah glamour sejak akhir-akhir ini.

Aku ikut tweet Dr Hasan sejak beberapa minggu lalu dan mendapati Hasan Ali sekarang sudah berjangkit suatu virus atau perasit dari UMNO didalam kiriman Tweetnya.

Setiap kali ada ceramah Dr Hasan Ali akan tweetkan jumlah kehadiran dalam ceramahnya ..ada yang 1500 orang,5000 orang dan semalam paling hebat yang membuatkan Hasan Ali amat gembira kerana angka kehadiran yang di keluarkan oleh blogger UMNO Sungai Rapat Online iaitu seramai 15 000 orang hadir dan Hasan Ali pun tweetkan [ Mlm semalam di Bt Gajah Perak.Kehadiran mencecah 15k. Satu rekord ]

Record apa kah ini..??? Mungkin record dalam maksud JATI = Jumlah Angka Tipu Islam.

[Klik imej untuk lebih jelas]

Lambang apa bawah bendera Malaysia tu, itulah sebenarnya lambang JATI

Dalam 4 ceramah saja Hasan Ali dan berjaya kumpul angka hampir 30ribu...hahaha..

Itu baru 4 ceramah...kalau 4 bulan. ceramah..??

Tak dapat bayangkan banyaknya jumlah angka yang dikumpul Hasan Ali....heheh..

JATI

Jumlah Angka Tipu Islam

Hasan Ali sejak tahun 1999 rupanya sudah gila nombor. Kemudian jika buat ceramah,jika dia datang kena bagi persen.

Hasan Ali bukan sekadar gila talak,gila meroyan ,tapi mutakhir ini,gila nombor! Orang ni

UTUSAN MELOYA PUN TUMPANG TIPU NOMBOR JUGA

Dulu sejak tahun 1998 apabila Hasan Ali Akidah mengadakan ceramah atas pentas PAS, akhbar Utuseks Meloya sama ada tidak melaporkan atau memutar belitkan angka yang hadir...sekiranya yang hadir puluhan ribu ditulis sekitar ratusan saja.. Kini sudah terbalik....angka ratusan sudah diputar menjadi belasan ribu..
Pssssssst....KALAU BENAR KEHADIRAN MENCECAH 15,000 ORANG MENGAPA TAK SIAR GAMBAR PARA HADIRIN....
MENGAPA DISIARKAN HASAN ALI AKIDAH BERSALAM DENGAN BEBERAPA KERAT ORANG RAMAI....kwah kwah kwah....
MENEMPELKAN JUMLAH YANG BESAR HADIRLAH MAMPU MEMIKAT DAN MEMUKAU PARA PEMBACA....kwah kwah kwah....
NAMPAK SANGAT PEMBOHONGNYA AKHBAR MILIK UMNO NI WEH!!!!..KWAH KWAH KWAH..
OPPPSS SEBELUM TERLUPA... RAKYAT NAK TANYA PADA HASAN ALI YANG SIBUK PUSING MALAYSIA CERITA PASAL AKIDAH NI... TS MUFTI PERAK KATA HJ AH JIB GOR DAH GADAI AKIDAHNYA PASAL SAMA-SAMA MERAI DAN MERAYAKAN HARI THAIPUSAM...MENGAPA SAMPAI SEKARANG KAMU MASIH DIAM MEMBISU?????
SESAH DAN SEBATLAH PASAL AKIDAH HJ AH JIB GOR KALU BENAR-BENAR ANDA IKHLAS... KWAH KWAH KWAH....OMAK KAU
http://paspb2.blogspot.com/2012/02/hasan-ali-dulu-gila-meroyan-la-depa_12.html

2012 : Tahun dunia berpilihanraya namun Malaysia juga yang unik sebab tarikh tak beritahu bila..??

2012 - TAHUN PILIHAN RAYA DUNIA

http://4.bp.blogspot.com/-DbdAIVUJKLI/TxHivaOTuUI/AAAAAAAAC6U/IOmD7I4ou3s/s1600/January%2B4th%252C%2B2012%2B-%2BWorld%2BElections.JPG

DI MANA-MANA sahaja kini, orang bercakap tentang pilihan raya seolah-olah tidak sabar menanti tarikh pengumuman pembubaran parlimen.

Terbaru orang menyebarkan cerita kononnya menjelang pertengahan Februari parlimen akan dibubarnya bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang ke-13 berlangsung.

Penulis sendiri beberapa hari yang lalu telah menerima satu teks pesanan ringkas daripada salah seorang pemilik agensi perhubungan awam bertanya apakah ada asas untuk perdana menteri mengemukakan tarikh pembubaran parlimen kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada pertengahan bulan ini untuk membolehkan pilihan raya diadakan Mac depan.

Katanya, terdapat khabar angin mengenai perkara tersebut yang berligar di kalangan mereka. Jawapannya kita tidak tahu tetapi yang pasti ialah semua orang kalau boleh mahukan perdana menteri dengan segera memilih tarikh yang sesuai untuk kita semua keluar mengundi.

Pilih

Sebenarnya, orang ramai sudah bosan dengan politik dan mahukan penentuan siapakah yang berhak memacu kerajaan akan datang ditentukan dengan segera supaya kita semua dapat kembali meneruskan kehidupan normal kita.

Masalahnya cuma satu - di Malaysia tarikh pilihan raya terletak di tangan perdana menteri. Jadi tidak ada siapa pun yang tahu melainkan perdana menteri seorang bilakah tarikh pilihan yang sesuai untuk diadakan pilihan raya.

Sudah tentulah pula, tarikh yang menjadi pilihan perdana menteri kelak adalah tarikh yang kena pada masa dan ketikanya yang akan memberi kelebihan kepada parti yang diterajui olehnya mencapai kemenangan dan kejayaan besar.

Jika silap pilih tarikh dan masa, isu besar dan sensasi masih lagi berlegar-legar di padang ceramah pembangkang, ini hanya akan membawa malapetaka kepada parti yang memerintah.

Oleh yang demikian perdana menteri kena bijak memilih tarikh yang sesuai untuk memastikan kemenangan dan kelebihan berada di pihaknya.

Sebenarnya, sukalah penulis memaklumkan bahawa tahun ini bukanlah tahun pilihan raya bagi negara kita Malaysia sahaja. Ia adalah tahun pilihan raya bagi beberapa buah negara lain.

Bezanya, tidak seperti negara kita, negara-negara lain secara perlembagaannya telah pun menetapkan bilakah tarikh pilihan raya akan diadakan.

Amerika Syarikat

Kita ambil contoh Amerika Syarikat. Mereka telah menetapkan pilihan raya presiden pada 6 November. Mereka juga telah menetapkan tarikh debat pilihan raya di antara calon-calon presiden dan naib presiden.

Keunikan sistem pemerintahan Amerika ialah mereka mengasingkan institusi presiden dengan dewan perwakilan dan senat. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengadakan dua bentuk pilihan raya iaitu pilihan raya presiden dan pilihan raya dewan perwakilan serta senat.

Di peringkat negeri mereka juga mengadakan pilihan raya yang berbeza untuk jawatan gabenor dan naib gabenor. Jawatan ini di Amerika samalah seperti jawatan menteri besar atau ketua menteri di negara kita.

Cuma yang membezakannya ialah di Malaysia kita memilih parti dan parti yang menang akan menentukan siapakah calon perdana menteri atau menteri besar/ketua menteri sedangkan di Amerika pemilih melakukan pemilihan secara langsung untuk menentukan siapakah bakal menjadi presiden di peringkat nasional dan gabenor di peringkat negeri.

Dan tidak sepertimana negara kita (satu penggal lima tahun), presiden Amerika cuma berkhidmat untuk tempoh empat tahun sahaja atau maksimum lapan tahun iaitu selama dua penggal. Selepas itu, dia tidak lagi layak untuk menawarkan diri untuk jawatan presiden.

Perancis

Selain Amerika, sebuah lagi negara yang akan mengadakan pilihan raya presiden pada tahun ini ialah Perancis.

Negara ini juga telah menetapkan tarikh pilihan raya presidennya siang-siang lagi iaitu pada April nanti.

Penyandang jawatan presiden berkhidmat untuk tempoh lima tahun dan negara ini sepertimana kebanyakan negara Eropah mengamalkan satu sistem yang agak unik.

Keunikan itu ialah jika undi yang diperolehi oleh mana-mana calon tidak mencapai majoriti kukuh untuk menentukan pemenang yang jelas, pemilihan pusingan kedua akan diadakan.

Perancis telah menetapkan jika ini berlaku, pemilihan pusingan kedua akan dilakukan pada bulan Mei iaitu di antara dua calon yang mendapat undi terbanyak sahaja.

Selepas itu, rakyat negara tersebut akan mengundi dalam pilihan raya perwakilan (Parlimen) pada Jun.

Korea Selatan

Rakyat Korea Selatan sepertimana rakyat Amerika dan Perancis juga akan memilih presiden dan kerajaan baru tahun ini.

Tetapi parti-parti di Korea Selatan mempunyai satu tabiat suka menukar nama parti menjelang tahun pilihan raya. Ini telah berlaku baru-baru ini apabila parti yang memerintah Korea Selatan menukar nama mereka selepas seterus utama mereka berbuat demikian bulan lalu.

Parti konservatif yang memerintah Korea Selatan - Parti Kebangsaan Utama - telah mengumumkan pertukaran nama kepada Parti Saenuri atau Dunia Baru. Nama ini dipilih dari 10,000 cadangan yang dibuat menerusi Internet.

Antara nama lain yang dicadangkan tetapi tidak mendapat perhatian ialah "Parti Harapan Baru" dan "Parti Satu Rakyat".

"Kita berharap dengan penjenamaan semula parti ini, kita akan kembali memperolehi kepercayaan rakyat bagi membolehkan kita terus melakukan perubahan dan reformasi," kata pemimpin parti itu Park Geun-Hye, yang juga disebut-sebut sebagai bakal calon presiden dalam pilihan raya yang akan berlangsung Disember nanti.

Pilihan raya parlimen pula akan diadakan lebih awal iaitu pada April depan. Parti itu kini mempunyai 166 daripada 299 kerusi di parlimen termasuklah kerusi presiden.

Parti Kebangsaan Utama itu dipaksa untuk melakukan reformasi dan perubahan selepas calon mereka untuk jawatan datuk bandar Seoul tewas dalam pemilihan Oktober lalu.

Kini parti berhaluan kiri, Parti Demokratik Bersatu sedang mencuri populariti dengan memperolehi 39.7 peratus sokongan berbanding 29.1 peratus sahaja yang dinikmati oleh Parti Kebangsaan Utama itu.

Parti-parti politik di Korea Selatan mempunyai kecenderungan untuk menukar nama pada tahun pilihan raya sama ada dengan cara bercantum dengan parti lain atau berpisah dengan sekutu lama.

Malah Parti Demokratik Bersatu sendiri baru sahaja menukar namanya kepada nama sekarang sebulan yang lalu selepas mereka bergabung dengan parti yang mendapat sokongan kesatuan sekerja dan lain-lain parti kecil yang berhaluan kiri. Ini adalah pertukaran nama kali ketiga parti tersebut dalam tempoh lapan tahun.

Rusia

Rakyat Rusia juga akan keluar mengundi pada bulan Mac untuk menentukan presiden yang baru.

Sistem demokrasi Rusia yang lahir hasil daripada kematian regim Soviet komunis adalah mirip seperti Amerika.

Cuma sepertimana Perancis, Rusia juga mengamalkan sistem pilihan raya dua pusingan seandainya pada pusingan pertama tidak ada pemenang yang jelas.

Pilihan raya presiden Rusia akan berlangsung pada 4 Mac depan.

Sepertimana Amerika, undang-undang Rusia juga tidak membenarkan seorang presiden memegang jawatan melebihi dua penggal tetapi membenarkan seorang bekas presiden kembali bertanding dalam penggal berikutnya.

Presiden Rusia bertanggungjawab melantik perdana menteri yang merupakan penggerak jentera harian kerajaan pusat.

Presiden bagaimanapun berkuasa penuh ke atas urusan diplomatik dan juga ke atas urusan keselamatan negara.

Pilihan raya dewan perwakilan atau lebih dikenali sebagai Duma telah pun selesai hujung tahun lalu.

Iran

Iran juga akan mengadakan pilihan raya tahun ini tetapi hanya untuk perwakilan parlimen sahaja. Tarikh pilihan raya telah ditetapkan pada 2 Mac depan.

Sistem pemilihan di Iran agak unik. Mereka yang ingin bertanding haruslah terlebih dahulu mendaftarkan diri. Tempoh yang dibuka untuk pendaftaran ialah selama seminggu.

Selepas tarikh pendaftaran calon ditutup, sejumlah 5,395 calon telah mendaftar dan pencalonan mereka akan ditapis terlebih dahulu oleh satu badan yang akan menentukan sama ada mereka layak bertanding atau tidak.

Pilihan raya pada 2 Mac depan mempertaruhkan 290 kerusi parlimen.

Timor Leste

Sebuah lagi negara yang akan menyaksikan pilihan raya umum Mac ini ialah Timor Leste atau suatu ketika dahulu dikenali sebagai Timur-Timor.

Ini adalah pilihan raya umum yang kedua untuk Timor Leste.

Timor Leste telah pun mencapai usia 10 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka. Ia dahulu adalah sebahagian daripada wilayah Indonesia sehinggalah 2002.

Indonesia menduduki wilayah itu pada tahun 1975 sebaik sahaja Portugis meninggalkan Timur-Timor selepas 400 tahun menjajahnya.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 10 orang calon telah pun menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut termasuklah ketua pembangkang, Francisco "Lu Olo" Guterres dan bekas panglima angkatan tentera Major Jeneral Taur Matar Ruak.

Para pemerhati politik bagaimanapun berkata, pilihan raya presiden itu akan tertumpu kepada tiga calon utama iaitu penyandang jawatan Ramos Horta, Lu Olo dan Ruak.

Sejak 2006, Timor Leste telah dilihat mencapai tahap kestabilan sebagai sebuah negara baru yang mana sebelum itu tunjuk perasaan, pergaduhan antara puak dan rusuhan menjadi ancaman harian.

Pilihan raya parlimen dan pilihan raya presiden yang pertama berlangsung pada 2007.

Pada tahun itu, Ramos-Horta yang merupakan pemegang anugerah Nobel 1996 untuk keamanan bertanding sebagai calon tanpa parti tetapi menerima sokongan daripada Parti Kongres pimpinan Perdana Menteri Xanana Gusmao.

Gusmao adalah bekas pemimpin gerila yang menentang kerajaan Indonesia untuk kemerdekaan Timor Leste. Ramos-Horta mengalahkan Lu Olo dalam pilihan raya presiden 2007.

Pilihan raya ini akan dijalankan dalam dua pusingan. Jika tidak ada calon yang memperolehi majoriti kukuh untuk diisytiharkan sebagai pemenang, pemilihan pusingan kedua akan dilakukan pada bulan April - hanya untuk dua calon paling banyak memperolehi undi dalam pusingan pertama.

Timor Leste mempunyai kira-kira 1.1 juta penduduk.

Aceh

Sebagai sebuah wilayah dengan status autonomi di Indonesia, Aceh juga akan mengadakan pilihan raya gabenor pada 9 April ini.

Yang uniknya, setiap calon gabenor Aceh perlu terlebih dahulu menjalani ujian membaca Al-Quran di hadalan khalayak ramai sebagai pra-syarat layak bertanding.

Dan baru-baru ini tiga pasangan calon gabenor-timbalan gabenor telah pun menjalani ujian membaca al-Quran di Banda Aceh.

Dalam ujian yang dikendalikan Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya di Masjid Raya Baiturrahman itu yang dilakukan di khalayak umum dan disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Republik Indonesia (RRI) Banda Aceh, kesemua mereka telah lulus ujian membaca Al-Quran.

Ketiga-tiga pasangan calon itu ialah Zaini Abdullah-Muzakir Manaf dari Parti Aceh serta Fakhrulsyah Mega-Zulfinar dan Hendra Fadli-Yuli Zuardi Rais dari parti bebas.

Hakim dalam ujian bacaan al-Quran adalah wakil dari Majlis Ulama Aceh dan Lembaga Pengembangan Tilawatil Quran.

Mereka harus mendapat sekurang-kurangnya 50 markah untuk lulus.

Kemahiran membaca al-Quran merupakan syarat wajib bagi calon-calon yang akan bertanding dalam pilihan raya gabenor dan timbalan gebenor serta calon-calon pegawai daerah dan penolong pegawai daerah, sejak Aceh melaksanakan undang-undang syariah pada tahun 2003.

Israel

Kemenangan besar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada minggu lalu sebagai pemimpin Parti Likud iaitu parti yang memerintah sekarang telah sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya umum negara tersebut akan dilangsungkan pada November tahun ini dan bukannya 2013 sepertimana yang dirancang.

Netanyahu, memperolehi 80 peratus undi berbanding lawan tunggalnya Moshe Feiglin.

Kemenangan besar itu memberi kekuatan kepada Netanyahu untuk mengemblingkan seluruh tenaga parti untuk menghadapi pilihan raya umum lebih awal.

Mesir

Pilihan raya dewan perwakilan bebas yang pertama di Mesir telah pun selesai Januari lalu dengan kemenangan besar buat kumpulan Ikhwan Muslimin yang sebelum ini merupakan satu gerakan bawah tanah sehinggalah ia mencapai status halal selepas kejatuhan Hosni Mubarak setahun yang lalu.

Kini rakyat Mesir sedang menunggu untuk mengundi dalam pilihan raya presiden pula yang dijadualkan Julai depan.[MstarOnline]

Hasan JATI kena 'kutuk'..!!!

Kongres Melayu Pulau Pinang kutuk Hasan Ali
Rahmad Isahak,

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan oleh Dato Dr. Hasan Ali yang dibuatnya di Bandar Baru Bangi bahawa terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu terutamanya Pakatan Rakyat yang kononnya berhasrat untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara republik serta menggugurkan Perkara 153
Perlembagaan Malaysia.

Lanjutan dari kenyataan beliau yang tidak mengambilkira soal integritikaum telah mendatangkan situasi panik dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk ini.

Apakah kenyataan tersebut dibuat bagi kepentingan politik murahan demi bagi tujuan meneruskan survival politik beliau? Ianya sangat memalukan orang-orang melayu.

KMPP menilai situasi Dato Dr. Hasan Ali sekarang lebih menonjol dan bebas mengeluarkan kenyataan yang melampaui keraguan munasabah kerana terdapat immuniti yang diberikan disamping mendapat liputan daripada pihak media tempatan.

Gara-gara dipecat dari Parti PAS maka kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin menerusi anjakan motivasi untuk mencari publisiti.

Kenapa sewaktu beliau masih bersama PAS dahulu perkataan “PARASIT” tidak digunakannya dan hanya setelah dipecat barulah pemimpin professional Islam ini melabelkan perkataan tersebut secara drastik?

Kenapa perlu tunggu hingga dipecat baru bertindak dan tidakkah situasi tersebut dilihat sebagai membalas dendam? Bekas exco ini sepatutnya melepaskan jawatannya terlebih dahulu dalam Kerajaan Negeri Selangor jika sudah tahu bahawa ada seteru dari Parti PAS yang menghalangnya dari melaksanakan hukum Islam.

Cerminlah diri sendiri sebelum menagih simpati dari rakyat atau alasan dianiayai.

Jika beliau berpendapat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berasaskan kepada khabar angin dengan hasrat untuk menakutkan rakyat di negara ini maka ini bermakna beliau menggali lubang sendiri.

Jangan menjadikan agenda Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu sebagai perisai bagi tujuan menyatupadukan melayu dinegara ini, tetapi pada masa yang sama meraih sokongan bukan melayu diatas tiket JATI yang kononnya akan menjadi bentang ketiga dalam arena
politik negara.

Situasi sebegini hanya akan ditolak oleh rakyat berfikiran waras.

Walaubagaimanapun pihak KMPP menyanjung tinggi hasrat beliau untuk mewujudkan satu NGO berbilang kaum yang dikenali sebagai JATI.

Namun kepada rakyat Malaysia soal tersebut tidak relevan serta sama sekali tidak penting. Yang lebih penting adalah harus ada sebuah Kerajaan yang dapat memberikan keutamaan kepada soal kebajikan serta ekonomi yang manpan kepada rakyat.

Rakyat lebih bijak menggunakan minda sebagai pengundi demi bagi memastikan hak mereka terpelihara daripada membuang masa mendengar motivasi yang akhirnya mendatangkan defisit kepada mereka.

Oleh yang demikian tanpa prasangka pihak KMPP mencabar Dato Dr. Hasan Ali menunjuk bukti bahawa negara Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara akan digugurkan.


Sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, kenyataan yang berteraskan khabar angin daripada seorang pemimpin professional seperti beliau adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Ianya hanya menyerlahkan sikap serta peribadi beliau yang sebenarnya. Maka rakyat boleh menilai siapakah sebenarnya Dato Dr. Hasan Ali.

Dalam masa yang sama pihak KMPP atas nama rakyat Malaysia turut mendesak agar pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat khususnya Parti DAP dapat memberikan penjelasan serta jawapan yang terang apakah benar seperti mana didakwa oleh Dato Dr. Hasan Ali tersebut?

Apa jua penjelasan nanti akan dianggap sebagai janji oleh pihak Pakatan Rakyat yang bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

KMPP melihat kenyataan Dato Dr. Hasan Ali tersebut sebagai amat serius dan tidak boleh berkompromi kerana ianya melibatkan kesejahteraan kaum dinegara ini. Sesungguhnya inilah satu kenyataan berbentuk “PARASIT” daripada seorang pemimpin atau wira yang tidak didendang.

Sekian, terima kasih.

KONGRES MELAYU PULAU PINANG

.................
RAHMAD BIN ISAHAK
PRESIDEN (KMPP), (019-472 8509)

Persatuan Ulama juga kata tak boleh sebab fatwa dah ada...!!

Tidak boleh sertai upacara bertentangan aqidah - PUM

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam.

“Ini adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubungkait dengan aqidah umat Islam. Aqidah adalah komponen teras dalam agama Islam,” kata setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Katanya, PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005.

Beliuau berkata, salinan garis panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my.

Dalam garis panduan tersebut, ujarnya antara keputusan yang diputuskan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah jelas menyatakan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam, beberapa kriteria utama perlulah dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

“Antara kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam,” ujarnya.

Sehubungan itu, jelasnya berpandukan keputusan tersebut, pada hemat PUM, adalah amat jelas jika upacara sambutan perayaan bukan Islam mempunyai acara ritual keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak boleh menyertai acara tersebut kerana boleh menjejaskan aqidah Islam.

“PUM juga amat mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu ini,” katanya lagi.

Dalam pada masa yang sama, katanya seluruh pemimpin yang beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut.

Tambahnya, para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga adalah amat diharapkan supaya turut sama memahami serta menghormati prinsip teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam.

“Pendirian teras ini adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam,” ujarnya lagi.

Justeru, ujarnya semua pihak termasuk para pemimpin di setiap peringkat serta masyarakat awam adalah dinasihatkan supaya lebih sensitif dengan apa jua isu agama Islam khususnya melibatkan aqidah serta syariat Islam.

Beliau menambah, para pemimpin dan masyarakat awam juga adalah dinasihati supaya akur dengan nasihat dan pandangan para ulama’ dalam memelihara kedaulatan agama seperti yang diletakkan dalam prinsip maqasid syariah.

Katanya, PUM berpandangan isu itu adalah mustahak untuk ditangani dengan kadar segera disebabkan umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan agama orang bukan Islam.

Sehubungan itu, ujarnya PUM ingin mencadangkan kepada Jakim agar menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada para pemimpin dan masyarakat Islam tentang keputusan dasar itu.

“Oleh yang demikian, PUM juga bersedia bekerjasama dengan Jakim, Majlis dan Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini,” katanya.

Fatwa dah ada dah pun.. Saja nak buat pening nak bagi halalkan perbuatan Najib tuu..!!

Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir
Tarikh Keputusan:14 Mar, 2004

Keputusan:

KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 telah membuat keputusan bahawa merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram.
Keterangan/Hujah:

1. LATAR BELAKANG DAN ISU
1.1 Di antara keunikan masyakat Malaysia ialah berbilang kaum dicirikan oleh agama , bahasa dan kepelbagaian fungsi-fungsi dalam ekonomi

1.2 Dalam perlembagaan Malaysia ,Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain bebas untuk di amalkan.

1.3 Konsep kongsi kuasa dan pengekalan keharmonian sesame warganegara adalah beberapa alasan untuk mewajarkan suasana sama-sama menyambut hari kebesaran agama-agama lain. 1.4 Persoalannya adakah atas roh toleransi sehingga dibuka seluas luasnya pintu pemisah dalam soal-soal aqidah dan adakah alasan siasah syariah menjadi penyebab terjadinya kongsi raya .
2. KONSEP ASAL WALA' DAN BARA' Secara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala' kepada Islam dan Barra' dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir. Ini dapat diambil daripada ayat-ayat berikut.
2.1 Ayat Allah yang menyeru kepada berbangga dengan Islam ومن احسن قولا ممن دعا الى الله و عمل صالحا و قال اننى من المسلمين (فصلت 33) Bermaksud : Siapakah yang lebih baik perkataanya daripaad orang yang menyeru kepada Allah , mengerjakan amal soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslimin.

2.2 Allah memerintahkan agar orang Islam berdoa agar dijauhkan daripada mengikuti jalan orang kafir dan diberi petunjuk mengikuti jalan yang lurus menerusi ayat:- اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين (الفاتحة 7 6) Bermaksud : Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat keatas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.

2.3 Terdapat beberapa ayat Al Quran dan As Sunnah yang menegah daripada tasyabbuh dengan orang-orang kafir kerana ia termasuk dalam kesesatan seperti firman Allah ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهواء الذين لا يعلمون (الجاثية 18) Bermaksud : Kemudian kami jadikan kamu berada diatas satu syariat (peraturan)dari urusan (agama) , maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. ولئن اتبعت اهواءهم بعد ما جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا واق (الرعد 37) Bermaksud : Dan seandainya kamu mengikut hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa ) Allah. و لاتكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات (ال عمران 105) Bermaksud : Janganlah kamu menjadi seperti oarng-orang yang berpecah belah dan berselisihan setelah datang kepada mereka keterangan.

2.4 Menyerupai dan menyertai orang-orang kafir termasuk perayaannya merupakan bukti kepada menyayangi dan mengasihi orang-orang kafir dan perbuatan ini menyalahi arahan Allah agar orang-orang mukmin البرأة daripada kekufuran. Dalam beberapa ayat Al Quran, Allah melarang dari perbuatan melantik dan mengasihi orang-orang kafir seperti firman Allah يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم (المائدة 51) Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpon di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di jalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka. لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الاخر يوادون من حاد الله و رسوله ولو كانوا آباءهم أو أبناءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم (المجادلة 22 ) Bermaksud : Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat , saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya , sekalipuh orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau anggota keluarga mereka.

2.5 Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata المشابهة تورث المودة والمحبة والموالاة فى الباطن , كما أن المحبة فى الباطن تورث المشابهة فى الظاهر (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 198 ) Mafhumnya : Peniruan dan penyerupaan mewarisi rasa kasih sayang dan ketaatan di dalam batin seperti mana kasih sayang di batin mewariskan penyerupaan luaran. Ketika memberi komentar terhadap ayat Al-Mujadilah di atas beliau mengatakan:- فأخبر سبحانه أنه لا يوجد مؤمن يواد كافرا فمن واد الكفار فليس بمؤمن والمشابهة الظاهرة مظنة المودة فتكون محرمة (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 199 ) Mafhumnya : Maka pada ayat berkenaan Allah SWT menegaskan tidak patut seorang mukmin mengasihi seorang kafir maka barangsiapa mengasihi orang kafir maka sebenarnya ia bukan seorang mukmin dan penyerupaan yang zahir kasih sayang dan ia adalah haram. Hadith Rasulullah S.A.W. من تشبه بقوم فهو منهم Mafhumnya : barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan . Takhrij hadith أخرجه أبو داود فى اللباس و احمد , وجود اسناده شيخ الاسلام فى الاقتضاء وعضده الحافظ فى الفتح بمرسل حسن الاسناد و حسنه السيوطى و صححه الألبانى Komentar terhadap hadith di atas Syeikh Islam Ibn Taimiyyah berpendapat وهذا الحديث أقل احواله أن يقتضى تحريم التشبه بهم وان كان ظاهره كفر المتشبه بهم كما فى قوله تعالى (ومن يتولهم منكم فانه منهم) (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 75 ) Mafhumnya : Pada hadith ini membawa pengertian bahawa seringan-ringan hokum adalah dalil pengharaman tasyabbuh walaupun pada zahir hadith ini menunjukkan makna kufur orang yang meniru atau menyerupai orang-orang kafir seperti yang difahamkan dari ayat yang bermaksud barang siapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka ia tersendiri akan tergolong dalam kalangan mereka. Beliau juga menyebut ان من اصل دروس دين الله وشرائعه و ظهور الكفر والمعاصى التشبه بالكافرين كما أن أصل كل خير المحافظة على سنن الأنبياء و شرائعهم (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 103 ) Mafhumnya : Sesungguhnya antara factor utama hapusnya agama Allah serta syariatnya dan muncul kekufuran serta kemaksiatan adalah sikap tasyabbuh dengan orang-orang kafir sepertimana asal setiap kebaikan itu ialah bersungguh-sungguh menjaga sunnah Anbia" dan syariat mereka. San"ani pula berkata فاذا تشبه بالكافرين فى زى و اعتقد ان يكون بذلك مثله كفر فان لم يعتقد ففيه خلاف بين الفقهاء : منهم من قال يكفر وهو ظاهر الحديث ومنهم من قال لا يكفر ؛ ولكن يؤدب (سبل السلام) Mafumnya : Apabila seseorang meniru atau menyerupai pakaian orang kafir dan ia beri"tiqad bahawa ia menyerupai si kafir itu maka hukumnya adalah ia jatuh kafir tetapi jika ia tidak beri"tiqad begitu maka berlaku khilaf di kalangan fuqaha" : ada di kalangan mereka mengatakan tetap kufur berdasar makna zahir l hadith dan ada di kalangan mereka menghukumkan tidak kufur tetapi hendaklah dihukum .
3. Kewajipan orang Islam agar tidak menghadiri perayaan mereka Larangan menghadiri perayaan mereka diambil daripada dalil-dalil berikut:-
3.1 Seluruh dalil-dalil yang dikemukakan sebelum ini.

3.2 Ijma" yang berlaku pada zaman sahabat dan tabien di mana tidak pernah berlaku para sahabat dan tabien hadir dalam perayaan-perayaan orang-orang kafir. Saidina Umar r.a. pernah meletakkan syarat yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat dan fuqaha" selepasnya bahawa ahli zimmah dari golongan ahli kitab tidak boleh menzahirkan perayaan mereka di dalam negara Islam. Sedangkan ahli kitab sendiri dilarang menzahirkan perayaan mereka, mengapa pula ada orang Islam beria-ia benar untuk mengadakan perayaan ini. Rujuk (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط
المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 109 و110 )

3.3 Kata-kata Saidina Umar r.a. وروى البيهقى باسناد صحيح فى باب كراهة الدخول على اهل الذمة فى كنائسهم و التشبه بهم يوم نيروزهم و مهرجانهم : عن سفيان الثورى عن ثور بن يزيد عن عطاء بن دينار قال قال عمر : لا تتعلموا رطانة الأعاجم و لاتدخلوا على المشركين فى كنائسهم يوم عيدهم فان السخطة تنزل عليهم (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 ) Bermaksud : Janganlah kamu mempelajari bahasa orang A"jam dan janganlah kamu memasuki gereja orang muysrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka. Catatan : Larangan mempelajari bahasa asing itu bukanlah larangan secara mutlak tetapi hendaklah ia di fahami sebagai berikut :-
i)Larangan menuturkan perkataan-perkataan A"jam yang langsung tidak diketahui maknanya kerana dikhuatiri ia membawa maksud yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya.
ii)Galakan untuk menutur dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan syiar Islam. (Penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh di dapati (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 180 185 )

3.4 Kata-kata Abdullah b. Umar r.a. وروى بإسناد صحيح عن أبى أسامة حدثنا عون عن أبى المغيرة عن عبد الله ابن عمرو قال : من بنى ببلاد الأعاجم فصنع نيروزهم ومهرجانهم و تشبه بهم حتى يموت وهو كذالك حشر معهم يوم القيامة (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 185 ) Mafhumnya : Barangsiapa yang menetap di Negara A"Jam dan mengadakan perayaan nairuz dan Mahrajan serta meniru mereka sehingga ia mati dalam keadaan demikian maka akan dihimpun bersama mereka pada hari qiamat.

3.5 Ketika memberi komentar terhadap kata-kata Saidina Umar r.a. di atas, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah berkata: هذا عمر نهى عن تعلم لسانهم وعن مجرد دخول الكنيسة عليهم يوم عيدهم فكيف يفعل بعض افعالهم , او فعل ما هو من مقتضيات دينهم ؟ اليس موافقتهم فى العمل أعظم من الموافقة فى اللغة ؟ اوليس عمل بعض اعمال عيدهم أعظم من مجرد الدخول عليهم فى دينهم ؟ واذا كان السخط ينزل عليهم يوم عيدهم بسبب عملهم فمن يشركهم فى العمل أو بعضه اليس قد تعرض لعقوبة ذلك (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 ) Mafhumnya : Umar dengan tegas melarang sekadar untuk mempelajari bahasa mereka (di baca bersama catatan di atas ) dan sekadar memasuki gereja mereka pada hari kebesaran mereka bagaimana pula keadaannya jika melakukan perbuatan-perbuatan mereka ataupun melakukan perbuatan yang merupakan tuntutan agama bagi mereka.Bukankan penyerupaan mereka dalam hal amalan lebih besar dari penyerupaan dari sudut bahasa ?Bukankah penyerupaan dari sudut amalan pada hari kebesaran mereka lbih besar dari sekadar masuk ke gereja mereka?Apabila kemurkaan Allah menimpa mereka pada hari kebesaran mereka disebabkan aktiviti perayaan mereka , adakah mustahil orang-orang yang menyertai mereka juga terdedah untuk menerima kemurkaan yang serupa.

3.6 Beliau seterusnya memberi komentar terhadap kata-kata Ibnu Umar dengan menegaskan (وحشر معهم ) فقال : وهذا يقتضى أنه جعله كافرا بمشاركتهم فى مجموع هذه الأمور أو جعل ذلك من الكبائر الموجبة للنار وان كان الأول ظاهر لفظه (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 ) Bermaksud : (dihimpunkan brsama mereka ) Ungkapan ini menuntut hokum kafir dengan menyertai mereka dalam urusan-urusan perayaan mereka atau pun ia adalah satu dosa besar yang akan menjerumuskan ke dalam neraka walaupun pada zahirnya ia lebih sesuai dimaknakan kepada kepada tefsiran yang pertama.
4. Larangan menyerupai perbuatan mereka Umat Islam dilarang membuat perkara yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir ketika menyambut perayaan mereka. Ini dapat diambil dari pandangan-pandangan berikut:- 4.1 Telah berkata Ibn Taimiyah لا يحل للمسلمين أن يتشبهوا بهم فى شيئ مما يختص باعيادهم لا من طعام و لالباس و لا إغتسال ولا إيقاد النيران و لا تبطيل عادة معيشة أو عبادة أو غير ذلك و لا يحل فعل وليمة و لا الإهداء و لا البيع بما يستعان به على ذلك لأجل ذلك و لاتمكين الصبيان و نحوهم من اللعب الذى فى الأعياد و لا إظهار زينة و بالجملة ليس لهم أن يخصوا اعيادهم بشيء من شعائرهم بل يكون يوم عيدهم عند المسلمين كسائر الأيام (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه مجموع الفتاوى دار الك

Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan

Awat laa Majlis Daerah Padang Terap dok tutup market orang dok menega nie..???

400 peniaga pasar sehari rugi


SEBAHAGIAN daripada peniaga membantah tindakan MDPT menutup pasar sehari Naka, Padang Terap semalam.

PADANG TERAP - Kira-kira 400 peniaga pasar sehari Naka di sini mendakwa mengalami kerugian apabila mereka tidak lagi dibenarkan berniaga di tapak tersebut oleh Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) sejak dua minggu lalu.

Rata-rata peniaga tidak berpuas hati apabila hanya tapak pasar sehari sahaja diarah tutup manakala peniaga lain termasuk pasar malam dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Kalangan peniaga mendakwa rugi antara RM300 hingga RM500 sehari selain terpaksa menanggung kos bahan jualan yang rosak akibat tidak dapat berniaga.

Wakil peniaga, Matzuki Shamsul, 42, berkata, walaupun tapak niaga ditutup untuk sementara waktu sahaja namun ia menjejaskan periuk nasi mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

"Semua peniaga di sini ada keluarga untuk diberi makan dan jika kami terus dihalang untuk berniaga, sukarlah kami nak cari rezeki untuk tampung perbelanjaan harian," katanya ketika mengadakan perhimpunan bantahan di tapak pasar sehari itu di sini semalam.

Matzuki berkata, pihak MDPT sepatutnya mengambil inisiatif lain seperti menggantikan tapak yang ditutup dengan tapak sementara yang lain untuk peniaga meneruskan perniagaan.

"Ini tidak, cuma bagi notis dan tutup tapak menyebabkan peniaga di sini kerugian kerana tidak dapat berniaga," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan MDPT itu dilihat menindas peniaga tersebut.

KUBANG PASU –Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang

Wartawan Sinar Harian
12 Februari 2012
Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang

KUBANG PASU – “Tiba-tiba saya ternampak asap dan api kecil dari arah bilik tidur ayah sebelum cuba memadamkannya namun api mula marak beberapa minit kemudian,” kata seorang mangsa, Khairul Azhar Muhamad, 27, selepas tiga pintu rumah kedai termasuk rumah mereka terbakar di Kampung Pida Empat di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, tiga pintu kedai terdiri daripada kedai makan, kedai runcit termasuk rumah mangsa yang baru dibina empat tahun lalu musnah menyebabkan tiga beranak di situ tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun sewaktu kejadian, hanya mangsa berada di rumah sementara kedua-dua ibu bapanya pergi ke Wang Tepus melawat neneknya yang sakit.

Menceritakan detik cemas itu, Khairul Azhar yang leka menonton televisyen ketika itu berkata, dia tidak menyangka cubaan memadam api yang pada mulanya kecil itu kemudian bertukar menjadi marak dalam sekelip mata.

Menurutnya, bagaimanapun dia hanya sempat menyelamatkan diri, sebuah motosikal dan enam tong gas dari kedai runcit milik bapanya itu.

“Sebuah motosikal dalam rumah selain beberapa dokumen penting termasuk geran tanah tidak sempat diselamatkan kerana api marak dengan cepat,” katanya.

Bapanya, Muhamad Abdullah, 67, berkata dia yang menerima panggilan daripada anaknya segera pulang ke rumah namun tidak sempat berbuat apa-apa kerana keseluruhan rumahnya telah musnah.

Menurutnya, bagaimanapun dia bersyukur kerana anaknya selamat dan redha dengan apa yang berlaku.

“Kerugian yang dianggarkan melibatkan semua harta benda dalam rumah, di kedai makan dan kedai runcit melebihi RM50,000.

“Buat sementara waktu kami akan tinggal di rumah lama yang terletak kira-kira satu kilometer dari sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.39 tengah hari dan tiba di tempat kejadian empat minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan empat premis perniagaan terdiri daripada dua buah kedai makan dan masing-masing sebuah kedai runcit dan kedai gunting rambut,” katanya.

Hasbullah berkata, bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya pada pukul 2.05 petang dengan menggunakan sumber air dari sungai berhampiran.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...